KEBAJIKAN SAUDARA BARU MENERUSI SISTEM ZAKAT Oleh Razaleigh Kawangit

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 2 ASNAF FISABILILLAH

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

ASPEK KEMANUSIAAN DALAM AGIHAN ZAKAT IBN AL-SABIL

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Institusi terulung dalam sejarah Islam dan bertindak sebagai Perbendaharaan Negara Dikenali juga dengan nama Kementerian Kewangan pada masa kini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

BAB 5 PENUTUP. Bab ini merupakan kesimpulan dan rumusan terhadap permasalahan Saudara Baru

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

EKONOMI ISLAM. 2. Konsep Penguasaan - Manusia bebas bergerak seluas2nya dlm garis panduan yg disediakan oleh Allah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

BAB IV ANALISIS PEMIKIRAN YUSUF QARDAWI DAN MASDAR FARID MAS UDI MENGENAI PENYATUAN ZAKAT DAN PAJAK SEBAGAI INSTRUMEN UNTUK KEMASLAHATAN UMAT

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

ffiegeqo.mo.to.tl do.tl ffiegiko.to.tl CPeke/[1o.m,: guo.tu CPe/[kOtlggio.tl V o.tl99utl91o.wo.b

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

BAB IV DASAR PERTIMBANGAN MAHKAMAH AGUNG TERHADAP PUTUSAN WARIS BEDA AGAMA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif. undang) Undang-undang

ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: KEHARUSAN INTERAKSI MENURUT ISLAM.

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 6. pendapatan dan (7) mengenalpasti kesan agihan zakat dari perspektif maqāṣid syarīah.

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pengenalan Makroekonomi

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

1 KEBAJIKAN SAUDARA BARU MENERUSI SISTEM ZAKAT Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Sistem Zakat telah sekian lama diakui sebagai satu sistem ekonomi dalam Islam. Walaupun bergitu, matlamat utama Zakat ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dari sudut ekonomi dari kalangan umat Islam. Dari satu sudut, Saudara Baru adalah golongan yang sangat memerlukan kepada pemberian zakat. Namun, ada dikalangan Saudara Baru ini tidak mengetahui peruntukan yang tertentu dari Zakat kepada mereka. Tujuan artikel ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan keperluan Saudara Baru kepada Zakat. Kajian mendapati, wujud kekeliruan dalam memberikan peruntukan Zakat kepada Saudara Baru 1. Pendahuluan Saudara baru atau muallaf merupakan istilah yang cukup popular dalam masyarakat untuk menggambarkan orang yang baru memeluk agama Islam. Golongan ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam, dimana mereka dibantu dengan pelbagai kemudahan seperti bimbingan dan kewangan dalam usaha mengukuh dan memantapkan mereka dalam agama Islam yang baru dianuti. Punca mereka dibantu dalam Islam ialah kelemahan mereka, iaitu lemah dari segi kefahaman tentang agama yang baru dianuti, lemah dari segi sokongan moral dan hubungan kekeluargaan, lemah dari segi pandangan sesetengah masyarakat Islam yang ragu-ragu menerima kehadiran dan keislaman mereka dan sebagainya. Bahkan kadangkala mereka juga lemah dari segi bantuan material akibat dipulau oleh keluarga dan majikan. Justeru diatas sifat kelemahan mereka, maka Islam telah mengambil inisiatif tersendiri untuk membantu dan memberi sokongan kepada mereka dalam menyokong usaha mereka yang murni iaitu ingin mempelajari agama yang diredai Allah s.w.t. Antara inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh Islam ialah pengagihan zakat keatas mereka atas kapasiti sebagai muallaf. Allah s.w.t menerusi surah al-tawbah ayat 60 telah memperincikan kumpulan-kumpulan (asnaf) yang layak menerima bantuan zakat atas dasar kelemahan kumpulan tersebut. Secara umunya terdapat lapan kumpulan yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat tersebut iaitu: fakir, miskin, amil, muallaf, hamba, orang berhutang, sabillillah dan ibn sabil. Daripada asnaf-asnaf yang disebutkan, asnaf muallaf menduduki tempat ketiga terpenting dalam susunan pengagihan harta zakat selepas fakir (dan miskin) 1 dan amil. Walau 1 Ulama berselisih pendapat tentang fakir dan miskin, adakah mereka dua golongan yang berbeza atau dari golongan yang sama? Siapakah lebih buruk keadannya: fakir atau miskin? Dan sebagainya. Apa yang jelasnya kedua-dua golongan ini mempunyai persamaan iaitu lemah dari segi material dan perlukan bantuan daripada masyarakat. Justeru agihan

