BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN. ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud

dokumen-dokumen yang mirip
BAB KEENAM PERBANDINGAN STRUKTUR ASAS AYAT BAHASA ARAB- MELAYU

BAB KETIGA SUBJEK DAN PREDIKAT. Struktur ayat di dalam bahasa Arab terdapat dua jenis, iaitu struktur al-jumlat al-

BAB PERTAMA PENGENALAN. bahasa-bahasa yang wujud. Segala persamaan dan perbezaan yang wujud ini dikaji dan

BAB LAPAN PENUTUP. cadangan. Tajuk kesimpulan mengandungi kesimpulan-kesimpulan bagi. mempertingkatkan pengajaran bahasa Arab.

SENARAI JADUAL. JADUAL : Interpretasi Skor Min Amat baik Baik Memuaskan Lemah.

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

BAB EMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:


LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

Bab II. Mengenal Macam-macam Isim

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 3 halaman bercetak)

SATUAN ACARA PERKULIAHN (SAP)

ISI KANDUNGAN. Abstrak. Penghargaan. Isi Kandungan. Jadual Pedoman Transliterasi. Senarai Kependekan. Senarai Rajah BAB 1 PENGENALAN (1-10)

BAB LIMA HUKUM TASHI:L HAMZAT DALAM RIWAYAT WARSH. Fenomena tashi:l hamzat atau menggugurkannya adalah antara

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

Kajian Bahasa Arab KMMI /12 Shafar 1433 H 1

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

BAB III POLA-POLA AYAT BAHASA ARAB. Dalam bab ini pengkaji menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan ayat atau

KUNCI MENGENAL ISLAM LEBIH DALAM

Bacaan Tahlil Lengkap

ISLAM dan DEMOKRASI (1)

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QUR AN DENGAN METODE MANHAJI NAUFAL AHMAD RIJALUL ALAM

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

ISLAM DIN AL-FITRI. INDIKATOR: 1. Mendeskripsikan Islam sebagai agama yang fitri

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الا نبياء والمرسلين :و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

BAB V PENUTUP. rumusan dan cadangan daripada penulis setelah melalui pelbagai proses pembelajaran,

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma Perguruan Pengajian Islam

BAB IV KONSEP SAKIT. A. Ayat-ayat al-qur`an. 1. QS. Al-Baqarah [2]:

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

CARA PRAKTIS UNTUK MENGHAFAL AL-QUR AN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

المضارع الماضي الا مر

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 6: DAPATAN DAN CADANGAN

PENEMPELAN PHOTO PADA MUSHAF AL-QUR AN (KEMULIAAN AL-QUR AN)

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Yang Diizinkan Tidak Berpuasa

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Anjuran Mencari Malam Lailatul Qadar

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

dan 3 ماضي juga dapat di-tashrif (diubah) berdasarkan kata ganti, baik dalam bentuk المزيد

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Mengganti Puasa Yang Ditinggalkan

Edisi: 11/9/1/1437 KHUTBAH PERTAMA م ع اش ر ال م س ل م ي ن ر ح م ن ي ور ح م ك م الل ه. Alloh Subhanahu wa Ta'ala berkata di dalam Al-Qur'an:

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Post

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

MANAJEMEN JATIDIRI ( MJ )

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Orang Yang Meninggal Namun Berhutang Puasa

Penulis : Muhammad Ma mun Salman JILID 2

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PERAYAAN NATAL BERSAMA

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan.

SILABUS PEMBELAJARAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Fa al- a>qilu al-kari>mu ka>milun (Baidaba, 2002: 150). Maka orang berakal yang mulia adalah orang yang sempurna.

