PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

dokumen-dokumen yang mirip
PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

MEMORANDUM PENERIMAAN

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

MEMORANDUM PENERIMAAN

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.


MEMORANDUM PENERIMAAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013


TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PERJANJIAN AL-BAI BITHAMAN AJIL UNTUK SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TUMPAT

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

UJRAH SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN MENGIKUT TURUTAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2-3

SENARAI SEMAK 4. LIMA (5) SET DOKUMEN PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU YANG TELAH DIMETERIKAN 6. SALINAN KAD PENGENALAN PENJAMIN PERTAMA & KEDUA

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Fasal-fasal yang dipinda

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009; iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009; v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

Bertarikh pada haribulan 20. Antara CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H) Dan [NAMA PIHAK] SURATIKATAN PENYERAHAN HAK

BORANG PINJAMAN PELAJARAN. 1.1 Nama :. (seperti dalam kad pengenalan) 1.2 No. K/P Baru :. 1.3 Tarikh Lahir :. 1.4 Umur :.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN MJHEP SYARAT-SYARAT AM TEMPOH BIASISWA 2

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

2.1 Penuntut Baru ( Freshies ) Yuran Pendaftaran Yuran Berulang (Setiap Semester)

PANDUAN ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA. Malaysia (SSM) menyediakann. negara. Panduan anugerah biasiswa SSM adalah seperti berikut:

Transkripsi:

Ruang Setem Hasil PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017 K E T I P ANTARA (Nama PELAJAR dan No. Kad Pengenalan) DAN LEMBAGA TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR K E T I P DAN (Nama PENJAMIN PERTAMA dan No.Kad Pengenalan) DAN (Nama PENJAMIN KEDUA dan No.Kad Pengenalan) Bertarikh pada hari bulan 2017

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU Perjanjian Biasiswa Selangorku Bil.1/2017 yang (selepas ini disebut "PERJANJIAN") dibuat pada tarikh yang dinyatakan di Bahagian 1 Jadual kepada Perjanjian ini di antara pihak yang nama dan butir-butirnya dinyatakan di Bahagian 2 Jadual kepada Perjanjian ini (selepas ini disebut "PELAJAR") sebagai pihak pertama dan pihak yang nama dan butir-butirnya dinyatakan di Bahagian 3 Jadual kepada Perjanjian ini (selepas ini disebut "PENJAMIN" ) sebagai pihak kedua dan Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor (selepas ini disebut "LEMBAGA") sebagai pihak ketiga. BAHAWASANYA - A. LEMBAGA telah bersetuju untuk memberikan Biasiswa Selangorku Bil.1/2017 kepada PELAJAR bagi mengikuti kursus pengajian seperti yang ditetapkan dalam Surat Tawaran Biasiswa Selangorku Bil. 1/2017 yang nombor rujukan dan tarikhnya dinyatakan di Bahagian 4 Jadual kepada Perjanjian ini (selepas ini disebut "Surat Tawaran"); B. PELAJAR telah menerima Surat Tawaran tersebut dan bersetuju untuk menerima Biasiswa Selangorku tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini dan Surat Tawaran tersebut; C. PENJAMIN telah bersetuju untuk menjadi penjamin kepada PELAJAR bagi tujuan pematuhan semua syarat-syarat dan terma-terma perjanjian ini. MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut: 1. Definisi dan Tafsiran 1.1 Definisi Di dalam Perjanjian ini, melainkan konteksnya menghendaki maksud yang lain, perkataan-perkataan di bawah diberi maksud seperti yang berikut: "Biasiswa Selangorku " - ertinya Nilai Biasiswa yang merangkumi yuran pengajian dan elaun bulanan akan dibayar kepada PELAJAR yang merupakan mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS); "Pengajian" - ertinya kursus Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam negara yang akan diikuti oleh PELAJAR seperti yang diluluskan di dalam Surat Tawaran; "Surat Tawaran" - ertinya surat tawaran Biasiswa Selangorku daripada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kepada PELAJAR; dan "TKWBNS" - ertinya Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor yang merupakan pihak yang mentadbir dan mengurus Program Khas Biasiswa Selangorku bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor; 2/9