2 bagaimanapun bahagian muallaf ini pernah dibekukan dizaman pemerintahan khalifah Umar al-khattab apabila kedudukan Islam telah kuat. Kata Umar: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberikan zakat kepada kamu supaya menjinakkan hati kamu kepada Islam. Hari ini Allah telah menguatkan agamanya. Sekarang sama ada kamu terus kukuh dengan agama Islam atau kamu akan dipancung (jika murtad). 2 Namun pembekuan ini hanyalah bersifat sementara dan merupakan polisi (ijtihad) Umar ketika itu. Ini terbukti apabila khalifah-khalifah selepasnya telah mmebuka kembali pembahagian harta zakat kepada asnaf muallaf. 2. Asnaf Muallaf Dalam Agihan Zakat Seperti yang dikatakan bahawa asnaf muallaf merupakan golongan yang lemah dan perlu dibantu, bahkan kesemua asnaf-asnaf zakat yang disebut di dalam surah al-tawbah tersebut merupakan golongan yang lemah sehingga mereka diberi pembelaan yang sewajarnya daripada harta zakat. Fakir dan miskin sememangnya lemah dalam memenuhi keperluan hidupannya. Amil juga lemah dari segi sikap dan kejujurannya dalam mengumpul harta-harta zakat. Dengan kata lain, tugas amil amat terdedah kepada risiko penyelewengan harta zakat. Begitu juga muallaf adalah lemah dari segi hubungannya memandang mereka merupakan saudara baru yang mungkin terpisah dengan kaum kerabat mereka yang belum memasuki Islam. Hamba juga merupakan golongan yang lemah kerana ketiadaan kebebasan mereka untuk berusaha mencari harta seterusnya memerdekakan diri mereka. Orang yang mempunyai banyak hutang juga adalah lemah dengan sebab bebanan hutang mereka. Orang yang keputusan dalam perjalanan (ibn sabil) juga adalah lemah kerana terputus hubungan dengan kaum keluarganya ditempat yang jauh dan juga kesempitan/ masalah kewangannya untuk kembali kepada mereka. Golongan fi sabilillah yang memperjuangkan kesucian Islam seperti tentera dan para pendakwah juga adalah lemah, memandangkan masa mereka tertumpu sepenuhnya kepada usaha mengembangkan syariat Allah dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk bekerja mencari kekayaan sepertimana orang lain. Kesimpulannya, kelapan-lapan asnaf yang layak menerima harta zakat mempunyai kelemahan yang tersendiri yang wajib dibantu oleh pihak lain yang mempunyai kelebihan harta dalam msyarakat. Untuk tujuan ini kajian akan melihat peranan zakat secara khusus kepada asnaf muallaf sebagai zakat lebih mustahak didahulukan kepada mereka berbanding asnaf-asnaf yang lain. Bahkan menurut jumhur, harus mengagihkan (membiayai) semua harta zakat kepada kedua golongan ini sahaja jika perlu. (al Nawawi, Muhyi al-din (1971) al-majmu c Sharh al-muhazzab. Kaherah: al- c Alamiyah, j.6 h. 192) 2 al-san c ani, Abu Bakr (1997) Bada c i al-sana c i fi Tartib al-shara c i. Beirut: Dar al-fikr, j.2 h.45

