GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PUSAT INOVASI, PENGKOMERSILAN DAN PERUNDINGAN (ICC)

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

BORANG PERMOHONAN MENGHADIRI * KURSUS / LATIHAN / PROGRAM PEMBANGUNAN STAF

TAJUK 5 Seminar Penyelidikan Tindakan

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

BAB 6 PENGURUSAN ASET

BORANG PERMOHONAN MENGHADIRI LATIHAN

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

KERTAS KERJA NAMA PROGRAM TARIKH : XXXXXXXXX TEMPAT : XXXXXXXXXXX ANJURAN : XXXXXXXXXXXX DENGAN KERJASAMA :

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN DAN TATACARA PENERBITAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2008

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

3.1 Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi.

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

UTHM/PB/100 6/4/1 (14 ) Tarikh: 25Julai 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 8 / 2008

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

KUKTEM.BEND.10.12/3(2) 01 Ogos 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2006

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2004 TATACARA PENYEDIAAN PESANAN TEMPATAN DI PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

BORANG PERMOHONAN MENGANJURKAN AKTIVITI FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI & PERNIAGAAN BUTIRAN AKTIVITI. : Kurang RM 1, Melebihi RM 1,000.

PANDUAN PENDAHULUAN PELBAGAI

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LESTARI (PINDAAN TAHUN 2016)

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M / S : 1/12 PENGURUSAN BAJET TARIKH : 4 SEPTEMBER 2017 PINDAAN : 02 UPSI(ISO)/BEN/P01 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

GARIS PANDUAN MENGADAKAN AKTIVITI TAPA

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PERMOHONAN LAWATAN / PROGRAM / SEMINAR / AKTIVITI AKADEMIK PELAJAR


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

BIL PERKARA ( ) 1. Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh konferensi/woksyop.

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2-3

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

Transkripsi:

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada staf Universiti dalam menganjurkan persidangan. 2.0 TAKRIFAN 2.1 Persidangan merujuk kepada seminar, simposium, kolokium, kongres, forum, wacana dan bengkel yang tidak bersifat mesyuarat atau kursus. 2.2 Persidangan diadakan sama ada di peringkat Universiti, kebangsaan atau antarabangsa. 3.0 PELAKSANAAN 3.1 Persidangan merupakan medan pembentangan idea dan penemuan baru dalam bidang ilmu. Ini membolehkan kakitangan diiktiraf sebagai pakar atau peneroka dalam bidang tersebut dan perkara ini akan menaikkan imej Universiti dan Negara di mata dunia. 1

3.2 Penyertaan dalam bidang persidangan akan mendatangkan faedah yang besar kepada staf yang terlibat dan secara tidak langsung memberi faedah kepada Universiti dan Negara. Kegiatan seperti ini memberi sumbangan kepada bidang akademik lain seperti pengajaran, pembelajaran, penerbitan dan sebagainya. Selain itu, jalinan kepakaran juga akan terjalin dengan para ilmuan lain sama ada di dalam atau luar Negara. 3.3 Carta alir berkaitan proses penganjuran persidangan adalah seperti maklumat pada Lampiran 1. 4.0 PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN 4.1 Takrif 4.1.1 Penganjuran Persidangan merujuk kepada Universiti/ Pusat Tanggungjawab/ Fakulti/ Jabatan/ kumpulan akademik/ kumpulan pentadbir yang sah. 4.1.2 Persidangan Peringkat Dalaman/ Universiti merujuk kepada persidangan yang pesertanya terdiri daripada kakitangan universiti sahaja dan dijalankan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 4.1.3 Persidangan Peringkat Kebangsaan merujuk persidangan yang pesertanya terdiri daripada dalam Negara sahaja dan dijalankan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 2

4.1.4 Persidangan Peringkat Antarabangsa merujuk kepada penyertaan peserta daripada dalam dan luar Negara dan dijalankan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 5.0 PELAKSANAAN 5.1 Persidangan peringkat kebangsaan boleh diadakan sekali (1) setahun bagi setiap Penganjuran Persidangan. 5.2 Persidangan peringkat antarabangsa pula boleh diadakan sekali (1) setiap dua tahun bagi setiap Penganjuran Persidangan. 5.3 Setiap persidangan perlu dirancang dengan sebaik-baiknya supaya pelaksanaan dan kertas kerjanya bermutu serta menguntungkan dari segi kewangan. 5.4 Setiap persidangan antarabangsa perlulah benar-benar berkualiti dan mencapai status antarabangsa yang sebenarnya. Pihak Penganjur Persidangan tidak boleh meletakkan status antarabangsa sekiranya persidangan hanya dihadiri oleh dua atau tiga peserta dari luar Negara. 6.0 KAEDAH PERMOHONAN 6.1 Pihak Penganjur Persidangan terlebih dahulu perlu mengadakan perbincangan di peringkat PTj dan mendapat perakuan Ketua Jabatan. 3

