MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR UNIT KEBAJIKAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

MEMORANDUM. UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

MEMORANDUM. UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015

TARIKH : 21 September 2016 DARIPADA : UNIT PINJAMAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR KEPADA : SEMUA PELAJAR. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Jalan Serawak, Taman Bukit Kubu Jaya, Kuala Perlis Tel : Faks :

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PERTANYAAN AM BERKENAAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

SENARAI SEMAK 4. LIMA (5) SET DOKUMEN PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU YANG TELAH DIMETERIKAN 6. SALINAN KAD PENGENALAN PENJAMIN PERTAMA & KEDUA

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

PANDUAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN (LEPASAN SEKOLAH)

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA

PANDUAN ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA. Malaysia (SSM) menyediakann. negara. Panduan anugerah biasiswa SSM adalah seperti berikut:

1. Lampirkan sesalinan dokumen yang bertanda ( * ) bersama-sama borang permohonan ini. Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan.

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

SOALAN LAZIM - PERMOHONAN SECARA ONLINE

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Panduan Pengguna Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Secara Online

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

KADAR YURAN PROGRAM KERJASAMA UMP-HsR JERMAN

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SESI PENGAMBILAN APRIL, MAY & JUN 2013 DAN PELAJAR LAMA YANG MEMOHON PINJAMAN PTPTN ONLINE

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

CENTRE OF TECHNICAL EXCELLENCE SARAWAK BORANG PERMOHONAN

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

Skim ini dinamakan sebagai SKIM TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA (SPLN)

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERMOHONAN BIASISWA WAKAF ILMU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) JENIS BIASISWA YANG DITAWARKAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT. 1. Sila tulis semua maklumat dengan jelas dan lengkap menggunakan HURUF BESAR.

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

PERATURAN PEPERIKSAAN

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU. Transforming Life

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-14. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Transkripsi:

MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR UNIT KEBAJIKAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (A) PENGENALAN Unit Kebajikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) adalah unit yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras segala urusan berkaitan penajaan pinjaman dan biasiswa serta urusan-urusan berkaitan hal-hal kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian di UniMAP. Unit ini juga pada masa yang sama harus memastikan segala maklumat dan aktiviti berkaitan dengan penaja dan kebajikan disebarluaskan kepada pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat maklumat yang betul dan terkini. Antara aktiviti berkaitan Unit Kebajikan yang dilaksanakan adalah menguruskan segala urusan bersama semua penaja mengenai aktiviti-aktiviti mahupun program seperti Program Perjumpaan Bersama Pelajar Tajaan, Urusan Temuduga, Khidmat Nasihat, Taklimat, Rundingan, Notis Pemberitahuan serta urusan berkaitan dokumentasi adalah lengkap sebelum diserahkan kepada penaja. Manakala pada masa yang sama juga hal hal berkaitan kewangan bagi tujuan urusan kebajikan pelajar diuruskan dengan baik serta memastikan Dana bagi Tabung Khas/Zakat mencukupi bagi menyediakan bantuan kepada semua pelajar yang kesempitan kewangan serta diproses dalam tempoh masa yang ditetapkan melalui Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik. Selain itu, unit ini juga harus memastikan setiap hal yang berkaitan kebajikan pelajar seperti penyediaan Surat Jaminan Hospital, Tuntutan Khairat Kematian, Tuntutan Insuran dan urusan lain berkaitan kebajikan pelajar diuruskan bagi memberi keselesaan kepada semua pelajar yang terlibat. (B) JENIS-JENIS BANTUAN KEWANGAN i ) Pinjaman Pelajaran Bantuan kewangan ini adalah kategori terbesar yang boleh dipohon oleh pelajar melibatkan bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri mahupun Swasta. Antara penaja pinjaman terbesar adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Manakala bagi penaja-penaja lain pula bergantung kepada iklan-iklan yang dibuka dan diisi sendiri oleh pelajar sekiranya berminat.

