SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

dokumen-dokumen yang mirip
KOPTNB/AGM63 3 Mac 2014

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PROSES PENCALONAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI. 1. Urusan pemilihan calon anggota Lembaga koperasi hendaklah dikendalikan oleh:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TATAETIKA PILIHAN RAYA

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 7/2010 RANG UNDANG-UNDANG PERSAINGAN 2010

BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

~I~~I Msci ~..I,.!~.~ I

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Transkripsi:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) untuk menggariskan etika dan larangan yang wajib dipatuhi oleh calon anggota Lembaga sesuatu koperasi. LATAR BELAKANG 2. Seksyen 42 Akta memperuntukkan bahawa sesebuah koperasi hendaklah mempunyai suatu Lembaga yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam orang dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota yang dilantik dengan sewajarnya pada mesyuarat agung tahunan sesuatu koperasi. 3. Lembaga mempunyai peranan penting dalam memastikan dasar dan amalan koperasi dikendalikan dengan berkesan serta memahami tanggungjawabnya terhadap anggota. Lembaga bertanggungjawab sepenuhnya 1

terhadap perjalanan koperasi di samping memastikan nilai dan kepentingan anggotanya terpelihara. 4. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, Lembaga hendaklah berhemat dalam mentadbir dan mengurus koperasi dengan berlandaskan peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan Koperasi, perintah, garis panduan, undang-undang kecil dan keputusan mesyuarat agung koperasi. 5. Dalam senario masa kini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) mendapati wujudnya salah laku serta penyelewengan yang boleh membawa kepada pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang tidak berkualiti dan seterusnya memudaratkan koperasi seperti penyelewengan dalam bentuk politik wang atau kempen yang tidak harmoni. 6. Sehubungan ini, garis panduan ini dikeluarkan bagi memberi panduan kepada koperasi dalam memastikan pemilihan ALK dilaksanakan secara beretika. 7. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung. BAHAGIAN B : ETIKA CALON 8. Nilai-nilai etika yang perlu ada pada seseorang calon hendaklah seperti berikut: (a) kejujuran; (b) keterbukaan; 2

(c) ketelusan; (d) kebertanggungjawaban; dan (e) keprihatinan. dalam melaksanakan tugas untuk membangunkan koperasi. 9. Seseorang calon yang dipilih hendaklah memahami dan menghayati konsep dan prinsip koperasi supaya dapat mencerminkan integriti yang kukuh bagi sesebuah koperasi. Salah Laku Dan Larangan Kepada Calon 10. Berdasarkan kepada nilai-nilai yang telah dinyatakan di para 8, seseorang calon yang bertanding adalah dilarang sama sekali daripada membuat apa-apa tindakan salah laku yang boleh mencemar proses pemilihan calon ALK. Tindakan berkenaan antara lain termasuklah seperti berikut (a) Rasuah (i) Menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi manamana orang dalam mana-mana pencalonan bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain, termasuklah menggunakan kedudukan atau kuasanya secara salah bagi mendapat undi. 3

(ii) Memberi, meminjam, meminta atau bersetuju untuk memberi atau meminjam atau meminta, atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai untuk seseorang anggota atau untuk seseorang yang lain, dengan tujuan mendorong seseorang anggota supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pencalonan bagi pihak dirinya sendiri atau bagi pihak lain. (iii) Memberi atau menerima atau membenarkan anggota keluarganya atau mana-mana orang untuk memberi atau menerima bagi pihaknya, secara langsung atau tidak langsung, kepada atau daripada mana-mana anggota koperasi yang lain apa-apa jua hadiah, benda atau faedah samada secara zahir atau sebaliknya bagi mendorong seseorang anggota supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pencalonan bagi pihaknya sendiri atau pihak lain. (b) Menggunakan Kekerasan Mengguna kekerasan atau ugutan mengguna atau mengancam untuk mengguna apa-apa jua bentuk kekerasan samada secara fizikal atau bukan fizikal, paksaan, ugutan atau halangan secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya, dengan tujuan untuk membawa atau mengakibatkan kecacatan, kerosakan atau kerugian ke atas manamana orang bagi mendorong atau memaksa mana-mana anggota koperasi atau keluarga agar mengundi atau tidak mengundi manamana anggota koperasi lain dalam mana-mana pencalonan. 4

(c) Penggunaan Media Cetak dan Elektronik Penerbitan dan penggunaan media massa, elektronik atau internet, menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makalah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, menfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana anggota koperasi yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang berkenaan anggota yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana pencalonan. (d) Kenyataan Palsu Mana-mana calon yang mengeluarkan sesuatu kenyataan palsu atau memburukkan reputasi seseorang calon lain dengan ini telah melakukan suatu perbuatan yang boleh mengakibatkan calon tersebut diambil tindakan disiplin. (e) Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi Calon samada bagi pihaknya sendiri atau melalui ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi dilarang daripada berkempen secara provokatif yang boleh mewujudkan suasana tidak harmoni dalam koperasi. 5

(f) Majlis dan Pertemuan Kecuali semasa mesyuarat agung tahunan, pertemuan atau majlis yang dianjurkan oleh koperasi berkenaan, calon atau ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi pihak dirinya, dilarang dalam tempoh pemilihan, menganjurkan, samada secara langsung atau tidak langsung, sebarang perhimpunan, pertemuan jamuan, kursus, lawatan atau apa-apa majlis yang membabitkan anggotaanggota bagi mendorong seseorang anggota supaya mengundi atau tidak mengundi calon berkenaan. (g) Derma atau Bantuan (i) Calon dilarang, samada secara langsung atau tidak langsung, memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi anggota-anggota di dalam mana-mana pencalonan bagi pihak dirinya sendiri atau bagi pihak calon lain. (ii) Mana-mana calon yang ingin memberi derma atau sebarang bentuk pemberian lain hendaklah disalurkan menerusi koperasi. 6

(h) Pernyataan Akhbar atau Awam Calon dilarang membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan/atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan yang telah dibuat oleh koperasi termasuk keputusan disiplin koperasi yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan koperasi. (i) Calon Yang Masih Menjawat Jawatan Dalam Koperasi Calon yang masih menjawat jawatan dalam koperasi adalah dilarang daripada menyalahgunakan apa jua kuasa atau apa-apa yang bersamaan dengannya yang ada pada mereka bagi tujuan persendirian di dalam menjalankan pentadbiran koperasi dan hendaklah sentiasa menjalankan dasar-dasar koperasi. (j) Tingkah Laku Sewaktu Menjalankan Mesyuarat Agung Kawasan Calon yang ditugaskan menjalankan mesyuarat agung kawasan, adalah dilarang daripada menyalahgunakan apa jua kuasa atau apa-apa yang bersamaan dengannya yang ada pada mereka dengan tujuan bagi manfaat pihak sendiri atau bagi pihak lain dan hendaklah sentiasa menjalankan dasar-dasar koperasi dan mengikut arahan-arahan Lembaga. 7

BAHAGIAN C : PELANGGARAN ETIKA 11. Seseorang anggota boleh mengemukakan aduan serta-merta dan tidak lewat daripada tujuh hari daripada kesalahan itu berlaku kepada Jawatankuasa Disiplin (Jawatankuasa) mengenai mana-mana calon yang melanggar etika di sepanjang tempoh tarikh penamaan calon hingga hari pengundian. Aduan hendaklah dikemukakan berserta bukti yang kukuh iaitu: (a) laporan polis; (b) rakaman suara; (c) rakaman video; (d) laporan perubatan; (e) gambar; atau (f) dokumen seperti salinan cek, tiket penerbangan, baucer, resit atau invois. 12. Urusan yang melibatkan pelanggaran etika calon hendaklah dikendalikan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dibentuk oleh Lembaga. 8

Jawatankuasa Disiplin 13. Lembaga hendaklah menetapkan komposisi Jawatankuasa dan menentukan bidang tugas mereka. Jawatankuasa bolehlah terdiri daripada pegawai atau mana-mana orang yang dilantik oleh Lembaga yang tidak terlibat dalam membuat aduan atau siasatan atau yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan pengadu. Sekurang-kurangnya seorang daripada Jawatankuasa hendaklah mempunyai pengalaman dalam bidang perundangan. 14. Pengerusi Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada mana-mana anggota Lembaga. Pengerusi dalam semua hal adalah tertakluk kepada penyeliaan dan arahan Jawatankuasa dan hendaklah (a) melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa; (b) menjalankan mana-mana tugas Jawatankuasa yang diwakilkan kepadanya oleh Jawatankuasa; (c) menandatangani bagi pihak Jawatankuasa segala notis, pengumuman dan sebarang dokumen yang dikeluarkan atas nama dan bagi pihak Jawatankuasa; dan (d) mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. 15. Jawatankuasa mempunyai tanggungjawab seperti berikut: (a) memastikan perkara-perkara berkaitan dengan disiplin calon dalam tempoh pencalonan sehingga hari pengundian mengikut kehendak perundangan koperasi; 9

(b) menerima, mengkaji, mendengar dan memutuskan aduan-aduan terhadap calon; dan (c) mewakilkan apa-apa tanggungjawab dan tugasnya kepada manamana orang yang difikirkan perlu tertakluk kepada terma dan syarat atau sekatan yang ditentukan. Keputusan Aduan 16. Jawatankuasa hendaklah memaklumkan keputusan terhadap aduan yang diterima dalam tempoh tidak lewat empat belas hari dari tarikh aduan diterima dengan mengambil kira faktor keadilan semulajadi (natural justice). 17. Sekiranya calon ALK didapati bersalah sebelum mesyuarat agung, calon berkenaan hendaklah dihalang daripada bertanding. 18. Sekiranya mana-mana calon didapati terlibat dalam kes disiplin dan masih belum diberi keputusan oleh Jawatankuasa, maka dia boleh terus bertanding serta memegang jawatan sebagai ALK. Jika calon ALK didapati bersalah setelah dipilih menjadi ALK, calon hendaklah mengosongkan jawatannya dan kekosongan jawatan hendaklah diisi mengikut undang-undang kecil koperasi. 19. Jika ada calon ALK yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat menurut para 16, maka calon berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa. Sekiranya keputusan rayuan tidak diterima sebelum MAT maka calon tersebut dibenarkan bertanding. 10

PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA 20. Semua koperasi dikehendaki mematuhi peruntukan di bawah Akta, Peraturan-Peraturan, perintah dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. 21. Garis panduan ini dikuatkuasakan pemakaiannya mulai tarikh ia dikeluarkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (DATO MANGSOR BIN SAAD) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tarikh : Peneraju Kecemerlangan Koperasi 11