Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

dokumen-dokumen yang mirip
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 4)

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

Metodologi Imam Tirmizi DR MUHAMAD ROZAIMI RAMLE

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 3)

BAB I PENDAHULUAN. Pada zaman Rasulullah SAW, hadis belumlah dibukukan, beliau tidak sempat

METOD IBNU AL-ARABI DALAM KITAB TAFSIR AHKAM AL-QURAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN METOD PENTAFSIR MASA KINI

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis:

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

APLIKASI FIQH KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PERSOALAN HUKUM BARU KEFATWAAN. Oleh: Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

Kata Kunci: Ajjaj al-khatib, kitab Ushul al-hadis.

KERTAS SOALAN CONTOH 931/1 STPM USULUDDIN KERTAS 1 (ILMU TAUHID) (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 1)

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Ulasan Buku/Book Review

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ZUHRI USUL TAFSIR. minggu kedua: ASBABUN NUZUL. 6 April 2017 Ustazah Rohana Ithnin

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

SISTEM PENCARIAN HADITH MENGGUNAKAN CIRI ASAS KATA KUNCI DAN KATEGORI

PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

Hak Cipta Terpelihara :

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB IV KUALITAS MUFASIR DAN PENAFSIRAN TABARRUJ. DALAM SURAT al-ahzab AYAT 33

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PENUTUP: KESIMPULAN DAN SARANAN

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

HADITS SUMBER AJARAN ISLAM KEDUA. Oleh Drs. H. Aceng Kosasih, M. Ag

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

SISTEM PENCARIAN HADITH MENGGUNAKAN CIRI ASAS KATA KUNCI DAN KATEGORI

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN BERAT KE ATAS PENAGIH DADAH DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH

BAB 1 PENDAHULUAN. baginda sendiri adalah pentafsir ayat-ayat al-quran yang diturunkan bagi tujuan

BAB V PENUTUP. Alhamdulillah penulis merafa kan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah

Transkripsi:

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 283 Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam MUHAMMAD ARIF YAHYA 1 Abstrak Ancaman terhadap kedudukan Hadith yang bermula selepas fitnah pembunuhan ke atas Saidina Uthman r.a telah mendorong kearah lahirnya manhaj dan kaedah yang dibentuk oleh Ahl al-hadith. Manhaj ulama Ahl al-hadith ini memiliki peranan dan sumbangannya dalam menjaga keautoritian Hadith sebagai sumber ilmu dan ketamadunan di dalam Islam. Kajian ini membahaskan dari sudut fungsi Hadith sebagai sumber peradaban dan ketamadunan, definisi ahl al-hadith, sejarah penggunaan manhaj dalam periwayatan Hadith, peranan ahl al-hadith dalam menjaga keautoritian Hadith serta manhaj ahl al-hadith dan sumbangannya dalam ketamadunan Islam. Hasil kajian mendapati bahawa ahl al-hadith telah memainkan peranan dan sumbangan besar dalam ketamadunan Islam apabila menyumbang kearah penghasilan manhaj di dalam Ulum al- Hadith. Kajian juga mendapati bahawa Manhaj ahl al-hadith ini turut menyumbang kearah penjagaan Hadith serta keautoritiannya sebagai sumber ilmu dan ketamadunan di dalam Islam. Kata kunci: Manhaj Ahl al-hadith, Ulum al-hadith, Sumber Peradaban, Tamadun Islam Pengenalan Setiap ilmu memiliki manhaj tersendiri yang telah disusun oleh ulama di dalam bidang tersebut. Begitu juga dengan ilmu hadith memiliki ahlinya yang telah berkorban untuk memastikan hadith terpelihara daripada ancaman jahat musuhmusuhnya. Hadith tidak sepertimana al-quran. Hadith terdedah kepada ancaman pemalsuan dan kesilapan dalam tempoh periwayatan dan pemindahannya. Rasulullah s.a.w telah mengisyaratkan cabaran yang akan dihadapi oleh pusaka peninggalannya ini daripada kalangan pelampau, pemalsu dan yang jahil. Golongan pertama akan menyelewengkan ajarannya jauh 1 Muhammad Arif Yahya, PhD, Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