1.2 Tafsiran a) Tajuk-tajuk dan tajuk-tajuk kecil kepada peruntukan-peruntukan dan bahagian-bahagian di dalam Perjanjian ini dimasukkan bertujuan untuk memudahkan pembacaan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian daripada Perjanjian atau untuk dibuat pertimbangan dalam mentafsirkan Perjanjian ini; b) rujukan kepada mana-mana statut atau peruntukan statutori adalah merangkumi rujukanrujukan kepada statut atau peruntukan statutori yang dipinda dan digubal semula; c) rujukan kepada lampiran, fasal, subfasal atau jadual adalah rujukan kepada lampiran, fasal, subfasal atau jadual dalam Perjanjian ini. 2. Pembayaran Biasiswa Selangorku a) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini, LEMBAGA bersetuju untuk memberi biasiswa kepada PELAJAR (selepas ini disebut "Nilai Biasiswa") untuk membiaya Pengajian PELAJAR di universiti, kolej atau institusi seperti yang diluluskan di dalam Surat Tawaran. b) LEMBAGA akan membayar Nilai Biasiswa tersebut sama ada kepada PELAJAR itu sendiri, penjaga di sisi undang-undang atau kepada pihak berkuasa universiti, kolej atau institusi atau melalui wakil LEMBAGA seperti mana yang berkenaan. 3. Tempoh Perjanjian PELAJAR akan menamatkan Pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam tempoh seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau dalam sesuatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh LEMBAGA. 4. Penjamin 4.1 Dengan ini adalah dipersetujui dan diakui bahawa jika pada bila-bila masa semasa berkuatkuasanya Perjanjian ini, PENJAMIN - a) meninggal dunia; b) tidak lagi bermastautin dalam Malaysia; c) berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas (12) bulan berturut-turut kecuali berkhidmat dengan kerajaan; d) diisytiharkan sebagai seorang bankrap; atau e) memperolehi suatu perintah pentadbiran pemakan gaji, PELAJAR hendaklah mendapatkan PENJAMIN baru yang dipersetujui oleh LEMBAGA dan penjamin baru tersebut hendaklah bersetuju menjadi seorang penjamin mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini. 4.2 Jika PELAJAR gagal menggantikan PENJAMIN yang berkenaan, LEMBAGA boleh, menurut opsyennya, pada bila-bila masa selepas itu menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak LEMBAGA di bawah Perjanjian ini, PELAJAR tidak berhak untuk menuntut apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini. 3/9

5. Syarat-syarat Semasa Pengajian 5.1 Kursus Pengajian a) PELAJAR akan dengan bersungguh-sungguh dan sedaya upaya mengikuti Pengajian seperti yang dinyatakan di Surat Tawaran dengan menghadiri kuliah, seminar, ceramah, tutorial dan apa-apa program yang dijalankan berkaitan dengan Pengajian PELAJAR. b) PELAJAR akan menghadiri semua ujian dan peperiksaan yang disyaratkan yang berkaitan dengan Pengajiannya untuk mendapat ijazah, diploma atau sijil sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran. c) PELAJAR hendaklah menunjuk dan mencapai kejayaan yang memuaskan di dalam Pengajiannya. d) PELAJAR tidak boleh menukar Pengajian dan/ atau tempat Pengajiannya ke universiti, kolej atau institusi selain daripada yang ditetapkan oleh LEMBAGA tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada LEMBAGA. e) PELAJAR tidak boleh melanjutkan tempoh dan/ atau menangguhkan Pengajian tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada LEMBAGA. 5.2 Disiplin a) PELAJAR akan sentiasa mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib sebagaimana yang berkuatkuasa di universiti, kolej atau institusi dari semasa ke semasa. b) PELAJAR juga akan mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa ke atasnya dari semasa ke semasa. c) PELAJAR tidak boleh melakukan perbuatan salahlaku dalam apa cara jua pun yang pada pendapat LEMBAGA mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik Negeri Selangor dan/atau Malaysia. 5.3 Hasutan dan Tunjuk Perasaan Pelajar tidak boleh pada bila-bila masa dalam Tempoh Pengajiannya a) mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan; b) menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalam menyediakan atau mengedarkan, sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan; c) menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan, atau mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen atau lain-lain bahan; d) membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat yang pada pendapat LEMBAGA adalah memudaratkan kepentingan Negeri Selangor dan/atau Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan. 4/9