ii ) Biasiswa Biasiswa ini ditawarkan oleh badan-badan korporat, kerajaan ataupun swasta kepada pelajar melalui iklan melalui media cetak dan lama sesawang masing-masing. Proses temuduga juga selalunya di atur sendiri oleh agensi berkenaan dengan bantuan HEPA sekiranya diperlukan dan pemilihan juga ditentukan oleh agensi berkenaan melalui permohonan yang diterima serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. (C) SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON Semua pelajar IPT warganegara Malaysia layak memohon dengan berpandukan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh penaja dengan jelas melalui Laman Sesawang. Sila semak Iklan ataupun borang-borang permohonan yang terdapat di laman sesawang dan hantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. (D) MASA UNTUK MEMOHON Setiap permohonan telah ditentukan tarikh tutup permohonan. Pelajar boleh menyemak di laman sesawang penaja, papan kenyataan HEPA, Kolej Kediaman dan portal UniMAP. Bagi PTPTN pelajar boleh memohon bila-bila masa setelah mendapat tawaran masuk ke UniMAP. Sebelum pelajar mendaftar diri ke UniMAP pelajar boleh menyemak dan mencetak surat perjanjian serta membawa bersama bagi tujuan penyerahan semasa hari pengumpulan perjanjian oleh pegawai PTPTN. (E) CARA UNTUK MENDAPATKAN BORANG Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan cara mengisi borang permohonan yang boleh didapati di agensi-agensi berkenaan secara online atau di Unit Pinjaman dan Kebajikan Pelajar, JHEPA (sekiranya agensi berkenaan membekalkan borang tersebut). Biasanya agensi-agensi berkenaan akan memohon kerjasama JHEPA untuk membuat hebahan tawaran tersebut kepada semua pelajar melalui emel dan papan-papan kenyataan Kolej Kediaman UniMAP. Selain itu, pelajar boleh memohon borang permohonan dengan cara menulis sendiri kepada agensi-agensi berkenaan. Bagi Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ), Pelajar boleh memohon secara online melalui laman web PTPTN. No PIN untuk password boleh didapati di Bank Simpanan Nasional dengan harga RM5.00. Setelah permohonan diluluskan pelajar boleh mencetak perjanjian dan menyerahkan dokumen perjanjian pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh HEPA( selewat-lewatnya dua (2) atau tiga(3) minggu selepas Minggu Suaikenal selesai.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Call Centre PTPTN di talian 03-2080 4455. (F) SENARAI SEMAK UNTUK PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PTPTN 1. Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN secara atas talian (Online) : a. Memenuhi syarat-syarat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN; Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat - syarat berikut: 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; 3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan 4. masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); 5. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia; 6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan. 7. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (4) dan (5), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan; 8. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; 9. Tiada penaja lain; dan 10. Mempunyai akaun simpanan SSPN-i sebelum membuat permohonan. 2. Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan secara online: a. Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan; b. Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:-

1. Kaunter 2. Mesin Teller Automatik ( ATM ) 3. Mesin Deposit Tunai ( CDM ) No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online. c. Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara online melalui portal rasmi di http://www.ptptn.gov.my. d. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi Gagal / Berhenti / mendapat penaja lain serta membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN. e. Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT masing-masing yang boleh dirujuk di Portal Rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my. f. Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh Masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian yang bermula dengan perkataan Bajet Mini di Butiran Nama Program/Kursus; g. Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPTmasing-masing kecuali kepada pemohon yang mengikuti pengajian di IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pelajarnya. ( Bagi UniMAP, pelajar-pelajar perlu membuka akaun di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). h. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN; i. Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan; j. Pastikan komputer anda mempunyai program Adobe Acrobat Reader untuk tujuan cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon Get ADOBE READER dan Install di komputer anda. (G) DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISEDIA DAN DISAHKAN DAN PANDUAN PENGISIAN DOKUMEN. (MOHON RUJUK LAMPIRAN SATU DALM BENTUK PDF YANG DISEDIAKAN)

