DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH PROSIDUR PENGURUSAN KES PLAGIARISME PELAJAR

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

Program Sarjana Dan Kedoktoran

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

1/7 RASMI (MASA) 2 hari September 2015 Fakulti/Bendahari/PS/ PTM/Pelajar

PSP 02 No. Mukasurat 01/07 PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB PELAJAR KANDUNGAN CARTA ALIR. 1.0 Objektif. 2.0 Skop. 3.0 Terminologi/Definisi

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

JADUAL KERJA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER III 2016/2017 1/6

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

1/7 RASMI (MASA) 2 hari Mac 2016 Fakulti/Bendahari/PS/ PTM/Pelajar

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERATURAN AKADEMIK (SARJANA MUDA DAN DIPLOMA)

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PHD / SARJANA PENYELIDIKAN

UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

BORANG PENILAIAN KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGHADIRI PERSIDANGAN DENGAN PEMBIAYAAN FAKULTI Senarai Semak

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR LATIHAN STAF

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATANKUASA FKEE.

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PELAKSANAAN DI UniMAP BAGI PROSES DAN ALIRAN TINDAKAN TUNTUTAN GANTIRUGI STAF / FELO YANG TIDAK TAMAT PENGAJIAN

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009


BAHAGIAN I PENDAHULUAN

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

1/7 RASMI (MASA) 2 hari Mac 2016 Fakulti/Bendahari/PS/ PTM/Pelajar. Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN LISAN TESIS/DISERTASI

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUKADIMAH. Panduan dan Syarat Penganugerahan

KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR), 1999

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

: 8 Jun Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Pembantu Laut A19.

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Tetap yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

Permohonan Kenaikan Pangkat Jawatan Akademik

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

BORANG PEMBIAYAAN KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR(SMARTPHONES) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN LISAN TESIS / DISERTASI

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Program Doktor Pendidikan Tinggi

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

Transkripsi:

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH EDISI 1 TAHUN 2013 Kelulusan Senat: 4 Disember 2013 DISEDIAKAN OLEH: PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH 1

DASAR PENCEGAHAN PLAGIARISME UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Kelulusan Senat: 4 Disember 2013 1.0 PENGENALAN 1.1 Kementerian Pengajian Tingi Malaysia pada tahun 2010 telah menjalankan kajian Wibawa, Integriti dan Profesionalisme atau WIP 2010 sebagai langkah permulaan untuk menganalisis situasi semasa wibawa, integriti dan profesionalisme di IPT Malaysia. 1.2 Satu aspek hilangnya integriti akademik ialah plagiarisme yang merupakan perbuatan seseorang yang mengatakan sesuatu idea, yang telah diterbitkan ataupun yang belum terbit, penulisan, karya atau ciptaan orang lain, merupakan usaha intelektualnya sendiri tanpa memberi penghargaan yang jelas tentang pengarang asal atau sumbernya. 1.3 Tindakan pencegahan plagiarisme boleh dilaksanakan termasuk dengan usaha-usaha seperti berikut: a. Memberi penerangan kepada pelajar di awal pengajian mengenai gejala plagiarisme dan kesannya keatas mereka jika tersabit. b. Menyelitkan tentang isu plagiarisme semasa mengadakan kursus atau sesi penerangan kepada pelajar mengenai kaedah penulisan tesis, disertasi dan projek; c. Mensyaratkan pelajar menandatangani Surat Akujanji Pencegahan Plagiarisme sebaik sahaja pelajar mendaftar program. d. Memberi penerangan kepada Penyelia Ppelajar kaedah untuk mengesan elemen plagarisme dalam tesis/disertasi/laporan penyelidikan pelajar/laporan Projek Sarjana atau lain-lain penulisan ilmiah. e. Menyediakan medium untuk pelajar membentangkan serta mempertahankan hasil kerja mereka menerusi sesi pembentangan di dalam kelas, seminar dan peperiksaan lisan. 1.4 Kaedah mengesan plagiarisme dalam hasil penulisan boleh dilaksanakan dengan cara di antaranya: a. Menggunakan perisian pengesanan persamaan teks yang disediakan universiti atau lain-lain perisian yang berkaitan. b. Membuat carian di internet. c. Merujuk kepada sumber asli. d. Mendapatkan penjelasan dari pelajar tentang hasil kerja yang dihasilkan. 1.5 Usaha mencegah plagiarisme adalah tanggungjawab bersama semua pihak, semoga dengan terhasilnya dasar ini, pelaksanaan dan pencegahannya akan menjadi lebih sistematik dan berhikmah. 2

2.0 SKOP Dasar ini digunapakai bagi semua pelajar pengajian pasca siwazah sama ada sepenuh masa atau separuh masa. 3.0 DEFINISI 3.1 Jawatankuasa Akademik Pengajian Siswazah merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Universiti di Pusat Pengajian Siswazah untuk menyelaras dan menguruskan hal ehwal akademik serta peperiksaan pengajian siswazah. 3.2 Jawatankuasa Pengajian Siswazah merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Senat Universiti untuk memperakukan dan melaporkan hal ehwal akademik serta peperiksaan pengajian siswazah kepada Senat. 3.3 Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Universiti di Fakulti untuk merancang dan mengawalselia program pengajian siswazah di peringkat Fakulti. 3.4 pekerja Universiti ertinya pekerja Universiti yang ditafsirkan di dalam Perlembagaan Universiti termasuklah felo, pascakedoktoran, sarjana pelawat, dan staf akademik, staf bukan akademik, staf penyelidikan, staf kontrak dan staf sementara yang dilantik oleh Universiti. 3.5 plagiarisme ertinya termasuklah perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mengaku bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu ialah hasil dapatan atau ciptaannya sendiri; atau suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dengan apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang sebenarnya telah diambil daripada mana-mana sumber lain. 3.6 tesis ertinya merujuk kepada hasil penulisan yang dikemukakan oleh pelajar bagi memenuhi syarat keperluan program atau pengijazahan pengajian siswazah, termasuk laporan projek, disertasi penyelidikan bagi semua tahap dan jenis pengajian siswazah. 3.7 Universiti ertinya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 4.0 LARANGAN TERHADAP PLAGIARISME 4.1 Kaedah 6, Kaedah-Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 2009 menyatakan larangan terhadap plagiarisme seperti berikut: 6. (1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. (2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah - (a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau 3

ciptaan orang lain dan mendakwa bahasa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan ciptaannya sendiri; atau (b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa- apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. (3) Tanpa menjelaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia - (a) menerbitkan, atas namanya sendiri sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh manamana orang lain; (b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, sedangkan dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku itu; (c) (d) (e) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai pengarang bersama bagi sesuatu penerbitan sedangkan dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya menjadi penyelidik bersama atau pengarang bersama; memetik data akademik yang merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh mana-mana orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada yang diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data itu sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada sumber asal; menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu ialah anggota kakitangan atau pelajar Universiti, sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik peribadinya yang lain dan berbeza, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum 4

memulakan penyelidikannya sendiri atau sebelum menerbitkan data itu; (f) (g) (h) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain, dan mengaku sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu; menterjemahkan hasil penulisan atau karya orang lain daripada satu bahasa ke dalam bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengaku bahawa terjemahan itu yang dibuat dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai hasil penulisannya atau karyanya sendiri; atau memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat ubah suaian tertentu tanpa menyebut dengan sewajarnya sumber asal dan menyusunnya semula dengan apa-apa cara sehingga kelihatan seolah-olah dia ialah pencipta idea itu. 5.0 PROSEDUR PELAKSANAAN DAN TINDAKAN TATATERTIB 5.1 Prosedur pelaksanaan tindakan tatatertib atas aduan terhadap plagiarisme ini adalah tertakluk kepada punca dan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan UTHM, Kaedah-Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009, Peraturan Pengajian Siswazah dan lain-lain peraturan yang sedang berkuatkuasa. 5.2 Sebagai satu usaha pencegahan dan bagi memastikan pelajar menyedari bahawa plagiarisme merupakan salah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan, pelajar-pelajar dikehendaki menandatangani Surat Akujanji Pencegahan Plagiarisme semasa pendaftaran program pengajian. 5.3 Apa-apa aduan berkenaan plagiarisme hendaklah dimajukan ke Jawatankuasa Akademik Pengajian Siswazah Fakulti (JKPSF) yang dipengerusikan oleh Dekan Fakulti beserta dengan maklumat lengkap pengadu, orang yang diadu dan bukti pertuduhan. 5.4 Mesyuarat JKPSF akan bersidang untuk menentukan kesahihan aduan dan mengenalpasti sumber perbuatan plagiarisme tersebut. Setelah mesyuarat JKPSF diadakan di peringkat Fakulti dan jika pertuduhan mempunyai bukti yang kukuh, maka satu laporan bertulis hendaklah dikemukakan kepada urusetia Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar bagi tujuan siasatan dan pendakwaan selanjutnya mengikut prosedur dan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009. 5

6.0 HUKUMAN TATATERTIB 6.1 Kaedah 49, Kaedah-Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 2009 menyatakan hukuman tatatertib kepada pelajar yang didapati bersalah seperti berikut: 49. Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana satu atau manamana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut :- (a) (b) (c) (d) (e) amaran; denda tidak melebihi satu ratus ringgit; dilarang berada atau memasuki mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan; digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; dipecat dari Universiti. 6.2 Sekiranya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, keputusan peperiksaan atau penilaian bagi kursus tersebut atau pengajian program yang telah disabitkan dengan kesalahan plagiarisme tersebut akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengajian Siswazah bagi tujuan pengesahan oleh Senat untuk tindakan berikut: a. Pelajar diarah membuat pembetulan/perubahan yang perlu dan mengemukakan semula tesis/disertasi dalam tempuh tertentu untuk diperiksa semula; b. Memotong markah atau menurunkan gred pelajar; atau c. Menggagalkan serta menamatkan pengajian pelajar. 7.0 DOKUMEN BERKAITAN Dasar Pencegahan Plagiarisme bagi Pasca Siswazah adalah dibaca bersama dokumendokumen berikut: 7.1 Akta 30- Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 7.2 Perlembagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 7.3 Kaedah-Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar) 2009 7.4 Peraturan Pengajian Siswazah 7.5 Peraturan Peperiksaan Akhir 7.6 Panduan Menulis Tesis UTHM 7.7 Lain-lain peraturan dan dokumen yang berkaitan yang diluluskan oleh Universiti. 6

Disediakan oleh : Pusat Pengajian Siswazah September 2013 7