UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PANDUAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SESI 2010/2011

TAKLIMAT 1 LATIHAN INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P009

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Bab Dua - Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

PTSS-PK-PPP-12 PENDAFTARAN KURSUS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAKLIMAT 1 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI

PERATURAN PEPERIKSAAN

PANDUAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI LUAR NEGARA BAGI PELAJAR

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011


Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

Transkripsi:

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI i

Cetakan Pertama, 2013, Edisi 2 Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat Universiti Teknikal Malaysia Melaka Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak UTeM. ii

SINGKATAN DAN DEFINISI SENARAI BORANG DAN LAMPIRAN KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 MATLAMAT 2 2.1 Pelajar 2 2.2 Universiti 2 2.3 Industri 2 3.0 OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN INDUSTRI 3 4.0 HASIL PENDEDAHAN LATIHAN INDUSTRI 3 5.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERBABIT 4 5.1 Jawatankuasa Latihan Industri Universiti 4 5.2 Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti 5 5.3 Pelajar Latihan Industri 5 5.4 Penyelia Akademik 6 5.5 Penyelia Industri 7 6.0 PELAKSANAAN 8 6.1 Pelaksanaan Sebelum LI 8 6.1.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Sebelum LI 10 6.2 Pelaksanaan Semasa LI 11 6.2.1 Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan 11 10 minggu 6.2.2 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI untuk dan PA 13 (Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan 10 minggu) 6.2.3 Pelaksanaan Semasa LI 14 (Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu) 6.2.4 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI untuk dan PA 18 (Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu) 6.3 Pelaksanaan Selepas Menjalani LI 19 6.3.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Selepas LI oleh PA dan PLIF 20 7.0 SYARAT-SYARAT LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR 21 7.1 Sebelum LI 21 7.1.1 Mencari Tempat LI 21 7.2 Semasa LI 22 7.2.1 Melapor Diri di Industri 22 7.2.2 Disiplin dan Tatatertib 22 7.2.3Kehadiran dan Cuti 23 iii

7.2.4 Buku Laporan Harian 23 7.2.5 Kerahsiaan Industri 24 7.2.6 Tempoh Latihan 24 7.2.7 Penukaran Tempat Latihan 24 7.2.8 Penukaran Alamat 24 7.2.9 Elaun /Kemudahan Semasa Latihan 24 7.2.10 Insurans/Kemalangan/Kematian 25 7.3 Selepas LI 25 7.3.1 Penyerahan Buku Laporan Harian, Laporan LI dan Borang 25 Soal Selidik Pelajar 8.0 PENILAIAN 25 8.1 Tujuan Penilaian 25 8.2 Kriteria Penilaian PLI 26 8.2.1 Prestasi Kerja 26 8.2.2 Hasil Kerja 26 8.2.3 Sahsiah Pelajar 26 8.3 Kaedah Penilaian 27 8.3.1 Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 27 (24 minggu) 8.3.2 Program Diploma 28 8.3.3 Program Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu) 28 iv

SENARAI BORANG DAN LAMPIRAN UTeM (ISO)/PP/PK03/F5 (a) UTeM (ISO)/PP/PK03/F5 (b) UTeM (ISO)/PP/PK03/F6 UTeM (ISO)/PP/PK03/F7 UTeM (ISO)/PP/PK03/F8 UTeM (ISO)/PP/PK03/F9 UTeM (ISO)/PP/PK03/F10 UTeM (ISO)/PP/PK03/F11 Borang Tawaran Penempatan Pelajar (Ijazah) Borang Tawaran Penempatan Pelajar (Diploma) Borang Resume Pelajar Borang Jawapan daripada Industri (Reply Form) Borang Butiran Pelajar Borang Pengesahan Lapor Diri Borang Perakuan Tamat Latihan Industri Borang Laporan Akhir Program Latihan Industri Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Lampiran 7 Lampiran 8 Panduan Laporan Lawatan Pertama Panduan Laporan Lawatan Kedua Panduan Penilaian daripada Penyelia Industri Panduan Soal Selidik Pelajar selepas Tamat LI Panduan Penulisan Laporan LI Format Kulit Muka Hadapan Laporan Contoh Muka Surat Pertama Contoh Senarai Isi Kandungan v

SINGKATAN DAN DEFINISI Industri Semua tempat Latihan Industri Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti JKLIU Jawatankuasa Latihan Industri Universiti LI Minggu PA PI PJIM Latihan Industri Minggu LI Penyelia Akademik Penyelia Industri Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) adalah pusat tanggungjawab selaku urus setia Program LI pelajar PLI Pelajar Latihan Industri PLIF Penyelaras Latihan Industri Fakulti Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) vi