(H) PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikreditkan terus ke akaun pelajar. Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN; Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas. (I) PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00; Menangguhkan pengajian;dan Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian. (J) PERMOHONAN KENAIKAN KADAR PINJAMAN PTPTN Permohonan kenaikan kadar boleh dibuat dengan menggunakan borang PTPTN-P-01/2-2004 Pin.4 yang boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di IPT masing-masing ataupun melalui laman web PTPTN. Setiap permohonan mestilah dilampirkan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut : 1. Salinan slip gaji terkini/kad pesara/pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga terkini. 2. Salinan sijil kelahiran anak-anak dalam tanggungan ibubapa/penjaga 3. Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan. (Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui HEPA IPT masing-masing dan sebarang kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan semasa) (K) PENAMATAN / PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Pelajar perlu memaklumkan kepada Perbadanan sekiranya Gagal/Berhenti/Batal/Penaja lain dengan menghantar surat rasmi atau menghantar borang pembatalan pinjaman yang boleh diperolehi di IPT/Lawan Web PTPTN kepada pihak PTPTN.

(L) PERTUKAR PROGRAM PENGAJIAN MAKLUMAN KEPADA PELAJAR YANG BERHASRAT UNTUK MEMOHON PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN SELEPAS PINJAMAN PTPTN DITERIMA: Perbadanan berhak menamatkan Perjanjian Pinjaman Pendidikan sekiranya pelajar menukar program/kursus pengajian tanpa persetujuan bertulis Perbadanan. Pertukaran kursus yang menyebabkan pelajar kembali ke Semester 1 atau menyebabkan pertambahan tempoh pinjaman adalah tidak dibenarkan. Sekiranya pertukaran kursus dibuat juga, pinjaman akan ditamatkan dan pelajar perlu mengemukakan permohonan semula pinjaman serta membuat penyelesaian hutang ke atas jumlah pinjaman yang telah diterima bagi pengajian/kursus terdahulu. PERMOHONAN RAYUAN BAGI KES PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN/KURSUS Pelajar yang terlibat dengan pertukaran program pengajian/kursus boleh mengemukakan permohonan rayuan sebelum mengemukakan permohonan pinjaman baru. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pertukaran pengajian/ kursus adalah: Surat rasmi permohonan pertukaran program/kursus daripada pelajar kepada PTPTN; Sesalinan surat tawaran kemasukan ke IPT bagi program/kursus lama yang telah disahkan; Sesalinan surat kelulusan pertukaran program/kursus baru daripada IPT yang telah disahkan; Surat pengesahan daripada fakulti baru sama ada pelajar mengulang semester atau tidak mengulang semester. *** Makluman berkaitan status rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar/universiti. (M) TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN: KES TAMAT 6 bulan selepas tamat tempoh pembiayaan. Tindakan mahkamah akan diambil kepada peminjam yang gagal membuat bayaran balik; Peminjam yang membuat bayaran balik dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pembiayaan, kos pentadbiran tidak akan dikenakan KES GAGAL/BERHENTI 60 hari dari tarikh pembatalan pembiayaan

KES BATAL/PENAJA LAIN 60 hari dari tarikh pembatalan pembiayaan (N) PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN Bagi pelajar yang menerima tajaan lain, penangguhan tidak dibenarkan kecuali bagi pembayaran PTPTN yang tidak bertindih dengan pembayaran penaja baru. Sila hantar surat permohonan berserta salinan surat tawaran penaja baru yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional; Bagi peminjam yang Gagal/Berhenti/Batal/Penaja lain, permohonan penangguhan hanya dibenarkan jika pelajar menyambung pengajian. Sila hantar surat permohonan berserta salinan surat tawaran pengajian yang baru; Tempoh penangguhan akan ditentukan oleh pihak PTPTN. Pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan apabila hutang terdahulu diselesaikan; Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN. (O)PELAKSANAAN DASAR PEMBIAYAAN BOLEH UBAH BERMULA TAHUN 2010 Ucapan Bajet 2010 pada 23 Okt 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan supaya pembiayaan PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun Januari 2010. Antara syarat yang ditetapkan adalah:- i. Mengikuti Pengajian secara sepenuh masa; ii. Pelajar menamatkan pengajian dalam tempoh pinjaman atau lebih awal seperti yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian; iii. Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penaja lain; iv. Permohonan dikemukakan dalam tempoh dua belas(12) bulan dari tarikh pengijazahan semasa konvokesyen;dan v. Kursus yang diikuti mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) (pelajar IPTS sahaja)

