LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

dokumen-dokumen yang mirip
LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

Sustainable Education 54

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

Gaya Hidup Sihat dalam Gerakan Koperasi

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Masalah Ketika Hamil

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

FACT SHEET

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengenalan kepada Ekonomi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

LAPORAN AKHIR PROJEK BERKUMPULAN SECARA INDIVIDU LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH SEMESTER 1 SESI 2016/ 2017

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

HHHC 9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN (SET 23)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

LAPORAN PROJEK BERKUMPULAN PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH LMCK 1421

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Kriteria Belanjawan Modal

Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Inovasi dan Perubahan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

Transkripsi:

LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH KUMPULAN 7 DISEDIAKAN OLEH : NUR ADHWA BINTI SABIDI A151181 PENSYARAH : Dr. MOHD AFTAR BIN ABU BAKAR

1.0 : PENGENALAN (Maklumat Projek) 1.1 Latarbelakang kajian Perkataan diet menurut Kamus Pelajar edisi kedua membawa maksud makanan yg dihadkan untuk seseorang atas sebab-sebab kesihatan, berdiet berpantang atau mengehadkan makanan tertentu. Manakala, seimbang pula menurut sumber yang sama membawa maksud sama berat; tidak berat sebelah. Seperti yang diketahui, diet seimbang ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian pelajar kerana kekurangan zat dalam badan serta gaya pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan konsentrasi pelajar terganggu di dalam kelas. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan diet seimbang adalah menuju kepada pola makanan yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk aktiviti seharian pelajar. Bagaimanapun, secara khusus perkataan diet seimbang bermaksud pengambilan makanan yang berkualiti dan teratur untuk membekalkan tubuh manusia dengan zat dan tenaga serta mengekalkan kesihatan badan. Bagi seseorang pelajar, kesedaran tentang pola pengambilan makanan amat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan atau tindakbalas fizikal dan mental seseorang pelajar yang merupakan satu aset penting dalam membangunkan modal insan bagi negara maju. Namun begitu, dapat kita lihat, dengar dan baca di media massa mengenai laporan pelajar yang kebuluran kerana kesempitan wang terutamanya di universiti-universiti awam seluruh Malaysia. Ianya menunjukkan bahawa pelajar pada masa kini adalah dengan sewenang-wenanganya mengaibaikan pola makanan yang diperlukan oleh badan mereka. Oleh itu, terdapat banyak badan kerajaan mahupun swasta ynag ditubuhkan untuk menangani masalah ini. Untuk membincangkan isu ini dengan lebih mendalam, satu kajian mengenai kepentingan diet seimbang untuk kesihatan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

1.2 Permasalahan kajian Sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, pelbagai rintangan dan cabaran harus ditempuhi untuk mencapai misi tersebut. Antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi adalah masalah kebuluran yang akan dialami oleh rakyat Malaysia sendiri akibat daripada kos sara hidup yang tinggi serta harga atau nilai barangan yang sering meningkat sehingga memberi bebanan kepada rakyat untuk membeli keperluan seharian mereka. Selain itu, sikap remaja yang lebih gemar untuk mengambil pola makanan yang tidak sihat terutama apabila mereka dalam keadaan yang tertekan serta gemar untuk mengambil makanan segera serta makanan ringan juga antara punca wujudnya masalah diet yang tidak seimbang di kalangan pelajar pada masa kini. Selain itu, golongan remaja sekarang yang lebih bersifat pasif iaitu duduk sahaja di rumah serta bermain video game, memburukkan lagi keadaan ini. Kesan yang timbul akibat daripada diet yang tidak seimbang ini adalah amat besar dan semestinya akan menjejaskan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang dengan melahirkan rakyat yang lemah dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, kajian ini telah dipilih untuk dilakukan dalam cubaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul serta memberi pendedahan serba sedikit kepada pelajar mengenai diet yang seimbang dalam pola makanan seharian mereka.