1.0 PENGENALAN Garis Panduan Latihan Industri ini dihasilkan sebagai rujukan dan panduan kepada Jawatankuasa Latihan Industri Universiti (JKLIU) dan Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti (). Buku panduan ini menerangkan fungsi dan peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dengan Latihan Industri (LI), menerangkan skop latihan yang diperlukan dan pelaksanaan kaedah penilaian. Garis panduan ini perlu dibaca bersama: i) Peraturan Akademik dan Panduan Sistem Peraturan Akademik bagi Program Sarjana Muda dan Diploma (Penilaian Latihan Industri) ii) Polisi Latihan Industri, Polisi Akademik UTeM dan iii) Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi LI merupakan salah satu syarat pengijazahan dan wajib diikuti oleh semua pelajar sama ada di peringkat Sarjana Muda mahupun Diploma semasa tempoh pengajian di Universiti. LI ini boleh dijadikan satu landasan bagi para pelajar untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari di Universiti dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan oleh sesuatu profesion yang bakal diceburi. Jangka masa penempatan di industri ini adalah berbeza mengikut peringkat pengajian pelajar. Jangka masa bagi peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan dan Diploma adalah selama 10 minggu manakala Sarjana Muda di bawah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) adalah selama 24 minggu. 1

2.0 MATLAMAT 2.1 Pelajar 2.1.1 Pelajar akan mendapat pengalaman baru dalam budaya kerja di industri yang dikenal pasti di samping dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan selaras dengan hasrat melahirkan graduan yang cekap, bertanggungjawab, inovatif, kreatif dan bersahsiah murni untuk memenuhi permintaan tenaga kerja di dalam dan luar negara. 2.2.2 Pelajar dapat menjalin hubungan dan membina rangkaian industri bersama kenalan profesional untuk kejayaan kerjaya pada masa hadapan. 2.2 Universiti 2.2.1 Universiti dapat melahirkan ahli profesional yang kompeten selaras dengan misi dan visi Universiti. 2.2.2 Universiti dapat mengenal pasti kehendak industri dalam menambah baik dan mengukuhkan kurikulum pengajaran supaya graduan yang bakal dihasilkan menjadi pilihan utama industri. 2.2.3 Universiti dapat menjalin perkongsian pintar bersama industri untuk kepentingan bersama membangunkan ekonomi negara. 2

2.3 Industri 2.3.1 Bersama-sama Universiti dalam mencapai objektif LI seperti yang telah digariskan. 2.3.2 Bertanggungjawab memberi pendedahan ilmu dan kemahiran teknikal dan insaniah terkini kepada PLI. 2.3.3 Memberi tugas yang bersesuaian dan memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar dipelihara sepanjang tempoh LI. 2.3.4 Industri yang dipilih sebagai tempat LI perlu bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar. 3.0 OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN INDUSTRI Latihan Industri UTeM mempunyai objektif seperti berikut: 3.1 memahami tanggungjawab persekitaran pekerjaan yang sebenar 3.2 menerima pendedahan dan memperoleh pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang masing-masing 3.3 mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam persekitaran industri 3.4 menghayati nilai etika profesional 3.5 meningkatkan kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan 3.6 menilai kebolehan kerjaya, pengetahuan dan keyakinan diri pelajar dan 3.7 meningkatkan kebolehpasaran pelajar supaya lebih berdaya saing 3

4.0 HASIL PENDEDAHAN LATIHAN INDUSTRI Setelah menjalani LI pelajar akan dapat: 4.1 menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan mengamalkan cara kerja yang efisyen dan beretika 4.2 mempelajari kemahiran dan ilmu teknikal yang relevan dengan bidang pembelajaran pelajar 4.3 mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari, memperolehi kemahiran baru dan peka terhadap teknologi terkini 4.4 mengenal pasti masalah industri dan mencadangkan beberapa langkah penyelesaian 4.5 mempamerkan kemahiran insaniah terutamanya dari segi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berkumpulan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat 5.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERBABIT Bagi melaksanakan program LI, pelbagai pihak perlu bekerjasama dengan berkesan dan memahami tanggungjawab masing-masing. Pihak tersebut adalah seperti berikut: i) Jawatankuasa Latihan Industri Universiti (JKLIU) ii) Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti () iii) Pelajar Latihan Industri (PLI) iv) Penyelia Akademik (PA) v) Penyelia Industri (PI) 4

5.1 Jawatankuasa Latihan Industri Universiti Jawatankuasa LI Universiti dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Bimbingan Kerjaya dan Kebolehpasaran daripada Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) selaku urus setia dan dianggotai oleh semua Penyelaras LI Fakulti (PLIF). Fungsi Jawatankuasa LI Universiti adalah : i) menggubal polisi dan prosedur umum program LI untuk program Sarjana Muda dan Diploma ii) menyelaras dan memantau pelaksanaan program LI di peringkat Universiti dan fakulti iii) menyedia dan mengemas kini pangkalan data industri yang menawarkan penempatan mengikut bidang pengajian pelajar iv) menyediakan garis panduan LI yang umum untuk pelaksanaan yang lebih terperinci di peringkat fakulti 5.2 Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti Jawatankuasa LI Fakulti dipengerusikan oleh Penyelaras LI Fakulti (PLIF). Berikut adalah tanggungjawab Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti: i) merancang, melaksana dan menyelaraskan program LI fakulti seperti penempatan pelajar di industri, menyediakan jadual lawatan, suratmenyurat ke industri dan menyediakan Laporan Pelaksanaan LI; ii) menyediakan garis panduan LI yang khusus untuk pelaksanaan yang lebih terperinci di peringkat fakulti iii) membina dan menyelaras instrumen penilaian iv) mengenal pasti industri yang sesuai dan membantu penempatan pelajar v) memilih dan melantik PA yang bersesuaian dengan LI vi) memastikan prasyarat LI yang ditetapkan dalam kurikulum dipatuhi dan pelajar yang layak perlu mendaftar mata pelajaran LI sebelum menjalani LI 5