284 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 daripada sifatnya yang sederhana. Para pemalsu pula membawa masuk perkara yang tiada kaitan langsung dengannya, manakala golongan jahil pula akan membuat pelbagai takwilan, dalihan dan andaian yang mengelirukan tanpa asas. (Fauzi Deraman: 2012). Diatas asas perlunya panduan dan manhaj dalam berinteraksi dengan hadith, para ulama dikalangan ahl al-hadith telah berusaha memberikan sumbangan yang besar dalam menjaga keautoritian hadith daripada ancaman musuh-musuhnya. Kertas kerja ini membahaskan peranan dan sumbangan Ahl al-hadith ini kearah memelihara kedudukan dan keautoritian hadith yang merupakan sumber peradaban dan ketamadunan di dalam Islam. Hadith Sebagai Sumber Peradaban dan Ketamadunan Menurut Yusuf al-qaradawi, Sunnah atau hadith sebagai sumber pengetahuan dan peradaban (al-qaradawi: 1998). Rasulullah s.a.w diutuskan untuk memberi petunjuk kepada masyarakat yang hidup dalam keadaan jahil. Baginda s.a.w diutuskan dengan dua wahyu iaitu al-quran dan al-sunnah yang perlu disampaikan kepada manusia. Matlamatnya adalah untuk mengeluarkan manusia daripada dunia kejahilan kepada dunia ilmu dan peradaban. Allah s.w.t berfirman di dalam al-quran Surah al-ahzab ayat 46 dan 47 yang bermaksud: Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) (46). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberinya; dan sebagai lampu yang menerangi (47). Menurut Ibn Kathir, maksud ajaran dan seruan Nabi s.a.w disifatkan sebagai lampu yang menerangi ialah perintah dan ajaran baginda yang terang dan jelas berdasarkan apa yang baginda bawakan seperti terangnya matahari dengan cahayanya (Ibn Kathir: 2002). Berpegang kepada dasar bahawa wahyu hadith sebagai sumber peradaban dan ketamadunan, sudah semestinya sudut keauntentikan sumber ini perlu dijaga supaya ia tidak dipertikaikan oleh musuhmusuh Islam yang sentiasa mencari titik kelemahan Islam melalui dua sumber utamanya, al-quran dan hadith. Oleh yang demikian, para ulama hadith sangat menitik beratkan disiplin yang ketat dalam memetik sesuatu hadith agar ia tidak menjadi fitnah terhadap syariat Islam itu sendiri.

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 285 Penggunaan Manhaj dan Kaedah dalam Periwayatan Hadith Ahl al-hadith di dalam kajian, penulisan dan karya mereka mempunyai metodologi tersendiri. Peri pentingnya menguasai metodologi pengajian hadith adalah seiring dengan kepentingan hadith (Fauzi Deraman: 2012). Jika dilihat kepada sejarah, Ahl al-hadith mula menggunakan disiplin asas bagi ilmu hadith apabila timbulnya fitnah pembunuhan keatas Saidina Usman dan umat Islam berpecah kepada beberapa kumpulan. Perkara ini digambarkan di dalam katakata yang dikemukakan oleh Ibn Sirin dan Abdullah Ibn al-mubarak r.a. Ibn Sirin r.a (110H) berkata: Mereka (para sahabat dan tabiin) tidak bertanya tentang sanad (pada peringkat awal), apabila berlakunya fitnah, mereka berkata: namakan pada kami perawi kamu, sekiranya dikalangan Ahlussunnah hadith mereka akan diambil kira, sekiranya dikalangan ahli bidaah hadith mereka tidak diambil kira Abd Allah bin al-mubarak r.a (181H) berkata: " " Isnad sebahagian daripada agama, kalaulah tidak kerana Isnad maka ramai yang akan berkatakata mengikut kesukaannya (dalam urusan agama) Berdasarkan pandangan kedua-dua tokoh ahl al-hadith ini menunjukkan bahawa permulaan penggunaan kaedah di dalam Ilmu Hadith dimulai dengan syarat yang ditetapkan dalam sesuatu periwayatan dan pengambilan hadith disertakan bersama dengannya sanad hadith. Bermula dengan kaedah dan syarat ini, ahl al-hadith mula mengembangkan beberapa usaha lain dalam konteks menjaga kedudukan hadith daripada terus diancam oleh musuh-musuh Islam. Berkata Ali bin al-madini (234H) Memahami makna kandungan hadith adalah sebahagian ilmu dan mengetahui para perawi hadith adalah sebahagian ilmu Ulama ahl al-hadith juga tidak hanya menumpukan penilaian kepada aspek sanad semata-mata dalam menjaga sumber hadith. Para ulama juga menetapkan kaedah yang penting dalam memahami hadith dari aspek matan hadith. Perkara ini berdasarkan kata-kata Ali bin al-madini tersebut yang menunjukkan kepada pendekataan dan manhaj ahl al-hadith terhadap sumber ini. Kaedah dan pendekatan ini sehingga melahirkan suatu ilmu yang khusus