Permohonan Pertukaran Pembiayaan Kepada Pembiayaan Boleh Ubah Hendaklah Dikemukakan Secara Rasmi Ke PTPTN Dengan Menyertakan dokumen-dokumen Berikut:- a. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang telah disahkan oleh Pegawai Pendaftar/Penolong Pendaftar Bahagian Akademik IPT masing-masing. b. Salinan Transkript Peperiksaan (ringkasan setiap semester) yang telah disahkan oleh Pegawai Pendaftar/Penolong Pendaftar Bahagian Akademik sahaja. c. Akuan pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun melalui laman web PTPTN) dan; d. Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ** Peminjam yang menerima penaja lain dan bertindih dengan pembiayaan PTPTN, tukar program, peringkat pengajian, dan IPT tanpa kelulusan PTPTN ataupun melanggar mana-mana syarat yang ditetapakan seperti dalam salinan pinjaman tidak akan dipertimbangkan u ntuk menerima kemudahan ini. (P) TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR UniMAP amat perhatin serta mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajarnya. Terdapat beberapa bentuk pinjaman dan kebajikan kewangan yang diwujudkan oleh universiti ini demi untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan. Di antara bantuan kewangan yang disediakan adalah: Tabung Pinjaman Jangka Pendek Tabung ini bertujuan untuk memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan semasa pengajian dalam semester dengan syarat mereka mempunyai pinjaman/biasiswa dari mana-mana penaja. Pembayaran balik pinjaman ini adalah melalui pemotongan pinjaman / biasiswa pelajar berkenaan yang dibuat oleh Jabatan Bendahari apabila ia mendapat pinjaman / biasiswanya. Urusan permohonan boleh dikemukakan melalui Unit Kebajikan Pelajar dan pelajar perlu melepasi beberapa tapisan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan pinjaman ini adalah terbuka kepada semua pelajar UniMAP. Tabung Amanah Khas UniMAP Tabung ini adalah sebuah tabung yang dana kewangannya dari hasil kutipan derma dan sumbangan ikhlas staf-staf Universiti Malaysia Perlis melalui pemotongan gaji mereka pada setiap

bulan. Tabung ini diwujudkan di atas keperhatinan dan sikap mengambil berat oleh staf-staf berkenaan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan. Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan hanya dapat menerimanya sekali sahaja sepanjang pengajiannya di universiti ini. Pelajar-pelajar yang mendapat bantuan kewangan dari tabung ini tidak perlu membayar balik wang yang diterimanya. Tabung Amanah Zakat UniMAP Tabung ini adalah sebuah tabung yang sumber kewangannya dari sumbangan wang zakat dari syarikat-syarikat swasta di negara ini. Pelajar-pelajar beragama Islam yang memenuhi syaratsyarat kelayakan yang ditetapkan akan dapat menerima bantuan kewangan dari tabung ini hanya sekali sahaja sepanjang pengajiannya di universiti ini. Pelajar-pelajar yang mendapat bantuan kewangan dari tabung ini tidak perlu membayar balik wang yang diterimanya. * Pelajar juga boleh menyemak Laman Sesawang agensi-agensi kerajaan yang lain bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan bantuan kewangan yang disediakan.

