K E N Y A T A A N : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SIDANG AKADEMIK 2011/2012

dokumen-dokumen yang mirip
POLISI AM PENDAFTARAN KURSUS UNIVERSITI (PELAJAR IJAZAH PERTAMA & DIPLOMA)

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

K E N Y A T A A N KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) & DIPLOMA AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2016/2017

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

K E N Y A T A A N KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) & DIPLOMA

AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SIDANG AKADEMIK 2009/2010

AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2011/2012

MAKLUMAN AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2014/2015

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PEKELILING TIMBALAN REKTOR KAMPUS HAL EHWAL AKADEMIK BIL 4/2013 PENDAFTARAN PELAJAR LAMA DIPLOMA SEMESTER DISEMBER 2013 APRIL 2014

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN-MEI Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan-Mei 2018 adalah pada 17 Mei 2018 (Khamis) bermula jam pagi.

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

Selamat Datang PENGENALAN KEPADA PORTAL PELAJAR ASWARA

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN MEI Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan Mei 2017 adalah pada 20 Mei 2017 bermula jam pagi.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

PERATURAN PEPERIKSAAN

TAKLIMAT SISTEM AKADEMIK DAN PEPERIKSAAN

PROSEDUR PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR SEMESTER I SESI 2009/2010

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

[RASMI] BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH (BARU) TINDAKAN. 1 Pendaftaran Pelajar Baru Semester I, Sesi 2013/2014

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

NOTIS MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER I SESI 2014/2015 (PROGRAM PRASISWAZAH SEPENUH MASA)

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2018

AMARAN! Pendaftaran Lewat

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

(Bilangan 1) Diterbitkan oleh : BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D.E

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

TATACARA PERMOHONAN PERTUKARAN INSTITUSI PENGAJIAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR


PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

KEMENTERIAN MALAYSIA. Ruj. Kami: KPT.JPP(0) 601-1/2/14 ( ) Tarikh : L\Disember Semua Pengarah Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

PROSEDUR PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR SEMESTER I SESI 2008/2009

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

Jalan Serawak, Taman Bukit Kubu Jaya, Kuala Perlis Tel : Faks :

A. Pelajar baharu dalam program dengan tesis (Master atau PhD) 1. a. Mendaftar salah satu kursus berikut setiap semester pengajian (WAJIB):

MUKA SURAT BAHAGIAN A PERMULAAN

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

PERMOHONAN CUTI SABATIKAL TAHUN.. (Sila lengkapkan 3 salinan borang ini)

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

SEKSYEN 1 PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR PK.UniMAP.(O).06

10 hari ( 7 hari sebelum kuliah bermula)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

JADUAL KERJA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER III 2016/2017 1/6

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Tatacara Pencalonan Dekan/Pengarah & Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Pusat Tanggungjawab Sesi Tahun

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Transkripsi:

K E N Y A T A A N KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SIDANG AKADEMIK 2011/2012 1. Jadual Aktiviti Pendaftaran Kursus TARIKH AKTIVITI 14 Jun 11 September 2011 (Sistem E-Daftar ditutup pada 12 September 2011) Aktiviti pendaftaran kursus secara E-Daftar menerusi portal Kampus Sejahtera. Dibenarkan hanya kepada pelajar LAMA yang BERTARAF AKADEMIK AKTIF. Tidak dibenarkan kepada pelajar bertaraf akademik Percubaan (P1/P2). 10 September 2011 (Sabtu) - Pagi Aktiviti pendaftaran kursus secara PKDT oleh pelajarpelajar BARU (kemasukan Semester I, S.A. 2011/2012) di Pusat-pusat Pengajian/Pusat. 12 September 2011 (Isnin) (Semester 1, S.A. 2011/2012 bermula) i) Tempoh RASMI aktiviti pendaftaran kursus secara PKDT di Pusat-pusat Pengajian/Pusat :- Dibenarkan kepada semua pelajar termasuk :- - Pelajar bertaraf akademik Percubaan (P1/P2). - Pelajar bertaraf akademik Aktif yang mempunyai masalah/tidak boleh mendaftar semasa tempoh E-Daftar. - Kes-kes yang tidak dapat diselesaikan semasa tempoh E-Daftar. ii) Sessi kuliah / kelas / pengajaran bermula. 13 September 2011 (Selasa) hingga 21 Oktober 2011 (Jumaat) [ Minggu Pertama Hingga Minggu Ke-6 ] Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara PKDT di Pusat-pusat Pengajian/Pusat Termasuk aktiviti gugur/tambah. Pendaftaran kursus atau penambahan kursus tanpa alasan yang kukuh oleh pelajar dalam fasa lewat ini akan didenda RM50.00. Pengguguran kursus tidak dikenakan denda dalam tempoh ini (kecuali kursus Ko-Kurikulum & Bahasa yang dibenar minggu pertama sahaja). 21 Oktober 2011 (Jumaat) [ Akhir Minggu Ke-6 ] Hari terakhir aktiviti pendaftaran/gugur/tambah kursus di Pusat-pusat Pengajian/Pusat....2/-

