STAG2022 Stratigrafi Malaysia

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "STAG2022 Stratigrafi Malaysia"

Transkripsi

1 STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kedah Utara - Perlis

2 Stratigrafi Nama unit Alluvium Usia Resen-Pleistosen Lapisan Arang Bukit Arang Tertiar (?Miosen) Lapisan Saiong Formasi Chuping (Formasi Kodiang) Formasi Semanggol Formasi Kubang Pasu Jura-Kapur? Perm Tengah Trias Awal Devon, Karbon & Perm Awal (mungkin sampai Trias di Kedah Utara) Formasi Setul Ordovisi-Devon Awal Formasi Machinchang Kambrias Akhir

3 FORMASI SETUL Pengenalan Formasi Setul merupakan formasi batuan karbonat yang tertua di Semenanjung Malaysia. Formasi batuan yang berusia Ordovisi hingga Devoni Awal ni terdiri daripada batu kapur tidak tulen yang bercampur dengan lumpur dalam amaun yang agak tinggi, batu kapur berdolomit dan dua ahli gersik yang terdiri daripada perlapisan syal, batu lumpur kaya silika, batu lodak dan sedikit rijang. Pemendapan sedimen telah berlaku di dalam sekitaran pelantar laut cetek di dalam keadaan iklim yang lebih dingin daripada sekarang yang ditunjukkan oleh kehadiran fosil-fosil yang mirip kepada fauna beriklim sedemikian. FORMASI KUBANG PASU Pengenalan Formasi Kubang Pasu tersingkap di kawasan Kedah, dan terdiri daripada selang lapis batuan syal, batu lodak dan juga batu pasir. Selain itu terdapat juga sedikit lapisan rijang yang berpelapisan nipis, terutamanya di bahagian bawah jujukan. Bahagian atas jujukan formasi ini terdapat suatu fasies perantaraan yang terdiri daripada lapisan klastik dan lapisan berkapur (termasuk batu kapur nipis). Formasi Kubang Pasu adalah setara dengan Formasi Singa yang tersingkap di Kepulauan Langkawi. Perlapisan batu pasir yang dominan dan terdiri daripada batu pasir kuarza dan batu pasir kaya feldsfar yang terdapat dalam Formasi Kubang Pasu merupakan perbezaan yang agak nyata antara Formasi Kubang Pasu dengan Formasi Singa.

4 FORMASI KUBANG PASU Taburan FORMASI KUBANG PASU Litologi Formasi Kubang Pasu terdiri daripada syal, batu lodak dan batu pasir. Terdapat juga sedikit lapisan nipis rijang. Batuan arenit kebanyakannya mempunyai isihan buruk seperti batuan grewak dan juga boleh terdiri daripada arkos dan sub-arkos (Yap, 1991). Batuan berargilit terdiri daripada syal yang mempunyai pelbagai warna, daripada kelabu gelap, kelabu, kemerahan hingga keperangan. Laminasi dalam syal adalah jelas. Selain syal, terdapat juga batu lodak. Di bahagian timur laut Perlis, Yap (1991) membahagikan jujukan Formasi Kubang Pasu kepada tiga fasies; 3 - Fasies perantaraan ( passage beds ) 2 - Fasies batu pasir dominan 1 - Fasies batuan argilit

5 FORMASI KUBANG PASU Stratigrafi Formasi Kubang Pasu menindih batuan Formasi Setul di Perlis, dan menindih Formasi Mahang di bahagian selatan (Kedah). Formasi Kubang Pasu menindih Formasi Setul secara selaras (Zaiton & Basir, 1999). Sempadan bawah Formasi Kubang Pasu ini boleh dijumpai di Gunung Utan Aji, dan juga di Wang Tangga, Perlis. Jones (1981) juga mencadangkan sempadan tidak selaras antara Formasi Setul dan Formasi Kubang Pasu. Formasi Kubang Pasu menindih Formasi Mahang secara selaras (Hutchison, 1989). Hubungan antara Formasi Mahang dan Formasi Kubang Pasu ini boleh diperhatikan di Bukit Jabi, Bukit Kerangan, Ladang Cheong Chong Kaw dan Kampong Panchor. Kedua-dua formasi ini dipisahkan oleh sesar sungkup sehinggakan dapat dicerap jujukan batuan Formasi Mahang menindih Formasi Kubang Pasu (Zaiton & Basir (1999). FORMASI KUBANG PASU Stratigrafi

6 FORMASI KUBANG PASU Stratigrafi Di Perlis, Formasi Kubang Pasu ditindih secara selaras oleh Batu Kapur Chuping yang terdiri daripada jujukan batuan karbonat, manakala di Kedah pula Formasi Kubang Pasu ditindih secara selaras oleh Formasi Semanggol (Basir Jasin, 1999). FORMASI KUBANG PASU Usia Bahagian dasar atau bawah jujukan batuan Formasi Kubang Pasu di Gunung Utan Aji terdiri daripada batu lumpur kelabu dan kemerahan, batu di dalamnya mengandungi fosil Posidonia perlisensis dan tribobit Cyrtosymbole yang mencadangkan usia Devon atas atau Awal Karbon. Kekanta rijang yang terdapat di bahagian tengah Perlis mengandungi fusulina konnoi yang berusia Moscovian (Karbon Tengah) (Scrivenor, 1926). Basir Jasin (1995) menemui fosil radiolaria dalam lapisan rijang di Bukit Beringin dan Bukit Telaga Jatoh berhampiran pekan Pokok Sena. Lapisan rijang ini terletak di bahagian bawah jujukan Formasi Kubang Pasu, iaitu terletak di atas lapisan syal yang kaya dengan Posidonia. Fosil radiolari Entactinia variospina dan Callella sp. mencadangkan usia Karbon Awal untuk Formasi Kubang Pasu. Bahagian atas jujukan formasi ini terdiri daripada lapisan perantaraan ( passage beds ) yang terdiri daripada perlapisan nipis batu kapur dan batuan klastik. Dalam lapisan perantaraan ini terdapat banyak fosil fusulinid, karang, brakiopod dan briozoa. Fosil brachiopoda Cancrinella sp. dan Micraphella sp., bivalvia Schizodus sp. dan Eoschizodus sp., briozoa Fistulipora sp. dan Fenestella sp. Serta fosil mikri seperti Monodiexodina sp. dan Lunucammina sp. Yang ditemui dalam fasies perantaraan ( passage beds ) mencadangkan usia atas untuk Formasi Kubang Pasu ialah akhir Perm Awal (Arkinskian) (Yap, 1991).

