NOVEL KEMBARA AMIRA (Amer Hmzah L.Kadir) Sinopsis

dokumen-dokumen yang mirip
Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Penangguhan (Wijaya Mala)

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

bahasa bahasa bahasa baik baik baik balik balik balik

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

kotor kuat kusut lagi

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

Mellisa (Abdullah Hussain)

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis

Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira)

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Drama 1400 (Nordin Hassan)

hangat hangat hangat hanyut hanyut hanyut haus haus haus

Prosa Tradisional (Merah Silu)

Anak-anak yang Bergelimpangan

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN MAC BAHAGIAN B. memberhentikan memperlahankan memandu. membawa mengucapkan mendengar

mengajak waktu rehat membersihkan bilik darjah melontar mentertawakan menjadi marah menegur meminta maaf

P3 Kata Berimbuhan 1 (5 marks)

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Latar Tempat dalam novel Di Sebalik Wajah


Markah penuh : 110 markah

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Basikal.

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

7 Kaedah Efektif Mendidik Anak Dalam Zaman Penuh Fitnah

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Imbuhan (5 x 2 markah)

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.

BINA INSAN GURU IPGK SULTAN ABDUL HALIM. Prof. Sidek Mohd Noah

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu dalam tempat kosong yang disediakan dalam Kertas Soalan ini.

SULIT 1103/2. Bahagian Markah Markah. (i) Pendahuluan 2. (ii) Isi Tersurat (iii) Isi Tersirat

Oleh Nor Affizar Ibrahim. com.my. gurau tidak lekang

Bahagian A: Imbuhan (10 markah)

Memilih Sikap Positif

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Pilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan?

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Perlu waktu bagi anak anak itu untuk menjadi bagian dari kegelapan sebelum pohon pohon terlihat lebih jelas. Sebelum semak semak tinggi terlihat

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (I) Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh: / /2018

SULIT 1225/1 Pendidikan Moral Sept 2012 PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 PENDIDIKAN MORAL

Rahsia Tarik Klik Facebook Ads

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BINA INSAN GURU INVENTORI PERSONALITI SIDEK.

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

BAHAGIAN B. Bagi SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala.

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

11 Cerita Sosial Adab

Kelahiran Tuhan Yesus

1. Semua orang menyukai Julia kerana dia seorang gadis yang. 2. Kita tidak boleh bersikap terhadap orang lain yang memiliki keistimewaan tertentu.

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

SD kelas 6 - BAHASA INDONESIA BAB 7. MEMBACA SASTRALatihan Soal 7.9

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KISAH RAHSIA RUMAHTANGGA

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

30 TiPS LULUS TEMUDUGA

LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK PAYA BAKAU DI HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA, BAGAN SUNGAI KAJANG, KUALA SELANGOR

SOAL SELIDIK. Kurang dari 18 tahun [ ] 19 tahun [ ] 20 tahun [ ] 21 tahun [ ] 22 tahun [ ] 23 tahun [ ] 24 tahun [ ] 25 tahun [ ]

TANGGA DAN SUNGAI. Oleh Susan Cummings 26hb Februari 2005 (Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia)

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNANM)

Transkripsi:

NOVEL KEMBARA AMIRA (Amer Hmzah L.Kadir) Sinopsis Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan Malique. Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai. Salah seorang pekerja baru O Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung. Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia. Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah. Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile disk milik Malique. Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan tersebut. Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala rahsia. Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu. Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique (Sabi). Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan bahawa Itai adalah adik Malique.

Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya. Tema Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau. Persoalan 1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. 2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya. 3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas. 4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.

5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga. 6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya. 7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. Plot Pembinaan Plot (i) Permulaan Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia. (ii) Perkembangan Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai. Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O Hara yang hilang. Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia. Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O Hara.

(iii) Klimaks Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut. (iv) Peleraian Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau. Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi. Teknik Penceritaan 1. Pemerian Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur. 2. Dialog tentu tiket tu dah sampai, Amira bersuara antara dengar dengan tidak Apa? Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira. 3. Imbas kembali Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.

4. Kejutan Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau. 5. Suspens Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang. Apa benda itu? Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku. Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka. Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O Hara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan O Hara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan O Hara yang berkulit putih.

Watak dan Perwatakan Watak Utama Amira Pelajar sekolah swasta. Anak Profesor Zaidah. Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT. Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya. Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan. Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya. Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. WATAK SAMPINGAN 1. Jacinta Berkulit cerah. Berbangsa Cina. Rakan sebilik Amira di sekolah swasta. Anak seorang jutawan. Telah kematian ibunya empat tahun lalu. Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang. Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.

Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan. 2. Itai Berkulit gelap. Berbadan tegap. Anak orang asli yang bersekolah di bandar. Anak kepada Tau. Bakal ketua kampung. Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras. Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket. Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli. Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin. 3. Profesor Zaidah Wanita pertengahan usia Ibu kepada Amira Pensyarah universiti Meminati bidang arkeologi Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan. Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut. 4. Tau Seorang yang tinggi lampai. Berbadan tegap. Bapa kepada Malique dan Itai. Bekas suami kepada Ipah (Jennifer). Adik kepada Ludin. Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka. Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung. Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka. 5. Malique (Sabi) Berkulit gelap. Berambut kasar. Anak Tau dengan Ipah. Abang kepada Itai. Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O hara menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.

Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah. Gaya Bahasa 1. Simile Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah. 2. Personifikasi Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya. 3. Hiperbola Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu 4. Sinkope Oi... kau tak teringin benda ni? Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta

5. Inversi Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan. 6. Kata Ganda Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru Samantha. 7. Peribahasa Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir. Nilai 1. Nilai bekerjasama Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya. 2. Nilai kasih sayang Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

3. Nilai keberanian Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli. 4. Nilai cinta akan alam sekitar Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. 5. Nilai semangat bermasyarakat Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. 6. Nilai kesopanan Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah. 7. Nilai ketaatan Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas. 8. Nilai amanah Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.

9. Nilai keikhlasan Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya. 10. Nilai tolong-menolong Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias. Pengajaran 1. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. 2. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. 3. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya. 4. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

5. Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias. Latihan 1. Jelaskan tiga persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira. 2. Jelaskan tiga perwatakan Prof. Zaidah. Jawapan 1. Persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. Persoalan kedua ialah persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya. Persoalan ketiga pula ialah persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

2. Prof. Zaidah ialah watak sampingan novel Kembara Amira. Perwatakan beliau ialah beliau seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Beliau juga seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan. Selai itu beliau juga seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.