Pengurusan Rasulullah s.a.w. Dalam Mempersaudarakan Masyarakat di Madinah

dokumen-dokumen yang mirip
19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

Kelompok 4. Sadri wahyudi Siti cholifah Sarah haikal

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU 553 BAB 8 - ISLAM HADHARI 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Perjuangan Nabi di Kota Madinah dalam Menegakan Agama Islam

Sebagai contoh, anda boleh lihat Piagam Madinah di bawah.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

Bab 2. Bab 5. Bab. Bab 1. Bab. 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 10. Bab

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

WD8013 Sejarah Pendidikan Islam I (Minggu 2) Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA. minggu ke 5

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

RASULULLAH SAW DALAM MEMBINA UMMAT PERIODE MADINAH

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

KELAS X SMAN 5 PADANG. Pilihlah Jawaban Yang Paling Tepat Pada Soal di Bawah Ini!

PERSATUAN DAN KERUKUNAN

Standar Kompetensi : 4. Membiasakan perilaku terpuji.

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

CONTOH SOALAN IDA 152

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Perjanjian Aqabah I. Pada tahun ke-12 kenabian, bertepatan dengan tahun 621 M, Nabi. Muhammad saw. menemui rombongan haji dari Yatsrib.

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Materi PAI. Bab IX Meneladani Perjuangan Rasulullah Saw di Madinah. Oleh Yuliandre

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

PENGENALAN CTU261 5/18/2014. Fatimah Hamrie 1 CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Tuan-tuan dan Puan-puan. Berbalik semula kepada Pertandingan Membaca Al-Quran tahun ini, saya sukalah mengucapkan setinggi-tmggi penghargaan dan

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

NEGARA ISLAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

SMK TAMAN TUN DR ISMAIL RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 / 2013

P e n t i n g n y a T a b a y y u n

DOKUMEN STANDARD PRESTASI : PENDIDIKAN ISLAM : TING 2 BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

En. Safaee bin Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat Bachok Kelantan

Insurans dan Takaful: Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

Transkripsi:

Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh: Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim Pengurusan Rasulullah s.a.w. Dalam Mempersaudarakan Masyarakat di Madinah Nur Shahirah Amelia Binti Mat Rohani Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. SHA6538@gmail.com ABSTRAK: Persaudaraan pada zaman Rasulullah s.a.w. terbina atas dasar akidah yang sangat kukuh hasil daripada usaha dakwah Rasulullah s.a.w. dan pengurusan dakwah yang tersusun bermulanya dari aspek pembinaan akidah dalam mempersaudarakan masyarakat. Seterusnya kepada pembinaan persaudaraan Islam dan undang-undang Islam melalui penyatuan Muhajirin dan Ansar serta menjadikan Piagam Madinah sebagai undang-undang Islam. Justeru itu, penulisan ini mengfokuskan kepada analisis cara pengurusan Rasulullah s.a.w. dalam mempersaudarakan masyarakat di Madinah untuk menjelaskan kepentingan persaudaraan dalam pengurusan Islam. Metodologi pertama yang digunakan adalah dengan menjelaskan konsep persaudaraan dalam Islam dan sejarah ringkas masyarakat di Madinah. Seterusnya, analisis persaudaraan masyarakat di Madinah melalui pengurusan Rasulullah s.a.w. melalui kaedah menghubungkan konsep persaudaraan dalam Islam dengan masyarakat Madinah berdasarkan aspek kepentingan persaudaraan dalam pengurusan Islam. Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan yang dilakukan oleh Baginda dalam mempersaudarakan masyarakat majmuk di Madinah memberi impak yang besar kepada pembinaan negara Islam yang pertama di Madinah. Pengenalan Pengurusan Islam merupakan suatu pengurusan yang berasaskan tauhid iaitu satu falsafah yang lengkap berhubung dengan manusia dan kehidupannya yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. (Sohair Abdel Moneim Sery 1990). Persaudaraan atau perpaduan ummah ialah asas bagi ajaran Islam kerana ia bukannya sekadar membina hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. tetapi juga dituntut supaya mengukuhkan hubungan baik sesama manusia dan mahklukmahkluk yang lain. Hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah pada tahun 622 M merupakan satu perubahan dan era baru kepada penduduk Madinah yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan kaum. Ketika itu persaudaraan ini membangun satu modaliti komuniti yang menjadikan umat Islam sebagai umat contoh dalam masyarakat Madinah yang berbilang kaum dan agama. Demikian itu, persaudaraan dan ukhuwwah antara mereka telah terjalin pada zaman Rasulullah s.a.w lagi. Definisi Pengurusan adalah sebagai kebolehan menggunakan sumber manusia dan alam untuk kebaikan manusia dan sistem pelaksanaan serta penyelarasan dasar ditubuhkan bagi mencapai matlamat negara (Baterah Alias, 2011: 65). Selain itu, pengurusan juga ialah satu bidang ilmu yang memperkatakan perlakuan manusia dalam memenuhi berbagai keperluan hidup. Dalam erti kata lain, pengurusan ialah satu ilmu yang bertujuan memandu cara berurusan dalam hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk-makhluk lain yang ada di muka bumi ini (Auni Haji Abdullah, 2010: 1). Pengurusan sebagai sebahagian dari tugas kekhalifahan harus memanfaatkan potensi keilmuan yang dianugerahkan kepada manusia sebagaimana yang diisyaratkan ketika Tuhan mengajar Adam a.s ( allh Adam al-asma ) dalam rangka mempersiapkannya menjadi khalifah di bumi. Pengurusan menurut perspektif Islam adalah sebahagian daripada misi kebaktian kepada manusia dan pengabdian kepada Pencipta. (Panel Akademi Pengurusan YPEIM, 2005,:6-7) Konsep Persaudaraan Persaudaraan dari segi bahasa adalah terjemahan daripada perkataan Arab iaitu ukhuwah yang berasal daripada kata Akhun

