BAB VI RUMUSAN DAN PENUTUP

dokumen-dokumen yang mirip
BAB III MODEL POLISI MAKLUMAT

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

MODEL POLISI MAKLUMAT: KES MALAYSIA MOKMIN BIN BASRI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB II SOROTAN SUSASTERA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 14 AUDIT DALAMAN

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 KAEDAH KAJIAN 4.1. PENGENALAN

Transkripsi:

BAB VI RUMUSAN DAN PENUTUP 6.1 PENGENALAN Bab ini membincang rumusan kajian secara keseluruhan mengikut beberapa bahagian bermula dengan bahagian satu iaitu rumusan bagi menjawab persoalan kajian berkaitan teori khususnya isu polisi maklumat, sektor utama polisi maklumat dan model polisi maklumat. Bahagian kedua membentangkan rumusan bagi menjawab persoalan kajian berkaitan amalan polisi maklumat iaitu tentang kewujudan, bentuk dan masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat di Malaysia. Rumusan bahagian ketiga adalah mengenai sunmbangan kajian, implikasi kajian, ulasan pencapaian objektif dan kesesuaian kaedah kajian, kelemahan kajian, cadangan pada masa depan dan diakhiri dengan kesimpulan. 6.2 RUMUSAN KAJIAN Rumusan penemuan kajian dibentang dalam dua bahagian utama berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan dalam Bab 1 (Perenggan 1.5.). Sebagai imbasan, persoalan kajian ini adalah seperti berikut: A. Persoalan kajian berkaitan teori polisi maklumat i. Apakah isu yang dikaitkan dengan bidang polisi maklumat? ii. Apakah sektor utama polisi maklumat? iii. Bagaimanakah bentuk model polisi maklumat?

192 B. Persoalan kajian berkaitan dengan amalan polisi maklumat Malaysia i. Adakah polisi maklumat wujud di Malaysia? ii. Apakah bentuk polisi maklumat Malaysia? iii. Apakah masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat di Malaysia? Bahagian A adalah berkaitan dengan sumbangan teori dan implikasinya dirumus berdasarkan penemuan dalam Bab 2 dan Bab 3. Manakala bahagian B adalah berkaitan dengan analisis polisi maklumat di Malaysia yang dirumus dari penemuan dalam Bab 5. 6.2.1 Rumusan Berkaitan Teori i. Isu Polisi Maklumat Meskipun diakui polisi maklumat berkait rapat dengan sains maklumat (Hahn 2003; Orna 2008), namun kajian ini mendapati polisi maklumat adalah satu bidang kajian yang unik kerana menjadi minat sarjana dari berbagai bidang seperti pembangunan polisi, sains dan teknologi, ekonomi, pengurusan dan perundangan, sosiologi dan telekomunikasi. Perbezaan latar belakang didapati tidak membatas perbahasan dan penerimaan isu yang dikemukakan oleh sarjana dari disiplin yang berlainan. Sebagai contoh Arnold (2007) seorang ahli sains maklumat menerima dan mengguna senarai isu polisi maklumat yang dikemukakan oleh Porat (1977) seorang ahli ekonomi. Selain itu, isu polisi maklumat seperti kebersendirian, dikemukakan oleh sarjana dari berbagai disiplin seperti, sains maklumat seperti Muir & Oppenheim (2002a) dan Arnold (2002), bidang ekonomi seperti Saxby (2011) dan bidang sosial seperti Pajaro & Betancourt (2007). Kajian ini mendapati isu yang mendasari polisi maklumat tidak mengalami perubahan mengikut tahun tertentu seperti yang didakwa oleh Eisenbeis (1989), Hill (1994) dan Schwuchow (1999). Schwuchow misalnya mendakwa polisi maklumat berubah daripada menangani isu maklumat teknikal dan saintifik pada tahun 1950-an hingga awal 1970-an, kepada isu perkhidmatan maklumat elektronik mulai 1970-an

193 hingga awal 1990-an. Namun kajian ini membuktikan sebaliknya. Isu maklumat teknikal dan saintifik masih terus berkaitan sehingga kini dibuktikan dengan kajian oleh Ruenwai pada tahun 2006. Sektor perpustakaan pula terus menjadi isu polisi maklumat yang penting sejak kajian Lamberton pada tahun 1974 hingga kini (Arnold 2007; Bustamante 2007; Kamar 2006; Pajaro & Betancourt 2007). Kajian ini turut mendapati isu berkaitan maklumat bertambah selari dengan perkembangan teknologi dan perubahan sistem sosial dunia. Antara isu terkini ialah polisi maklumat yang berfungsi menangani isu masyarakat maklumat dikesan mula dikemukakan oleh pengkaji lampau mulai tahun 1990-an selari dengan pengenalan teknologi maklumat kepada masyarat (Moore 2005). Kajian ini berjaya mengesan 91 isu yang lazimnya menjadi asas kepada pembangunan polisi maklumat seperti yang dikemukakan dalam Jadual 2.1. Kajian ini dijangka memberi kesan kepada pihak yang terlibat dalam membangun polisi maklumat. Kajian menunjukkan polisi maklumat yang hanya memberi penekanan kepada isu tertentu seperti ICT, hak harta intelek dan Undang-Undang Siber. Polisi yang menjurus kepada isu tertentu dan tidak bersepadu dianggap sebagai pincang dan memberi kesan kepada hala tuju komunikasi dan maklumat negara. Justeru, adalah tidak wajar pembuat polisi hanya memberi tumpuan kepada isu tertentu seperti teknologi maklumat kerana polisi maklumat mencakupi aspek yang luas meliputi sosial, ekonomi, politik dan teknologi. Kajian ini dijangka dapat mewujudkan kesedaran kepada pembuat polisi serta mengiktiraf isu yang sebelum ini dikesampingkan seperti isu perkhidmatan maklumat dan perpustakaan. Justeru, kajian ini dijangka dapat dijadikan panduan kepada pembuat polisi bagi membuka minda bahawa polisi maklumat tidak boleh dipersempit dan dipermudah. Kepelbagaian isu polisi maklumat dari pelbagai disiplin ilmu yang ditemui dalam ini serta perbahasan yang berterusan membuktikan kesarjanaan bidang polisi maklumat sedang berkembang dengan dinamik. Kajian ini selari dengan pandangan Wilkinson & Nilsen (2010) yang meramalkan bahawa polisi maklumat berpotensi menjadi disiplin ilmu tersendiri dengan ciri unik sebagai bidang baru silang disiplin.