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PANDUAN HAL-HAL KEBAJIKAN PELAJAR 1.0 Panduan Pelajar Sakit ( Ditahan Di Hospital ) 1.1. Syarat syarat permohonan Pemohon mestilah pelajar UniMAP yang berdaftar dan berstatus aktif. Warga Negara Malaysia. Perubatan di lakukan di Hospital Kerajaan. Pemohon / rakan / pelapor hendaklah mengisi borang permohonan Selepas permohonan diterima dan semakan bagi tujuan pengesahan, Unit Kebajikan Pelajar akan memproses pengeluaran surat jaminan Universiti yang di alamatkan ke Hospital yang berkenaan melalui unit hasil dan akan difaks, diposkan ataupun diambil oleh pemohon mahupun wakil. Sehingga kini UniMAP telahpun melaksanakan penggunaan Electronic Guarantee letter di Hospital Tunku fauziah Kangar bagi tujuan daftar dan keluar masuk pelajar UniMAP melalui semakan no Kad Pengenalan dan No matrik sahaja. 2.0 Panduan kebajikan sekiranya berlaku Kematian (Semasa Pelajar Berada Di Dalam Pengajian) 2.1 Syarat pengurusan Jenazah Pelajar. i. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis. ii. Mendapat Kebenaran dari waris pelajar bagi urusan mandi, mengkafan, sembahyang dan penghantaran pulang. Unit kebajikan menerima laporan pelajar meninggal dari Hospital keluarga / teman/kolej Kediaman atau dari mana-mana pegawai. Urusan berkaitan pengurusan jenazah, solat jenazah/sijil Kematian/ sijil Penguburan dan kenderaan akan diuruskan dengan kerjasama Pusat Isklam dan Kolej Kediaman sekiranya perlu.

2.2 Keperluan Tuntutan Khairat Kematian/ Insurans. Permohonan oleh pelajar ataupun rakan mahupun keluarga boleh dibuat secara online melalui laman Web HEPA. Permohonan mestilah disertakan dengan bukti dokumen seperti berikut: i. Salinan Sijil Kematian. ii. Salinan Permit Penguburan. iii. Salinan Kad Pengenalan simati. iv. Salinan Kad Pelajar v. Laporan Polis jika berlaku kemalangan. vi. Laporan doktor jika berlaku penyakit kronik ( bagi tujuan insuran ) vii. Salinan Kad Pengenalan waris. 2.3 Kadar Bantuan Pengurusan Jenazah. i. Bayaran pengurusan jenazah akan diberikan dengan kadar tidak melebihi RM1,000.00 dengan menggunakan Tabung Amanah Khas Pelajar UniMAP. ii. Bantuan kebajikan akan diberikan sebanyak RM3,000.00 dengan menggunakan dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah waris mengemukakan : Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pelajar Salinan Sijil Kematian Salinan Permit Penguburan Kad Pengenalan dan alamat surat menyurat waris. iii. Cek yang berkenaan akan dihantar/diposkan ke alamat setelah selesai diproses. waris seperti yang dipersetujui 2.4 Sekiranya berlaku Kematian Ibu dan Atau Bapa Pelajar Meninggal. 2.4.1 Syarat Pengurusan Pelajar Pulang. i. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis. ii. Ibu atau dan Bapa pelajar meniggal dunia. Setelah laporan diterima, Unit Pinjaman dan Kebajikan HEPA akan menghubungi pelajar bagi mendapatkan pengesahan bagi memboleh urusan-urusan berkaitan pengangkutan yang bersesuaian disediakan sama ada kenderaan awam mahupun kenderaan dengan syarat mendapatkan kelulusan dari TNC HEPA.

