KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2015 PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) BAGI PEGAWAI YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

Universiti Malaysia PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

DASAR PELETAKAN JAWATAN

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

GARIS PANDUAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

PROSES PERSARAAN. DISAMPAIKAN Oleh

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PROSEDUR PERKHIDMATAN

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN STAF BERMASALAH

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P006 PROSEDUR PERSARAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL / PELAKSANA 1. NAMA :. NO. UKM(PER) :.

PEJABAT PENDAFTAR PROSEDUR PERKHIDMATAN PERSONEL. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru PP(P) TPK (HCM)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT KOMPETENSI

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN (SUBJEK UTAMA) BAGI KUMPULAN SOKONGAN GRED 17 HINGGA GRED 26 YANG SETARAF KUMPULAN C KECUALI GRED N17

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

TAFSIRAN. Kriteria dan Wajaran Markah Penilaian KPI HRMIS bagi Tahun 2017 adalah seperti berikut: KRITERIA

Pengurusan Maklumat Persaraan. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

Transkripsi:

JPA/PEN(S)223/4/4-3 No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan mengenai prosedur untuk melaksanakan Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (PDKPA). LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan PDKPA untuk pegawai tetap di bawah Skim Pencen adalah berdasarkan peruntukan seksyen 11(a)(ii) Akta Pencen 1980 [Akta 227] bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan atau seksyen 11(b)(ii) Akta yang sama bagi pegawai Perkhidmatan Awam Negeri. Bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan, PDKPA dilaksanakan berdasarkan peruntukan seksyen 11(b) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239]. 1

3. Pegawai yang dibersarakan di bawah PDKPA akan diberi faedah persaraan yang dihitung mengikut peruntukan undang-undang pencen yang berkenaan, tanpa unsur susutan. Faedah persaraan tersebut ialah: (a) pencen bulanan mulai tarikh kuatkuasa persaraan berasaskan formula: 1/600 x bulan perkhidmatan yang dimasukira x gaji akhir, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji akhir; (b) ganjaran berasaskan formula: 7.5% x bulan perkhidmatan yang dimasukira x gaji akhir; (c) pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat berasaskan formula: 1/30 x (gaji akhir + imbuhan tetap) x jumlah hari Cuti Rehat yang terkumpul, hingga maksimum 120 hari; dan (d) kemudahan rawatan dan perubatan semasa dalam persaraan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungannya yang layak di bawah peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001 atau pekeliling perkhidmatan berkaitan yang dikeluarkan daripada semasa ke semasa, jika ada. 2

PELAKSANAAN Pegawai Yang Boleh Dipertimbangkan 4. Pegawai yang boleh dikenal pasti oleh Ketua Jabatan untuk PDKPA adalah- (a) prestasinya berdasarkan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pada satu (1) tahun sebelumnya berada pada tahap kurang daripada 60% tetapi berasaskan latar belakang perkhidmatannya, tidak sesuai untuk diambil tindakan tatatertib; atau (b) menghadapi masalah kesihatan berterusan yang menyebabkan prestasi perkhidmatannya terjejas dan pegawai tidak berkeupayaan menjalankan tugas sehingga menyebabkan beliau tidak dapat memberi sumbangan setaraf dengan bidang tugas gred jawatan yang disandangnya, tetapi pegawai tidak memenuhi syarat untuk dibersarakan atas sebab kesihatan, dengan syarat pegawai bertaraf berpencen dan bebas daripada tindakan tatatertib atau mahkamah serta tidak mempunyai ikatan kontrak melalui biasiswa. Pegawai Yang Tidak Boleh Dipertimbangkan 5. Pegawai yang tidak layak dikenal pasti dan ditawarkan PDKPA adalah pegawai yang terlibat dengan unsur-unsur penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, cuai, fraud, ketidakjujuran, tingkah laku keji, salah laku atau jenayah yang boleh diambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan 3

Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/93] atau peraturan/ undang-undang berkaitan yang berkuat kuasa. Persetujuan Ketua Perkhidmatan 6. Bagi PDKPA untuk pegawai gunasama, pegawai yang mengisi jawatan kader, pegawai yang dipinjamkan atau pegawai yang ditukar sementara, Ketua Jabatan di mana pegawai berkhidmat hendaklah memaklumkan cadangan PDKPA secara bertulis (format di Lampiran A) kepada Ketua Perkhidmatan pegawai berkenaan. Persetujuan Ketua Perkhidmatan diperlukan sebelum Ketua Jabatan mengambil langkah seterusnya. Usaha Pemulihan 7. Pegawai yang telah dikenal pasti untuk dibersarakan di bawah PDKPA hendaklah terlebih dahulu melalui tempoh pemulihan selama satu (1) tahun melainkan pegawai memohon secara bertulis supaya dikecualikan daripada melalui proses pemulihan. Jika pemulihan dilaksanakan, Ketua Jabatan hendaklah dalam tempoh pemulihan itu mengambil tindakan-tindakan berikut: (a) Perbincangan Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi tanggungjawab hendaklah berbincang dengan pegawai berkenaan mengenai cara penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki prestasinya. 4

(b) Penempatan Dan Kursus Sebagai susulan kepada perbincangan dengan pegawai, Ketua Jabatan boleh mengambil langkah - langkah berikut: (i) menukar pegawai kepada suasana kerja dan tanggungjawab yang baru dalam agensi berkenaan sahaja. Pertukaran keluar daripada agensi tersebut tidak wajar dilaksanakan dan seboleh-bolehnya dielakkan supaya pegawai tidak menimbulkan masalah di agensi baru; dan/atau (ii) menghantar pegawai mengikuti kursus yang sesuai dan berkaitan dengan aspek permasalahan yang dihadapi seperti kursus motivasi. (c) Merujuk Pegawai Ke Sesi Kaunseling Pegawai yang menepati kriteria seperti di Lampiran B boleh dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam atau perkhidmatan psikologi di jabatan sendiri untuk sesi kaunseling. 8. Pegawai yang menghadapi masalah kesihatan perlu menjalani proses pemulihan / rawatan dalam tempoh satu (1) tahun seperti berikut: 5

(a) Merujuk Pegawai Kepada Pegawai Perubatan Kerajaan Ketua Jabatan hendaklah merujuk pegawai berkenaan kepada Pegawai Perubatan Kerajaan bagi membolehkan beliau terus mendapat rawatan. (b) Merujuk Pegawai Kepada Pakar Psikiatri Pegawai yang menghadapi masalah mental perlu dirujuk kepada pakar psikiatri. Contoh pegawai yang perlu dirujuk kepada pakar psikiatri adalah seperti gangguan mental (mental disorder), tingkah laku ganas (violent), sering bercakap bersendirian dan menunjukkan emosi yang tidak dapat diramal atau berubah-ubah. Walau bagaimanapun, atas permintaan pegawai yang menghadapi masalah kesihatan, PDKPA boleh dipertimbangkan tanpa melalui usaha pemulihan/ rawatan. Tawaran PDKPA 9. Pegawai yang gagal dipulihkan / dirawat selepas satu (1) tahun hendaklah dipertimbangkan PDKPA tertakluk kepada persetujuan bertulis pegawai melalui format seperti di Lampiran C. Ketua Jabatan dan, sekiranya berkenaan, Ketua Perkhidmatan, hendaklah memastikan perkhidmatan awam tidak terjejas dengan persaraan pegawai itu. 6

Persetujuan Pegawai 10. PDKPA hanya boleh diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam setelah mendapat persetujuan bertulis dalam format di Lampiran C daripada pegawai. Persetujuan pegawai menerima PDKPA hendaklah atas kerelaannya dan persetujuannya adalah muktamad. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memastikan persetujuan tersebut diperolehi tanpa unsur pujukan atau paksaan atau apa-apa unsur yang boleh ditafsirkan sebagai pujukan atau paksaan. Bagi pegawai yang menghadapi masalah mental, Ketua Jabatan hendaklah memastikan adanya pengesahan Pegawai Perubatan Pakar dalam format di Lampiran C bahawa pegawai berkenaan berada dalam keadaan pemikiran yang rasional dan siuman semasa beliau memberi persetujuan. Seterusnya, sekiranya berkenaan, Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan hasil usaha pemulihan/rawatan dan persetujuan pegawai kepada Ketua Perkhidmatan sekiranya berkenaan untuk memperolehi persetujuan Ketua Perkhidmatan supaya pegawai itu dibersarakan. Bagi pegawai yang ditukarkan sementara/pinjaman atau mengisi jawatan kader, Ketua Perkhidmatan hendaklah mengarahkan pegawai kembali ke jabatan/perkhidmatan asalnya. Perakuan Kepada Jabatan Perkhidmatan Awam 11. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan PDKPA kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam mengikut format di Lampiran D. Carta pelaksanaan PDKPA adalah seperti di Lampiran E. 12. PDKPA berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan hendaklah pada tarikh itu menjadi muktamad. Sebaik sahaja kelulusan PDKPA diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua 7

Jabatan hendaklah mengurus permohonan faedah persaraan mengikut prosedur di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003 dan, bagi maksud pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, mengikut prosedur di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003 atau pekeliling perkhidmatan berkaitan yang dikeluarkan daripada semasa ke semasa, jika ada. Pelantikan Semula Pesara 13. Pegawai yang telah dibersarakan di bawah PDKPA tidak boleh dilantik semula dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan kecuali dengan kelulusan khas Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa Melantik atas sebab kepentingan perkhidmatan. Adalah menjadi tanggungjawab pesara jika dilantik semula secara tetap untuk memaklumkan hal berkenaan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, bagi maksud penggantungan pemberian pencen di bawah seksyen 23(1) Akta 227 atau seksyen 26(1) Akta 239. PERALIHAN 14. Apa-apa perakuan yang dikemukakan bagi tujuan persaraan di bawah seksyen 11(a)(ii) Akta 227 sebelum tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, pertimbangan adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003 atau garis panduan yang sedang berkuat kuasa. 8

PENGECUALIAN 15. Pengecualian daripada mana-mana peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah diperolehi secara bertulis daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. UMUM 16. Peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini tidak mengehadkan kuasa mana-mana Pihak Berkuasa Tatatertib dan mana-mana peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan/undang-undang berkaitan yang berkuat kuasa. TARIKH KUAT KUASA 17. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan. PEMAKAIAN 18. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masingmasing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, dengan disesuaikan rujukan undang-undang kepada Akta 227 atau Akta 239, mana yang berkenaan. 9

Lampiran A MAKLUMAN KEPADA KETUA PERKHIDMATAN (Gelaran Ketua Perkhidmatan/Nama dan Alamat Kementerian/ Jabatan) Tuan, Pengenalpastian Pegawai Bagi Tujuan Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam Dengan hormatnya saya merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan.Tahun 200.. mengenai perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Kementerian/Jabatan/Agensi ini telah mengenal pasti yang kini bertugas di... (nama pegawai) (nama unit/seksyen/ bahagian/ Jabatan dan Kementerian) untuk dipertimbangkan Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam atas sebab berikut : (i) prestasi pegawai berdasarkan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pada satu (1) tahun sebelumnya berada pada tahap kurang daripada 60% tetapi berasaskan latar belakang perkhidmatannya tidak sesuai untuk diambil tindakan tatatertib. (ii) pegawai menghadapi masalah kesihatan berterusan yang menyebabkan prestasi perkhidmatannya terjejas dan tidak berkeupayaan menjalankan tugas sehingga menyebabkan beliau tidak dapat memberi sumbangan setaraf dengan bidang tugas gred jawatan yang disandangnya, tetapi pegawai tidak memenuhi syarat untuk dibersarakan atas sebab kesihatan. 3. Kementerian/Jabatan/Agensi ini akan: (i) (ii) melaksanakan usaha-usaha pemulihan selaras dengan pekeliling perkhidmatan berkenaan sebelum perakuan PDKPA dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan. menawarkan PDKPA kerana pegawai memohon secara bertulis supaya dikecualikan proses pemulihan. Sekian, dimaklumkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,... (Tandatangan Ketua Jabatan) Tarikh:...

Lampiran B KRITERIA-KRITERIA PEGAWAI YANG BOLEH DIBERIKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING i. Individu yang normal tetapi mempunyai masalah seharian yang tidak dapat diselesaikan kerana tekanan emosi, kebuntuan fikiran dan sebagainya. ii. Individu yang menghadapi masalah personaliti dan emosi yang sederhana. iii. Individu yang tidak dapat membuat keputusan atau tidak mempunyai arah atau matlamat hidup yang jelas. iv. Individu yang mempunyai nilai penghargaan kendiri yang rendah (low selfesteem) serta tidak dapat menghargai potensi diri yang ada. v. Individu yang bersedia bekerjasama untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

Lampiran C SURAT PERSETUJUAN PEGAWAI..... (Nama dan alamat pejabat pegawai) Tarikh :. Kepada: (Gelaran Ketua Jabatan/Nama dan Alamat Jabatan) Tuan, Persetujuan Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam Saya...(nama pegawai) yang kini bertugas di (nama unit/seksyen/ bahagian/ Jabatan dan Kementerian).dengan ini bersetuju untuk dibersarakan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam di bawah seksyen 11(a) (ii) Akta Pencen 1980 (Akta 227). 2. Saya mengesahkan bahawa persetujuan yang saya buat adalah atas kerelaan saya sendiri. Saya sesungguhnya faham akan implikasi persetujuan saya ini dan sesungguhnya mengetahui bahawa persetujuan yang saya buat ini adalah muktamad. Sekian, terima kasih. Saksi * :...... (Tandatangan Pegawai) (Tandatangan)...... (Nama Pegawai) (Nama)... (Jawatan) * Saksi hendaklah terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. PENGESAHAN PEGAWAI PERUBATAN* Saya mengesahkan bahawa pegawai yang bernama no. kad pengenalan semasa membuat persetujuan di atas adalah berada dalam keadaan siuman dan rasional.... ( Tandatangan Pegawai Perubatan) (Nama)... Tarikh :. (Jawatan) * bagi pegawai yang menghadapi masalah mental.

Lampiran D PERAKUAN PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM (Nama Pegawai, Nombor Kad Pengenalan, Jawatan dan Gred Gaji & Jabatan / Kementerian) 1 TUJUAN Tujuan Memorandum ini ialah untuk memperakukan supaya (Nama pegawai, Nombor Kad Pengenalan, Jawatan dan Gred Gaji, Jabatan / Kementerian ) dibersarakan demi kepentingan perkhidmatan awam di bawah seksyen 11(a)(ii), Akta Pencen 1980 (Akta 227) berkuat kuasa (tarikh kuat kuasa, 1 haribulan bulan yang berikutnya). 2 LATAR BELAKANG 2.1 Latar belakang perkhidmatan (dengan latar belakang perkhidmatan lepas di jabatan lain, jika ada). Lampirkan sesalinan Kenyataan Perkhidmatan dan Cuti yang telah dikemaskinikan. 2.2 Latar belakang peribadi (termasuk mengenai keluarga dan tanggungan kewangan) 3 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Prestasi pegawai serta sumbangannya kepada jabatan dan perkhidmatan sebelum mengalami masalah 3.2 Masalah prestasi dan/atau kesihatan pegawai (termasuk markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan) dan kesannya kepada Jabatan/Kementerian dan Perkhidmatan Awam 3.3 Langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah prestasi dan/atau kesihatan, dan kesannya. 3.4 Penjelasan kenapa pegawai ini tidak dihadapkan untuk tindakan tatatertib dan/atau penjelasan kenapa pegawai wajar dibersarakan walaupun laporan perubatan tidak memperakukan persaraan atas sebab kesihatan (Lampirkan laporan perubatan). 3.5 Pengesahan bahawa pegawai telah bersetuju tanpa pujukan atau paksaan untuk dibersarakan demi kepentingan perkhidmatan awam selepas beliau diberi penerangan mengenai persaraan yang dicadangkan (Lampirkan surat persetujuan seperti di Lampiran C, Pekeliling Perkhidmatan Bil. Tahun 2007). 3.6 Pengesahan bahawa Perkhidmatan Awam khususnya di Agensi berkenaan tidak terjejas dengan tawaran PDKPA kepada pegawai. 3.7 Pengesahan persetujuan Ketua Perkhidmatan, jika berkenaan. 4 PERAKUAN Adalah dipohon supaya (Nama pegawai, Nombor Kad Pengenalan, Jawatan dan Gred Gaji, Jabatan/Kementerian) dibersarakan demi kepentingan perkhidmatan awam di bawah seksyen 11(a)(ii), Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dicadangkan berkuat kuasa (tarikh kuat kuasa, 1 haribulan bulan yang berikutnya). - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Ketua Jabatan / Ketua Setiausaha Kementerian Tarikh

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM (PDKPA) Lampiran E Ketua Jabatan kenal pasti pegawai (dan maklumkan kepada Ketua Perkhidmatan, jika berkenaan) Pegawai kekal dalam perkhidmatan Pegawai kekal dalam perkhidmatan Berjaya Tidak dipersetujui Usaha pemulihan rawatan selama 1 tahun Gagal Ketua Jabatan mendapatkan persetujuan bertulis pegawai (dan persetujuan Ketua Perkhidmatan, jika berkenaan) Jika pegawai memohon dikecualikan daripada usaha pemulihan / rawatan Setuju Pegawai kekal dalam perkhidmatan Tidak diperakukan Ketua Jabatan memperakukan PDKPA kepada JPA Diperaku Pegawai kekal dalam perkhidmatan Tidak Setuju JPA mempertimbangkan PDKPA Setuju 15 Diluluskan PDKPA