TEKNOLOGI GRAFIK Kualiti Grafik Digital Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
KUALITI GRAFIK DIGITAL : PENGENALAN Mengapa perlu tahu? Kualiti vs saiz Fail? Antara faktor utama yang mempengaruhi kualiti grafik digital ialah... kedalaman warna dan resolusi imej 2
TEKNOLOGI GRAFIK Kualiti Grafik Digital: Kedalaman Warna Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
KEDALAMAN WARNA : PENGENALAN Kedalaman warna (color depth) merujuk kepada julat warna yang wujud di dalam sesebuah piksel ataupun berapa banyak warna yang berbeza wujud dalam sesebuah imej. Sebuah imej dengan kedalaman warna yang minima boleh mempunyai hanya 2 warna sahaja; contohnya hitam dan putih. Imej dengan kedalaman 4 bit mampu memaparkan sehingga 16 warna kerana terdapat 16 kombinasi yang berbeza dalam 4 bit. 4
KEDALAMAN WARNA : PENGENALAN Manakala imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi mampu mencapai sehingga 16.7 juta warna. Semakin tinggi kedalaman warna semakin cantik paparan imej tetapi dalam masa yang sama akan membentuk saiz fail yang semakin besar. 5
KEDALAMAN WARNA : PENGENALAN Kedalaman Warna Bit bagi setiap piksel Formula Julat warna 1 bit 1 2 1 2 2 bit 2 2 2 4 3 bit 3 2 3 8 4 bit 4 2 4 16 5 bit 5 2 5 32 6 bit 6 2 6 64 7 bit 7 2 7 128 8 bit 8 2 8 256 16 bit 16 2 16 65 536 24 bit 24 2 24 16 777 216 6
KEDALAMAN WARNA : DITHERING Dithering merupakan satu proses menukar kedalaman warna sesebuah imej dari tinggi ke kedalaman warna yang lebih rendah. Sebagai contoh, imej 8 bit dipinda menjadi imej 4 bit. Imej 8 bit Imej 4 bit 7
KEDALAMAN WARNA : DITHERING Apabila sesebuah aplikasi/program melakukan proses dithering terhadap sesebuah imej, ia akan menukar warna yang tidak mampu untuk dipaparkan kepada corak-corak (patterns) dua atau lebih warna yang hampir menyerupai warna imej sebenar. Contohnya, bagi gambar hitam putih yang berikut : 8
TEKNOLOGI GRAFIK Kualiti Grafik Digital: Resolusi Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
RESOLUSI : PENGENALAN Resolusi bagi sesebuah imej bitmap ditentukan oleh dimensi imej tersebut dalam keadaan menegak dan melintang (horizontal dan vertikal) dan ianya diukur di dalam unit piksel. Contohnya, imej bitmap yang mempunyai resolusi 800 x 600 piksel akan memenuhi keseluruhan skrin paparan SVGA yang normal. 10
RESOLUSI : PENGENALAN Resolusi sesebuah imej juga boleh merujuk kepada jumlah titik (dot) bagi setiap inci (dot per inch: dpi) yang terdapat pada imej tersebut. Contohnya, sesebuah imej boleh mempunyai resolusi 72 dpi, 100 dpi ataupun 1200 dpi. 11
RESOLUSI : FAKTOR Resolusi ditentukan oleh banyak faktor, antaranya ialah perkakasan yang digunakan bagi menghasilkan sesebuah imej digital (scanner, kamera digital contohnya). Kad grafik atau kad video bagi tujuan paparan juga turut mempengaruhi resolusi paparan imej yang dipersembahkan. Bincangkan... 12
RESOLUSI : KUALITI? Rajah dibawah menunjukkan bagaimana jumlah piksel yang ada pada sesebuah imej memberi kesan pada kualiti sesebuah imej. Semakin tinggi resolusi, semakin tajam dan jelas paparan imej...semakin besar saiz fail yang terbentuk. 13
RESOLUSI : KUALITI? Imej digital yang dipersembahkan menerusi skrin komputer biasanya menggunakan resolusi 72 dpi. Resolusi sebegini sudah memadai bagi tujuan paparan elektronik tetapi ianya kurang sesuai bagi tujuan cetakan. 150 hingga 300 dpi merupakan nilai resolusi yang biasa digunakan bagi tujuan cetakan yang biasa. 14
RESOLUSI : KESAN DAN PERUBAHAN Resolusi boleh dikurangkan tetapi biasanya ia akan mengurangkan ketajaman atau ketepatan sesebuah paparan imej. Resolusi sesebuah imej juga boleh ditingkatkan yang mana komputer akan meramalkan data tambahan bagi membentuk imej baru dengan resolusi yang dipertingkatkan. Teknik ini dikenali sebagai interpolation. 15
RESOLUSI : KESAN DAN PERUBAHAN Resolusi cuma boleh dipertingkatkan dalam keadaan sebenar dengan cara redigitizing (digitalkan semula) sesuatu imej dengan resolusi yang lebih tinggi. Contohnya; scan semula menggunakan scanner yang mempunyai resolusi yang lebih tinggi 16
TEKNOLOGI GRAFIK Saiz Imej dan Saiz Fail Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL Saiz imej merujuk kepada tinggi dan lebar sesebuah imej dan diukur dalam unit inci, sentimeter, dot, atau unit pengukuran lain. Saiz imej kadang-kala agak mengelirukan memandangkan saiz imej yang sama mungkin mempunyai resolusi yang berbeza. 18
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL Contohnya; tidak banyak maklumat yang dapat diperkatakan apabila kita mengetahui sesebuah imej itu mempunyai saiz 3 inci lebar dan 5 inci tinggi sekiranya kita tidak mengetahui berapa banyak atau jumlah dot per inci yang menghasilkan imej tersebut. Imej dengan saiz sama tetapi kualiti berbeza 19
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL Oleh yang demikian saiz imej diukur dalam dot atau piksel. Dengan cara tersebut kita mudah untuk menentukan kuantiti data bagi sesebuah imej kerana imej yang bersaiz 300 pixel lebar dan 500 piksel tinggi mengandungi 15 000 piksel walau sebesar mana pun saiz imej tersebut dalam unit inci. 20
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL Unit piksel juga sering digunakan bagi mewakili saiz sesebuah imej digital kerana ianya membolehkan seseorang menjangkakan saiz fail yang akan terbentuk bagi mewakili imej tersebut. Saiz fail bagi sesebuah imej jenis bitmap boleh ditentukan berdasarkan formula yang berikut : saiz imej (dalam unit piksel) x kedalaman warna (dalam unit bit) / 8 21
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL Contoh 1: Imej saiz (dalam pixel) - 640 x 480 Color Depth - 8 bit Saiz fail = (640 x 480) x 8 / 8 = 307 200 bytes = 213 Kilobytes = 0.2 Megabytes 22
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL Contoh 2: Imej saiz (dalam pixel) - 1024 x 768 Color Depth - 24 bit Saiz fail = (1024 x 768) x 24 / 8 = 2359 296 bytes = 1638.4 Kilobytes (Kb) = 1.14 Megabytes (Mb) Kesimpulan yang boleh dibuat? Saiz Fail vs Resolusi vs Kedalaman Warna? 23
RUJUKAN Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Konsep & Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur. 24