3 satu mekanisme untuk menjamin kebajikan mereka dalam negara Islam dan kepentingan memelihara kebajikan mereka dari aspek makro. Sebelum melihat peranan zakat dalam menjamin kebajikan asnaf muallaf secara lebih lanjut dan kesannya, adalah perlu dilihat definisi muallaf seperti yang telah dibincangkan oleh para fuqaha. Muallaf dari segi bahasa bermaksud yang dijinakkan hatinya dengan habuan. 3 Dari segi istilah, para fuqaha mempunyai beberapa pandangan yang agak berbeza untuk menjelaskan maksud dan skop muallaf. Persoalan yang timbul: apakah motif menjinakkan hati (ta lif) hanya kepada mereka yang baru memeluk Islam semata-mata atau juga kepada mereka yang bakal memeluk Islam? Jika muallaf juga boleh dikatakan kepada golongan yang bakal memeluk Islam, apakah kriteria-kriteria yang boleh diukur untuk menentu mereka termasuk dalam maksud muallaf dan layak menerima agihan zakat?. Daripada persoalan dan perselisihan para fuqaha ini, dapat dibahagikan kumpulan muallaf kepada dua kumpulan umum iaitu: 4 : (i) Belum memeluk Islam (masih kafir) 5. Walau bagaimanapun tidak semua fuqaha bersetuju dengan dengan pandangan ini. Ini kerana mereka berpendapat bahawa bantuan yang diberikan oleh Rasulullah kepada mereka adalah daripada harta al-fay. 6 Bagi mereka yang menerima bukan Islam sebagai muallaf, mereka berselisih pula dalam menentukan adakah muallaf bukan Islam boleh mendapat habuan zakat selepas kewafatan nabi atau tidak mendapatnya lagi selepas kewafatan baginda. 7 Walau apapun perselisisan tersebut, mereka telah meletakkan keriteria tertentu bagi membolehkan bukan Islam dianggap muallaf dan layak mendapat habuan zakat. Kriteria-kriteria tersebut ialah: 8 Orang-orang kafir yang berpotensi dijinakkan hatinya dengan Islam kerana minat mereka terhadap Islam atau kajian mereka atau seluruh keluarganya telah menganut Islam atau lain-lain sebab yang menjadi harapan besar untuk dia memeluk agama Islam. 3 al-fayruz al-abadiy (1987) al-qamus al-muhit. Beirut: Muassasah al-risalah, h. 1024. 4 Jar Allah, c Abd Allah (1987) Masarif al-zakah fi al-shari c ah al-islamiyah. Beirut: Muassasah al-risalah, h. 64-74 5 Diceritakan daripada Abbas bahawa baginda s.a.w dizaman permulan Islam memberi harta kepada satu kaum (kafir) yang meminta daripadanya. Sekiranya diberi mereka akan memuji-muji Islam. Sekiranya tidak diberi mereka akan mencela dan mengganggu umat islam. Menurut pendapat Hanafiyah dan Shafi c iyyah pemberian tersebut dari dana zakat. (al Nawawi, Muhyi al-din (1971) al-majmu c Sharh al-muhazzab, j.6 h.203.) 6 Al-Fay adalah harta rampasan perang yang tidak melibatkan peperangan akibat ditinggalkan oleh musuh. 7 al-qurtubi (1977) al-jami c li Ahkam al-quran. Kaherah: Hay ah al-masriyah al-cammah li al-kitab j.8 h.179 8 al-jar Allah, c Abd Allah (1987) Masarif al-zakah fi al-shari c ah al-islamiyah, h. 67

4 Orang kafir yang boleh mengancam keselamatan Islam dan umatnya. Pemberian zakat kepadanya adalah untuk mengelak ancaman tersebut memandangkan negara Islam tidak berkemampuan menghalangnya. Namun jika negara Islam mampu menghalang ancaman mereka seperti terdapat undang-undang yang melindungi, atau terdapat bantuan dari pihak berkuasa dan sebagainya, maka ancaman mereka tidak perlu dibimbangi dan mereka tidak perlu ditakuti. Inilah yang berlaku dizaman khalifah Umar al-khattab apabila Islam menjadi kukuh, agihan zakat kepada mereka telah dibekukan. Walaubagaimana pun para fuqaha yang berpendapat bahawa golongan muallaf bukan Islam ini boleh menerima zakat, telah sepakat bahawa pemberian zakat kepada mereka perlulah dihadkan untuk kadar yang dianggap maslahat iaitu sekadar dapat menarik minat mereka atau dapat menghalang ancaman mereka sahaja. Dengan kata lain agihan harta zakat tidak boleh dihabiskan kesemuanya kepada golongan ini. (ii) Sudah memeluk Islam. Maksud sudah memeluk Islam tidak semestinya terhad kepada yang baru memeluk Islam sahaja, bahkan mereka yang telah lama memeluk Islam atau sememangnya berasal dari agama Islam juga boleh dimasukkan kedalam makna muallaf jika memenuhi kriteria tertentu. Ini kerana objektif ta lif atau menjinakkan mereka yang menjadi ukuran, bukannya lama masa mereka memeluk Islam. Kriteria-kriteria bagi golongan ini boleh dianggap muallaf dan layak menerima zakat ialah : Mereka yang baru memeluk Islam. Sememangnya mereka adalah terasing daripada keluarga, kawan, masyarakat asal mereka, persekitaran, kefahaman agama yang baru dan sebagainya. Maka zakat diberikan dengan tujuan menunjukan sokongan material dan moral kepada golongan ini. Ketua-ketua kaum (Islam) yang mampu mempengaruhi pengikutpengikut lain yang bukan Islam. Mereka diberi galakan dan insentif dengan bantuan zakat dibawah asnaf muallaf diatas kedudukan mereka yang mampu mempengaruhi orang lain kepada Islam. Ketua-ketua kaum yang lemah imannya. Jika dengan memberi zakat boleh membantu menguatkan iman mereka dan boleh memberi kebaikan kepada Islam. maka diberikan zakat kepadanya. Penduduk-penduduk Islam yang tinggal disempadan negara kafir yang boleh mengundang bahaya kepada kerajaan Islam sama ada bahaya