6.2 Pihak Penganjur Persidangan perlu mengisi Borang Permohonan Penganjuran Persidangan seperti di Lampiran 2. Permohonan hendaklah dikepilkan bersama dengan kertas cadangan penganjuran persidangan yang lengkap untuk dimajukan kepada Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC), Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC) bagi tujuan penilaian dan seterusnya dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti untuk kelulusan. 7.0 TEMPOH PERMOHONAN 7.1 Bagi persidangan peringkat antarabangsa, pihak Penganjur Persidangan perlu mengemukakan selewat-lewatnya satu (1) tahun sebelum persidangan berlangsung. 7.2 Bagi persidangan peringkat kebangsaan, permohonan perlu dibuat dalam tempoh enam (6) bulan sebelum persidangan berlangsung. 7.3 Permohonan persidangan peringkat universiti perlu dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum persidangan berlangsung. 8.0 PEMBIAYAAN 8.1 Pembiayaan daripada Universiti (Tiada Peruntukan Khas) 8.1.1 Pihak Penganjur Persidangan boleh memohon bantuan daripada peruntukan belanja mengurus Universiti. Untuk tujuan itu, Pihak Penganjur Persidangan perlu menyatakan perkara tersebut di 4

dalam kertas kerja permohonan. Jumlah yang diluluskan bergantung kepada faedah-faedah yang akan didapati dari persidangan itu berbanding perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. 8.1.2 Universiti hanya akan meluluskan peruntukan sebagai pendahuluan atau geran pelancaran (seed money) sahaja dengan andaian persidangan yang diadakan membawa keuntungan dan sekurang-kurangnya memberi pulangan modal. Wang pendahuluan (seed money) ini perlu dibayar balik kepada Universiti setelah persidangan tersebut selesai dilaksanakan. 8.1.3 Maksimum peruntukan yang dapat diberikan sebagai wang pendahuluan (seed money) oleh pihak Universiti ialah: a) Persidangan antarabangsa - RM 25,000.00 b) Persidangan kebangsaan - RM 15,000.00 c) Persidangan university - RM 10,000.00 8.1.4 Pihak Penganjur Persidangan perlu memohon untuk membuka akaun bagi persidangan berkenaan dan penutupan akaun perlu dibuat dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh berakhirnya persidangan. 8.1.5 Peruntukan yang diluluskan di perkara 8.1.3 perlu dikembalikan kepada pihak Universiti sebaik penutupan akaun dibuat. 5

8.2 Pembiayaan Daripada Institusi luar Bantuan kewangan juga boleh dipohon dari pertubuhan-pertubuhan dan badan berkanun, Kementerian, yayasan, dan lain-lain institusi tertakluk kepada kelulusan Naib Canselor. 8.3 Pembiayaan Daripada Iklan 8.3.1 Iklan seboleh-bolehnya perlulah daripada organisasi perniagaan yang berorientasikan pendidikan dan organisasi perniagaan yang tidak mendatangkan keaiban kepada universiti. 8.3.2 Isi kandungan iklan perlu diberi perhatian agar tidak bercanggah dengan matlamat persidangan dan mematuhi garis panduan imej korporat universiti. 8.4 Pembiayaan Daripada Dermawan Bantuan kewangan juga boleh diterima daripada orang perseorangan atau kedutaan asing. Sumbangan juga dibolehkan dalam bentuk kebendaan seperti alatulis dan lain-lain. Dokumentasi lengkap penyerahan dan penerimaan sumbangan perlu dibuat untuk tujuan rekod. Walaubagaimanapun, tiada pengecualian cukai pendapatan boleh diberikan bagi sumbangan berbentuk barangan. 6

