ATURAN-ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN WANG

dokumen-dokumen yang mirip
KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD ATURAN-ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI JIMAT CERMAT DAN PEMBIAYAAN WANG

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Khas

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Pelancongan

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN/KEMUDAHAN BARANGAN PENGGUNA (AL BAI ' U BITHAMAN AAJIL)

JUMLAH DIPOHON : RM TEMPOH BAYAR BALIK : BULAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

KOPERASI KAKITANGAN FELCRA (M) BERHAD ATURAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PEMBIAYAAN

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

MEMORANDUM PENERIMAAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

ATURAN PAJAKGADAI (AR-RAHN) KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

MEMORANDUM PENERIMAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI - i

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

MEMORANDUM PENERIMAAN

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI JABATAN PERDANA MENTERI

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

JABATAN BENDAHARI PERMOHONAN PEMBIAYAAN KOMPUTER BAGI PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5/2007

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

96, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR Tel : / 4399 / 4736 Fax : SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PEMBIAYAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

SILA ISI DAN LENGKAPKAN SURAT AKUJANJI (LETTER OF UNDERTAKING)

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AHLI PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

Transkripsi:

ATURAN-ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN WANG

KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD ATURAN-ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN WANG 1.0 TAJUK (1) Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan bagi menjalankan aktiviti Jumat Cermat dan Pinjaman Wang koperasi Kakitangan Universiti Teknologi MARA Berhad (2) Aturan-aturan ini diwujudkan dibawah Undnag-undang Kecil 45(2)(w) dan (x) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini dan Suruhanjaya. 2.0 TUJUAN Tujuan Aturan-aturan ini diwujudkan ialah untuk :- Merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan jimat cermat, Pinjaman membeli barangan/perkhidmatan, Pinjaman Pendidikan (IPT), Pinjaman Rawatan Bersalin, Pinjaman kerana Umrah/Ziarah dan lain-lain perkhidmatan kepada anggota. Menjelaskan aktiviti itu dengan sempurna dan Mengawal akan perjalanan aktiviti itu. 3.0 CARUMAN BULANAN ANGGOTA (1) Modal bagi melaksanakan aktiviti ini adalah diperolehi daripada caruman yuran bulanan anggota-anggota seperti berikut :- PENDAPATAN (Gaji Pokok) RM4001 ke atas RM3001 RM4000 RM2001 RM3000 RM1001 RM2000 RM 701 RM1000 RM 401 RM 700 CARUMAN MINIMUM (Yuran Bulanan) RM 130.00 RM 100.00 RM 90.00 RM 60.00 RM 50.00 RM 40.00 (2) Sekiranya ada tambahan, hendaklah dibuat dengan gandaan RM10.00 melalui borang yang disediakan oleh pihak Lembaga Koperasi.

4.0 JENIS PINJAMAN Pinjaman Tunai 90% Yuran Terkumpul. Pinjaman 90% daripada jumlah yuran telah dibayar. Pinjaman ini tidak memerlukan apa-apa cagaran atau jaminan daripada anggota-anggota lain kerana jaminannya adalah di atas wang yuran anggota yang meminjam itu sendiri. Pinjaman berjamin adalah dihadkan kepada 25 bulan gaji pokok sahaja TIDAK TERMASUK ELAUN-ELAUN atau RM50,000.00 mengikut mana yang kurang. Pinjaman ini hendaklah dijamin oleh anggota yang layak menjamin atas perkiraan amaun yang dipinjamn seperti butiran dibawah:- AMAUN YANG DIPINJAMKAN RM 100.00 RM 5,000.00 RM 5001.00 RM10,000.00 RM10,001.00 RM25,000.00 RM25,001.00 RM50,000.00 BILANGAN PENJAMIN 1 orang penjamin 2 orang penjamin 3 orang penjamin 4 orang penjamin Bilangan penjamin tertakluk kepada jumlah yuran terkumpul. Jumlah jaminan yang dikenakan hendaklah meliputi keseluruhan pinjaman ini. Pinjaman Tunai bertindih boleh dipertimbangkan selepas anggota melunaskan 80% daripada jumlah pinjaman asal melalui potongan gaji dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang sah. Pinjaman Membeli Barangan/Perkhidmatan. Pinjaman ini diberikan kepada anggota-anggota yang bertujuan membeli peralatan dan aktiviti jualan barangan dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi. Kelayakan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Pinjaman Khas hanya untuk aktiviti membeli peralatan. Pinjaman Kecemasan Lembaga bolehlah meluluskan segera permohonan pinjaman kecemasan ini kepada anggota-anggota yang memohon dengan syarat bahawa pinjaman jenis ini tidak melebihi RM1,000.00 setahun. Kelulusan permohonan adalah berasaskan kepada bukti-bukti yang nyata yang disokong oleh dokumendokumen yang sah.

(e) Pinjaman Pendidikan (IPT) Pinjaman ini diberi kepada diri anggota atau tanggungannya bagi membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi (IPT). Jumlah pinjaman adalah dihadkan kepada RM2,500.00 atau yang mana kurang bagi pendaftaran kali pertama sahaja. Kelayakan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. (f) Pinjaman Rawatan Bersalin. Pinjaman ini diberikan kepada anggota atau isteri/isteri-isteri untuk tujuan di atas. Jumlah pinjaman adalah dihadkan kepada RM2,000.00 atau yang mana kurang. Kelayakan tertakluk kepada syarat ang ditetapkan. (g) Pinjaman Mengerjakan Umrah/Ziarah. Pinjaman ini diberikan kepada diri anggota atau tanggungannya bagi membiayai perbelanjaan bagi mengerjakan Umrah/Ziarah. Jumlah pinjaman adalah mengikut kelayakan pinjaman. Tempoh bayaran balik tidak melebihi 36 bulan ansuran. Kelayakan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. 5.0 MAKSUD PINJAMAN Pinjaman-pinjaman itu mengikut pertimbangan Lembaga hendaklah bagi maksudmaksud yang berguna dan mendatangkan kebaikan kepada anggota. 6.0 BAYARAN PERKHIDMATAN Setiap permohonan pinjaman akan dikenakan bayaran perkhidmatan yang ditetapkan oleh Anggota Lembaga seperti berikut ; a) b) c) d) e) f) Pinjaman Tunai tanpa penjamin 90% caruman terkumpul - 5% setahun Pinjaman Berjamin 5% setahun Pinjaman Barangan/Perkhidmatan - (Harga Tertangguh Al Bai Bithaman Ajil) Pinjaman Pendidikan (IPT) - (Harga Tertangguh Al Bai Bithaman Ajil) Pinjaman Rawatan Bersalin (Harga Tertangguh Al Bai Bithaman Ajil) Pinjaman mengerjakan Umrah/Ziaran - (Harga Tertangguh Al Bai Bithaman Ajil) 7.0 KOS KHIDMAT PINJAMAN Kos khidmat pinjaman dikenakan di atas jumlah pinjaman yang diberi, yang ditetapkan oleh Lembaga Koperasi dibayar sama banyak beransur-ansur tiap-tiap bulan dalam tempoh yang sama dengan tempoh pokoknya. Bayaran hutang yang melebihi masa, akan ditetapkan kos kihdmatnya. Sewaktu menghitung kos perkhidmatan di atas pinjaman tu, maka pecahan-pecahan satu bulan yang lebih daripada 15 hari adalah dikira sebagai satu bulan penuh dan pecahan yang kurang dari 15 hari adalah dikira sebagai setengah bulan.

8.0 TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN Lembaga hendaklah menetapkan tempoh bayaran balik bagi sesuatu jenis pinjaman itu. Tempoh maksimum bagi membayar balik pinjaman itu hendaklah tidak lebih daripada 120 bulan. 9.0 KELAYAKAN MEMOHON PINJAMAN (1) Anggota yang telah diterima masuk menjadi anggota selama tiga bulan dan telah menyempurnakan ansuran bayaran yuran/syer bagi tempoh yang tersebut dan tidak mempuyai apa-apa baki hutang dengan koperasi adalah layak untuk memohon pinjaman wang daripada koperasi. (2) Pekerja-pekerja koperasi yang telag disahkan jawatan adalah layak memohon pinjaman daripada koperasi. Jenis pinjaman yang boleh diberi kepada pekerjapekerja koperasi ialah pinjaman berjamin sekurang-kurangnya empat orang anggota yang layak menjamin. (3) Anggota Lembaga adalah dibenarkan meminjam dan tidak boleh menjamin sesuatu pinjaman tempoh di dalam jawatannya sebagai anggota Lembaga. 10.0 PINJAMIN (1) Tiap-tiap orang anggota hanya boleh menjamin tidak lebih daripada dua orang peminjam pada sesuatu masa. (2) Kecuali pinjaman biasa, peminjam-peminjam hanya diberi kepada anggotaanggota dengan dua atau lebih penjamin-penjamin yang menjadi anggota koperasi. Sekurang-kurangnya itu seorang pejamin hendaklah menanggung kesemua pinjaman itu setelah ditolak jumlah yang terjamin oleh 80% daripada yuran anggota yang menjamin yang telah dibayar olehnya. Jika tiada boleh didapati seorang penjamin yang boleh menanggung kesemua jumlah pinjaman setelah ditolak jumlah yang terjamin oleh 80% daripada yuran anggota yang menjamin itu, maka Lembaga boleh membenarkan dua orang atau lebih penjamin-penjamin menanggung di antara mereka kesemua jumlah pinjaman itu. (3) Jumlah had tanggungan seseorang anggota kepada koperasi ini sama ada sebagai peminjam atau penjamin atau kedua-duanya, ialah sebanyak dua puluh lima bulan gajinya ditambah dengan jumlah yurannya yang telah dibayar. Suatu daftar yang boleh menunjukan jumlah tanggungan seseorang anggota itu sebagai peminjam dan atau penjamin hendaklah diselenggarakan oleh koperasi. (4) Adalah menjadi kewajipan Lembaga menentukan penjamin-penjamin baru dilantik apabila diketahui bahawa penjamin bagi sesuatu pinjaman itu mati atau berhenti menjadi anggota ataupun tidak mampu untuk menyempurnakan syaratsyarat jaminannya.

(5) Seseorang peminjam yang gagal memberitahu Lembaga akan kematian atau tidak kemampuan penjamin-penjaminnya di dalam menyempurnakan tanggungan-tanggungannya akan dituntut membayar balik dengan serta merta peminjam yang diberi kepadanya. 11.0 PERMOHONAN PINJAMAN (1) Semua permohonan pinjaman hendaklah dibuat di atas borang yang disediakan oleh Lembaga. (2) Permohonan-permohonan (kecuali permohonan pinjaman kecemasan) hendaklah disampaikan sekurang-kurangnya lima belas hari sebelum Lembaga mengadakan mesyuarat bagi menimbangkannya. (3) Permohonan pinjaman kecemasan hendaklah disampaikan pada bila-bila masa yang diperlukan bersekali dengan kenyataan dan bukti-buktinya kepada Jawatankuasa Pinjaman. Bendahari atau Pengurus Besar adalah berkuatkuasa untuk meluluskan permohonan ini dengan serta merta dan melaporkan kepada mesyuarat Lembaga akan datang. (4) Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahlulu menentukan bahawa borangborang pemrohonan mereka dan dokumen-dokumen sampingannya diisi dengan sempurna dan ditandatangan. Kecuaian di segi ini akan menyebabkan permohonan ditolak dan anggota yang berkenaan akan diminta membuat permohonan semula yangman ianya akan dipertimbangkan di dalam mesyuarat Lembaga yang akan menjelang selepas daripada mesyuarat Lembaga yang akan datang ini. (5) Penerimaan permohonan-permohonan tersebut hendaklah didaftarkan di dalam Daftar Pemrohonan Pinjaman dan diberi angka pendaftaran dan kemudian diasingkan mengikut jenis-jenis pinjaman yang diserahkan kepada sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga untuk memproses permohonanpermohonan itu padatarikh permohonan-permohonan itu ditutup. (6) Pemohon-pemohon pinjaman biasa adalah dikecualikan daripada menyertakan kenyataan-kenyataan yang boleh menyokong permohonan mereka. Apa yang perlu ialah menyatakan sebab-sebab sahaja. Pinjaman bertindih membeli peralatan hanya boleh dibenarkan selepas enam (6) bulan ansuran dibayar melaluipotongan pendidikan (IPT), umrah atau pinjaman rawatan bersalin. Pinjaman tunai bertindih dan budibicara Anggota Lembaga Koperasi mengikut keperluan dan syarat-syarat yang ditetapkan.

12.0 MEMPROSES BORANG PERMOHONAN PINJAMAN (1) Semua borang permohonan pinjaman (kecuali permohonan pinjaman kecemasan) akan diproses oleh jawatankuasa Pinjaman yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 44(2)(v). (2) Bahagian pengurusan yang diwujudkan dibawah Undang-undang Kecil 44(2)(o) adalah bertanggungjawab di segi menentukan kelayakan si pemohon dan penjamin-penjaminnya dan rekodkan kelayakan-kelayakan mereka itu di dalam Daftar Pinjaman dan Penjamin.Bahagian ini juga perlu menentukan bahawa di pejabat-pejabat pihak berkuasa yang berkenaan setelah didapati bahawa kelayakan si pemohon itu boleh diperakukan. Sebuah daftar mengenai cagaran asset anggota-anggota hendaklah diselenggara dan dikemaskinikan. (3) Sehari selepas tarikh tutup permohonan, iaitu lebih kurang dua minggu sebelummesyuarat Lembaga akan diadakan bahagian pengurusan koperasi hendaklah menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pinjaman untuk diproses:- senarai permohonan-permohonan pinjaman. fail anggota-anggota yang memohon Pinjaman mengikutangka pendaftaran Pinjaman dan borang-borang permohonan ssampingannya dan kenyataan-kenyataan yang menyokong permohonan pinjaman; daftar kelayakan peminjam danpenjamin ; dan daftar cagaran asset anggota-anggota. (4) Di dalam menjalankan tugas memproses permohonan pinjaman ini, Jawatankuasa Pinjaman ini hendaklah menitik beratkan dari segi ; (e) (f) (g) kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani. kelayakan si pemohon dan penjamin-penjamin; cagaran jika diperlukan dan pendaftaran cagaran-cagaran tersebut ; kesanggupan si pemohon untuk memberi kuasa kepada Jabatannya supaya memotong gajinya untuk membayar bayaran-bayaran dan caruman-caruman kepada koperasi ini ; pengesahan tujuan pinjaman itu dipohon ; kedudukan baki pinjaman yang lalu yang mana cadangan-cadangan pemohon hendaklah diperolehi bagi menjelaskannya ; dan memastikan bahawa jumlah bayaran balik pinjaman caruman kepada koperasi tidak melebihi 75% dari jumlah potongan gaji bulanan pemohon.

13.0 TINDAKAN JAWATANKUASA PINJAMAN (1) Setelah kerja-kerja memproses permohonan pinjaman ini selesai maka perakuan terhadapnya hendaklah dibentangkan bagi permohonan-permohonan yang boleh diluluskan di dalam suatu senarai. (2) Pemohon-pemohon yang permohnan mereka terpaksa ditolak disebabkan kurant penjamin atau permohonan mereka melebihi had yang mereka layak meminjam atau permhonan merekatidak disertakan dengan kenyataan-kenyataan yang kuat bagi menyokong permohonan atau borang-borang tidak dilengkapkan dengan sempurna, hendaklah diberitahu segera agar pembetulan-pembetulan dapat dibuat dan permohonan-permohonan itu dapat dipertimbangkan di dalam mesyuarat Lembaga yang akan bersidang. (3) Pemohon-pemohon yang permohonan mereka boleh diluluskan hendaklah diberitahu segera supaya surat perjanjianpinjaman dapat dilangkapkan dengan sempurna oleh pemohon dan penjamin-penjaminnya. Tidaklah menjadi suatukesalahan jika pihak Koperasi dan pihak pemohon bersetuju agar surat perjanjian ini diisi dan ditandatangani tersebih dahulu iaitu semasa pemohon mengekukakan permohonan pinjaman. (4) Pengerusi Jawtaankuasa Pinjamansetelah membuat perakuan-perakuan, hendaklah menyerahkan segala-galanya kepada Bendahari Kehormat untuktindakan selanjutnya khasnya di segi penyediaan cek dan baucer. 14.0 MENIMBANGKAN PERMOHONAN PINJAMAN DALAM MESYUARAT LEMBAGA (1) Apabila Lembaga bermesyuarat bagi menimbangkan permohonan pinjaman daripada anggota-anggota, permohonan-permohonan tersebut hendaklah dipertimbangkan mengikut giliran berpandukan kepada angka pendaftaran yang ada dicatatkan pada borang-borang permohonan pinjaman. (2) Jumlah pinjaman yang akan diluluskan pada tarikh mesyuarat tersebut hendaklah diasaskan kepada jumlah kumpulan wang untuk pinjaman yang ada berbaki di dalam akaun bank padatarikh mesyuarat itu diadakan. (3) Di dalam mengambil keputusan meluluskan sesuatu pinjaman, Lembaga hendaklah berpegang kepada prinsip yang dahulu didahulukan dan bukannya atas prinsip yang mustahak dan yang kecil didahulukan. (4) Di antara perkara-perkara penting yang harus dibincang oleh Lembaga semasa menimbangkan permohonan-permohonan pinjaman termasuklah:- Adakah si pemohon itu layak meminjam?

(e) Berapa banyakkah kelayakannya meminjam? Adakah jumlah pinjaman yang ia layak memohon? Penjamin-penjaminnya layak, menjamin? Adakah tujuan meminjam itu sejajar dengan tujuan atau tujuan-tujuan yang disebutkan di dalam Undang-undang Kecil Koperasi? (5) Setelah Lembaga berpuas hati di atas kedudukan permohonan-permohonan itu, maka Lembaga bolehlah menimbangkan pula cadangan-cadangan si pemohon mengenai cara-cara membayar balik pinjaman itu dan jika tidak bersetuju di atas cadangan-cadangan balas atau mengenakan syarat-syarat dan cara-cara membayar balik pinjaman itu. (6) Kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan pinjaman itu hendaklah cicadangkan dan dsokong oleh Anggota Lembaga dan mendapat suara terbanyak semasa pengundian. Kelulusan atau penolakan itu hendaklah juga dicatatkan di dalam Daftar Permohonan Pinjaman. 15.0 MENOLAK PERMOHONAN PINJAMAN (1) Maka hendaklah semata-mata berada di dalam kuasa Lembaga untuk menolak sesuatu permohonan pinjaman itu, menghadkan jumlah pinjaman yang dipohon dan menolak mana-mana anggota daripada menjadi penjamin-penjamin. Anggota-anggota tidaklah boleh menuntut bahawa pinjaman ini adalah sebagai satu daripada hak-haknya sepertimana yang tersebut di bawah Undang-undang Kecil 15. 16.0 MEMBAYAR WANG PINJAMAN (1) Semua bayaran wang pinjaman (kecuali pinjaman kecemasan) hendaklah dilakukan seminggu selepas mesyuarat Lembaga yang meluluskannya. (2) Sebelum bayaran-bayaran diperbuat, Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Kehormat Koperasi hendaklah memastikan bahawa ; surat-surat perjanjian telah siap disempurnakan dan ditandatangani oleh semua pihak berkenaan ; baucer pinjaman telah disiapkan untuk ditandatangani; jumlah pinjaman yang diuluskan direkodkan di dalam daftar pinjaman ; dan daftar Penjamin telah sempurna diselenggarakan (3) Semua bayaran hendaklah dibuat dengan cek berpalang sahaja. (4) Bayaran-bayaran pinajamn hendaklah dibuat melalui pos berdaftar aku terima (AR regester), jika tempat tinggal pemohon itu berjauhan dari pejabat koperasi

atau menyerahkannya kepada pemohon sendiri jika ianya datang mengambilnya di pejabat. Penyerahan-penyerahan seumpama ini hendaklah diakui oleh penerimanya di dalam Daftar Penyerahan dokumen dan pos dan jika menerimanya melalui pos, pemohon itu hendaklah membuat pengakuan terima di dalam baucer yang dikirimkan bersama yang mana hendaklah dikembalikan kepada Koperasi dengan secepat mungkin. 17.0 PERMOHONAN MENANGGUH ATAU MENGURANGKAN BAYARAN KEMBALI PINJAMAN Di dalam keadaan-keadaan yang terkecuali, Lembaga bolehlah membenarkan penangguhan atau pengurangan di atas sebarang bayaran ansuran pinajman dengan syarat bahawa permohonan kerana penangguhan atau pengurangan itu telah dipersetujui oleh penjamin-penjamin. Maka tidak akan diberi penangguhan atau pengurangan itu kerana sebab-sebab kecuaian anggota dari segi pentadbiran kewangan sendiri. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan bukti penjelasan dan pengesahan daripada penjamin-penjamin. Tempoh penangguhan tidak melebihi 12 bulan bagi satu pinjaman. 18.0 MENGEMBALIKAN BALIK PINJAMAN DENGAN SEGERA Pinjaman, hendaklah dibayar balik dengan serta-merta dengan kos khidmat dengan tiada kelewatan dan dengan tidak terikat kepada mana-mana syarat yang pinjaman itu diberikan di dalam perkara yang berikut : (e) Jika anggota yang meminjam itu berhenti menjadi anggota kerana apa-apa sebab juapun ; Jika seseorang daripada penjamin-penjaminnya berhenti menjadi anggota dan peminjam gagal mengadakan seseorang penjamin lain yang memuaskan Lembaga ; Jika pinjaman yang diberikan itu digunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak disebutkan di dalam borang permohonan; Jika mana-mana ansuran pinjaman terlewat dibayar selama lebih dari tiga bulan; Dibuktikan bahawa sikap dan kejujuran peminjam itu terhadap koperasi ini adalah berlawanan dengan kepentingan Koperasi. 19.0 MENDAPATKAN PINJAMAN YANG TIDAK DIBAYAR Maka hendaklah menjadi kewajipan Lembaga Koperasi untuk mendapatkan balik pinjaman yang telah diberikan bersekali dengan kos khidmatnya daripada penjaminpenjamin di peminjam jika anusran bayarannya tidak di terima lebih dari tiga bulan.

20.0 TANGGUNGJAWAB LEMBAGA Jika Lembaga mungkir dengan sebab lalai dari mengambil tindakan terhadap peminjampeminjam yang membayar lewat maka adalah menjadi tanggungan Lembaga bersamasama menanggung mana-mana kerugian di alami oleh Koperasi. 21.0 ANGGOTA TIDAK BOLEH BERHENTI MELAINKAN PINJAMAN TELAH DIBAYAR BALIK Apabila seseorang anggota telah mengambil pinjaman atau menjadi pejamin bagi sesuatu pinjaman dan pemohonnya hendak berhenti daripada menjadi anggota tidaklah diluluskan sehingga tempoh pinjamannya bersama kos khidmat telah dijelaskan dan tanggungan sebagai penjamin dihapuskan. 22.0 PERUNTUKKAN UNTUK KEGUNAAN BAGI MAKSUD BELANJAWAN TAHUNAN (1) Lembaga hendaklah memperuntukan cadangan peruntukan jumlah wang yang akan dikeluarkan sebagai pinjaman mengikut jenis-jenis pinjaman bagi tiap-tiap bulan di dalam anggaran belanjawan tahunan ini, akan dapat dipratikkan dengan lebih berkesan dan ini akan memudahkan Lembaga merancang pelaburan dan sebagainya. (2) Kawalan terhadap wang peruntukan ini bolehlah diadakan kelonggaran sedikit untuk menjaga kepentingan keperluan anggota-anggota dari segi pinjaman. 23.0 Lembaga hendaklah membentangkan untuk makluman anggota-anggota di dalam mesyuarat agung tahunan Koperasi, laporan-laporan mengenai aktiviti ini dan rancangan-rancangannya bagi masa-masa yang akan datang untuk diterima dan diluluskan. 24.0 Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-undang Kecil 79 (1) Koperasi ini. Aturan-aturan ini telah diterima dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi pada 29.8.1996.