- 2-2. Syarat-Syarat Dan Maklumat Am Pendaftaran Kursus Secara E-Daftar (e). (f). (g). (h). (i). (j). (k). Dibenarkan hanya kepada pelajar yang bertaraf akademik aktif sahaja. Pelajar bertaraf akademik aktif boleh juga mendaftar kursus melalui kaedah biasa iaitu ketika tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat, jika mengalami masalah mendaftar secara E-Daftar atau jika tiada akses kepada internet semasa tempoh E-Daftar. Pelajar dibenarkan/boleh mendaftar kursus terus melalui E-Daftar tanpa mendapatkan kelulusan Penasihat Akademik masing-masing. Tidak dibenarkan kepada pelajar bertaraf akademik Percubaan (P1/P2). Kumpulan pelajar ini perlu mendaftar kursus semasa tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian masing-masing. Perlu berjumpa dan mendapatkan kelulusan Penasihat Akademik terlebih dahulu sebelum mendaftar kursus. Sesetengah Pusat Pengajian tidak membenarkan pelajar tahun satunya mendaftar kursus secara E-Daftar walaupun bertaraf akademik aktif. Penghalangan ini atas faktor bidang pengkhususan/major masih belum ditentukan kepada pelajar tahun satunya. Sehubungan itu, bagi kes-kes penghalangan ini, pelajar perlu mendaftar kursus semasa tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian masing-masing. Dijalankan menerusi portal Campus Online USM. Keputusan rasmi peperiksaan Semester 2, S.A. 2010/2011 atau/dan keputusan peperiksaan KSCP, S.A. 2010/2011 (bagi yang mengambilnya) akan digunakan bagi menentukan taraf akademik terkini pelajar. Pelajar boleh menggugur/tambah kursus beberapa kali selagi dalam tempoh aktiviti E-Daftar. Walau bagaimanapun, data terakhir transaksi akan diguna-pakai sebagai data pendaftaran kursus yang muktamad bagi setiap pelajar. Senarai kursus yang telah didaftar semasa tempoh E-Daftar masih boleh dikemaskini (gugur/tambah) semasa tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat. Kes-kes yang tidak dapat/boleh diselesaikan semasa tempoh E-Daftar boleh diselesaikan semasa tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat. Melalui E-Daftar, pelajar boleh mendaftar semua kursus kecuali kursus Ko- Kurikulum. Pendaftaran Ko-Kurikulum adalah di bawah tanggungjawab/pentadbiran Pusat Rancangan Ko-Kurikulum (di Kampus Induk)/Pengerusi Rancangan Ko- Kurikulum (di Kampus Kejuruteraan)/Penyelaras Rancangan Ko-Kurikulum (di Kampus Kesihatan). Kursus-kursus Ko-Kurikulum akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam akaun pendaftaran kursus pelajar yang terlibat sebelum aktiviti E-Daftar (jika permohonan pra daftar berjaya). Pendaftaran kursus jenis Audit (berkod jenis Y ) adalah tidak dibenarkan. E-Daftar masih mengekalkan peraturan-peraturan/polisi am pendaftaran kursus Universiti termasuk bilangan beban kerja/unit minima dan maksima pendaftaran kursus yang dibenarkan iaitu dalam julat 9 21 unit....3/-