9.0 LANTIKAN PENGURUS PROJEK (EVENT MANAGER) 9.1 Universiti tiada halangan untuk PTj menggunakan perkhidmatan Pengurus Projek Event Manager untuk mengendalikan persidangan/ seminar berkaitan. 9.2 Walaubagaimanapun bidang tugas hendaklah diselaraskan antara PTj yang akan menganjurkan program. 9.3 Bagi hasil pendapatan yang diperolehi, berikut antara pembahagian hasil keuntungan (setelah ditolak dengan kos pengurusan majlis): i) Tabung Amanah PTj/ COE 60% ii) Pengurus Projek/ Event Manager 30% iii) Tabung Universiti/ Tabung Endowmen 10% 10.0 SKOP KERJA/ BIDANG TANGGUNGJAWAB 10.1 Skop Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC) i) Memantau dan menyelaras penglibatan kakitangan fakulti/ universiti yang terlibat dalam melaksanakan program. Bagi memastikan tiada pembaziran sumber kewangan ii) iii) iv) Memantau dari segi tarikh pelaksanaan sesuatu penganjuran/ seminar. Memantau senarai VVIP/ VIP/ jemputan yang dijemput. Memantau dari segi perbelanjaan penganjuran persidangan. 7

10.2 Skop Fakulti i) Bertanggungjawab bagi penyediaan kertas kerja dan kos-kos perbelanjaan. ii) iii) Bertanggungjawab bagi penyediaan pemilihan tajuk persidangan. Bertanggungjawab bagi penetapan tarikh persidangan. iv) Bertanggungjawab bagi pemilihan pembentangan/ panel kertas kerja. v) Bertanggungjawab penyediaan laporan akhir persidangan. vi) vii) Bertanggungjawab dari sedi pemilihan lokasi/ penginapan/ jamuan. Bertanggungjawab dalam menerbitkan hasil persidangan. 10.3 Skop Pengurus Projek (Event Manager) i) Bertanggungjawab dari segi kemudahan teknikal. ii) iii) iv) Bertanggungjawab dari segi mencari peserta persidangan. Bertanggungjawab dari segi perjalanan majlis (seperti: banner/ promosi/ juruacara/ teks ucapan dan lain-lain). Bertanggungjawab dari segi penyediaan bahan cetak semasa persidangan berlangsung. 8

11.0 YURAN PENYERTAAN 11.1 Yuran penyertaan yang dikenakan perlu mengambil kira setiap kos perbelanjaan yang digunakan bagi menganjurkan sesuatu persidangan untuk mengelakkan kerugian di pihak Penganjur Persidangan. 11.2 Sekiranya kakitangan dalaman universiti memohon sebagai peserta, yuran masih dikenakan dan akan dibayar menggunakan peruntukan PTj berkenaan, atau peserta boleh membuat permohonan bayaran menggunakan peruntukan geran penyelidikan masing-masing, tertakluk kepada baki projek penyelidikan masing-masing dalam kelulusan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). 11.3 Sekiranya kakitangan jabatan yang menjadi ahli jawatankuasa dalam pelaksanaan persidangan, hanya KETUA dari setiap jawatankuasa itu sahaja akan diberi kemudahan penginapan. Namun demikian sepanjang persidangan berlangsung, peranan mereka hendaklah melebihi dari tanggungjawab awal yang diamanahkan. Contoh: Ketua AJK Penginapan tetapi semasa persidangan menjadi Chair Person. 11.4 Bagi kakitangan yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan melaksanakan tugasan perlaksanaan persidangan, kehadiran sepanjang persidangan TIDAK PERLU demi kawalan perbelanjaan. Namun demikian sijil penghargaan akan tetap diberikan. 9

12.0 PENYAMPAIAN UCAP TAMA (KEYNOTE SPEAKER) 12.1 Adalah ditetapkan bahawa setiap penganjuran persidangan/ seminar yang mempunya tentatif yang mempunyai ucaptama, maka ditetapkan bahawa salah seorang penceramah yang dijemput haruslah terdiri dari kalangan staf UTHM sendiri. 12.2 Lain-lain penceramah untuk ucap tama adalah dibenarkan sepertimana yang diluluskan oleh PTj. 13.0 LEBIHAN PERUNTUKAN/ KEUNTUNGAN PERSIDANGAN 13.1 Lebihan/ Keuntungan akan diagihkan mengikut kadar berikut i) Pendapatan Universiti/ Endowmen 10% daripada lebihan/ keuntungan ii) Tabung Lebihan Baki Program Tamat PTj/ COE 60% lebihan/ keuntungan iii) Event Manager/ Pengurus Projek 30% 13.2 Perancangan Persidangan 13.2.1 Persidangan perlu dirancang sekurang-kurangnya satu (1) tahun bagi persidangan antarabangsa, enam (6) ke sembilan (9) bulan bagi persidangan kebangsaan dan tiga (3) hingga lima (5) bulan bagi persidangan dalaman. 13.2.2 Sebuah jawatankuasa perlu dibentuk oleh pihak Penganjur Persidangan untuk membuat perancangan persidangan ini. 10