286 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 membincangkan aspek sanad dalam ilmu hadith serta kaedah dan ilmu yang menfokuskan aspek matan hadith yang akan dibincangkan selepas ini. Peranan Ahl al-hadith dalam Menjaga Keautoritian Hadith Generasi awal sahabat telah meletakkan asas dalam berinteraksi dengan hadith setelah sumber syariat ini diancam dengan kemunculan hadith-hadith palsu. Sebelum itu, generasi sahabat tidak pernah melakukan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w dan saling menyampaikan kandungan hadith dikalangan sahabat dengan penuh amanah. Perkara ini sepertimana yang disebutkan oleh al- Barra bin Azib r.a katanya: Al-Barra bin Azib r.a katanya Bukan daripada semua yang telah kami sampaikan (berkenaan hadith) kepada kamu ini adalah yang kami dengarkan (sendiri) daripada Rasulullah s.a.w. Akan tetapi perkara ini kami saling menyampaikan (hadith) diantara kami (para sahabat), namun kami tidak pernah berdusta (ke atas Rasulullah s.a.w). Generasi sahabat sangat mengambil berat tentang hadith serta penyampaiannya kepada orang lain. Perkara ini adalah untuk penerusan dan manfaat ilmu yang terkandung di dalam sumber hadith dapat diteruskan kepada masyarakat bermula dengan generasi sahabat. Banyak daripada dalil-dalil yang menunjukkan kelebihan dalam menyampaikan sumber hadith ini antaranya yang diriwayatkan oleh Abi Daud sepertimana berikut: Allah menggelokkan rupa seseorang yang mendengar perkataan daripada kami kemudian ia menghafalnya sehingga ia menyampaikannya. Kemungkinan orang yang membawa fiqh (periwayatan hadith) kepada orang yang lebih faqih (faham) dan boleh jadi juga orang yang membawa periwayatan hadith tidak faham (berkaitan apa yang diriwayatkannya). Mereka mempelajari hadith serta membuat diskusi perbincangan mengenainya. Sebahagian kecil daripada sahabat juga diberi keizinan oleh Rasulullah s.a.w untuk menulis hadis berbanding sebahagian besarnya melalui hafazan di dalam ingatan. Senario ini menunjukkan perhatian terhadap hadith telah dimulakan oleh para sahabat ketika Rasulullah s.a.w masih hidup.

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 287 Gambar Rajah 1: Perkembangan Metode Ahl al-hadith Dalam Membangunkan Ketamadunan Islam Secara umumnya, manhaj Ahl al-hadith sebagai suatu metode dalam menjaga keautoritian hadith dapat dibahagikan tahap perkembangannya kepada tiga tahap. Tahap pertama iaitu asas disiplin yang diletakkan oleh Ahl al-hadith dalam menjaga keautoritian hadith terutamanya selepas berlaku pemalsuan terhadap hadith. Tahap kedua melalui proses perkembangan manhaj tersebut dalam aspek riwayah dan dirayah hadith. Manakala tahap ketiga proses memperkukuhkan manhaj Ahl al-hadith ini dengan kemunculan karya ulamaulama terkemudian. Berikut ini dihuraikan setiap tahap perkembangan tersebut. Meletakkan Disiplin Asas dalam Berinteraksi Dengan Hadith Metode penjagaan al-sunnah di kalangan generasi awal ialah melalui hafalan, perbincangan serta pengaplikasiannya dalam kehidupan. Selain itu, catatan dan penulisan terhadap hadith juga telah bermula semasa zaman Rasulullah s.a.w masih hidup lagi (Abu Layth: 2005, 56). Menurut Nur al-din Itr, Ilmu Hadith telah melalui beberapa fasa perkembangannya dan generasi sahabat sebagai permulaan terbentuknya peringkat asas kemunculan ilmu ini (Nur al-din Itr: 2003, 37). Disiplin asas yang digunapakai di peringkat awal periwayatan hadith semasa zaman sahabat kesemuannya bertujuan untuk menjaga al-sunnah itu sendiri daripada ancaman pemalsuan.

288 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Meperkembangan Metode dalam Ilmu Riwayah dan Dirayah Ulum al-hadith mengandungi dua perbincangan yang besar iaitu Ilmu Hadith Riwayah dan Ilmu Hadith Dirayah. Ilmu Hadith Riwayah ialah ilmu yang mengandungi kaedah-kaedah bertujuan untuk mengetahui keadaan al-rawi (penyampai) dan al-marwi (penerima riwayat) Manakala Ilmu Hadith Dirayah ialah Ilmu yang berfungsi bagi mengenalpasti maksud kandungan hadith dari aspek lafaznya (matan hadith) dengan berpandukan kepada kaedah bahasa arab serta disiplin syariat yang ditetapkan disamping memenuhi keadaan zaman yang dilalui oleh Nabi s.a.w (Abu al-layth al-khayr Abadi: 2005). Para ulama hadith berbeza definisi terhadap kedua-dua ilmu ini. Walaubagaimanapun, definisi yang dipilih oleh Abu Layth ini dilihat lebih difahami dan mudah untuk dibezakan kedua-dua istilah tersebut daripada aspek bahasa (lughah). Ilmu Riwayah berkaitan dengan aspek sanad hadith. Adapun ilmu Dirayah ialah berkaitan dengan aspek matan hadith. Perkembangan terhadap metode ilmu Riwayah dan Dirayah ini dilihat berjalan secara serentak seiring dengan proses awal penyampaian dan periwayatan hadith. Aspek perbincangan di dalam Ilmu Riwayah adalah melibatkan aspek sanad hadith yang membincangkan berkaitan individu yang menyampaikan hadith (al-rawi) serta mereka yang menerima hadith (al-marwi). Perkara ini termasuk perbincangan daripada sudut mengkategorikan sesuatu hadith samaada ianya mutawatir atau ahad. Perbincangan berkaitan topik ini lebih kepada melihat jumlah periwayatan di dalam sesuatu hadith. Lima syarat yang ditetapkan oleh ulama Ahl al-hadith untuk mencapai status hadith yang diterima (al-maqbul) adalah banyak melibatkan aspek sanad dan sebahagian aspek matan. Tiga aspek yang khusus berkaitan sanad iaitu ; 1)bersambungnya sanad, 2) perawi yang adil, 3) Perawi yang memiliki dabt (catatan dan hafalan) yang sempurna. Manakala dua yang lain berkongsi antara aspek sanad dan matan iaitu; 1)hadith tidak syaz, 2)hadith tidak mempunyai Illah. Perkara ini adalah sebahagian daripada usaha ulama ahl al-hadith dalam memperkembangkan perincian di dalam Ilmu Riwayah yang merupakan sebahagian kecil daripada metode ahl al-hadith dalam menjaga keautoritian sumber syariat ini. Perkembangan terhadap Ilmu Dirayah Hadith pula melibatkan manhaj Ahl al-hadith dalam menfokuskan perkembangan kaedah berkaitan aspek matan hadith. Ilmu yang dibina dan termasuk dalam aspek dirayah ialah antaranya Ilmu mukhtalif al-hadith (Ilmu berkaitan hadith yang diperselisihkan), Ilmu Nasikh dan Mansukh, Ilmu Gharib al-hadith dan Fiqhnya, Ilmu Asbab Wurud al-hadith (Ilmu berkaitan sebab sesuatu hadith diriwayatkan), serta Ilmu al-bu d al-zamani wa al-makani fi al-hadith (melihat konteks sesuatu hadith diucapkan).