5.4 Menyertai Politik dan Pertubuhan a) PELAJAR tidak boleh mengambil bahagian sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan berunsur politik atau anti-kerajaan. b) PELAJAR tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari LEMBAGA dan LEMBAGA, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu. c) PELAJAR tidak boleh menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan apaapa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang tujuan atau kegiatan-kegiatan itu adalah, pada pendapat LEMBAGA boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari LEMBAGA dan LEMBAGA, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu. 5.5 Syarat-syarat Lain a) PELAJAR tidak boleh melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau perbuatan yang boleh menjejaskan Pengajiannya. b) PELAJAR tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh LEMBAGA tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan Negeri Selangor dan/atau Malaysia. Sekiranya PELAJAR telah mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan dan kemudiannya telah diberitahu oleh LEMBAGA bahawa kegiatan tersebut adalah tidak selaras dengan kepentingannya atau kepentingan Negeri Selangor dan/atau Malaysia maka PELAJAR hendaklah berhenti dengan serta merta daripada mengambil bahagian selanjutnya. c) PELAJAR tidak boleh berkahwin tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada LEMBAGA dan sekiranya dibenarkan, PELAJAR adalah terikat dengan semua syarat mengenai hal perkahwinan yang ditetapkan. d) PELAJAR tidak boleh menerima apa-apa biasiswa, dermasiswa, pinjaman atau apa-apa jua cara dan bentuk bantuan kewangan lain bagi tujuan Pengajiannya. e) PELAJAR tidak boleh sepanjang Tempoh Pengajiannya menerima dan membuat apa-apa pekerjaan sama ada yang berpendapatan ataupun tidak, kecuali dengan kebenaran terlebih dahulu daripada LEMBAGA. f) PELAJAR bertanggungjawab untuk memulangkan apa-apa bayaran yang terlebih bayar oleh LEMBAGA. g) PELAJAR tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan PELAJAR ditamatkan Pengajian dan/atau dibuang dari universiti, kolej atau institusi oleh pihak berkuasa universiti, kolej atau institusi. h) LEMBAGA sama sekali tidak terikat dan tidak mempunyai obligasi untuk mendapatkan pekerjaan terhadap PELAJAR setelah menamatkan pengajian. 5.6 Memaklumkan Keputusan Peperiksaan PELAJAR hendaklah melaporkan dengan segera kepada LEMBAGA, keputusan peperiksaan atau ujian penggal, semester, tahunan atau akhir yang diduduki oleh PELAJAR sebaik sahaja keputusan peperiksaan atau ujian tersebut diisytiharkan oleh universiti, kolej atau institusi yang berkenaan. 5/9

5.7 Tamat Pengajian PELAJAR - a) yang mengikuti Pengajian di universiti, kolej atau institusi hendaklah melaporkan diri kepada LEMBAGA dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan Pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. 6. Pelanggaran dan Penamatan Perjanjian Sekiranya PELAJAR 6.1 di dalam Tempoh Pengajiannya - (a) ditamatkan Pengajian oleh pihak universiti, kolej atau institusi; atau (b) melakukan pelanggaran kepada mana-mana peruntukan di dalam Fasal 5 Perjanjian ini, 6.2 selepas tamat Pengajian sama ada dengan jayanya atau pun tidak (a) melakukan pelanggaran kepada mana-mana peruntukan di dalam Fasal 5 Perjanjian ini, 6.3 pada bila-bila masa, ingin menamatkan perjanjian lebih awal, maka dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam Fasal 6.1, 6.2 dan 6.3 itu, LEMBAGA boleh menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu PELAJAR dan PENJAMIN hendaklah bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi, penerima-penerima serah hak, apabila diminta dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh diminta oleh LEMBAGA a) membayar balik kepada LEMBAGA sejumlah wang seperti yang dinyatakan di Bahagian 5 Jadual kepada Perjanjian ini; dan b) semua kos dan perbelanjaan termasuk dan tidak terhad kepada kos guaman atas dasar peguamcara-anakguam, untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik jumlah Biasiswa Selangorku yang telah dibayar kepada PELAJAR atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah Perjanjian ini. 7. Walau apapun peruntukan lain di dalam Perjanjian ini, LEMBAGA boleh dengan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada PELAJAR untuk menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa sebab, dan selepas tamat tempoh satu (1) bulan tersebut, maka Perjanjian ini adalah terbatal dan dengan itu tanpa menyentuh hak-hak LEMBAGA di bawah Perjanjian ini, segala faedah bagi dan tanggungan PELAJAR atau PENJAMIN di bawah Perjanjian ini adalah terhenti. 8. Walau apapun peruntukan dalam Perjanjian ini, LEMBAGA berhak meminda segala terma dan syarat yang ditetapkan pada bila-bila masa sahaja dengan memberi notis bertulis kepada PELAJAR dan PENJAMIN sebelum berkuatkuasanya notis tersebut dan PELAJAR serta PENJAMIN adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. 6/9