- 3-3. Capaian Ke Sistem E-Daftar Oleh Pelajar Sistem E-Daftar ini boleh dicapai menerusi portal Campus Online USM (campusonline.usm.my). Pelajar perlu berdaftar dengan portal ini untuk menjadi ahli (member). Setiap ahli akan diberikan ID (Kata Pengenalan) dan Password (Kata Laluan). Pelajar menggunakan ID dan Password ini untuk mengakses (login) ke laman profailnya yang akan mengandungi satu menu bertajuk E-Daftar. Seterusnya pelajar perlu klik menu E-Daftar ini untuk mengaksesnya dan seterusnya mendaftar kursus-kursus yang berkenaan. (e). Pelajar boleh/dinasihatkan untuk mencetak slip pengesahan pendaftaran kursusnya selepas selesai mendaftar atau selepas setiap kali mengemaskini (gugur/tambah) senarai pendaftaran kursusnya semasa dalam tempoh E-Daftar. (f). Akses ke Sistem E-Daftar akan dibuka dalam tempoh 8 Jun 11 September 2011. (g). Panduan untuk berdaftar/mengakses portal Campus Online ini ada disediakan di halaman utama portal ini. 4. Maklumat-Maklumat/Dokumen Yang Diberikan Kepada Pelajar Menerusi Portal Campus Online USM Maklumat Penasihat Akademik. Maklumat akademik seperti taraf akademik, nilai PNG, nilai PNGK dan tahun pengajian. Cangred dan Borang Daftar Kursus. Senarai kursus yang akan ditawarkan dari semua Pusat Pengajian/Pusat. (e). Jadual-jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran dari Pusat-pusat Pengajian/Pusat/Unit di ketiga-tiga kampus. (f). (g). Senarai kursus pra-daftar yang telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam rekod pendaftaran kursus pelajar yang berkenaan (jika ada). Peringatan-peringatan tertentu mengenai polisi/syarat umum pendaftaran kursus Universiti....4/-

- 4-5. Perkara/Maklumat/Dokumen Yang Perlu Diberi Perhatian/Dirujuk/Dipertimbangkan Oleh Pelajar Sebelum Mendaftar Kursus Secara E-Daftar Merujuk kepada laman web Pusat-pusat Pengajian/Pusat berkaitan bagi mendapatkan arahan/maklumat terkini penawaran kursus atau berkaitan pendaftaran kursus. (e). (f). (g). Perancangan senarai kursus yang perlu didaftarkan mengikut semester seperti yang ditetapkan dalam Buku Panduan Rancangan Pengajian. Senarai kursus yang akan didaftarkan berserta kod jenis bagi setiap kursus terlibat. Senarai kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian/Pusat terlibat. Cangred. Jadual-jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran yang melibatkan kursus-kursus yang akan didaftarkan (bagi mengelakkan pertindihan jadual waktu kuliah/kelas). Peringatan-peringatan tertentu mengenai polisi/syarat umum pendaftaran kursus Universiti. 6. Pendaftaran Kursus Melebihi Had Maksima 21 Unit Prosedur permohonannya boleh dirujuk pada perkara 8. Hanya pelajar di tahun akhir sama ada pada Semester 1 atau Semester 2 dibenarkan untuk memohon untuk mendaftar melebihi 21 unit dengan formulanya 21 unit + tambahan 1 kursus sahaja. 7. Pendaftaran Kursus Di Bawah Had Minima 9 Unit Prosedur permohonannya boleh dirujuk pada perkara 8 Hanya pelajar yang telah memenuhi tempoh minima bermastautin dibenarkan mendaftar kursus di bawah had minima 9 unit, dengan perakuan dari Dekan/Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan) Pusat Pengajian. Pelajar yang telah diluluskan pengecualian sejumlah unit tertentu yang melayakkannya diberi pengecualian satu atau dua semester akan layak dikurangkan tempoh minima bermastautinnya berdasarkan bilangan semester yang telah dikecualikan (satu atau dua). (e). Semester ketika pelajar bercuti/tangguh pengajian (cuti dengan kebenaran) atau digantung dari pengajian tidak diambilkira dalam penjumlahan keseluruhan tempoh minima bermastautin. Kursus Audit tidak diambilkira dalam memenuhi had minima 9 unit (rujuk perkara 12)....5/-

