TAJUK Program Sekolah Integrasi. DIKEMUKAKAN OLEH Bahagian Sekolah-Sekolah

dokumen-dokumen yang mirip
Rancangan Integrasi Murid-Murid

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

SENARAI TUGAS GURU BESAR

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 1997

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

KERTAS KONSEP PROGRAM JOM KE SEKOLAH ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

PERATURAN AM. 1.2 Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PERPADUAN MENJAMIN KECEMERLANGAN GAGASAN 1 MALAYSIA OLEH SHAHRANI BIN YUSOFF PEGAWAI PERPADUAN DAERAH JOHOR BAHRU

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PENYELARASAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG PERINGKAT SEKOLAH PENGELOLA ZON/NEGERI

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN AM 1.0 PENGELOLAAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA

PENGAJARAN BERPASANGAN

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

Pengenalan. Pendidikan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

NADI ILMU AMALAN MEMBACA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN MODEL TASMIK

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Program Dengue Patrol 2018

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PELAKSANAAN HRMIS DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM SHARE JPA SIRI 1 6 MAC 2017 INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE)

PERMOHONAN PENCERAHAN MENGENAI PEKELILING DAN PERATURAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

MESYUARAT KURIKULUM 1/2010 PENGURUSAN PANITIA : PERANAN DAN FUNGSI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BALAPAN DAN PADANG BAHAGIAN SUKAN, KPM

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

BAB 1 PENGENALAN. kegagalan sesebuah organisasi. Masalah yang berkaitan isu kawalan

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2015

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

DASAR KOKURIKULUM DASAR KOKURIKULUM PELAKSANAAN DASAR SISTEM PELAKSANAAN DASAR

Pendidikan. Kokurikulum dan Perundangan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

- Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO AHMAD MAHER PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011

TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO DAN HIJAU BAGI SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

URUSAN PERKHIDMATAN PENGANJURAN AKTIVITI PELAJAR DALAM NEGARA

Anjuran Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Disediakanoleh: IBRAHIM JAHIDIN ( GPK KOKO SK MASAI )

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

KURSUS PENDEDAHAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

Transkripsi:

TAJUK Program Sekolah Integrasi DIKEMUKAKAN OLEH Bahagian Sekolah-Sekolah SINOPSIS Terdapat sekolah-sekolah (SK/SRK,SRJK(C) and SRJK(T)) yang berada dalam satu kawasan dan ada pula yang berhampiran antara satu sama lain. Kedudukan sekolah-sekolah seperti ini amatlah sesuai, jika program-program bersama dapat diadakan, supaya murid-murid dan guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah tersebut berpeluang bercampur gaul antara satu sama lain. Usaha seperti ini antara lain, dapat meningkatkan lagi kerjasama, persefahaman dan perpaduan di kalangan murid. Lantaran itu, adalah di cadangkan sekolah-sekolah berkenaan ini mengadakan program bersama, khususnya dalam gerakerja ko-kurikulum. Sebanyak 18 sampel dipilih iaitu 9 bagi Model 1 dan 9 lagi model II, sebagai percubaan. KELULUSAN YANG DIPOHON Persetujuan. 1

