R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

dokumen-dokumen yang mirip
Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PANDUAN PENDAHULUAN PELBAGAI

KUTKM.03/10.12/3/1 (2) Januari 2002 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2002

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

JUMLAH DIPOHON : RM TEMPOH BAYAR BALIK : BULAN

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

BAB 9 PENGURUSAN PEMBAYARAN

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PEKELILING BENDAHARI BIL : 1/1997 (Pengurusan Wang) PEJABAT BENDAHARI PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN PANJAR WANG RUNCIT

BAB 6 PENGURUSAN ASET

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

B. OBJEKTIF UMUM. Memahami maksud konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan

1.0 Pengenalan 2.0 Objektif 3.0 Proses Mewujudkan PWR 4.0 Tatacara Penyelenggaraan PWR 4.1 Buku Tunai PWR 4.2 Penerimaan PWR 4.3 Pembayaran PWR 4.

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2014 PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2014

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN PP 5/2007 OLEH: UNIT PENGURUSAN ASET & PELUPUSAN BAHAGIAN PEROLEHAN & PENSWASTAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KEWANGAN. angkasa MUKA : 1 DARI 5 BIL. SEMAKAN : 7 TARIKH : UNIT : AKAUN DAN KEWANGAN TAJUK : PENYEDIAAN BAYARAN BILANGAN : PRO/KEW/PPK-01

MODUL 1 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2006

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2 September 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

JABATAN BENDAHARI PERMOHONAN PEMBIAYAAN KOMPUTER BAGI PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH SELF ASSESSMENT TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

M / S : 1 / 15 TARIKH : 8 JANUARI 2016 PINDAAN : 01 PENGURUSAN ASET /INVENTORI UPSI(ISO)/BEN/P08 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

ATURAN PAJAKGADAI (AR-RAHN) KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

<>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>?

PENGURUSAN HASIL DAN TERIMAAN. Nordazarina Daud Bah.Gaji dan Kewangan Staf Pejabat Bendahari

PEKELILING BENDAHARI BIL 05/2014

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

PANDUAN TINDAKAN PENCEGAHAN PENGURUSAN KEWANGAN ASPEK RISIKO KAEDAH TINDAKAN PENCEGAHAN TANGGUNGJAWAB

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

ANGKASA BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

KANDUNGAN. 1. Objektif Penggunaan Penyimpanan Pematuhan Pemeriksaan Pemeriksaan Mengejut Ke Atas Pengurusan Aset 5

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

BAHAGIAN A [ 60 MARKAH ] Jawab semua soalan. Tarikh Butir Debit Kredit (Ambilan bunga untuk tujuan promosi) Apakah X dan Y?

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

HASIL BELANJA HASIL BELANJA. 1.0 Memahami Penyata Pendapatan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Tujuan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

Oleh. PN. NORHAFIZA BT. CHE IBERAHIM Pegawai Perpaduan Daerah Batu Pahat Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Johor

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 14/1992 ( PENGURUSAN WANG ) PEJABAT BENDAHARI PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN PANJAR WANG RUNCIT

Zairon Mustapha, Unit Sukan & Kokurikulum, PKB

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK Kertas 3 Mac Mei 2018

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

STOK/INVENTORI SEKOLAH

Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Dr.SHARIFAH FETOM BT SYED ZAIN DATO MISRAH BIN IBRAHIM PENGARAH PENDIDIKAN GURU

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5/2007

UTHM.PB/100-6/4/1( 9 ) 15 November 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 9 /2007

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja. > Sistem Catatan Bergu. Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

<>>>>>>>>>>? <>>>>>>>>? <>>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>?!->>_>>_>>?

Transkripsi:

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI PENGURUSAN KEWANGAN Kewangan merupakan faktor utama dan pemangkin yang dapat menggerakkan persatuan dengan lebih aktif dan lancar. Persatuan yang ditubuhkan seharusnya mengendali dan menguruskan kewangan dengan cekap, teliti dan mengikut peraturan yang telah ditentukan oleh Perlembagaan Persatuan. Mengurus kewangan bermaksud mengurus membuat penyata kewangan dengan rapi,teratur dan sistematik. Pembentangan kewangan perlu dilakukan setiap kali mesyuarat jawatankuasa kerja diadakan. Sesebuah persatuan perlu mempunyai penyata dengan teratur dan sistematik. Antara penyata kewangan yan perlu dicatat dalam buku dan stok persatuan ialah: kenyataan yuran keahlian kenyataan wang keluar masuk kenyataan simpanan di bank dan resit-resit pembayaran buku resit terima wang daftar nama harta kepunyaan persatuan (buku stok) SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan dalam sesebuah persatuan adalah terdiri daripada: Yuran ahli Setiap persatuan pasti mempunyai ahli untuk menjalankan aktiviti tertentu. Setiap aktiviti ynag dijalankan memerlukan wang untuk dilaksanakan. Oleh itu, secara tidak lansung yuran keahlian merupakan salah satu sumber pendapatan persatuan yang utama. Sumbangan Sumber kewangan yang lain melalui sumbangan atau derma contohnya daripada Persatuan Ibubapa dan Guru dan badan-badan swasta dan kerajaan. Aktiviti Persatuan Aktiviti persatuan yang dijalankan juga dapat menambah pendapatan persatuan. Contoh aktiviti yang dapat dijalankan seperti gerai jualan makanan, T-shirt, cenderamata dan sebagainya. PERATURAN MENGUTIP WANG Setiap ahli ditetapkan untuk membayar yuran contohya pada setiap penggal mereka ditetapkan untuk membayar yuran sebanyak RM 10.00. 1

