KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KAWALAN REKOD. Jawatan: Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

PROSEDUR KAWALAN REKOD. PK.UiTM.CNS(P).02

SURAT PEKELILING AM BIL. 2 TAHUN 1991

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

PENERBITAN PETA DAERAH SIRI MYS 8201R

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN NOTA SERAH TUGAS JAWATAN

PEJABAT KESIHATAN DAERAH JOHOR BAHRU JOHOR

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTMPs.(P).02

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

PENGURUSAN REKOD PMM-PK-PS-09

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/KES/P004

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PROSEDUR PENGENDALIAN ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN PK.UiTM.APB.(P).10

FORMAT PEPERIKSAAN PROFIL JAWATAN. kepada semua kakitangan dalam menjalankan tugas mereka seperti peralatan dan lain-lain

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

4 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN NOTA SERAH TUGAS GARIS PANDUAN PENYEDIAAN NOTA SERAH TUGAS

PROSEDUR KAWALAN REKOD DAN DOKUMEN SOKONGAN PK.UiTM.FKM.(PA).02

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

1.0 PENGENALAN PANDUAN PENGURUSAN FAIL DAN REKOD UNIVERSITI 1.1 TUJUAN

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

PTSS PK PS-03 TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016 SALINAN TERKAWAL

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR TARIKH KUATKUASA : 1 MAC 2014 PROSEDUR PEROLEHAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

DISAMPAIKAN OLEH: SHAHFRI BIN MD MUKTAH

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIT LATIHAN PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENDAFTAR RAHSIA

Diluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) - GRED N17

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

SURAT PEKELILING BENDAHARI

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

PK. UiTM.FSSR.(P).01. Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat yang dilantik terus;

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PENGENDALIAN ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: SOK/KEW/GP015/BYR GARIS PANDUAN PEMBAYARAN ELAUN BIASISWA CUTI BELAJAR 1.0 TUJUAN

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

PROSEDUR PENGADUAN AWAM

CADANGAN SUKATAN PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) PEMBANTU MAKMAL KANAN GRED C22 TAHAP KECEKAPAN 3

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2015 PEMINDAHAN TERBITAN RASMI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PELUPUSAN REKOD AWAM

Arkib Negara Malaysia

Transkripsi:

KERAJAAN MALAYSIA Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA Jabatan Perdana Menteri Malaysia 1 Julai, 1991 Dikelilingkan kepada: Ketua-ketua Setiausaha Kementerian Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan.

Tujuan 1. Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menyampaikan panduan mengenai tatacara penggunaan Borang Tindakan Kerja bagi membantu Jabatan-jabatan Kerajaan menggunakannya untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti. Panduan Mengenai tatacara Penggunaan Borang Tindakan Kerja adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini. Latar Belakang 2. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh jabatan Kerajaan mempunyai proses kerja masing-masing. Aktiviti tersebut perlu dikawal dan diselaraskan pelaksanaannya bagi memastikan setiap tindakan yang wajar untuk menguruskan aktiviti berkenaan dilakukan. Dengan mewujudkan sistem pengesanan kerja, akan dapat memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan teratur dan sistematik di samping membolehkan pihak pengurusan mengesan setiap peringkat pelaksanaan. 3. Penilaian ke atas perjalanan aktiviti di beberapa jabatan Kerajaan mendapati keskes kelewatan telah berlaku dalam tindakan untuk melaksana aktiviti-aktiviti tertentu. Salah satu punca masalah ini ialah ketiadaan sistem pengesanan kerja yang membolehkan pihak pengurusan menyelaras dan mengawal pelaksanaan aktiviti. Ini telah menyebabkan sukar bagi pihak pengurusan mengetahui punca dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kelewatan tersebut. 4. Oleh yang demikian satu sistem pengesanan kerja perlu diwujudkan bagi membolehkan pihak pengurusan mengesan setiap tindakan atau proses kerja bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh jabatan/pejabat Kerajaan. Bagi mencapai tujuan ini, Borang Tindakan Kerja diperkenalkan untuk digunakan oleh setiap jabatan/pejabat Kerajaan. Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Borang Tindakan Kerja 5. Borang Tindakan Kerja akan digunakan bagi mengesan tindakan bagi setiap proses kerja dalam menguruskan sesuatu aktiviti oleh setiap jabatan/pejabat Kerajaan. Dengan adanya borang ini, akan membolehkan pihak pengurusan memperolehi maklumbalas dan maklumat terkini mengenai perjalanan setiap tindakan bagi sesuatu aktiviti di bawah pengawasannya. 6. Melalui Panduan ini, adalah diharapkan penggunaan Borang Tindakan Kerja Dapat digunakan dengan berkesan oleh jabatan/pejabat Kerajaan bagi memastikan aktiviti dapat dikawal pelaksanaannya supaya setiap langkah adalah sentiasa selaras dengan dasar dan peraturan masakini yang dapat menyumbang ke arah pencapaian matlamat jabatan/pejabat. 1