vii) menerima serta menganalisis maklum balas daripada industri, penyelia dan pelajar viii) mengemukakan keputusan LI pelajar kepada fakulti untuk diperakukan ix) memberi perhatian terhadap kebajikan pelajar berkaitan dengan LI x) memberi taklimat dan juga maklumat terkini kepada pelajar dan juga PA tentang peraturan, perancangan dan perjalanan program LI yang terkini dan perkara-perkara yang berkaitan 5.3 Pelajar Latihan Industri Berikut adalah tanggungjawab pelajar: i) mendaftar mata pelajaran LI dan mencari penempatan LI sendiri ii) menghadiri setiap taklimat program LI iii) melapor diri di industri pada tarikh yang telah ditetapkan oleh fakulti iv) mematuhi semua peraturan industri dan Universiti v) memberi kerjasama serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditentukan oleh industri, selagi tidak bercanggah dengan peraturan Universiti, undang-undang umum dan hak asasi kemanusiaan vi) mematuhi skop latihan yang ditentukan vii) merahsiakan segala maklumat sulit industri viii) menghubungi dengan segera sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa menjalani latihan seperti kemalangan, berlaku eksploitasi, gangguan di tempat kerja, pertukaran alamat tempat latihan dan sebagainya. Universiti boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak industri yang berkenaan sekiranya berlaku perkara-perkara seperti di atas ix) membuat catatan aktiviti yang dilaksanakan di dalam buku Laporan Harian, menulis laporan akhir LI dan melaksanakan tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh fakulti 6

x) sentiasa bersikap positif serta memberi sumbangan mengikut kemampuan pelajar bagi membuktikan yang pelajar adalah aset kepada industri dan menjadi contoh kepada pelajar LI akan datang xi) PLI dalam setiap keadaan hendaklah sentiasa menjaga dan memelihara nama baik Universiti xii) mencadangkan projek yang sesuai dengan program pengajian untuk dibawa ke fakulti sebagai Projek Sarjana Muda bagi program yang berkaitan 5.4 Penyelia Akademik Berikut adalah tanggungjawab Penyelia Akademik: i) menghadiri taklimat penyeliaan LI yang telah ditetapkan oleh ii) memahami skop dan tanggungjawab PA sebelum, semasa dan selepas menjalani lawatan ke industri yang telah ditetapkan di dalam panduan LI peringkat fakulti iii) menyemak segala maklumat berkenaan lawatan yang akan dilaksanakan dan memaklumkan sebarang perubahan iv) melakukan lawatan ke industri untuk memastikan kesesuaian tempat latihan, memberi bimbingan kepada pelajar, membuat penyeliaan dan penilaian v) memberi penjelasan kepada PI dan PLI tentang perincian dan tujuan penyeliaan LI vi) memberi panduan kepada pelajar dalam menyediakan perancangan tugasan LI vii) memberi penjelasan tentang tatacara penulisan buku Laporan Harian dan penulisan laporan LI kepada PLI viii) memastikan pelajar mengikut arahan dan melakukan kerja seperti yang diarahkan ix) mengesahkan buku Laporan Harian pelajar semasa lawatan penyeliaan 7

x) mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjamin pelajar mendapat faedah yang maksimum selaras dengan objektif yang ditetapkan xi) membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan latihan termasuk akademik, disiplin dan sebagainya xii) mengemukakan setiap laporan penyeliaan dan penilaian kepada xiii) menjaga nama baik Universiti dengan mengamalkan tatacara hubungan yang profesional dan beretika xiv) membantu menjalinkan hubungan yang strategik bersama pihak industri dalam semua bidang yang berkaitan yang dipersetujui bersama 5.5 Penyelia Industri Berikut adalah tanggungjawab Penyelia Industri: i) menyediakan jadual kerja PLI mengikut skop latihan yang bersesuaian dengan program pengajian PLI ii) memberi sebanyak mungkin pendedahan untuk mendapatkan pengalaman praktikal yang sesuai mengikut kemudahan yang ada dan tidak bercanggah dengan undang-undang umum dan hak asasi kemanusiaan serta keselamatan di tempat kerja (Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 Akta 514 serta Akta Pekerjaan 1955) iii) menyemak dan mengesahkan buku Laporan Harian pelajar mengikut tempoh yang dipersetujui iv) memberi kerjasama kepada PA dalam segala hal-hal berkaitan LI v) memastikan kebajikan pelajar sentiasa dipelihara seperti menyediakan kemudahan asas dan sebagainya vi) menilai pencapaian pelajar sepanjang latihan dengan memberi markah pada akhir tempoh LI menggunakan borang yang disediakan oleh fakulti vii) menyerahkan markah penilaian pelajar kepada PA 8

6.0 PELAKSANAAN 6.1 Pelaksanaan Sebelum LI Perkara Tanggungjawab Catatan/Lampiran 1. Persediaan Awal LI i) menghantar Borang Tawaran / Penempatan LI ke industri ii) mengemas kini pangkalan data penempatan PJIM/PLIF Borang Tawaran Penempatan LI: UTeM(ISO)/PP/PK03/F5(a) UTeM(ISO)/PP/PK03/F5(b) 2. Prasyarat LI Memastikan bilangan pelajar yang memenuhi prasyarat fakulti untuk menjalani LI 3. Penyediaan Dokumen i) menyediakan dokumen/fail keperluan yang berkaitan ii) mengedarkan Borang Resume kepada pelajar selepas taklimat LI yang pertama 4. Penyediaan Fail Maklumat Pelajar i) memasukkan dan mengemas kini senarai pelajar ke dalam sistem pangkalan data pelajar ii) mencetak salinan dokumen untuk dimasukkan ke dalam Fail Maklumat Pelajar 5. Taklimat Pertama LI Memberi penerangan kepada pelajar mengenai perkara berikut: i) Pelaksanaan LI ii) garis panduan memohon penempatan LI iii) tarikh akhir pencarian penempatan 6. Penempatan Pelajar: i) mencari penempatan LI ii) penerimaan borang maklum balas dari industri dan disimpan di dalam Fail Maklumat Pelajar PLI/ PLI/ PLI PLIF Tertakluk kepada syarat-syarat fakulti Borang Resume Pelajar: UTeM(ISO)/PP/PK03/F6 Mengikut fakulti Pelajar dimestikan mencari penempatan sendiri melalui borang permohonan penempatan kepada industri dari fakulti: UTeM(ISO)/PP/PK03/F8 9

Perkara Tanggungjawab Catatan/Lampiran 7. Penempatan Pelajar selepas Tarikh Akhir Pencarian Penempatan i) mencari penempatan LI ii) penerimaan borang maklum balas dari industri dan disimpan di dalam Fail Maklumat Pelajar 8. Semakan dan Pendaftaran Subjek LI i) menyemak senarai pelajar yang layak menjalani LI ii) mendaftar subjek LI PJIM/ /PA PLI Bergantung kepada pra syarat yang ditetapkan oleh fakulti Minggu ke-12 sebelum semester LI tertakluk kepada Jadual Pendaftaran Mata Pelajaran 9. Taklimat Kedua LI i) peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ii) panduan menulis buku Laporan Harian iii) panduan menulis laporan LI iv) kriteria penilaian LI Penyerahan Buku Laporan Harian dan surat insurans Mengedar Surat Pengesahan Lapor Diri yang mengandungi maklumat berikut: i) maklumat pelajar ii) maklumat industri iii) tarikh lapor diri di industri 10. Penerimaan /Penolakan Tawaran Penempatan i) Memaklumkan kepada Penerimaan/Penolakan tawaran ii) Menghantar surat rasmi penerimaan/ penolakan tawaran penempatan 11. Mengemas kini maklumat pelajar di dalam pangkalan data berdasarkan tawaran tempat latihan dan membuat cetakan untuk disimpan di dalam Fail Maklumat Pelajar PLI PJIM/ Borang Pengesahan Lapor Diri: UTeM(ISO)/PP/PK03/F9 Sebelum LI bermula 10

6.1.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Sebelum LI Mula Pendaftaran pelajar Penyediaan borang Penyediaan Fail Maklumat Pelajar Taklimat pertama LI Penempatan pelajar Tiada tempat Keputusan penempatan Ada tempat Penyemakan keputusan peperiksaan dan senarai pelajar yang layak menjalani LI LI Taklimat kedua LI Penyerahan Surat Penempatan LI kepada industri terlibat Penyerahan surat Pengenalan Lapor Diri kepada pelajar Pengemaskinian pangkalan data pelajar Tamat 11

6.2 Pelaksanaan Semasa LI 6.2.1 Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu) 1. Surat Pengesahan Lapor Diri: Perkara Tanggungjawab Catatan i) melengkapkan Borang Pengesahan Lapor Diri dan menghantar ke fakulti ii) menerima dan memasukkan Pengesahan Lapor Diri ke dalam Fail Maklumat Pelajar iii) mula membuat catatan di dalam buku Laporan Harian 2. Perancangan aktiviti lawatan penyeliaan LI seperti berikut: i) mengenal pasti bilangan pelajar dan industri yang terlibat ii) menentukan bilangan pensyarah dan pengagihan penyeliaan iii) menentukan tempoh lawatan 3. Persediaan Lawatan LI: i) mengeluarkan surat pelantikan penyeliaan LI kepada PA ii) taklimat lawatan kepada PA iii) memaklumkan kepada PA tempoh lawatan penyeliaan LI iv) menetapkan tarikh lawatan dengan PI dan memaklumkan kepada v) menghantar surat makluman lawatan penyeliaan LI kepada industri PLI PLIF PLI Fakulti PA Fakulti/ Borang Pengesahan Lapor Diri: UTeM(ISO)/PP/PK03/ F9 12

Perkara Tanggungjawab Catatan 4. Laporan Lawatan LI: i) melengkapkan laporan lawatan dan menyerahkannya kepada ii) memaklumkan kepada sebarang masalah untuk dibawa kepada Dekan/TD(A) iii) mengambil tindakan berdasarkan laporan PA PA/ Lampiran 1 13

6.2.2 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI Untuk dan PA (Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan 10 minggu) Mula Perancangan aktiviti lawatan penyeliaan LI Persediaan lawatan penyeliaan LI Lawatan organisasi Penghantaran laporan bertulis Tamat 14

6.2.3 Pelaksanaan Semasa LI (Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu) 1. Surat Pengesahan Lapor Diri: Perkara Tanggungjawab Catatan i) melengkapkan Borang Pengesahan Lapor Diri dan menghantar ke fakulti ii) menerima dan memasukkan Pengesahan Lapor Diri ke dalam Fail Maklumat Pelajar iii) mula membuat catatan di dalam buku Laporan Harian 2. Perancangan aktiviti lawatan pertama penyeliaan LI seperti berikut: i) mengenal pasti bilangan pelajar dan industri yang terlibat ii) menentukan bilangan pensyarah dan pengagihan penyeliaan iii) menentukan tempoh lawatan pertama 3. Persediaan Lawatan Pertama LI: i) mengeluarkan surat pelantikan penyeliaan LI kepada PA ii) taklimat lawatan pertama kepada PA iii) memaklumkan kepada PA tempoh lawatan pertama penyeliaan LI iv) menetapkan tarikh lawatan dengan PI dan memaklumkan kepada v) menghantar surat makluman lawatan penyeliaan LI kepada industri PLI PLIF PLI Fakulti PA Fakulti/ Borang Pengesahan Lapor Diri : UTeM(ISO)/PP/PK03/ F9 15

4. Lawatan Pertama LI: Perkara Tanggungjawab Catatan - menerangkan kepada PI tujuan LI dan tanggungjawab PLI dan PI - mendapatkan maklum balas LI daripada PI dan PLI menggunakan Panduan Laporan Lawatan Pertama tentang perkara berikut: i) perancangan tugasan PLI di industri ii) persekitaran kerja dan kesesuaiannya bagi PLI iii) disiplin dan kedatangan PLI iv) pendapat dan cadangan PI v) pendapat dan cadangan PLI - menyemak, mengulas dan menandatangani buku Laporan Harian 5. Laporan Lawatan Pertama LI: i) melengkapkan laporan lawatan pertama dan menyerahkannya kepada ii) memaklumkan kepada sebarang masalah untuk dibawa kepada Dekan/TD(A) iii) mengambil tindakan berdasarkan laporan iv) menghantar/membentang laporan LI semasa lawatan PA PA PA PA PA/ PLI Lampiran 1 Lampiran 1 16

Perkara Tanggungjawab Catatan 6. Perancangan aktiviti lawatan kedua penyeliaan LI seperti berikut: i) mengemas kini maklumat PLI ii) menentukan tempoh lawatan kedua iii) menyediakan laporan dan butiran lawatan kedua 7. Persediaan Lawatan Kedua LI: i) memberi taklimat lawatan kedua kepada PA tentang kaedah penilaian ii) memaklumkan kepada PA tempoh lawatan penyeliaan kedua LI iii) menetapkan tarikh lawatan kedua dengan PI dan memaklumkan kepada iv) menghantar surat makluman lawatan penyeliaan kedua dan Panduan Penilaian Penyelia Industri kepada industri v) membuat persediaan pembentangan tugasan LI vi) menyediakan draf laporan LI PA Fakulti/ PLI PLI Minggu 14 Sekiranya ada sebarang perubahan Panduan Penilaian mengikut fakulti, contoh seperti Lampiran 3 17

8. Lawatan Kedua LI: Perkara Tanggungjawab Catatan i) mendapatkan maklum balas LI daripada PI dan PLI tentang perkara berikut: - Hasil kerja PLI di industri - Disiplin dan kedatangan PLI - Pendapat dan cadangan PI ii) menyemak dan menandatangani buku Laporan Harian iii) pembentangan laporan LI iv) menilai pembentangan tugasan PLI v) menyemak draf laporan LI vi) mengumpul Borang Penilaian PI vii) memberi dan mengumpul semula Panduan Soal Selidik PLI viii)memaklumkan kepada PLI tarikh akhir penghantaran laporan LI dan buku Laporan Harian 9. Melengkapkan laporan Panduan Lawatan Kedua LI dan diserahkan kepada PA PA/PI PLI PA/PI PA PA PA PA PA Sebelum tamat tempoh LI Lampiran 4 Selepas lawatan Lampiran 2 18

6.2.4 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI untuk dan PA [Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu) Mula Penentuan tempat LI yang sesuai Perancangan aktiviti lawatan pertama penyeliaan LI Persediaan lawatan pertama penyeliaan LI Lawatan pertama untuk memastikan kesesuaian organisasi Tindakan pembetulan Tidak Penentuan kesesuaian Tempat Ya Pemantauan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa Persediaan lawatan kedua penyeliaan LI Lawatan kedua Pembentangan laporan oleh PLI dan penilaian pembentangan oleh PA/PI Pengisian borang penilaian LI Tamat 19

6.3 Pelaksanaan Selepas Menjalani LI Perkara Tanggungjawab Catatan 1. Penerimaan Laporan LI dan Buku Laporan Harian 2. a. Penyemakan dan penilaian: i) Buku Laporan Harian ii) Laporan PI iii) Laporan PA iv) Pembentangan PLI v) Laporan LI b. Kemasukan markah mengikut Borang Penilaian LI fakulti PA PA Panduan Penilaian fakulti 3. Pengumpulan dan analisis borang soal selidik yang dilengkapkan oleh PLI Lampiran 4 4. Penyerahan borang penilaian kepada PLIF PA 5. Penyerahan borang penilaian PI sekiranya tidak diterima semasa lawatan kedua 6. Kemasukan markah penilaian pelajar ke dalam Sistem Maklumat Pelajar 7. Seminar pembentangan projek LI dan persembahan poster (sekiranya berkaitan) PA Lampiran 3 PLIF PLIF 8. Cetakan senarai tampal markah penilaian PLIF 9. Penyediaan dan pembentangan laporan keseluruhan LI kepada Jawatankuasa Akademik Fakulti 20

6.3.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Selepas LI oleh PA dan PLIF Mula Mengumpul, menyemak dan menganalisis Laporan LI, Buku Laporan Harian, borang soal selidik, Laporan PI, Laporan PA dan Pembentangan PLI Memasukkan markah ke dalam Borang Penilaian oleh PLIF Menganjurkan seminar pembentangan projek LI dan persembahan poster (sekiranya berkaitan) Memasukkan markah penilaian pelajar ke dalam Sistem Maklumat Pelajar Mencetak Senarai Tampal menyediakan laporan keseluruhan LI Tamat 21

7.0 SYARAT-SYARAT LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR 7.1 Sebelum LI Pendaftaran mata pelajaran LI perlu dilakukan sebelum melaksanakan LI. 7.1.1 Mencari Tempat LI i) PLI boleh memohon penempatan LI di mana-mana industri di dalam dan luar negara (atas kebenaran fakulti). Pemilihan industri untuk penempatan LI mestilah bersesuaian dengan kursus yang diikuti oleh PLI. Mereka perlu mengambil kira lokasi industri dan kemudahan awam yang sedia ada sebelum memohon penempatan. ii) PLI dibenarkan untuk membuat salinan surat pengenalan dan borang maklum balas mengikut keperluan. iii) PLI dinasihatkan memohon sekurang-kurangnya TIGA industri pada satu-satu masa. Sekiranya industri yang dipohon menolak permohonan, PLI dikehendaki memohon industri yang lain. iv) PLI diberi satu tempoh yang ditetapkan oleh fakulti untuk mencari tempat menjalani LI. PLI diminta memaklumkan industri berkenaan untuk menghantar borang maklum balas sebelum menjalani LI. v) Sekiranya PLI menerima lebih daripada satu tawaran, PLI perlu memaklumkan kepada PLIF terlebih dahulu. PLI hanya boleh menerima SATU tawaran sahaja. vi) Elaun dan kemudahan seperti tempat tinggal/asrama dan pengangkutan tertakluk pada industri berkenaan. Kemudahan tersebut tidak boleh dituntut oleh PLI. Mereka dinasihatkan mengambil kira faktor di atas sebelum menerima tawaran industri. 22

vii) Industri yang bersetuju menerima PLI mestilah melengkapkan borang maklum balas. PLI mestilah menandatangani borang penerimaan/penolakan. PLI dinasihatkan untuk menyimpan salinan borang berkenaan sebagai rujukan. viii) PLI yang tidak menerima sebarang tawaran penempatan dua (2) minggu sebelum tarikh LI dikehendaki menghubungi PLIF dengan segera. 7.2 Semasa LI 7.2.1 Melapor Diri di Industri PLI dikehendaki melapor diri di industri pada tarikh yang telah ditetapkan oleh JKLIU. PLI dikehendaki membawa dokumen berikut semasa melapor diri: i) Surat Penempatan Pelajar ii) Salinan Bukti Tawaran iii) Surat Pengesahan Lapor Diri iv) Kad Matrik Pelajar v) Buku Laporan Harian vi) Surat Perlindungan Insurans Berkelompok UTeM atau Polisi Insurans Peribadi (sekiranya ada) vii) Resume PLI viii) Gambar bersaiz pasport (minimum empat keping) Nota: 1. Perkara (i), (ii), (iii), (vi) dan (vii) diserahkan kepada industri. 2. Lekatkan gambar pada kulit hadapan buku Laporan Harian. 7.2.2 Disiplin dan Tatatertib i) PLI tertakluk kepada peraturan Universiti dan berdisiplin demi menjaga nama baik Universiti. 23

ii) iii) PLI adalah tertakluk kepada segala peraturan dan undangundang industri di mana PLI ditempatkan. Fakulti akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mendapat laporan kesalahan bertulis yang dilaporkan oleh industri. 7.2.3 Kehadiran dan Cuti i) PLI mesti akur dengan peraturan kehadiran/waktu kerja yang telah ditetapkan industri berkenaan. ii) PLI dibenarkan mengambil cuti rehat tidak melebihi TUJUH (7) hari bagi pelajar Sarjana Muda FTMK, FPTT dan FTK (LI 24 minggu) dan TIGA (3) hari bagi pelajar Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu) sepanjang tempoh LI tertakluk kepada kelulusan majikan. Cuti sakit tidak termasuk di dalam cuti rehat yang dibenarkan. iii) PLI yang mengambil cuti melebihi tempoh yang dibenarkan tanpa sebarang alasan kukuh boleh digagalkan. iv) Permohonan cuti dibuat terus kepada industri dan kelulusan permohonan adalah tertakluk pada peraturan/dasar tempat LI. v) Satu salinan borang cuti yang telah diluluskan hendaklah dihantar kepada dengan kadar segera. vi) Pelajar tidak dibenarkan mengikuti aktiviti lain selain daripada aktiviti LI sepanjang tempoh menjalani LI melainkan dengan budi bicara pihak industri di mana PLI ditempatkan. 7.2.4 Buku Laporan Harian i) PLI dikehendaki mencatat kerja/aktiviti harian yang telah dijalankan dalam buku Laporan Harian. ii) PLI dimestikan mengemas kini buku Laporan Harian secara berterusan dan ditandatangani secara berkala oleh PI mengikut persetujuan antara PLI dan PI. 24

iii) iv) PA menyemak, mengulas dan menandatangani buku Laporan Harian semasa lawatan industri. Buku Laporan Harian dijadikan sebagai rujukan bagi penyediaan laporan industri pada akhir latihan. 7.2.5 Kerahsiaan Industri (Tertakluk kepada Polisi dan Peraturan Industri) i) PLI dilarang mendedahkan sebarang maklumat (sama ada sulit ataupun tidak) tentang industri kepada pihak luar kecuali dengan kebenaran industri. ii) PLI dilarang mencetak, membuat salinan atau mengambil gambar apa-apa dokumen atau peralatan yang dianggap rahsia tanpa kebenaran pihak industri. 7.2.6 Tempoh Latihan i) PLI dikehendaki memulakan LI pada tarikh yang ditetapkan dan TIDAK DIBENARKAN sama sekali menamatkan latihan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. ii) PLI yang menamatkan latihan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan (walaupun dengan kelulusan pihak industri) diberi keputusan status gagal dalam mata pelajaran LI. 7.2.7 Penukaran Tempat Latihan PLI TIDAK DIBENARKAN menukar industri selepas bermulanya LI. Sebarang masalah berkaitan dengan penempatan perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan PLIF. PLI yang menukar tempat latihan tanpa kebenaran PLIF akan diberi status keputusan gagal dalam mata pelajaran LI mengikut budi bicara fakulti. 25

7.2.8 Penukaran Alamat Sebarang penukaran alamat (tempat tinggal PLI ataupun industri) mesti dimaklumkan kepada PLIF dengan mengisi borang yang disediakan di dalam buku Laporan Harian. 7.2.9 Elaun/Kemudahan Semasa Latihan Bayaran elaun dan kemudahan (tempat tinggal ataupun pengangkutan) semasa latihan adalah mengikut polisi dan budi bicara pihak industri berkenaan. 7.2.10 Insurans/Kemalangan/Kematian PLI telah dilindungi dengan Insurans Perlindungan Berkelompok UTeM atau/dan Polisi Insurans Peribadi (sekiranya ada). Sekiranya berlaku kemalangan/kematian: i) PI/PLI dikehendaki membuat laporan polis dalam jangka masa 24 jam ii) PI/PLI dikehendaki menghubungi PLIF dengan kadar segera iii) PLI/Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni perlu mendapatkan laporan perubatan (medical report) dan laporan polis untuk tujuan tuntutan insurans 7.3 Selepas LI 7.3.1 Penyerahan Buku Laporan Harian, Laporan LI dan Borang Soal Selidik Pelajar PLI perlu menghantar buku Laporan Harian, Laporan LI dan Borang Soal Selidik Pelajar kepada PLIF pada tarikh yang telah ditetapkan oleh fakulti masing-masing. Laporan LI perlulah mendapat pengesahan dan perakuan PI sebelum dihantar kepada PLIF. 26

8.0 PENILAIAN 8.1 Tujuan Penilaian i) Mengukur prestasi dan kualiti kerja/latihan PLI di industri ii) Menilai perkembangan sahsiah PLI iii) Menilai kemahiran pelajar dari segi penulisan laporan dan komunikasi iv) Mengenal pasti kesesuaian industri bagi LI pada masa hadapan 8.2 Kriteria Penilaian PLI 8.2.1 Prestasi Kerja i) Pengetahuan tentang tugasan ii) Kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dalam menyelesaikan tugasan iii) Prestasi dan kualiti kerja iv) Disiplin dan sahsiah v) Daya kreativiti dan inovasi 8.2.2 Hasil Kerja i) Dinilai dari segi kualiti dan kuantiti kerja yang dihasilkan ii) Pengetahuan tentang latar belakang dan operasi industri iii) Catatan aktiviti tugasan harian dalam buku Laporan Harian iv) Pembentangan projek/tugasan/aktiviti LI 8.2.3 Sahsiah Pelajar Antara aspek kemahiran insaniah (soft skills) yang dinilai sepanjang tempoh LI: i) Disiplin ii) kebolehan am/teknikal iii) ketekunan dan minat iv) inisiatif/kreativiti v) kebolehan menjalankan arahan 27

vi) kepimpinan vii) penyelesaian masalah viii) kemahiran berkomunikasi ix) perhubungan dengan pekerja lain x) penyesuaian diri dengan tugas 8.3 Kaedah Penilaian Penilaian LI dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat fakulti dan peringkat industri. Penilaian dibuat oleh PA dan PI dengan menggunakan borang penilaian yang ditetapkan oleh pihak fakulti. Borang Penilaian PA adalah mengikut ketetapan. Borang Penilaian PI adalah seperti Lampiran 3. Dalam sesi pembentangan laporan akhir program Latihan Industri 24 minggu, fakulti terlibat boleh melibatkan wakil daripada PBPI melalui dekan PBPI untuk menilai elemen kemahiran insaniah. 8.3.1 Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK (24 minggu) i) Subjek LI [6 kredit, hadir lulus (HL) atau hadir gagal (HG)]: Perkara Peratusan Rujukan Penilaian PI 40% Lampiran 3 Laporan Akhir Penilaian Buku Laporan Harian Pembentangan (PI & PA) 30% 20% 10% Berdasarkan Fakulti ii) Subjek Laporan LI (6 kredit, dikira dalam CGPA) Perkara Peratusan Rujukan Pembentangan dinilai oleh PI dan PA 10% Berdasarkan Fakulti Penilaian PI 40% Lampiran 3 Laporan Akhir dinilai oleh PA Penyeliaan di industri 30% 20% Berdasarkan Fakulti 28

8.3.2 Program Diploma i) LI [3 kredit, hadir lulus (HL) atau hadir gagal (HG)]: Perkara Peratusan Rujukan Penilaian PI 40% Lampiran 3 Penilaian PA Penilaian Buku Laporan Harian Laporan Akhir 60% Berdasarkan Fakulti 8.3.3 Program Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu) Subjek LI [5 kredit, hadir lulus (HL) atau hadir gagal (HG)]: Perkara Peratusan Rujukan Penilaian PI 50% Lampiran 3 Penilaian PA Penilaian Buku Laporan Harian 50% Berdasarkan Fakulti Nota: 1. Lulus mata pelajaran LI adalah prasyarat kepada mata pelajaran Laporan LI. 2. Sekiranya gagal mata pelajaran Laporan LI, PLI hanya perlu mengulang mata pelajaran berkenaan. 3. Pelajar akan dikira GAGAL jika: i) tidak mendaftar mata pelajaran LI ii) menukar tempat LI tanpa mendapat kelulusan PLIF (merujuk kepada perkara 7.2.7) iii) menjalani LI kurang daripada tempoh yang telah ditetapkan iv) tidak berada di premis industri ketika lawatan PA tanpa sebab yang munasabah setelah temu janji dibuat dan dimaklumkan kepada pelajar v) tidak menghantar Laporan LI dan buku Laporan Harian dalam tempoh seminggu selepas tamat LI vi) menerima laporan bertulis daripada pihak industri menyatakan masalah disiplin PLI dan didapati bersalah setelah siasatan dijalankan 29