Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Dapatkan Skema di


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Soalan Markah

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 1249/2 Sejarah Kertas 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU SULEIMAN 2014 BESERI, PERLIS 21/2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2014 SEJARAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

1249/1 Nama :... Sejarah Kertas 2 Tingkatan :... Ogos ½ jam SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANEL PENULIS PN. MASARIAH BINTI MISPARI PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN EN. SOHAIDIE MOHD ZAIN PN. SUHAILA BINTI MOHAMAD KESNAN PN. ROHANI BINTI MUSTAFA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) DAERAH PETALING UTAMA SKOR A DISEDIAKAN OLEH :

Nama : Tingkatan : Sekolah : BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA TAHAP PENGUASAAN. Cemerlang Baik Sederhana. Tamadun Indus Tamadun Hwang Ho

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR 1249/2


Himpunan kertas peperiksaan percubaan SPM dari sekolah-sekolah lain

Dapatkan Skema di

Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

SEJARAH SPM 1249/2 (Set B)

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1.Tamadun Hwang Ho telah memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

SENARAI SEMAK SEJARAH SPM (TINGKATAN 4) 2011

Kaedah Belajar Sambil Main.

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

RAMALAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 SEJARAH Kertas 2 Nov./Dis. 2 jam Dua jam tiga puluh minit

4 Mengapakah tanaman buah pala mengalami kemerosotan selepas tahun 1850-an? Jawapan:(ms 127)

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

Bahagian A. [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Gambar 1 menunjukkan warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara.

PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)

SEJARAH SPM 1249/2 (Set A)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab. 4 Bab 9. 3 Bab 8. Tingkatan 5. Bab. Bab

DSP KEPERLUAN MINIMA PBS SEJARAH TINGKATAN BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2004 SEJARAH. Kertas 2. Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab 3 Bab 8. 4 Bab. Tingkatan 4. Bab. Bab 9. Bab

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

1. Dalam sistem pentadbiran Melaka, Sultan dibantu oleh empat orang pembesar iaitu,(m/s 58) a) b) c) d)

BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke. Abad ke-19

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 6. Bab

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Pembelajara n secara masteri

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN 4

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

Konsep Merkantilisme, Imperialisme dan Kolonialisme

1 Gambar rajah berikut menggambarkan suasana yang dapat dilihat semasa pentadbiran Brooke di Sarawak.

Seni Visual (970) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Kesusasteraan Melayu (922)

1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Bahasa Malaysia (910)

Dapatkan Skema di

KLON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 SEJARAH Kertas 2 Nov./Dis. 2 jam Dua jam tiga puluh minit

CONTOH SOALAN IDA 152

BAHAGIAN A [ 40 Markah ] Jawab semua soalan. 1 Gambar 1 menunjukkan perkembangan bentuk roda Tamadun Mesopotamia. Perkembangan bentuk roda.

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Item Objektif. Analisis SPM Itali Jerman Rusia

1249/2 Sejarah Kertas 2 Ogos ½ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANITIA SEJARAH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN 4

Nama : Tingkatan : Sekolah : HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUANKULA LUMUR BAB 1 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN5

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAB 1 SEJARAH TINGKATAN 2

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

1. Apakah bidang yang ditekankan pada masa pemerintahan Meiji? (m/s 3) 2. Mengapakah China dijadikan sasaran awal perluasan kuasa Jepun?

Bahagian A. (40 markah) Jawab semua soalan

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

1 Selepas pemerintahan Khulafa al-rasyidin, pentadbiran kerajaan Islam seterusnya telah dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah.