2.4.2 Keperluan Dokumen Selepas Pengurusan Jenazah Bagi Mendapatkan Tuntutan Dari Wang Kebajikan Salinan Kad Pelajar Salinan Sijil Kematian. Salinan Permit Penguburan. 2.4.3 Kadar Bantuan Dari Kebajikan Pelajar Bayaran pengurusan penghantaran pelajar pulang akan ditanggung oleh Universiti. Pelajar akan hanya dihantar dengan menggunakan pengangkutan sama ada teksi, bas, feri, kapal dan keretapi kecuali bagi pelajar Sabah dan Sarawak mengikut mana yang bersesuaian. Bantuan kebajikan akan akan diberikan sebanyak RM300.00 dengan menggunakan dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah pelajar mengisi borang permohonan dengan mengemukakan : Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pelajar Salinan Sijil Kematian Salinan Permit Penguburan Cek akan dikeluarkan atas nama pelajar selepas mengisi borang secara online ataupun manual setelah diluluskan oleh TNC JHEPA. Pelajar akan dimaklumkan oleh HEPA dan boleh menuntut cek di JHEPA 10 hari setelah cek surat proses diserahkan kepada Jabatan Bendahari. 2.5 Semasa Kematian Keluarga Terdekat ( Abang, Kakak dan Adik ) 2.5.1 Syarat Pengurusan Pelajar Pulang. i. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis. ii. Abang atau kakak atau adik pelajar meninggal dunia. 2.5.2 Aliran Pengurusan Penghantaran Pulang Pelajar yang meninggal di Universiti. i. Unit kebajikan menerima laporan keluarga terdekat pelajar meninggal dari keluarga / teman / Kolej Kediaman atau dari mana-mana pegawai. ii. Unit Kebajikan akan menghubungi keluarga pelajar bagi mendapat kepastian. iii. Unit kebajikan akan menguruskan kenderaan bagi penghantaran pelajar iv. Sekiranya tidak terdapat kenderaan awam maka Unit kebajikan akan menggunakan kenderaan Universiti dengan syarat mendapatkan kelulusan dari TNC JHEPA.

2.5.3 Keperluan Selepas Pengurusan Jenazah Bagi Mendapatkan Tuntutan Dari Wang Kebajikan a. Salinan Kad Pelajar b. Salinan Sijil Kematian. c. Salinan Permit Penguburan. 2.5.4 Kadar Bantuan Dari Kebajikan Pelajar Bayaran pengurusan penghantaran pelajar pulang akan ditanggung oleh Universiti. Pelajar hanya akan dihantar dengan menggunakan teksi, bas, feri, kapal dan keretapi kecuali bagi pelajar Sabah dan Sarawak. Bantuan kebajikan akan akan diberikan sebanyak RM50.00 dengan menggunakan dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah pelajar mengisi borang permohonan dengan mengemukakan : Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pelajar Salinan Sijil Kematian Salinan Permit Penguburan Cek akan dikeluarkan atas nama pelajar setelah diluluskan oleh TNC JHEPA. Pelajar boleh memunut cek di JHEPA 10 hari setelah cek surat proses diserahkan kepada Jabatan Bendahari. 3.0 Garis Panduan Menggunakan Wang Kebajikan pelajar 3.1. Tuntutan Wang Kebajikan Keluarga Meninggal ( Abang, Kakak dan Adik ) 3.1.1 Syarat Tuntutan Pelajar Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP Keluarga yang meniggal mestilah keluarga terdekat. Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan lampiran - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pelajar - Sijil Kematian - Permit Penguburan. Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA

3.1.2 Kadar Tuntutan Peruntukan RM50.00 akan diberikan kepada pelajar tersebut. 3.2 Tuntutan Wang Kebajikan Ibu / Bapa Meninggal. 3.2.1 Syarat Tuntutan Pelajar o Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP o Keluarga yang meniggal mestilah Ibubapapalajar. o Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan lampiran - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pelajar - Sijil Kematian - Permit Penguburan. (Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA) 3.2.2 Kadar Tuntutan o Peruntukan RM300.00 akan diberikan kepada pelajar tersebut. 3.3. Tuntutan Wang Kebajikan Pelajar Meninggal. 3.3.1 Syarat Tuntutan Pelajar o Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP o Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan lampiran - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pelajar - Sijil Kematian - Permit Penguburan. - Kad Pengenalan waris pelajar (Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA) 3.3.2 Kadar Tuntutan o Peruntukan RM3,000.00 akan diberikan kepada pelajar tersebut. 4.0 Garis Panduan Tuntutan Insuran pelajar 4.1. Syarat Penerima Insuran i. Pelajar yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP; ii. Warganegara Malaysia;