194 ii. Sektor Utama Polisi Maklumat Isu polisi maklumat dalam kajian ini dapat dikelas kepada 6 sektor berdasarkan matlamat polisi maklumat dan sektor utama dalam negara. Sektor yang dicadangkan ialah sektor Maklumat Teknikal dan Saintifik, sektor Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat, sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), sektor Sosial, sektor Maklumat Kerajaan dan sektor ekonomi. Pengkelasan ini selari dengan definisi polisi maklumat sebagai satu garis panduan dalam menjamin capaian maklumat sejagat untuk menjalankan semua aktiviti (sosial, ekonomi dan politik), bagi membantu mencapai pembangunan negara seperti cadangan Pajaro & Betancourt (2007a). Kajian ini membuktikan bahawa kerja asas seperti penentuan isu polisi maklumat dan pengkelasannya kepada beberapa sektor khusus adalah penting sesuai dengan bidang polisi maklumat yang masih belum matang (Arnold 2007; Duff 2004). Pengkelasan isu polisi maklumat ini adalah berdasarkan kepada objektif dan matlamat polisi maklumat yang menyeluruh dengan mengambil kira bidang polisi maklumat yang bersifat silang disiplin. Pengkelasan seumpama ini belum dilakukan oleh penyelidik lampau walaupun pengkelasan isu polisi maklumat telah dilakukan sejak 1974 lagi. Seperti penjelasan dalam Bab 2 (perenggan 2.5. g)) kajian ini tidak menganggap pendidikan ICT sebagai satu sektor polisi maklumat yang tersendiri. Sebaliknya, kajian ini menganggap pendidikan ICT merupakan keperluan asas kepada semua sektor polisi maklumat iaitu menyediakan semua lapisan masyarakat dengan kemahiran asas ICT bagi tujuan mengguna dan memanipulasi maklumat dengan baik. Walaupun pengkelasan dalam kajian ini dianggap menyeluruh dan bersepadu, namun pengkelasan ini masih terbuka untuk perbahasan kerana pada masa ini tidak ada satu panduan mutlak yang boleh dijadikan panduan bagi pembangunan model polisi maklumat. Kajian ini mendapati sektor polisi maklumat seperti yang dikemukakan oleh pengkaji lampau tidak berubah dengan ketara tetapi apa yang berlaku adalah pertambahan isu yang dikaitkan dengan sektor tertentu. Ini jelas dalam sektor sosial. Polisi maklumat dalam sektor sosial berfungsi untuk menyelia dan menggalak perkembangan sosial. Polisi maklumat dalam sektor sosial terus dibahas oleh pengkaji terkemudian seperti Moore (2005), Jaeger (2007), Arnold (2007), Kargbo (2007) dan

195 Pajaro & Betancourt (2007b). Manakala, isu yang dikemukakan oleh Cawkell pada tahun 1982 iaitu kebersendirin, keselamatan dan kebebasan masih kekal relevan. Peredaran masa membawa bersama pertambahan isu baharu yang perlu diambilkira dalam pembentukan polisi maklumat khususnya isu seperti capaian sejagat, perlindungan harta intelek dan kerahsiaan seperti yang dikemukakan oleh Pajaro & Betancourt (2007b). Kajian ini berjaya mengenal pasti beberapa sektor baharu yang berpotensi menjadi sebahagian daripada polisi maklumat seperti sektor pertanian, pelancongan, antarabangsa, kesihatan dan keselamatan negara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.12. Sektor ini wajar diambil perhatian apabila menggubal polisi maklumat pada masa hadapan. Sektor yang dicadangkan dalam kajian ini seterusnya disepadukan dengan menghubung kait semua sektor yang dikenal pasti bagi membentuk suatu model yang dapat mengambarkan bidang polisi maklumat secara menyeluruh. Polisi maklumat yang bersepadu dan menyeluruh adalah penting dan dijangka dapat meningkatkan keberkesanan amalan polisi maklumat sesebuah negara. iii. Model Polisi Maklumat Bidang polisi maklumat memerlukan satu model yang bersepadu dengan menghubung kait sektor yang terpisah-pisah sesuai dengan ciri polisi maklumat yang bersifat silang disiplin. Model lampau tidak dapat mengisi lompang dalam polisi maklumat seperti yang dikenal pasti dalam Bab 2 (perenggan 2.4., 2.5., 2.6.1. dan 2.6.2.). Setiap model hanya menyelesaikan masalah tertentu sahaja. Model Porat (1977), Moore (1993), The Library Association (2002) dan Case (2010) hanya menyelesai masalah pengkelasan isu polisi maklumat, manakala model Dae (1996) dan model UNESCO (2009) hanya menyelesai masalah pembangunan polisi maklumat. Model polisi maklumat lampau juga gagal mengemukakan satu model yang boleh diguna pada peringkat teori dan amalan secara serentak. Model Moore 1993 dan Rowlands 1999 misalnya hanya oleh diaplikasi pada peringkat teori manakala model Moore (2005) dan Bustamante (2007) pula relevan pada peringkat amalan. Manakala model Moore (2005) dan Bustamante (2007) boleh diguna bagi menganalisis polisi maklumat.