5 politik 9, bahaya sosial 10, bahaya ekonomi 11 dan sebagainya. Maka mereka diberi zakat supaya dapat megukuhkan ekonomi mereka serta dapat menjaga sempadan negara daripada dikhianati oleh musuh. Mereka yang akan menolong pemerintah memungut zakat sekiranya diberi zakat kepada mereka. Jika tidak diberi zakat meraka akan cuba menghalang dan menggangu pihak pemerintah memungut zakat. Justeru mereka juga boleh diberikan zakat dibawah asnaf muallah untuk menjinakkan mereka serta menghidari ganguan pungutan harta zakat dikawasan tersebut. Daripada kriteria-kriteria yang dibincangkan oleh para fuqaha terhadap muallaf sama ada yang bukan Islam ataupun yang Islam, dapat disimpulkan matlamat sebenar syarak daripada pemberian harta zakat kepada asnaf ini, kepada dua matlamat umum iaitu: 12 i- mengharapkan kebaikan daripada mereka ii- menghindarkan ancaman daripada mereka. Konsep seperti ini adalah menepati dengan konsep maslahat yang dibincangkan dalam pengkjaian usul al-fiqh, dimana konsep maslahat menekankan pencapaian dua perkara dalam satu tindakan iaitu mendatangkan kebaikan (jalb al-masalih) dan menolak keburukan (dar almafasid). 13 Walau bagaimanapun dalam keadaan timbul pertelagahan dari segi keutamaan mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan, maka kaedah fiqh telah memutuskan bahawa menolak keburukan adalah lebih.( 14 دفع المفاسد أولى من جلب المصالح) utama daripada mendatangkan kebaikan Demikian juga dalam melaksanakan konsep maslahat, kepentingan umum lebih dipelihara berbanding kepentingan khusus. Ini kerana kepentingan umum telah merangkumi beberapa kepentingan khusus, justeru memelihara kepentingan umum secara tidak langsung telah turut memelihara beberapa kepentingan khusus juga. Dalam contoh penentuan kriteria muallaf dan pemberian zakat kepada mereka ternyata memelihara kepentingan umum khususnya untuk pemberian yang bertujuan menolak keburukan daripada mereka adalah menjadi dasar dan matlamat. Ini kerana jika tidak diberi habuan zakat 9 Seperti membuka sempadan untuk musuh atau menunjukjalan kepada mereka menawan negara Islam dan lain lain. 10 Seperti membawa masuk budaya-budaya asing yang boleh merosakkan akhlak serta akidah umat Islam. 11 Seperti menyeludup barang-barang keperluan dari luar yang menyebabkan aktiviti ekonomi dalam negara islam menjadi terjejas. 12 al-qaradawi, Yusuf (1991) Fiqh al-zakah. Beirut: Muassasah al-risalah, j.2 h.594 13 al-zuhayli, Wahbah (1986) Usul al-fiqh al-islami. Beirut: Dar al-fikr, j.2 h. 756 14 al-suyuti, Jalal al-din (1983) al-ashbah wa al-nada ir. Beirut: Dar al-kutub al- c Ilmiyah, h.87