PERATURAN MEMBELI DAN MEREKOD MEMBELI STOK Setiap persatuan dan organisasi mempunyai peraturan pembelian yang tertentu mengikut peruntukkan oleh perlembagaan. Peraturan pembelian organisasi kerajaan seperti sekolah dan pejabat pendidikan daerah bergantung kepada kehendak-kehendak arahan perbendaharaan. Terdapat 3 kategori dalam peraturan pembelian iaitu i) pembelian secara kontrak pusat ii) pembelian secara sebut harta iii) pembelian secara tunai Peraturan pembelian bagi persatuan yang ditubuhkan di sekolah dan luar institusi pendidikan bergantung kepada perlembagaan dan peraturan persatuan berkenaan. Prosedur untuk membeli stok: menentukan keperluan yang hendak dibeli o permintaan bertulis daripada jawatankuasa atau ahli o keputusan mesyuarat jawatankuasa kerja menentukan peruntukan (mencukupi atau sebaliknya) menentukan jumlah barang yang diperlukan dalam tempoh sebulan atau dalam masa tertentu menentukan tempat simpanan barang yang sesuai dan selamat menentukan kegunaan barang tersebut (samada setiap masa, sekali sekala dan sebagainya) menentukan baki stok pembelian berdasarkan kepada perlembagaan atau peruntukan mengelakkan pembelian barang yang berlebihan sehingga mengakibatkan pembaziran modal dan penggunaan ruang stor Biasanya setiap pembelian perlu dibuat melalui pesanan tempatan kecuali pembelian runcit. Pesanan tempatan juga merupakan bukti apa yang hendak dibeli dan bukti apabila berlakunya perbalahan dengan pihak pembekal tentang pembekalan yang tidak mengikut kehendak persatuan. Borang ini juga digunakan untuk tujuan pengauditan akaun. Borang berkenaan hendaklah ditulis dalam 3 salinan. Salinan asal dan salinan kedua dihantar kepada pembekal. Seterusnya semasa penghantaran barang berkenaan, pembekal menghantar balik salinan asal bersama bil atau invoice kepada persatuan dan salinan ketiga disimpan di pejabat. Sesetengah organisasi akan mencatat semua pesanan bagi pembelian tersebut di dalam buku daftar pembelian harian yang dipanggil buku Buku Si Piutang. Apabila borang berkenaan telah diterima, maklumat barang berkenaan perlu dimasukkan ke dalam buku stok. 2

MEREKOD DAN STOK Setiap persatuan dan organisasi seharusnya mempunyai beberapa buku stok seperti daftar inventori, stok bekalan pejabat, daftar pergerakan harta dan inventori. Buku stok merupakan buku yang merekod dan mencatatkan semua stok atau benda atau harta yang dipunyai oleh sesebuah persatuan. Buku stok ini sangat mustahak dan diperlukan bagi mengawal dan mengenal pasti samada sesuatu benda atau harta itu masih terdapat dalam simpanan persatuan atau sebaliknya. Buku stok ini juga merupakan panduan yang sangat berguna untuk mengetahui samada sesuatu benda atau harta persatuan itu ditambah atau sebaliknya dari semasa ke semasa. Mengikut pekeliling perbendaharaan bil. 2 tahun 1991, inventori ialah barang-barang yang tidak luak bernilai kurang daripada RM 500.00 setiap satu pada masa perolehan. Daftar inventori diperkenalkan untuk merekodkan perolehan dan penempatan inventori. Daftar ini diadakan dalam bentuk kad untuk memudahkan penyusunan dan rujukan. Kad-kad ini disusunkan mengikut jenis inventori dan abjad. Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod penggunaan borang ini. Harta-harta persatuan atau oranisasi yang terdapat di institusi pendidikan boleh dikategorikan kepada 2 iaitu: harta atau barang luar (termasuk alat tulis atau yang boleh habis digunakan. Contohnya dakwat, stensil, pen, kertas pendua, kertas manila dan sebagainya. harta kekal seperti khemah, periuk, bola, carta, kompang dan sebagainya Cara merekod ke dalam buku stok ialah dengan mencatatkan semua maklumat barang atau harta yang diterima seperti nombor pesanan, pembekal, tarikh dan jumlah penerimaan. Apabila borang atau harta tersebut dikeluarkan untuk kegunaan, beberapa maklumat dicatatkan seperti tarikh, jumlah dikeluarkan, nama dan tandatangan penerima. Baki barangan atau harta berkenaan boleh dicatat di ruangan baki. Keaadaan ini membolehkan baki barang-barang berkenaan boleh dikesan dengan dengan serta-merta. Beberapa maklumat perlu dicatatkan di dalam buku stok seperti jenis, jenama dan model, nombor siri pembuat dan pendaftaran serta pegawai yang mengeluarkan. Dicatatkan juga nama peminjam, tarikh dikeluarkan dan maklumat-maklumat lain. PENYATA KIRA-KIRA WANG MASUK DAN WANG KELUAR Setiap persatuan perlu menyimpan dengan teliti rekod-rekod wang yang diterima (wang masuk) dan wang yang telah dibayar (wang keluar). Rekod tersebut termasuklah wang diterima dan wang keluar melalui cek dan tunai. Pembayaran dan atau penerimaan melalui cek bermaksud pembayaran atau penerimaan yang dilakukan dengan menggunakan cek tanpa menggunakan wang tunai. Pembayaran dan penerimaan melalui tunai bermaksud pembayaran atau penerimaan yang dilakukan dengan menggunakan matawang kertas atau syiling. Setiap persatuan meletakkan meletakkan mengikut perlembagaan iaitu bendahari boleh menyimpan wang tunai dalam kadar tertentu pada masa tertentu untuk pembelian secara tunai misalnya RM 50 atau RM 150 dan sebagainya. Wang yang diterima oleh persatuan hendaklah direkod dan dicatatkan semuanya dengan lengkap serta sistematik di dalam buku resit. Setiap helai resit mempunyai nombor siri dan dua bahagian iaiti bahagian asal dan bahagian kaunter foil sebagai rujukan yang digunakan untuk bukti rekod penerimaan. Salinan asal diberikan kepada orang yang membuat pembayaran manakala bahagian kaunter foil ditinggalkan di dalam buku resit. Pada setiap helai resit dinyatakan samada pembayaran dibuat secara cek atau tunai. 3

Boucer pembayaran merupakan dokumen asas untuk merekod pengaliran wang tunai atau cek oleh sesuatu persatuan atau organisasi. Ia juga merupakan satu set dokumen rasmi yang perlu disediakan sebagai menyokong pembayaran yang dilakukan. Berbagi-bagai bentuk boucer pembayaran digunakan samada dalam bentuk paling mudah atau sebaliknya. Namun begitu secara amnya, sesuatu boucer itu mengandungi maklumat seperti nama dan alamat penerima, tarikh, tujuan pembayaran itu dilakukan, jumlah pembayaran, tandatangan penerima dan cop yang diluluskan dan disediakan bagi pihak persatuan berkenaan. Setiap boucer perlu dibuat dalam 2 salinan, salinan asal akan ditandatangani oleh penerima dan disimpan oleh bendahari persatuan manakala salinan karbon akan disimpan oleh penerima. PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN Penyata perbelanjaan dan pendapatan mempunyai persamaan dengan untung rugi bagi organisasi perniagaan tetapi tidak termasuk perbelanjaan modal seperti pembelian mesin, perabot, kenderaan, jentera dan bangunan. Penyata pendapatan dan perbelanjaaan menyenaraikan kesemua perbelanjaan yang diterima dan dibelanjakan oleh sesebuah persatuan dalam tempoh tertentu.. Biasanya penyata pendapatan dan perbelanjaan dinyatakan dalam tempoh setahun. Pendapatan bermaksud semua penerimaan wang tunai, cek dan barangan yang diterima oleh persatuan. Setiap pendapatan dan perbelanjaan mesti dinyatakan dalam tempoh satu tahun tertentu. Contoh penyata pendapatan dan perbelanjaan: Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31/12/05 Pendapatan: RM RM Yuran ahli 250.00 Sumbangan 240.00 Aktiviti persatuan 100.00 590.00 - Perbelanjaan: Bayaran penceramah luar 100.00 Lawatan 300.00 Minuman 100.00 500.00 Lebihan: 90.00 KUNCI KIRA-KIRA Kunci kira-kira bermaksud penyata kewangan yang menunjukkan kedudukan sebenar kedudukan kewangan sesuatu persatuan. Penyata ini menunjukkan semua harta dan hutang yang dimiliki oleh sesuatu persatuan atau organisasi dalam satu jangkamasa tertentu. Penyata ini juga menyatakan jumlah hutang yang masih ditanggung oleh persatuan berkenaan (jika ada), ini dinamakan tanggungan atau liabiliti. Tanggungan atau liabliti dibahagikan kepada 2 iaitu; i) liabiliti panjang iaitu pinjaman yang dibuat oleh persatuan bagi jangkamasa panjang biasanya setahun atau lebih ii) liabiliti semasa iaitu liabiliti jangkamasa pendek dan tidak tetap seperti overdraf bank dan pemiutang 4

Selain berbentuk wang pinjaman daripada orang lain, hutang juga boleh wujud jika persatuan membeli barang secara kredit atau dengan menggunakan perkhidmatan orang lain seperti memberi upah elaun dan saguhati contohnya persatuan membeli satu set computer secara kredit daripada sebuah kedai. Selagi keseluruhan harga komputer itu belum dijelaskan baki pembayarannya adalah hutang atau tanggungan persatuan. Harta atau aset bermaksud semua barang kepunyaan persatuan yang mempunyai nilai seperti wang tunai, perabot, tanah, bangunan, saham dan sebagainya. Harta atau aset terbahagi kepada 2 kategori: i) aset tetap sepert bangunan, perabot, kenderaan dan sebagainya ii) aset semasa seperti stok, penghutang dan tunai Stok adalah semua harta yang akan dijual atau disimpan. Penghutang pula adalah jumlah yang dihutang oleh pelanggan atau sesiapa sahaja. Harta atau aset tersebut dinilai dalam bentuk wang ringgit. Antara tujuan penyediaan kunci kira-kira ialah untuk menunjukkan kedudukan kewangan persatuan dari segi: i) jumlah modal pemilik (persatuan) ii) jumlah nilai harta atau aset yang dipunyai oleh persatuan iii) jumlah nilai tanggungan (liabiliti) Terdapat 2 bahagian utama semasa menyediakan kunci kira-kira iaitu bahagian harta atau aset dan bahagian kandungan atau liabiliti. Kunci kira-kira tersebut perlu dbentangkan mengikut susunan seperti berikut: TANGGUNGAN (LIABILITI) HARTA (ASET TETAP) Ekuiti pemilik Harta Tetap Bangunan Modal Kenderaan (+) untung bersih Perabot (-) Ambilan modal akhir Peralatan Liabiliti Semasa Overdraf bank Pemiutang Harta Semasa Tunai di tangan Tunai di bank Stok Penghutang 5

AUDIT Audit merupakan satu cara mengawal dan mengesan perbelanjaan sesebuah persatuan atau organisasi. Kerja-kerja audit dijalankan oleh Juruaudit. Ada 2 kategori audit iaitu i) audit dalam yang dilakukan oleh juruaudit dalam yang dilantik dalam mesyuarat agung atau daripada kalangan ahli persatuan berkenaan sahaja ii) audit luar yang dijalankan oleh juruaudit luar yang dilantik daripada orang yang bukan ahli persatuan berkenaan Walaubagaimanpun, fungsi juruaudit dalam adalah sama dengan juruaudit luar. FUNGSI JURUAUDIT i) Menentukan bayaran yang dibuat disokong dengan dokumen-dokumen lengkap dan telah diambil kira sebagai satu pembayaran dalam buku tunai Juruaudit menyemak baucer bayaran dan menentukan bayaran yang dibuat berasaskan kepada dokumen-dokumen yang lengkap seperti: - baucer bayaran - pesanan tempata - bil-bil disahkan - invois-invois yang disahkan - resit-resit yang disahkan ii) Memastikan segala perbelanjaan mematuhi peraturan organisasi persatuan dan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iii) Memastikan bendahari dan pengerusi atau pengurus kewangan bertanggungjawab atas semua pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan iv) Memastikan butiran bayaran iaitu tarikh bayaran dilakukan dan nombor baucer bayaran telah diambil kira dalam buku tunai di bawah peruntukan yang diluluskan. KESIMPULAN Pengurusan kewangan sesebuah persatuan amat penting kerana ia akan menentukan kelicinan aktiviti yang akan dijalankan. Oleh itu pengerusi persatuan, setiausaha dan bendahari harus memainkan peranan yang penting untuk tujuan ini. Di samping itu, peranan ahli-ahli juga harus dititik beratkan kerana dengan sokongan dan penglibatan merekalah yang akan menentukan kejayaan sebenar sesebuah persatuan itu Sokongan dan sumbangan daripada masyarakat juga amat diharapkan terutamanya dari segi kewangan kerana dengan modal yang banyak, pelbagai aktiviti dapat dijalankan. Kepelbagaian aktiviti-aktiviti yang dijalankan boleh membentu kejayaan dan pencapaian personaliti pelajar-pelajar yang tidak boleh diperolehi di dalam kelas. 6