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN5

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Transkripsi:

Sejarah (940) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang menduduki peperiksaan mata pelajaran ini ialah 24 249 orang. Peratusan calon yang lulus penuh dalam mata pelajaran ini ialah 58.30% berbanding dengan 57.37% pada tahun 2009. Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Gred A A B+ B B C+ C C D+ D F Peratusan 5.66 3.91 6.54 7.77 9.89 12.78 11.84 6.91 6.75 6.27 21.77 RESPONS CALON KERTAS 940/1 (TAMADUN DUNIA HINGGA 1800) Komen am Secara keseluruhannya, prestasi calon bagi kertas ini meningkat. Antara kelemahan calon termasuklah yang berikut: (a) Calon tidak dapat menguasai fakta dan gagal memberikan hujahan fakta yang relevan seperti yang dikehendaki oleh soalan. (b) Calon tidak berkemampuan menguasai fakta-fakta dalam soalan perbandingan. Calon berpengetahuan tentang sesebuah tamadun tetapi tidak mahir tentang tamadun yang dibandingkan. (c) Calon memberikan jawapan berdasarkan logik akal sahaja dan calon tidak mengaitkan jawapan dengan konsep sejarah dan tamadun. (d) Calon tidak memiliki kemahiran berhujah melalui penulisan. Komen soalan demi soalan Bahagian A Soalan 1 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan ciri-ciri utama kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan Neolitik. Sebahagian calon mampu memberikan jawapan yang baik dengan mengemukakan isi jawapan yang lengkap dan huraian serta contoh yang sesuai. Namun begitu, banyak calon yang menjawab soalan ini gagal menjelaskan ciri-ciri kebudayaan kedua-dua zaman prasejarah tersebut dan gagal memberikan contoh peralatan dan teknologi yang relevan. Calon juga gagal memberikan jawapan yang bermutu kerana kebanyakan calon menyatakan ciri tanpa mengemukakan huraian yang mantap dan contoh yang sesuai. Calon sepatutnya menghuraikan isi jawapan seperti ciri petempatan, aktiviti ekonomi, teknologi perkakasan, aspek kemasyarakatan, agama dan kepercayaan, kesenian dan kebudayaan, pembahagian kerja berdasarkan gender, dan perkembangan pemikiran. 51 940[STPM Lapo 2010].indd 51 5/13/11 10:57:10 AM

Soalan 2 Soalan ini menghendaki calon membincangkan sejauh mana faktor ekonomi bertanggungjawab terhadap keruntuhan empayar Rom pada kurun ke-5 Masihi. Hanya sebahagian kecil calon yang memilih soalan ini dapat menjawabnya.walau bagaimanapun, jawapan calon lemah kerana kegagalan calon memahami kehendak soalan. Jawapan yang dikemukakan oleh calon bersifat umum dan tidak berkaitan. Calon sepatutnya menganalisis sejauh mana faktor ekonomi menjadi faktor utama keruntuhan empayar Rom. Calon juga perlu membincangkan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Rom secara umum. Soalan 3 Soalan ini menghendaki calon menjelaskan perubahan organisasi ketenteraan pada zaman awal moden di Eropah. Terdapat calon yang dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana berjaya menjelaskan perubahan yang berkaitan. Namun, ada calon yang tidak memahami maksud organisasi ketenteraan dan juga tidak mahir dengan istilah penzamanan seperti zaman klasik. Calon sepatutnya menjelaskan perubahan organisasi ketenteraan dalam aspek pengurusan, latihan, komposisi pasukan, teknologi, taktik dan strategi ketenteraan, serta kepimpinan. Soalan 4 Soalan ini menghendaki calon membincangkan perkembangan ekonomi komersial di Eropah Barat dari tahun 1500 hingga tahun 1800. Kebanyakan calon tidak berjaya menjawab soalan ini dengan baik kerana calon mengemukakan fakta yang tidak relevan dan membincangkan perkara di luar topik seperti aktiviti penjajahan kuasa Barat serta perkembangan ekonomi di Eropah Barat sebelum abad ke-14. Calon sepatutnya membincangkan perkembangan ekonomi seperti keadaan pemulihan perdagangan di Eropah, peluasan jaringan perdagangan kebenuaan antara Eropah dengan Asia dan Amerika, perkembangan pasaran baharu, dan kelahiran institusi kewangan. Soalan 5 Soalan ini menghendaki calon membincangkan sejauh mana faktor agama mempengaruhi pendidikan formal dalam tamadun awal. Kebanyakan calon yang menjawab soalan ini hanya memfokuskan faktor agama tanpa mengaitkannya dengan pendidikan formal. Calon juga tidak membincangkan faktorfaktor lain. Calon sepatutnya membincangkan faktor agama seperti peranan golongan agama dalam pendidikan formal dalam tamadun awal. Calon juga perlu membincangkan faktor-faktor selain faktor agama yang mempengaruhi pendidikan formal seperti birokrasi, ketenteraan, kemanusiaan, keintelektualan, patriotisme, dan politik. Soalan 6 Soalan ini menghendaki calon membincangkan kepentingan muzik dalam kehidupan masyarakat zaman tamadun awal. Kelemahan calon dalam menjawab soalan ini ialah calon tidak menguasai isi berkenaan dengan kepentingan muzik. Calon sepatutnya membincangkan peranan muzik dalam aktiviti keagamaan, perkembangan ilmu muzik, fungsi muzik dalam terapi perubatan, muzik dalam peperangan, dan muzik sebagai terapi jiwa. Soalan 7 Soalan ini menghendaki calon membandingkan peranan firaun dengan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan di Mesir dan di China. Kebanyakan calon gagal menjawab soalan ini dengan baik kerana tidak menepati kehendak soalan. Hanya sebilangan calon yang dapat membandingkan peranan maharaja China dan firaun Mesir. Kebanyakan calon hanya menyenaraikan peranan 52 940[STPM Lapo 2010].indd 52

