Garis Panduan Sertu Menurut Perspektif Islam

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

MOHD AMRI BIN ABDULLAH

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kaedah biasa yang digunakan untuk mencerunkan dasar parit adalah : a) Penggunaan ROD ARAS b) Penggunaan timbang air dan kayu lurus

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BAHAGIAN HAB HALAL PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 1 TAHUN 2012

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

MALAYSIAN STANDARD. Kailan segar - Spesifikasi (Semakan pertama)

MEMORANDUM MENGENAI MASALAH BEKALAN AIR DI BANGUNAN BERTINGKAT

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN

Program Taklimat berkaitan Langkah-Langkah Penjimatan Air SAINS bersama MARA

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

2. Staf biasa boleh memohon untuk tinggal di Perumahan Staf Universiti sekiranya rumah disediakan untuk staf biasa atau terdapat kekosongan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sustainable Education 54

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

PERKHIDMATAN PENGENDALIAN KANTIN KIOSK NO. 2, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2013

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

PERATURAN PEPERIKSAAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2014. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MANUAL PERMOHONAN LOGO BUATAN MALAYSIA

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Program Sarjana Dan Kedoktoran

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.

Contoh: Setiap pek MILO 2kg (pek keseluruhan), peserta akan mendapat 10 Mata.

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

AKTA PILIHAN RAYA 1958

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

Jabatan perancang bandar Dewan bandaraya kuala lumpur

Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2011

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEPERIKSAAN POLITEKNIK

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Convention of Islamic Entrepreneurships 2007 (iceps 2007) January 2007 Dewan Kuliah Pusat 1 KUIM

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

10 NASIHAT DI KAMAR TIDUR MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

SUMBER HUKUM ISLAM 1

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Am MASUM.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAMBAR, SIMBOL, DAN IMEJ TUHAN DISEDIAKAN OLEH

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 Kertas 2 2 ½ Jam. Dua jam tiga puluh minit. Disediakan oleh; Tasawwur Islam Sesi 2015

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN KOLABORASI PENJANAAN PENDAPATAN ANTARA PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI DAN UMP CONSULTANCY & TRAINING SDN BHD

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

TAJUK PROJEK: PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN DI TERENGGANU (HALAL CERTIFICATION OF TERENGGANU FOOD INDUSTRY)

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

JABATAN PEGUAM NEGARA

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang

Terma & Syarat Kempen MyDebit

Transkripsi:

Garis Panduan Sertu Menurut Perspektif Islam

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA www.halal.gov.my Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Aras Bawah, Blok 2200, Bangunan Enterprise 3 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Cetakan Kedua...Mac 2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikal, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dengan cara apa jua sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya. ( ini adalah sebahagian daripada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia) Aturhuruf & Rekabentuk Astaka Minda Solutions No. 21 Jalan 8/2A Taman Wilayah 68100 Batu Caves Selangor Cetakan Concept Press Sdn. Bhd. No. 26, Jalan SU 26, Selayang Utama Industrial Park, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Tujuan 2. Latar Belakang 3. Takrif Sertu 4. Tafsiran 5. Hikmah Sertu 6. Spesifi kasi atau jenis tanah 7. Spesifi kasi atau jenis air 8. Pengecualian 9. Cara Melakukan Sertu Mengikut Syarak 10. Cara Sertu Premis Dan Barang Gunaan Dengan Menggunakan Tanah 11. Cara Penyediaan Tanah 12. Contoh Cara Sertu Mesin Pembuatan Ubat, Kontena, Dapur, Paip dan Tangki 13. Cara Sertu Dengan Menggunakan Sabun Tanah Liat 14. Cara Menggunakan Sabun Tanah Liat 15. Cara Untuk Sertu Tangan Yang Dicemari Najis 16. Cara Sertu Meja Penyediaan Yang Telah Tercemar 17. Cara Sertu Lantai (kawasan penyediaan / penerimaan) Jika Telah Tercemar oleh Najis Mughallazah 18. Cara Sertu Mesin Yang Telah Tercemar Dengan Najis Mughallazah Penutup 4 4 5 5 6 6 6 6 6 7 9 9 10 10 12 13 14 15 17

GARIS PANDUAN SERTU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 1. TUJUAN Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan proses sertu bagi kilang, premis, peralatan, pakaian, atau anggota manusia dan sebagainya yang terkena najis mughallazah untuk memastikan semua perkara tersebut suci dari segi syarak. Garis panduan ini juga menjelaskan secara terperinci kepada mana-mana pihak yang memerlukan panduan dalam proses sertu menurut pandangan syarak. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dan kesucian dalam dua aspek iaitu fi zikal dan spiritual. Aspek kebersihan fi zikal merangkumi kebersihan diri, tempat, pakaian, peralatan, dan sebagainya. Ini penting bagi memastikan semua amal ibadat yang dilakukan oleh umat Islam adalah selaras dengan tuntutan syarak. 4 2.2 Oleh itu, setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari dan mengamalkan konsep kebersihan dan kesucian dalam kehidupan mereka. 2.3 Justeru sesebuah industri, premis, peralatan, pakaian dan sebagainya yang diyakini terkena najis mughallazah babi, anjing dan keturunan keduanya, wajib disertu dengan satu (1) kali air bercampur tanah dan enam (6) kali air mutlak. Ini selaras dengan sabda Nabi SAW : Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda Bersihkanlah bekas makanan kamu yang telah dijilat anjing dengan tujuh (7) kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah. (Hadith Riwayat Muslim) 2.4 Isu sertu sering kali mendapat perhatian oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ini kerana kedapatan sesetengah kilang, premis, kapal, hotel milik bukan bumiputera dan sebagainya yang memproses sesuatu produk atau menyediakan menu makanan kepada pelanggan muslim, menggunakan barang untuk memasak atau menggunakan peralatan yang

telah terkena najis mughallazah seperti produk yang disahkan mengandungi DNA babi. 2.5 Ia termasuklah dapur, peralatan memasak, pusat penyembelihan, rumah kediaman, kenderaan dan seumpamanya yang telah tercemar dengan najis mughallazah. Justeru, masyarakat Islam di Malaysia hari ini, amat memerlukan satu garis panduan bagi membersihkan najis mughallazah dengan cara yang betul iaitu menurut perspektif Islam. 3. Takrif Sertu 3.1 Sertu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah menyucikan manamana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak. 3.2 Sertu juga bermaksud menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya. Najis mughallazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan satu (1) kali dengan air bercampur tanah dan diikuti enam (6) kali dengan air bersih/mutlak. 4. Tafsiran 4.1 Bagi tujuan garis panduan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: i. Najis mughallazah semua perkara yang bersumber dari anjing atau babi atau keturunan dari keduanya sama ada berupa jilatan, air liur, daging, lemak, tulang atau apa-apa extract daripada keduanya adalah dianggap sebagai najis mughallazah (najis berat). ii. iii. iv. Air mutlak, air suci yang tidak dicemari oleh sesuatu yang najis sehingga mengubah bau, rasa dan warna air tersebut. Ain al-najasat najis yang boleh dilihat dengan mata iaitu zat najis tersebut. Sertu membasuh najis mughallazah dengan tujuh (7) kali air bersih di mana salah satunya dengan air yang bercampur tanah. Sebaik- baiknya air yang pertama dicampur dengan tanah kemudian diikuti dengan enam (6) kali basuhan menggunakan air mutlak yang lain. 5

5. Hikmah Sertu Amalan sertu adalah satu perkara ibadat yang telah disarankan oleh Baginda Rasulullah SAW melalui hadith-hadith yang telah diriwayatkan. Amalan ini dianggap sebagai perkara li ta abbudi iaitu melakukan sertu seperti mana yang telah disarankan oleh Baginda. Antara hikmah sertu ialah untuk menghindarkan penyakit dari dijangkiti oleh sebarang kuman yang terdapat pada binatang. Hikmahnya yang lain juga adalah untuk menunjukkan Islam ialah agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan peralatan harian. 6. Spesifikasi atau jenis tanah Dalam kaedah sertu ini, tanah yang digunakan mestilah : i. Tidak mengandungi unsur najis. ii. Bebas daripada sebarang kekotoran seperti minyak dan sebagainya. iii. Bukan tanah yang telah digunakan untuk tayammum (musta mal). 7. Spesifikasi atau jenis air 6 Air yang digunakan dalam kaedah sertu mestilah : i. Air bersih/suci ( air mutlak ). ii. Bukan air musta mal ( air yang telah digunakan). iii. Air yang tidak tercemar dengan sebarang unsur najis. 8. Pengecualian Sertu tidak boleh dilakukan pada anggota dalaman seseorang manusia yang hidup. Seumpama seorang yang termakan sesuatu dari sumber najis mughallazah maka dia tidak perlu melakukan sertu dengan meminum air bercampur tanah. Begitu juga tidak perlu bagi seorang yang memeluk Islam untuk sertu segala anggotanya yang pernah tersentuh dengan najis mughallazah sebelum keislamannya. 9. Cara Melakukan Sertu Mengikut Syarak Terdapat dua cara melakukan sertu mengikut syarak iaitu: i. Cara sertu dengan menggunakan tanah. ii. Cara sertu dengan menggunakan sabun tanah liat.

10. Cara Sertu Premis Dan Barang Gunaan Dengan Menggunakan Tanah. Apabila sesuatu yang suci terkena najis mughallazah dalam keadaan basah maka wajib disertu untuk menyucikannya kembali sebagaimana langkah- langkah berikut: (a) Langkah pertama ialah menghilangkan segala ain najasat yang ada terlebih dahulu sehingga bersih dan tidak kelihatan ain najasat itu lagi dengan mata kasar. (b) Menyediakan air secukupnya dengan mencampurkan sedikit tanah ke dalamnya sehingga tanah tersebut mengubah warna air mutlak menjadi warna tanah dan meratakan sebatian tersebut. 7

(c) Membasuh tempat atau objek yang terkena najis mughallazah dengan air bercampur tanah tersebut sehingga meratai tempat yang dikehendaki sebagai basuhan pertama. 8 (d) Selepas selesai basuhan pertama, maka hendaklah dibasuh tempat atau objek berkenaan dengan mengulangi proses yang sama sebanyak enam kali lagi menggunakan air mutlak sehingga selesai tujuh basuhan kesemuanya. (e) Pada basuhan kali kedua atau ketiga adalah dibolehkan untuk mencampurkan agen pencuci seperti sabun yang diyakini suci jika diperlukan, begitu juga boleh mencampurkan pewangi pada basuhan kali terakhir, seperti mencampurkannya ketika membersih najis mughallazah pada sofa atau pakaian.

11. Cara Penyediaan Tanah Tanah yang hendak digunakan untuk sertu mestilah tanah yang suci yang tidak mengandungi unsur najis, bebas daripada sebarang kotoran seperti minyak dan bukan tanah yang telah digunakan untuk tayammum (musta mal). Antara cara penyediaan tanah yang baik adalah seperti berikut : i. Tanah yang baik digunakan adalah tanah liat seperti tanah untuk membuat barangan tembikar, yang diambil sekurang-kurangnya 4 meter dibawah paras bumi. ii. iii. iv. Tanah tersebut hendaklah dijemur kering, dihancurkan sehingga menjadi debu dan dipastikan tidak tercemar dengan sesuatu najis. Debu yang terkumpul itu dijadikan sebagai bahan utama untuk proses sertu yang hendak dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya sukar mendapatkan tanah yang baik, maka cukup sekadar menggunakan mana-mana bahagian tanah yang diyakini suci dan bersih sahaja. 12. Contoh Cara Sertu Mesin Pembuatan Ubat, Kontena, Dapur, Paip dan Tangki Sekiranya kilang tersebut memiliki alat-alat kompleks yang menyusahkan untuk dibuka seperti kilang ubat-ubatan maka sertu boleh dilakukan dalam keadaan berikut: i. Campuran air dan tanah mestilah melebihi 0.6% hingga 2.5% mengikut kepekatan air yang diperlukan. ii. iii. iv. Bagi barangan yang sensitif maka sebatian air bercampur tanah tersebut boleh diletakkan di dalam botol spray dan disembur ke permukaan yang hendak disertu sehingga air tersebut mengalir sebagai cucian pertama. Untuk sertu bahagian kepala yang memadatkan (compress) debu menjadi ubat maka perlu menyediakan satu sebatian tanah yang lembab dan boleh dicampur dengan bahan pembuatan ubat (yang kosong base component ) dan dilalui ke dalam mesin pembuatan itu sebagai basuhan pertama, manakala selepas itu boleh diikuti dengan enam (6) kali sebatian lembab yang lain. Untuk sertu bahagian operational line seperti convey belting maka hendaklah dibasahkan kain/sponge dengan air bercampur tanah dan dialirkan keseluruh operational line bagi basuhan pertama. Selepas itu proses yang sama hendaklah diulang sebanyak enam (6) kali lagi menggunakan air bersih yang biasa atau yang mempunyai campuran bahan yang suci. 9

v. Untuk sertu kontena maka sebatian air tanah yang secukupnya hendaklah disediakan kemudian disembur ke permukaan kontena sehingga mengalir dan digosok dengan penyapu untuk meratakan air tersebut ke seluruh permukaan kontena terbabit. vi. vii. Bagi sertu dapur maka hendaklah dibersihkan dapur tersebut dari minyak dan ain najasat yang lain sebelum diratakan dengan air yang dibancuh dengan tanah sehingga rata. Bagi saluran paip yang perlu disertu maka hendaklah disediakan sebatian air bercampur tanah yang mencukupi dan dilalui ke dalam paip berkenaan sama ada menggunakan pam atau alatan yang bersesuaian. viii. Bagi tangki penyimpanan maka hendaklah diratakan air sebatian ke permukaan dalam tangki tersebut. 13. Cara Sertu Dengan Menggunakan Sabun Tanah Liat Semua industri, premis, peralatan, pakaian, pengangkutan, anggota badan manusia dan sebagainya yang terkena najis mughallazah harus menggunakan sabun tanah liat untuk digunakan sebagai pengganti tanah dalam proses sertu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-76 pada 21-23 November 2006 seperti berikut: Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahanbahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak. 14. Cara Menggunakan Sabun Tanah Liat (a) Sediakan air bersih yang mencukupi dan sabun tanah liat. 10

(b) Campurkan sabun tanah liat ke dalam air bersih dengan memastikan sabun dihancurkan. (c) Air telah sedia untuk digunakan bagi proses sertu. (d) Alirkan air sabun tanah liat pada alatan yang hendak disertu untuk menghilangkan najis yang sedia ada bagi memulakan proses sertu. 11

(e) Selepas itu, bersihkan alatan tersebut dengan air mutlak/bersih sebanyak enam (6) kali. (f) Setelah selesai proses sertu, bersihkan alatan tersebut dengan bahan pencuci yang dibenarkan dan mesti disanitasi selama 60 saat. Selepas itu keringkan alatan tersebut. 15. Cara Untuk Sertu Tangan Yang Dicemari Najis (a) Basuh tangan dengan mengalirkan air sabun tanah liat untuk menghilangkan najis yang terkena pada mana-mana anggota sehingga hilang bau, rasa dan warna. 12

(b) Selepas itu, basuh semula tangan dengan air bersih sebanyak enam (6) kali. (c) Setelah selesai sertu, sanitasi tangan anda dan bilas dengan air bersih. Keringkan tangan dengan tuala dan sebagainya. 16. Cara Sertu Meja Penyediaan Yang Telah Tercemar (a) Alirkan air sabun tanah liat pada seluruh meja penyediaan untuk membersihkan kawasan tercemar. 13

(b) Pastikan air sabun tanah liat itu mengalir seluruh meja tersebut dan dicuci sehingga hilang bau, rasa dan warna. Selepas itu, basuh sekali lagi dengan air bersih sebanyak (6) enam kali. (c) Setelah selesai proses sertu, meja tersebut mesti dibasuh sekali lagi dengan menggunakan pencuci yang dibenarkan dan disanitasi. 17. Cara Sertu Lantai (kawasan penyediaan/penerimaan) Jika Telah Tercemar oleh Najis Mughallazah (a) Basuh permukaan lantai dengan mengalirkan air sabun tanah liat pada kawasan yang terkena najis dengan satu kali (1) basuhan sehingga hilang bau,rasa dan warna. 14

(b) Selepas itu, basuh sekali lagi dengan mengalirkan air bersih/air mutlak sebanyak enam (6) kali. (c) Setelah selesai proses sertu, basuh sekali lagi dengan menggunakan pencuci yang dibenarkan dan disanitasi. 18. Cara Sertu Mesin Yang Telah Tercemar Dengan Najis Mughallazah (a) Air sabun tanah liat boleh disembur atau dibasuh sehingga ia mengalir pada bahagian mesin ( oven ) yang tercemar najis dan hilang bau, rasa dan warna. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan mesin tersebut rosak. 15

(b) Selepas itu, basuh sebanyak enam (6) kali dengan mengalirkan air bersih/ mutlak. Langkah ini boleh dilakukan dengan menggunakan kain basah bertujuan untuk mengelakkan kerosakan pada mesin. 19. Kaedah sertu juga dilakukan pada keadaan-keadaan berikut: i. Pihak syarikat telah membeli mesin terpakai dan diyakini penggunaannya terdahulu telah tercemar dengan najis mughallazah. ii. Perubahan proses pengeluaran dari produk non halal ke produk halal yang melibatkan penggunaan mesin yang sama. iii. iv. Tempat penyimpanan produk non halal ditukar untuk penyimpanan produk halal (sejuk beku dan sejuk dingin). Kediaman yang dibeli daripada non muslim dan diyakini status kebersihan dan kesuciannya tercemar dengan najis mughallazah. v. Pengangkutan yang telah membawa produk non halal dan hendak ditukarkan untuk membawa produk halal. vi. Pakaian dan sebagainya yang terkena najis mughallazah. 20. Proses sertu perlu dipantau dan disahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di sesebuah kilang, premis, hotel dan sebagainya. i. Ahli Jawatankuasa Halal syarikat perlu memastikan perkara yang berkaitan dengan pertukaran/perubahan proses pengeluaran atau penyimpanan dari produk non halal ke produk halal tidak berlaku pada masa depan. ii. iii. Halal Executive ( Pengurusan Kualiti Makanan ) mesti menghubungi JAIN atau JAKIM sekiranya terdapat isu-isu berkaitan halal terutamanya yang melibatkan proses sertu. Pihak syarikat perlu mengemukakan surat permohonan sertu kepada pihak JAIN sekiranya diperlukan. 16

iv. Ahli Jawatankuasa Halal perlu melantik hanya pekerja Muslim sahaja yang akan melakukan sertu. v. Pegawai JAIN perlu memantau dan mengesahkan proses sertu dilakukan dengan betul mengikut syarak. vi. Surat rasmi pengesahan sertu perlu dikeluarkan oleh pihak JAIN kepada syarikat berkenaan. 21. PENUTUP Islam amat mementingkan kebersihan dalam penggunaan peralatan seharian. Amalan sertu merupakan antara perkara terpenting untuk menghilangkan kuman- kuman penyakit yang terdapat pada peralatan atau kawasan-kawasan yang terkena najis khususnya najis mughallazah. Pihak-pihak yang berkaitan hendaklah merujuk kepada garis panduan ini sebagai parameter dalam menentukan cara sebenar sertu yang diharuskan oleh syarak. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Putrajaya Nota Hujung 1 Fathu al-mu in Sharh Sahih Muslim, Dar al-syuruk, j.2, h.223. 2 Kamus Dewan Edisi Keempat 17

Nota Catatan 18

Nota Catatan 19

Nota Catatan 20