- 5-8. Pendaftaran Kursus Bagi Kes-Kes Khas (Di Luar Julat 9 21 Unit) & Prosedurnya Permohonan ini dibenarkan hanya bagi pelajar tahun akhir (permohonan mendaftar kursus melebihi 21 unit) dan pelajar yang telah memenuhi tempoh minima bermastautin (permohonan mendaftar kursus di bawah 9 unit). Boleh dibuat sama ada secara bertulis oleh pelajar (surat rasmi) atau melalui pengisian borang pendaftaran kursus atau melalui catatan atas slip pengesahan pendaftaran kursus diikuti dengan perakuan (sokongan) Dekan/Timbalan Dekan berserta cop jawatannya atas mana-mana bentuk dokumen permohonan yang dinyatakan berkenaan dan seterusnya diserahkan/dialamatkan kepada pejabatpejabat berikut mengikut tempoh tertentu yang dinyatakan ini :- - Dalam tempoh 12 September 21 Oktober 2011 (minggu ke-1 hingga minggu ke-6) = Pejabat Unit Pemprosesan Data & Rekod, BPA, Jabatan Pendaftar - Mulai 22 Oktober 2011 (minggu ke-7 dan ke atas) = Pejabat Unit Peperiksaan, BPA, Jabatan Pendaftar Semua permohonan kes-kes khas ini akan dimajukan untuk pertimbangan/kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). (f). Bagi permohonan kes-kes khas yang lewat dimajukan mulai pada minggu ke-3 (mulai 26 September 2011), perakuan denda/tidak didenda kepada pelajar terlibat adalah di bawah penilaian/budibicara Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Selepas diluluskan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), semua urusan pendaftaran kursus bagi lebihan unit terlibat sahaja akan dilakukan oleh/di pejabat-pejabat yang dinyatakan pada perkara (a) di atas. Mana-mana pelajar yang mendaftar kursus di luar julat 9 21 unit tanpa perakuan/kelulusan Pusat Pengajian/Universiti adalah tidak sah dan akan dianggap tidak mendaftar kursus pada semester berkenaan. Pusat Pengajian berhak untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu dan sesuai bagi memastikan pelajar terlibat mematuhi pendaftaran kursus dalam julat 9 21 unit. 9. Pendaftaran Kursus Bahasa Dan Ko-Kurikulum/Kebudayaan Pendaftaran kursus-kursus Bahasa secara E-Daftar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, jika berlaku sebarang masalah, pendaftaran kursuskursus Bahasa masih boleh dijalankan/dikemaskini semasa tempoh rasmi aktiviti PKDT, di pejabat Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan (PPBLT). Semua urusan kelulusan/pendaftaran/pengguguran/penambahan bagi kursuskursus Bahasa adalah di bawah tanggungjawab dan pentadbiran pihak PPBLT. Sebarang masalah berkaitan pendaftaran kursus-kursus Bahasa boleh dibuat kepada pihak PPBLT sepertu berikut ; Pejabat Am = 04-6534542, Penyelaras kursus Bahasa Malaysia = 04-6533974, Penyelaras kursus Bahasa Inggeris = 04-6533406 dan Penyelaras kursus Bahasa Asing = 04-6533396 (bagi pelajar Kampus Induk) / 04-5995407 (bagi pelajar Kampus Kejuruteraan) / 09-7671252 (bagi pelajar Kampus Kesihatan)...6/-

