ISU-ISU TERHADAP TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR (2003)

dokumen-dokumen yang mirip
HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

0C2B F A4?OpenDocument

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KELUARGA BUKAN ISLAM

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 1984

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PENGENDALIAN KES PERCERAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERLIS SATU TINJAUAN

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PEMAKAIAN KONSEP WASIAT WAJIBAH DI MALAYSIA

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

ULASAN BUKU PENGENALAN

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

PENDAHULUAN TAFSIRAN HARTA SEPENCARIAN

BULETIN KUMPULAN HAL EHWAL PESERTA

BAB EMPAT : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. bermastautin. Setiap kes yang difailkan akan melalui prosiding tertentu dari awal

Bab 4. Pelaksanaan Permohonan Perintah Faraid Menurut Undang-undang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY. TAMBAHAN No.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Undang-Undang Malaysia

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

AMALAN PERINTAH TAUBAT (ISTITABAH) BAGI PERMOHONAN KELUAR AGAMA ISLAM

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Perkhidmatan yang ditawarkan :

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

AKTA PILIHAN RAYA 1958

ANALISA KES MELIBATKAN ANAK TAK SAH TARAF DI MAHKAMAH SYARIAH

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

BARU-BARU ini heboh diperkatakan prosedur

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Tambahan pula, bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam, suatu amanah akan diwujudkan untuk penama di bawah keadaan-keadaan berikut:

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

Fiqh dan Pengurusan Harta Warisan: Dengan Fokus kepada Faraid

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Transkripsi:

1012 ISU-ISU TERHADAP TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR (2003) ZAINI YUSNITA MAT JUSOH Jabatan Undang-undang, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor zainiyusnita@kuis.edu.my ABSTRAK Sistem perundangan keluarga Islam di Malaysia telah memperuntukkan hak-hak tertentu yang boleh dituntut oleh bekas isteri selepas perceraian dan adalah menjadi tanggung jawab suami untuk menunaikannya. Enakmen undang-undang keluarga Islam setiap negeri juga telah mengadakan peruntukan-peruntukan demi memastikan hak-hak wanita terjamin dan dilaksanakan seperti yang dituntut oleh Islam. Antara hak-hak yang boleh dituntut ialah hak terhadap mas kahwin tertunggak, nafkah iddah, harta sepencarian, mutaah dan hadhanah. Namun begitu, kertas kerja ini hanya akan membincangkan mengenai tuntutan terhadap sepencarian sahaja. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor (2003) telah mengiktiraf bahawa harta sepencarian boleh dituntut dengan sebab berlakunya perceraian, poligami atau selepas kematian. Tidak dinafikan walaupun peruntukan undang-undang telah disediakan, tetapi masih banyak berlaku kekeliruan terhadap tuntutan tersebut terutama dari aspek kaedah pembuktian dan cara pembahagian harta. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai tuntutan terhadap hak tersebut dan isu-isu berbangkit berdasarkan peruntukan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor (2003). Hal ini akan dilihat dengan lebih lanjut dalam kertas kerja ini dan dilakukan secara kualitatif. Kata kunci: Perceraian, Harta sepencarian, Poligami, Kaedah pembuktian, Pembahagian harta. PENDAHULUAN Perceraian merupakan perkara halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. Perceraian juga merupakan jalan terakhir untuk menyelesaikan pertelingkahan di dalam rumah tangga apabila pasangan suami isteri tidak dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Apabila pasangan suami isteri telah mengambil jalan untuk bercerai, maka ianya tidak bererti bahawa keduadua pihak iaitu suami dan isteri tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab lagi terhadap satu sama lain. Islam sebagai agama yang lengkap dan sempurna telah memperuntukkan hak-hak tertentu yang boleh dituntut oleh bekas isteri dan menjadi tanggungjawab bekas suami untuk menunaikannya. Dalam konteks di Malaysia, hak-hak tersebut dapat dilihat dengan jelas sebagaimana yang diperuntukkan di bawah enakmen undang-undang keluarga Islam negerinegeri. Salah satu sifat peruntukan undang-undang keluarga Islam ialah memberi jaminan bahawa setiap individu dalam masyarakat tidak akan dizalimi dan hak-hak mereka sentiasa terpelihara (Zaini Nasohah, 2002). Dengan adanya peruntukan tersebut, dapat dipastikan bahawa sekiranya pasangan suami isteri mengambil langkah untuk brrcerai maka perceraian 123

tersebut hendaklah meminimumkan penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh pihak-pihak yang terlibat. Perundangan yang diwujudkan bukanlah bertujuan menggalakkan perceraian tetapi bertujuan memastikan hak dan tanggung jawab dalam perkahwinan tersebut tetap terpelihara walaupun selepas berlaku perceraian. Oleh itu, dalam konteks undangundang keluarga Islam di Malaysia pada hari ini, hak-hak terhadap wanita selepas perceraian dapat dilihat dengan jelas sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Enakmen undangundang Keluarga Islam negeri-negeri Antara hak-hak yang boleh dituntut ialah hak terhadap mas kahwin tertunggak, nafkah iddah, harta sepencarian, mutaah dan hadhanah. Namun begitu kertas kerja ini akan memfokuskan kepada tuntutan harta sepencarian sahaja. Tidak dinafikan walaupun peruntukan undang-undang telah disediakan, tetapi masih banyak berlaku kekeliruan terhadap tuntutan tersebut terutama dari aspek kaedah pembuktian dan cara pembahagian harta. KONSEP UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM Undang-undang Keluarga Islam dalam istilah Arab dikenali sebagai al-ahwal alshakhsiyyah adalah merupakan satu istilah baru yang menggantikan istilah lama dalam fiqh islam iaitu hukum perkahwinan atau munakahat ( Mahmood Zuhdi dan Raihanah,1989). Di Malaysia, undang-undang keluarga Islam adalah merupakan undang-undang yang mengendalikan tentang hal ehwal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan apaapa yang berkaitan dengan kedua-dua perkara tersebut dalam kalangan orang Islam di Malaysia. Kuasa untuk melaksanakan undang-undang keluarga Islam di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri sebagaimana yang telah diperuntukka di dalam Jadual Sembilan, Senarai Dua, Perlembagaan Persekutuan, Malaysia. Oleh itu terpulanglah kepada negerinegeri untuk membuat undang-undang setakat yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Setiap negeri di Malaysia telah membuat undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam masingmasing. Walaupun setiap negeri mempunyai undag-undang keluarga sendiri, namun pada asasnya terdapat keseragaman. Cuma terdapat beberapa perbezaan dari aspek susunan frasa dalam peruntukkan undang-undang, cara pengendalian berdasarkan arahan atau pentadbiran mahkamah setiap negeri. Menyentuh berkaitan skop undang-undang keluarga Islam negerinegeri di Malaysia pada masa kini, maka didapati secara umumnya meliputi segala perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kekeluargaan orang Islam. Sebagai contoh Enakmen 124

Undang-Undan Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2013 (EUKIS) merangkumi peruntukan berkaitan pertunangan, perkahwinan, poligami, pendaftaran perkahwinan, perceraian, pendaftaran perceraian, ta liq, fasakh, rujuk, muta ah, hakam, nafkah anak dan isteri, harta sepencarian dan wasiat. Enakmen ini juga terdapat memperuntukkan yang khusus berhubung hak-hak yang boleh dituntut oleh seorang wanita sekiranya berlaku perceraian. Oleh itu, dalam konteks undang-undang keluarga Islam di Malaysia pada hari ini, hak-hak terhadap wanita selepas perceraian dapat dilihat dengan jelas sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Enakmen undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri Antara hak-hak yang boleh dituntut ialah hak terhadap mas kahwin tertunggak, nafkah iddah, harta sepencarian, mutaah dan hadhanah. Namun begitu kertas kerja ini akan membincangkan mengenai tuntutan terhadap harta sepencarian sahaja dan isu-isu berbangkit berdasarkan peruntukan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor (2003). HARTA SEPENCARIAN Secara umumnya, harta sepencarian boleh ditakrifkan sebagai sebarang harta alih atau tidak alih yang diperoleh oleh pasangan suami isteri secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh sesuatu perkahwinan yang sah. (Zaleha Kamaruddin, 2009). Dalam kes Yang Chik lwn. Abdul Jamal (1985) 6 JH 146, hakim menyatakan bahawa Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh semasa dalam perkahwinan dengan masing-masing suami isteri samasama mneyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapatkan harta. Manakala menurut kes Piah Bt Said lwn Che lah Bin Awang, (1983) 3 JH 220, Qadi Besar Pulau Pinang telah mendefinisikan harta sepencarian sebagai Harta yang diperoleh bersama semasa suami isteri itu hidup bersama dan berusaha sama ada kedua-dua mereka sama-sama bekerja dalam bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak. (Suwaid Tapah, 2001) Berdasarkan kepada seksyen 122 EUKIS, berkenaan kuasa mahkamah memerintahkan pembahagian harta sepencarian, dapat disimpulkan bahawa harta sepencarian adalah harta yang terhasil sama ada dengan usaha bersama antara suami isteri atau salah seorang pihak sahaja dalam suatu perkahwinan yang sah mengikut undang-undang. Jika diperincikan, mana-mana harta yang terhasil sebelum daripada tarikh perkahwinan, dalam perkahwinan yang tidak sah mengikut undang-undang atau selepas dari tarikh perceraian adalah tidak dianggap sebagai harta sepencarian. Begitu juga harta yang diperolehi semasa tempoh 125

perkahwinan tetapi dengan cara perwarisan, hibah atau wasiat adalah milik individu tersebut. Walau bagaimanapun, mana-mana harta yang diperoleh sebelum perkahwinan atau diperoleh dalam suatu tempoh perkahwinan yang sah secara warisan, hibah ataupun wasiat, tetapi harta itu berkembang dengan usaha mereka bersama atau usaha perseorangan pasangan yang lain, maka harta tersebut juga boleh dianggap sebagai harta sepencarian. (Zainul Rijjal & Nurhidayah Muhd Hashim, 2008) TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, Seksyen 122, kuasa mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian, menyatakan secara jelas bahawa : (1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu. (2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang (a) (b) (c) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu; apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka; keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak. (3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang 126

diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu. (4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada (a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga; (b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimana pun, pihak yang telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar. Berdasarkan peruntukan di atas, pembahagian harta sepencarian ini sebenarnya berdasarkan sumbangan yang telah diberikan oleh kedua-dua pihak sepanjang perkahwinan mereka. Sumbangan yang di maksudkan ialah merujuk kepada sumbangan secara langsung dan sumbangan secara tidak langsung. Sumbangan secara langsung secara amnya merujuk kepada usaha yang diberikan oleh kedua-dua suami isteri untuk memperoleh sesuatu aset atau harta. Sumbangan yang dimaksudkan ini ialah termasuklah sumbangan dalam bentuk kewangan mahupun usaha yang diberikan secara langsung untuk memperoleh harta tersebut. Sehubungan dengan itu,sekiranya telah dapat dibuktikan bahawa adanya sumbangan sama ada dalam bentuk wang, harta atau kerja, maka harta yang diusahakan itu akan dikenal pasti sebagai harta usaha bersama. Manakala sumbangan secara tidak langsung pula adalah merujuk kepada kerja-kerja rumah yang dilaksanakan oleh isteri dalam menguruskan rumah tangga. Ini termasuklah idea, dorongan serta keselesaan yang dikecap oleh suami sehingga membolehkannya bekerja dan mencari harta. USAHA TUNGGAL DAN ELEMEN SUMBANGAN SECARA TIDAK LANGSUNG 127

Pertikaian dalam pembahagian harta sepencarian juga ialah apabila harta itu diperolehi semata-mata hasil usaha satu pihak sahaja. ( Norliah Ibrahim, 2007) Selain itu juga, sumbangan tidak langsung pihak isteri juga sering dipertikaikan oleh pihak suami. Dalam perkara ini, pihak isteri biasanya yang cuba membangkitkan isu sumbangan tidak langsung ini. Melihat kepada amalan mahkamah pada hari ini, pihak isteri masih lagi mendapat bahagiannya dalam harta sepencarian walaupun usaha tersebut diperolehi hanya atas usaha tunggal suami sahaja dengan mengambil kira sumbangan isteri terhadap kebajikan rumah tangga. Hal ini boleh dilihat dalam kes Boto lwn Jaafar (1985) 2 MLJ 29 di mana mahkamah menyatakan: Memang betul bahawa pihak menuntut tidak mengambil bahagian secara langsung dalam perniagaan ikan pihak kena tuntut, akan tetapi kesediaannya berdampingan dengan pihak kena tuntut adalah menghasilkan ketenangan fikiran yang membolehkannya berniaga dengan berkesan. Sesungguhnya ia telah menyebut dalam keterangannya bahawa pihak menuntut bersamanya dalam perjalanannya disebabkan kesunyian jika ia tidak berbuat demikian. Oleh itu, adalah nyata perkahwinan mereka dan apa yang mereka berbuat semasa perkahwinan yang menjadikan harta-harta itu harta sepencarian. Sokongan moral juga telah diiktiraf oleh mahkamah sebagai salah satu daripada sumbangan yang tidak boleh dinafikan. Prinsip ini dapat dilihat dalam kes Tengku Anum Zahrah lwn Dato Dr. Hussein (1980), 3 JH 125. Tuntutan isteri terhadap harta sepencarian telah dinafikan oleh suami atas alasan isteri tidak membuat apa-apa sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Walau bagaimanapun mahkamah menutuskan harta sepencarian tersebut hendaklah dibahagi dua berdasarkan sumbangan moral yang telah diberikan pihak isteri. Dengan mengahwini isteri yang berketurunan raja, suami telah mendapat gelaran Dato dengan cepat dan secara tidak langsung telah membuatkan perniagaan suami meningkat dan berkembang kerana telah mendapat kepercayaan orang ramai. TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN SELEPAS KEMATIAN Peruntukkan undang-undang secara khusus mengenai tuntutan harta sepencarian selepas kematian tidak termaktub dalam mana-mana undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Sebaliknya ia terkandung dalam Arahan Amalan No.5 Tahun 2003 JKSM yang menyatakan 128

bahawa masa tuntutan harta sepencarian ini boleh dibuat semasa tuntutan perceraian, selepas perceraian dan selepas kematian. Bagi menguatkan lagi kedudukan tuntutan harta sepencarian selepas kematian terdapat beberapa buah negeri yang mengeluarkan fatwa keharusan membuat tuntutan tersebut selepas kematian salah seorang pasangan. Antaranya fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 18hb April 2005 yang berbunyi : 1. Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di negeri Selangor boleh dibahagikan kepada suami dan isteri sebelum difaraidkan termasuk selepas dilepaskan tanggunggan si mati. 2. Pembahagian harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari kedua-dua belah pihak 3. Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah. Hak untuk menuntut harta sepencarian selepas kematian adalah pihak suami atau isteri simati kerana ia adalah hak mereka berdua. Ini dapat dilihat dalam kes Bunga Bt Ibrahim lwn Ila@ Zila bt Abdullah & lain-lain (1999), 9 JH 198 di mana dalam kes ini isteri yang kematian suami telah menuntut pembahagian terhadap harta sepencarian yang telah terkumpul sepanjang 36 tahun perkahwinannya. Berdasarkan seksyen 9 (2)(iv) Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan 1982 telah diputuskan bahawa harta tersebut adalah harta sepencarian dan isteri berhak mendapat haknya. Keputusan yang sama juga telah diputuskan dalam kes Haji Saudah Lwn Hanafi, (1990), 8 JH 66 di mana dalam kes ini mahkamah membenarkan isteri yang kematian suami menuntut haknya untuk mendapatkan harta sepencarian yang terkumpul sepanjang perkahwinan mereka. Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam kes Habsah Bt Saad lwn Surianata Baharom & Shaari Samad (2004) XVI 83 juga telah membenarkan isteri menuntut haknya ke atas harta sepencarian yang terkumpul sepanjang perkahwinannya dengan suaminya yang telah meninggal dunia apabila defendan gagal membuktikan harta tersebut adalah harta pusaka. Oleh itu, walaupun perkara di atas pada awalnya hanya dibenarkan di Mahkamah Syariah Kelantan dan Terengganu, namun akhir-akhir ini telah menjadi ikutan negeri-negeri yang lain di Malaysia. Adalah wajar sebenarnya tuntutan tersebut dibenarkan kerana menafikan hak tersebut adalah secara tidak langsung akan menyebabkan ketidakadilan terutamanya apabila 129

dapat dibuktikan bahawa pihak yang masih hidup itu telah memberikan sumbangan untuk memperoleh harta tersebut kecuali pihak yang masih hidup reda atas peninggalan harta si mati dan tidak membangkitkan haknya ke atas harta tersebut. ( Norliah Ibrahim, 2007). TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI DALAM POLIGAMI Poligami dalam Islam bukanlah amalan yang digalakkan tetapi hanyalah satu amalan yang dibolehkan atas sebab-sebab yang tertentu iaitu dalam keadaan yang khusus seperti kemandulan isteri, keuzuran fizikal isteri atau isteri menghidapi penyakit yang berpanjangan. Jadi poligami merupakan satu langkah penyelesaian yang juga dibenarkan oleh syarak dan juga undang-undang. Enakmen undang-undang Keluarga Islam setiap negeri juga telah menggariskan bahawasanya permohonan untuk berpoligami di semua negeri mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada qadi atau Hakim Syarie. Prosedur poligami di Selangor telah diperuntukkan di bawah Seksyen 23 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang menyatakan bahawa tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh berpoligami kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon, butir-butir komitmen serta tanggungan kewangan pemohon dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak. Sekiranya pihak suami telah memenuhi segala syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas, mahkmah juga boleh membuat pertimbangan terhadap beberapa perkara lain sebelum membenarkan pihak suami berpoligami. Salah satu perkara tersebut ialah mengenai pembahagian harta sepencarian antara pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut. Seksyen 23 (10) memperuntukkan : Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan (a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau 130

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan. Oleh itu, berdasarkan peruntukkan undang-undang tersebut adalah jelas bahawasanya pihak isteri pertama atau isteri-isteri yang sedia ada boleh menuntut hak mereka terhadap harta sepencarian sekiranya pihak suami membuat permohonan untuk berpoligami. Kesan daripada peruntukkan ini juga mengharuskan suami mencadangkan pembahagian harta sepencarian sebelum mahkamah meluluskan permohonan poligami tersebut. Tanpa cadangan tersebut mahkamah tidak akan proses permohonan poligami yang dibuat oleh suami. Peruntukkan ini bertujuan untuk melindungi pihak isteri yang sedia ada daripada dianiaya apabila berlakunya poligami. KESIMPULAN Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor telah memperuntukkan peruntukan tertentu berkaitan hak suami dan isteri khususnya selepas bercerai demi memastikan hak mereka terjamin sebagaimana yang dituntut oleh syarak. Ini kerana dengan adanya peruntukan undang-undang tersebut pasangan suami dan isteri boleh mengetahui dan memahami apakah hak-hak dan langkah-langkah yang perlu diambil seandainya ditakdirkan mereka bercerai. Hak terhadap harta sepencarian yang boleh dituntut dengan sebab berlakunya perceraian, kematian dan juga poligami adalah merupakan satu pengiktirafan undang-undang yang dapat memberikan keadilan kepada pihak-pihak yang terlibat. Walaupun terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan olh pihak-pihak untuk menafikan hak tersebut, namun berdasarkan keskes yang telah diputuskan oleh mahkamah, hak-hak ini masih dapat diberikan dengan seadilnya. RUJUKAN Ahmad Ibrahim, 1999, Undang-Undang Keluarga Islam, Kuala Lumpur, Malayan Law Jurnal Sdn Bhd. Mahmood Zuhdi dan Raihanah,1989, Undang-Undang Keluarga Islam: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Kuala Lumpur, Karya Abazie. 131

Najibah Mohd Zin, 2007, Nafkah Iddah Dan Mutaah dalam Najibah Mohd Zin et al, Siri Perkembangan Undang-undang Di Malaysia: Undang-undang Keluarga (Islam), Jilid 14,Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Norliah Ibrahim, 2007, Masalah Tuntutan Harta Sepencarian, dalam Najibah Mohd Zin et al, Siri Perkembangan Undang-undang Di Malaysia: Undang-undang Keluarga (Islam), Jilid 14,Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Normi Abdul Malik, 2007, Hadanah, dalam Najibah Mohd Zin et al, Siri Perkembangan Undang-undang Di Malaysia: Undang-undang Keluarga (Islam), Jilid 14,Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Shamsuddin Suhor & Nor Aziah Mohd Awal, 2007). Siri Perkembangan Undang-undang Di Malaysia: Undang-undang Keluarga (Sivil), Jilid 9, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Suwaid Tapah, 2001, Wanita dan Hak Pembahagian Harta Sepencarian : Satu Perbincangan, Wanita dan Perundangan Islam, suntingan Raihanah Abdullah. Petaling Jaya, Ilmiah Publishers Sdn Bhd. Zaleha Kamaruddin, 1999, Wanita Dan Keadilan, Kuala Lumpur. ANZ Charisma. Zaini Nasohah, 2002, Perceraian : Hak Wanita Islam, Kuala Lumpur, Utusan publication & Distributors Sdn. Bhd. Zainul Rijjal & Nurhidayah Muhd Hashim, 2008, Isu-Isu Syariah Di Malaysia Siri 1, Kuala Lumpur, Institut Kefahaman Islam Malaysia. 132