1 TAJUK Program Sekolah Integrasi 2 DIKEMUKAKAN OLEH Bahagian Sekolah-Sekolah 3 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengemukakan satu cadangan pelaksanaan program sekolah integrasi yang terdiri daripada SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T). Program ini akan dilaksanakan sebagai percubaan bertujuan untuk meningkatkan lagi integrasi murid-murid dari pelbagai kaum melalui kegiatan pendidikan. 4 LATARBELAKANG 4.1 Terdapat dalam satu kawasan tertentu tiga buah aliran sekolah yang berlainan yang berhampiran antara satu sama lain. Sekolah-sekolah ini masing-masing menjalankan kegiatan, persekolahan secara bersendirian. Namun demikian, ada juga sekolah-sekolah tertentu yang mengadakan program bersama bagi menjalankan sesuatu gerakerja atas inisiatif sekolah-sekolah berkenaan. 4.2 Peluang untuk bergaul di antara murid di sekolah-sekolah rendah yang berhampiran ini kurang diperolehi, kecuali apabila mereka berada di sekolah menengah. Keadaan ini menimbulkan kesan yang kurang baik dalam usaha menyemaikan semangat perpaduan di kalangan murid dan keadaan ini boleh menimbulkan bibit pelarisasi dalam system pendidikan kita. 4.3 Di samping itu, kemudahan dan kelenkapan sekolah-sekolah berkenaan adalah berbeza, bergantung kepada kemampuan sesebuah sekolah itu. Terdapat di mana sesebuah sekolah itu lebih lengkap daripada sebuah sekolah yang lain. Hal ini membawa kepada pengenalan status baik atau tidak baik sekolah-sekolah yang berhampiran itu. 4.4 Sehubungan dengan ini, Menteri Pelajaran Malaysia, dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah yang diadakan di Johor Bharu pada 6hb-8hb. Disember, 1984, telah menyarankan supaya sekolah-sekolah berlainan aliran yang terletak berhampiran, sama kawasan dan sama masyarakat, haruslah mengadakan kegiatan-kegiatan secara berkumpulan supaya pergaulan di antara murid berbilang kaum dapat dipertingkatkan lagi untuk tujuan integrasi. 5 ASAS PERTIMBANGAN 5.1 Salah satu matlamat pendidikan negara ialah perpaduan. Sekolah sebagai salah satu agen bagi menyatupadukan murid-murid, boleh memainkan peranan yang lebih berkesan, jika program kegiatan pendidikan dijalankan bersama antara tiga aliran sekolah iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T). Jika peluang untuk bergaul dan bermesra di kalangan murid bagi sekolah-sekolah yang 2

berhampiran ini tidak disediakan, keadaan yang wujub akan terus berkekalan. Jika peluang untuk bergaul dapat disediakan dengan baik dan dilaksanakan secara sedar, proses integrasi murid-murid pelbagai kaum dari ketiga-tiga buah sekolah itu dapat dipercepatkan antara 1 hingga 6 tahun, iaitu sebelum mereka masuk ke sekolah menengah. 5.2 Program ini juga akan dapat memberi peluang kepada sekolah-sekolah berkenaan itu berkongsi mengguna dan mengadakan kemudahan dan peralatan. Dengan cara demikian, murid-murid dari sekolah/sekolah-sekolah berkenaan akan dapat menikmati kemudahan yang tidak terdapat di sekolahnya sendiri di samping menikmati kemudahan bersama. Perkongsian ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan mengadakan kemudahan atau peralatan tersebut. 5.3 Program yang dicadangankan ini adalah program ko-kurikulum dan oleh itu, ia tidak menggugat kedudukan sekolah-sekolah rendah berkenaan. Di sebaliknya, program ini akan dapat mempertingkatkan lagi kerjasama antara ketiga-tiga buah sekolah, dalam usaha-usaha yang boleh mendatangkan faedah bersama. 6 KONSEP Program sekolah-sekolah berjiran ini menekankan penglibatan dan kerjasama sekolah-sekolah berkenaan, dalam: 6.1 penggabungan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum (yang mana sesuai); 6.2 penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah; 6.3 perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada. 7 OBJEKTIF PROGRAM Objektif program ini adalah: 7.1 Peningkatan penyertaan murid-murid dan guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah dalam kegiatan-kegiatan ko-kurikulum secara bersama; 7.2 Peningkatan pergaulan, kesefahaman, bekerjasama, tolong menolong dan toleransi di antara sekolah-sekolah berkenaan secara sedar dan terancang; 7.3 Penggunaan kemudahan dan peralatan ketiga-tiga sekolah secara bersama dengan maksima. 8 PELAKSANAAN PROGRAM PERCUBAAN 8.1 Badan Petugas 3