9. Alamat dan Penyerahan Notis 9.1 PELAJAR dan PENJAMIN adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada LEMBAGA melalui notis bertulis, pertukaran alamat PELAJAR dan PENJAMIN, jika ada. 9.2 Sebarang notis bertulis dan/atau proses pemula mahkamah yang perlu dihantar kepada PELAJAR dan PENJAMIN di bawah Perjanjian ini dianggap telah disampaikan dengan sempurna sekiranya ia ditinggalkan di alamat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini atau dalam notis pertukaran alamat atau alamat terakhir yang diketahui atau dihantar melalui pos berdaftar kepada mana-mana alamat tersebut yang berkenaan. 9.3 Pengemukaan rekod rasmi yang mengandungi catatan bahawa notis bertulis, tuntutan dan/ atau proses pemula mahkamah telah diposkan akan menjadi bukti penyerahan dokumen tersebut kepada PELAJAR DAN PENJAMIN. 10. Masa sebagai intipati kepada Perjanjian Masa di mana-mana disebut dalam Perjanjian ini adalah merupakan pati kepada Perjanjian ini. 11. Pindaan Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 12. Pemakaian Undang-Undang 12.1 Perjanjian ini hendaklah dalam segala hal ditadbirkan dan ditentukan serta ditafsirkan berdasarkan undang-undang Malaysia dan pihak-pihak adalah tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa ekslusif Mahkamah di Malaysia. 12.2 LEMBAGA berhak untuk memulakan prosiding berkenaan perlanggaran di bawah Fasal 6 Perjanjian ini terhadap PELAJAR dan PENJAMIN di mana-mana mahkamah di Malaysia. 12.3 Pihak-pihak bersetuju dan mengiktiraf serta menerima sebagai muktamad segala keputusan dan award oleh mahkamah Malaysia berkenaan sebarang pertikaian yang timbul dari Perjanjian ini. 13. Jadual Jadual dan Lampiran yang dilampirkan di dalam Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. 7/9

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan-tandatangan dan meteri-meteri mereka pada haribulan dan tahun yang mula tertulis di atas: PELAJAR: Di hadapan Saksi: Pekerjaan: PENJAMIN PERTAMA: Di hadapan Saksi: Pekerjaan: PENJAMIN KEDUA: Di hadapan Saksi: Pekerjaan: LEMBAGA: Di hadapan Saksi: Pekerjaan: 8/9

JADUAL (Dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini) BAHAGIAN PERKARA BUTIR-BUTIR 1. Tarikh Perjanjian hb 20 2. PELAJAR Tarikh Lahir: Emel: Alamat: 3. PENJAMIN PERTAMA Tarikh Lahir: Alamat: PENJAMIN KEDUA Tarikh Lahir: Alamat: 4. Surat Tawaran Biasiswa Selangorku No. Rujukan: Tarikh: 5. Jumlah Tuntutan: (a) Ditamatkan pengajian atau tajaan (b) Menamatkan tajaan lebih awal (c) Tidak berjaya menamatkan pengajian Keseluruhan jumlah sebenar pembiayaan yang telah diberikan termasuk kos-kos lain seperti yang dinyatakan dalam klausa 6.3(b).... t.tangan ringkas pelajar... t.tangan ringkas penjamin pertama... t.tangan ringkas penjamin kedua 9/9