196 Model polisi maklumat kajian ini bersifat bersepadu kerana berjaya menunjukkan perkembangan dan interaksi antara sektor polisi maklumat. Model kajian ini juga menyenaraikan isu ke dalam beberapa sektor polisi maklumat bagi membuktikan polisi maklumat adalah bidang bersilang disiplin. Selain itu model kajian ini juga berbeza daripada model terdahulu kerana dapat menunjukkan bagaimana bidang polisi maklumat berkembang kepada sektor lain yang berpotensi menjadi sebahagian daripada bidang polisi maklumat seperti ditunjuk dalam Rajah 3.12. Model kajian ini berbeza daripada model terdahulu kerana model ini dapat digunakan secara teori dan amalan. Pada peringkat teori, model kajian ini boleh diguna bagi memahami batas, isu dan skop polisi maklumat. Disamping itu, model kajian ini dijangka dapat diguna sebagai alat bagi menerangkan bidang polisi maklumat secara menyeluruh dan menunjukkan bagaimana sektor polisi maklumat berhubung antara satu dengan yang lain. Model hasil daripada kajian ini adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.11. Pada peringkat amalan, model kajian ini dijangka dapat diguna sebagai kerangka bagi menganalisis situasi semasa polisi maklumat bagi sesebuah negara. Selain itu, model ini juga dijangka dapat memandu pembangunan dan badan koordinasi polisi maklumat peringkat kebangsaan dari terlepas pandang sebarang sektor penting dalam polisi maklumat. Selain itu, sektor polisi maklumat dijangka membantu dalam menentu agensi kerajaan atau organisasi swasta yang bertanggungjawab menanganinya. Model kajian ini berjaya mengatasi kelemahan dalam model sedia ada seperti yang dibincang dalam Bab 3 (Perenggan 3.3). 6.2.2 Rumusan Kajian Terhadap Amalan Polisi Maklumat di Malaysia a) Polisi maklumat di Malaysia Seperti yang dijelaskan dalam Bab 2 (perenggan 2.1), penyelidik lampau berbeza pandangan tentang dengan status polisi maklumat di Malaysia. Sebahagiannya mendakwa Malaysia mempunyai polisi maklumat yang menyeluruh (Ruzaini 1996; Xue 2005) manakala sebahagian lagi berpandangan sebaliknya (Arnold 2002b; Moore 2005). Walaupun Ruzaini (1996) mendakwa Wawasan 2020 adalah asas kepada

197 pembangunan polisi maklumat, namun sebilangan sarjana menyatakan polisi perlu melangkaui penyataan tentang masa depan yang diingini semata-mata, sebaliknya melangkaui preskripsi metod bagi masalah yang dikenal pasti sebelumnya (Arnold 2007). Justeru, kajian ini berpandangan Wawasan 2020 adalah dasar umum pembangunan negara yang pencapaiannya mesti disokong oleh dasar khusus terutamanya polisi maklumat kebangsaan. Penyata Rasmi Parlimen tidak menunjukkan sebarang penyata khusus berkaitan polisi maklumat Malaysia sekali gus gagal membuktikan wujudnya perbahasan polisi maklumat yang menyeluruh pernah berlaku dalam kedua-dua, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Analisis temu bual pula mendapati tidak wujud persefahaman tentang polisi utama berkaitan maklumat di Malaysia. Sebahagian daripada responden berpandangan MSC dan NITA adalah dua polisi penting berkaitan maklumat. Sebahagian responden juga mendakwa Malaysia tidak mempunyai dokumen rasmi yang boleh dirujuk sebagai polisi maklumat namun komponennya wujud tetapi secara berasingan. Penyata Rasmi Parlimen turut tidak merujuk MSC dan NITA sebagai polisi maklumat yang khusus. Namun apabila merujuk kepada susastera berdasarkan kepada skop dan matlamat polisi maklumat, Malaysia mempunyai polisi yang boleh dikaitkan secara langsung dengan maklumat. Bagi menjawab persoalan kajian pada perenggan 6.2, kajian ini menyimpulkan tidak wujud sebarang dokumen rasmi yang boleh dirujuk sebagai polisi maklumat kebangsaan. Namun, polisi maklumat Malaysia wujud dalam bentuk program dengan MSC dan NITA boleh dianggap sebagai polisi maklumat utama manakala Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM1998) dianggap sebagai kerangka perundangan yang menyelia berkaitan maklumat. b) Bentuk polisi maklumat Malaysia Polisi maklumat Malaysia wujud dalam bentuk yang umum (dengan anggapan NITA, MCS dan AKM adalah polisi maklumat utama). Walaupun berbentuk umum namun polisi tersebut didapati melangkaui skop infrastruktur maklumat. NITA dibangun dengan matlamat pembangunan sosial manakala MSC dengan matlamat pembangunan teknologi maklumat dan ekonomi. Kajian ini turut mendapati Malaysia mempunyai badan penyelia dan penguatkuasa berkaitan maklumat yang baik iaitu Akta