Untuk melaksana program percubaan ini adalah dicadangankan sebuah Badan Petugas ditubuhkan di peringkat sekolah. Badan Petugas ini terdiri daripada: Guru Besar ketiga-tiga buah sekolah - 3 orang Guru Penolong Kanan - 3 orang 2 orang guru dilantik dari tiap-tiap buah sekolah. - 6 orang Pengerusi Badan Petugas ini adalah Guru Besar yang dilantik oleh mereka. Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya sepenggal sekali. Badan Petugas ini bertanggungjawab bagi; - merancang, menyelaras dan melaksanakan program kegiatan pendidikan yang dipersetujui; - mengesan dan menilai program-program yang dijalankan; - mengemukakan permohonan bantuan kepada JBPS, JASSIM, PIBG dan badan-badan lain. 8.2 Bidang Program Bidang program percubaan ini meliputi kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan penggunaan kemudahan dan peralatan sekolah-sekolah berkenaan. Ia dilaksanakan mengikut 2 model seperti berikut: 8.2.1 Model 1 Model 1 terdiri daripada ketiga-tiga buah sekolah yang berada dalam satu kawasan ( complex school ). Kegiatan-kegiatan yang disepadukan adalah seperti berikut: Kegiatan Objektif i. Kejohanan Olahraga Sekolah Berinteraksi, penglibatan dan penyertaan bersama, semangat kekitaan, perkongsian kemudahan, peralatan dan penggembelingan tenaga, pengjimatan perbelanjaan. ii. Sambutan Hari Guru -seperti di atasiii.sambutan Hari Kebangsaan dan -seperti di atas- Kebesaran iv. Bergotong-royong Berinteraksi bekerjasama/ bermuafakat - Membersihkan kawasan sekolah; semangat muhibah, semangat berkhidmat - Mengindahkan kawasan sekolah; bertanggungjawab dan kepunyaan bersama, - Mengecat bangunan; penjimatan perbelanjaan. - Aktiviti gotong-royong di luar kawasan sekolah; 4

- Projek-projek tertentu seperti membina rumah pengakap, membuat kolam ikan atau taman botani. v. Penggunaan Padang/ Dewan/bilik darjah untuk latihan sukan persatuan dan pasukan pakaian seragam. Ketiga-tiga buah sekolah mengadakan latihan secara berasingan atau bersama di mana sesuai. vi. pembantukan satu pasukan kumpulan bersama mewakili ketiga-tiga buah sekolah: seperti pasukan bola sepak, bola jaring, koir, pancaragam genderang dan lain-lain di mana yang sesuai. Mengintegrasi gerakerja-gerakerja ko-kurikulum di bawah satu pentadbiran yang sama jika dipersetujui bersama, seperti penubuhan rumah sukan, Persatuan/Kelab, Pasukan Pakaian Seragam yang mengandungi murid-murid dari ketiga-tiga sekolah tersebut. Menjalankan latihan pembentukan pasukan-pasukan yang melibatkan tanggungjawab bersama ketiga-tiga sekolah. vii. Mengadakan projek bersama, seperti: (a) Kemudahan dan peralatan (b) Kutipan derma (c) dan lain-lain viii. Kegiatan-kegiatan sukan dan iktisas bagi guru-guru seperti perbincangan dan perbengkelan. ix. Lain-lain projek atau kegiatan yang dipersetujui bersama, bertujuan bagi mencapai matlamat integrasi seperti Hari Penyampaian Hadiah dan lain-lain. Penjimatan dan perbelanjaan semangat muhibah dan bertanggguagjawab perkongsian kemudahan. Berinteraksi, berintegrasi berkesefahaman, bertanggungjawab, toleransi, matlamat bersama, semangat bersama dan bekerjasama penggunaan bersama kemudahan dan alatan. perkongsian tenaga dan kepakaran. -seperti di atas- Berinteraksi, bekerjasama. Semangat perpaduan bekerjasama dan lain-lain. 8.2.2 Model II Model ini terdiri daripada ketiga-tiga buah sekolah yang berhampiran (bukan dalam satu kawasan) yang membolehkan program ini dijalankan. Kegiatan Objektif i. Kejohanan Olahraga Tahunan Berinteraksi, penglibatan dan penyertaan bersama, perkongsian kemudahan dan peralatan dan 5