yang membawa maksud sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya. Manakala dari segi istilah pula ialah perasaan kasih sayang, tolong-menolong, bertolak ansur dan bermesra antara sesama umat Islam (Mustafa Haji Daud, 1982: 1). Persaudaraan ialah kesatuan hati, fikiran perasaan satu dan sama (Muhammad Abdullah Al-Khatib, 1990: 208). Persaudaraan menurut al-ghazali ialah pertalian persaudaraan yang kuat tanpa perbezaan bangsa dan pauk akan meneguh kefahaman atau persepsi Islam malah tiada siapa lebih mulia di antara mereka kecuali ketaqwaan kepada Allah s.w.t. (Mustafa Haji Daud, 1982: 9). Persaudaraan berasal daripada perkataan Arab iaitu ukhuwwah yang membawa maksud ikatan, jalinan dan sebagainya. Al-Quran menjelaskan ukhuwwah membawa maksud persaudaraan seagama Islam dan persaudaraan yang terjalinnya bukan kerana agama (M. Quraish Shihab, 1996: 489). Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10) Imam Hasan Al-Banna mengatakan bahawa ukhuwwah ialah hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga. Ukhuwwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seislam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri) (Muhammad Abdullah Al-Khatib, 2008: 331). Masyarakat di Madinah Ahmad Shalaby mengatakan bahawa masyarakat di Madinah terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan Muhajirin, golongan Ansar dan Yahudi. Golongan Muhajirin ialah masyarakat yang berpindah dan berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama penghijrahan Rasulullah s.a.w. Kaum Muhajirin adalah kaum pendatang yang tidak mempunyai harta dan tempat tinggal. Kemudian golongan Ansar pula ialah Penduduk asal dari Madinah yang terdiri daripada dua golongan iaitu golongan Aus dan golongan Khazraj, kedua-dua golongan ini telah memeluk Islam. Kaum Ansar adalah kaum yang mempunyai segala-gala kemudahan dan kekayaan kerana Madinah itu tanahair mereka. Manakala Yahudi ialah terdiri dari golongan Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir, Bani Quraizhah dan masyarakat Arab yang memeluk agama Yahudi. (Ahmad Shalaby, t.t : 38) Kaum Yahudi di Madinah terdiri daripada tiga golongan besar atau suku iaitu Bani Nadhir, Bani Qainuqa dan Bani Quraizah. Jumlah mereka keseluruhannya dianggarkan seramai 4400 orang. Antara tiga golongan itu, jumlah yang paling ramai ialah Yahudi Bani Qainuqa. Jumlah mereka dikatakan seramai 1500 orang. Jumlah Yahudi Bani Quraizah pula ialah seramai 1400 orang dan selebihnya adalah Yahudi Bani Nadhir. Kesemua golongan Yahudi ini adalah orang-orang yang pintar dan mempunyai kebun-kebun yang luas dan subur serta mempunyai rumah-rumah batu yang besarbasar dan dibina dalam benteng atau kubu (Tarikuddin bin Haji Hassan, 2010: 422-423). Analisis Persaudaraan Masyarakat di Madinah melalui Pengurusan Rasulullah s.a.w Peringkat pertama penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah adalah mempersaudarakan golongan Aus dengan Khazraj. Seterusnya, Baginda Rasulullah s.a.w membina ikatan persaudaraan antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk melenyapkan sikap finatik kesukuan dalam mewujudkan ruh pengabdian selain kepada agama Islam. Di samping itu, pendekatam Rasulullah s.a.w. di Madinah adalah lebih kepada pengukuhan iaitu cenderung kepada syariat dan pengurusan (Abdul Ghafar bin Hj. Don, 2009: 52). Selain itu, perkara pertama ketika hijrah Rasulullah s.a.w. ialah mempersaudarakan dalam kalangan Muhajirin dan Ansar. Melalui hubungan persaudaraan, maka keteguhan saf yang sangat penting dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan (Yahya Othman, 2012: 61). 2