198 Komunikasi dan Multimedia (1998) dibawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain daripada tiga polisi maklumat yang utama, Malaysia mempunyai polisi maklumat yang lain terutamanya berkaitan dengan perpustakaan, maklumat saintifik dan teknikal dan maklumat kerajaan tetapi wujud dalam bentuk yang terpisah-pisah. Polisi ini ditangani secara berasingan dibuktikan dengan bilangan jawatankuasa yang berbagai seperti Jawatankuasa Pelaksana MSC, Jawatankuasa Kabinet berkaitan Jalur Lebar dan Majlis IT Kebangsaan (NITC). Dapat disimpulkan bahawa polisi maklumat di Malaysia adalah dalam bentuk yang terpisah-pisah. Walaupun mempunyai badan penyelaras IT pada peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, namun NITC perlu memain peranan yang berkesan. Justeru, NITC wajar mempunyai sekretariat tetap di bawah kementerian tertentu dan bidang kuasa yang jelas bagi menjamin koordinasi dapat dilaksana dengan cekap dan berkesan. Keahlian NITC juga hendaklah menyeluruh meliputi pihak berkepentingan dari kerajaan, awam dan swasta. Selain itu, NITC perlu mengembangkan skopnya kepada kandungan maklumat kebangsaan. Untuk itu, sektor perpustakaan di Malaysia perlu dilantik sebagai anggota NITC. c) Masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat di Malaysia Bagi membangun polisi maklumat yang dapat mencapai matlamat yang berbagai seperti yang dikemukakan dalam Bab 2 (perenggan 2.3.4), penggubal polisi perlu melihat masalah yang dihadapi khususnya dari sudut pandangan penggubal dan pelaksana polisi pada masa lampau. Masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat Malaysia berdasarkan penemuan dari dokumen sumber cetak dan data sumber temu bual adalah seperti berikut: i. Masalah Hasil Temuan Sumber Cetak Kajian ini mendapati polisi berkaitan maklumat teknikal dan saintifik di Malaysia wujud secara berasingan dan tidak dikaitkan dengan sektor lain terutamanya sosial dan

199 perpustakaan. Polisi berkaitan maklumat teknikal dan saintifik juga tidak menunjukkan bahawa sektor ini berkembang kepada sektor lain seperti sains sosial. Sektor perpustakaan pula didapati tidak berfungsi sebagai pembangun polisi maklumat malah tidak terlibat dalam badan penyelaras IT kebangsaan, NITC. Isu perpustakaan masih berlegar sekitar penyediaan keperluan infrastruktur maklumat sahaja. Perbahasan tentang kepentingan dan peranan perpustakaan sebagai sumber dan penyedia maklumat bagi pembangunan ekonomi dan sosial adalah tidak ketara di Malaysia. Perbahasan ICT didapati berkisar tentang penyediaan infrastruktur menyeluruh kepada rakyat dan aspek teknikal yang lain seperti piawaian ICT dan sebagainya. Kajian ini mendapati perbahasan Parlimen gagal mengaitkan isu infrastruktur dengan infostruktur. Hal ini menjadikan isu kandungan ditangani secara berasingan dengan ICT seterusnya menyebabkan infostruktur menjadi isu yang terabai. Kajian ini mendapati berlaku perbahasan berkenaan masyarakat bermaklumat dan kaitannya dengan ICT dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Berkaitan dengan itu, kerajaan menyedari bahawa bagi membangun masyarakat bermaklumat, kerajaan perlu mengatasi beberapa halangan seperti kadar celik komputer yang rendah. Kerajaan juga berusaha dengan serius melalui program seperti Program Internet Desa, Infodesa dan program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) bagi menangani jurang digital. Bagi sektor maklumat kerajaan, kajian mendapati kerajaan tidak menyedia keperluan maklumat kepada rakyat secara menyeluruh. Antara perbahasan dan masalah berkaitan maklumat kerajaan adalah maklumat yang tidak terkini dalam portal kerajaan, pautan kepada bukan maklumat yang sepatutnya dan maklumat tidak mencukupi sering disuarakan. Hal ini menimbulkan persoalan tentang keseriusan kerajaan yang menganggap maklumat awam adalah sumber penting kepada kemajuan negara.

