BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

dokumen-dokumen yang mirip
7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB EMPAT ANALISIS PERSEPSI JEMAAH TABLIGH TERHADAP DAKWAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) MELALUI POLITIK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

ARAHAN: ( )

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TEKS UCAPAN YABHG TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DI MAJLIS SELAWAT & SALAM PERDANA 2014 GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

SATU KAJIAN AWAL KEDUDUKAN MASJID Dl NEGERI PERLIS BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

LAPORAN MALAM CINTA RASUL


PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI: TINJAUAN AWAL

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transkripsi:

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN 5.1 PENGENALAN Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan membincangkan kesimpulan dan saranan-saranan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi memantapkan lagi gerakan dakwah Islam khususnya melalui pengintegrasian dakwah dan politik. 5.2 KESIMPULAN Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian, beberapa kesimpulan telah dirumuskan dan dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut : i. Konsep dakwah melalui politik dalam Islam. ii. iii. Dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS). Persepsi Jemaah Tabligh terhadap dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS). 5.2.1 Konsep Dakwah Melalui Politik Dalam Islam Dakwah merupakan satu usaha untuk membawa manusia kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, dan membimbing manusia untuk beriman kepada Allah S.W.T. Dakwah bukanlah hanya merujuk kepada program ceramah dan aktiviti di masjid semata-mata. Malah dakwah perlu dilihat dengan pandangan yang lebih meluas sama ada dari sudut pendakwah, sasaran dakwah, isi kandungan dakwah, pendekatan dakwah, dan medium penyampaiannya. 197

Dalam konteks medium penyampaian dakwah, ianya tidak terhad kepada medium atau saluran tertentu sahaja. Sebagaimana komunikasi, media massa, penubuhan organisasi, mahupun penerbitan, politik juga merupakan salah satu juzuk daripada mauduk pendakwahan Islam. Politik bukanlah suatu perkara yang baru dalam Islam. Bahkan politik dan Islam merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Politik dalam Islam sangat penting dalam usaha untuk mengurus, mentadbir dan memimpin manusia untuk menuju kepada kehidupan yang diredai Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, politik Islam juga berperanan sebagai wasilah dakwah. Hakikat ini bukanlah sebagai suatu perkara yang baru bagi umat Islam, bahkan pendapat yang mengatakan dakwah dan politik sebagai dua perkara yang berasingan hanyalah akan merugikan umat Islam itu sendiri. Pendapat tersebut juga dianggap sebagai menafikan pembabitan Rasulullah S.A.W dalam berpolitik sebagai ketua pemerintah kerajaan Islam di Madinah. Pada masa yang sama juga kebangkitan para ulama dan tokoh Islam dalam melontarkan hujah dan memberi amaran yang keras kepada golongan yang berfikiran sekularisme dan liberalisme, sekali gus telah menafikan dan menolak pendapat yang memisahkan agama dan politik amnya serta dakwah dan politik khususnya. 5.2.2 Dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan sebuah wadah politik yang sinonim bagi pejuang agama Islam yang hendak menerapkan Islam ke dalam masyarakat dan pemerintahan. Perjuangan utama PAS ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan pemerintahan berdasarkan hukum-hukum Allah sepenuhnya. Kehadiran PAS di persada politik tanah air juga telah menyemarakkan lagi usaha dakwah di Tanah Melayu. Sumbangan PAS terhadap 198

dakwah Islam sememangnya tidak dinafikan sejajar dengan peranan PAS sebagai sebuah parti politik Islam. PAS merupakan sebuah badan dakwah yang menyampaikan Islam kepada masyarakat dan pada masa yang sama PAS juga merupakan sebuah badan politik yang menjelaskan kepada masyarakat tentang sistem politik dan pemerintahan Islam yang menyeluruh kepada mereka. Ini kerana, PAS berpendapat bahawa melalui kuasa politik yang dimiliki akan menjadikan usaha dakwah lebih berkesan. Perubahan yang dilakukan oleh pemerintah merupakan perubahan yang amat berkesan dan akan diikuti oleh semua lapisan masyarakat. Atas dasar itulah PAS telah memperjuangkan cita-citanya untuk membina sebuah negara Islam dan menggesa supaya diadakan pindaan perlembagaan kepada perlembagaan Islam, pemerintahan sekular kepada pemerintahan Islam dan seterusnya membentuk sebuah masyarakat Islam manakala hak non-muslim tidak sesekali diabaikan. 5.2.3 Persepsi Jemaah Tabligh Terhadap Dakwah PAS Apabila kajian ini dijalankan kepada ahli Jemaah Tabligh dengan mengedarkan borang soal selidik, kajian telah mendapati bahawa majoriti responden adalah mempunyai pengetahuan asas mengenai politik Islam dan tidak menolak politik secara mutlak. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa majoriti responden juga cakna dengan hal ehwal politik Islam sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang mengatakan bahawa Jemaah Tabligh berpandangan negatif terhadap politik. Berkaitan dengan penerimaan responden terhadap PAS, kajian menunjukkan hanya 68.4% (n=117) sahaja yang bersetuju bahawa PAS sebagai sebuah pertubuhan dakwah. Manakala jumlah responden yang bersetuju bahawa 199

PAS merupakan salah satu komponen parti pembangkang adalah jumlah yang paling tinggi iaitu 90.6% (n=155). Diikuti pula dengan 83% (n=142) yang bersetuju bahawa PAS sebagai sebuah parti politik Islam. Oleh itu, PAS dilihat lebih sinonim sebagai sebuah parti politik yang juga salah satu komponen parti pembangkang berbanding sebagai sebuah pertubuhan dakwah. Kedudukan PAS sebagai sebuah parti politik dianggap kurang sesuai untuk dilihat sebagai sebuah pertubuhan dakwah. Walaubagaimanapun, ketidaksesuaian PAS sebagai pertubuhan dakwah tidak mempengaruhi responden untuk menafikan keberkesanan dan sumbangan dakwah yang dilakukan oleh PAS. Secara keseluruhannya kajian mendapati bahawa kebanyakan responden bersetuju dan tidak menafikan pelaksanaan dakwah yang dilakukan oleh PAS. Keadaan tersebut membuktikan bahawa responden menerima usaha dan pendekatan dakwah PAS. Ini kerana, keutamaan bagi perkembangan dakwah Islam adalah amat penting tanpa mengira siapa yang melakukannya hatta PAS sekalipun. Kajian menunjukkan terdapat dua item yang mendapat peratusan bersetuju paling tinggi. Item tersebut adalah mewakili pelaksanaan dakwah yang dilakukan oleh PAS. Pertama, sebanyak 94.2% (n=161) responden bersetuju dengan pelaksanaan dakwah PAS iaitu dengan menubuhkan institusi pendidikan untuk memberi pendidikan Islam kepada masyarakat daripada peringkat akar umbi seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU), dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Manakala yang kedua ialah sebanyak 91.8% (n=157) responden bersetuju dengan pelaksanaan dakwah PAS iaitu dengan menghasilkan penulisan- 200

