MANUAL PENGGUNA SISTEM LKK-ONLINE (SISTEM LAPORAN KEMAJUAN KURSUS) http://hronline.ums.edu.my/lkk MODUL PENSYARAH/KAKITANGAN CUTI BELAJAR
ANTARAMUKA UTAMA SISTEM ONLINE LAPORAN KEMAJUAN KURSUS PENSYARAH URL : http://hronline.ums.edu.my/lkk/ Paparan di atas merupakan laman login bagi pensyarah. Pada laman ini, pensyarah dikehendaki memasukkan ID Pengguna (No. Kad Pengenalan) dan Kata Laluan. Pilih Login as Student. Klik Log In. 2 of 9
Jika Log In Berjaya, pensyarah akan dapat melihat paparan seperti di bawah iaitu Laman Utama untuk pensyarah. Nama pensyarah dan tahap akses untuk system akan dipaparkan. Pensyarah boleh memilih fungsi fungsi yang terdapat seperti di ruangan petak berwarna hijau di bawah. MENU MAKLUMAT PERIBADI Pada menu Maklumat Peribadi, pensyarah boleh melihat maklumat profil peribadi, maklumat keluarga dan maklumat pendidikan yang telah diisi di dalam sistem HR Online. Maklumat maklumat ini HANYA boleh diubah di dalam sistem HR Online, pensyarah perlu log masuk ke dalam sistem HR Online untuk menambah atau mengemaskini maklumat. Profil Kakitangan 3 of 9
Maklumat Keluarga Maklumat Pendidikan MAKLUMAT CUTI BELAJAR Pada menu Maklumat Cuti Belajar, pensyarah boleh melihat dan mengemaskini Maklumat Pengajian dan Maklumat Pembiayaan/Pinjaman. Maklumat maklumat ini WAJIB diisi untuk melengkap maklumat di dalam Laporan Kursus, Maklumat ini hanya diisi sekali sahaja, sekiranya terdapat sebarang perubahan Maklumat Pengajian, pensyarah perlu memaklumkan kepada pihak HRD, Jabatan Pendaftar. 4 of 9
Maklumat Pengajian Klik pada KEMASKINI MAKLUMAT untuk mengemaskini. Pensyarah perlu menghubungi pihak HRD untuk menambah atau mengemaskini nama penyelia, pihak HRD akan mendaftar maklumat login ke dalam sistem LKK Online. 5 of 9
Maklumat Pembiayaan/Pinjaman Klik pada KEMAKINI MAKLUMAT untuk mengemaskini maklumat pembiayaan/pinjaman. Selepas memasukkan maklumat, klik pada butang Kemaskini untuk simpan. 6 of 9
LAPORAN KURSUS Pada menu di dalam Laporan Kursus, pensyarah boleh lihat senarai laporan mengikut tahun dan semester. Section A : Ini adalah laporan yang WAJIB diisi oleh pensyarah pada setiap semester. Section B Status : Pensyarah hanya boleh mengetahui status (lengkap/dalam proses) laporan yang diisi oleh penyelia, pensyarah tidak boleh melihat laporan yang telah diisi oleh penyelia. Status Pengesahan Pihak HRD : Status penerimaan laporan dari pensyarah dan penyelia akan disemak dahulu oleh pihak HRD dan disahkan sekiranya laporan telah lengkap. Pensyarah boleh menambah laporan baru dengan klik pada Tambah laporan. Pada bahagian Tambah LKK, pensyarah perlu memasukkan tahun dan semester bagi setiap laporan yang ingin dihantar. Klik pada butang Add untuk tambah. 7 of 9
Selepas tambah laporan, pensyara boleh klik View pada ruang Section A untuk mengemaskini laporan. Pensyarah boleh mengisi maklumat pada bahagian COURSEWORK atau RESEARCH atau kedua duanya bergantung kepada jenis pengajian pensyarah. Klik pada KEMASKINI LAPORAN untuk mengisi atau mengemaskini laporan. 8 of 9
Selepas maklumat laporan diisi, pensyarah perlu membuat pengesahan laporan sebelum kemaskini. Penyelia HANYA boleh membuat laporan Section B sekiranya pensyarah telah membuat pengesahan. Laporan tidak dikira telah dihantar ke pihak HRD sekiranya pensyarah belum membuat pengesahan. Selepas menggunakan Sistem Online Laporan Kemajuan Kursus Pensyarah, pensyarah boleh Log Keluar dari sistem dengan klik butang Logout bagi tujuan keselamatan. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada: Email : lkk@ums.edu.my Group Cuti Belajar UMS (Facebook) : https://www.facebook.com/groups/140803052601051/ 9 of 9