200 Dalam pada itu, kerajaan Malaysia didapati mempunyai perancangan yang baik, terperinci dan menyeluruh terutamanya dalam agenda mengubah ekonomi sedia ada kepada sistem ekonomi yang berasaskan maklumat. Namun begitu beberapa isu seperti keperluan menyedia sumber manusia yang kreatif dan inovatif, masalah pengaliran keluar pekerja berpengetahuan tinggi, dan usaha menarik warga negara Malaysia yang berada di luar negara perlu dilaksana dengan serius melalui program dan agenda kerajaan yang berkesan. Selain itu rancangan dan inisiatif kerajaan berkaitan ekonomi berasaskan maklumat perlu dijelas dan difahami oleh semua lapisan masyarakat. Dalam sektor pendidikan ICT pula, isu berhubung dengan pendidikan ICT masih dikaitkan dengan infrastruktur asas seperti masalah bekalan tenaga elektrik terutama di Sabah dan Sarawak. Masalah lain adalah kekurangan infrastruktur komputer dan tenaga pakar bagi menyelia infrastruktur tersebut. Selain itu, kajian ini mendapati program celik komputer di sekolah tidak mempunyai kesinambungan di antara satu program dengan satu program yang lain terutamanya program yang sedia ada. Sebagai contoh, penubuhan kelab komputer dan komputer yang diderma ditinggal apabila satu program baharu diperkenal. ii. Masalah Polisi Maklumat Hasil Dari Temu bual Temu bual menemui beberapa persoalan penting berkaitan polisi maklumat di Malaysia. Antaranya NITC tidak berperanan dengan sewajarnya sebagai sebuah badan koordinasi peringkat kebangsaan di Malaysia. Kerajaan turut digesa melibatkan pihak berkepentingan yang menyeluruh dari dalam negara sewaktu penggubalan polisi. Ini kerana polisi penting seperti MSC dan AKM1998 adalah berdasarkan konsultasi dari pihak luar Malaysia tanpa melibatkan pihak berkepentingan dalam negara. Selain daripada itu kewajaran memisahkan komponen ICT dengan komunikasi turut dipersoal kerana dilihat sebagai suatu keputusan kebelakang dan tidak memberi untung. Hal ini menguatkan hujah tentang dasar Atas-Bawah yang diamal oleh kerajaan dan dianggap sebagai tidak membantu dalam mencapai agenda membentuk Malaysia sebagai negara ekonomi berasaskan maklumat. Tambahan pula Agenda IT Kebangsaan (NITA) dan MSC dilihat sebagai tidak dihayati oleh sebahagian

201 kakitangan kerajaan. Perkara ini tidak sewajarnya terjadi kerana sebagai agen pelaksana dasar, kakitangan kerajaan hendaklah menjiwai NITA dan MSC dengan sepenuhnya. Masalah tidak menghayati dan memahami dasar kerajaan mencetus masalah lain iaitu mengakibatkan sistem maklumat kerajaan yang tidak cekap dan gagal memberi maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakyat. Selain daripada itu sistem dan kurikulum pendidikan ICT yang tidak menyokong industri kandungan turut disentuh. Kurikulum pendidikan kebangsaan didakwa tidak memberi tumpuan kepada komponen kreativiti bagi melahir pelajar dan graduan yang mempunyai keupayaan inovasi. Perpustakaan pula yang tidak berada dalam aliran utama serta tidak berperanan dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi maklumat di Malaysia. Hal ini mengakibatkan kandungan tempatan tersisih dan hanya memfokus serta cenderung kepada aspek teknologi berkaitan maklumat sahaja. Bidang perpustakaan yang tidak berada dalam aliran utama didakwa menjadi punca kegagalan penyediaan perkhidmatan maklumat yang baik kepada masyarakat. 6.3 SUMBANGAN KAJIAN Sumbangan kajian kualitatif boleh terdapat dalam bentuk yang berbagai seperti perkaitan atau sumbangan kepada badan pengetahuan serta sumbangan pada kesahan kajian. Sumbangan kajian penilaian juga bergantung kepada penggunaan terus hasil penemuan kajian tersebut. Sebagai contoh, kajian Arnold (2007) didapati menyumbang kepada teori dengan menentukan skop polisi maklumat dan menjelaskan perkembangan polisi maklumat antarabangsa. Sumbangan kajian ini dibahagi kepada dua bahagian seperti berikut: 6.3.1 Sumbangan Dari Sudut Teori i. Secara teori, polisi maklumat masih belum matang. Isu yang mendasari pembentukan polisi maklumat masih tidak disepakati. Kajian ini menyumbang kepada proses mematangkan bidang polisi maklumat dengan mengemuka senarai isu yang berkaitan dengan polisi maklumat berdasarkan kajian silang disiplin.

202 ii. Kajian ini juga menyumbang kepada satu lagi teori berkaitan pengkelasan isu polisi maklumat iaitu berdasarkan matlamat dan sektor maklumat utama dalam negara. iii. Kajian ini menyumbang satu lagi kaedah bagi analisis situasi polisi maklumat berdasarkan kepada model bersepadu polisi maklumat cadangan penyelidik. iv. Model bersepadu polisi maklumat yang dicadangkan oleh kajian ini dapat menyumbang kepada kefahaman bagaimana isu polisi maklumat dan sistemnya berkembang dan berubah sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. 6.3.2 Sumbangan Dari Sudut Amalan i. Polisi maklumat didapati diamal secara terpisah-pisah. Berdasarkan pengkelasan yang dicadangkan, kajian ini mengemukakan model polisi maklumat sepadu bagi mengatasi amalan polisi maklumat yang terpisah-pisah dan mengatasi masalah seperti pertindanan skop tanggungjawab dan pembahagian tugas. ii. Kajian ini mengemukakan status polisi maklumat terkini di Malaysia, termasuk masalah yang dihadapi. Kajian seumpama ini penting agar penggubalan polisi pada masa akan datang adalah berdasarkan realiti dan masalah polisi maklumat sedia ada. iii. Kajian ini menyenarai isu dan masalah yang boleh dijalankan secara terperinci dalam kajian pada masa depan. Kajian terperinci setiap sektor polisi maklumat yang dikemuka kajian ini boleh membantu membangun bidang polisi maklumat yang matang khususnya di Malaysia. iv. Kajian ini mengemukakan model bersepadu polisi maklumat yang boleh diguna oleh kerajaan sebagai satu garis panduan memahami dan melaksana polisi maklumat yang berbilang sektor. Natijahnya kerajaan dijangka dapat

203 menyediakan sumber maklumat yang menyeluruh, berkesan dan cekap di Malaysia. v. Kajian ini juga membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pembangun polisi maklumat bagi mengiktiraf profesional sains maklumat dan perpustakaan tentang kepentingan penyertaan mereka khususnya dalam bidang pembangunan kandungan. 6.4 IMPLIKASI KAJIAN Dari aspek teori, polisi maklumat adalah satu bidang yang baharu. Walaupun peranan dan sumbangan disiplin sains maklumat terhadap perkembangan bidang polisi maklumat diakui, namun para pengkaji cenderung untuk menganggap polisi maklumat sebagai bidang yang bersifat silang disiplin. Model polisi maklumat yang dicadangkan dalam kajian ini membuktikan bahawa kepelbagaian dalam bidang polisi maklumat boleh disatukan dan dapat dilihat sebagai satu cabang ilmu yang berpotensi menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri. Berdasarkan model yang dicadangkan oleh kajian ini, beberapa implikasi terhadap dasar kerajaan dijangka boleh berlaku. Antara dasar yang boleh terkesan ialah dasar pelajaran kebangsaan. Jika sebelum tahun 1996, iaitu tahun sebelum MSC diperkenal, polisi maklumat didominasi oleh bidang sains maklumat dan perpustakaan. Namun, dengan pengenalan MSC, polisi maklumat hanya dikaitkan dengan teknologi hingga badan penyelaras maklumat kebangsaan (NITC) tidak dianggotai oleh perpustakaan. Peranan perpustakaan perlu dikembalikan. Ini dilihat dapat memperkasa perpustakaan sebagaimana yang diamalkan oleh negara maju. Perpustakaan mempunyai peranan yang signifikan kerana organisasi tersebut mempunyai kepakaran dalam hal ehwal pengurusan maklumat yang sepatutnya menjadi teras kepada polisi maklumat. Justeru, penjenamaan semula polisi maklumat dengan mengambil kedua-dua aspek teknikal dan kandungan perlu dilakukan. Selaras dengan perkembangan ini, satu bidang baharu wajar dipertimbangkan pada pengajian peringkat universiti. Berpandukan kepada model cadangan kajian ini, kurikulum yang merentas disiplin teknikal dan kandungan wajar ditawarkan di pusat pengajian tinggi. Kurikulum seperti ini dijangka dapat melahirkan graduan yang bukan hanya mahir

204 dengan ilmu teknikal tetapi turut mempunyai kesedaran tentang keperluan membangun kandungan maklumat tempatan. Dari aspek amalan, polisi maklumat dikaitkan dengan masalah pembuatan yang terpisah-pisah dan pelaksanan polisi secara berasingan. Model polisi maklumat bersepadu seperti yang dicadangkan oleh kajian ini menunjukkan perkaitan dan hubungan di antara satu sektor maklumat dengan satu sektor maklumat yang lain. Model bersepadu kajian ini membuktikan maklumat merupakan keperluan semua peringkat lapisan masyarakat diperkukuhkan lagi dengan hujah tentang kepelbagaian matlamat polisi maklumat seperti yang dibincangkan dalam Bab 2 (perenggan 2.3.4). Model bersepadu kajian ini menguatkan kewajaran bagi mewujudkan satu kementerian khusus yang bertanggungjawab terhadap maklumat negara khususnya polisi tentang perancangan, penciptaan, penyelenggaraan, penggunaan, capaian, penyebaran, perkongsian, perlindungan dan pelupusan maklumat menggunakan teknologi terkini. Badan penyelaras tanpa kuasa yang khusus seperti NITC jelas gagal memainkan peranannya seperti yang diakui oleh responden. Kajian ini turut memberi implikasi dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi maklumat pada masa hadapan. Pembangunan polisi maklumat lampau khususnya MSC dan Akta Komunikasi dan Multimedia adalah diadaptasi dari perunding luar negara seperti yang dijelaskan dalam Bab 5 (perenggan 5.3.3 & 5.3.4). Pandangan dari rakyat tidak diambil kira dalam penggubalan polisi tersebut. Kerajaan disaran untuk menukar pendekatan polisi atas bawah yang hanya menitikberatkan pandangan perunding dari luar sahaja, sebaliknya hendaklah mengambil kira pandangan rakyat dalam menggubal polisi maklumat selaras dengan cadangan Saxby (2011). Keterbukaan dan capaian rakyat kepada maklumat kerajaan adalah penting. Kerajaan disaran untuk menyedia maklumat yang lengkap dan tepat melalui portal dan laman sesawang rasmi. Jika perkara ini diambil kira oleh pelaksana polisi maklumat, hal ini dijangka dapat mengubah dasar kerajaan kepada bersikap terbuka terhadap capaian maklumat kerajaan kecuali bagi maklumat yang boleh mengancam keselamatan negara. Capaian kepada maklumat kerajaan yang mencukupi pada ketika diperlukan boleh membantu rakyat dan organisasi membuat keputusan yang tepat

205 selaras dengan tuntutan ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Keadaan ini dapat membantu pembentukan masyarakat bermaklumat dan perkembangan ekonomi negara yang baik. 6.5 ULASAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KAJIAN DAN KESESUAIAN KAEDAH KAJIAN Penjelasan perenggan 6.2.1. di atas menunjukkan kajian ini berjaya mencapai objektif kajian yang ditetapkan dalam Bab 1 (perenggan 1.4) iaitu mengenalpasti isu yang mendasari polisi maklumat, mencadangkan sektor polisi maklumat yang bersesuaian, menentukan interaksi dan hubungkait antara sektor polisi maklumat bagi membentuk satu model polisi maklumat yang bersepadu, menganalisis polisi maklumat sedia ada di Malaysia mengguna model yang dicadangkan oleh kajian, mengenal pasti masalah yang wujud dalam bidang polisi maklumat. Model cadangan kajian ini seterusnya diguna bagi mencapai objektif menentukan status polisi maklumat di Malaysia seperti penjelasan dalam perenggan 6.2.2. Reka bentuk kajian kualitatif didapati sesuai bagi disiplin ilmu yang belum matang seperti bidang polisi maklumat berikutan kekurangan teori dan data empirikal seperti penjelasan dalam perenggan 4.2.3. Strategi kajian iaitu kajian kes Malaysia didapati sesuai berikutan usia kemerdekaan negara yang masih dianggap baru. Penggunaan kajian kes menyebabkan pemeriksaan teliti dapat dilakukan dan menghasilkan pemahaman yang jelas berkaitan polisi maklumat di Malaysia. Teknik kajian iaitu analisis dokumen dan temu bual didapati sesuai bagi kajian ini. Analisis kandungan dokumen sesuai terutama bagi keadaan persekitaran yang sukar diakses oleh orang awam seperti persidangan parlimen. Temu bual terbuka dengan responden yang terlibat secara langsung dalam pengubalan dan pelaksanaan polisi maklumat pula sesuai bagi mengenal pasti dan menyelidik keadaan sebenar polisi maklumat di Malaysia. Walaupun sukar mencari masa yang sesuai bagi mengadakan sesi temubual, namun terbukti berjaya menghasilkan temuan yang unik dan tidak terjangka.

206 6.6 KELEMAHAN KAJIAN Kajian ini hanya menyingkap beberapa aspek dari segi teori dan amalan polisi maklumat. Dari segi teori, kajian ini mengenal pasti senarai isu polisi maklumat berdasarkan bahan susastera, mengkelas semua isu tersebut kepada enam sektor dan menghubung kait semua sektor tersebut bagi membentuk model polisi maklumat yang bersepadu. Sementara itu, dari segi amalan, dua isu utama dikenal pasti iaitu polisi maklumat yang terpisah-pisah dan keperluan kepada model polisi maklumat yang bersepadu. Oleh itu, terdapat beberapa batasan tertentu dalam kajian ini yang boleh diperbaiki untuk kajian masa hadapan. Batasan ketara kajian ini adalah berkaitan dengan kaedah kajian khususnya teknik temubual. Responden temubual kajian ini adalah seramai empat orang yang terdiri dari dua orang responden yang telah bersara dari jawatan dan dua orang yang masih dalam perkhidmatan. Walaupun kajian ini menepati panduan Patton (2002) dan Connaway & Powell (2010) yang menjelaskan bilangan responden yang ditemu bual bukan menjadi isu dalam kajian kualitatif dan mengikut saranan Rabina (2001) agar memilih responden yang dapat memberi maklumat melebihi dari apa yang boleh didapati dari dokumen sumber cetak. Namun, kajian ini menyarankan agar kajian pada masa hadapan memilih responden yang dapat memberikan maklumat khusus bagi setiap sektor polisi maklumat iaitu Maklumat Teknikal dan Saintifik, Perpustakaan, ICT, Sosial, Kerajaan dan Ekonomi. Bilangan responden juga boleh ditambah dengan mengambil responden seimbang antara yang telah bersara dan yang masih dalam perkhidmatan. Hal ini dapat mengimbangi kesahihan dan ketelusan maklumat yang dikemukakan oleh responden kerana kajian ini mendapati responden yang masih berada dalam jawatan bersikap berhati-hati dengan setiap jawapan yang diberikan. Kajian turut mendapati responden yang masih berkhidmat cenderung untuk menyokong langkah dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan berbanding dengan reponden yang telah bersara yang bersifat kritis dan terbuka.