Tarikh Penggunaan 7. Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid Ketua Setiausaha Negara. 2

Lampiran kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 11 Tahun 1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA 3

KANDUNGAN Muka Surat I. TUJUAN 5 II. RASIONAL BORANG TINDAKAN KERJA 5 III. CIRI-CIRI BORANG TINDAKAN KERJA 5 IV. CARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA 6 V. PENUTUP 7 LAMPIRAN: LAMPIRAN A: 8 LAMPIRAN B: 9 LAMPIRAN C: 11 4

I. Tujuan Panduan ini bertujuan untuk membantu jabatan-jabatan Kerajaan menggunakan Borang Tindakan Kerja sebagai alat pengawasan kerja. Penggunaan Borang Tindakan Kerja akan dapat membantu pihak pengurusan mengesan setiap tindakan dalam pelaksanaan aktiviti di samping dapat memastikan semua pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti mengambil tindakan yang sewajarnya. II. Rasional Borang Tindakan Kerja 2. Borang ini akan memberi panduan kepada pegawai yang terlibat dalam menguruskan setiap aktiviti, mengenai tindakan yang perlu dilakukan, tempoh masa yang diambil dan tindakan selanjutnya bagi meneruskan aktiviti berkenaan. Catatan arahan dan masa yang ditentukan oleh pegawai bertanggungjawab semasa menyerahkan fail kepada pegawai yang bertindak seterusnya akan membantu pegawai berkenaan melaksanakan tugas dengan berkesan dalam tempoh masa yang ditetapkan. III. Ciri-Ciri Borang Tindakan Kerja 3. Agensi kerajaan hendaklah menggunakan format Borang Tindakan Kerja seperti di Lampiran A. Borang ini mengandungi ciri-ciri seperti berikut: (a) Ruang A - Bilangan proses kerja untuk aktiviti; (b) Ruang B - Proses kerja ataupun tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan aktiviti; (c) Ruang C - Pegawai bertanggungjawab; (d) Ruang D - Tarikh fail/arahan diterima; (e) Ruang E - Tarikh tugas disiapkan dan tandatangan; (f) Ruang F - Catatan arahan kepada pegawai seterusnya; (g) Ruang G - Tarikh tindakan selanjutnya perlu disiap; dan (h) Ruang H - Catatan. Ruang A Bilangan proses kerja mengikut turutan nombor 1, 2 dan seterusnya dicatatkan di ruang A. Ruang B 5

Semua proses kerja yang perlu diambil tindakan bagi menguruskan sesuatu aktiviti disenaraikan di ruang B. Proses kerja bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu jabatan/pejabat hendaklah disediakan berasaskan aktiviti dan proses kerja yang terdapat dalam Manual Prosedur Kerja (MPK) jabatan/pejabat berkenaan. Bagi aktiviti yang mengandungi proses kerja yang panjang, hendaklah menggunakan lebih daripada satu salinan borang. Ruang C Pegawai yang bertanggungjawab mengambil tindakan bagi setiap proses kerja disenaraikan di ruang C. Nama pegawai atau jawatan yang berkenaan boleh diperturunkan mengikut kesesuaian jabatan/pejabat berkenaan. Ruang D Tarikh fail ataupun arahan diterima oleh pegawai bertanggungjawab dicatatkan di ruang D. Ruang E Tarikh tugas disiapkan serta tandatangan ringkas pegawai berkenaan diturunkan di ruang E. Ruang F Catatan arahan pegawai bertanggungjawab kepada pegawai yang mengambil tindakan seterusnya diisi di ruang F. Semua pegawai boleh membuat catatan arahan kepada pegawai seterusnya tanpa mengira pangkat. Catatan arahan tambahan boleh dibuat di atas kertas minit jika ruang F tidak mencukupi. Ruang G Tarikh tindakan selanjutnya perlu disiapkan dicatatkan di ruang G. Ruang H Catatan mengenai perkara-perkara penting berkenaan pelaksanaan setiap proses kerja dalam aktiviti tersebut seperti sebab-sebab berlaku kelewatan dan sebagainya dicatatkan di ruang H. IV. Cara Penggunaan Borang Tindakan Kerja 4. Borang Tindakan Kerja perlu dikepilkan pada sebelah dalam kulit fail di atas kertas minit, setiap fail aktiviti yang dibuka. Bagi aktiviti yang mengandungi lebih daripada satu kes, Borang Tindakan Kerja yang berlainan perlu digunakan bagi setiap kes. Setiap Borang Tindakan Kerja yang dikhaskan bagi kes-kes tersebut juga perlu dikepilkan pada sebelah dalam kulit fail di atas kertas minit fail yang telah dibuka. Sebagai contoh, salah satu aktiviti utama Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) ialah meluluskan permohonan pembelian mesin daripada jabatan- jabatan Kerajaan. MAMPU membuka fail yang berasingan bagi aktiviti ini untuk setiap 6

jabatan/pejabat. Setiap fail aktiviti ini mengandungi lebih daripada satu kes bergantung kepada kekerapan permohonan daripada jabatan/pejabat berkenaan untuk membeli berbagai-bagai jenis mesin. Bagi keadaan seperti ini, Borang Tindakan Kerja yang berasingan perlu diisi bagi setiap kes permohonan mesin. 5. Contoh mengisi borang adalah seperti di Lampiran B dan cara penggunaan borang ini adalah seperti Lampiran C. 6. Pihak pengurusan perlu memastikan setiap pegawai bertanggungjawab merujuk dengan segera kepada pegawai atasannya sekiranya menghadapi masalah. 7. Pihak pengurusan perlu menggunakan Borang Tindakan Kerja ini untuk membuat pengesanan dari masa ke semasa untuk memastikan: a. Semua pihak yang bertanggungjawab menguruskan setiap proses kerja dalam sesuatu aktiviti telah mengambil tindakan yang sewajarnya, b. Punca kelewatan sekiranya berlaku, dan c. Keputusan segera diambil untuk menyelesaikan masalah. V. Penutup 8. Penggunaan Borang Tindakan Kerja akan membantu semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan. Dengan adanya panduan proses demi proses mengenai apa yang perlu dilakukan, pegawai yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan dengan sistematik. Pihak pengurusan pula dapat membuat pengawasan dan mengambil tindakan penyelesaian dengan segera bagi mengatasi masalah yang timbul. Dengan demikian semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksana dalam tempoh yang ditetapkan. 7

Lampiran A BORANG TINDAKAN KERJA AKTIVITI: PEGAWAI TARIKH TARIKH CATATAN TARIKH YANG FAIL/ TUGAS ARAHAN TINDAKAN BIL. PROSES BER- ARAHAN DISIAP- KEPADA SELANJUT- CATATAN KERJA TANGGUNG DI- KAN DAN PEGAWAI NYA PERLU JAWAB TERIMA TANDA- SETERUS- DISIAP TANGAN NYA* (A) (B) (C) (D) (E) (F) (G) (H) ------------------------------------------------------------------- ------------------------------------------------------------------- Nota: *1. Jika ruang tidak mencukupi catatkan arahan tambahan dalam kertas minit. 2. Pegawai bertanggungjawab boleh merujuk kepada pegawai atasannya jika menghadapi masalah. 8

BORANG TINDAKAN KERJA Lampiran B AKTIVITI: PERCETAKAN LAPORAN MAMPU OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA PEGAWAI TARIKH TARIKH CATATAN TARIKH YANG FAIL/ TUGAS ARAHAN TINDAKAN BIL PROSES BER- ARAHAN DISIAP- KEPADA SELANJUT- CATATAN KERJA TANGGUNG DI- KAN DAN PEGAWAI NYA PERLU JAWAB TERIMA TANDA- SETERUS- DISIAP TANGAN NYA (A) (B) (C) (D) (E) (F) (G) (H) 1. Buat keputusan Pengarah 24.8.90 26.8.90 Sediakan 28.8.90 untuk Pentadbiran Surat dicetak oleh JPN kepada JPN 2. Sediakan surat dan Pegawai 27.8.90 27.8.90 Pengarah 28.8.90 Dokumentasi t.t Pentadbiran dokumen sila untuk dicetak tandatangan 3. Tandatangan Pengarah 28.8.90 28.8.90 Hantar 29.8.90 surat Pentad- t.t surat biran dan dokumen ke JPN 4. Dapatkan Kerani 30.8.90 30.8.90-3.9.90 Pluf nombor Dokumen- t.t pertama doket kerja tasi dan tarikh siap pada siap pruf 3.9.90 pertama daripada JPN 5. Dapatkan pruf Kerani 3.9.90 3.9.90 Dokumen- t.t Untuk semakan 5.9.90 daripada tasi dan JPN kelulusan 6. Semak, Pegawai 5.9.90 5.9.90 Buat 15.9.90 lulusan draf dan yang t.t menyediakan cetakan akhir kembalikan laporan kepada JPN (En. Ahmad) 7. Dapatkan Kerani 5.9.90 15.9.90 Rekodkan 16.9.90 bahan yang telah Dokumentasi t.t dokumen siap dicetak 8. Rekod Kerani 15.9.90 16.9.90 Serah 17.9.90 dokumen Setor t.t laporan dalam Buku kepada En. Ahmad Stok 9

9. Serah Kerani 17.9.90 17.9.90 kepada pegawai Dokumentasi t.t (En. Ahmad) Nota: 1. Jika ruang tidak mencukupi catatkan arahan tambahan dalam kertas minit. 2. Pegawai bertanggungjawab boleh merujuk kepada pegawai atasannya jika menghadapi masalah. t.t. Tandatangan 10

KULIT FAIL---------------1 KERTAS MINIT-------------2 BORANG TINDAKAN KERJA----3 Lampiran C 11