maharaja dan firaun semata-mata. Calon sepatutnya membandingkan peranan kedua-dua jawatan pemerintahan tertinggi kerajaan Mesir dan China seperti perbandingan konsep pemerintahan mutlak, konsep kuasa eksekutif, peranan dalam bidang legislatif, penguasaan dalam ekonomi kerajaan, bidang kuasa ketenteraan, peranan dalam institusi keagamaan, dan peranan sebagai pembina empayar. Soalan 8 Soalan ini menghendaki calon membandingkan kesan penaklukan puak gasar Jerman di Eropah Barat dengan kesan peluasan kuasa Islam di Asia Barat terhadap tamadun di kedua-dua kawasan itu. Calon yang menjawab soalan ini gagal memberikan jawapan yang sepatutnya. Kelemahan calon yang menjawab soalan ini ialah calon tidak menguasai fakta dan gagal membuat perbandingan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Perbandingan yang sepatutnya dikemukakan oleh calon ialah perbandingan kesan dalam penyatuan empayar, penyerapan budaya kuasa penakluk, keselamatan, ekonomi, dan ilmu pengetahuan. Bahagian B Soalan 9 Soalan ini menghendaki calon membincangkan faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada akhir zaman Khulafa al-rasyidin. Jawapan calon bersifat umum dan tidak memberikan faktafakta yang berkaitan dengan faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada akhir zaman Khulafa al-rasyidin. Calon sepatutnya membincangkan faktor-faktor seperti perbezaan tafsiran al- Quran, pengaruh politik semasa dan kebudayaan asing, budaya assabiyah, dan perpecahan umat. Soalan 10 Soalan ini menghendaki calon membincangkan sejauh mana pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-rasyidin memiliki ciri pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad SAW di Madinah. Kebanyakan calon yang menjawab soalan ini berusaha membincangkan pengaruh ciri pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah dalam pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-rasyidin. Bagaimanapun kebanyakan calon gagal menjawab dengan baik kerana calon tidak membincangkan secara mendalam tentang perkara tersebut. Calon cuma memerihalkan pentadbiran dan pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah sahaja tanpa menjawab kehendak soalan. Calon sepatutnya membincangkan pengaruh pentadbiran dan pemerintahan Islam era kerajaan Islam Madinah dalam aspek pemerintahan, peranan pemimpin negara, institusi khalifah, pengurusan pertahanan, ekonomi, dan dasar sosial pemerintahan. Soalan 11 Soalan ini menghendaki calon membincangkan implikasi Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di Madinah. Kebanyakan calon yang menjawab soalan ini membincangkan kesan yang dialami oleh penduduk Madinah. Walau bagaimanapun, terdapat calon yang gagal memberikan isi jawapan yang sepatutnya kerana tidak menguasai fakta berkaitan dengan perkara yang dibincangkan. Calon sepatutnya mengupas kesan-kesan Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di Madinah yang meliputi aspek politik, sosial, ekonomi, ketenteraan, dan psikologi sosial. 53 940[STPM Lapo 2010].indd 53