SET KEDUA. Jawab semua soalan. Baca dialog, kemudian jawab soalan-soalan

ISI KANDUNGAN ABSTRAK PENGHARGAAN SENARAI RINGKASAN JADUAL TRANSLITERASI SENARAI JADUAL BAB : PENDAHULUAN. 1 Pendahuluan 1. 2 Latar Belakang Kajian 1

TAHAJJUD (QIAMUL LAIL) & WITIRNYA. Oleh: Rasul bin Dahri

المهنة. ,المهنة Disajikan sebuah wacana sederhana tentang

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Al-Muhiith, Al-Wakiil dan Al-Fattaah

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

KHUTBAH JUM AT. Masjid Tempat Suci, Peliharalah Kebersihannya. Khutbah 11

SMP NEGERI 2 PASURUAN TAHUN 2015

Rancangan Pengajaran Harian (KSSR) Tahun 4

Akal Yang Menerima Al-Qur an, dan Akal adalah Hakim Yang Adil

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN /2 TINGKATAN LIMA PENDIDIKAN SYARI AH ISLAMIAH KERTAS 2 April/Mei

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL DUA TINGKATAN ENAM 2013

SULIT 45/1 45/1 Pendidikan Islam Kertas 1 Modul jam SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

Jawaban yang Tegas Dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Merahmati

Berkahilah untuk ku dalam segala sesuatu yang Engkau keruniakan. Lindungilah aku dari keburukannya sesuatu yang telah Engkau pastikan.

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Transkripsi:

BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN 7.0 Pendahuluan Di dalam bab ini, penulis akan membuat rumusan hasil daripada kajian yang dijalankan di dalam kajian kontrastif ini. Setelah kajian dilakukan terhadap struktur binaan ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud persamaan dan perbezaan di antara kedua-duanya dari segi struktur binaan ayatnya sebagaimana yang telah dijelaskan. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, maka dapatlah dibahagikan kepada dua aspek yang penting, iaitu rumusan dari aspek persamaan yang wujud dan aspek perbezaan. Perkara tersebut adalah seperti berikut :: 7.1 Persamaan Asas Struktur Ayat Bahasa Arab Dan Melayu 7.1.1 Aspek Kriteria Dan Ciri Di dalam aspek ini, terdapat persamaan antara Bahasa Arab dan juga Bahasa Melayu. Persamaan tersebut adalah seperti berikut : 207

KRITERIA DAN CIRI BAHASA ARAB BAHASA MELAYU 1- Definisi Subjek dan Predikat Objek dikenali sebagai mubtada (الم ب ت د ا ) dan cerita pula dikenali sebagai Objek dikenali subjek, manakala cerita dikenali sebagai predikat (الخ ب ر ) khabar Berdasarkan jadual di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa terdapat persamaan di antara bahasa Arab dan bahasa Melayu dari aspek kriteria, iaitu antara kedua-duanya mempunyai persamaan dari tugas dan fungsi kedudukan setiap subjek dan predikat atau dikenali juga dengan al-mubtada (musnad ilaih) dan al-khabar (musnad), sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. 7.1.2 Aspek Binaan Subjek subjek, iaitu ; Terdapat persamaan antara Bahasa Arab dan Bahasa Melayu dari aspek binaan BINAAN SUBJEK BAHASA ARAB BAHASA MELAYU 1-Kata Nama Khas Ia dikenali sebagai ism (اس م الم ع ر ف ة ma rifat ( Terdiri daripada kata nama khas 2-Kata Nama Terbitan dikenali sebagai ism al- Terdapat imbuhan pada perkataannya, seperti pe an, 208

musytaqqa: t ( ال م ش تق ات (اس م per..an,..an dan sebagainya 3-Kata Ganti Pertama, Kedua, Ketiga Dikenali sebagai al-dhami:r (الض م ير ( Pengguna saya, dia, kamu dan seumpamanya di dalam ayat 4- Kata Tunjuk Dikenali sebagai ism al- (اس م الا ش ار ة sya:rat ( Kata tunjuk yang menunjukkan arah sesuatu 5- Kata Nama Am Dikenali dengan ism alnakirat ( الن ك ر ة (اس م dengan Kata nama am tidak memerlukan penggabungkan disandarkan ( (الا ض اف ة atau digabungkan dengan adjektif.( الص ف ة ) 6- Kata Kerja Dikenali sebagai ism al- الم ص د ر masdar al-muawwal ( Kata nama berbentuk kata kerja ) الم و و ل 7- Kata Adjektif Dikenali sebagai al-sifat dan berada di bawah (الص ف ة ( Ia menunjukkan sifat sesuatu benda kata nama 209

Manakala rumusan yang dapat dibuat dari jadual di atas adalah binaan subjek antara kedua-dua bahasa tersebut adalah sama. Ianya terdiri daripada Kata Nama Khas, Kata Nama Terbitan, Kata Ganti Pertama, Kedua, Ketiga dan juga Kata Tunjuk. Namun terdapat ciri yang sama dengan bersyarat seperti Kata Nama Am, Kata Kerja (masdar muawwal) dan Kata Adjektif. Segala contoh dan huraian telah dijelaskan di dalam bab yang lalu. 7.1.3 Aspek Binaan Predikat Berikut adalah persamaan yang wujud antara Bahasa Arab dan juga Bahasa Melayu dari aspek binaan predikatnya : BINAAN PREDIKAT BAHASA ARAB BAHASA MELAYU 1- Frasa Nama - Kata Nama Am Dikenali dengan ism al-nakirat (اس م الن ك ر ة ) Kata nama yang menunjukkan sesuatu yang umum - Kata Nama Khas Dikenali sebagai ism al-ma rifat (اس م الم ع ر ف ة ) Menunjukkan sesuatu yang khusus - Kata Nama Terbitan Dikenali sebagai ism al- ) ال مش ت ق ات ) musytaqqa:t Kata nama yang berimbuhkan pe.., pe..an,..an dan seumpamanya - Kata Nama Pelaku Dikenali sebagai ism al-fa: il Kata nama yang menunjukkan 210

(اس م الف اع ل ( - Kata Nama Objek Dikenali sebagai ism al-maf u:l orang yang melakukan perbuatan Objek yang kena buat ) اس م الم ف ع ول ( - Kata Nama Alat Dikenali sebagai ism al-a:lat ) اس م الا ش ار ة ) Kata nama yang berfungsi sebagai alat - Kata Nama Tempat Dikenali sebagai ism al-maka:n ) اس م الم ك ان ) Kata nama menunjukkan sesuatu tempat - Ism al-tafdhīl Dikenali sebagai ism al-tafdhi:l اس م الت ف ض يل ) Kata nama yang menunjukkan suatu perbandingan 2- Frasa Kerja - Kata Kerja Dasar Iaitu al-fi il ( (الف ع ل yang tiada huruf tambahan/imbuhan Kata kerja yang tidak berimbuhan - Kata Kerja Imbuhan ) الف ع ل الم ز يد Iaitu al-fi il al-mazi:d Kata kerja berimbuhan ( terdapat huruf tambahan ) pada kata kerja س ا ل ت م ون يه ا) asalnya 211

- Kata Kerja Tak Transitif الف ع ل اللا ز م ) Iaitu al-fi il al-la:zim ) yang tidak memerlukan objek Kata kerja tidak memerlukan objek 3- Frasa Sendi ia dikenali sebagai syibhu al- ) ش ب ه ال ج م ل ة jumlat ( Penggunaan kata sendi seperti di, ke, atas dan seumpamanya Berdasarkan jadual di atas, terdapat persamaan di antara bahasa Arab dan juga bahasa Melayu dari aspek binaan predikatnya. Maka predikat bagi kedua-dua bahasa tersebut adalah terdiri daripada Frasa Nama (Am, Khas, Terbitan, Pelaku, Penderita, Alat, Tempat dan Bandingan). Manakala dari aspek frasa Kata Kerja pula, persamaan yang wujud adalah Kata Kerja Dasar/Asal, Kata Kerja Imbuhan dan Kata Kerja Tak Transitif. Segala huraian dan contoh telah pun diterangkan. Manakala dari aspek frasa sendi pula, di dalam bahasa Arab ia dikenali ). ش ب ه ال ج م ل ة sebagai syibhu al-jumlat ( 7.1.4 Aspek Hukum Aspek hukum antara Bahasa Arab dan Bahasa Melayu juga terdapat persamaannya. Antaranya ialah : HUKUM BAHASA ARAB BAHASA MELAYU Predikat berbilang Terdiri daripada khabar jenis almufrad, al-jumlat, syibhu al-jumlat atau bercampur-campur Terdiri daripada predikat yang berbilang 212

Berdasarkan jadual di atas, hanya dari aspek predikat berbilang sahaja yang mempunyai persamaan antara kedua-dua bahasa. Manakala dari segi aspek hukum yang lain terdapat perbezaan yang akan dirumuskan di dalam aspek perbezaan. Maka dari aspek-aspek yang disebutkan di atas merupakan aspek kesamaan yang wujud di dalam struktur binaan ayat antara bahasa Arab dan juga bahasa Melayu. Oleh itu, dapatlah kita menilai persamaan yang wujud tersebut untuk membina modul-modul yang sesuai agar dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pelajar dan jua persiapan guru di dalam menyediakan set pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. 7.2 Perbezaan Asas Struktur Ayat Bahasa Arab Dan Melayu 7.2.1 Aspek Kriteria Dan Ciri KRITERIA DAN CIRI BAHASA ARAB BAHASA MELAYU 1-Bilangan Golongan 3 golongan iaitu Kata Nama, 4 golongan- iaitu Kata Kata Kata Kerja dan Kata Sendi, Nama, Kata Kerja, Kata manakala Kata Adjektif atau sifat Sendi dan Kata Adjektif. tergolong dalam Kata Nama. 2-Bilangan Jenis Ayat الج م ل ة 2 jenis ayat - Ayat Namaan ( الج م ل ة dan Ayat Kerjaan ( (الاس م ي ة 1 jenis ayat - Ayat Namaan sahaja ) الف ع ل ي ة 213

Terdapat perbezaan yang nyata dari kriteria Penggolongan Kata antara kedua-dua bahasa tersebut. Penggolongan Kata di dalam bahasa Arab, terdapat 3 penggolongan yang ). ف الح ر ) dan juga Kata Sendi/Partikel ( الف ع ل ( Kerja ), Kata م الاس wujud iaitu Kata Nama ( Manakala Kata Adjektif ( ف ة/ الص ت الن ع ) termasuk di dalam golongan Kata Nama. Ini berbeza dengan penggolongan kata di dalam bahasa Melayu. Terdapat 4 penggolongan iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. Penjenisan bentuk ayat juga berbeza, iaitu bahasa Arab terkandung di dalamnya 2 jenis ayat, iaitu al-jumlat al-ismi:yyat ( م ل ة الج ي ة الاس م )/Ayat Namaan dan juga al-jumlat al- Fi li:yyat ( ي ة الف ع ل الج م ل ة )/Ayat Kerjaan. Di dalam bahasa Melayu pula hanya terdiri dari Ayat Namaan sahaja. 7.2.2 Aspek Binaan Subjek Di dalam aspek binaan subjek pula, terdapat perbezaan antara kedua-duanya, iaitu : BINAAN SUBJEK BAHASA ARAB BAHASA MELAYU 1- Mawsul Berfungsi sebagai subjek atau mubtada yang terletak di bawah Tidak berfungsi sebagai subjek tetapi sebagai Kata Tugas Kata Nama 2- Kata Tanya Ia juga berfungsi sebagai subjek atau mubtada yang terletak di bawah Kata Nama Tidak berfungsi sebagai subjek dan ia kata hubung di bawah Kata Tugas 214

Kedua-dua unsur di atas boleh dijadikan subjek atau mubtada. Kata Tanya atau al- Istifha:m dan al-mawsu:l masih tergolong di dalam Kata Nama di dalam bahasa Arab. Keduadua unsur di atas tidak terdapat di dalam bahasa Melayu sebagai subjek. Ini adalah kerana kedua-dua unsur tersebut terletak di bawah fungsi Kata Tugas. 7.2.3 Aspek Binaan Predikat Manakala dari aspek binaan predikat pula, terdapat perbezaan antara Bahasa Arab dan juga Bahasa Melayu, iaitu : BINAAN PREDIKAT BAHASA ARAB BAHASA MELAYU 1-Ayat Kata Nama/Namaan Terdapat al-dhami:r ( (الض م ير di dalam ayat Kata Namaan sebagai penghubung dengan subjek Tiada kata ganti nama dan hanya terdapat Kata Kerja sahaja 2- Frasa Kerja -Kata Kerja Transitif Objek dikenali sebagai almaf u:l bihi ( ب ه (الم ف ع ول dan Hanya terdapat 2 objek sahaja boleh terdiri daripada 3 objek 3- Frasa Adjektif Dikenali sebagai al-khabar al- (الخ ب ر الم ف ر د mufrad ( Terdiri daripada satu perkataan atau lebih, yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya 215

Berdasarkan jadual di atas, antara syarat dalam binaan ayat namaan sebagai predikat ini adalah adanya penghubung di antara subjek yang di awal ayat dengan predikat selepasnya dengan adanya dhamir atau kata ganti nama. Antara syaratnya adalah dhamir itu hendaklah serasi dari segi gender (maskulin dan feminin ) dan bilangan ( mufrad, muthanna dan jama ) dengan subjek yang di awal ayat. Kata Kerja transitif di dalam bahasa Arab terdapat objek ayat sebagai penyambut selepas pelakunya, yang mana ia boleh menerima sebanyak 3 objek di dalam satu-satu ayat. Berlainan pula kehadiran objek di dalam bahasa Melayu, hanya dapat menerima 2 objek atau penyambut. الخ ب ر الم ف ر د ( Manakala frasa adjektif bahasa Arab berlaku di dalam bentuk predikat jenis mufrad ) sahaja sebagai pelengkap dan di dalam bahasa Melayu pula, frasa adjektif adalah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. 7.2.4 Aspek Hukum Di dalam aspek hukum pula, terdapat juga perbezaan yang dapat dilihat iaitu: HUKUM BAHASA ARAB BAHASA MELAYU (الر ف ع 1-Nominatif ( -terdapat tanda kasusnya jelas - tiada tanda kasus 2-Susunan Biasa -ada : harus dan wajib pendepanan subjek -tiada : tiada hukum 216

3-Susunan Songsang -ada : harus dan wajib pendepanan predikat -ada : tiada hukum 4-Keserasian -ada : aspek gender dan bilangan -tiada : tidak terikat 5-Pengguguran Subjek -ada : harus dan wajib gugur subjek -ada : tiada hukum 6-Pengguguran Predikat -ada : harus dan wajib gugur predikat -ada : tiada hukum 7-Subjek Kata Nama Am -ada : tetapi bersyarat -ada : tiada syarat Berpandukan jadual di atas, struktur binaan ayat bahasa Arab adalah berbeza dengan bahasa Melayu, iaitu terikat dengan tanda kasus tertentu. Hanya di dalam bahasa Arab sahaja yang menitikberatkannya dan mempunyai hukum di dalam sesuatu perkataan untuk ditandai kasus. Ia tidak terdapat di dalam bahasa Melayu. Manakala subjek atau mubtada di dalam bahasa Arab harus didahulukan daripada khabarnya atau predikatnya berdasarkan syarat-syarat tertentu bagi mengharus dan mewajibkan kedudukannya. Di dalam bahasa Melayu pula terdapat susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat namun tidak ada syarat-syarat tertentu. Pendepanan khabar ini dinamakan khabar muqaddam م ق د م ) (خ ب ر dan mubtada nya dikenali sebagai mubtada muakhkhar ( م و خ ر.(م ب ت د ا Pendepanan ini juga adalah bersyarat, berbanding dengan bahasa Melayu yang mana kedudukan susunan songsang juga berlaku dan ia dinamakan dengan ayat pasif iaitu kata kerjanya ada imbuhan di-. 217

Seterusnya aspek keserasian yang ditekankan adalah dari aspek gender dan juga aspek bilangan. Aspek gender di dalam bahasa Arab terbahagi kepada dua golongan iaitu maskulin ( الم ذ ك ر ) dan feminin ( ث الم و ن ), manakala dari aspek bilangan pula terbahagi kepada tiga iaitu almufrad ( د الم ف ر ), al-dual ( ث الم نى ) dan al-jama ( ع الج م ). Perubahan pada kedua-dua aspek ini akan menyebabkan berlaku perubahan pada predikat atau pelakunya. Perubahan di atas tidak berlaku di dalam struktur binaan bahasa Melayu sebagaimana di dalam contoh yang disebutkan sebelum ini. Selain itu, mubtada di dalam bahasa Arab boleh dibuang dan digugurkan dalam keadaan harus dan juga wajib. Terdapat beberapa unsur yang mempengaruhi pengguguran mubtada ini. Manakala di dalam bahasa Melayu, pengguguran subjek juga berlaku dan tiada hukum yang menyatakan ianya harus ataupun wajib. Begitu juga tentang khabar, di dalam bahasa Arab ia boleh digugurkan dalam keadaan harus dan juga wajib dengan beberapa unsur yang mempengaruhi penggugurannya. Manakala di dalam bahasa Melayu, pengguguran juga berlaku tetapi tiada hukum yang ianya harus ataupun wajib. 7.3 Kesimpulan Maka dengan ini jelaslah kepada kita semua dari hasil rumusan di atas, bahawa persamaan dan juga perbezaan memang berlaku di antara kedua-dua bahasa. Bertolak dari rumusan inilah perlu diambil tindakan susulan dari pelbagai pihak untuk menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa sasaran yang dapat dipelajari dengan mudah seterusnya dapat menguasainya dengan baik di kalangan guru dan juga pelajar. 218

Begitu juga tidak dinafikan bahawa perbezaan yang terdapat di dalam pembinaan struktur ayatnya yang perlu diraikan dan dititikberatkan. Sebarang perbezaan ini merupakan keistimewaan yang terdapat di dalam setiap bahasa di dunia ini yang perlu difahami dan dipelajari. Maka hasilnya, umat manusia dapat mempelajari pelbagai bahasa yang berbagai di samping mengunakannya di dalam hubungan sejagat. 7.4 Cadangan Dan Saranan Hasil dari kajian kontrastif ini, penulis mendapati beberapa perkara yang perlu diambilberat oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan hasil perbandingan ini dapat mendatangkan manfaat dan faedah bersama. Antara cadangan dan saranan yang difikirkan perlu adalah seperti berikut : 7.4.1 Cadangan Kepada Guru Dan Pelajar i- Guru perlu mengaplikasikan segala kemudahan yang ada untuk menerapkan kefahaman yang jelas tentang subjek Bahasa Arab. Penggunaan perisian seperti program Mind Manager, Microsoft Word, Power Point Plex dan seumpamanya perlulah diadaptasikan sepenuhnya agar dapat memberi kesan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan menguasai Bahasa Arab. ii- Guru perlulah membuat perbandingkan antara tatabahasa bahasa Arab dan Bahasa Melayu agar pelajar lebih dapat memahami konsep yang ada dan dapat menilai persamaan yang perbezaan yang wujud. 219

iii- Mempertingkatan lagi kemahiran dan penguasaan bahasa yang dimiliki oleh guru. Ia dapat dihasilkan melalui pembacaan ilmiah berkaitan perkembangan bahasa semasa. Ia sebagai nadi penggerak dan pelaksana dalam penggunaan bahasa Arab dengan sempurna. Oleh itu guru hendaklah berusaha ke arah meningkatkan mutu ilmu yang dimiliki. iv- Guru perlu menjelaskan dengan maklumat yang diperolehi hasil dari kajian dan pembacaan bagi mengelak kesilapan penggunaan kedua-dua struktur bahasa ini yang timbuk akibat daripada gangguan bahasa ibunda. v- Pelajar hendaklah merujuk dan membuat kajian berterusan tentang perbandingan antara Bahasa Arab dan Bahasa Melayu bagi memudahkan mereka memahami dan menguasai bahasa kedua mereka. Ini adalah kerana terdapat persamaan antara keduaduanya di samping ada perbezaan yang wujud. 7.4.2 Cadangan Kepada Pentadbir, Jabatan Pelajaran Selangor (JPN) Dan KPM i- Mengadakan kursus-kursus peningkatan kuatliti dalam kepelbagaian teknik mengajar bahasa Arab berbentuk berkala di kalangan guru-guru sepanjang tahun. Pendedahan teknik terbaru perlu didedahkan dengan kadar segera agar tidak ketinggalkan berbanding matapelajaran lain. ii- Melatih dan membimbing jurulatih-jurulatih yang berkelayakkan dengan pendedahan yang lebih mendalam agar mereka dapat menerapkan kepada guru-guru bahasa Arab yang lain dengan baik dan berkesan. 220

iii- Membina pelbagai modul yang mudah, padat dan ringkas serta memudahkan untuk digunakan oleh guru-guru di sekolah masing-masing. Ini dapat membantu di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, bahkan menarik minat pelajar mempelajarinya. Pembinaan modul berskala dapat membantu golongan pelajar yang GALUS (gagallulus) atau HALUS (harus lulus) untuk lulus di dalam peperiksaan. iv- Pemantauan yang berteruskan dari pihak atasan mampu meningkatkan penguasaan bahasa Arab di kalangan guru dan juga para pelajar. v- Bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling memberikan pendedahan dan motivasi berkaitan peluang pekerjaan yang memerlukan pekerja multi-language setelah tamat sekolah atau pengajian. vi- Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebenarnya mempunyai peranan yang besar seperti penganjuran program-program yang berterusan mampu menjana sikap pelajar kepada arah positif tentang bahasa Arab. Pengelolaan Kelas Intensif, penubuhan Kelab Penyokong dan program motivasi kendiri diri dapat membantu pelajar untuk lebih bersikap maju diri di dalam semua matapelajaran, lebih-lebih lagi bahasa Arab. 7.4 Kesimpulan Sebenarnya banyak lagi cadangan yang difikirkan perlu dinyatakan di sini. Penulis merasakan bahawa cadangan yang seumpamanya juga telah dinyatakan di dalam kajiankajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini.. Cuma yang penting di sini sejauhmanakah kita dapat melaksanakan semua atau sebahagian daripada cadangan tersebut, 221

sama ada dari pihak pelajar, guru, pentadbir, JPS mahupun KPM yang mewakili kerajaan Malaysia. Oleh itu, apa yang penting bagi penulis adalah kerjasama yang telus dan padu di antara pihak yang terbabit menggembeling tenaga, mengerah keringat, memadu tekad untuk melahirkan anak didik yang celik bahasa Arab seterusnya celik al-quran yang kian meruncing di kalangan remaja kala ini. Janganlah pihak atasan inginkan keputusan yang terbaik, namun tidak pernah bertanyakan dan melihat apakah keperluan yang dikehendaki oleh warga pendidik untuk mencapai target tersebut. Marilah kita mengorak bersama memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran, bahasa umat Islam sejagat. 222