1.3 Tujuan Kajian Untuk mengkaji tahap kesedaran serta pengetahuan mahasiswa/i UKM mengenai pola makanan yang sihat atau diet yang seimbang dalam pemakanan seharian mereka. 1.4 Objektif kajian 1. Menentukan tahap pengetahuan mahasiswa/i UKM terhadap pengambilan makanan seimbang. 2. Untuk mengetahui faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan mahasiswa/iukm. 3. Untuk mencadangkan kaedah atau cara yang diperlukan oleh mahasiswa/i UKM untuk mendapatkan diet yang seimbang

1.5 Kepentingan Kajian Seperti kajian yang lain, kajian kami ini juga mempunyai kepentingan tersendiri. Pertama sekali, kajian ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/i UKM akan kepentingan pengambilan diet yang seimbang. Pentingnya pengambilan diet yang seimbang dalam kehidupan seharian kerana makanan yang diambil akan mempengaruhi kehidupan seseorang lebihlebih lagi apabila bergelar sebagai seorang pelajar. Melalui pemerhatian kami, terdapat segelintir mahasiswa/i di UKM Bangi yang kurang peka terhadap penjagaan pemakanan seharian. Selain itu, kami ingin mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar UKM. Sudah sedia maklum bahawa pelajar UKM sangat sibuk dan mempunyai masa yang terhad. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan segera yang tidak berkhasiat tanpa mempedulikan kesan-kesan yang akan menimpa mereka. Masalah ini akan menjadi lebih serius sekiranya mahasiswa/i tidak diberikan kesedaran. Seterusnya, kepentingan kajian ini adalah untuk mencadangkan kaedah atau cara yang diperlukan oleh pelajar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Kami akan mencadangkan beberapa tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai seorang mahasiswa/i, kita seharusnya mempunyai kelebihan dalam menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif dan kritis. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memberi penyelesaian dalam dimensi yang baru kepada mahasiswa/i UKM tentang pentingnya pengambilan diet yang seimbang. Dengan terbitnya kajian ini, diharapkan kajian ini dapat membuka mata semua mahasiswa/i agar lebih cakna terhadap pola makanan seharian mereka serta mengamalkan gaya hidup sihat supaya Malaysia dapat melahirkan modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan dalam kala.ngan mahasiswa/i UKM serta implikasinya terhadap pembelajaran.

1.6 Kaedah Kajian Kajian ini dilaksanakan selama dua bulan terhadap 10 responden yang terdiri daripada mahasiswa/i yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah pertama yang dijalankan adalah kaedah soal selidik. Sebanyak 15 borang soal selidik telah diagihkan kepada 15 orang responden yang terdiri daripada pelajar UKM. Tambahan pula, daripada 15 orang responden, 10 orang responden telah dipilih oleh kami untuk dipantau tahap perkembangan pemakanan seimbang mereka selama dua bulan. Selain itu, kaedah ke dua yang dijalankan adalah kaedah perpustakaan dimana kami telah mendapat sumber-sumber rujukan berkaitan pemakanan seimbang daripada perpustakaan dan internet. Akhir sekali, kami menggunakan kaedah temu bual dimana kami telah bersoal jawab dengan responden berkaitan dengan gaya pemakanan mereka untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka sebelum ini berkaitan pemakanan seimbang dalam setiap hidangan yang mereka ambil.

1.7 Hasil Dapatan Kajian Bahagian A: Maklumat Peribadi Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi diet seimbang pelajar-pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Suatu borang soal-selidik berkaitan maklumat peribadi, amalan pemakanan serta kefahaman tentang makanan seimbang telah dilengkapkan oleh 10 orang pelajar secara keseluruhannya dan soal selidik tersebut telah dijalankan secara rawak di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Dalam soal selidik tersebut, tinggi dan berat badan pelajar telah diukur menggunakan ukuran biasa iaitu tinggi (cm) dan berat (kg). Indeks jisim badan (BMI) telah dikira bagi setiap responden dan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah digunakan untuk melihat indeks jisim badan (BMI) secara keseluruhannya. Responden terdiri daripada 6 orang pelajar wanita (60%) dan 4 orang pelajar lelaki (40%). Keputusan menunjukkan bahawa 30% daripada keseluruhan responden adalah kurang berat badan, 40% daripada mereka mempunyai berat badan normal dan 30% lagi mempunyai berat badan berlebihan. (rujuk Rajah 1.71) Rajah 1.71