Soalan 12 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan perkembangan sistem mata wang Islam dari zaman Khulafa al-rasyidin hingga zaman Bani Umayyah dan peranan sistem mata wang itu dalam aktiviti ekonomi umat Islam. Kebanyakan calon tidak dapat menghuraikan isi persoalan dengan baik kerana kekurangan isi dan hanya menghuraikan peranan sistem mata wang sahaja. Calon sepatutnya, menghuraikan sejarah perkembangan mata wang Islam daripada zaman Khalifah Umar al-khattab hingga zaman Abdul al-aziz ibn Marwan. Calon juga perlu menghuraikan peranan mata wang dalam urusan perniagaan, pentadbiran, dan kestabilan sosial dan ekonomi masyarakat. Soalan 13 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan peranan institusi pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Kebanyakan calon gagal memberikan jawapan yang baik. Terdapat calon mengemukakan isi perbincangan yang tidak relevan seperti menghuraikan peranan institusi pendidikan di alam Melayu seperti sekolah pondok. Calon sepatutnya menghuraikan peranan institusi pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah seperti masjid, istana khalifah, kuttab, universiti, dan perpustakaan. Soalan 14 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan perkembangan seni ukir pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Kebanyakan calon yang menjawab soalan ini gagal memberikan huraian dengan fakta yang tepat dan memberikan jawapan yang bersifat umum. Calon sepatutnya menghuraikan perkembangan seni ukir pada zaman Bani Umayyah yang dianggap sebagai tempoh awal perkembangan seni ukir Islam dan pada zaman kerajaan Abbasiyah yang dilihat sebagai zaman keagungan seni ukir Islam. Soalan 15 Soalan ini menghendaki calon membandingkan dasar pemerintahan Maharaja Akbar dengan dasar pemerintahan Maharaja Aurangzeb dalam mengukuhkan pemerintahan Moghul di India. Calon yang menjawab soalan ini tidak dapat memberikan jawapan yang baik kerana tidak menguasai fakta yang relevan mengenai dasar pemerintahan Maharaja Akbar dan Maharaja Aurangzeb. Calon sepatutnya membuat perbandingan mengenai dasar perluasan wilayah, dasar pentadbiran, dasar ekonomi, dan dasar sosial termasuk dasar pemerintah terhadap penganut Hindu. Soalan 16 Soalan ini menghendaki calon membandingkan sistem ketenteraan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan sistem ketenteraan Barat pada zaman Rom. Calon yang menjawab soalan ini tidak dapat memberikan jawapan yang baik kerana tidak menguasai fakta yang relevan mengenai sistem ketenteraan Barat. Calon juga tidak membandingkan isi persoalan, dan terdapat calon yang memberikan fakta yang terkeluar daripada jeda masa, iaitu membincangkan sistem ketenteraan zaman Khulafa ar-rasyidin. Calon sepatutnya membandingkan sistem ketenteraan pada kedua-dua zaman tersebut, antaranya, aspek kepimpinan, penyusunan tentera, penggajian tentera, peralatan peperangan, taktikal dan strategi peperangan, etika peperangan, dan matlamat peperangan. 54 940[STPM Lapo 2010].indd 54