- 6 - Pendaftaran kursus-kursus Ko-Kurikulum/Kebudayaan secara E-Daftar adalah tidak dibenarkan. Pendaftaran kursus Ko-Kurikulum/Kebudayaan adalah sama ada secara pradaftar sebelum semester bermula atau semasa dalam minggu pertama/kedua semester. Hanya kumpulan pelajar yang terpilih sahaja akan dimasukkan datadata pendaftaran kursus Ko-Kurikulum/Kebudayaan mereka. Semua urusan kelulusan/pendaftaran/pengguguran/penambahan bagi kursuskursus Ko-Kurikulum/Kebudayaan adalah di bawah tanggungjawab dan pentadbiran pihak Pusat Rancangan Ko-Kurikulum, Kampus Induk (04-6535243/45/48) / Pengerusi Rancangan Ko-Kurikulum, Kampus Kejuruteraan (04-5995091) / Penyelaras Rancangan Ko-Kurikulum, Kampus Kesihatan (09-7677547). Pengguguran kursus-kursus Bahasa dan Ko-Kurikulum/Kebudayaan, jika perlu, hendaklah dibuat dalam tempoh minggu pertama. Selepas minggu pertama, denda RM50.00 akan dikenakan. 10. Denda RM50.00 Bagi Kes Pendaftaran Kursus Lewat Dan Kes Penambahan Kursus Lewat (Kes Tanpa Alasan Kukuh/Munasabah) Denda sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada pelajar bagi kes-kes berikut :- Pelajar yang mendaftar lewat tanpa alasan kukuh/munasabah iaitu mana-mana pelajar yang menyerahkan borang pendaftaran kursus mulai 13 September 2011. Penambahan kursus lewat iaitu pelajar yang sudah memuktamadkan pendaftaran kursusnya tetapi ingin menambah lagi kursus mulai 13 September 2011 tanpa alasan kukuh/munasabah atau disebabkan kelalaian pelajar merancang pendaftaran kursusnya. 11. Pendaftaran Kursus Prasyarat (berkod jenis Z) Pendaftaran kursus Prasyarat (kod jenis Z) adalah DIAMBILKIRA dalam penjumlahan keseluruhan beban kerja (unit) sebenar yang didaftar. - Walau bagaimanapun gred yang diperolehi dari kursus Prasyarat adalah tidak diambil kira dalam pengiraan PNGK dan penjumlahan unit ke arah pengijazahan. 12. Pendaftaran Kursus Audit (berkod jenis Y) Pendaftaran kursus Audit (kod jenis Y) adalah TIDAK DIAMBILKIRA dalam penjumlahan keseluruhan beban kerja (unit) sebenar yang didaftar. - Gred yang diperolehi dari kursus jenis Audit adalah tidak diambilkira dalam pengiraan PNGK dan penjumlahan unit ke arah pengijazahan....7/-

- 7-13. Penetapan Beban Kerja/Unit Sebenar Bagi Pendaftaran Kursus Ko-Kurikulum Jenis Satu Sidang Di Semester 1 dan 2 Berunit Satu (1) [Contohnya kursus Jazz Band I] Universiti telah menetapkan setting berikut bagi pendaftaran kursus-kursus sebegini pada Semester 1 dan Semester 2 :- * Pada Semester 1 = 21 unit dari kursus-kursus lain + kursus Ko-K terlibat (beban kerja di set 0 unit) * Pada Semester 2 = 20 unit dari kursus-kursus lain + kursus Ko-K terlibat (beban kerja di set 1 unit) Berunit Dua (2) [Kursus Ko-Kurikulum beruniform berpakej seperti PALAPES] Universiti telah menetapkan setting berikut bagi pendaftaran kursus-kursus sebegini pada Semester I dan Semester 2 :- = 21 unit dari kursus-kursus lain + kursus Ko-K terlibat (beban kerja di set 0 unit) 14. Pelajar Yang Berhutang Dihalang Mendaftar Kursus Mana-mana pelajar yang masih mempunyai tunggakan hutang hingga akhir Semester 2, S.A. 2010/2011 tidak akan dibenarkan mendaftar kursus. Kebenaran mendaftar kursus hanya akan diberikan setelah hutang masing-masing dijelaskan. Pelajar yang ingin berbincang/membuat pertanyaan berkaitan atau mempunyai masalah tunggakan hutang ini boleh menghubungi :- (i). Jabatan Bendahari di 04-6533946 (bagi pelajar Kampus Induk) / 04-5995024 (bagi pelajar Kampus Kejuruteraan) / 09-7672111 (bagi pelajar Kampus Kesihatan). (ii). Pejabat Unit Biasiswa & Pinjaman, Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (HEPP) di 04-6533627 (bagi pelajar Kampus Induk) / 04-5995532 (bagi pelajar Kampus Kejuruteraan) / 09-7671314 (bagi pelajar Kampus Kesihatan)....8/-