Jaminan semulajadi adalah jalan persaudaraan, ikatan kasih sayang bersama, jaminan kekuasaan pemerintah dan undangundang. Prinsip keadilan kepada masyarakat adalah kejayaan sebagai kejayaan dalam sistem kemasyarakatan (Muhammad Sa id Ramadan Al- Buti, 2008: 283) Rasulullah s.a.w mempersaudarakan sahabatnya dalam kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar. Antaranya ialah Ja far bin Abi Talib dengan Mu adz bin Jabal, Hamzah bin Abdul Mutallib dengan Zaid bin Harithah, Abu Bakar Al-Siddiq dengan Kharrijah bin Zuhair, Sa ad bin Al-Ruba i dengan Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain (Muhammad Sa id Ramdhan Al-Buthy, 2001: 175). Buktinya Sa ad bin Al- Ruba i telah menawarkan separuh hartanya iaitu rumah, harta dan ahlinya dengan saksama kepada saudaranya iaitu Abdul Rahman bin A uf. Sebaliknya Abdul Rahman bin Auf berterima kasih dan meminta Sa ad bin Al-Ruba i membawa beliau ke pasar Madinah untuk beliau bekerja di sana. (Muhammad Sa id Ramadan Al- Buti, 2008: 283). Setiap kaum Muhajirin dipersaudarakan dengan kaum Ansar dan persaudaraan itu dianggap seperti saudara kandung sendiri. Sebagaimana firman Allah s.w.t. : Maksudnya: Dan orang-orang Yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang Yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya Yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Anfal: Ayat 75) Demikian itu, hikmah Rasulullah s.a.w mengadakan majlis Mempersaudarakan Sesama Mereka serta jiwa semua orang beriman kepada aqidah yang adalah bertujuan untuk memperlihatkan kepada umat Islam tentang Ikatan Persaudaraan ini bukan sahaja melalui ucapan kasih sayang di bibir sahaja tetapi juga dipraktik dalam masyarakat yang menjadi asas utama dalam stuktur keadilan sosial (Muhammad Sa id Ramadan Al-Buti, 2008: 284). Oleh itu, keadilan dalam masyarakat dapat diwujudkan melalui pengurusan Rasulullah dalam mempersaudarakan masyarakat di Madinah. Di samping itu, strategi Rasulullah dalam menjalin ikatan ukhuwwah ini adalah melalui pembinaan masjid. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah telah membina sebuah masjid untuk dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul bagi umat Islam dan sebagai langkah untuk menyatukan umat Islam melalui dasar Islam dan bukan melalui semangat perkauman yang sangat menebal ketika itu. Masjid tersebut adalah Masjid Quba yang bertujuan untuk membersihkan jiwa, memurnikan akhlak serta mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara sesama Islam (Abdul Ghafar bin Hj. Don, 2009: 54). Rasulullah s.a.w menjadikan aqidah Islamiyyah sebagai asas ikatan persaudaraan yang mengikat antara satu hati dengan satu hati yang lain sesama sahabatnya (Muhammad Sa id Ramadan Al-Buti, 2008: 282). Selain itu, perkara kedua iaitu perpaduan persaudaraan yang menjadi tunggak kekuatan umat dan masyarakat Islam ialah hubungan antara umat Islam. Pengurusan yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dalam asas ini adalah mempersaudarakan di antara golongan Muhajirin dan Ansar dengan meletakkan Islam sebagai ikatannya. Ia berbeza dengan hubungan asabiyyah yang bertunjangkan atas hubungan kekeluargaan, keturunan, warna kulit dan tanah air tanpa ada perhitungan di atas dasar taqwa dan maruah manusia (Haji Abdul Hadi Awang, 2006: 18). Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: Bersaudaralah kamu di jalan Allah berdua, berdua Al-Imam Ibn Qayyim menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan persaudaraan itu di rumah Anas bin Malik r.a. Jumlah yang terlibat dalam peristiwa itu adalah seramai 90 orang. Sebahagian daripadanya adalah dalam kalangan Muhajirin dan sebahagianya lagi adalah dari kalangan Ansar (Haji Abdul Hadi Awang, 2006: 19). 3