KERTAS 940/2 (SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800 HINGGA 1963) Komen am Secara keseluruhannya, prestasi calon pada tahun ini adalah lemah berbanding dengan tahun sebelumnya. Antara kelemahan jawapan calon termasuklah yang berikut: (a) Jawapan yang diberikan oleh calon terkeluar daripada jeda masa sesuatu peristiwa. (b) Jawapan yang diberikan oleh calon tidak mempunyai pengenalan dan penutup yang mantap mengikut kehendak soalan. (c) Jawapan calon kurang berfokus kepada kehendak soalan. Calon sering mengemukakan fakta yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan. (d) Jawapan yang diberikan oleh calon berulang-ulang dari segi isi dan fakta. Komen soalan demi soalan Bahagian A Soalan 1 Soalan ini menghendaki calon membincangkan sistem dan peranan pembesar di Negeri-Negeri Melayu hingga tahun 1874. Kebanyakan calon yang menjawab soalan ini tidak membincangkan sistem pembesar tetapi menumpukan kepada peranan pembesar. Banyak juga calon yang mengaitkan isi jawapan dengan pembesar zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini menyebabkan jawapan calon terkeluar daripada jeda masa perbincangan. Calon sepatutnya, membincangkan sistem dan peranan pembesar di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Johor. Soalan 2 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan kegiatan ekonomi komersial di Tanah Melayu hingga tahun 1874. Kebanyakan calon gagal menjawab soalan ini dengan baik dan hanya membincangkan jawapan secara umum sahaja. Misalnya, calon tidak menyatakan lokasi daerah aktiviti perlombongan bijih timah seperti daerah Larut. Calon sepatutnya menghuraikan kegiatan pengeluaran sumber hutan, penanaman padi, tebu, ubi kayu, lada hitam, kopi, perlombongan emas dan bijih timah, dan aktiviti perdagangan jalan laut. Soalan 3 Soalan ini menghendaki calon membincangkan penyataan bahawa pentadbiran Sir Hugh Low lebih berjaya jika dibandingkan dengan pentadbiran J.W.W. Birch semasa pelaksanaan sistem residen di Perak. Kebanyakan calon tidak dapat membincangkan aspek kejayaan Sir Hugh Low tetapi hanya dapat menjelaskan kelemahan pentadbiran J.W.W Birch. Calon sepatutnya membincangkan kelemahan pentadbiran J.W.W Birch dan kejayaan pentadbiran Sir Hugh Low. Calon juga perlu menekankan pendekatan diplomasi yang diamalkan oleh Sir Hugh Low terhadap Sultan Perak dan pembesar Melayu ketika itu. Soalan 4 Soalan ini menghendaki calon membincangkan sejauh mana faktor luaran mempengaruhi kebangkitan gerakan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kebanyakan calon memberikan jawapan yang umum. Calon sepatutnya membincangkan secara 55 940[STPM Lapo 2010].indd 55