7 FORMASI KUBANG PASU Sekitaran endapan Formasi Kubang Pasu yang terdapat di Perlis telah terbentuk atau terendap di sekitaran lautan. Fasies batuan argilit yang terdiri daripada selang lapis batu lodak dominan dengan batu lumpur, serta sedikit batu pasir ditafsirkan diendapkan dalam pelantar benua bahagian luar berhampiran dengan cerun benua. Lapisan rijang banyak terdapat di bahagian bawah jujukan Formasi Kubang Pasu ini, dan menurut Basir Jasin (1999), rijang ini terbentuk atau terendap di sekitaran tepian benua (continental margin). Kemudian, fasies kedua, iaitu batu pasir dominan, berlapis dengan syal serta lodak ditafsirkan terendap di sekitaran pelantar benua bahagian dalam berhampiran zon neritik, yang secara relatifnya lebih cetek berbanding fasies pertama tadi. Fasies atau lapisan perantaraan (passage beds) pula ditafsirkan mewakili pengendapan yang berlaku di kawasan lebih cetek, iaitu di antara zon pasang-surut dengan zon neritik. Turun naik kadar pemendapan sedimen detrital ini menyebabkan terbentuknya fasies perantaraan, dan apabila tiada lagi sedimen detrital, maka terbentuklah batu kapur Formasi Chuping. Secara keseluruhannya, proses maraan atau regresi yang berlaku semasa pengendapan Formasi Kubang Pasu menyebabkan terbentuknya jujukan mengkasar dan mencetek ke atas.

8 FORMASI SEMANGGOL Pengenalan Nama Formasi Semanggol digunakan sempena dengan nama Gunung Semanggol yang terdapat di kawaasan Taiping, Perak. Nama ini mula digunakan sejak 1959 oleh Alexander, dan Burton (1965) mengkorelasikan jujukan di kawasan Gunung Semanggol ini dengan jujukan yang terdapat di selatan dan tengah Kedah. Lokaliti tip untuk formasi ini tidak diberikan dengan jelas, tetapi Burton (1973) mencadangkan lokaliti tip ini di Bukit Merah, yang terletak di utara Gunung Semanggol. FORMASI SEMANGGOL Taburan Formasi Semanggol pada mulanya diperkenalkan untuk batuan klastik yang berusia Trias Tengah-Akhir, yang terdapat di kawasan barat laut Semenanjung Malaysia. Formasi Semanggol tersebar di tiga kawasan utama, iaitu; - kawasan utara Perak, di sekitar Gunung Semanggol, dimana Formasi Semanggol ini mula diperkenalkan - kawasan selatan Kedah, di sekitar Kuala Ketil Tawar - kawasan utara-tengah Kedah iaitu di kawasan Kuala Nerang hingga Pedu.

9 Taburan Sesar dipercayai telah menyebabkan batuan lembangan pengendapan Semanggol menjadi tiga bahagian. FORMASI SEMANGGOL Litologi Formasi Semanggol terdiri daripada jujukan batuan klastik yang berusia Trias semasa ianya mula diperkenalkan. Jujukan yang seusia dengannya tetapi terdiri daripada batuan karbonat dikenali sebagai Batu Kapur Kodiang. Batuan utama yang terdapat dalam Formasi Semanggol boleh dibahagikan kepada tiga unit atau fasies; -Fasies rijang - yang terdiri daripada batuan rijang berlapis. Di antara lapisan rijang ini, terdapat lapisan nipis beberapa mm batuan syal. -Fasies berirama yang merupakan selang lapis antara lapisan batu pasir, batu lodak dan syal. Dalam fasies ini terdapat juga lapisan konglomerat. -Fasies konglomerat yang terdiri daripada batu konglomerat yang dominan, berlapis dengan lapisan batu pasir serta syal. Sejak akhir-akhir ini, ditemui unit atau fasies batu kapur dalam jujukan Formasi Semanggol.

10 FORMASI SEMANGGOL FORMASI SEMANGGOL

11 FORMASI SEMANGGOL FORMASI SEMANGGOL

12 FORMASI SEMANGGOL Usia Formasi Semanggol mengandungi banyak fosil. Kebanyakan fosil ditemui dalam fasies berirama, dan juga rijang. Pada peringkat awal (tahun-tahun 1970 dan 1980 an), fosil yang ditemui menunjukan usia Trias Tengah-Akhir. Antara fosil yang banyak ditemui ialah daripada jenis Halobia, Posidonia, Daonella serta ammonid. Kesemua fosil ini mencadangkan usia Trias Tengah-Akhir. Sekarang ini, dalam batuan rijang ditemui banyak fosil radiolaria. Selain daripada radiolaria Trias, dilaporkan juga terdapat fosil radiolaria yang berusia Perm. Jadi sekarang ini, usia Formasi Semanggol bermula daripada Perm hingga Trias Akhir, iaitu setara dengan usia Formasi Chuping. FORMASI SEMANGGOL Stratigrafi

13 FORMASI SEMANGGOL Sekitaran endapan Pengendapan berlaku di bawah pengaruh graviti, antaranya dengan cara aliran debris dan aliran turbidit. Aliran graviti ini menyebabkan terbentuknya sedimen atau fasies yang mempunyai asingan buruk, dan lapisan yang menunjukkan lapisan bergred (jujukan Bouma). Fasies sebegini selalunya terbentuk di sekitaran yang bercerun, biasanya di kipas laut dalam. Fasies rijang yang mengandungi radiolaria jelas mencadangkan pengendapan berlaku di sekitaran laut dalam. Fosil yang ditemui dalam Formasi Semanggol turut mencadangkan pengendapan berlaku di sekitaran laut, dan tiada bukti fosil, fasies atau struktur sedimen yang mencadangkan pengendapan berlaku di sekitaran laut cetek. FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG Pengenalan Formasi Chuping banyak tertabur di bahagian tengah Perlis. Keseluruhan Formasi Chuping terdiri daripada batu kapur warna cerah berlapisan tebal hingga masif. Pada awal tahun 1960an, semua batu kapur yang terdapat di kawasan Kodiang dikatakan berusia Perm, dan dimasukkan dalam Formasi Chuping oleh Jones (1962). Kemudian batu kapur ini telah dikaji oleh beberapa pengkaji berikutnya. Ishii dan Nogami (1966), Igo dan Koike (1975), dan Koike (1973, 1982) menemui fosil konodon berusia Trias Awal hingga Trias Akhir. Gazdzicki dan Smit (1977) menemui fosil foraminifera Trias. Penemuan fosil Trias ini telah mengubah stratigrafi kawasan baratlaut Semenanjung Malaysia. Formasi Chuping dan Formasi Kodiang mempunyai banyak kesamaan dari segi litologi dan juga fosil serta usia dan patut dijadikan satu formasi yang sama.