- 8-15. Tindakan Yang Boleh Diambil Universiti Terhadap Pelajar Yang Gagal Mendaftar Kursus Tanpa Alasan Munasabah Mengikut peraturan Universiti, seseorang pelajar wajib mendaftar kursus pada setiap semester kecuali di atas sebab-sebab tertentu yang menghalangnya mengikuti pengajian seperti kursus tertentu tidak ditawarkan/menghadapi masalah kesihatan/masalah keluarga/masalah kewangan. Dalam keadaan ini, pelajar dikehendaki memaklumi pihak Pusat Pengajian/Universiti sebab-sebab beliau tidak dapat mendaftar kursus dan sekiranya perlu, pelajar boleh memohon kemudahan cuti (Cuti Dengan Kebenaran) sekiranya cuti ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Sila ambil perhatian bahawa pihak Universiti boleh menamatkan pengajian (deregister) mana-mana pelajar yang gagal mendaftar kursus tanpa sebarang alasan yang kukuh/munasabah/tanpa sebarang berita dalam mana-mana semester. * Pelajar di tahun akhir masih perlu mendaftar kursus selagi tidak disahkan layak berijazah oleh pihak Universiti. 16. Kemudahan Cuti Dengan Kebenaran (CDK) Permohonan CDK ini adalah tertakluk kepada perakuan Pusat Pengajian dan kelulusan oleh Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar/HEPP). Borang permohonan CDK boleh diperolehi dari Bahagian HEPP atau Pusat Pengajian atau dicetak dari laman web berikut :- registry.usm.my/updr/cdk.asp. Borang CDK yang telah dilengkapkan pelajar perlu diserahkan kepada Dekan Pusat Pengajiannya bersama-sama lain-lain dokumen sokongan (sekiranya ada). Untuk perhatian, seorang pelajar boleh memohon untuk bercuti maksimanya sebanyak empat [4] semester sahaja sepanjang tempoh pengajiannya, samada berturut-turut atau tidak. Pertanyaan lanjut mengenai kemudahan CDK ini boleh dibuat kepada pejabat Unit Kaunseling (Sektor Kesejahteraan Pelajar, Bahagian HEPP, Kampus Induk) di 04-6533410. 17. Tarikh Pelajar Lama Dibenarkan Mula Mendaftar Di Desasiswa Bagi Penginapan Semester 1, S. A. 2011/2012 Tarikh pelajar lama dibenarkan untuk mendaftar di desasiswa masing-masing bagi penginapan Semester 1, S.A. 2011/2012 adalah seperti berikut :- Pelajar Kampus Induk & Kampus Kejuruteraan = mulai 9 September 2011 (Jumaat) Pelajar Kampus Kesihatan = mulai 8 September 2011 (Khamis)...9/-

- 9 - AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SIDANG AKADEMIK 2011/2012 Kerjasama pelajar untuk mematuhi segala arahan yang dinyatakan adalah amat diharapkan dan dihargai. Pelajar boleh juga merujuk dan mencetak notis Kenyataan Aktiviti Pendaftaran Kursus Semester 1, S.A. 2011/2012 ini menerusi laman web USM dan portal Campus Online USM. Sekian, harap maklum. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Memastikan Kelestarian Hari Esok ( MOHD AZIZUDIN BIN MOHD SHARIFF ) Penolong Pendaftar Kanan Unit Pemprosesan Data & Rekod (UPDR) Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar No. Tel. : 04-653 2336/2924/4194 (Pej. Am) atau 04-6533211 (D/L) No. Faks : 04-6574641 E-Mel : azizudin@notes.usm.my Web : registry.usm.my/updr Tarikh luput : 22 Oktober 2011