mendalam faktor luaran seperti gerakan pemulihan Islam di Mesir, pengaruh Turki di Tanah Melayu, Perang Rusia Jepun, dan pengaruh dari Indonesia. Namun, calon juga perlu membincangkan faktor dalaman seperti perkembangan pendidikan dan pengaruh perkembangan media massa di Tanah Melayu. Soalan 5 Soalan ini menghendaki calon menjelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin pelbagai kaum dari tahun 1955 hingga tahun 1957 untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu. Kebanyakan calon berpengetahuan tentang usaha-usaha yang dilakukan. Namun calon memberikan huraian yang umum dan tidak mengaitkan dengan usaha pemimpin pelbagai kaum secara terperinci. Calon sepatutnya menjelaskan peranan dan usaha pemimpin pelbagai kaum melalui kerjasama dalam Pilihan Raya Umum 1955, penyertaan bersama pemimpin pelbagai kaum dalam delegasi kemerdekaan ke London, dan keanggotaan Suruhanjaya Reid. Soalan 6 Soalan ini menghendaki calon membincangkan kepemimpinan Tunku Abdul Rahman dalam mempengaruhi pembentukan dasar luar Tanah Melayu. Kebanyakan calon gagal membincangkan kepemimpinan Tunku Abdul Rahman dalam mempengaruhi pembentukan dasar luar Tanah Melayu dengan baik. Ada calon yang hanya membincangkan peranan kepemimpinan Tunku Abdul Rahman sahaja dan meminggirkan faktor-faktor seperti faktor sejarah diplomatik dengan negara Islam, faktor ekonomi, dan faktor politik serantau. Bahagian B Soalan 7 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan sistem pembesar di Myanmar dan di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat. Kebanyakan calon menjawab soalan ini secara umum. Ada calon yang menghuraikan sistem pembesar di Myanmar dan Thailand seperti sistem pembesar di Tanah Melayu. Calon sepatutnya memberikan jawapan yang menghuraikan sistem pembesar di Myanmar dan Thailand yang berasaskan sistem feudal dan tradisional. Soalan 8 Soalan ini menghendaki calon membincangkan perkembangan perusahaan gula sebagai tanaman komersial di Pulau Jawa dan di Thailand pada abad ke-19. Namun begitu, sebilangan besar calon membincangkan kegiatan tersebut secara umum kerana tidak menguasai fakta tajuk tersebut. Calon sepatutnya memberikan jawapan yang membincangkan perkembangan perusahaan gula di Pulau Jawa dan di Thailand bermula dengan kedatangan kuasa Barat. Soalan 9 Soalan ini menghendaki calon membincangkan perkembangan campur tangan Perancis di Vietnam dan campur tangan British di China pada abad ke-19. Kebanyakan calon hanya dapat menumpukan perbincangan pada campur tangan sebuah negara sahaja. Malah jawapan yang diberikan umum dan tertumpu kepada kesan campur tangan. Calon sepatutnya membincangkan perkembangan politik di kedua-dua buah negara tersebut, iaitu bermula dengan dasar campur tangan Perancis dan British, arus perubahan yang tercetus daripada dasar campur tangan tersebut dan sehinggalah membawa kepada gerakan penentangan kuasa Barat oleh masyarakat tempatan. 56 940[STPM Lapo 2010].indd 56

Soalan 10 Soalan ini menghendaki calon membincangkan perjuangan Hukbalahap di Filipina dan gerakan Viet Minh di Vietnam semasa dan selepas pendudukan Jepun. Kebanyakan calon gagal menjawab soalan ini dengan baik. Kebanyakan calon hanya membincangkan soalan tersebut secara umum. Calon sepatutnya membincangkan matlamat, strategi, dan kejayaan perjuangan Hukbalahap dan Viet Minh ketika menentang pendudukan Jepun. Soalan 11 Soalan ini menghendaki calon membincangkan sejauh mana perpecahan dalam kalangan pemberontak dalam Dahagi India pada tahun 1857 dan pemberontak dalam pertubuhan Katipunan pada tahun 1896 di Filipina telah membawa kepada kegagalan pemberontakan tersebut. Kebanyakan calon lebih cenderung memberikan sebab berlakunya Dahagi India dan menjelaskan penubuhan Katipunan. Calon sepatutnya membincangkan secara mendalam faktor perpecahan dalaman Dahagi India dan Katipunan di samping membincangkan faktor-faktor yang lain. Calon juga perlu merumuskan faktor yang paling dominan yang menyebabkan kegagalan kedua-dua pemberontakan tersebut. Soalan 12 Soalan ini menghendaki calon membandingkan perkembangan politik di India dengan perkembangan politik di Jepun selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1950. Kebanyakan calon menjawab secara umum dan memberikan jawapan yang tidak memenuhi kehendak soalan. Calon sepatutnya membandingkan perkembangan politik di kedua-dua buah negara tersebut melalui peristiwaperistiwa penting yang berlaku seperti perjuangan kemerdekaan India dari British dan pendudukan Amerika Syarikat di Jepun yang mendorong kepada pemindahan kuasa daripada sistem monarki mutlak kepada sistem demokrasi acuan Amerika Syarikat. 57 940[STPM Lapo 2010].indd 57 5/13/11 10:57:12 AM