14 FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG Taburan Di Perlis, batuan Formasi Batu Kapur Chuping ini tersingkap di bahagian tengah Perlis, iaitu membentuk perbukitan bermorfologi karst batu kapur, bermula daripada Bukit Mata Air (berhampiran Padang Besar di utara), Bukit Chabang, Gua Sami, Bukit Chondong, Bukit Tungku Lembu, Bukit Keteri, Bukit Chuping, hinggalah Bukit Ngolang berhampiran dengan pekan Arau. Bukit-bukit batu kapur yang terdapat di sekitar pekan Kodiang, dan juga Gunung Keriang, Kedah juga kepunyaan Formasi Chuping. Bukit-bukit ini pernah di kenali dengan nama Batu Kapur Kodiang oleh decoo & Smit (1975). FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG Litofasies Terdapat sepuluh litofasies batu kapur yang ditemui di dalam Formasi Batu Kapur Kodiang. Litofasies-litofasies tersebut ialah; 1) Selang lapis nipis batu kapur-rijang 2) Batu kapur biosparit 3) Batu Kapur mikrit 4) Batu kapur breksi 5) Batu kapur hitam 6) Batu kapur berlamisan bergelombang 7) Batu lumpur dan batu pasir berkapur 8) Batu kapur konglomerat 9) Unit nedatan 10) Dolomit dan batu kapur masif terhablur semula

15 FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG Litofasies FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG Litofasies

16 FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG Litofasies FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG Sekitaran endapan Pembentukkannya berlaku dalam lembangan pengendapan karbonat dan terdapat beberapa sub-sekitaran di dalamnya. Di kawasan berdekatan dengan pantai, iaitu kawasan pasang-surut, terbentuk batu kapur stromatolites dan juga batu kapur hitam. Makin ke arah lautan terdapat suatu lagun dan di sini, keadaan airnya yang cetek dan tenang menggalakkan bivalvia hidup di kawasan yang bermikrit.

17 FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG Sekitaran endapan Dalam lagun ini juga terdapat satu alur yang besar, dan dalam alur ini terbentuk batu kapur konglomerat, yang mana klastanya juga berasal dari lembangan yang sama. Di kawasan bekalang dan dataran terumbu, keadaan airnya lebih bertenaga berbanding dalam lagun, dan segala mikrit yang ada diangkut ke kawasan lain. Ini menyebabkan organisma yang hidup di sini seperti Bivalvia, bryozoa, foraminifera dan lain-lain apabila mati membentuk batu kapur biosparit. FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG Sekitaran endapan Di kawasan hadapan terumbu dan juga cerun, terjadi proses nendatan menyebabkan fasies nendatan dan juga batu kapur breksi terbentuk. Di kawasan yang lebih dalam, selang lapis batu kapur-rijang pula terbentuk. Semasa pembentukkan Batu Kapur Kodiang ini berlaku, terdapat fasa dimana bekalan bahan klastik bersilika dibawa masuk ke dalam lembangan karbonat. Keadaan in menghasilkan fasies batu lumpur dan batu pasir berkalka di kawasan air yang agak dalam.

18 LAPISAN SAIONG Nama dan taburan Diberikan oleh Ong (1968) untuk unit batuan kemerahan yang dipercayai endapan benua terrdiri daripada konglomerat sokongn klas dengan kehadiran kekanta atau lapisan batu pasir dan syal. Nama diambil sempena dengan Bukit Saiong (504m). Unit ini tertabur di timurlaut Kedah, berhampiran dengan tasik Pedu dan Tasik Muda. Ong (1968) melaporkan bahawa Lapisan Saiong menindih tak selaras unit batuan Trias (Formasi Semanggol). LAPISAN SAIONG Usia Tiada fosil yang ditemui, tetapi berdasarkan kedudukan atau hubungan dengan batuan sekeliling dan juga litofasies endapan daratan, dipercayau batuan Lapisan Saoing berusia Jura-Kapur.

19 LAPISAN SAIONG Litologi utama Secara keseluruhan terbentuk oleh konglomerat sokongan butiran dengan kekanta dan lapisan batu pasir serta syal dan batu lumpur. Kesemua unit batuan ini berwarna kemerahan. Konglomerat paling dominan, dibentuk oleh klasta batu pasir subsudut hingga subbulat, pelbagai saiz (berjulat dari 1cm hingga 50cm). Selain klasta batu pasir, terdapat juga klas batu lumpur, syal, rijang dan kuarza. Matriknya terdiri daripda pasir berlodak yang juga berwarna kemerahan. LAPISAN SAIONG Sekitaran endapan Terendap di alur sungai yang terjadi disebabkan adanya blok sesar yang jatuh. Sesar yang sama ditafsir aktif semula selepas pembentukan Lapisan Saiong, akhirnya menyebabkan Lapisan Saiong membentuk permatang tinggi.

20 LAPISAN ARANG BUKIT ARANG Nama dan singkapan Nama unit ini diambil sempena dengan nama tempat, iaitu Bukit Arang, perhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand, dimana lapisan ini terdapat. Lapisan ini mula dilaporkan oleh Scrivenor (1913) dan dikorelasikan dengan Lapisan Arang Batu Arang yang terdapat di Selangor. Lapisan Arang Bukit Arang ini terdapat di bahagian utara Perlis dan tiada singkapan permukaan yang elok. Cerapan litologi terperinci dilakukan daripada data dan sampel lubang gerudi. Lapisan arang ini mempunyai topografi rendah dan beralun. LAPISAN ARANG BUKIT ARANG Litologi Strata Lapisan Arang Bukit Arang umumnya mempunyai sifat longgar dan konsolidasi separa. Komposisi atau litologi utamanya terdiri daripada sedimen kelikir, pasir, syal lembut yang kebanyakannya berkarbon, lapisan nipis arang bermutu rendah (lignit), sedikir syal berkapur dan pebel berkapur. Semuanya mengalami konsolidasi separa. Lapisan lembut arang berwarna perang kehitaman wujud berselerak dengan ketebalan sekitar 15-20cm dan kadang-kadang mencapai 50cm. Syal berbitumin dan syal berminyak juga ada dilaporkan.

21 LAPISAN ARANG BUKIT ARANG Usia dan stratigrafi Fosil tumbuhan, terutamnya daun dan akar banyak ditemui dalam Lapisan Arang Bukit Arang. Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk penentuan usia. Mengikut Jones (1966), usia Lapisan Arang Bukit Arang di Perlis ini adalah lebih kurang sama dengan Lapisan Arang Batu Arang yang terdapat di Selangor, iaitu ditafsirkan berusia Miosen. Lapisan Arang Bukit Arang terletak di atas batuan Karbon-Perm Formasi Kubang Pasu secara tidak selaras. Ketebalan Lapisan Arang Bukit Arang ini tidak diketahui kerana penggerudian yang dilakukan tidak sampai ke batuan dasar. Sekitaran endapan Lapisan arang adalah satu ciri sedimen yang terendap di sekitaran daratan. Kehadiran fosil tumbuhan dan kesan akar menguatkan lagi tafsiran ini. Jujukan sedimen kelikir, pasir dan kehadiran bahan lumpur yang banyak, terutamanya di bahagian bawah jujukan ditafsirkan oleh Yap (1991) sebagai endapan eustarin atau lacustrine. Sekian

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kelantan Selatan GEOLOGI KELANTAN SELATAN Batuan Paleozoik Bawah (Kumpulan Bentong) tertabur di bahagian barat. Di bahagian tengah

Lebih terperinci

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Pahang Timur GEOLOGI PAHANG TIMUR A - Sekitar Kuantan (Panching) B - Sri Jaya A B GEOLOGI KAWASAN KUANTAN Kawasan Panching, terdapat

Lebih terperinci

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Negeri Sembilan & Johor Barat GEOLOGI NEGERI SEMBILAN & JOHOR BARAT A Kuala Pilah B Batu Enam C Segamat D Labis E Labis F Bukit Payong

Lebih terperinci

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Perak Tengah - Kinta PENDAHULUAN Di bahagian tengah Perak, tersingkap batuan Paleozoik Atas, iaitu di kawasan Lembah Kinta, dan sekitar

Lebih terperinci

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kedah Selatan Perak Utara Lapisan Nenering Formasi Semanggol Formasi Mahang Kumpulan Baling Formasi Jerai GEOLOGI KAWASAN GUNUNG JERAI

Lebih terperinci

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Terengganu GEOLOGI TERENGGANU Keseluruhan negeri Terengganu terletak dalam Jalur Timur. Batuan yang paling dominan ialah batuan sedimen

Lebih terperinci

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kuala Lumpur Geologi Kuala Lumpur PENDAHULUAN Di Kuala Lumpur, tersingkap batuan Paleozoik yang terdiri daripada batuan sedimen klastik

Lebih terperinci

Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara

Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara Disediakan oleh; Prof. Madya Dr Kamal Roslan Mohamed Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi Institut Alam Sekitar Dan Pembangunan (LESTARI),

Lebih terperinci

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kepulauan Langkawi BATUAN LANGKAWI Kawasan baratlaut Semenanjung Malaysia, terutamanya Kepulauan Langkawi merupakan kawasan klasik

Lebih terperinci

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM GEOLOGI (HS21) SEMESTER /2011 SG GEOLOGI ASAS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM GEOLOGI (HS21) SEMESTER /2011 SG GEOLOGI ASAS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM GEOLOGI (HS21) SEMESTER 1 2010/2011 SG 10103 GEOLOGI ASAS LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KUDAT NAMA PENSYARAH NAMA DEMONSTRATOR NAMA PELAJAR NO.

Lebih terperinci

STAG3012 Petrologi batuan endapan

STAG3012 Petrologi batuan endapan STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 3 Diagenesis Batuan Klastik DIAGENESIS BATUAN KLASTIK Sedimen yang baru terbentuk biasanya mempunyai susunan sedimen yang longgar, tiada simen yang mengikat butiran,

Lebih terperinci

STAG3012 Petrologi batuan endapan

STAG3012 Petrologi batuan endapan STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 2 Batuan Punca KOMPONAN BATUAN KLASTIK Batuan klastik boleh dibahagikan kepada tiga komponen: Butiran kerangka merupakan butiran utama yang membina struktur batuan

Lebih terperinci

BAB 2 GEOLOGI REGIONAL

BAB 2 GEOLOGI REGIONAL BAB 2 GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Secara fisiografis, menurut van Bemmelen (1949) Jawa Timur dapat dibagi menjadi 7 satuan fisiografi (Gambar 2), satuan tersebut dari selatan ke utara adalah: Pegunungan

Lebih terperinci

STAG3012 Petrologi batuan endapan

STAG3012 Petrologi batuan endapan STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 5 Kitaran tektonik dan jenis batu pasir Kitaran tektonik (Kitaran Wilson) Kitaran batuan menjelaskan bagaimana sesuatu jenis batuan berubah ke batuan lain dan akhirnya

Lebih terperinci

BAB IV ASOSIASI FASIES DAN PEMBAHASAN

BAB IV ASOSIASI FASIES DAN PEMBAHASAN BAB IV ASOSIASI FASIES DAN PEMBAHASAN 4.1 Litofasies Menurut Walker dan James pada 1992, litofasies adalah suatu rekaman stratigrafi pada batuan sedimen yang menunjukkan karakteristik fisika, kimia, dan

Lebih terperinci

BAB IV SEJARAH GEOLOGI

BAB IV SEJARAH GEOLOGI BAB IV SEJARAH GEOLOGI Sejarah geologi daerah penelitian dapat disintesakan berdasarkan ciri litologi, umur, lingkungan pengendapan, hubungan stratigrafi, mekanisme pembentukan batuan dan pola strukturnya.

Lebih terperinci

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011 LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA DAN TENGAH SABAH NAMA PENSYARAH

Lebih terperinci

Geologi Daerah Perbukitan Rumu, Buton Selatan 34 Tugas Akhir A - Yashinto Sindhu P /

Geologi Daerah Perbukitan Rumu, Buton Selatan 34 Tugas Akhir A - Yashinto Sindhu P / Pada sayatan tipis (Lampiran C) memiliki ciri-ciri kristalin, terdiri dari dolomit 75% berukuran 0,2-1,4 mm, menyudut-menyudut tanggung. Matriks lumpur karbonat 10%, semen kalsit 14% Porositas 1% interkristalin.

Lebih terperinci

Bab II Geologi Regional

Bab II Geologi Regional BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1. Geologi Regional Kalimantan Kalimantan merupakan daerah yang memiliki tektonik yang kompleks. Hal tersebut dikarenakan adanya interaksi konvergen antara 3 lempeng utama, yakni

Lebih terperinci

STAG3012 Petrologi batuan endapan

STAG3012 Petrologi batuan endapan STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 4 Provenance: Pengaruh batuan punca, iklim dan jasad timbul (topografi) PENGARUH BATUAN PUNCA, IKLIM dan JASAD TIMBUL(TOPOGRAFI) TERHADAP PEMBENTUKAN JENIS-JENIS

Lebih terperinci

Umur GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

Umur GEOLOGI DAERAH PENELITIAN Foto 3.7. Singkapan Batupasir Batulempung A. SD 15 B. SD 11 C. STG 7 Struktur sedimen laminasi sejajar D. STG 3 Struktur sedimen Graded Bedding 3.2.2.3 Umur Satuan ini memiliki umur N6 N7 zonasi Blow (1969)

Lebih terperinci

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Pengenalan KOD KURSUS : STAG 2022 NAMA KURSUS : STRATIGRAFI MALAYSIA BILANGAN UNIT : 2 TARAF KURSSUS : wajib/pilihan/program/fakulti/universiti

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL II.1 Fisiografi Menurut van Bemmelen (1949), Jawa Timur dibagi menjadi enam zona fisiografi dengan urutan dari utara ke selatan sebagai berikut (Gambar 2.1) : Dataran Aluvial Jawa

Lebih terperinci

Umur dan Lingkungan Pengendapan Hubungan dan Kesetaraan Stratigrafi

Umur dan Lingkungan Pengendapan Hubungan dan Kesetaraan Stratigrafi 3.2.2.3 Umur dan Lingkungan Pengendapan Penentuan umur pada satuan ini mengacu pada referensi. Satuan ini diendapkan pada lingkungan kipas aluvial. Analisa lingkungan pengendapan ini diinterpretasikan

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Geografis Pulau Buton yang terdapat di kawasan timur Indonesia terletak di batas bagian barat Laut Banda, Provinsi Sulawesi Tenggara. Secara geografis, Pulau Buton terletak

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN III.1 GEOMORFOLOGI III.1.1 Morfologi Daerah Penelitian Morfologi yang ada pada daerah penelitian dipengaruhi oleh proses endogen dan proses eksogen. Proses endogen merupakan

Lebih terperinci

BAB IV Kajian Sedimentasi dan Lingkungan Pengendapan

BAB IV Kajian Sedimentasi dan Lingkungan Pengendapan BAB IV KAJIAN SEDIMENTASI DAN LINGKUNGAN PENGENDAPAN 4.1 Pendahuluan Kajian sedimentasi dilakukan melalui analisis urutan vertikal terhadap singkapan batuan pada lokasi yang dianggap mewakili. Analisis

Lebih terperinci

Geologi dan Studi Fasies Karbonat Gunung Sekerat, Kecamatan Kaliorang, Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur.

Geologi dan Studi Fasies Karbonat Gunung Sekerat, Kecamatan Kaliorang, Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur. Nodul siderite Laminasi sejajar A B Foto 11. (A) Nodul siderite dan (B) struktur sedimen laminasi sejajar pada Satuan Batulempung Bernodul. 3.3.1.3. Umur, Lingkungan dan Mekanisme Pengendapan Berdasarkan

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN PUSTAKA

BAB II TINJAUAN PUSTAKA BAB II TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Fisiografi Jawa Barat Fisiografi Jawa Barat oleh van Bemmelen (1949) pada dasarnya dibagi menjadi empat bagian besar, yaitu Dataran Pantai Jakarta, Zona Bogor, Zona Bandung

Lebih terperinci

II. TINJAUAN PUSTAKA. Pada gambar di bawah ini ditunjukkan lokasi dari Struktur DNF yang ditandai

II. TINJAUAN PUSTAKA. Pada gambar di bawah ini ditunjukkan lokasi dari Struktur DNF yang ditandai 5 II. TINJAUAN PUSTAKA 2.1. Geologi Regional Stuktur DNF terletak kurang lebih 160 kilometer di sebelah barat kota Palembang. Pada gambar di bawah ini ditunjukkan lokasi dari Struktur DNF yang ditandai

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Jawa Barat Fisiografi Jawa Barat (Gambar 2.1), berdasarkan sifat morfologi dan tektoniknya dibagi menjadi empat bagian (Van Bemmelen, 1949 op. cit. Martodjojo, 1984),

Lebih terperinci

5. Jasad batuan yang cair dan panas yang terdapat dibawah bumi dipanggil sebagai apa? (a) Lava (b) Magma (c) Igneus (d) Sedimen (e) Tiada jawapan

5. Jasad batuan yang cair dan panas yang terdapat dibawah bumi dipanggil sebagai apa? (a) Lava (b) Magma (c) Igneus (d) Sedimen (e) Tiada jawapan BAHAGIAN A: 40 MARKAH (Arahan: Bulatkan jawapan yang betul) 1. Yang manakah antara berikut ini bukan batuan (a) Batu kapur (b) Granit (c) Syis (d) Kuarzit (e) Kuarza 2. Yang manakan antara berikut adalah

Lebih terperinci

BAB IV SEJARAH GEOLOGI

BAB IV SEJARAH GEOLOGI BAB IV SEJARAH GEOLOGI Berdasarkan data-data geologi primer yang meliputi data lapangan, data sekunder yang terdiri dari ciri litologi, umur dan lingkungan pengendapan, serta pola struktur dan mekanisme

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL DAERAH PENELITIAN. Posisi C ekungan Sumatera Selatan yang merupakan lokasi penelitian

BAB II GEOLOGI REGIONAL DAERAH PENELITIAN. Posisi C ekungan Sumatera Selatan yang merupakan lokasi penelitian BAB II GEOLOGI REGIONAL DAERAH PENELITIAN 2.1 Stratigrafi Regional Cekungan Sumatera Selatan Posisi C ekungan Sumatera Selatan yang merupakan lokasi penelitian dapat dilihat pada Gambar 2.1. Gambar 2.1

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Van Bemmelen (1949) membagi fisiografi Jawa Barat menjadi 4 bagian besar zona fisiografi (Gambar II.1) yaitu: Zona Bogor, Zona Bandung, Dataran Pantai Jakarta dan

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Bentukan topografi dan morfologi daerah penelitian adalah interaksi dari proses eksogen dan proses endogen (Thornburry, 1989). Proses eksogen adalah proses-proses

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN GEOLOGI REGIONAL

BAB II TINJAUAN GEOLOGI REGIONAL BAB II TINJAUAN GEOLOGI REGIONAL 2.1. TINJAUAN UMUM Sulawesi dan pulau-pulau di sekitarnya dibagi menjadi tiga mendala (propinsi) geologi, yang secara orogen bagian timur berumur lebih tua sedangkan bagian

Lebih terperinci

Kecamatan Nunukan, Kabupaten Nunukan, Provinsi Kalimantan Timur

Kecamatan Nunukan, Kabupaten Nunukan, Provinsi Kalimantan Timur Umur Analisis mikropaleontologi dilakukan pada contoh batuan pada lokasi NA805 dan NA 803. Hasil analisis mikroplaeontologi tersebut menunjukkan bahwa pada contoh batuan tersebut tidak ditemukan adanya

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Jawa Barat Pada dasarnya Van Bemmelen (1949) membagi fisiografi Jawa Barat menjadi empat bagian (Gambar 2.1) berdasarkan sifat morfologi dan tektoniknya, yaitu: a.

Lebih terperinci

KONTROL STRUKTUR GEOLOGI TERHADAP SEBARAN ENDAPAN KIPAS BAWAH LAUT DI DAERAH GOMBONG, KEBUMEN, JAWA TENGAH

KONTROL STRUKTUR GEOLOGI TERHADAP SEBARAN ENDAPAN KIPAS BAWAH LAUT DI DAERAH GOMBONG, KEBUMEN, JAWA TENGAH KONTROL STRUKTUR GEOLOGI TERHADAP SEBARAN ENDAPAN KIPAS BAWAH LAUT DI DAERAH GOMBONG, KEBUMEN, JAWA TENGAH Asmoro Widagdo*, Sachrul Iswahyudi, Rachmad Setijadi, Gentur Waluyo Teknik Geologi, Universitas

Lebih terperinci

berukuran antara 0,05-0,2 mm, tekstur granoblastik dan lepidoblastik, dengan struktur slaty oleh kuarsa dan biotit.

berukuran antara 0,05-0,2 mm, tekstur granoblastik dan lepidoblastik, dengan struktur slaty oleh kuarsa dan biotit. berukuran antara 0,05-0,2 mm, tekstur granoblastik dan lepidoblastik, dengan struktur slaty oleh kuarsa dan biotit. (a) (c) (b) (d) Foto 3.10 Kenampakan makroskopis berbagai macam litologi pada Satuan

Lebih terperinci

BAB 9 KESIMPULAN. Bab terakhir ini meringkaskan secara padat kesimpulan yang telah dicadangkan di

BAB 9 KESIMPULAN. Bab terakhir ini meringkaskan secara padat kesimpulan yang telah dicadangkan di BAB 9 KESIMPULAN 9.1 Pendahuluan Bab terakhir ini meringkaskan secara padat kesimpulan yang telah dicadangkan di dalam setiap bab sebelum ini dengan mengetengahkan penemuan dan tafsiran baru khusus bagi

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1. Pendahuluan Pulau Kalimantan berada di tenggara dari lempeng Eurasia besar. Di sebelah utara berbatasan dengan lempeng semudra Laut Cina Selatan, di timur dibatasi oleh sabuk

Lebih terperinci

Gambar 3.6 Model progradasi kipas laut dalam (Walker, R. G., 1978).

Gambar 3.6 Model progradasi kipas laut dalam (Walker, R. G., 1978). (Satuan Breksi-Batupasir) adalah hubungan selaras dilihat dari kemenerusan umur satuan dan kesamaan kedudukan lapisan batuannya. Gambar 3.5 Struktur sedimen pada sekuen Bouma (Bouma, A. H., 1962). Gambar

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1. Geomorfologi Daerah Penelitian 3.1.1 Geomorfologi Kondisi geomorfologi pada suatu daerah merupakan cerminan proses alam yang dipengaruhi serta dibentuk oleh proses

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL Indonesia merupakan tempat pertemuan antara tiga lempeng, yaitu Lempeng Eurasia yang relatif diam, Lempeng Pasifik Barat yang relatif bergerak ke arah baratlaut, dan Lempeng Hindia

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1. Fisiografi Regional Van Bemmelen (1949) membagi Pulau Sumatera menjadi 6 zona fisiografi, yaitu: 1. Zona Jajaran Barisan 2. Zona Semangko 3. Pegunugan Tigapuluh 4. Kepulauan

Lebih terperinci

dan Satuan Batulempung diendapkan dalam lingkungan kipas bawah laut model Walker (1978) (Gambar 3.8).

dan Satuan Batulempung diendapkan dalam lingkungan kipas bawah laut model Walker (1978) (Gambar 3.8). dan Satuan Batulempung diendapkan dalam lingkungan kipas bawah laut model Walker (1978) (Gambar 3.8). Gambar 3.7 Struktur sedimen pada sekuen Bouma (1962). Gambar 3.8 Model progradasi kipas bawah laut

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL II.1 Fisiografi Cekungan Kutai Cekungan Kutai merupakan salah satu cekungan di Indonesia yang menutupi daerah seluas ±60.000 km 2 dan mengandung endapan berumur Tersier dengan ketebalan

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL Cekungan Jawa Barat Utara merupakan cekungan sedimen Tersier yang terletak tepat di bagian barat laut Pulau Jawa (Gambar 2.1). Cekungan ini memiliki penyebaran dari wilayah daratan

Lebih terperinci

MENGENAL JENIS BATUAN DI TAMAN NASIONAL ALAS PURWO

MENGENAL JENIS BATUAN DI TAMAN NASIONAL ALAS PURWO MENGENAL JENIS BATUAN DI TAMAN NASIONAL ALAS PURWO Oleh : Akhmad Hariyono POLHUT Penyelia Balai Taman Nasional Alas Purwo Kawasan Taman Nasional Alas Purwo sebagian besar bertopogarafi kars dari Semenanjung

Lebih terperinci

3.2.3 Satuan Batulempung. A. Penyebaran dan Ketebalan

3.2.3 Satuan Batulempung. A. Penyebaran dan Ketebalan 3.2.3 Satuan Batulempung A. Penyebaran dan Ketebalan Satuan batulempung ditandai dengan warna hijau pada Peta Geologi (Lampiran C-3). Satuan ini tersingkap di bagian tengah dan selatan daerah penelitian,

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL Daerah penelitian ini telah banyak dikaji oleh peneliti-peneliti pendahulu, baik meneliti secara regional maupun skala lokal. Berikut ini adalah adalah ringkasan tinjauan literatur

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Perolehan Data dan Lokasi Penelitian Lokasi penelitian pada Peta Geologi Lembar Cianjur skala 1 : 100.000 terletak di Formasi Rajamandala (kotak kuning pada Gambar

Lebih terperinci

III.3 Interpretasi Perkembangan Cekungan Berdasarkan Peta Isokron Seperti telah disebutkan pada sub bab sebelumnya bahwa peta isokron digunakan untuk

III.3 Interpretasi Perkembangan Cekungan Berdasarkan Peta Isokron Seperti telah disebutkan pada sub bab sebelumnya bahwa peta isokron digunakan untuk III.3 Interpretasi Perkembangan Cekungan Berdasarkan Peta Isokron Seperti telah disebutkan pada sub bab sebelumnya bahwa peta isokron digunakan untuk menafsirkan perkembangan cekungan. Perlu diingat bahwa

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 FISIOGRAFI REGIONAL Jawa barat dibagi atas beberapa zona fisiografi yang dapat dibedakan satu sama lain berdasarkan aspek geologi dan struktur geologinya.

Lebih terperinci

Gambar 1. Kolom Stratigrafi Cekungan Jawa Barat Utara (Arpandi dan Padmosukismo, 1975)

Gambar 1. Kolom Stratigrafi Cekungan Jawa Barat Utara (Arpandi dan Padmosukismo, 1975) STRATIGRAFI CEKUNGAN JAWA BARAT BAGIAN UTARA Sedimentasi Cekungan Jawa Barat Utara mempunyai kisaran umur dari kala Eosen Tengah sampai Kuarter. Deposit tertua adalah pada Eosen Tengah, yaitu pada Formasi

Lebih terperinci

Geologi Daerah Penelitian. III Hubungan Stratigrafi

Geologi Daerah Penelitian. III Hubungan Stratigrafi 30 Geologi Daerah Penelitian III.2.2.3. Hubungan Stratigrafi Dilihat dari arah kemiringan lapisan yang sama yaitu berarah ke timur dan pengendapan yang menerus, maka diperkirakan hubungan stratigrafi dengan

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Kerangka Tektonik dan Struktur Geologi Regional Pulau Kalimantan berada di bagian tenggara dari lempeng Eurasia. Pulau Kalimantan berbatasan dengan Laut Cina Selatan di bagian

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Daerah Penelitian 3.1.1 Morfologi Umum Daerah Penelitian Morfologi daerah penelitian berdasarkan pengamatan awal dari peta topografi dan citra satelit,

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN Berdasarkan pengamatan awal, daerah penelitian secara umum dicirikan oleh perbedaan tinggi dan ralief yang tercermin dalam kerapatan dan bentuk penyebaran kontur pada

Lebih terperinci

Ciri Litologi

Ciri Litologi Kedudukan perlapisan umum satuan ini berarah barat laut-tenggara dengan kemiringan berkisar antara 60 o hingga 84 o (Lampiran F. Peta Lintasan). Satuan batuan ini diperkirakan mengalami proses deformasi

Lebih terperinci

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Kumpulan Bentong Pengenalan Kawasan Bentong-Raub telah dikaji sejak sekian lama. Batuan Paleozoik Bawah yang terdapat di sini dikenali dengan

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II TINJAUAN UMUM 6 BAB II TINJAUAN UMUM 2.1 Lokasi Penelitian Secara administrasi, lokasi penelitian berada di Kecamata Meureubo, Kabupaten Aceh Barat, Provinsi Aceh. Sebelah utara Sebelah selatan Sebelah timur Sebelah

Lebih terperinci

BAB 3 GEOLOGI SEMARANG

BAB 3 GEOLOGI SEMARANG BAB 3 GEOLOGI SEMARANG 3.1 Geomorfologi Daerah Semarang bagian utara, dekat pantai, didominasi oleh dataran aluvial pantai yang tersebar dengan arah barat timur dengan ketinggian antara 1 hingga 5 meter.

Lebih terperinci

BAB III STRATIGRAFI 3. 1 Stratigrafi Regional Pegunungan Selatan

BAB III STRATIGRAFI 3. 1 Stratigrafi Regional Pegunungan Selatan BAB III STRATIGRAFI 3. 1 Stratigrafi Regional Pegunungan Selatan Stratigrafi regional Pegunungan Selatan dibentuk oleh endapan yang berumur Eosen-Pliosen (Gambar 3.1). Menurut Toha, et al. (2000) endapan

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 GEOMORFOLOGI Bentang alam dan morfologi suatu daerah terbentuk melalui proses pembentukan secara geologi. Proses geologi itu disebut dengan proses geomorfologi. Bentang

Lebih terperinci

Foto 3.5 Singkapan BR-8 pada Satuan Batupasir Kuarsa Foto diambil kearah N E. Eko Mujiono

Foto 3.5 Singkapan BR-8 pada Satuan Batupasir Kuarsa Foto diambil kearah N E. Eko Mujiono Batulempung, hadir sebagai sisipan dalam batupasir, berwarna abu-abu, bersifat non karbonatan dan secara gradasi batulempung ini berubah menjadi batuserpih karbonan-coally shale. Batubara, berwarna hitam,

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Pengamatan geomorfologi di daerah penelitian dilakukan dengan dua tahap, yaitu dengan pengamatan menggunakan SRTM dan juga peta kontur yang dibuat dari

Lebih terperinci

Geologi dan Studi Fasies Karbonat Gunung Sekerat, Kecamatan Kaliorang, Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur.

Geologi dan Studi Fasies Karbonat Gunung Sekerat, Kecamatan Kaliorang, Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur. Foto 24. A memperlihatkan bongkah exotic blocks di lereng gunung Sekerat. Berdasarkan pengamatan profil singkapan batugamping ini, (Gambar 12) didapatkan litologi wackestone-packestone yang dicirikan oleh

Lebih terperinci

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011 LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SABAH NAMA PENSYARAH : PROF. DR. SANUDIN HJ

Lebih terperinci

II. TINJAUAN PUSTAKA. Zona penelitian ini meliputi Cekungan Kalimantan Timur Utara yang dikenal juga

II. TINJAUAN PUSTAKA. Zona penelitian ini meliputi Cekungan Kalimantan Timur Utara yang dikenal juga 4 II. TINJAUAN PUSTAKA 2.1. Geomorfologi Zona penelitian ini meliputi Cekungan Kalimantan Timur Utara yang dikenal juga dengan Cekungan Tarakan yang merupakan salah satu cekungan penghasil hidrokarbon

Lebih terperinci

Bab III Geologi Daerah Penelitian

Bab III Geologi Daerah Penelitian Bab III Geologi Daerah Penelitian Foto 3.4 Satuan Geomorfologi Perbukitan Blok Patahan dilihat dari Desa Mappu ke arah utara. Foto 3.5 Lembah Salu Malekko yang memperlihatkan bentuk V; foto menghadap ke

Lebih terperinci

Disediakan oleh: Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob Program Geologi UKM

Disediakan oleh: Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob Program Geologi UKM TANAH Disediakan oleh: Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob Program Geologi UKM Tanah Kesemua tanah adalah terbentuk dari tindakan luluhawa kimia ke atas batuan tanah terbentuk akibat dari kesan agen-agen luluhawa,

Lebih terperinci

Gambar 1.1. Lokasi Penelitian di Kecamatan Bayat, Kabupaten Klaten, Propinsi Jawa Tengah

Gambar 1.1. Lokasi Penelitian di Kecamatan Bayat, Kabupaten Klaten, Propinsi Jawa Tengah BAB I PENDAHULUAN I.1. Latar Belakang Masalah Penelitian ini dilakukan di daerah Bayat, Klaten, Jawa Tengah. Lokasi ini dipilih karena secara geologi lokasi ini sangat menarik. Pada lokasi ini banyak dijumpainya

Lebih terperinci

3.2.3 Satuan lava basalt Gambar 3-2 Singkapan Lava Basalt di RCH-9

3.2.3 Satuan lava basalt Gambar 3-2 Singkapan Lava Basalt di RCH-9 3.2.2.4 Mekanisme pengendapan Berdasarkan pemilahan buruk, setempat dijumpai struktur reversed graded bedding (Gambar 3-23 D), kemas terbuka, tidak ada orientasi, jenis fragmen yang bervariasi, massadasar

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 GEOMORFOLOGI Pengamatan geomorfologi terutama ditujukan sebagai alat interpretasi awal, dengan menganalisis bentang alam dan bentukan-bentukan alam yang memberikan

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Bentuk dan Pola Umum Morfologi Daerah Penelitian Bentuk bentang alam daerah penelitian berdasarkan pengamatan awal tekstur berupa perbedaan tinggi dan relief yang

Lebih terperinci

BAB III Perolehan dan Analisis Data

BAB III Perolehan dan Analisis Data BAB III Perolehan dan Analisis Data BAB III PEROLEHAN DAN ANALISIS DATA Lokasi penelitian, pada Peta Geologi Lembar Cianjur skala 1 : 100.000, terletak di Formasi Rajamandala. Penelitian lapangan berupa

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI CEKUNGAN TARAKAN

BAB II GEOLOGI CEKUNGAN TARAKAN BAB II GEOLOGI CEKUNGAN TARAKAN 2.1 Tinjauan Umum Daerah penelitian secara regional terletak pada Cekungan Tarakan. Cekungan Tarakan merupakan cekungan sedimentasi berumur Tersier yang terletak di bagian

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Geomorfologi Daerah Penelitian 3.1.1 Morfologi Umum Daerah Penelitian Morfologi secara umum daerah penelitian tercermin dalam kerapatan dan bentuk penyebaran kontur

Lebih terperinci

BAB 2 Tatanan Geologi Regional

BAB 2 Tatanan Geologi Regional BAB 2 Tatanan Geologi Regional 2.1 Geologi Umum Jawa Barat 2.1.1 Fisiografi ZONA PUNGGUNGAN DEPRESI TENGAH Gambar 2.1 Peta Fisiografi Jawa Barat (van Bemmelen, 1949). Daerah Jawa Barat secara fisiografis

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL 9 II.1 Fisiografi dan Morfologi Regional BAB II GEOLOGI REGIONAL Area Penelitian Gambar 2-1 Pembagian zona fisiografi P. Sumatera (disederhanakan dari Van Bemmelen,1949) Pulau Sumatera merupakan salah

Lebih terperinci

BAB II KERANGKA GEOLOGI CEKUNGAN SUMATERA UTARA

BAB II KERANGKA GEOLOGI CEKUNGAN SUMATERA UTARA BAB II KERANGKA GEOLOGI CEKUNGAN SUMATERA UTARA 2.1. Kerangka Geologi Regional Cekungan Sumatera Utara sebagaimana ditunjukkan pada Gambar 2.1 di bawah ini, terletak di ujung utara Pulau Sumatera, bentuknya

Lebih terperinci

BAB IV SEJARAH GEOLOGI

BAB IV SEJARAH GEOLOGI BAB IV SEJARAH GEOLOGI Penentuan sejarah geologi yang merupakan sintesa geologi daerah penelitian mengacu pada sejarah geologi regional peneliti-peneliti sebelumnya. Model sejarah geologi daerah penelitian

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN PUSTAKA. Menurut Kastowo (1973), Silitonga (1975), dan Rosidi (1976) litologi daerah

BAB II TINJAUAN PUSTAKA. Menurut Kastowo (1973), Silitonga (1975), dan Rosidi (1976) litologi daerah BAB II TINJAUAN PUSTAKA 2.1. Geologi Regional Menurut Kastowo (1973), Silitonga (1975), dan Rosidi (1976) litologi daerah Padang dan sekitarnya terdiri dari batuan Pratersier, Tersier dan Kwarter. Batuan

Lebih terperinci

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1. Fisiografi dan Geomorfologi Regional Buton dapat dibagi menjadi tiga zona (Gambar 2.1) berdasarkan fisiografi dan geomorfologinya (Sikumbang dan Sanyoto, 1981 dan Davidson,

Lebih terperinci

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 3.1 Stratigrafi Daerah Nanga Kantu Stratigrafi Formasi Kantu terdiri dari 4 satuan tidak resmi. Urutan satuan tersebut dari tua ke muda (Gambar 3.1) adalah Satuan Bancuh

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II TINJAUAN UMUM BAB II TINJAUAN UMUM 2.1 Lokasi dan Kesampaian Daerah Secara administratif wilayah IUP Eksplorasi CV Parahyangan Putra Mandiri, termasuk di dalam daerah Kecamatan Satui, Kabupaten Tanah Bumbu, Provinsi

Lebih terperinci

Geologi Daerah Perbukitan Rumu, Buton Selatan 19 Tugas Akhir A - Yashinto Sindhu P /

Geologi Daerah Perbukitan Rumu, Buton Selatan 19 Tugas Akhir A - Yashinto Sindhu P / BAB III GEOLOGI DAERAH PERBUKITAN RUMU 3.1 Geomorfologi Perbukitan Rumu Bentang alam yang terbentuk pada saat ini merupakan hasil dari pengaruh struktur, proses dan tahapan yang terjadi pada suatu daerah

Lebih terperinci

Foto III.14 Terobosan andesit memotong satuan batuan piroklastik (foto diambil di Sungai Ringinputih menghadap ke baratdaya)

Foto III.14 Terobosan andesit memotong satuan batuan piroklastik (foto diambil di Sungai Ringinputih menghadap ke baratdaya) Foto III.14 Terobosan andesit memotong satuan batuan piroklastik (foto diambil di Sungai Ringinputih menghadap ke baratdaya) 3.2.2.1 Penyebaran Satuan batuan ini menempati 2% luas keseluruhan dari daerah

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II TINJAUAN UMUM BAB II TINJAUAN UMUM 2.1 Geografis Daerah Penelitian Wilayah konsesi tahap eksplorasi bahan galian batubara dengan Kode wilayah KW 64 PP 2007 yang akan ditingkatkan ke tahap ekploitasi secara administratif

Lebih terperinci

Interpretasi Stratigrafi daerah Seram. Tabel 4.1. Korelasi sumur daerah Seram

Interpretasi Stratigrafi daerah Seram. Tabel 4.1. Korelasi sumur daerah Seram BAB 4 GEOLOGI DAERAH PENELITIAN 4.1. Interpretasi Stratigrafi 4.1.1. Interpretasi Stratigrafi daerah Seram Daerah Seram termasuk pada bagian selatan Kepala Burung yang dibatasi oleh MOKA di bagian utara,

Lebih terperinci

GEOLOGI REGIONAL. Gambar 2.1 Peta Fisiografi Jawa Barat (van Bemmelen, 1949)

GEOLOGI REGIONAL. Gambar 2.1 Peta Fisiografi Jawa Barat (van Bemmelen, 1949) BAB II GEOLOGI REGIONAL 2.1 Fisiografi Fisiografi Jawa Barat menurut van Bemmelen (1949) terbagi menjadi enam zona (Gambar 2.1), yaitu : 1. Zona Gunungapi Kuarter 2. Zona Dataran Aluvial Jawa Barat Utara

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II TINJAUAN UMUM BAB II TINJAUAN UMUM 2.1 Profil Perusahaan PT. Cipta Kridatama didirikan 8 April 1997 sebagai pengembangan dari jasa penyewaan dan penggunaan alat berat PT. Trakindo Utama. Industri tambang Indonesia yang

Lebih terperinci

BAB IV STUDI SEDIMENTASI PADA FORMASI TAPAK BAGIAN ATAS

BAB IV STUDI SEDIMENTASI PADA FORMASI TAPAK BAGIAN ATAS BAB IV STUDI SEDIMENTASI PADA FORMASI TAPAK BAGIAN ATAS 4.1 Pendahuluan Untuk studi sedimentasi pada Formasi Tapak Bagian Atas dilakukan melalui observasi urutan vertikal terhadap singkapan batuan yang

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. I.1. Judul Penelitian

BAB I PENDAHULUAN. I.1. Judul Penelitian I.1. Judul Penelitian BAB I PENDAHULUAN Litostratigrafi dan Dinamika Sedimentasi Batuan di Gunung Temas, Kecamatan Bayat, Kabupaten Klaten, Provinsi Jawa Tengah I.2. Latar Belakang Masalah Perbukitan Jiwo,

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN I.1 Latar Belakang

BAB I PENDAHULUAN I.1 Latar Belakang BAB I PENDAHULUAN I.1 Latar Belakang Karangsambung merupakan lokasi tempat tersingkapnya batuan-batuan campuran hasil dari proses subduksi yang terjadi pada umur Kapur Akhir sampai Paleosen. Batuan tertua

Lebih terperinci

BAB 7 Taburan Penduduk. Bab 7-Taburan Penduduk

BAB 7 Taburan Penduduk. Bab 7-Taburan Penduduk BAB 7 Taburan Penduduk Taburan penduduk adalah pola sebaran penduduk di dalam sesuatu kawasan atau sesebuah negara. Taburan penduduk merupakan sebaran penduduk di sesuatu tempat. Taburan Penduduk Malaysia

Lebih terperinci

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II TINJAUAN UMUM 9 BAB II TINJAUAN UMUM 2.1 Lokasi dan Kesampaian Daerah Kegiatan penelitian dilakukan di salah satu tambang batubara Samarinda Kalimantan Timur, yang luas Izin Usaha Pertambangan (IUP) sebesar 24.224.776,7

Lebih terperinci