ii. Sambutan Hari guru iii. Sambutan Hari Kebangsaan dan Kebesaran. iv. Penggunaan padang/ dewan untuk latihan, sukan, persatuan atau pasukan pakaian seragam. Kegiatan ini dijalankan secara berasingan. (Jika sesuai dan memungkinkan, latihan ini boleh diadakan secara bersama.) v. Pembentukan satu pasukan/kumpulan bersama, mewakili ketiga-tiga buah sekolah, seperti pasukan bola sepak, bola jaring, koir, pancaragam. vi. Kegiatan Pertandingan antara ketiga-tiga buah sekolah bagi murid-murid dan guru-guru. vii. Lain-lain projek atau kegiatan yang dipersetujui bersama dan memungkinkan, bertujuan bagi mencapai matlamat integrasi. penggembilangan tenaga, penjimatan perbelajaan. -seperti di atas- -seperti di atas- Penjimatan perbelanjaan, semangat muhibah, bertanggugjawab, berinteraksi perkongsian kemudahan. Berinteraksi, integrasi, toleransi, semangat bersama dan bekerjasama, perkongsian kemudahan dan tenaga. Semangat perpaduan berinteraksi. Semangat perpaduan berinteraksi. 8.3 Tarikh Program percubaan ini dicadangkan bermula pada tahun 1986. 8.4 Sekolah Sampel Negeri Model I Model II Johor I I Melaka I I N.Sembilan I I Selangor I I W.Persekutuan I I Perak I I Pulau Pinang I I Kedah I I Pahang I I 9 9 8.5 Kriteria 8.5.1 Tiap-tiap satu sample sekolah percubaan program ini terdiri daripada sebuah sekolah dari aliran SK/SRK, sebuah dari SRJK(C) dan sebuah dari SRJK(T). 8.5.2 Model satu adalah terdiri daripada ketiga-tiga buah sekolah yang berada dalam satu kawasan yang sama. 6

Model II terdiri daripada sekolah-sekolah yang berhampiran antara satu sama lain dalam satu kawasan (yang membolehkan program ini dilaksanakan.) 8.6 Strategi Pelaksanaan program percubaan ini memerlukan strategi berikut: 8.6.1 Peringkat Penyebaran i. Penyampaian konsep/maklumat mengenai program ini kepada masyarakat umum. ii. Pemyampain dan penerimaan konsep/maklumat program ini kepada/oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah-Sekolah, PIBG, Jemaah Pengurus Sekolah, Ibu Bapa dan masyarakat setempat sekolah-sekolah berkenaan. iii. Perbengkelan untuk guru-guru besar sekolah-sekolah yang terlibat. 8.6.2 Peringkat Sekolah Dalam melaksana program percubaan ini, Guru Besar sebagai pengurus dan pemimpin di peringkat sekolah adalah dikehendaki: i. merancang dan melaksanakan; ii. mengurus, menyelia dan menilai; iii. memberi bimbingan dan galakan kepada guru-guru dan murid-murid; iv. menunjukkan contoh dan teladan; v. memudahcara pelaksanaan; vi. membuat perhubungan bagi mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada PIBG, Jemaah Pengurus Sekolah, JPBS, JASSIM dan ahli-ahli masyarakat setempat. 8.7 Penilaian 8.7.1 Pelaksanaan program percubaan ini perlu dinilai dari semasa ke semasa untuk mengetahui pencapaian matlamat- matlamat program ini. 8.7.2 Aspek-aspek yang hendak dinilai adalah seperti: i. Kemudahan Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah (dari segi kekerapan penggunaan secara bersama),bilangan kemudahan dan peralatan yang disediakan 7

bersama. ii. Kegiatan Kegiatan Kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh guru dan murid (seperti yang dinyatakan dalam para 8.2.1 dan 8.2.2). iii. Kelakuan atau pola-pola interaksi yang boleh dilihat seperti: -komposisi murid mengikut kaum dalam sesuatu kegiatan. -perlakuan-perlakuan yang dapat dilihat. iv. Penglibatan Badan Petugas - kekerapan mesyuarat diadakan. - bilangan ahli yang mengambil bahagian dalam kegiatan yang dijalankan. - jenis-jenis dan kekerapan sesuatu aktiviti yang melibatkan mereka bersama. v. Lawatan - Lawatan yang dibuat oleh PPD dan JPN. - Bentuk dan jenis bimbingan dan bantuan yang diberi. vi. Pandangan PIGB Dan Ahli Masyarakat 8.7.3 Kaedah Penilaian Aspek-aspek yang dinilai ini memerlukan 3 kaedah penilaian, iaitu: i. kaedah pemerhatian ii. mengutip dan menganalisa data iii. dari pandangan orang lain 8.7.4 Penilai Badan Petugas dan guru-guru, PPD, JPN, Jemaah Nazir dan pihak Urusetia (Bahagian Sekolah-sekolah). 9. KEPUTUSAN Dikemukakan kertas cadangan ini untuk persetujuan dan kelulusan. Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. 8