6 kepada mereka, menyebabkan keburukan (mafsadah) seperti keselamatan negara terancam, atau pungutan harta zakat terganggu atau lain-lain bentuk kesusahan yang boleh menjejaskan pungutan zakat dan seterusnya menjejaskan pengagihan harta zakat kepada asnaf-asnaf lain. Justeru adalah bermaslahat jika diberikan sedikat harta zakat kepada mereka untuk menolak keburukan mereka, dan dengan itu kebajikan asnaf-asnaf lain terjamin. 15 3. Peranan Zakat Memelihara Kebajikan Suadara Baru Muallaf atau saudara baru adalah mereka yang berhak menerima pemberian zakat sekalipun mereka adalah golongan yang kaya menurut sesetengah pendapat seperti al-zuhri. 16 Ini kerana menganggap pemberian zakat tersebut sebagai insentif dan sokongan kepada mereka yang sanggup berkorban meninggalkan kesenangan harta serta mengahdapi tekanan daripada keluarga dan sebagainya untuk beriman kepada Allah. Dalam keadaan tersebut sokongan dan bantuan amat diperlukan oleh mereka walaupun dengan sedikit harta yang menunjukkan penghargaan kepada mereka. Untuk tujuan tersebut zakat diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun penentuan kadar pemberian zakat kepada golongan ini adalah diputuskan oleh pemerintah melalui polisi semasa yang digubal dalam negara Islam sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para khalifah selepasnya. Penentuan kadar pemberian juga boleh dilakukan oleh pertubuhan-pertubuahn Islam yang diberi kuasa untuk memelihara kebajikan saudara baru seperti PERKIM dan sebagainya. Jika tidak terdapat negara Islam yang boleh mengambil tanggungjawab memelihara saudara baru ini, atau tidak terdapat mana-mana pertubuhan Islam yang ingin menanganinya, maka ketika itu ia menjadi kewajiban individu umat Islam untuk memelihara kepentingan saudara baru tersebut sebagai satu tuntutan fardu kifayah. Dengan kata lain, walau apapun keadaan dan selagi terdapat masyarakat Islam yang berkemampuan dalam sesebuah masyarakat, maka nasib saudara baru (muallaf) serta asnaf-asnaf lain tetap akan terbela dalam Islam. Bahkan dalam keadaan dan syaratsyarat tertentu, harta zakat harus diambil dari tempat lain dan diagihkan kepada asnaf dikawasan yang memerlukan menurut fuqaha. Ini adalah bertujuan menjaga kebajikan mereka dalam Islam dan tidak membiarkan mereka tanpa pembelaan. Pada hari ini, skop muallaf tidak lagi tertumpu kepada individu-individu saudara baru semata-mata. Malah ia boleh dilihat dalam skop yang lebih global dan berpotensi memberi kebaikan kepada Islam dengan sedikit bantuan yang diagihkan kepada mereka. Bantuan terhadap asnaf muallaf 15 al-qaradawi, Yusuf (1991) Fiqh al-zakah, j.2 h.597 16 al-tabari, Muhmmad bin Jarir (1992) Jami c al-bayan c An Ta wil Aayi al-qur an. Beirut: Dar al-kutub al- c Ilmiyah, j.14, h.313

7 hari ini boleh diberikan kepada kerajaan bukan Islam yang menyokong/ mengundi dasar negara Islam diperingkat antarabangsa seperti PBB. Bantuan asnaf muallaf juga boleh dilihat sebagai bantuan kepada pertubuhan-pertubuhan atau msyarakat bukan Islam yang berminat mengkaji agama Islam. Begitu juga bantuan asnaf muallaf boleh dilihat dalam bentuk mengupah penulis-penulis dan penceramah-penceramah memperbetul ajaran Islam yang telah disongsangkan oleh penganutnya. Demikianlah keunikan Islam dan kemampuan sistem zakat dalam menyediakan satu bentuk jaminan terhadap kelompok saudara baru atau muallaf dalam masyarakat. Jaminan kebajikan terhadap golongan ini melalui sistem zakat membawa kesan yang cukup positif dalam mengukuhkan ajaran Islam, menyebarluaskannya kedalam masyarakat dan membina hubungan yang harmoni dengan masyarakat serta negara bukan Islam. Dengan wujudnya hubungan politik yang harmoni ini, amat membantu pencapaian negara Islam diperingkat antarabangsa. Mekanismenya yang mewujudkan hubungan harmoni ini ialah zakat yang menjinakkan mereka dengan Islam. Usaha menjinakkan masyarakat kepada agama-agama tertentu melalui bantuan kewangan dan kebendaan telah mula ditiru oleh pendakwahpendakwah mereka. Kesannya memang berjaya. Tetapi hanya Islam yang mempunyai sumber yang tetap untuk tujuan tersebut iaitu zakat. Sedangkan agama lain hanya bergantung kepada kutipan dan sumbangan yang tidak menentu. Justeru syariat Islam dilihat lebih sistematik dan mempunyai hukum serta peraturan yang lengkap dalam usaha menjinakkan golongan tersebut kepadanya dan menjamin kebajikan mereka di dalamnya. 4. Kesimpulan Zakat yang merupakan salah satu daripada rukun Islam, adalah satu sistem jaminan soaial (social insurance) yang bersifat kebajikan dalam sistem ekonomi Islam. Sifat kebajikan ini tidak pernah dikenali dalam mana-mana sistem konvensional sama ada Kapitalis maupun Sosialis. Ini kerana zakat yang merupakan kewajiban kepada golongan tertentu untuk membantu dari segi material terhadap golongan yang lemah dan memerlukan bantuan, adalah berbentuk murni dan ikhlas. Pemberinya tidak mengharapkan sebarang ganjaran daripada penerimanya, sebaliknya hanya melaksanakan tanggungjawab sosial iaitu membantu penerimanya melepaskan dari kesusahan hidup. Begitu juga dipihak penerima, bantuan ini hanya layak diterima oleh mereka yang benar-benar berkedudukan lemah dan ekonomi dan sosial seperti mana yang telah diputuskan oleh Allah melalui penetapan asnaf-asnaf tertentu. Antara asnaf yang dianggap lemah dan perlu dibantu oleh masyarakat lain yang lebih berkemampuan dalam negara Islam ialah golongan muallaf atau yang lebih sinonim dengan saudara baru dalam masyarakat setempat.