penulisan untuk memberi penjelasan tentang Islam seperti buku, artikel ilmiah serta melakukan terjemahan terhadap buku-buku luar negara. Pada masa yang sama, peratusan responden bersetuju juga tinggi apabila dilihat kepada item-item yang lain yang berkaitan dengan pelaksanaan dakwah PAS. Jika dilihat pada item tahap rendah pula, ianya lebih merujuk kepada pelaksanaan dakwah PAS yang melibatkan dakwah kepada golongan non- Muslim. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat dua item yang merujuk kepada kes di atas. Item pertama ialah sebanyak 19.9% (n=34) tidak bersetuju dengan tindakan PAS mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam (tahalluf siyasi) sebagai salah satu medium dakwah untuk PAS mendekati golongan non- Muslim. Manakala item kedua ialah sebanyak 16.4% (n=28) responden yang tidak bersetuju dengan tindakan PAS memberi penjelasan kepada golongan non- Muslim tentang Islam melalui penganjuran program-program seperti mengadakan dialog, bengkel, dan seminar ilmiah. Peratusan responden yang tidak setuju menunjukkan anggapan mereka bahawa dakwah perlu diberi keutamaan kepada orang Islam terlebih dahulu berbanding dengan dakwah kepada golongan non- Muslim. Namun begitu, secara keseluruhan hasil kajian menunjukkan jumlah responden yang tidak setuju masih lagi minoriti berbanding dengan majoriti jumlah responden adalah bersetuju dengan item-item yang dikemukakan. Ianya sekali gus membuktikan bahawa pendekatan dakwah PAS kepada golongan non- Muslim masih lagi relevan pada pandangan dan persepsi responden secara keseluruhannya. Begitu juga dengan pelaksanaan dakwah PAS yang lain di mana hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi responden adalah pada tahap positif 201

walaupun PAS berada di pentas politik. Kajian juga membuktikan bahawa responden adalah cakna dengan perkembangan politik dan tidak menolak politik secara mutlak. Walaubagaimanapun, aspek politik tidak diletakkan sebagai keutamaan dalam konteks prinsip dakwah Jemaah Tabligh. Bahkan gerakan dakwahnya lebih menekankan kepada aspek kerohanian, keimanan, dan ibadat. Oleh itu, adalah wajar untuk menghormati dan menjaga tertib yang telah ditetapkan ketika berada di dalam gerakan dakwah Jemaah Tabligh walaupun aspek politik adalah hak bagi setiap individu. 5.3 SARANAN Berdasarkan kepada hasil kajian yang diperolehi, beberapa saranan telah dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu untuk dipertimbangkan atau dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pelaksanaan dakwah melalui politik. 5.3.1 Pengkaji Akan Datang 1. Kajian ini dilakukan terbatas kepada ahli Jemaah Tabligh yang berada di sekitar Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur. Maka hasil kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada tempat-tempat lain kecuali memiliki ciri-ciri persamaan. Oleh itu, adalah dicadangkan kajian yang serupa dilakukan di kawasan lain untuk mengetahui perbezaan dan persamaan hasil kajian yang diperolehi. 2. Kajian yang dilakukan telah menafikan pendapat yang mengatakan bahawa Jemaah Tabligh berpandangan negatif terhadap politik dan menolak kombinasi 202

antara dakwah dan politik. Ini kerana hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi Jemaah Tabligh terhadap dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah positif. Oleh itu, dicadangkan kajian lain untuk melihat sejauhmanakah pula persepsi Parti Islam SeMalaysia (PAS) terhadap Jemaah Tabligh. Kajian ini adalah penting untuk mewujudkan perkongsian kelebihan di samping untuk menampung kekurangan antara satu sama lain. Ia juga penting untuk mewujudkan satu usaha sama yang bersatu padu tanpa persepsi negatif di antara pertubuhan-pertubuhan dakwah demi kelangsungan usaha dakwah kepada seluruh masyarakat. 3. Kajian ini merupakan kajian secara umum untuk mengetahui persepsi Jemaah Tabligh terhadap pelaksanaan dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui politik. Untuk melihat persepsi dalam kerangka yang lebih luas, persepsi yang berbeza mungkin berlaku apabila kajian yang dilakukan mengambil responden yang berbeza sebagai sampel kajian. Oleh itu, dicadangkan satu kajian lain yang lebih meluas untuk melihat persepsi pertubuhan-pertubuhan atau agensi dakwah yang lain terhadap dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS). Kajian sebegini adalah penting untuk mewujudkan satu usaha sama daripada seluruh pertubuhan dakwah Islam demi kepentingan dakwah dan agama Islam tanpa prejudis antara satu sama lain. 4. Kajian ini adalah terbatas kepada pelaksanaan dakwah yang dilakukan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS). Manakala persepsi Jemaah Tabligh telah diukur berdasarkan hanya kepada pelaksanaan dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS). Untuk memperluaskan lagi skop persepsi, maka dicadangkan kajian yang 203