iii. iv. Membayar yuran semester kerana insuran akan dipotong dari yuran Semester; Sekiranya pelajar tidak membayar yuran dan akan menghadiri program luar, penaja hendaklah membayar insuran tersebut melalui Jabatan Bendahari. 4.2. Aliran Permohonan Insuran i. Penaja hendaklah memohon insuran menghantar surat permohonan dan senarai nama pelajar yang terlibat ke Jabatan Bendahari. ii. Berserta surat permohonan dan senarai juga disertakan duit insuran kelompok senayak RM28.00 setahun. iii. Bendahri akan memproses insuran tersebut dengan syarikat insuran. 4.3. Tuntutan Insuran Semasa Berlaku Kemalangan 4.3.1 Pelajar boleh menuntut insuran dengan mengisi borang yang boleh didapati di Jabatan Bendahari UniMAP dengan membawa dokumen dokumen : i. Salinan kad pengenalan ii. Salinan Kad pelajar iii. Salinan Laporan Polis iv. Salinan Laporan doktor 4.3.2 Borang tersebut hendaklah di sahkan oleh JHEPA. 4.3.3 Borang tersebut akan dir poses melalaui Jabatan Bendahari 4.4. Tuntutan Insuran Bagi Pelajar Meninggal 4.4.1 Waris pelajar boleh menuntut insuran dengan mengisi borang yang boleh didapati di HEPA UniMAP dengan membawa dokumen dokumen : i. Salinan kad pengenalan ii. Salinan Kad pelajar iii. Salinan Sijil Kematian iv. Salinan Permit Penguburan v. Salinan Laporan Polis vi. Salinan Kad Pengenalan waris 4.4.2 Borang tersebut hendaklah di sahkan oleh JHEPA. 4.4.3 Borang tersebut akan di proses melalui Jabatan Bendahari.

4.5. Perolehan Kadar Insuran Kematian Pelajar Pelajar akan mendapat insuran mengikut perjanjian yang ditandantangani oleh pihak university. Bagi pelajar yang berstatus pinjaman, Unit Pinjaman akan mengeluarkan surat pengesahan kematian pelajar kepada penaja bagi tujuan menamatkan pembayaran seterusnya menginsurankan pinjaman pelajar tersebut. 5.0 Garis Panduan Pemohonan Tabung Kebajikan pelajar 5.1 Syarat Permohonan Tabung Amanah Khas UniMAP Pelajar Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP. Warganegara Malaysia Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,500.00 Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian. Mengisi secara lengkap borang permohonan secara online serta menyediakan dokumen sokongan yang lengkap. 5.2. Cara Memohon Tabung Amanah Khas UniMAP. Mengisi borang permohonan Tabung Amanah Khas UniMAP secara online melalui laman web HEPA. Salinan Kad Pelajar Slip gaji terkini Ibubapa / penjaga @ akuan pendapatan keluarga bagi yang tidak mempunyai slip gaji (pengakuan pendapatan keluarga hendaklah disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu / Imam dan Pegawai Pengurusan Dan Profesional). Serta dokumen-dokumen lain seperti yang tertera di dalam permohonan secara online yang diisi. 5.3 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan Jawatan kuasa pemilihan permohonan akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Jawatan kuasa pemilihan terdiri dari : i. Timbalan Naib Cancelor HEPA sebagai pengerusi. ii. Dekan, Jabatan Hal ehwal Pelajar dan Alumni iii. Pegawai Unit Kebajikan pelajar sebagai urusetia /setiausaha iv. Bendahari v. Pengetua Kolej Kediaman vi. Kaunselor vii. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan ) viii. Pegawai Pusat Islam, UniMAP.

5.4 Jumlah Pemberian Jumlah pembayaran yang di persetujui dan ditetapkan antara RM300.00 dan RM500.00 ( bergantung kepada pertimbangan jawatankuasa yang bersidang) 5.5 Pelajar Menerima Cek. Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun Bank Muamalat dan surat makluman berkaitan akan diberikan setelah mendapat kelulusan dari Naib Canselor UniMAP. JHEPA akan mengemaskini senarai nama yang Berjaya melalui Sistem E-Tabung dan pelajar akan mendapat maklumat tersebut melalui emel yang di berikan. 6.0 Tabung Amanah Zakat Universiti Malaysia Perlis. 6.1 Syarat Permohonan Tabung Amanah Zakat UniMAP o Pelajar Beragama Islam Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP. o Warganegara Malaysia o Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,500.00 o Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian. o Salinan Bukti Pelajar menganut agama Islam (bagi saudara baru yang memeluk agama Islam ). 6.2. Cara Memohon Tabung Amanah Zakat UniMAP. o Mengisi borang permohonan Tabung Amanah Zakat UniMAP secara atas Talian di laman Web Jabatan Hal Ehwal Pelajar di dalam system E-tabung. o Salinan Kad Pelajar o Slip gaji terkini Ibubapa / penjaga @ akuan pendapatan keluarga bagi yang tidak mempunyai slip gaji ( pengakuan pendapatan keluarga hendaklah disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu / Imam dan Pegawai Pengurusan Dan Profesional). o Lain-lain borang yang ditetapkan seperti dalam senarai semak. 6.3 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan Jawatankuasa pemilihan permohonan akan dibuat berdasarkan jadual yang ditetapkan. Jawatankuasa pemilihan terdiri dari : i. Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni sebagai pengerusi.

ii. Dekan, jabatan Hal ehwal Pelajar & Alumni iii. Pegawai Unit Kebajikan pelajar sebagai urusetia / setiausaha iv. Bendahari v. Pengetua Kolej Kediaman vi. Kaunselor vii. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan ) viii. Pegawai Unit Agama Islam UniMAP 6.4 Jumlah Pemberian Jumlah pembayaran yang di persetujui dan ditetapkan adalah RM300.00, RM500.00, RM700.00 dan RM1000.00 (bergantung pada jawatankuasa yang membuat pertimbangan) 6.5 Pelajar Menerima Cek. Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun Bank Muamalat dan surat makluman berkaitan akan diberikan kepada semua pelajar setelah mendapat kelulusan dari Naib Canselor UniMAP. JHEPA akan mengumumkan senarai nama yang berjaya melalui Sistem E-Tabung dan pelajar akan mendapat maklumat tersebut melalui emel rasmi yang di berikan. 7.0 Garis Panduan Permohonan Tabung Pinjaman Pelajar 7.1 Syarat Permohonan Pelajar Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP. Warganegara Malaysia Telah mendapat penaja pinjaman Atau Biasiswa. Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian. Pelajar tahun akhir tidak digalakkan untuk memohon. 7.2 Cara Memohon Pinjaman Jangka Pelajar Pendek UniMAP Mengisi borang permohonan Salinan Kad Pelajar Salinan Tawaran Pembiayaan Penaja. 7.3 Jumlah Pemberian Jumlah pemberian yang di persetujui dan ditetapkan RM500.00, (bergantung pada jawatankuasa yang menimbang permohonan )

7.4 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan Permohonan dibuka sepanjang semester. Jawatan Kuasa pemilihan permohonan akan dibuat setiap 1 bulan sekali. i. Dekan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni sebagai pengerusi. ii. Pegawai Unit Kebajikan pelajar sebagai urusetia / setiausaha iii. Bendahari iv. Pengetua Kolej Kediaman v. Kaunselor vi. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan ) 7.5 Pelajar Menerima Cek. Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun Bank Muamalat dan surat makluman berkaitan akan diberikan setelah mendapat kelulusan dari Naib Canselor UniMAP, atau JHEPA akan menghubungi Pemohon untuk menuntut cek tersebutdi JHEPA. Sebarang pertanyaan berhubung maklumat bantuan kebajikan dan kewangan boleh menghubungi : Unit Kebajikan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaysia Perlis Blok C, Jalan MU 10, Medan Universiti 02600 Pauh Putra Perlis No. Telefon : 04-9871308 (En. Mohd Faiz Mohd Noor) : 04-9871311 (Pn. Emilia Said) : 04-9871310 (Pn. Nur Atiqah Abdul Ghani) Faks : 04-9871302