STAG2022 Stratigrafi Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

5. Jasad batuan yang cair dan panas yang terdapat dibawah bumi dipanggil sebagai apa? (a) Lava (b) Magma (c) Igneus (d) Sedimen (e) Tiada jawapan

STAG3012 Petrologi batuan endapan

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM GEOLOGI (HS21) SEMESTER /2011 SG GEOLOGI ASAS

BAB 2 GEOLOGI REGIONAL

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

Ciri Litologi

3.2.3 Satuan Batulempung. A. Penyebaran dan Ketebalan

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

Umur dan Lingkungan Pengendapan Hubungan dan Kesetaraan Stratigrafi

Bab II Geologi Regional

Geologi Daerah Perbukitan Rumu, Buton Selatan 34 Tugas Akhir A - Yashinto Sindhu P /

BAB II GEOLOGI REGIONAL

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB II TINJAUAN GEOLOGI REGIONAL

BAB II TINJAUAN PUSTAKA. Menurut Kastowo (1973), Silitonga (1975), dan Rosidi (1976) litologi daerah

BAB II GEOLOGI REGIONAL

II. TINJAUAN PUSTAKA. Pada gambar di bawah ini ditunjukkan lokasi dari Struktur DNF yang ditandai

BAB II TINJAUAN UMUM

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011

BAB III Perolehan dan Analisis Data

STAG3012 Petrologi batuan endapan

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

Umur GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

berukuran antara 0,05-0,2 mm, tekstur granoblastik dan lepidoblastik, dengan struktur slaty oleh kuarsa dan biotit.

III.3 Interpretasi Perkembangan Cekungan Berdasarkan Peta Isokron Seperti telah disebutkan pada sub bab sebelumnya bahwa peta isokron digunakan untuk

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

MENGENAL JENIS BATUAN DI TAMAN NASIONAL ALAS PURWO

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB IV SEJARAH GEOLOGI

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

Geologi Daerah Perbukitan Rumu, Buton Selatan 19 Tugas Akhir A - Yashinto Sindhu P /

Kecamatan Nunukan, Kabupaten Nunukan, Provinsi Kalimantan Timur

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

Interpretasi Stratigrafi daerah Seram. Tabel 4.1. Korelasi sumur daerah Seram

KONTROL STRUKTUR GEOLOGI TERHADAP SEBARAN ENDAPAN KIPAS BAWAH LAUT DI DAERAH GOMBONG, KEBUMEN, JAWA TENGAH

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB 2 GEOLOGI REGIONAL

BAB III TATANAN GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB IV Kajian Sedimentasi dan Lingkungan Pengendapan

III.1 Morfologi Daerah Penelitian

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II TINJAUAN PUSTAKA

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB 3 GEOLOGI SEMARANG

Metamorfisme dan Lingkungan Pengendapan

Geologi dan Studi Fasies Karbonat Gunung Sekerat, Kecamatan Kaliorang, Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur.

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

Bab III Geologi Daerah Penelitian

BAB IV SIKLUS SEDIMENTASI PADA SATUAN BATUPASIR

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

Geologi dan Potensi Sumberdaya Batubara, Daerah Dambung Raya, Kecamatan Bintang Ara, Kabupaten Tabalong, Propinsi Kalimantan Selatan

Foto 3.21 Singkapan Batupasir Sisipan Batulempung Karbonan pada Lokasi GD-4 di Daerah Gandasoli

BAB IV ASOSIASI FASIES DAN PEMBAHASAN

Foto 3.5 Singkapan BR-8 pada Satuan Batupasir Kuarsa Foto diambil kearah N E. Eko Mujiono

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL

Bab II Tinjauan Pustaka

BAB VI SEJARAH GEOLOGI

BAB III STRATIGRAFI 3. 1 Stratigrafi Regional Pegunungan Selatan

POTENSI BAHAN GALIAN GRANIT DAERAH KABUPATEN TOLITOLI PROVINSI SULAWESI TENGAH

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB IV STUDI SEDIMENTASI PADA FORMASI TAPAK BAGIAN ATAS

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

Subsatuan Punggungan Homoklin

STAG3012 Petrologi batuan endapan

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB II TINJAUAN PUSTAKA

BAB II GEOLOGI REGIONAL DAERAH PENELITIAN. Posisi C ekungan Sumatera Selatan yang merupakan lokasi penelitian

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI CEKUNGAN TARAKAN

Foto 3.6 Singkapan perselingan breksi dan batupasir. (Foto diambil di Csp-11, mengarah kehilir).

BAB II GEOLOGI REGIONAL

Transkripsi:

STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Terengganu GEOLOGI TERENGGANU Keseluruhan negeri Terengganu terletak dalam Jalur Timur. Batuan yang paling dominan ialah batuan sedimen (termasuk metasedimen) berusia Karbon (paling banyak) dan Perm serta batuan granit.

GEOLOGI TERENGGANU Pengkaji dahulu memetakan kesemua batuan metasedimen Palaeozoik (terutamanya Karbon) sebagai Kumpulan Kuantan. Sebahagian besarnya dipanggil Lapisan Sungai Perlis. GEOLOGI TERENGGANU A Hulu Paka B Hulu Terengganu C Terengganu Selatan D Bukit Keluang E Pulau Redang F Pulau Kapas D E F B A C

KAWASAN ULU PAKA KAWASAN HULU PAKA Chand (1978) memperkenalkan nama Lapisan Sungai Perlis untuk jujukan batuan sedimen yang terdapat di kawasan Hulu Paka. Nama formasi batuan ini diambil sempena dengan Sungai Perlis yang mana jujukan batuan ini banyak tersingkap di sepanjang sungai. Lapisan Sungai Perlis didefinisikan sebagai jujukan batuan yang dominan dengan batuan argilit, terutamanya syal, sabak, filit, serta syis bersama-sama dengan sedikit kuarzit, metakonglomerat dan hornfels. Rohimi (1983) dan Mohd. Zukeri et al. (1985) telah dibahagikan Lapisan Sungai Perlis kepada unit unit batuan, iaitu fasies pelitit dan fasies psamitit. Di singkapan jalan ke Kampong Pasir Raja, jujukan sedimen terdiri daripada selang lapis batu pasir, syal dan batu lodak. Dalam lapisan syal boleh ditemui serpihan halus tumbuhan.

KAWASAN HULU PAKA KAWASAN ULU PAKA Di bahagian selatan Terengganu dan utara Pahang, lapisan yang serupa dikenali dengan nama Formasi Charu. Formasi Charu (dan Lapisan Sungai Perlis) berusia Karbon Bawah berdasarkan penemuan fosil.

KAWASAN HULU TERENGGANU Kawasan Hulu Terengganu dipetakan sebagai batuan sedimen berusia Karbon, Perm dan Jura/Kapur, serta batuan igneus, termasuk batuan volkanik. Batuan sedimen (kebanyakannya telah termetamorf) yang dominan ialah batuan klastik berusia Karbon-Perm dan juga Jura-Kapur, manakala batuan karbonat (batu kapur) pula berusia Perm (Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia, 1985). Tiada penamaan khas yang diberikan kepada jujukan batuan Karbon-Perm ini, tetapi jujukan sedimen Jura-Kapur yang terdapat di bahagian barat dikenali dengan nama Kumpulan Gagau oleh Rishworth (1974). Dua bukit batu kapur (Bukit Biwah & Bukit Taat) terdiri daripada batu kapur dan umumnya dipanggil Batu Kapur Biwah. KAWASAN HULU TERENGGANU Batu kapur Biwah yang membentuk Bukit Biwah dan Bukit Taat terdiri daripada mineral kalsit dan juga dolomit. Batuan ini terdiri daripada beberapa fasies, antara yang dominan ialah fasies biomikrit dan biosparit serta mikrit. Batuan klastik yang terdapat di sekeliling batu kapur terdiri daripada batu pasir, batu lodak dan syal serta rijang. Kesemua unit batuan klastik ini berselang lapis antara satu sama lain, dan secara umumnya, batu kapur yang ada juga terletak di dalam unit klastik. Batu kapur Bukit Biwah dan Bukit Taat merupakan kekanta dalam unit klastik. Terdapat daik igneus dalam batu kapur.

KAWASAN HULU TERENGGANU Banyak fosil di laporkan dalam Batu Kapur Biwah. Jones (1966) dan Gobbett (1973) ada melaporkan penemuan fosil Parafusulina yang berusia Perm Awal. Foraminifera jenis Pseudofusulina, Pseudodoliolina, Parafusulina, Globivalvulina dan karang Yatsengia mencadangkan Bukit Biwah berusia pertengahan Perm Tengah (Fontaine & Khoo, 1990). Di Bukit Taat pula, pernah dilaporkan penemuan fosil karang jenis Lithostrotian sp. dan Amygdalophyllum? yang dikatakan lebih tua daripada usia batu kapur Bukit Biwah, iaitu berusia Karbon Awal (Jones et.al. 1966). Kajian lanjut oleh Fontaine & Khoo (1990) menemui fosil foraminifera dan juga karang jenis Yatsengia di Bukit Taat, serupa dengan yang terdapat di Bukit Biwah. Jadi keseluruhan batu kapur di Bukit Biwah dan Bukit Taat adalah berusia pertengahan Perm Tengah (sekitar 270 juta tahun dahulu). KAWASAN TERENGGANU SELATAN Kawasan Terengganu selatan bersempadan dengan Pahang utara dan batuan di kedua tempat ini bersambungan. Batuan yang terdapat di sini terdiri daripada jujukan batuan klastik yang dibahagikan kepada dua formasi; - Formasi Charu (Formasi Cherol) - Formasi Taweh

KAWASAN TERENGGANU SELATAN Formasi Charu Formasi Charu diperkenalkan di sebelah Pahang, tetapi berterusan ke Terengganu. Di kawasan Cherul dan Cheneh, jujukan batuan formasi ini terdiri daripada selang lapis syal, batu lodak dan batu pasir. Batu pasir tuf juga dilaporkan ada dalam jujukan. Juga diguna pakai nama Formasi Cherul. Berbagai struktur sedimen ditemui termasuk lapisan silang dan rip-up clast dalam lapisan batu pasir, laminasi selari dalm syal serta lapisan nendatan. Dalam syal (warna hitam) terdapat fosil tumbuhan dan brakiopod. Usia formasi ini ialah Karbon Awal Tengah. Formasi Charu terendap di sekitaran laut cetak. KAWASAN TERENGGANU SELATAN Formasi Taweh Formasi Taweh secara relatifnya terletak di atas Formasi Charu secara selaras. Jujukan formasi ini terdiri daripada selang lapis konglomerat, batu pasir (setengahnya berpebel), dan juga syal. Secara umumnya, Formasi Taweh berbutir lebih kasar daripada Formasi Charu. Fosil tumbuhan ada ditemui. Berdasarkan kedudukannya di atas Formasi Charu, maka usia Formasi Taweh ialah Karbon Tengah Akhir, dan terendp di sekitaran delta hingga laut cetek.

KAWASAN TERENGGANU SELATAN Perubahan daripada Formasi Charu kepada Formasi Taweh adalah disebabkan berlaku anjakan atau proses maraan sekitaran endapan. KAWASAN BUKIT KELUANG Di kawasan Bukit Keluang terdapat tiga buah bukit, iaitu Bukit Keluang di bahagian paling utara, Bukit Bubus dan Bukit Dengong di selatan. Bukit Keluang dan Bukit Bubus memanjang hampir utara-baratlaut (330o), manakala Bukit Dendong pula hampir timur-barat (90o). Secara umumnya, bahagian yang mengadap lautan mempunyai tebing yang curam, berbanding dengan yang satu lagi. Jujukan batu ini dikenali sebagai Formasi Bukit Keluang.

KAWASAN BUKIT KELUANG Formasi Bukit Keluang - Litologi Terdiri daripada konglomerat masif dan berlapisan tebal, batu pasir, batu lodak dan juga syal atau batu lumpur, dan kesemua litologi yang ada ini boleh ditemui berselang lapis antara satu sama lain. Konglomerat banyak di bahagian utara dan batu pasir di bahagian selatan. Jurus lapisan hampir selari dengan permatang Bukit Keluang dab Bukit Bubus (NNW-SSE) dan miring ke SSW, manakala untuk Bukit Dendong miring ke selatan. Terdapat banyak sesar dan beberapa lipatan. Terletak di atas satah ketakselarasan KAWASAN BUKIT KELUANG Konglomerat banyak di utara Bukti Keluang. Makin ke selatan, konglomerat berkurangan dan batu pasir makin bertambah. Konglomerat dominan Konglomerat & batu pasir dominan Batu pasir dominan Batu pasir & argilit Batu pasir & lodak Lodak-syal

KAWASAN BUKIT KELUANG Formasi Bukit Keluang - Jujukan menegat Kesimpulan umum yang boleh dibuat berkenaan dengan taburan fasies-fasies yang ada dalam Formasi Bukit Keluang ialah jujukan menegak untuk keseluruhan formasi ialah jujukan menghalus ke atas, dan secara mendatar pula, fasies sedimennya makin halus ke arah selatan. KAWASAN BUKIT KELUANG Formasi Bukit Keluang - Usia MacDonald (1968) - batuan berusia Karbon. Koopmans (1968) - sebahagian daripada Formasi Tembeling. Gobbett (1973) - jujukan endapan daratan Mesozoik. Peta Geologi Semenanjung Malaysia 1973 - Trias-Jura. Peta Geologi Semenanjung Malaysia 1985 - Karbon. Kamal Roslan Mohamed & Ibrahim Abdullah (1994) - Jura-Kapur. Mohd Shafeea Leman et.al (1999) - telah dipastikan sebagai Perm Akhir. Lobatannularia sp., Pecopteris sp.,?calamites sp.,?tingia sp.,?cordaited sp. serta Taeniopteris sp. mencadangkan usia Perm Akhir. Sebahagian daripada fosil ini serupa dengan fosil tumbuhan yang ditemui di Pulau Redang.

KAWASAN BUKIT KELUANG Formasi Bukit Keluang - Sekitaran endapan Model pengendapan yang dicadangkan di sini ialah sebuah kipas alluvium yang mengadap ke arah timur. Sesar normal mungkin penyebab utama terbentuknya kipas alluvium ini. Di bahagian hujung kipas terdapat sistem sungai berliku dan sungai ini berterusan hingga ke kawasan yang sekarang ini terletaknya Pulau Redang. Apabila pengendapan berlaku untuk jangka masa yang lama, lembangan makin dipenuhi oleh sedimen dan kecerunan kipas alluvium makin berkurangan menyebabkan sistem sungai berburai berubah menjadi sistem sungai berliku. Keadaan ini berlaku disebabkan sesar normal penyebab terbentuknya kipas alluvium bukanlah satu sesar yang aktif. KAWASAN PULAU REDANG Kepulauan Redang terletak di luar pantai Terengganu, dan terdiri daripada beberapa pulau-pulau kecil. Pulau utama berpenghuni dikenali sebagai Pulau Redang dan Pulau Pinang, manakala pulau kecil lain yang tidak berpenghuni ialah Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu, Pulau Lima, Pulau Kerengga, dan Pulau Kerengga Kecil.

KAWASAN PULAU REDANG Dari segi geologi, Kepulauan Redang ini terdiri daripada beberapa jenis batuan. Batuan yang paling banyak terdapat di sini ialah granit yang merangkumi hampir 75% keluasan kawasan, dan diikuti oleh batuan sedimen yang kebanyakannya telah termetamorf Batuan sedimen (metasedimen) yang terdapat di Kepulauan Redang boleh dibahagikan kepada 3 unit; - Formasi Pinang - Formasi Redang - Konglomerat Tumbu Kili KAWASAN PULAU REDANG

KAWASAN PULAU REDANG Formasi Pinang Formasi Pinang tersingkap di Pulau Pinang, dan sebelum ini dikenali sebagai Lapisan Pinang oleh Yaw (1977) dan Zaidi Daud (1992). Formasi Pinang terdiri daripada selang lapis batu pasir dan syal hitam. Jujukan ini telah mengalami canggaan yang hebat menyebabkan terbentuknya lipatan ketat dan juga sesar. KAWASAN PULAU REDANG Formasi Pinang Kajian geologi struktur yang lakukan menunjukan formasi ini telah mengalami tiga kali canggaan. Formasi ini telah dipotong oleh telerang granit, dan telah termetamorf akibat rejahan igneus. Formasi Pinang ini dipercayai terbentuk lebih dahulu berbanding dengan rejahan granit, berdasarkan granit yang merejahnya.

KAWASAN PULAU REDANG Formasi Redang Formasi Redang tersingkap di bahagian barat daya Pulau Redang. Formasi ini terdiri daripada selang lapis konglomerat, syal, lodak dan batu pasir. Terdapat struktur laminasi silang, struktur palung dan kekanta. Fosil tumbuhan yang dikenali sebagai Flora Redang yang ditafsirkan berusia Karbon-Perm ditemui dalam unit syal dan lodak (Khoo et.al (1988). KAWASAN PULAU REDANG Formasi Redang Berdasarkan kepada canggaan tektonik yang dialami oleh Formasi Redang, dipercayai Formasi Redang ini lebih muda daripada Formasi Pinang. Ini kerana Formasi Redang cuma mengalami dua fasa canggaan yang membentuk lipatan terbuka dengan paksi yang mengarah hampir utaraselatan. Formasi Redang ini dipercayai menindih Formasi Pinang secara tidak selaras. Formasi Redang ini juga lebih muda daripada rejahan granit kerana jujukan Formasi redang telah mengalami metamorfisme haba disempadan dengan granit.

KAWASAN PULAU REDANG Usia Formasi Redang Fosil tumbuhan yang terdiri daripada spesis Pecopteris, Calamites, Taenopteris dan Cordaites yang dikenali sebagai Flora Redang berusia Karbon- Perm ditemui oleh Khoo et.al (1988) dalam Lapisan Redang. Kajian selanjutnya menunjukkan Formasi Redang berusia Perm Awal hingga Akhir?. KAWASAN PULAU REDANG Konglomerat Tumbu Kili Unit ini tersingkap di bahagian selatan Pulau Pinang iaitu di Tanjung Tumbu Kili. lapisan ini terdiri daripada konglomerat yang masif atau berpelapisan tebal iaitu kirakira 5 meter untuk setiap lapisan. Unit konglomerat ini mempunyai klas yang bersegi dan berbagai saiz daripada pebel hingga bolder.

KAWASAN PULAU KAPAS Pulau Kapas terletak di timur pekan Marang. Pulau ini terdiri daripada dua buah pulau, iaitu Pulau Kapas yang besar dan Pulau Gemia yang lebih kecil di hujung utara Pulau Kapas. KAWASAN PULAU KAPAS Dari segi geologi, batuan yang ada di Pulau Kapas boleh dibahagikan kepada beberapa unit batuan, iaitu; - Batuan Perm-Karbon - Konglomerat Kapas - Batuan Intrusif

KAWASAN PULAU KAPAS KAWASAN PULAU KAPAS Batuan Karbon-Perm Jujukan ini merupakan unit batuan tertua dan tersebar dengan meluas di Pulau Kapas. Unit ini terdapat di Pulau Gemia, dan bahagian tengan dan utara Pulau Kapas. Secara umumnya, batuan ini telah termetamorf, dan telah mengalami canggaan yang hebat. Perlapisannya mempunyai jurus sekitar 70 hingga 180o, dan miring ke arah barat atau timur. Jujukannya mempunyai perlipatan yang rencam. Terdapat lipatan yang ketat, dan juga lipatan kerdut dalan syal yang berlaminasi selari.

KAWASAN PULAU KAPAS Konglomerat Kapas Konglomerat Kapas terdapat di bahagian selatan pulau, dan boleh ditemui di beberapa lokaliti. Secara umumnya, jujukan konglomerat ini mempunyai warna kemerahan, tetapi batuan yang segar memunjukkan warna kelabu. Jujukan konglomerat ini terdiri daripada lapisan konglomerat yang dominan, disamping lapisan syal, dan juga batu pasir. Syal dan batu pasir cuma ditemui dalam jumlah yang kecil, terutama di bahagian bawah jujukan. Kebanyakkan syal yang ada mencirikan batuan tuf. KAWASAN PULAU KAPAS Konglomerat Kapas Sekitaran Pengendapan Konglomerat yang dominan, dan lapisan batuan yang secara umumnya berwarna kemerahan mencadangkan jujukan Konglomerat Kapas ini terbentuk dalam suatu sekitaran daratan. Kehadiran klas yang menunjukkan adanya penyusunan yang agak baik, dan struktur imbrikasi mencadangkan pengendapan berlaku oleh air yang mengalir. Pengendapan mungkin berlaku di sekitaran tasik atau sungai. Jujukan yang terdapat di sini ada kesamaan dengan yang terdapat di Formasi Konglomerat Murau.

Sekian