PEGAWAI PENDIDIKAN PERKHIDMATAN TAHUN 2016 DEWAN MUNSYI INSTITUT PENDIDIKAN GURU SULTAN ABDUL Anjuran : KPM / IPGM/ ULDP IPG KSAH Keluaran : 1 /2016 Program Transformasi Minda (PTM) untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2016 telah bermula dari 27-31 Mac 2016. Program anjuran KPM dengan kerjasama JPN dan IPGM telah berlangsung di Dewan Munsyi IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah. Seramai 105 orang peserta telah mendaftarkan diri. Peserta terdiri daripada PPD Baling/Sik, PPD Kulim/Bandar Baru dan PPD Kuala Muda Yan. Manakala 5 orang peserta dari JPN Perlis. Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPG KSAH iaitu Yang Berusaha Dr. Azman Bin Jusoh. Gambar : Wakil JPN Kedah, JPN Perlis, Ketua Unit LDP IPG KSAH dan Timbalan Pengarah IPG KSAH. Gambar : Pendaftaran penginapan di Kolej Kediaman IPG KSAH. Gambar : Suasana pendaftaran peserta kursus dan tempat program di Dewan Munsyi IPG KSAH. Taklimat pihak urus setia telah di sampaikan oleh Ketua ULDP En. Khiruddin Bin Yaakob. Taklimat merangkumi pelbagai aspek termasuk penginapan, makan minum, peraturan sepanjang kursus, ketepatan masa kursus dan sebagainya. Suasana ujian Pre test dan Ujian Tasma Aktiviti malam. Ujian Pre-test dan Tajma telah di adakan oleh Cik Haryani selaku Kaunselor Pelajar. Aktiviti berlanjutan hingga malam dan berakhir sekitar jam 10.30. malam.
Anjuran : KPM / IPGM/ ULDP IPG KSAH Keluaran : 2 /2016 Program Transformasi Minda (PTM) untuk Pegawai Perkhimatan Pendidikan Tahun 2016 telah masuk hari kedua dan berjalan dengan baik. Terdapat 11 orang fasilitator PTM yang terdiri daripada En. Shahrizal Bin Ahmad, En. Aznan Bin Mat Akhir, Tn. Hj. Ahmad Nadri Bin Daud, En. Nurizan Bin Rashid, Tn. Hj. Azizi Bin Abd. Rahman, Tn. Hj. Hassan Bin Jaafar, En. Md. Zuki Bin Hasihim, Dr. Masri Bin Baharom, Tn. Hj. Nukman Bin Abdullah, Cik Haryani Binti Hanafi dan En. Khiruddin Bin Yaakob. Manakala staff Unit Latihan Dalam Perkhidmatan bertindak selaku urus setia sepanjang program berlangsung. Semua fasilitator terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Semua fasilitator dan urus setia turut bertindak sebagai penilai terhadap peserta kursus sepanjang program PTM. Slot pertama Program PTM telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan tajuk Budaya Kerja Kelas Pertama merangkumi aspek Mengutamakan Masyarakat, Pemikiran Kritis dan Inovatif, Pengurusan Pelanggan dan Keterampilan Diri. Slot sebelah malam pula dengan tajuk Sistem Pentadbiran Negara. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan dan kerjasama daripada peserta adalah sangat menggalakkan. Semua peserta kursus telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan ini bergantung kepada fasilitator setiap slot.. Gambar : Beberapa aktiviti yang sempat dirakam. Suasana ketika program PTM. Program sebelah malam berakhir sekitar jam 10.30 malam. Sepanjang program berlangsung, peserta turut dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan yang enak-enak disediakan oleh pihak IPG KSAH. Manakala kolej kediaman menguruskan kediaman peserta kursus.
Anjuran : KPM / IPGM/ ULDP IPG KSAH Keluaran : 3 /2016 Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal perlantikan dalam perkhidmatan awam. PTM merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. PTM dilaksanakan dalam tempoh 5 hari meliputi 3 segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam, Tanggungjawab dan Peranan Pegawai dan Budaya Kerja Kelas Pertama. Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM terdiri daripada pegawai lantikan pertama pada atau sebelum 1 Januari 2013. IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan kerjasama Unit Latihan Dalam Perkhidmatan bertindak selaku tuan rumah sepanjang kursus ini berlangsung. Hari ketiga PTM menyaksikan beberapa perkongsian ilmu antaranya Hala Tuju Negara, Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia, Overview Perkhidmatan Awam, Pengenalan Kepada Laluan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam, Pengenalan kepada Organisasi serta Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam (Peraturan Pegawai & Perintah-perintah Am). Semua peserta kursus menunjukkan minat dan memberikan kerjasama dengan baik dan positif. Gambar sebelah kiri: En. Khiruddin Bin Yaakob dan En. Shahrizal Bin Ahmad mengiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Hashim Bin Asman, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang telah sudi meluangkan masa meninjau proses PTM di Dewan Munsyi, IPG KSAH. Gambar sekitar suasana PTM.
Anjuran : KPM / IPGM/ ULDP IPG KSAH Keluaran : 4 /2016 Program Transformasi Minda yang bermula dari 27 Mac - 31 Mac 2016 menggariskan beberapa objektif iaitu : a) Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturanperaturan asas perkhidmatan awam. b) Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotism pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam. c) Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan diri dalam perkhidmatan awam. d) Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju. Gambar : Suasana sekitar PTM. Hari keempat, PTM masih lagi berjalan dalam suasana yang baik walaupun cuaca agak panas. Pengisian tajuk setiap slot adalah seperti: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam, Pengurusan Integriti & Keselamatan merangkumi aspek Isu Integriti, Isu Keselamatan, Isu Rasuah dan Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Adalah diharapkan perkongsian ilmu ini akan memberikan banyak manfaat kepada semua peserta kursus. Gambar : Suasana sekitar PTM Sepanjang PTM berlangsung, semua fasilitator dan pihak urus setia bertindak sebagai penilai terhadap semua peserta kursus. Semua peserta menginap di Kolej Kediaman IPG KSAH manakala urusan makanan dan minuman telah disediakan oleh pihak katering IPG KSAH. Pelbagai juadah menarik dan sedap disajikan untuk peserta kursus.
Anjuran : KPM / IPGM/ ULDP IPG KSAH Keluaran : 5 /2016 Program Transformasi Minda (PTM) telah sampai ke penghujungnya pada 31 Mac 2016 (Khamis). Setelah berkampung selama lima hari di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. PTM berakhir dengan Ujian Penilaian Kefahamann / Post Test. Sebanyak 20 soalan objektif telah disediakan dan soalan berdasarkan setiap slot yang telah dipelajari oleh peserta kursus. Gambar sekitar Ujian Penilaian / Post test Majlis perasmian penutupan PTM telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Hashim Bin Asman Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Perjalanan majlis perasmian penutupan telah dikendalikan oleh peserta kursus sendiri dengan kerjasama pihak urus setia PTM. Sebelum itu, majlis disajikan dengan persembahan nyanyian, tayangan slide, ucapan ketua kumpulan, ucapan ketua fasilitator dan penyampaian sedikit cenderahati. Perasmian majlis penutupan Gambar: Sekitar suasana PTM. PTM berlangsung dalam suasana Gambar : Suasana sekitar majlis penutupan PTM.