dilakukan ke atas parti politik lain untuk mengetahui perbezaan dan persamaan hasil kajian yang diperolehi. 5.3.2 Parti Islam SeMalaysia (PAS) 1. Berdasarkan kepada hasil kajian yang dilakukan, kewujudan PAS adalah lebih sinonim sebagai sebuah parti politik berbanding sebagai sebuah pertubuhan dakwah. Anggapan ini telah bercanggah dengan peranan utama PAS yang lebih merujuk kepada tanggungjawab dakwah Islam manakala politik hanyalah dijadikan sebagai pentas sahaja. Oleh itu, dicadangkan agar pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) dapat mengadakan usaha-usaha bersepadu untuk mengubah persepsi tersebut. 2. Dicadangkan agar mengadakan seminar, kursus, bengkel, serta lawatan-lawatan ke pusat pertubuhan dakwah lain sebagai usaha untuk memperluaskan ilmu tentang metode berdakwah dengan berkesan. Pada masa yang sama dapat bertukar-tukar pendapat atau pandangan antara sesama pertubuhan dakwah di samping dapat mencapai kesepaduan dalam tindakan bagi setiap gerakan Islam dan mengelakkan dari salah faham antara satu sama lain. 3. Menghormati dan tidak merendahkan perjuangan Islam daripada badan-badan dakwah yang lain. Sentiasa mengadakan hubungan yang baik antara setiap pertubuhan dakwah termasuklah Jemaah Tabligh melalui penganjuran programprogram bersama seperti mengadakan lawatan dan kunjungan. Ini kerana, program lawatan bukan hanya dilakukan ketika menghadapi musim pilihan raya sahaja, bahkan program lawatan perlu dilakukan sepanjang masa untuk 204

mewujudkan hubungan dan kerjasama yang baik antara satu sama lain. Ianya amat penting dalam menjamin kemajuan dan perkembangan dakwah Islam. 4. Berdasarkan kajian yang dilakukan juga adalah dicadangkan agar pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) perlu menilai semula beberapa pendekatan yang mana ianya dilihat boleh memberi kesan negatif kepada persepsi masyarakat. Di antaranya ialah tindakan segelintir individu yang menjadikan program ceramah agama sebagai tempat untuk berpolitik apatah lagi dengan kata-kata cacian, makian, dan kata-kata kesat. Ketaatan dan kesetiaan sememangnya wajar bagi setiap ahli sesuatu pertubuhan. Namun begitu, sikap ketaksuban dan fanatik yang melampau di kalangan ahli telah membuka kelemahan kepada pertubuhan itu sendiri. Oleh itu, penilaian dan penelitian semula perlu dilakukan demi menjaga nama baik Parti Islam SeMalaysia (PAS). 5.3.3 Ahli Jemaah Tabligh 1. Dalam aspek perwatakan, terdapat beberapa sikap yang dikenalpasti kurang memuaskan. Antaranya ialah kurang bersedia menerima pandangan orang lain, selesa dengan cara sendiri, dan memadai dengan pencapaian yang ada. Selain itu, kerjasama untuk melakukan kajian agak sukar untuk diperolehi dengan alasan tidak mahu dikaji dan dipuji apatah lagi dikritik. Walhal sikap sebegini tidak mustahil akan merencatkan proses kemajuan Jemaah Tabligh untuk jangka masa panjang. Justeru, adalah dicadangkan supaya Jemaah Tabligh mewujudkan program dan kursus kepada ahli-ahli untuk memberi pendedahan yang mampu membentuk perwatakan yang lebih bersifat terbuka, mudah bergaul, mesra, dan mudah memberi kerjasama. 205

2. Pelaksanaan dakwah tidaklah terhad kepada beberapa pendekatan dan saluran tertentu sahaja. Bahkan dakwah perlu direncanakan dan diintegrasikan bersesuaian dengan suasana dan keperluan masyarakat hari ini. Pendekatan dakwah Rasulullah S.A.W juga tidak terhad kepada sesuatu pendekatan, malah dakwah Rasulullah S.A.W adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, sosial, muamalat, pentadbiran, pemerintahan, dan politik. Oleh itu, Rasulullah S.A.W perlu dijadikan idola dalam usaha dakwah yang lebih kreatif, inovatif, dan efektif. Adalah perlu untuk mengadakan programprogram ilmiah untuk memantapkan tahap pengetahuan Islam sebagai asas bagi pendakwah yang mampu berfikir di luar kotak. 3. Jemaah Tabligh perlu mengadakan interaksi dengan badan-badan atau pertubuhan Islam lain melalui penganjuran seminar diskusi, dialog, dan bengkel yang memberi pendedahan agar tidak timbul salah faham antara sesama harakah Islamiah. Pada masa yang sama diharapkan melalui penganjuran program tersebut dapat mencari kesepaduan pendapat dan tindakan bagi setiap gerakan Islam agar saling membantu dan bukannya saling menuding jari antara satu sama lain apabila berlaku sebarang kepincangan dalam dakwah. 4. Sikap merendah-rendahkan nilai perjuangan pertubuhan dakwah Islam yang mempunyai dasar panduan yang bersumberkan al-quran dan al-hadith adalah tidak wajar sama sekali. Sebaliknya, sikap saling hormat-menghormati dan saling mempercayai antara satu sama lain perlu dipupuk. Dengan cara ini tidak akan timbul siapa yang betul dan siapa yang salah. 206

5. Sasaran dakwah perlu diperluaskan lagi dan tidak hanya memfokuskan kepada orang Islam sahaja. Malah golongan non-muslim juga perlu diletakkan sebagai sasaran dakwah. Jemaah Tabligh disarankan supaya menyampaikan Islam kepada masyarakat non-muslim termasuklah kepada Orang Asli yang berada di pedalaman yang masih bukan beragama Islam. Kepada siapakah lagi yang hendak diharapkan untuk berdakwah kepada golongan non-muslim jika bukan orang Islam itu sendiri. 5.3.4 Masyarakat Awam 1. Masyarakat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab dakwah kepada pertubuhan dan badan-badan tertentu sahaja. Bahkan tanggungjawab dakwah perlu dipikul oleh setiap individu Muslim. 2. Masyarakat perlu memberi kerjasama dan sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh pertubuhan dakwah selama mana usaha dan tindakan mereka selari dengan al-quran dan al-sunnah dengan tujuan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi. 3. Tidak perlu melihat kewujudan kepelbagaian pertubuhan yang memperjuangkan dakwah Islam sebagai satu keraguan dan kesangsian. Malah kemunculan pertubuhan-pertubuhan dakwah hari ini perlu dilihat dengan pandangan positif. Kepelbagaian pertubuhan dakwah hari ini akan menjadi tembok kekuatan Islam. Selain itu, kepelbagaian pertubuhan dakwah adalah umpama kepelbagaian jalan yang boleh digunakan untuk menuju ke destinasi yang sama. Oleh itu, kepelbagaian pertubuhan dakwah yang ada hari ini memberi pilihan kepada 207

masyarakat sebagai salah satu jalan untuk mencapai kepada matlamat yang sama iaitu keredaan Allah S.W.T. 4. Tidak menjadikan kepelbagaian pertubuhan dan badan-badan dakwah sebagai wadah untuk menunjukkan kehebatan dan semangat kepuakan. Sikap tersebut akan mendatangkan kerugian kepada umat Islam itu sendiri. Sebagai penutup, pengintegrasian dakwah dan politik perlu dicerna dan dikembangkan lagi menerusi pendekatan yang lebih kreatif, inovatif, dan efektif bersesuaian dengan kehendak dan keperluan masyarakat semasa. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak diharap dapat membuahkan hasil yang lebih berkesan terutama dalam menghadapi cabaran berdakwah melalui politik. 208