Rasulullah s.a.w. menggalakkan para sahabat dan para pendakwah pada zaman itu untuk bekerja secara berkumpulan atau berjemaah demi menegakkan agama Islam dan mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah antara golongan Muhajirin dan Ansar (Berhanundin bin Abdullah, 1997: 73). Masyarakat baru Islam yang terbentuk di Madinah atas dasar prinsip persaudaraan di antara semua orang beriman sehingga terciptalah jalinan ukhuwwah yang kuat menggantikan tradisi balas dendam, semangat perkauman (kekabilahan), tradisi persekutuan dan sebagainya (Muhammad Abdullah Al-Khatib, 1990: 216-217). Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bagi kerajaan Islam di Madinah yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Perlembagaan Madinah digubal pada tahun 622 Masihi dan berbentuk perjanjian antara ketua negara dengan anggota masyarakat dalam negara itu. Faktor pembentukan perlembagaan ini adalah kerana Madinah mempunyai masyarakat pelbagai kaum sehingga wujud perkauman dan kaum Yahudi ingin menguasai ekonomi di Madinah (Abdul Ghafar bin Hj. Don, 2009: 55). Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w. perlu melakukan sesuatu untuk menjamin keamanan, kestabilan masyarakat dan mewujudkan hubungan persaudaraan antara pelbagai kaum di Madinah. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah negara Islam Madinah. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal, perkara yang terkandung dalam perlembagaan tersebut adalah pembentukan ummah, hak asasi manusia, perpaduan seagama, tugas warganegara, melindungi negara dari ancaman musuh, politik perdamaian, ekonomi dan sebagainya. Sesungguhnya kandungan yang terpenting dalam perlembagaan tersebut adalah masyarakat dari Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum hendaklah hidup sebagai sebuah masyarakat yang saling tolongmenolong antara satu sama lain dan mewujudkan ikatan persaudaraan. Perlembagaan Madinah digubal untuk menunjukkan keprihatinan pengurusan sosial Nabi Muhammad s.a.w. dalam membentuk umat yang syumul dalam pelbagai aspek kehidupan dan menggabungkan seluruh masyarakat yang berada di sekitar kota Madinah iaitu orang-orang Islam yang terdiri dari dua golongan iaitu Aus dan Khazraj serta masyarakat bukan Islam (Abdul Ghafar bin Hj. Don, 2009: 56). Di samping itu, Rasulullah s.a.w. telah bertindak dan menjelaskan kedudukan orangorang bukan Islam dalam negara Islam, iaitu antara orang Muslim dan Yahudi, sebagaimana firman Allah s.w.t: Maksudnya: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya). oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah al-ma idah: Ayat 42) Dalam Piagam Madinah, golongan Yahudi bebas menganut agama mereka selagi tidak menjejaskan kepentingan umum dan mereka mempunyai kewajipan untuk taat kepada negara Islam di Madinah tanpa dipaksa serta diberi hak sewajarnya (Haji Abdul Hadi Awang, 2006: 34-35). Selain itu, perlindungan terhadap orangorang Islam dan bukan Islam telah dijelaskan dalam perlembagaan Madinah. Di samping itu, golongan bukan Islam dikenakan cukai Jizyah. Pembayaran cukai ini bukan satu kezaliman tetapi sebagai ketaatan setia golongan bukan Islam kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemerintah Islam di Madinah. Pembayaran jizyah ini menunjukkan penyertaan golongan bukan Islam iaitu Yahudi dan Kristian di Madinah bersama dengan orang-orang Islam ke arah pembangunan dan kemakmuran negara sehingga mereka tidak merasakan perbezaan dari segi tanggungjawab untuk menjamin keamanan, 4