Jika dibuat perbandingan indeks jisim badan (BMI) bagi lelaki dan perempuan secara berasingan pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar wanita UKM memiliki berat badan yang lebih ideal dari pelajar lelaki UKM dengan peratusan sebanyak 50% berbanding 25%. Manakala, bagi kes berat badan berlebihan pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki UKM memiliki masalah berat badan berlebihan yang lebih tinggi berbanding pelajar wanita UKM dengan peratusan 50% bagi pelajar lelaki UKM dan 16.7% bagi pelajar wanita UKM. Bagi pelajar yang mengalami masalah kurang berat badan pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki UKM lebih cenderung untuk mengalami masalah tersebut berbanding pelajar perempuan UKM dengan peratusan sebanyak 33.3% bagi pelajar wanita UKM dan 25% bagi pelajar lelaki UKM. (Rujuk rajah 1.71 (a)) Rajah 1.71(a) Selain itu, daripada sudut pengetahuan mengenai pengiraan indeks jisim badan (BMI) pula menunjukkan bahawa 30% daripada responden dikategorikan sebagai memiliki pengetahuan yang rendah berkenaan pengiraan indeks jisim badan (BMI) tersebut, manakala 70% responden mengakui bahawa mereka mempunyai pengetahuan berkenaan pengiraan tersebut. (Rujuk rajah 1.72)

Rajah 1.72 Jika dibuat perbandingan antara pelajar lelaki UKM dan pelajar wanita UKM mengenai pengetahuan tentang pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI) pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan UKM mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi tentang pengiraan BMI berbanding pelajar lelaki UKM, iaitu sebanyak 75% bagi pelajar wanita UKM dan 66.7% bagi pelajar lelaki UKM. (Rujuk rajah 1.72(a)) Rajah 1.72(a)

Analisa mengenai perbelanjaan untuk makan pula bertujuan mengenalpasti agihan perbelanjaan serta cara pengurusan kewangan pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa tiada responden membelanjakan wang mereka kurang daripada RM5 sehari, sementara 80 % berbelanja antara RM5-10 untuk makanan sehari mereka. Manakala sebanyak 20% daripada respon berbelanja lebih daripada RM10 sehari (Rujuk rajah di bawah).

Bahagian B: Amalan pemakanan Melalui kaedah borang soal selidik ke atas 10 orang responden ( pelajar UKM )sebanyak 6 orang pelajar yang mengambil sarapan sebelum ke kuliah. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi. Diet pemakanan pelajar tidak akan lengkap sekiranya pelajar abaikan pengambilan sarapan setiap pagi. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita. Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih teratur. Sarapan pagi juga penting dalam memberikan tenaga untuk memulakan kerja atau aktiviti seharian. Jika anda 'skip' sarapan pagi, pasti badan akan terasa lemah dan lesu. Pengambilan fiber dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang fit dan sihat.

Tips Pengambilan Sarapan yang Sihat Masa terbaik untuk sarapan adalah antara jam 6 hingga jam 9 pagi. Pengambilan sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan. Elakkan mengambil sarapan yang lewat dan makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama. Seterusnya, elakkan mengambil pastry, makan makanan manis seperti donut dan muffin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita cepat berasa lapar. Perkara yang penting ialah banyakkan juga meminum air kosong setiap hari.tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Dengan mengabaikan sarapan pagi ia akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan sangat digalakkan untuk sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi. Jadi, jangan abaikan sarapan pagi.

Berdasarkan graf sebanyak 4 orang responden gemar makan makanan segera. Walaupun makanan segera merupakan salah satu kategori makanan mudah guna yang didefinisikan sebagai makanan sejuk atau panas. Ia hanya memerlukan masa dan usaha yang sedikit untuk menyediakannya, merangkumi jenis makanan seperti makanan segera (fast foods), makanan gerai, makanan terproses minimum, makanan terproses separa, makanan sedia dimakan, makanan ringan/snek (snack foods), makanan ringan/snek kurang zat (junk foods) dan minuman sedia diminum. Hal ini dapat dikaitkan dengan pelajar kerana pelajar yang kekurangan masa dan kewangan yang tidak kukuh akan mengambil makanan segera kerana memudahkan kerja pelajar tetapi makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan seperti makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing

manis, serangan jantung. Di samping itu, makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).seperti yang kita ketahui, trend masyarakat masa kini turut mendorong perkembangan drastik industri makanan segera. Masyarakat yang terlalu sibuk sama ada kesibukan tugas atau kesibukan yang berpunca daripada rentak kehidupan masyarakat moden mendorong mereka mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat.