13.2.3 Perkara asas yang perlu diambil perhatian ialah: a) Tarikh persidangan b) Tempat persidangan c) Atur Cara Persidangan d) Dokumentasi Kertas Persidangan (percetakan/multimedia, dll) e) Kit Persidangan (buku program, fail, alatulis dll) f) Jemputan (VVIP, peserta, perwakilan) g) Pengangkutan h) Penginapan i) Promosi dan hebahan media j) Persediaan tempat (dewan/bilik persidangan,alat siaraya, alat multimedia,dll) k) Gimik perasmian (jika perlu) l) Protokol m) Sambutan n) Jamuan o) Keselamatan 13.2.4 Majlis Perasmian dan Penutup 13.2.4.1 Penetapan awal perasmi perlu dibuat oleh pihak penganjur untuk majlis ini bagi memudahkan susunan protokol. 13.2.4.2 Sekiranya perasmi adalah dari kalangan Pembesar Negeri atau Persekutuan, jemputan perlu dibuat melalui Pejabat Naib Canselor. 11

13.2.5 Majlis Makan Malam/Makan Tengahari/Hi-Tea 13.2.5.1 Majlis ini diadakan sebagai merai peserta dan petugas bagi sesuatu persidangan. 13.2.5.2 Pengisian majlis meliputi persembahan video korporat/ multimedia tentang universiti sebagai satu saluran promosi kepada pihak luar dan persembahan kebudayaan. 13.2.5.3 Perbelanjaan bagi majlis ini perlu diambilkira di dalam penyediaan belanjawan persidangan. 13.2.6 Jemputan Pameran Pihak Penganjur Persidangan digalakkan menjemput Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Hubungan Industri dan Masyarakat, dan Pejabat Penerbit untuk mengadakan pameran dan jualan buku sewaktu persidangan kebangsaan atau antarabangsa berlangsung. 14.0 PENYEDIAAN KERTAS KERJA 14.1 Pemilihan Tajuk 14.1.1 Pemilihan tajuk kertas kerja dan penulis-penulisnya perlu dijalankan dengan segera untuk memberi masa yang cukup kepada penulis-penulis. 12

14.1.2 Pihak penganjur persidangan juga boleh mencadangkan sarjana/ pegawai iktisas yang berkelayakan untuk penyediaan kertas kerja bagi sesuatu persidangan. 14.2 Penetapan Tarikh Penetapan tarikh penyerahan kertas-kertas kerja adalah amat mustahak kerana kertas kerja ini perlu disemak dan dicetak untuk diedar kepada semua peserta persidangan sebelum sesuatu persidangan berlangsung. 15.0 LAPORAN PERSIDANGAN Pihak Penganjur Persidangan perlu menyediakan laporan akhir persidangan untuk dihantar kepada ORICC bagi tujuan rekod dan rujukan dalam format seperti di Lampiran 3 bertajuk Laporan Selepas Persidangan. 16.0 PENERBITAN HASIL PERSIDANGAN 16.1 Pihak Penganjur Persidangan digalakkan untuk menerbitkan kertas-kertas kerja terpilih dalam bentuk pascasidang/ prosiding. 16.2 Staf daripada Pejabat Penerbit perlu dilibatkan di dalam penerbitan ini bagi menyelaras standard dan kualiti penerbitan. 16.3 Semua prosiding yang berdaftar dengan ISSN hendaklah dihantar sebanyak (1) satu salinan ke Perpustakaan UTHM/ Perpustakaan Negara. 13

16.4 Anggaran perbelanjaan bagi penerbitan hasil persidangan perlu dimasukkan dalam anggaran belanjawan yang dipohon. 14

LAMPIRAN 1 CARTA ALIR PENGANJURAN PERSIDANGAN Mula Penyediaan kertas kerja oleh PTj yang telibat Tidak Borang permohonan dan kertas kerja di hantar ke ICC ICC terima dan proses permohonan dari PTj Ya Peraku Penilaian kertas kerja oleh panel: - ICC - Wakil ORICC - Pejabat Penerbit - Bendahari Lulus ICC keluarkan surat kelulusan untuk PTj memajukan kertas kerja untuk kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Selesai 15

UTHM/ORICC/ICC/042/2014 LAMPIRAN 2 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN MENGADAKAN PERSIDANGAN ANJURAN FAKULTI/ PUSAT/ PEJABAT Arahan Kepada Penganjur: 1. Borang Permohonan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Borang Permohonan ini mestilah dikepilkan bersama dengan kertas cadangan penganjuran persidangan yang lengkap dan dihantar kepada Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC), Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC) untuk penilaian. BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERSIDANGAN 1. Nama Penganjur : 2. Nama Penganjur Bersama (Jika Ada): 3. Tajuk Persidangan : 4. Peringkat : *Antarabangsa/ Kebangsaan/ Dalaman 5. Tarikh Persidangan : 6. Tempat Persidangan : 7. Bilangan Peserta : Dari UTHM Dari Luar : Dalam Negara Luar Negara 8. Nama Perasmi dan Jawatan : 9. Nama Jemputan Bagi Acara Penutup dan Jawatan : 10. Kertas Kerja Persidangan Diindeks Oleh : 16