207 6.7 CADANGAN KAJIAN MASA AKAN DATANG Cadangan kajian masa akan datang dibahagikan kepada dua iaitu yang berkaitan dengan teori dan berkaitan dengan amalan. 6.7.1 Teori Polisi Maklumat Bidang polisi maklumat bersifat silang disiplin. Kajian ini mengkategori disiplin yang dikaitkan dengan polisi maklumat kepada 9 disiplin iaitu sains maklumat dan perpustakaan, ekonomi, sains politik, dasar awam, sosiologi, kajian komputer, komunikasi, pentadbiran awam dan undang-undang. Sejak kajian Braman pada tahun 1989, tidak ada kajian yang khusus bagi mengenal pasti bidang akademik yang boleh dikaitkan dengan polisi maklumat. Kajian silang disiplin polisi maklumat masih diakui antara aspek yang masih belum matang (Arnold 2007; Case 2010). Justeru, kajian pada masa hadapan boleh dibuat bagi menentu disiplin sebenar polisi maklumat mengguna metod yang berlainan. Model cadangan kajian ini tidak melalui proses pengujian bagi mengukur tahap keberkesanannya kerana memerlukan masa yang panjang jika dilakukan. Justeru, kajian pada masa hadapan boleh melakukan ujian bagi menentukan tahap kesahan model polisi maklumat cadangan kajian ini. 6.7.2 Amalan Polisi Maklumat di Malaysia Kajian ini mendapati keanggotaan dalam Majlis IT Kebangsaan (NITC) adalah tidak menyeluruh. Beberapa sektor penting seperti perpustakaan didapati tidak menjadi anggota NITC. Menentukan keanggotaan NITC yang menyeluruh adalah penting agar keputusan dan program yang dilaksana tidak mengabaikan sektor maklumat yang sepatutnya. Justeru, berdasarkan model yang dicadangankan, kajian pada masa depan boleh dilakukan bagi menentukan agensi kerajaan yang bersesuaian bagi menjadi anggota NITC.

208 Terdapat saranan dan garis panduan khusus bagi menangani isu berkaitan Hak Asasi Manusia dalam Islam (United Nation 1993) seperti yang dikemukakan oleh Littman (1999), World Assembly of Muslim Youth (t.th.) dan Deklarasi Cairo. Walaupun saranan dan garis panduan tersebut sudah lama dikemukakan, namun kajian pada masa depan disaran untuk mengkaji status kepatuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam melaksana hak asasi manusia seperti saranan dalam Agama Islam. Program berkaitan maklumat peringkat kebangsaan iaitu NITA, MSC dan NITC telah dilaksana sejak tahun 1996. Setelah 15 tahun polisi ini dilaksana maka adalah wajar satu analisis pencapaian dijalankan bagi melihat sejauh mana NITA, MSC dan NITC mencapai matlamatnya. Selain analisis pencapaian, analisis terhadap mekanisme komunikasi polisi dari peringkat pembuat polisi kepada pelaksana polisi di Malaysia boleh dijalankan. Analisis di atas perlu bagi menjawab dakwaan bahawa Malaysia mempunyai polisi yang baik, namun mempunyai kelemahan dari sudut pelaksanaan. Justeru, kajian selanjutnya boleh dijalankan bagi mengenal pasti jurang dasar dan pelaksanaan. Tinjauan dalam kalangan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) agensi kerajaan juga boleh dijalankan bagi menentukan sejauh mana tahap kesedaran, kekangan dalam melaksanakan NITA, kefahaman mereka tentang MSC dan isu polisi maklumat yang lain. 6.8 PENUTUP Polisi maklumat adalah satu bidang baharu yang belum mencapai tahap kematangan dari sudut teori akademik serta amalan. Justeru, banyak kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti isu yang mendasari penggubalan atau pembentukan polisi maklumat. Namun perkara ini tidak mudah dilakukan kerana pembentukan polisi maklumat adalah tertakluk kepada keperluan negara masing-masing. Isu yang timbul dalam sesebuah negara adalah berbeza dengan sebuah negara yang lain. Kajian yang lazimnya dibiayai oleh kerajaan sudah pasti perlu memenuhi keperluan kerajaan tersebut. Lantaran itu adalah mustahil untuk mengemukakan isu yang seragam bagi polisi maklumat untuk diguna pakai oleh semua negara secara global. Hal yang sedemikian membawa kepada pembangunan model polisi maklumat yang berbagai.

209 Pada ketika negara maju masih mengakui peranan perpustakaan sebagai organisasi yang mahir tentang selok belok maklumat, negara sedang membangun pula mengenepikan peranan organisasi berkenaan. Ini merupakan satu isu yang perlu ditangani jika negara sedang membangun seperti Malaysia mahu dilihat mempunyai polisi maklumat yang lengkap dan menyeluruh serta mengambil pandangan daripada pakar tempatan secara khususnya dan rakyat secara umumnya. Sesuatu polisi penting yang menentukan pembangunan dan masa depan negara tidak wajar mengenepikan unsur tempatan dengan memberi ruang yang luas kepada perunding luar yang tidak mahir dan memahami selok belok serta keperluan setempat selain mempunyai pandangan jagat yang kurang sesuai dengan nilai yang ada.