Bahagian C: Kefahaman Tentang Makanan Seimbang Berdasarkan soal selidik bahagian c, terdapat beberapa soalan yang diajukan kepada para responden tentang Amalan Diet Seimbang Pelajar UKM. Bahagian C dalam soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pelajar UKM peka tentang amalan pemakanan mereka. Antara persoalan yang dikaji termasuklah mengutamakan makanan seimbang setiap kali makan. Daripada carta pai di atas, didapati bahawa sebanyak 60% (20% sangat setuju + 40% setuju) daripada responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini membuktikan bahawa pelajar UKM sememangnya mementingkan makanan seimbang dalam kehidupan seharian. Pemakanan yang seimbang memastikan kita memperoleh tenaga dan nutrien yang kita perlukan untuk berfungsi, melakukan aktiviti seharian dan mengurangkan risiko masalah pemakanan, termasuk kekurangan pemakanan (contohnya kurang berat badan, pertumbuhan terbantut, anemia) dan berlebihan zat makanan (contohnya berlebihan berat badan dan obesiti). Kita perlu mengambil kelima-lima kumpulan makanan mengikut jumlah bersesuaian yang ditunjukkan dalam Piramid Makanan Malaysia. Pelbagaikan pilihan dalam setiap kumpulan makanan, kerana makanan berlainan membekalkan kombinasi nutrien yang berbeza. Pemakan seimbang mampu menjana tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas.

Seterusnya, daripada persoalan yang diajukan iaitu saya lebih suka makan pada lewat malam menunjukkan bahawa sebanyak 30% pelajar UKM sangat tidak setuju, 40% yang merupakan catatan tertinggi untuk tidak setuju, 20% setuju dan 10% sangat setuju. Hal ini membuktikan bahawa kebanyakkan pelajar UKM sedar akan kesan buruk pengambilan makanan pada lewat malam. Namun terdapat juga segelintir pelajar yang mengakui lebih suka makan pada lewat malam. Rata-rata daripada mereka memberikan alasan bahawa mereka mengalami stress dan menjadi penyebab utama mereka berbuat demikian. Tabiat makan pada lewat malam adalah kurang sihat dan boleh memberikan kesan negatif ke atas kesihatan kita. Kesannya bukan saja pada peningkatan berat badan, tetapi ia boleh mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi dan sakit jantung. Malah, kita juga akan kehilangan bentuk badan menawan tanpa disedari (kerana penambahan berat badan berlaku secara senyap dan perlahan-lahan).

Gula sememangnya memberi manfaat kepada manusia, walau bagaimanapun pengambilan gula yang berlebihan dapat mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik kepada manusia. Badan manusia memang memerlukan gula untuk memastikan semua fungsi badan berjalan dengan lancar, namun pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan terutamanya untuk jangka masa yang panjang. Individu yang tidak mengawal pengambilan gula kemungkinan akan menghadapi penyakit yang kronik dan mengganggu kualiti kehidupan mereka. Berdasarkan carta pai di atas, didapati seramai 70% pelajar UKM sangat bersetuju dan selebihnya bersetuju bahawa pengambilan gula yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kencing manis. Kesedaran para pelajar UKM tentang bahayanya gula adalah pada tahap yang memberangsangkan. Hal ini mungkin kerana mereka sudah mengetahui kesan buruk yang akan menimpa mereka jika mereka mengambil gula secara berlebihan.

Berdasarkan carta bar di atas, tiada responden sangat tidak bersetuju dan tidak setuju dengan kenyataan air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan manakala 3 orang responden (30%) tidak tahu,2 orang responden (20% ) setuju dan 5 orang responden ( 50%) sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan. Kebanyakan responden bersetuju mengatakan bahawa air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan kerana kemungkinan telah dideahkan mengenai kebaikan meminum air suam dan mungkin mereka telah di didik daripada kecil untuk minum air suam untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik untuk jangka masa yang panjang. Selain itu, 3 orang responden (30%) tidak tahu bahawa air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan adalah kerana mereka kurang pendedahan manfaat dan kebaikan air suam kepada tubuh badan.

Berdasarkan carta bar di atas, tiada responden (0%) sangat tidak setuju, setuju dan sangat setuju dengan kenyataan saya mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan manakala 6 orang responden (60%) tidak tahu, 4 orang responden (40%) setuju dengan saya mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan. Peratusan responden yang tidak tahu dengan kenyataan saya mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan sangat tinggi berbanding yang lain. Hal ini dapat membuktikan bahawa mahasiswa dan mahasiswi UKM amatlah tidak ambil peduli tentang bilangan kalori yang mereka ambil seta tidak khuatir terhadap kesan pengambilan kalori berlebihan kepada badan. Selain itu, bilangan responden yang setuju dengan kenyataan tersebut hanyalah 40%. Hal ini mungkin kerana mereka sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan mereka dan berkemungkinan responden-responden ini terdiri daripada keluarga yang mempunyai tahap penjagaan kesihatan yang tinggi.

Berdasarkan carta pai di atas, seramai 7 orang responden bersamaan 70% setuju dan sangat setuju dengan kenyataan bahawa mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan apabila stress. Hal ini kerana menurut Anne Wolf, RD dari University of Virginia School of Medicine, makan berlebihan ketika stress merupakan respon emosional yang berulang dan menjadi kebiasaan. Oleh itu, kebanyakan responden beranggapan bahawa apabila mereka stress, mereka memerlukan makan makanan yang banyak supaya rasa stress tersebut dapat diatasi. Manakala 3 orang responden (30%) sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan kenyataan bahawa mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan apabila stress. Peratusan responden yang tidak setuju adalah kurang daripada responden yang setuju. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor stress dan cara menangani stress oleh individu itu sendiri. Sesetengah individu yang stress, mereka menanganinya dengan membeli belah, mengaji, dan sebagainya selain daripada makan. Oleh itu, cara menangani stress adalah bergantung kepada diri individu sendiri.

1.8 Tindakan Seperti kajian yang lain, kajian kami ini juga mempunyai beberapa tindakan yang boleh diambil bagi memberi kesedaran kepada pelajar UKM berkaitan kepentingan mengamalkan diet yang seimbang dalam kehidupan seharian. Tindakan pertama yang boleh diambil adalah dengan mengadakan kempen kesedaran berkenaan kepentingan dan kesan-kesan mengamalkan diet yang seimbang. Hal ini dapat membuka mata pelajar UKM untuk lebih menitikberatkan pemakanan seharian mereka. Tindakan yang kedua adalah dengan mengedarkan risalah-risalah berkaitan menu pengambilan kalori yang baik. Melalui risalah ini, pelajar UKM akan lebih peka terhadap bilangan kalori yang diambil dalam pemakanan. Selain itu, dengan mengadakan kelas berkala berkenaan diet yang seimbang untuk kesihatan pelajar. Melalui kelas ini, pelajar UKM dapat didedahkan mengenai jenis-jenis diet yang seimbang,cara mengira berat badan unggul(bmi) dan bilangan karbohidrat,kalori,lemak,protein dan serat dalam setiap hidangan yang diambil. Akhir sekali, memuat turun aplikasi-aplikasi di telefon bimbit berkaitan diet yang seimbang juga dapat melatih pelajar agar lebih berdisiplin dalam mengekalkan diet yang seimbang bagi mengelakkan diri daripada penyakit yang tidak diingini.

1.9 Kesimpulan Diet seimbang adalah faktor penting bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal seseorang. Bagi seseorang pelajar, pengambilan diet yang seimbang serta jadual pemakanan yang konsisten perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Berdasarkan kajian di atas, kebanyakan responden beranggapan bahawa apabila mereka stress, mereka memerlukan makan makanan yang banyak supaya rasa stress tersebut dapat diatasi. Akibatnya, amalan tersebut akan meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka. Fenomena sedemikian haruslah dielakkan dengan mengamalkan jadual pemakanan yang teratur dan konsisten. Walaupun pelajar dihimpit dengan jadual aktiviti akademik atau ko-kurikulum yang ketat serta kekangan kewangan, fenomena mengamalkan diet tidak seimbang harus dihindari kerana mungkin menjejaskan pembelajaran pelajar sendiri. Namun begitu, daripada keseluruhan kajian, dapat disimpulkan bahawa pelajar UKM menitikberatkan tentang pemakanan seimbang dalam diet seharian mereka. Oleh itu, terdapat pelbagai alternatif yang telah dilakukan bagi membantu mengekalkan dan mendapatkan indeks jisim badan (BMI) yang normal bagi pelajar UKM iaitu dengan cara melaksanakan kempen kesedaran dan juga pengedaran risalah kecil bagi pelajar UKM.

2.0 Penglibatan/Bidang tugas pelajar dalam projek Dalam projek berkumpulan bagi kursus LMCK 1421 Pemikiran Kritis & Penyelesaian Masalah, kumpulan saya telah memilih tajuk Diet Seimbang Penting Untuk Kesihatan Pelajar UKM. Kami ingin mengkaji mengkaji tahap kesedaran serta pengetahuan mahasiswa/i UKM mengenai pola makanan yang sihat atau diet yang seimbang dalam pemakanan seharian mereka. Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut, saya ditugaskan untuk membuat borang soal selidik. Dalam soal selidik berkenaan mengandungi tiga bahagian utama iaitu bahagian A mengandungi maklumat pelajar yang merangkumi jantina, tahun pengajian, berat dan tinggi. Hal ini adalah untuk mengira Body Mass Index (BMI) responden yang terdiri daripada pelajar UKM. Seterusnya dalam bahagian B, saya ada menyediakan beberapa soalan mengenai amalan pemakan pelajar UKM dan pada bahagian C pula, beberapa soalan berasakan kefahaman tentang makanan seimbang telah diajukan. Setelah borang soal selidik diedarkan, semua ahli kumpulan membahagikan tugas untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan. Saya ditugaskan untuk menganalisis bahagian C. Seterusnya, selain menghadirkan diri pada setiap perbincangan kumpulan yang diadakan, saya ditugaskan untuk membuat risalah cadangan menu makanan seimbang bersama dengan rakan saya. Dalam risalah cadangan menu makanan seimbang tersebut, kami ada mencadangkan beberapa menu seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Saya juga telah menyiapkan poster bagi kumpulan kami.

3.0 Refleksi kendiri daripada projek Daripada pemilihan tajuk Diet Seimbang Penting Untuk Kesihatan Pelajar UKM, kumpulan kami ingin mengkaji sejauh mana tahap pengetahuan pelajar UKM mengenai pola makanan yang sihat atau diet yang seimbang dalam pemakanan seharian mereka. Melalui soalselidik yang telah diedarkan, beberapa analisis telah dilakukan dan dapat diketahui bahawa pelajar UKM sememangnya mengetahui tentang pola pemakanan seharian mereka. Ini terbukti apabila 40% daripada responden memiliki BMI yang normal berbanding 30% berlebihan berat badandan 30% lagi kurang berat badan. Jika dilihat dari segi peratusan bahagian C iaitu kefahaman tentang makanan seimbang terbukti bahawa pelajar UKM menitikberatkan pemakanan seimbang dalam diet seharian mereka. Untuk mengekalkan dan mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar UKM tentang kepentingan diet seimbang, beberapa langkah telah diusulkan dan dijalankan seperti kempen dan pengedaran risalah cadangan menu yang berkhasiat. Hasil yang diperolehi daripada kursus LMCK 1421 (Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah) adalah saya dapat menyelesaikan beberapa persoalan berkenan tajuk yang dipilih. Antaranya termasuklah dapat mengetahui sejauh manakah tahap pengetahuan mahasiswa/i UKM terhadap pengambilan makanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka. Saya juga dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan mahasiswa/i UKM. Apabila dapat mengenalpasti tahap pengetahuan tentang diet seimbang pelajar UKM dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan diet seimbang, saya dan rakan-rakan telah menjalankan beberapa cadangan yang diusulkan. Antaranya termasuklah, mengadakan Kempen Jom Sihat dan mengedarkan risalah cadangan menu seimbang kepada pelajar-pelajar UKM. Hal ini bertujuan untuk menjadikan pelajar UKM supaya sentiasa menitikberatkan tentang pemakanan seimbang dalam diet seharian mereka.