11. Nama dan Jawatan Keynote Speaker : a) Dari UTHM : b) Dari Luar : 12. Nama dan Jawatan Jemputan VVIP : a) b) BAHAGIAN B: ANGGARAN BELANJAWAN PERSIDANGAN 1. Sumber Pembiayaan Persidangan : 2. Anggaran Kos Persidangan : RM 3. Anggaran Pendapatan : RM a) Tabung Amanah PTJ/ COE (60%) : RM b) Pengurus Projek (30%) : RM c) Tabung Universiti/ Endowmen (10%) : RM BAHAGIAN C: PENGESAHAN PENGERUSI JAWATANKUSA PERSIDANGAN FAKULTI/ PUSAT/ PEJABAT Saya mengesahkan bahawa permohonan penganjuran persidangan ini telah diluluskan di peringkat Fakulti/ Pusat/ Pejabat. Tandatangan : Nama dan Cop Jawatan : Tarikh: BAHAGIAN D: PERAKUAN DEKAN ICC Saya * memperakukan / tidak memperakukan bahawa penganjuran persidangan ini telah mematuhi garis panduan yang diluluskan oleh universiti. Tandatangan : Nama dan Cop Jawatan : Tarikh: 17

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA LAPORAN SELEPAS PERSIDANGAN ANJURAN FAKULTI/ PUSAT/ PEJABAT LAMPIRAN 3 Arahan Kepada Penganjur: 1. Laporan terdiri daripada empat bahagian: Bahagian A (Maklumat Persidangan), Bahagian B (Belanjawan Sebenar Persidangan), Bahagian C (Manfaat Persidangan) dan Bahagian D (Ulasan Pengerusi Jawatankuasa Persidangan). 2. Laporan mestilah ditaip di atas kertas saiz A4, font Arial dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Fakulti/ Pusat/ Pejabat dalam tempoh 3 bulan setelah selesai persidangan untuk rekod dan pengesahan. 3. Dua naskah laporan berserta softcopy (CD) hendaklah diserahkan kepada: i) Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ICC), Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC) Laporan hendaklah dikepilkan bersama: Borang Permohonan mengadakan persidangan yang telah diluluskan Dekan ICC Laporan Selepas Persidangan (Rujuk format laporan) Senarai nama pembentang beserta dengan tajuk kertas kerja ii) Pejabat Penerbit Laporan hendaklah dikepilkan bersama: Borang Permohonan mengadakan persidangan yang telah diluluskan Dekan ICC Laporan Selepas Persidangan (Rujuk format laporan) Senarai nama pembentang beserta dengan tajuk kertas kerja Semua kertas kerja persidangan. 18

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA LAPORAN SELEPAS PERSIDANGAN ANJURAN FAKULTI/ PUSAT/ PEJABAT BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERSIDANGAN Rujuk butiran yang terdapat dalam Borang Permohonan Mengadakan Persidangan. BAHAGIAN B: BELANJAWAN SEBENAR PERSIDANGAN Perlu mengandungi maklumat antaranya: 1. Sumber pembiayaan persidangan 2. Perincian kos persidangan sebenar 3. Pendapatan sebenar dan agihan mengikut garis panduan: a) Tabung Amanah PTJ/ COE (60%) b) Pengurus Projek (30%) c) Tabung Universiti/ Endowmen (10%) BAHAGIAN C: MANFAAT PERSIDANGAN Perlu mengandungi maklumat antaranya: 1. Penemuan-penemuan baru (idea, teori, rekaan dan sebagainya) 2. Implikasi kepada UTHM/ Malaysia 3. Lain-lain maklumat tambahan BAHAGIAN D: ULASAN PENGERUSI JAWATANKUASA PERSIDANGAN FAKULTI/ PUSAT/ PEJABAT Saya bagi pihak Jawatankuasa Persidangan Fakulti/ Pusat/ Pejabat dengan ini mengesahkan bahawa maklumat persidangan, belanjawan sebenar serta manfaat persidangan adalah sepertimana yang dilaporkan. Tandatangan : 19 Nama dan Cop Jawatan : Tarikh: