STAG2022 Stratigrafi Malaysia
|
|
|
- Handoko Hermanto
- 9 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kepulauan Langkawi BATUAN LANGKAWI Kawasan baratlaut Semenanjung Malaysia, terutamanya Kepulauan Langkawi merupakan kawasan klasik untuk kajian geologi Semenanjung Malaysia. Ini disebabkan kawasan ini mengandungi jujukan batuan yang paling lengkap, bermula dengan batuan yang paling tua yang pernah ditemui di Malaysia, hinggalah kepada batuan yang muda. Singkapan yang ada di kawasan ini juga dianggap antara yang terbaik, terutamanya singkapan di tepi pantai berbatu, kuari, perbukitan (terutamanya batu kapur) dan juga singkapan jalan raya. Kepelbagaian batuan dan landskap yang menarik di Langkawi telah menjadikan kepulauan ini sebagai tempat tumpuan pelancongan berasaskan sumber tabii.
2 BATUAN LANGKAWI Kepulauan Langkawi terbentuk daripada pelbagai batuan iaitu siri batuan sedimen (sebahagiannya telah mengalami metamorfisme), rejahan batuan granit dan endapan aluvium dan persisiran yang muda. Batuan sedimen dibahagikan kepada beberapa formasi, daripada tua ke muda iaitu Formasi Machinchang, Formasi Setul, Formasi Singa dan Formasi Chuping. Selepas pengendapan kesemua formasi ini, batuan granit yang membeku daripada magma cair pula merejah dari perut bumi. Batuan granit ini mengangkat batuan sedimen di atasnya membentuk kepulauan Langkawi dengan taburan batuan seperti yang ditunjukkan dalam peta geologi.
3 FORMASI MACHINCHANG Formasi Machinchang merupakan batuan yang paling tertua di Semenanjung Malaysia, iaitu pengendapannya bermula pada 550 hingga 505 juta tahun lampau. Ianya tersingkap di di bahagian barat kepulauan Langkawi, dan terdiri daripada jujukan batuan klastik (selang lapis batu lodak, batu pasir dan konglomerat). Sekarang ini telah ditemui beberapa lokaliti fosil di Langkawi, terutamanya di bahagian atas jujukan formasi di Telok Kubang Badak dan Pulau Jemuruk. Jujukan batuan yang sama juga terdapat di Thailand dan dikenali sebagai Formasi Terutau yang kaya dengan fosil Kambrian. Berdasarkan kepada fasies sedimen, struktur sedimen dan rekod fosil yang ada, Formasi Machinchang ditafsirkan terendap di sekitaran delta, laut cetek dan juga lagun. Lapisan batu pasir (termetamorf menjadi kuarzit) merupakan jujukan paling dominan membentuk Formasi Machinchang. Batuan yang kaya dengan butiran kuarza ini sangat tahan terhadap proses luluhawa dan membentuk tanah tinggi pergunungan Machinchang. Pergunungan ini telah dimajukan sebagai kawasan pelancongan dengan terbinanya kemudahan kereta kabel untuk naik ke puncak Gunung Machinchang.
4 Taburan
5 Stratigrafi & usia Formasi Machinchang merupakan batuan tertua, dan ditindih oleh Formasi Setul secara selaras. Satah selaras boleh ditemui di Tanjung Sabung, berhadapan dengan Pulau Jemuruk. Berdasarkan kepada fosil yang ditemui di kawasan Pulau Jemuruk dan juga Telok Kubang Badak (Tanjung Buta), jujukan Formasi Machinchang adalah berusia Kambrian-Ordovisi. Fasies batuan Setelah mengkaji keseluruhan jujukan yang ada dalam Formasi Machinchang, jujukan yang ada ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasies batuan. Setiap fasies yang dikenalpasti ini berbeza dengan fasies lain dari segi jenis litologi, struktur sedimen serta fosil kesan yang ada. Setiap fasies ini juga mencirikan proses pengendapan yang berbeza. Fasies yang telah dikenalpasti ialah; Fasies syal dominan dengan sedikit lapisan pasir halus yang nipis. Fasies selang lapis syal - pasir sederhana yang bergred menghalus ke atas Fasies pasir dominan dengan laminasi selari dan lapisan silang bersudut rendah Fasies batu pasir berklas dengan lapisan silang plana dan palungan Batu pasir kasar tebal berlapisan silang Fasies batu pasir dominan berfosil kesan Fasies selang lapis nipis batu pasir dengan batu kapur
6 Fasies selang lapis syal - pasir sederhana yang bergred menghalus ke atas Fasies batu pasir berklas dengan lapisan silang plana dan palungan
7 Batu pasir kasar tebal berlapisan silang Fasies batu pasir dominan berfosil kesan
8 Unit Batuan Lokaliti Unit paling bawah ialah Unit syal dominan dengan sedikit lapisan pasir halus yang nipis. Selang lapis syal - pasir sederhana yang bergred menghalus ke atas Pasir dominan dengan laminasi selari dan lapisan silang bersudut rendah Batu pasir berklas dengan lapisan silang plana dan palungan Batu pasir kasar tebal berlapisan silang Batu pasir dominan berfosil kesan Selang lapis nipis batu pasir dengan batu kapur Telok Datai Telok Datai Tanjung Hulur Tanjung Chinchin Pondok Nibong Pulau Anak Datai Air Terjun Temurung Pasir Tengkorak Pulau Anak Datai Pulau Jemuruk Tanjung Sabung Sekitaran endapan Secara umum, sekitaran pengendapan untuk Formasi Machinchang ialah di kawasan lautan, bermula dengan sekitaran delta (unit 1, 2, dan 3) berubah menjadi sekitaran sungai atau muara (unit 4). Pada masa ini berlaku proses maraan delta atau regresi. Apabila regresi terhebti, dan paras laut mula naik (transgresi), sekitaran sungai/muara mula tenggelam, dan unit 5 terbentuk di bahagian pelantar atau sekitaran eustari. Unit 6 dikatakan terbentuk di sekitaran yang lebih tenang, mungkin lagun. Pada peringkat akhir pengendapan sedimen Formasi Machinchang, sekitaran klastik mula berubag kepada sekitaran karbonat secara berangsur-angsur, membentuk zon laluan (unit 7). Selepas ini sekitaran karbonat yang terbentuk memendapkan Formasi Setul.
9 FORMASI SETUL Formasi Setul tersingkap di Kepulauan Langkawi, dan juga di Perlis. Di kepulauan Langkawi, Formasi Setul tersingkap di bahagian timur, iaitu daripada Tanjung Sabong di bahagian utara, Tanjung Ru, Pulau Langgun, Kilim, Pulau Timun, Pulau Tuba dan akhir sekali di Pulau Dayang Bunting di selatan. Formasi Setul terdiri daripada lapisan batu kapur yang kebanyakannya berwarna gelap dan berpelapisan tebal. Selain batu kapur yang menjadi komponen utama, terdapat juga unit klastik yang terdiri daripada syal, batu lumpur, batu lodak, batu pasir serta rijang. Jujukan batuan Formasi Setul menindih Formasi Machinchang secara selaras dan satah ketakselarasan ini boleh diperhatikan di Tanjung Sabung. Berdasarkan fosil yang sangat banyak ditemui dalam formasi ini, jujukan sedimen telah terbentuk pada zaman Ordovisi hingga Devon (505 juta hingga 390 juta tahun lampau). Rejahan jasad granit telah menyebabkan sebahagian lapisan batu kapur telah berubah kepada batuan marmar. Batuan yang mudah larut ini membentuk topografi kars yang dicirikan oleh bukit yang terasing atau banjaran bukit yang bertebing curam. Pelarutan juga membentuk lubang benam (dolina), gua dan saliran bawah tanah.
10 Taburan Litologi utama Formasi Setul secara dominannya terdiri daripada batu kapur yang sangat keras, berwarna gelap, berpelapisan tebal hingga masif, dan batu kapurnya telah terhablur semula (termetamorf) menjadi marmar. Dalam jujukan batu kapur yang masif dan tebal ini, terdapat beberapa bahagian yang mempunyai unit klastik atau bahan detrital, iaitu terdiri daripada jujukan batu pasir kuarzit, syal berkarbon, sabak dan bahan berijang.
11 Stratigrafi dan usia Di Pulau Langgun, tersingkap jujukan lengkap Formasi Setul, iaitu di sebelah barat pulau. Fosil banyak ditemui dalam unit batu kapur dan unit detrital Formasi Setul, dan ianya sangat membantu dalam proses penentuan usia. Secara umumnya, usia untuk setiap ahli yang ada dalam Fomasi Setul boleh diringkaskan seperti berikut; Ahli Detrital Atas Batu Kapur Setul Atas Ahli Detrital Bawah Batu Kapur Setul Bawah Devon Bawah Silur Atas Silur Awal (Llandovery) Ordovisi Tengah-Atas N PENERANGAN 1. Batu kapur cerah bertekstur halus dan masif. Sesar mandatar antara Batu Kapur bawah dan Unit Gersik Atas. (308/22) 2. Sempadan jelas antara Batu Kapur Bawah Dan Unit Gersik Bawah. 3. Lapisan fosil trilobit yang tersusun secara rawak dalam lapisan batu lodak hitam Lapisan fosil graptolit dalam syal/lumpur. 5. Lipatan rebah yang masih selari dengan perlapisan. 6. Sesar mendatar selari dengan perlapisan dalam rijang Rijang hitam dengan perlapisan yang jelas di mana semakin menipis ke arah memuda( utara).(320/16) 8. Batu kapur masif dengan fosil surih yang selari dengan perlapisan.(310/22) Tebing batu kapurmemperlihatkan laminasi selari.(320/28) 10. Batu kapur berstilolit denganfosil surih. 11. Bongkah batu lumpurpelbagai. bentuk yang telah alami angkutan. 12. Tunggul batu kapur yang masih memperlihatkan perlapisan. 13. Lapisan batu kapur biokacau.(290/20) 14. Batu kapur cerah dengan perlapisan nipis syal.(270/22) 15. Selang lapis batu lumpur hitam dan perang.(310/20) 16. Lipatan kerdut pada batu lumpur. 17. Lipatan antiklin dan sinklin yang besar. 18. Jujukan perlapisan yang semakin jelas.(310/20) 19. Strukturlaminasi selari pada batu pasir halus. 20. Batu pasir cerah berpelapisan jelas.(312/24) Lipatan antiklin dan sinklin membentuk ira kerdut antara lapisan batu pasir. 22. Batu pasir kuarzit.(290/30) 23. Sesar mendatar kiri. 24. Laminasi selari dalam batu pasir kuarzit.(310/30) 25. Laminasi silang Lapisan merah bernodul.(312/30) 27. Batu pasir gelap tersingkap kembali.(340/40) 28. Batu pasir cerah.(320/20) Skala 60m 29. Batu kapur berlaminasi selari.(350/38) Formasi Singa Batu Kapur Setul Bawah Ahli Gersik Bawah Batu Kapur Setul Atas Ahli Gersik Atas Formasi Setul
12 Batu Kapur Setul Bawah Batu Kapur Setul Bawah terdiri daripada batu kapur berlapisan tebal, berwarna kelabu gelap dan berhablur halus. Mengikut Jones (1981) ketebalan unit ini mencapai 3000 kaki. Unit ini boleh ditemui di timur Langkawi (paling baik di Pulau Langgun), dan juga di Perlis. Unit Batu Kapur Setul Bawah ini mengandungi fosil gastropod dan cepalopod yang menunjukkan usia Ordovisi Tengah Atas. Fosil-fosil ini banyak ditemui di Pulau Tanjung Dendang, Pulau Langgun dan Pulau Timun. Konodon Ordovisi Silur juga ditemui dalam unit ini. Ahli Detrital Bawah Unit klastik dalam Formasi Setul terbentuk apabila berlaku gangguan kemasukan atau pemendapan sedimen klastik di sekitaran pelantar karbonat. Bukti paleontologi menunjukkan gangguan atau sempadan unit klastik/batu kapur berlaku atau terdapat berhampiran sempadan Ordovsisi Silur. Ahli Detrital Bawah tersingkap di Pulau Langgun, Pulau Tanjung Dendang, Pulau Timun dan Pulau Tuba.
13 Batu Kapur Setul Atas Di atas Ahli Detrital Bawah tersingkap 400 kaki tebal unit batu kapur yang berusia akhir Llandovery Silur Atas. Batu kapur ini dinamakan Batu Kapur Setul Atas. Fosil Hyolithids, nautiloids & trilobit ada ditemui dalam unit ini. Selain itu, konodon berusia Silur juga pernah dilaporkan oleh Igo & Koike (1966). sempadan Ahli Detrital Atas Selaras di atas Batu Kapur Setul Atas terdapat ahli Detrital Atas. Ahli ini terdiri daripada sedimen klastik. Unit bawah mengandungi fosil dacryoconarid tentaculites bersama-sama lamellibrabch dan juga graptolit. Usia graptolit ialah Devon Bawah. Unit atas yang terdiri daripada selang lapis syal dan batu pasir kuarzit tidak ditemui fosil, tetapi lapisan ini terletak secara tidak selaras di bawah lapisan lumpur berkonglomerat merah Formasi Singa yang mengandungi fosil Devon Akhir. Jadi Ahli Detrital Atas ini dipercayai berusia Devon Bawah.
14 Sekitaran endapan Formasi Setul terbentuk di sekitaran karbonat. Walaupun batu kapur yang ada dalam Formasi Setul ini telah termetamorf menjadi marmar, masih ada beberapa lokaliti yang mempunyai fosil. Fosil ini boleh digunakan untuk menentukan usia batuan, dan juga sekitaran di mana fosil ini hidup. Gastropod, belemnite, dan byrozoa yang ada dalam unit batu kapur merupakan hidupan laut cetek. Dalam Formasi Setul, selain daripada batu kapur yang dominan, terdapat beberapa tempat yang terdiri daripada unit atau ahli gersik. Ahli gersit bawah terdiri daripada litologi lumpur/lodak yang mempunyai fosil trilobit dan juga graptolit. Dalam jujukan ahli gersik atas, jujukan yang ada mencirikan jujukan mengkasar ke atas. Ahli gersik yang ada mencirikan sekitaran laut cetek. Ini bermakna, di sekitaran karbonat Formasi Setul, terdapat masa-masa tertentu, dan bahagian-bahagian tertentu di mana sekimen klastik terendap. Pengendapan sedimen klastik ini mungkin disebabkan pada masa tertentu ini, sekitaran karbonat dicemari oleh sedimen klastik dari sungai atau punca yang berhampiran. Sedimen klastik ini tidak berterusan (bekalan tertenti) dan sekitaran karbonat kembali aktif. Formasi Singa Formasi Singa tersingkap di bahagian tengah dan baratdaya Langkawi serta pulaupulau berhampiran seperti Pulau Rebak, Pulau Tepor, Pulau Singa Besar dan Singa Kechil, Pulau Ular dan beberapa pulau lain. Formasi ini juga tersingkap di bahagian puncak Gunung Raya. Litologi utama yang membentuk formasi ini ialah batu lumpur hitam dengan seikit batu lodak dan batu pasir. Jujukan batuan ini telah terendap di sekitaran laut cetek hingga sederhana dalam pada zaman Devon Lewat hingga Perm Awal (370 juta hingga 280 juta tahun lampau). Salah satu fasies sedimen yang penting dalam Formasi Singa ialah endapan diamiktit yang terdiri daripada batu lumpur berpebel. Fasies ini dan daripada bukti fosil jelas menunjukkan pengendapan sedimen Formasi Singa berlaku di kawasan iklim sejuk, ditafsirkan berhampiran benua Gondwana.
15 Taburan
16 Litologi utama Formasi Singa didominasi oleh batu lodak dan batu pasir yang seringkali berselang lapis dengan syal dan batu lumpur. Kadangkala terdapat lapisan batu lumpur dan batu pasir yang agak masif. Batu pasir dan batu lodak pula kadangkala wujud dalam lapisan terputus-putus seperti kekanta dalam batu lumpur dan syal. Antara struktur sedimen paling lazim ditemui termasuklah perlapisan dan laminasi silang, kesan riak, kesan alur, struktur beban, struktur nyala, dan struktur nendatan. Seringkali juga ditemui batu pasir dan batu lodak yang mengisi lubang korekan atau alur rayapan sebagai fosil surih menegak dan mendatar. Litologi utama Pada bahagian-bahaglan tertentu dalam formasi ini ditemul lapisan batu lumpur atau batu lodak berpebel pelbagai saiz, bentuk, dan asalan. Pebel-pebel ini telah ditafsirkan sebagal pebel yang diangkut oleh air batu apung atau lebih dikenall sebagai tilloid dalam sekitaran samudera (Stauffer & Lee 1986; Stauffer & Mantajit 1981). Batuannya pula kadangkala lebih dikenall sebagal tillit atau diamiktit.
17 Stratigrafi Formasi Singa dikatakan menindih Formasi Setul secara tidak selaras. Ahmad Jantan (1973) bahagikan Formasi Singa kepada empat ahli, iaitu; -ahli Rebak, - ahli Kentut, - ahli Ular, - ahli Selang. Formasi Chuping menindih Formasi Singa secara selaras. Usia Semua fosil brakiopod dan bryozoa yang ditemui menunjukkan usia Perm Awal. Brakiopod Spinomartinia prolifica Waterhouse dan Bandoproductus monticulus (Waterhouse) dan Bandoproductus umariensis (Reed) adalah berusia Perm Awal (Asselian Akhir hingga Sakmarian), manakala beberapa genera brakiopod lain seperti Lamniplica, Spirelytba, Sulciplica, Trigonotreta, Elasmata, dan Arctitreta dan beberapa spesies bryozoa juga secara amnya menunjukkan usia Perm Awal. Limitasi usia yang ditunjukkan oleh fauna ini menunjukkan bahawa hanya sebahagian kecil sahaja daripada formasi ini yang berfosil atau dengan erti kata lain sesuai untuk dihuni oleh organisma hidupan.
18 Paleobiogeografi dan paleoiklim Batu lumpur berpebel yang ditemui di Kepulauan Langkawi telah ditafsirkan oleh Stauffer dan Lee (1986) dan Stauffer dan Mantajit (1981) sebagai enapan diamiktit asalan tilold. Di rantau Asia Tenggara ini, enapan tilold yang kemungkinan seusia juga ditemui di selatan Thai (Tantiwanit et al 1983), di Sumatera (Cameroon et al 1980) dan di Salak Tinggi (?), Selangor (Tjia & Anizan 1990). Enapan tiloid ini mungkin sering dikelirukan sebagal penunjuk zaman glasier sewaktu Jalur Barat Semenanjung Malaysia ini berkedudukan amat hampir dengan Gondwanaland. Sebaliknya, pencairan air batu apung (iceberg) biasanya hanya berlaku setelah bumi kembali panas di zaman interglasier. Perlu juga diingati bahawa air batu apung yang amat besar kadangkala boleh terapung dan hanyut hingga ke latitud yang leblh rendah sebelum pencairan sepenuhnya berlaku. Bagaimanapun, kehadiran fauna beriklim sederhana sejuk (temprate) seperti brakiopod Bandoproductus, Sulciplica, Lamniplica, Trigonotreta, Spirelytha, Arctitreta, dan Elasmata menunjukkan bahawa sememangnya kedudukan Pulau Langkawi berhampiran dengan benua Gondwana. Fauna brakiopoda ini memang lazim ditemui di Thai, India, dan Australia (Shi & Archbold 1993a, b; 1995).
19 Formasi Chuping Formasi Chuping banyak tertabur di Perlis. Keseluruhan Formasi Chuping terdiri daripada batu kapur warna cerah berlapisan tebal hingga masif. Batu kapur ini telah terbentuk di kawasan zon pasang surut hingga pelantar luar lautan pada zaman Perm (280 juta hingga 260 juta tahun lampau). Formasi Chuping terletak di atas Formasi Singa secara selaras, dan sempadan keselarasan ini jelas kelihatan di Pulau Singa Kechil dan Pulau Singa Besar. Batu kapur Formasi Singa telah membentuk topografi kars seperti mana dengan Formasi Setul.
20 Taburan Litologi Litologi utama yang membentuk Formasi Batu Kapur Chuping ialah batu kapur yang berlapisan tebal hingga masif. Secara umumnya, batu kapur ini berwarna cerah, berbeza dengan batu kapur Formasi Setul yang umumnya berwarna gelap. Batu Kapur Chuping ini menindih Formasi Singa di Langkawi dan Formasi Kubang Pasu di Kedah secara selaras. Kalsik yang merupakan mineral dominan dalam batu kapur Formasi Chuping membentuk mikrit, sparit, mikrospar dan pseudospar serta mengalami penghabluran semula. Dolomit pula kebanyakannya terbentuk akibat pengdolomitan membentuk simen sparit mikrospar dan pseudospar atau wujud sebagai hablur rombohedral di dalam mikrit dan mikrospar kalsit. Simen sparit dan penghabluran semula dolomit serta kalsit kebanyaknya membentuk mosek kasar dengan tekstur penggantian dan mengisi ruang-ruang cangkang fosil.
21 Litologi Rijang dan batu kapur berijang terdapat di bahagian bawah jujukan batu kapur Formasi Chuping, berhampiran dengan zon perantaraan dalam Formasi Kubang Pasu atau Formasi Singa. Stratigrafi dan usia Fosil yang dalam fasies perantaraan ( passage beds ) mencadangkan usia atas untuk Formasi Kubang Pasu ialah akhir Perm Awal (Arkinskian). Lapisan batu kapur paling bawah Formasi Batu Kapur Chuping juga mengandungi fosil mikro Colaniella sp., Pachyphloia sp. dan Lunucammina sp. yang mencadangkan usia akhir Perm Awal (Kungurian). Dahulu, formasi ini dikatakan berusia Perm sahaja, tetapi sekarang ini banyak penemuan baru yang mencadangkan Batu Kapur Chuping berusia daripada akhir Perm Awal hingga Trias Akhir (Yap, 1991). Di Bukit Guar sami, Bukit Balai Udoh dan Bukit Gerengga, Yap (1991) menemui fosil mikro Endothyra sp., Austrocolomia sp., Paleolituonella sp., Lamelliconus sp., Diplotremina sp. dan Glomospira (=Pilammina) sp. serta alga biru-hijau Thaumatoporella parvovesiculitera (?), yang mana himpunan fosil-fosil ini meletakkan bahagian atas Formasi Chuping sebagai berusia Trias Akhir (Ladinian-Karnian-Norian).
22 Granit Gunung Raya Granit merupakan hasil pembekuan magma yang berasal daripada cairan panas dalam perut bumi. Semasa magma merejah batuan di atasnya, iaitu jujukan Formasi Machinchang, Formasi Setul, Formasi Singa dan Formasi Chuping, magma tadi mulai menyejuk dan membeku. Penyejukan magma ini berlaku pada zaman Trias (220 juta tahun lampau) dan membentuk granit. Terdapat dua jasad granit di Langkawi. Batolith Gunung Raya terdiri daripada granit berbutir sederhana yang kaya dengan mineral turmalin dan batolith Bukit Sawar yang terdiri daripada granit berbutir kasar dan berfenokris. Jasad granit yang kecil tersingkap di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting.
23 Endapan aluvium dan persisiran Di kawasan dataran rendah dan persisiran wujud endapan bahan sedimen yang belum mengalami pembatuan. Pasir, lodak dan lumpur telah membentuk dataran aluvium yang kini dibangunkan sebagai kawasan jelapang padi dan penempatan, endapan lumpur di persisiran membentuk sekitaran habitat bakau, dan endapan pasir pula membentuk pantai berpasir yang menjadi tarikan utama pelncong ke Langkawi. Endapan aluvium dan persisiran ini dijangka bermula pada sekitar 1.5 juta tahun lalu (zaman Kuarterner).
24 Geografi kuno Langkawi Daripada kajian paleontologi (data fosil) yang telah banyak dilakukan, didapati hidupan awal Paleozoik (sebelum 300 juta tahun lampau) yang ditemui di Kepulauan Langkawi mempunyai banyak kesamaan dengan hidupan yang terdapat di Thailand, Indochina, China Selatan dan juga Australia, dan ini jelas menunjukkan yang keseluruhan kawasan ini berhubung antara satu sama lain dan juga mempunyai iklim yang serupa. Kajian terperinci berkenaan dengan fosil ini, antaranya daripada jenis brakiopod menunjukkan fauna ini mempunyai habitat kawasan iklim sejuk. Kehadiran batuan diamiktik (jatuhan kerikir daripada bongkah ais) dalam batuan Formasi Singa jelas menunjukkan keseluruhan kawasan ini termasuk Langkawi berada berdekatan dengan benua Gondwana pada zaman Karbon atau 300 juta tahun lampau (Rajah 13). Pada masa itu, bumi Langkawi terletak dan bergabung dengan kepulauan lain seperti Australia, India, Afrika dan Antartika (Mohd Shafeea Leman (2000).
25 Sekian
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Pahang Timur GEOLOGI PAHANG TIMUR A - Sekitar Kuantan (Panching) B - Sri Jaya A B GEOLOGI KAWASAN KUANTAN Kawasan Panching, terdapat
Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara
Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara Disediakan oleh; Prof. Madya Dr Kamal Roslan Mohamed Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi Institut Alam Sekitar Dan Pembangunan (LESTARI),
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kelantan Selatan GEOLOGI KELANTAN SELATAN Batuan Paleozoik Bawah (Kumpulan Bentong) tertabur di bahagian barat. Di bahagian tengah
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Negeri Sembilan & Johor Barat GEOLOGI NEGERI SEMBILAN & JOHOR BARAT A Kuala Pilah B Batu Enam C Segamat D Labis E Labis F Bukit Payong
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Terengganu GEOLOGI TERENGGANU Keseluruhan negeri Terengganu terletak dalam Jalur Timur. Batuan yang paling dominan ialah batuan sedimen
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kedah Utara - Perlis Stratigrafi Nama unit Alluvium Usia Resen-Pleistosen Lapisan Arang Bukit Arang Tertiar (?Miosen) Lapisan Saiong
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kedah Selatan Perak Utara Lapisan Nenering Formasi Semanggol Formasi Mahang Kumpulan Baling Formasi Jerai GEOLOGI KAWASAN GUNUNG JERAI
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Perak Tengah - Kinta PENDAHULUAN Di bahagian tengah Perak, tersingkap batuan Paleozoik Atas, iaitu di kawasan Lembah Kinta, dan sekitar
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kuala Lumpur Geologi Kuala Lumpur PENDAHULUAN Di Kuala Lumpur, tersingkap batuan Paleozoik yang terdiri daripada batuan sedimen klastik
5. Jasad batuan yang cair dan panas yang terdapat dibawah bumi dipanggil sebagai apa? (a) Lava (b) Magma (c) Igneus (d) Sedimen (e) Tiada jawapan
BAHAGIAN A: 40 MARKAH (Arahan: Bulatkan jawapan yang betul) 1. Yang manakah antara berikut ini bukan batuan (a) Batu kapur (b) Granit (c) Syis (d) Kuarzit (e) Kuarza 2. Yang manakan antara berikut adalah
STAG3012 Petrologi batuan endapan
STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 2 Batuan Punca KOMPONAN BATUAN KLASTIK Batuan klastik boleh dibahagikan kepada tiga komponen: Butiran kerangka merupakan butiran utama yang membina struktur batuan
STAG3012 Petrologi batuan endapan
STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 3 Diagenesis Batuan Klastik DIAGENESIS BATUAN KLASTIK Sedimen yang baru terbentuk biasanya mempunyai susunan sedimen yang longgar, tiada simen yang mengikat butiran,
BAB II TINJAUAN GEOLOGI REGIONAL
BAB II TINJAUAN GEOLOGI REGIONAL 2.1. TINJAUAN UMUM Sulawesi dan pulau-pulau di sekitarnya dibagi menjadi tiga mendala (propinsi) geologi, yang secara orogen bagian timur berumur lebih tua sedangkan bagian
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM GEOLOGI (HS21) SEMESTER /2011 SG GEOLOGI ASAS
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM GEOLOGI (HS21) SEMESTER 1 2010/2011 SG 10103 GEOLOGI ASAS LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KUDAT NAMA PENSYARAH NAMA DEMONSTRATOR NAMA PELAJAR NO.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011 LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA DAN TENGAH SABAH NAMA PENSYARAH
LANGKAWI GEOPARK : Sumber Warisan Geologi Dalam Memperkasa Ekonomi dan Industri Pelancongan
LANGKAWI GEOPARK : Sumber Warisan Geologi Dalam Memperkasa Ekonomi dan Industri Pelancongan Oleh Abd. Rahman bin Haji Zainol Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI RANGKA PEMBENTANGAN
BAB III TATANAN GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III TATANAN GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi 3.1.1 Geomorfologi Daerah Penelitian Secara umum, daerah penelitian memiliki morfologi berupa dataran dan perbukitan bergelombang dengan ketinggian
berukuran antara 0,05-0,2 mm, tekstur granoblastik dan lepidoblastik, dengan struktur slaty oleh kuarsa dan biotit.
berukuran antara 0,05-0,2 mm, tekstur granoblastik dan lepidoblastik, dengan struktur slaty oleh kuarsa dan biotit. (a) (c) (b) (d) Foto 3.10 Kenampakan makroskopis berbagai macam litologi pada Satuan
Geologi Daerah Perbukitan Rumu, Buton Selatan 19 Tugas Akhir A - Yashinto Sindhu P /
BAB III GEOLOGI DAERAH PERBUKITAN RUMU 3.1 Geomorfologi Perbukitan Rumu Bentang alam yang terbentuk pada saat ini merupakan hasil dari pengaruh struktur, proses dan tahapan yang terjadi pada suatu daerah
BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini membincangkan secara ringkas berkenaan aspek-aspek seperti kedudukan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Bab ini membincangkan secara ringkas berkenaan aspek-aspek seperti kedudukan kawasan kajian, objektif kajian, kaedah kajian dan rangka tesis secara keseluruhan. Ia menjadi
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN III.1 GEOMORFOLOGI III.1.1 Morfologi Daerah Penelitian Morfologi yang ada pada daerah penelitian dipengaruhi oleh proses endogen dan proses eksogen. Proses endogen merupakan
Ciri Litologi
Kedudukan perlapisan umum satuan ini berarah barat laut-tenggara dengan kemiringan berkisar antara 60 o hingga 84 o (Lampiran F. Peta Lintasan). Satuan batuan ini diperkirakan mengalami proses deformasi
BAB 2 GEOLOGI REGIONAL
BAB 2 GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Secara fisiografis, menurut van Bemmelen (1949) Jawa Timur dapat dibagi menjadi 7 satuan fisiografi (Gambar 2), satuan tersebut dari selatan ke utara adalah: Pegunungan
III.1 Morfologi Daerah Penelitian
TATANAN GEOLOGI DAERAH PENELITIAN III.1 Morfologi Daerah Penelitian Morfologi suatu daerah merupakan bentukan bentang alam daerah tersebut. Morfologi daerah penelitian berdasakan pengamatan awal tekstur
Geologi dan Studi Fasies Karbonat Gunung Sekerat, Kecamatan Kaliorang, Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur.
Nodul siderite Laminasi sejajar A B Foto 11. (A) Nodul siderite dan (B) struktur sedimen laminasi sejajar pada Satuan Batulempung Bernodul. 3.3.1.3. Umur, Lingkungan dan Mekanisme Pengendapan Berdasarkan
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Geografis Pulau Buton yang terdapat di kawasan timur Indonesia terletak di batas bagian barat Laut Banda, Provinsi Sulawesi Tenggara. Secara geografis, Pulau Buton terletak
MENGENAL JENIS BATUAN DI TAMAN NASIONAL ALAS PURWO
MENGENAL JENIS BATUAN DI TAMAN NASIONAL ALAS PURWO Oleh : Akhmad Hariyono POLHUT Penyelia Balai Taman Nasional Alas Purwo Kawasan Taman Nasional Alas Purwo sebagian besar bertopogarafi kars dari Semenanjung
BAB 9 KESIMPULAN. Bab terakhir ini meringkaskan secara padat kesimpulan yang telah dicadangkan di
BAB 9 KESIMPULAN 9.1 Pendahuluan Bab terakhir ini meringkaskan secara padat kesimpulan yang telah dicadangkan di dalam setiap bab sebelum ini dengan mengetengahkan penemuan dan tafsiran baru khusus bagi
Umur GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
Foto 3.7. Singkapan Batupasir Batulempung A. SD 15 B. SD 11 C. STG 7 Struktur sedimen laminasi sejajar D. STG 3 Struktur sedimen Graded Bedding 3.2.2.3 Umur Satuan ini memiliki umur N6 N7 zonasi Blow (1969)
Umur dan Lingkungan Pengendapan Hubungan dan Kesetaraan Stratigrafi
3.2.2.3 Umur dan Lingkungan Pengendapan Penentuan umur pada satuan ini mengacu pada referensi. Satuan ini diendapkan pada lingkungan kipas aluvial. Analisa lingkungan pengendapan ini diinterpretasikan
Geologi Daerah Perbukitan Rumu, Buton Selatan 34 Tugas Akhir A - Yashinto Sindhu P /
Pada sayatan tipis (Lampiran C) memiliki ciri-ciri kristalin, terdiri dari dolomit 75% berukuran 0,2-1,4 mm, menyudut-menyudut tanggung. Matriks lumpur karbonat 10%, semen kalsit 14% Porositas 1% interkristalin.
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 GEOMORFOLOGI Bentukan topografi dan morfologi daerah penelitian dipengaruhi oleh proses eksogen dan proses endogen. Proses eksogen adalah proses-proses yang bersifat
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Daerah Penelitian 3.1.1 Morfologi Umum Daerah Penelitian Daerah penelitian berada pada kuasa HPH milik PT. Aya Yayang Indonesia Indonesia, yang luasnya
II. TINJAUAN PUSTAKA. Sumatera terletak di sepanjang tepi Barat Daya Paparan Sunda, pada perpanjangan
II. TINJAUAN PUSTAKA A. Struktur Geologi Sumatera terletak di sepanjang tepi Barat Daya Paparan Sunda, pada perpanjangan Lempeng Eurasia ke daratan Asia Tenggara dan merupakan bagian dari Busur Sunda.
GEOGRAFI FIZIKAL & MANUSIA
Geografi Tingkatan 1 Bhg. A GEOGRAFI FIZIKAL & MANUSIA Memahami kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia Menghuraikan dengan contoh kedudukan dan keistimewaan pelbagai bentuk muka bumi Malaysia Memahami
Subsatuan Punggungan Homoklin
Foto 3.6. Subsatuan Lembah Sinklin (foto ke arah utara dari daerah Pejaten). Foto 3.7. Subsatuan Lembah Sinklin (foto ke arah utara dari daerah Bulu). Subsatuan Punggungan Homoklin Subsatuan Punggungan
BAB 3 GEOLOGI SEMARANG
BAB 3 GEOLOGI SEMARANG 3.1 Geomorfologi Daerah Semarang bagian utara, dekat pantai, didominasi oleh dataran aluvial pantai yang tersebar dengan arah barat timur dengan ketinggian antara 1 hingga 5 meter.
Bab III Geologi Daerah Penelitian
Bab III Geologi Daerah Penelitian Foto 3.4 Satuan Geomorfologi Perbukitan Blok Patahan dilihat dari Desa Mappu ke arah utara. Foto 3.5 Lembah Salu Malekko yang memperlihatkan bentuk V; foto menghadap ke
Bab II Geologi Regional
BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1. Geologi Regional Kalimantan Kalimantan merupakan daerah yang memiliki tektonik yang kompleks. Hal tersebut dikarenakan adanya interaksi konvergen antara 3 lempeng utama, yakni
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN Berdasarkan pengamatan awal, daerah penelitian secara umum dicirikan oleh perbedaan tinggi dan ralief yang tercermin dalam kerapatan dan bentuk penyebaran kontur pada
II. TINJAUAN PUSTAKA. Pada gambar di bawah ini ditunjukkan lokasi dari Struktur DNF yang ditandai
5 II. TINJAUAN PUSTAKA 2.1. Geologi Regional Stuktur DNF terletak kurang lebih 160 kilometer di sebelah barat kota Palembang. Pada gambar di bawah ini ditunjukkan lokasi dari Struktur DNF yang ditandai
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Bentuk dan Pola Umum Morfologi Daerah Penelitian Bentuk bentang alam daerah penelitian berdasarkan pengamatan awal tekstur berupa perbedaan tinggi dan relief yang
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1. Geomorfologi Daerah Penelitian Morfologi muka bumi yang tampak pada saat ini merupakan hasil dari proses-proses geomorfik yang berlangsung. Proses geomorfik menurut
Metamorfisme dan Lingkungan Pengendapan
3.2.3.3. Metamorfisme dan Lingkungan Pengendapan Secara umum, satuan ini telah mengalami metamorfisme derajat sangat rendah. Hal ini dapat ditunjukkan dengan kondisi batuan yang relatif jauh lebih keras
SMA/MA IPS kelas 10 - GEOGRAFI IPS BAB 3. Mengenal Planet Bumilatihan soal 3.4
SMA/MA IPS kelas 10 - GEOGRAFI IPS BAB 3. Mengenal Planet Bumilatihan soal 3.4 1. Muncul kehidupan manusia di bumi menurut kala geologi terdapat pada zaman. Prekambrium Kaenozoikum Paleozoikum Karbon Mesozoikum
BAB II GEOLOGI REGIONAL DAERAH PENELITIAN. Posisi C ekungan Sumatera Selatan yang merupakan lokasi penelitian
BAB II GEOLOGI REGIONAL DAERAH PENELITIAN 2.1 Stratigrafi Regional Cekungan Sumatera Selatan Posisi C ekungan Sumatera Selatan yang merupakan lokasi penelitian dapat dilihat pada Gambar 2.1. Gambar 2.1
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1. Fisiografi Regional Van Bemmelen (1949) membagi Pulau Sumatera menjadi 6 zona fisiografi, yaitu: 1. Zona Jajaran Barisan 2. Zona Semangko 3. Pegunugan Tigapuluh 4. Kepulauan
BAB III Perolehan dan Analisis Data
BAB III Perolehan dan Analisis Data BAB III PEROLEHAN DAN ANALISIS DATA Lokasi penelitian, pada Peta Geologi Lembar Cianjur skala 1 : 100.000, terletak di Formasi Rajamandala. Penelitian lapangan berupa
BAB II TINJAUAN UMUM
BAB II TINJAUAN UMUM 2.1 Geografis Daerah Penelitian Wilayah konsesi tahap eksplorasi bahan galian batubara dengan Kode wilayah KW 64 PP 2007 yang akan ditingkatkan ke tahap ekploitasi secara administratif
STAG3012 Petrologi batuan endapan
STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 4 Provenance: Pengaruh batuan punca, iklim dan jasad timbul (topografi) PENGARUH BATUAN PUNCA, IKLIM dan JASAD TIMBUL(TOPOGRAFI) TERHADAP PEMBENTUKAN JENIS-JENIS
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL II.1 Fisiografi Cekungan Kutai Cekungan Kutai merupakan salah satu cekungan di Indonesia yang menutupi daerah seluas ±60.000 km 2 dan mengandung endapan berumur Tersier dengan ketebalan
Disediakan oleh: Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob Program Geologi UKM
TANAH Disediakan oleh: Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob Program Geologi UKM Tanah Kesemua tanah adalah terbentuk dari tindakan luluhawa kimia ke atas batuan tanah terbentuk akibat dari kesan agen-agen luluhawa,
Pencirian JASAD batuan
Pencirian JASAD batuan Disediakan oleh: Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob Program Geologi UKM Pengelasan jasad batuan (rock mass) Pengelasan jasad batuan adalah berdasarkan kepada cerapan yang dilakukan di lapangan
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Bentukan topografi dan morfologi daerah penelitian adalah interaksi dari proses eksogen dan proses endogen (Thornburry, 1989). Proses eksogen adalah proses-proses
Interpretasi Stratigrafi daerah Seram. Tabel 4.1. Korelasi sumur daerah Seram
BAB 4 GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 4.1. Interpretasi Stratigrafi 4.1.1. Interpretasi Stratigrafi daerah Seram Daerah Seram termasuk pada bagian selatan Kepala Burung yang dibatasi oleh MOKA di bagian utara,
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Daerah Penelitian 3.1.1 Morfologi Umum Daerah Penelitian Morfologi daerah penelitian berdasarkan pengamatan awal dari peta topografi dan citra satelit,
Gambar 3.13 Singkapan dari Satuan Lava Andesit Gunung Pagerkandang (lokasi dlk-13, foto menghadap ke arah barat )
Gambar 3.12 Singkapan dari Satuan Lava Andesit Gunung Pagerkandang, dibeberapa tempat terdapat sisipan dengan tuf kasar (lokasi dlk-12 di kaki G Pagerkandang). Gambar 3.13 Singkapan dari Satuan Lava Andesit
3.2.3 Satuan Batulempung. A. Penyebaran dan Ketebalan
3.2.3 Satuan Batulempung A. Penyebaran dan Ketebalan Satuan batulempung ditandai dengan warna hijau pada Peta Geologi (Lampiran C-3). Satuan ini tersingkap di bagian tengah dan selatan daerah penelitian,
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL Daerah penelitian ini telah banyak dikaji oleh peneliti-peneliti pendahulu, baik meneliti secara regional maupun skala lokal. Berikut ini adalah adalah ringkasan tinjauan literatur
STAG3012 Petrologi batuan endapan
STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 5 Kitaran tektonik dan jenis batu pasir Kitaran tektonik (Kitaran Wilson) Kitaran batuan menjelaskan bagaimana sesuatu jenis batuan berubah ke batuan lain dan akhirnya
Kecamatan Nunukan, Kabupaten Nunukan, Provinsi Kalimantan Timur
Umur Analisis mikropaleontologi dilakukan pada contoh batuan pada lokasi NA805 dan NA 803. Hasil analisis mikroplaeontologi tersebut menunjukkan bahwa pada contoh batuan tersebut tidak ditemukan adanya
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL Cekungan Jawa Barat Utara merupakan cekungan sedimen Tersier yang terletak tepat di bagian barat laut Pulau Jawa (Gambar 2.1). Cekungan ini memiliki penyebaran dari wilayah daratan
Tukun tiruan adalah bahan binaan manusia yang berpotensi untuk mengumpul dan meningkatkan pengeluaran ikan yang ditangkap oleh nelayan.
Disediakan oleh DEPARTMEN PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN SUMBER PERIKANAN MARIN, TAMAN PERIKANAN CHENDERING, 21080 KUALA TERENGGANU Tel: 09-6175940; 6177867; Faks: 09-6175136 e-mail: [email protected]
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Daerah Penelitian Berdasarkan bentuk topografi dan morfologi daerah penelitian maka diperlukan analisa geomorfologi sehingga dapat diketahui bagaimana
BAB II TINJAUAN PUSTAKA
BAB II TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Fisiografi Jawa Barat Fisiografi Jawa Barat oleh van Bemmelen (1949) pada dasarnya dibagi menjadi empat bagian besar, yaitu Dataran Pantai Jakarta, Zona Bogor, Zona Bandung
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Pengamatan geomorfologi di daerah penelitian dilakukan dengan dua tahap, yaitu dengan pengamatan menggunakan SRTM dan juga peta kontur yang dibuat dari
BAB II TINJAUAN PUSTAKA. Menurut Kastowo (1973), Silitonga (1975), dan Rosidi (1976) litologi daerah
BAB II TINJAUAN PUSTAKA 2.1. Geologi Regional Menurut Kastowo (1973), Silitonga (1975), dan Rosidi (1976) litologi daerah Padang dan sekitarnya terdiri dari batuan Pratersier, Tersier dan Kwarter. Batuan
KONTROL STRUKTUR GEOLOGI TERHADAP SEBARAN ENDAPAN KIPAS BAWAH LAUT DI DAERAH GOMBONG, KEBUMEN, JAWA TENGAH
KONTROL STRUKTUR GEOLOGI TERHADAP SEBARAN ENDAPAN KIPAS BAWAH LAUT DI DAERAH GOMBONG, KEBUMEN, JAWA TENGAH Asmoro Widagdo*, Sachrul Iswahyudi, Rachmad Setijadi, Gentur Waluyo Teknik Geologi, Universitas
Foto 3.5 Singkapan BR-8 pada Satuan Batupasir Kuarsa Foto diambil kearah N E. Eko Mujiono
Batulempung, hadir sebagai sisipan dalam batupasir, berwarna abu-abu, bersifat non karbonatan dan secara gradasi batulempung ini berubah menjadi batuserpih karbonan-coally shale. Batubara, berwarna hitam,
Adanya cangkang-cangkang mikro moluska laut yang ditemukan pada sampel dari lokasi SD9 dan NG11, menunjukkan lingkungan dangkal dekat pantai.
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.2.2.3 Umur Berdasarkan data analisis mikrofosil pada sampel yang diambil dari lokasi BG4 (Lampiran B), spesies-spesies yang ditemukan antara lain adalah Globigerinoides
III.3 Interpretasi Perkembangan Cekungan Berdasarkan Peta Isokron Seperti telah disebutkan pada sub bab sebelumnya bahwa peta isokron digunakan untuk
III.3 Interpretasi Perkembangan Cekungan Berdasarkan Peta Isokron Seperti telah disebutkan pada sub bab sebelumnya bahwa peta isokron digunakan untuk menafsirkan perkembangan cekungan. Perlu diingat bahwa
BAB II TINJAUAN PUSTAKA : GEOLOGI REGIONAL
BAB II TINJAUAN PUSTAKA : GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Regional Fisiografi Cekungan Kutai pada bagian utara dibatasi oleh tinggian Mangkalihat dengan arah barat laut tenggara, di bagian barat dibatasi
BAB 2 GEOLOGI REGIONAL
BAB 2 GEOLOGI REGIONAL 2.1 Struktur Regional Terdapat 4 pola struktur yang dominan terdapat di Pulau Jawa (Martodjojo, 1984) (gambar 2.1), yaitu : Pola Meratus, yang berarah Timurlaut-Baratdaya. Pola Meratus
BAB IV Kajian Sedimentasi dan Lingkungan Pengendapan
BAB IV KAJIAN SEDIMENTASI DAN LINGKUNGAN PENGENDAPAN 4.1 Pendahuluan Kajian sedimentasi dilakukan melalui analisis urutan vertikal terhadap singkapan batuan pada lokasi yang dianggap mewakili. Analisis
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Kumpulan Bentong Pengenalan Kawasan Bentong-Raub telah dikaji sejak sekian lama. Batuan Paleozoik Bawah yang terdapat di sini dikenali dengan
STRATIGRAFI REGIONAL CEKUNGAN SUMATERA SELATAN
STRATIGRAFI REGIONAL CEKUNGAN SUMATERA SELATAN Oleh : Edlin Shia Tjandra (07211033) Fanny Kartika (07211038) Theodora Epyphania (07211115) TEKNIK GEOLOGI FAKULTAS TEKNOLOGI KEBUMIAN DAN ENERGI UNIVERSITAS
KANDUNGAN. Pengenalan. Objektif. Rasional. Rekabentuk dan Spesifikasi Tukun 4. Cadangan Susunan Tukun Di Tapak 5. Andaian Perkembangan Tukun 6
KANDUNGAN Pengenalan Objektif Rasional 1 2 3 Rekabentuk dan Spesifikasi Tukun 4 Cadangan Susunan Tukun Di Tapak 5 Andaian Perkembangan Tukun 6 Anggaran Hasll 7 Kesimpulan 8 Pengenalan Perairan pantai barat
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Pulau Kalimantan merupakan salah satu pulau terbesar di Indonesia. Pulau ini terdiri dari daerah dataran dan daerah pegunungan. Sebagian besar daerah pegunungan berada
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL II.1 Fisiografi Menurut van Bemmelen (1949), Jawa Timur dibagi menjadi enam zona fisiografi dengan urutan dari utara ke selatan sebagai berikut (Gambar 2.1) : Dataran Aluvial Jawa
STAG2022 Stratigrafi Malaysia
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Pengenalan KOD KURSUS : STAG 2022 NAMA KURSUS : STRATIGRAFI MALAYSIA BILANGAN UNIT : 2 TARAF KURSSUS : wajib/pilihan/program/fakulti/universiti
Geologi dan Potensi Sumberdaya Batubara, Daerah Dambung Raya, Kecamatan Bintang Ara, Kabupaten Tabalong, Propinsi Kalimantan Selatan
Gambar 3.8 Korelasi Stratigrafi Satuan Batupasir terhadap Lingkungan Delta 3.2.3 Satuan Batulempung-Batupasir Persebaran (dominasi sungai) Satuan ini menempati 20% dari luas daerah penelitian dan berada
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Daerah Penelitian 3.1.1 Morfologi Umum Daerah Penelitian Morfologi secara umum daerah penelitian tercermin dalam kerapatan dan bentuk penyebaran kontur
TAHAP. 1 Khazanah Bumi. Menaakul
TAHAP 1 Khazanah Bumi Meneroka Orbit Buku Membongkar Sneak Peak! Menaakul Kandungan Bumi di angkasa lepas...6 Permulaan bumi...8 Di dalam bumi...10 Perubahan batuan...12 Batuan dan mineral...14 Mineral
BAB II TINJAUAN UMUM
BAB II TINJAUAN UMUM Kegiatan penelitian dilakukan di Laboratorium BALAI BESAR KERAMIK Jalan Jendral A. Yani 392 Bandung. Conto yang digunakan adalah tanah liat (lempung) yang berasal dari Desa Siluman
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Jawa Barat Fisiografi Jawa Barat (Gambar 2.1), berdasarkan sifat morfologi dan tektoniknya dibagi menjadi empat bagian (Van Bemmelen, 1949 op. cit. Martodjojo, 1984),
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi 3.1.1 Morfologi Daerah Penelitian Morfologi yang ada pada daerah penelitian dipengaruhi oleh proses endogen dan proses eksogen. Proses endogen merupakan
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Van Bemmelen (1949) membagi fisiografi Jawa Barat menjadi 4 bagian besar zona fisiografi (Gambar II.1) yaitu: Zona Bogor, Zona Bandung, Dataran Pantai Jakarta dan
dan Satuan Batulempung diendapkan dalam lingkungan kipas bawah laut model Walker (1978) (Gambar 3.8).
dan Satuan Batulempung diendapkan dalam lingkungan kipas bawah laut model Walker (1978) (Gambar 3.8). Gambar 3.7 Struktur sedimen pada sekuen Bouma (1962). Gambar 3.8 Model progradasi kipas bawah laut
Peta untuk geologi kejuruteraan
Peta untuk geologi kejuruteraan Disediakan oleh: Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob Program Geologi, UKM Peta untuk kejuruteraan 1. Pendahuluan : peta geologi kejuruteraan adalah jenis peta geologi yang menjelaskan
Bab II Tinjauan Pustaka
Bab II Tinjauan Pustaka II.1 Geologi Regional Cekungan Sumatera Tengah Cekungan Sumatera Tengah secara fisiografis terletak di antara Cekungan Sumatera Utara dan Cekungan Sumatera Selatan yang dibatasi
Foto III.14 Terobosan andesit memotong satuan batuan piroklastik (foto diambil di Sungai Ringinputih menghadap ke baratdaya)
Foto III.14 Terobosan andesit memotong satuan batuan piroklastik (foto diambil di Sungai Ringinputih menghadap ke baratdaya) 3.2.2.1 Penyebaran Satuan batuan ini menempati 2% luas keseluruhan dari daerah
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Regional Fisiografi Jawa Barat dibagi menjadi empat bagian besar (van Bemmelen, 1949): Dataran Pantai Jakarta (Coastal Plain of Batavia), Zona Bogor (Bogor Zone),
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1. Geomorfologi Daerah Penelitian 3.1.1 Geomorfologi Kondisi geomorfologi pada suatu daerah merupakan cerminan proses alam yang dipengaruhi serta dibentuk oleh proses
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Daerah Penelitian 3.1.1 Morfologi mum Daerah Penelitian ecara umum morfologi daerah penelitian merupakan dataran dengan punggungan di bagian tengah daerah
BAB II TINJAUAN UMUM
9 BAB II TINJAUAN UMUM 2.1 Lokasi dan Kesampaian Daerah Kegiatan penelitian dilakukan di salah satu tambang batubara Samarinda Kalimantan Timur, yang luas Izin Usaha Pertambangan (IUP) sebesar 24.224.776,7
BAB IV SEJARAH GEOLOGI
BAB IV SEJARAH GEOLOGI Berdasarkan data-data geologi primer yang meliputi data lapangan, data sekunder yang terdiri dari ciri litologi, umur dan lingkungan pengendapan, serta pola struktur dan mekanisme
BAB II GEOLOGI REGIONAL
BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Jawa Barat Pada dasarnya Van Bemmelen (1949) membagi fisiografi Jawa Barat menjadi empat bagian (Gambar 2.1) berdasarkan sifat morfologi dan tektoniknya, yaitu: a.
II. TINJAUAN PUSTAKA. Lampung Selatan tepatnya secara geografis, terletak antara 5 o 5'13,535''-
4 II. TINJAUAN PUSTAKA A. Tinjauan Lokasi Penelitian Tempat penelitian secara administratif terletak di Gunung Rajabasa, Kalianda, Lampung Selatan tepatnya secara geografis, terletak antara 5 o 5'13,535''-
BAB II TINJAUAN UMUM
BAB II TINJAUAN UMUM 2.1 Profil Perusahaan PT. Cipta Kridatama didirikan 8 April 1997 sebagai pengembangan dari jasa penyewaan dan penggunaan alat berat PT. Trakindo Utama. Industri tambang Indonesia yang
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN
BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Stratigrafi Daerah Nanga Kantu Stratigrafi Formasi Kantu terdiri dari 4 satuan tidak resmi. Urutan satuan tersebut dari tua ke muda (Gambar 3.1) adalah Satuan Bancuh
