6.2 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI

dokumen-dokumen yang mirip
3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PENERBITAN PETA DAERAH SIRI MYS 8201R

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

8.0 PENILAIAN KEMAMPANAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

KELAS KEGUNAAN TANAH BLOK PERANCANGAN 6 : HULU SEMENYIH

MANUAL PENGGUNA EIS RTD LIPIS

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

DEVELOPMENT CONTROL (PART 1) and Planning Tools (planning standards & guidelines)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.2 LATAR BELAKANG PERMOHONAN PERANCANGAN DI ATAS LOT 3524, MUKIM TANJUNG DUA BELAS, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.

PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 2 TAHUN 2002 GARIS PANDUAN PEMERIKSAAN DI LAPANGAN BAGI KERJA-KERJA JURUUKUR TANAH BERLESEN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

3.6 REKA BENTUK BANDAR Profil Fizikal dan sosial budaya

MANUAL PENGGUNA (Pengguna Berdaftar - Agensi Kerajaan) Peta Interaktif PerakGIS

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Unit PerakGIS Tingkat 9, Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Jalan Jelapang Ipoh, Perak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERAKUAN. DISEDIAKAN OLEH: Akitek:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tajuk Projek :... Tetuan :... (Sila Lengkapkan) 1 Salinan soft copy pelan susunatur dan pelan kerja ukur dalam format dwg.(cd)

Asas Ekonomi Berdaya Saing. Perhubungan & Pengangkutan Bersepadu & Efisyen

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Bab 07. PENGUKURAN BAGI PENGELUARAN HAKMILIK STRATUM (Sumber Rujukan :Bahagian 5(A) KTN, Pekeliling KPUP 5/1999 dan 2/2006)

DASAR KESELAMATAN ICT JPP DAN POLITEKNIK DKICT JPP DAN POLITEKNIK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

MANUAL PENGGUNA (Pengguna Awam) Peta Interaktif PerakGIS

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

LAPORAN INOVASI JPS KUALA KRAI

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

FORMAT SURAT MAKLUMAT TIDAK LENGKAP UNTUK PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 5 TAHUN 2002 PEMBANGUNAN JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER MENGGUNAKAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

1.6 Kepentingan Kajian 5

Bab 12. SISTEM KADASTER BERKOORDINAT (Sumber Rujukan : Artikel Dr. Teng Chee Hua, JUPEM)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

MANUAL PENGGUNAAN EIS WEB MAPPING RTD KUALA MUDA

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Apa itu Ubiquitous City?

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PANDUAN PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

Pangkalan Informasi modul-modul ep 2012 PEMBELIAN TERUS. 1.Bagaimanakah untuk mencipta nota pelarasan kredit? Jawapan :

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Semua Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri

Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002)

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

STRATEGI 6 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PROFIL PERKHIDMATAN

Polisi Privasi. Pengenalan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

PK. UiTM.FSSR.(P).01. Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

6.0 TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYAA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Dr. Khairul Hisyam Kamarudin (Disember 2014) Sumber nota: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

MANUAL OPERASI SMPU PENGGUNA UKM-SPKP-CRIM-PK01-MO02

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

WILAYAH PERSEKUTUAN INFRASTRUCTURE SDN. BHD. ( X) PERMOHONAN UNTUK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

GARIS PANDUAN PENERIMAAN PERALATAN

Garis Panduan Pelaksanaan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH. Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

6.2 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI Sistem Maklumat Geografi dapat menggambarkan dengan lebih tepat apa yang berlaku ke atas kawasan kajian Rancangan Tempatan. Melalui kombinasi data di antara sektoral, dapat menghasilkan alternatif senario pembangunan pada masa akan datang. Secara tidak langsung, ianya membantu dalam menilai dasar semasa yang dibentuk serta keperluan pengubahan dasar dapat ditentukan dengan lebih mudah, melalui gambaran yang dapat ditunjukkan dalam persekitaran Sistem Maklumat Geografi. Pengubahan terhadap dasar semasa seterusnya akan dapat membantu di dalam merangka strategi pembangunan spatial dalam Daerah Machang. Data dan maklumat yang berkualiti juga dapat membantu menghasilkan keputusan yang tepat dan jitu. Oleh yang demikian, proses-proses kerja pembangunan pangkalan data dan verifikasi data telah dirangka untuk membantu mendapatkan data-data yang berkualiti. Data yang berkualiti juga diperlukan untuk memudahkan proses pelaksanaan analisis serta menghasilkan hasil analisis yang lebih tepat dan komprehensif. Sistem Maklumat Geografi bertujuan menyokong pembangunan pangkalan data GIS terutamanya dari segi penyelarasan data spatial dan atribut, pengoperasian analisis dan penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) RT Jajahan Machang. 6.2.1 Pembangunan Pangkalan Data Konsep pembangunan pangkalan data kajian RT Jajahan Machang berdasarkan format sedia ada yang telah disediakan oleh Unit Bank Data, Bahagian Teknologi Maklumat JPBD. Penyediaan pangkalan data ini digunakan untuk memudahkan pengguna dan pasukan perunding menjalankan analisis di mana ia dapat menggambarkan senario semasa dan seterusnya membantu pihak pentadbiran memantau keadaan perbandaran semasa dan akan datang. Pembangunan pangkalan data ini adalah berdasarkan kepada data yang telah disediakan dan diperoleh oleh setiap sektoral dan sumber JPBD sama ada berdigit atau salinan keras. Data daripada sektoral ini akan diselaraskan mengikut format mapinfo (*.tab) dan setiap komponen data yang dibentuk akan disimpan di dalam satu sistem GIS dalam bentuk layers. Proses kerja pembangunan pangkalan data GIS adalah seperti Rajah 6.2.1. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-1

Rajah 6.2.1: Proses Kerja Penyediaan Pangkalan Data GIS RT Jajahan Machang Data sedia ada Berdigit Mapinfo/CAD/Shp Salinan Keras Data Primer Data Sekunder Kemasukkan data atribut/spatial Penyemakan kesalahan topology Penyemakan kesalahan atribut Verifikasi Data (spatial & atribut) Penyuntingan, Pembaikan & Penstrukturan Penyusunan Pangkalan Data GIS mengikut Model & Metadata JPBD Di Dalam MapInfo dan Unjuran Cassini-Kelantan i. Penerimaan Data Penerimaan data untuk penyediaan pangkalan data GIS RT Jajahan Machang dikumpulkan dan diselaraskan mengikut format metadata JPBD. Semua data yang dibekalkan dan yang dikumpulkan akan melalui proses semakan kualiti data. Berikut merupakan senarai data dan sumber yang diperolehi: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-2

Jadual 6.2.1: Sumber Data Kajian RT Jajahan Machang DATA DIPEROLEHI Guna tanah RT Jajahan Machang Data Fizikal (Laporan Pemeriksaan) Peta asas 2010 Komponen Perancangan Fizikal Komponen Pentadbiran Komponen Penduduk Komponen Maklumat Tanah Komponen Sosial Komponen Ekonomi Komponen Utiliti Komponen Pengangkutan SUMBER Perunding utama Perunding utama Perunding utama ii. Topologi Data Proses Topologi merupakan semakan kualiti data spatial. Proses semakan kualiti data spatial merupakan satu kaedah penting dalam memastikan kesemua lapisan data (poligon, garisan dan titik) tidak mempunyai masalah dari segi pertindihan data, tidak bercantum dengan sempurna dan sebagainya. Proses ini melibatkan teknik topology rules bagi mengenalpasti kesalahan untuk mempertingkatkan kualiti data GIS. Antara kesalahan dan masalah kualiti data yang dikenalpasti ialah: a) Pertindihan data (Overlap). b) Sempadan poligon tidak bercantum (Gap between poligon). c) Ruang kosong antara poligon (dalam lapisan guna tanah). d) Lot yang tidak munasabah. Semakan kualiti spatial membantu mengurangkan kesilapan terutamanya ketika menjalankan analisis kelak. Antara kesalahan data spatial yang dikenalpasti seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.2.2 6.2.3 dan 6.2.4 Rajah 6.2.2: Kesalahan Data Spatial Yang Menunjukkan Sempadan Poligon Yang Tidak Tercantum Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-3

Rajah 6.2.3: Kesalahan Data Spatial Yang Menunjukkan Terdapatnya Pertindilhan Lapisan Rajah 6.2.4: Kesalahan Data Spatial Yang Menunjukkan Ruang Kosong Antara Poligon Sumber:Guna tanah Semasa RT Jajahan Machang, 2010 iii. Penyediaan Metadata Metadata bermaksud maklumat mengenai maklumat, maklumat yang mengandungi isi kandungan komponen pangkalan data, format dan jenis maklumat yang tersimpan dalam setiap lapisan data. Metadata yang disediakan adalah mengikut format yang disediakan oleh BTM, JPBD versi 8 pindaan 2007. Metadata ini disediakan hanya merangkumi data-data yang telah diterima dan diproses sepenuhnya sahaja. iv. Pengemaskinian Data Pengemaskinian data merupakan antara proses penyediaan pangkalan data bagi melengkapi data sedia ada. Antara kaedah kemaskini data yang dilaksanakan seperti berikut: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-4

a) Kemasukkan data (spatial dan atribut) Rajah 6.2.5: Kemasukkan Data (Spatial Dan Atribut) Sumber Shapefile Dwg Dxf Pelarasan format *.tab Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010 Kemasukkan data atribut dilaksanakan mengikut data setiap sektoral. Semakan data atribut dibuat dan diselaraskan dan akan melalui proses verifikasi yang dibincangkan bersama JPBD. Segala penambahan data atribut bagi setiap lapisan data akan ditambah oleh perunding sektoral sekiranya ada. Proses ini melibatkan setiap komponen data dan perunding sektoral dan JPBD akan memastikan sekiranya data tersebut penting perlu dimasukkan bagi tujuan penyediaan EIS. b) Penyuntingan data Proses penyuntingan berlaku setelah melalui proses verifikasi, dan setiap lapisan data yang telah dikenalpasti perlu dibetulkan semula termasuklah penambahan medan data. Penambahan medan data dibuat sekiranya perunding sektoral ingin menambah maklumat pada data spatial sedia ada. Rajah 6.2.6. Rajah 6.2.6: Penambahan Medan Penambahan medan (field) Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-5

c) Penstrukturan data Penstrukturan data melibatkan penyelarasan setiap maklumat dalam atribut seperti ejaan, singkatan perkataan yang dipersetujui (samaada Kampung atau Kg.), kod guna tanah, medan data dan metadata yang diselaraskan oleh JPBD. Rajah 6.2.7: Penyelarasan Format Ejaan Dan Atribut Cth: Penyelarasan ejaan. v. Pengesahan Data Seterusnya Proses semakan kualiti data atribut melalui proses verifikasi daripada perbincangan bersama dengan JPBD Negeri dan Majlis Daerah Machang serta agensi-agensi kerajaan. Data-data ini disemak bagi memastikan ketepatan data yang diterima bagi menyokong kesahihannya dalam penyediaan EIS kelak. vi. Penyimpanan Data Penyimpanan data dalam format *.tab bersesuaian dengan keperluan pengguna iaitu JPBD Negeri dan MD Machang. Model pangkalan data RT Jajahan Machang adalah seperti Rajah 6.2.8 yang merangkumi 10 komponen dan 59 lapisan sahaja. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-6

Jadual 6.2.2: Komponen Pangkalan Data Komponen Penerangan i. Peta Asas Peta asas merupakan asas kepada komponen-komponen lain. Data peta asas disediakan sektor guna tanah, jalan,sungai dan indek syit peta ii. Perancangan Fizikal Komponen ini mempunyai beberapa lapisan data seperti guna tanah, guna tanah komited, zoning dan kawalan. iii. Pentadbiran Lapisan data dibawah komponen Pentadbiran terdiri daripada sempadan Daerah, Mukim, Blok Perancangan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Maklumat pentadbiran ini penting dalam menentukan garisan sempadan pentadbiran. iv. Maklumat Tanah Lapisan data dibawah komponen Maklumat tanah adalah seperti Nombor Lot serta Hakmilik sama ada kerajaan, swasta atau persendirian. v. Penduduk Maklumat penduduk iaitu perangkaan jumlah penduduk mengikut blok perhitungan atau mukim yang diwakili (titik) pada tahun 1999 dan unjuran jumlah penduduk pada tahun 2020 vi. Ekonomi Komponen ekonomi mempunyai maklumat seperti taburan perniagaan (poligon), gerai (titik) mengikut jenis dan kategori. Lapisan data bagi jenis perindustrian (poligon) dan jenis pertanian (poligon). Lapisan data ini berdasarkan aktiviti semasa di kawasan kajian. vii. Sosial Komponen Sosial membantu kajian dalam melihat taburan kemudahan masyarakat (titik) dan menganalisa keperluan akan datang. Selain itu, ia merangkumi lapisan data perumahan (poligon), kawasan lapang dan rekreasi (titik), lanskap1 (titik), lanskap2 (titik), pokok (titik) dan kawasan bersejarah (titik). viii. Pengangkutan Pengangkutan merupakan nadi perhubungan ke kawasan kajian dan menerusinya ke seluruh kawasan kajian. Ianya juga merupakan antara penentu arah dan corak struktur guna tanah kawasan kajian. Lapisan data dalam komponen pengangkutan terdiri daripada rangkaian jalan (garisan), taburan perkhidmatan pengangkutan awam (titik), tempat letak kereta (titik), persimpangan lalulintas dan kemudahan sokongan jalan. ix. Alam Sekitar Alam sekitar penting dalam mengambil kira kawasan yang sensitif dengan pembangunan seperti lapisan data badan air (poligon),kualiti air (poligon), beban pencemaran(poligon), kawasan sensitif alam sekitar (poligon,garis) kawasan berisiko (poligon,garis) topografi (garisan) jenis tanah tanih (poligon), hutan x. Utiliti Lapisan data untuk Utiliti merangkumi rangkaian pembentungan (garisan), perparitan (garisan), sumber bekalan air (garisan), rangkaian elektrik (garisan), talian telekomunikasi (garisan) dan kawasan sisa pepejal (titik) dan laluan sisa pepejal (garisan). Lapisan-lapisan ini perlu dalam melihat taburan sedia ada dan unjuran akan datang bagi melengkapkan cadangan kriteria pembangunan mampan dalam kawasan kajian. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-7

Rajah 6.2.8: Komponen Pangkalan Data GIS RT Jajahan Machang PENGANGKUTAN JALAN PGKTAWAM TLKERETA KSOKONG1 KSOKONG2 PLINTAS1 PLINTAS2 ALAM SEKITAR AIR BISING UDARA SUNGAI SENSITIF RISIKO TOPO TTANIH PERANCANGAN FIZIKAL GUNATANAH GTNKOM ZONING KAWALAN UTILITI BETUNG1 BETUNG2 PARIT1 PARIT2 BKLAIR1 BKLAIR2 ELEKTRIK1 ELEKTRIK2 TELEKOM1 TELEKOM2 GAS1 GAS2 SPEPEJAL1 SPEPEJAL2 PETA ASAS KADLOT KADSG KADJLN KADINDEK KADLAIN1 KADLAIN2 SOSIAL PERUMAHAN KMYARAT REKREASI LANDSKAP1 LANDSKAP2 POKOK PLANDONG1 PLANDONG2 BSEJARAH EKONOMI PNIAGA GERAI INDUSTRI PERTANIAN PENTADBIRAN DAERAH MUKIM BLOK PBT PENDUDUK PDDK1999 MAKLUMAT TANAH LOT HMILIK Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-8

6.2.2 Pembangunan Model Analisis Analisis menggunakan GIS adalah digalakkan dimana analisis ini membantu dalam merangka strategi pembangunan spatial. Di dalam laporan penemuan satu, analisis menggunakan GIS akan membantu dalam menyediakan analisis kesediaan tanah. Ia bersesuaian dengan pendapat pakar tentang kegunaan sistem maklumat geografi dalam perancangan iaitu sebagai penjanaan data baru dan pergabungan maklumat sumber yang berbentuk data geografi dan bukan geografi (Anthony yeh, 1999: Batty dan Harris, 2001) 6.2.2.1 Analisis Kesediaan Tanah Analisis kesediaan tanah bertujuan untuk mengenalpasti kawasan tanah yang belum dibangunka kawasan yang tidak sesuai dibangunkan dan juga mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan. Pengenalpastian kawasan ini untuk mengambarkan penyebaran, ciri-ciri dan corak pembangunan bandar di masa akan datang. Kesediaan tanah merujuk kepada tanah yang masa kini belum dibangunkan dan belum terikat dengan pembangunan (Kamarudin Ngah, 1995). Dengan membentuk konsep model analisis tanah yang sedia untuk pembangunan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.2.9. Rajah 6.2.9: Konsep Model Analisis Kesediaan Tanah ANALISIS KESEDIAAN TANAH Kawasan yang mempunyai halangan dalam membuat pembangunan Kriteria Kawasan tidak boleh dibangunkan kriteria Kawasan sedia dibangunkan Kawasan yang boleh dan sedia dibangunkan kriteria kawasan sesuai dan sesuai bersyarat sdibangunkan Kawasan yang sesuai dan sesuai dengan syarat untuk dibangunkan i. Langkah Analisis a. Pembentukan lapisan kawasan yang berhalangan Pemilihan kriteria berikut digunakan dalam menghasilkan kawasan yang dikenalpasti mempunyai halangan dalam membuat pembangunan. kawasan halangan pembangunan adalah penting bagi memastikan Daerah Machang dapat menerima pembangunan yang seimbang disamping menjaga keseimbangan alam semulajadi. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-9

Lapisan Data Guna tanah Semasa Kriteria yang sesuai Kawasan tepu bina Kawasan hutan simpan Kawasan berketinggian > 150 Kawasan berkecerunan > 35 Badan air Padang Ragut Dengan menggunakan arahan SELECT BY ATRRIBUTES dalam guna tanah semasa, lapisan data bagi kriteria halangan dihasilkan. b. Pembentukan lapisan kesediaan tanah Pemilihan kriteria berikut digunakan dalam menghasilkan kawasan kesediaan tanah, pemilihan kriteria adalah berdasarkan kepada potensi kriteria tersebut di dalam menerima pembangunan yang akan datang. Lapisan Data Guna tanah Semasa Kriteria yang sesuai Kawasan tanah kosong Kawasan pertanian Kawasan hutan (tidak termasuk hutan simpan) Kawasan tanah kosong Kawasan pertanian Dengan menggunakan arahan SELECT BY ATRRIBUTES dalam guna tanah semasa, lapisan data bagi kriteria sesuai dihasilkan. c. Kawasan sesuai pembangunan Kawasan sesuai pembangunan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kawasan sesuai dan kawasan sesuai dengan syarat. Kriteria bagi kawasan sesuai dengan syarat adalah seperti di dalam jadual berikut. Lapisan Data Kriteria yang sesuai Data ketinggian Kawasan yang mempunyai kecerunan 25-35 atau kawasan yang mempunyai ketinggian melebihi 150 meter Kawasan risiko Kawasan banjir 6.2.3 Rumusan Dalam laporan ini, proses-proses pembangunan pangkalan data telah diterangkan dan sektor GIS telah menyediakan data mengikut model data, JPBD versi 8 pindaan 2007. Analisis kesediaan tanah dan kawasan halangan pembangunan serta kawasan potensi telah dilaksanakan untuk menunjukkan kegunaan data GIS untuk analisis selain daripada pemetaan. Manakala penggunaan analisis GIS di dalam pembentukkan kecerunan dan ketinggian akan membantu di dalam melaksanakan analisis berkaitan dengan analisis alam sekitar. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-10