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 289 Mengukuhkan Beberapa Metode Perbincangan dalam Ilmu Hadith Bagi Menghadapi Cabaran Semasa Hadith dalam era terakhir abad ke 19 dan 20 masihi ini menghadapi cabaran dalam berdepan ancaman musuh terutamanya di kalangan orientalis yang mempertikaikan kedudukan hadith sebagai sumber syariat Islam kedua (Mustafa al-siba i: t.t). Ada juga dikalangan umat Islam yang menimbulkan kekeliruan serta salah faham berkaitan sumber syariat yang dipegang hanyalah al-quran tanpa disertakan dengan sumber al-sunnah (al-a zami: t.t, Udah Mohsin:1998). Selain itu, para ulama hadith semasa juga menghadapi cabaran dalam mengukuhkan beberapa metode perbincangan dalam ilmu hadith terutamanya aspek penilaian terhadap sesuatu hadith pada zaman kini serta pemahaman hadith dengan mengambilkira tekstual dan kontekstual hadith (al- Khayr Abadi: 2005). Mustafa al-siba i dan Mustafa al-a zami banyak mengambil inisiatif memberikan jawapan balas terhadap tohmahan dan kritikan yang dilakukan oleh orientalis serta kumpulan-kumpulan yang membawa fahaman yang salah berkaitan institusi al-sunnah. Selain orientalis, para ulama telah membincangkan beberapa topik dan isu semasa yang timbul seperti al-sunnah Ma a man Yunkir Hujjiyyatuha Hadithan dan al-sunnah ma a Ba d al-katibin Hadithan. Abu al-layth al-khayr Abadi dalam kitab beliau, Ulum al-hadith: Asiluha wa Mu asiruha memasukkan beberapa perbincangan yang dilihat memberi nilai tambah kepada pengajian Ilmu Hadith terutamanya dalam konteks perbincangan zaman kini. Tambahan yang di kemukakan oleh Abu Layth al-khayr Abadi ini samaada di dalam Ilmu Riwayah al-hadith atau Dirayah al-hadith. Perbincangan di dalam Ilmu Riwayah al-hadith yang dikemukakan iaitu Penilaian Terhadap Hadith Dalam Era Moden. Manakala perbincangan di dalam Ilmu Dirayah al-hadith yang dikemukakan oleh beliau iaitu berkaitan pemahaman hadith dengan melihat aspek tekstual dan kontekstual sesuatu hadith. Manhaj Ahl al-hadith dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam Berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan dapat dinyatakan bahawa Ahl al-hadith telah memainkan peranan serta memberikan sumbangan yang besar dalam dunia ketamadunan Islam dengan terhasilnya kaedah serta manhaj di dalam Ulum al-hadith. Hadith sebagai sumber syariat yang kedua telah terdedah kepada ancaman musuh Islam serta usaha pemalsuan yang dilakukan keatasnya pada setiap zaman. Manhaj yang ditetapkan oleh ulama hadith ini telah berlaku beberapa perkembangan yang dapat mengukuhkan lagi manhaj serta perbincangan dalam aspek riwayah dan dirayah hadith. Kesungguhan

290 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 yang ditunjukkan oleh para ulama Hadith ini dalam mempertahankan institusi al-sunnah dapat dinilai melalui disiplin yang ketat samaada dalam penilaian sudut sanad atau matan hadith. Ulama hadith tidak hanya semata-mata melihat salah satu aspek sahaja iaitu sanad atau matan hadith. Tetapi mengambil kira kedua-dua Pada zaman awal periwayatan hadith Hadith dipelihara oleh para sahabat setelah mereka menerimanya daripada Rasulullah s.a.w iaitu melalui hafalan dan penulisan. Kebanyakan para sahabat menjaga hadith Nabi s.a.w melalui hafalan bukan melalui penulisan. Sebahagian para sahabat yang telah ditentukan dan diberi kebenaran untuk menulis hadis akan menjaganya melalui penulisan. Kesimpulan Ahl al-hadith memiliki sumbangan dan peranan yang besar dalam menjaga keautoritian hadith melalui kaedah yang ditetapkan dan diaplikasikan di dalam ilmu hadith. Kaedah dan manhaj ini jika diteliti dan dikaji adalah suatu disiplin yang ketat yang diterapkan oleh para ulama hadith dengan tujuan murni menjaga sumber ini daripada diancam musuh-musuhnya. Setiap ilmu dan bidang memiliki ketokohan dan manhajnya yang tersendiri dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan peradaban dan ketamadunan. Begitu juga dengan ahl al-hadith boleh berbangga dengan manhaj yang diaplikasikan di dalam ilmu hadith ini dalam menjaga sumber syariat Islam yang kedua daripada ancaman musuh-musuh Islam. Rujukan Abu Layth al-khayabadi, Ulum al-hadith: Asiluha wa Mu asiruha, cet. ke 4, 2005, Dar al-syakir. Fauzi Deraman Metodologi Muhaddithin dalam Ishak Suliaman et.al, Autoriti Hadis: Menangani Gerakan Anti Hadis, cet. ke 3, Penerbit Universiti Malaya. Fauzi Deraman Autoriti Hadis Dan Penjelasannya dalam Ishak Suliaman et. al, Autoriti Hadis: Menangani Gerakan Anti Hadis, cet. ke 3, 2012, Penerbit Universiti Malaya. Ismail bin Umar bin Kathir, Tafsir Ibn Kathir, 2002, Dar Taibah. Mustafa al-siba i, al-sunnah wa Makanatuha fi al-tasyri al-islami, t.t, Dar al-warraq. al-qaradawi Yusuf, al-sunnah Masdaran li al-ma rifah wa al-hadarah, 1998, Dar al- Syuruq Udah Mohsin Beberapa Kekeliruan Tentang Sunnah dalam Jawiah Dakir, Kewibawaan al-tafsir dan al-hadis, cet. ke 2, 1998, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia..