PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

dokumen-dokumen yang mirip
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERTIMBANGAN PERMOHONAN PEMBANGUNAN BERSKALA KECIL RUMAH KEDIAMAN DAN PEMANTAUAN SEMASA PEMBINAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2014

WILAYAH PERSEKUTUAN INFRASTRUCTURE SDN. BHD. ( X) PERMOHONAN UNTUK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI WILAYAH PERSEKUTUAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

FORMAT SURAT MAKLUMAT TIDAK LENGKAP UNTUK PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

BAB 6 PENGURUSAN ASET

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP04

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) JABATAN DOKUMENTASI JUALAN

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

BAHAGIAN 1A : PENGENALAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

BORANG PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN DAN PENUTUPAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DITETAPKAN

PROSES PERMOHONAN PELAN MELALUI KAEDAH SEGERA OLEH JABATAN BANGUNAN, MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

KRITERIA PENILAIAN PERANCANGAN DAN PROSEDUR PEMOHONAN STRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI ATAS TANAH ATAU STRUKTUR DI BAWAH KAWALAN DBKL

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

Berurusan dengan Pengantara Takaful

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

KERAJAAN MALAYSIA PENERANGAN RINGKAS MENGENAI AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007 [AKTA 663]

B O R A N G PERMOHONAN LESEN IKLAN IKLAN PAPAN TANDA / TIANG LAMPU / SEPANDUK / BELON / PAPARAN SEMENTARA / PAPARAN LUAR

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

PENGURUSAN SUMBER LUAR (KONTRAK PERKHIDMATAN)

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

PEMAKAIAN AKTA HAKMILIK STRATA 1985 DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH-KAEDAH PENAMBAHBAIKAN DALAM URUSAN PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN HARTANAH

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Bekalan Elektrik (Pindaan) 1 D.R. 11/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transkripsi:

KERAJAAN MALAYSIA RISALAH PENGENALAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 12 APRIL 2007

1. Apa Dimaksudkan Dengan `Perakuan Siap Dan Pematuhan? Sesuatu bangunan yang didirikan perlu mempunyai perakuan yang mengesahkan ia selamat dan layak diduduki. Perakuan ini hanya dikeluarkan setelah pembinaannya mematuhi peruntukan undang-undang, pelan bangunan yang diluluskan dan juga syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Temapatan di peringkat kelulusan pelan. Adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu menduduki sesuatu bangunan, samada bangunan komersial atau bangunan kediaman, yang tidak memiliki perakuan. `Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance CCC) adalah perakuan bangunan yang diperluaskan dari perakuan CCC sedia ada ke atas banglo yang dibina berasingan kepada bangunan-bangunan kategori lain yang lebih kompleks. Perakuan ini dikeluarkan oleh para profesional yang terdiri daripada Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia, Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia atau Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Para profesional dan Pelukis Pelan Bangunan ini dilantik oleh pihak pemaju sebagai perunding projek untuk mengawasi bangunan yang didirikan dari peringkat penyediaan pelan sehingga bangunan berkenaan siap dibina. CCC menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation CFO) yang dikeluarkan oleh PBT. Oleh kerana sesuatu projek pemajuan bangunan itu melibatkan pelbagai pihak, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2007 (Akta A1286) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2007 mentakrifkan para profesional yang mengeluarkan CCC sebagai `Orang Utama Yang Mengemukakan (Principal Submitting Person PSP). Takrif ini adalah 2

bertujuan membezakan peranan yang dimainkan di antara para profesional dengan pihak-pihak seperti kontraktor atau lain-lain profesional yang turut terlibat dalam projek berkenaan. PSP juga merupakan pihak yang bertanggungjawab mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan PBT. 2. Kenapa CCC Diperkenalkan? Pengenalan CCC adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan melaksanakan pendekatan self-certification dan self-regulation dalam industri pembinaan. Ia bertunjangkan matlamat mengurangkan karenah birokrasi di samping memudahkan proses dan prosidur di mana pihak-pihak seperti pemaju dan para profesional yang terlibat dalam industri ini berurusan dengan pihak Kerajaan. Secara keseluruhannya, menerusi pelaksanaan sistem CCC, norma masa yang diambil dalam projek pemajuan bangunan akan dapat dikurangkan. Penjimatan masa ini akan membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan oleh pihak pelabur dan pemaju. Ini pula akan seterusnya menyumbang kepada meningkatkan lagi daya saing negara. Para profesional merupakan pihak yang paling memahami sesuatu projek pemajuan bangunan kerana terlibat secara langsung dalam keseluruhan peringkat pembangunannya. Sebelum CCC diperkenalkan dan di bawah sistem pengeluaran CFO oleh PBT, para profesional juga sememangnya telah diwajibkan secara perundangan untuk memperakukan kelayakan menduduki bangunan. Atas sebab-sebab ini, sewajarnya para profesional diberi kepercayaan dan tanggungjawab mengeluarkan perakuan siap dan pematuhan bagi bangunan yang didirikan. 3

3. Apakah Kelebihan CCC Kepada Pemilik Bangunan? Peningkatan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan urusan pembinaan menerusi pengenalan sistem CCC tidak sahaja akan memberi kelebihan kepada para pelabur dan pemaju tetapi juga kepada pihak pembeli dan pemilik bangunan. Dengan pelaksanaan sistem perakuan baru ini, perakuan CCC boleh dikeluarkan serentak atau bersekali dengan pengeluaran Notis Milikan Kosong (Notice of Vacant Possession). Ini akan menyingkatkan masa menunggu untuk memasuki bangunan serta mengatasi masalah-masalah yang sering dikaitkan dengan CFO di mana pembeli rumah memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi. 4. Adakah Sistem Perakuan CCC Memberi Perlindungan Kepada Pemilik Atau Pembeli Bangunan? Dengan pelaksanaan sistem CCC bererti tanggungjawab mengeluarkan perakuan bangunan yang dahulunya dilakukan oleh sektor awam kini berpindah kepada sektor swasta. Walaupun kuasa mengeluarkan CCC diambilalih oleh para profesional, pihak PBT diberi peranan dan tanggungjawab untuk memastikan wujudnya faktor kawalan dan perseimbangan (check and balance) dalam sistem perakuan baru ini. 4

Selain mengekalkan kuasa meluluskan permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan, PBT juga boleh membuat pemeriksaan di tapak projek pada bila-bila masa dan di mana-mana peringkat pembinaan bangunan, termasuk selepas bangunan disiapkan. Pihak PBT juga mempunyai kuasa untuk mengarahkan PSP atau untuk PBT sendiri mengambil tindakan membetulkan sebarang ketidakpatuhan (non-compliance) kepada peruntukan undang-undang atau syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam proses kelulusan bangunan. Walau bagaimanapun kuasa untuk menetapkan tahap ketidakpatuhan dan kaedah-kaedah pembetulan tidak boleh dilakukan dengan sewenangwenangnya dan hanya terletak pada Mesyuarat Jawatankuasa OSC. Selagi ketidakpatuhan berkenaan tidak diperbetulkan mengikut arahan atau dalam keadaan-keadaan berlakunya sebarang penipuan dalam pembinaan atau dokumentasi berkaitan projek berkenaan, pihak PBT setelah diperakukan Mesyuarat Jawatankuasa OSC boleh mengeluarkan arahan berhenti kerja atau arahan menahan pengeluaran CCC. Selain itu, pihak PBT boleh mendakwa para profesional dan melaporkan salah laku mereka untuk tindakan disiplin oleh Lembaga Profesional yang berkenaan. Di bawah Akta Arkitek 1967 (Akta 117) dan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138), tindakan disiplin termasuk pembatalan pendaftaran sebagai profesional boleh dikenakan atas salah laku yang membabitkan kemungkiran tanggungjawab atau pelanggaran etika. PBT juga berkuasa memastikan bangunan lebih 5 tingkat dan berusia 10 tahun dari tarikh CCC dikeluarkan, diperiksa tahap keselamatannya setiap 10 tahun. Selain peranan yang dimainkan oleh PBT, pelaksanaan sistem CCC juga diperketatkan menerusi pengenalan satu sistem kawalan baru. Di bawah sistem ini, setiap pihak, iaitu samada Kontraktor atau Kontraktor Tred dan profesional, yang bertanggungjawab terhadap sesuatu komponen 5

pembinaan itu diwajibkan mengesahkan penyiapan dan pematuhan komponen berkenaan. Sebagai contoh, kontraktor yang bertanggungjawab kepada pemasangan sistem pepaipan dalaman bangunan adalah juga bertanggungjawab memperakukan bahawa sistem pepaipan berkenaan telah mematuhi peruntukan perundangan, syaratsyarat dan pelan yang diluluskan. Menerusi kaedah ini, tindakan boleh diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kegagalan atau kecacatan pada komponen bangunan berkenaan. Dengan demikian, kualiti penyiapan komponen-komponen pembinaan juga akan lebih terjamin. Bagi melengkapkan lagi langkah-langkah seperti dinyatakan di atas, semua penalti dan denda bersabit kesalahan yang dilakukan di bawah sistem perakuan baru ini dinaikkan di bawah Akta A1286. Ini termasuk pengenalan tempoh pemenjaraan sehingga tidak melebihi 10 tahun bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan pengeluaran CCC. Selain itu, kepentingan pembeli rumah juga diambilkira di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2007 (Akta A1289) menerusi penetapan tempoh liabiliti kerosakan ke atas pemaju ditingkatkan dari 18 bulan ke 24 bulan dan remedi menerusi Tribunal untuk Tuntutan Pembeli Rumah. 5. Adakah Pemilik Atau Pembeli Bangunan Mempunyai Peranan Dalam Sistem CCC? Pihak pembeli atau pemilik bangunan sememangnya memainkan peranan yang penting bagi memastikan sistem perakuan baru ini berjalan dengan lancar. Dalam hal ini, pihak pembeli atau pemilik boleh menggunakan hak mereka untuk membuat aduan dan laporan kepada PBT mengenai 6

sebarang ketidakpatuhan dalam pembinaan bangunan. Langkah ini akan membantu PBT mengambil tindakan menjalankan pemeriksaan serta mengeluarkan arahan supaya ketidakpatuhan berkenaan diperbetulkan sebelum CCC dikeluarkan. 6. Bilakah CCC Dikuatkuasakan? Sistem CCC akan dikuatkuasakan mulai daripada 12 April 2007. 7. Bagaimana Mendapatkan Keterangan lanjut Berkenaan CCC? Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai CCC, rujukan boleh dibuat secara langsung kepada Akta A1286 dan UKBS 2007. Anda juga boleh berhubung dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui salah satu saluran di bawah ini:- e-mel ke alamat: kpjkt@kpkt.gov.my surat ke alamat: Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Tingkat 4, Blok K, Pusat Bandar Damansara, 50782 Kuala Lumpur Terima Kasih 7