8 Antara masalah yang dihadapi golongan saudara baru ialah masalah perhubungan dengan keluarga asal mereka serta juga masyarakat Islam sendiri dan tidak kurang pentingnya ialah masalah ekonomi. Sesungguhnya tidak dinafikan bahawa wang adalah satu sumber penting masakini untuk menjamin keperluan dan kecukupan dalam hidup. Bagi memelihara kebajikan saudara baru ini bukan sahaja memerlukan sokongan moral yang kuat serta tenaga kerja yang sentiasa sedia untuk berkhidmat dengan ikhlas dan tekun, tetapi juga sumber kewangan yang kukuh agar matlamat menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat serta melahirkan penganut Islam Islam kukuh akidah dan ekonomi dapat dicapai. Di Malaysia beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti PERKIM, YADIM, pusat-pusat zakat dan lain-lain, disamping kerajaan sendiri telah mengambil tanggung jawab fardu kifayah ini dalam usaha memelihara kepentingan dan keperluan saudara baru. Kepentingan saudara baru tidak boleh dibiarkan terabai dalam negara dan masyarakat Islam. Kedudukan Islam dan umatnya pada hari yang berada dalam kedudukan diserang dari segenap segi termasuk akidah, akhlak, pergaulan, cara hidup dan sebagainya perlulah dipertahankan. Disesetengah negara pula, umat Islam menjadi pelarian atau terjajah ditanahair sendiri. Lebih malang lagi apabila akidah serta cara hidup mereka turut terancam. Justeru amatlah wajar tindakan pro aktif untuk membantu memenuhi keperluan mereka dan menjinakkan kembali pegangan mereka yang semakin lemah terhadap ajaran Islam yang sebenar. Mekanisme yang paling berkesan dilihat ialah zakat. Rujukan al-fayruz al-abadiy (1987) al-qamus al-muhit. Beirut: Muassasah al-risalah. al-nawawi, Muhyi al-din (1971) al-majmu c Sharh al-muhazzab. Kaherah: alc Alamiyah. al-qurtubi (1977) al-jami c li Ahkam al-quran. Kaherah: Hay ah al-masriyah alcammah li al-kitab. al-qaradawi, Yusuf (1991) Fiqh al-zakah. Beirut: Muassasah al-risalah. al-san c ani, Abu Bakr (1997) Bada c i al-sana c i fi Tartib al-shara c i. Beirut: Dar al- Fikr. al-suyuti, Jalal al-din (1983) al-ashbah wa al-nada ir. Beirut: Dar al-kutub alc Ilmiyah. al-tabari, Muhmmad bin Jarir (1992) Jami c al-bayan c An Ta wil Aayi al-qur an. Beirut: Dar al-kutub al- c Ilmiyah. al-zuhayli, Wahbah (1986) Usul al-fiqh al-islami. Beirut: Dar al-fikr. Jar Allah, c Abd Allah (1987) Masarif al-zakah fi al-shari c ah al-islamiyah. Beirut: Muassasah al-risalah.