kemakmuran, persaudaraan, perpaduan, keselamatan nyawa dan sebagainya (Mustafa Haji Daud, 1982: 140). Pengurusan dalam masyarakat yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap golongan bukan Islam melalui perjanjian Madinah ialah dapat disimpulkan seperti berikut: 1. Janganlah kedua-dua belah pihak Islam dan Yahudi saling dengki-mendenki. Hendaklah bersatu hati dan hidup rukun damai. 2. Janganlah kedua-dua belah pihak Islam dan Yahudi saling benci-membenci. Sebaliknya hendaklah mereka hidup berkasih sayang sebagai dua bersaudara yang baik. 3. Hendaklah kedua-dua belah pihak Islam dan Yahudi hidup berbaik-baik sebagai satu bangsa. 4. Kedua-dua belah pihak sama ada Islam dan Yahudi bebas melaksanakan tuntutan agama masing-masing. Janganlah saling ganggu-mengganggu. 5. Sekiranya pihak Yahudi diserang dari luar oleh musuh, hendaklah kaum Muslimin membantu mereka. Begitu juga sekiranya kaum Muslimin diserang oleh musuh luar, kaum Yahudi wajib membantunya. 6. Kedua-dua pihak Islam dan Yahudi hendaklah saling tolong-menolong dalam mempertahankan Madinah apabila diserang oleh musuh luar. Oleh itu, perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Yahudi adalah demi memantapkan dan memperkukuhkan ikatan perpaduan kaum Madinah agar keselamatan dan kedamaian penduduk terjamin (Tarikuddin bin Haji Hassan, 2010: 430). Jalinan persaudaraan antara Muslim dan non- Muslim tidak dilarang dalam Islam, selagi mana pihak lain menghormati hak-hak kaum Muslim (M. Quraish Shihab, 1996: 494). Sebagaimana firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah al-mumtahanah: Ayat 8) Demikian itu, al-quran telah menjelaskan tentang interaksi antara manusia dengan tujuan untuk memantapkan ukhwah antara Muslim dan bukan Muslim. Tambahan pula, kaum Yahudi di Madinah menguasai sektor ekonomi sehingga mereka menguasai pusat-pusat perdagangan dengan menggunakan cara yang tidak sepatutnya seperti riba, menipu, mengkhianat dan sebagainya. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. telah mewujudkan pusat perdagangan bagi kaum Muslim di Madinah agar dapat mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan Yahudi. Selain itu, Rasulullah s.a.w. menggalakkan kaum Muslim berniaga kerana baginda ingin memupuk sifat-sifat terpuji kaum Muslim kepada kaum Yahudi dalam sektor perniagaan. Seterusnya, tujuan Rasulullah s.a.w. juga adalah untuk mewujudkan tali persaudaraan antara orang-orang Islam dengan orang-orang bukan Islam iaitu Yahudi (Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, 2000: 95). Kesimpulan Ketika era pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, baginda telah berjaya membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi dan menyatupadukan hubungan yang mampan antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi. Persaudaraan pada zaman Rasulullah s.a.w. sangat dititikberatkan dan menjadikan ikatan persaudaraan sebagai jalan utama untuk membina daulah Islam. Peristiwa ini perlu dihayati dan diperhalusi dalam membentuk kerangka prinsip persaudaraan oleh masyarakat Islam kini. Kepentingan konsep persaudaraan sangat ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia). Justeru itu, sekiranya manusia menghayati konsep persaudaraan yang dilaksanakan oleh Nabi 5

Muhammad s.a.w, maka ia akan melahirkan sebuah peradaban manusia yang unggul. Natijahnya, ikatan persaudaraan akan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan akhirnya akan membentuk bangsa yang kuat dan kukuh. Antara sebab kejatuhan kegemilangan tamadun Islam adalah disebabkan tidak ada kesatuan sesama Islam itu sendiri. Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan yang dilakukan oleh Baginda dalam mempersaudarakan masyarakat majmuk di Madinah memberi impak yang besar kepada pembinaan negara Islam di Madinah. Sebagai cadangan setiap organisasi Islam mestilah meletakkan perpaduan dan persaudaraan dalam pengurusan Islam sebagai antara misi utama dalam mencapai matlamat pengurusan Islam. Rujukan Abdul Ghafar bin Hj. Don. 2009. Kajian Pemikiran Dakwah Muhammad Al- Ghazali Kitab Fiqh Al-Sirah. Selangor: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Ahmad Shalaby. T.t. Masjarakat Islam. Jogjakarta. Auni Haji Abdullah. 2010. Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise. Baterah Alias. 2011. Etika dan Cabaran dalam Pengurusan Islam Isu-isu Pengurusan Dalam Islam. Berhanundin bin Abdullah. 1997. Amal Jama ie dalam Organisasi Islam. Terengganu: Zabib Interprise. Haji Abdul Hadi Awang. 2006. Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah Jilid 2. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. M. Quraish Shihab. 1996. Wawasan Al-Quran: Tafsir Maudhu i atas Pelbagai Persoalan Umat. Bandung: Mizan Anggota IKAPI. Muhammad Abdullah Al-Khatib. 1990. Ciri-ciri Khusus Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid & Pustaka Hamduna. Muhammad Abdullah Al-Khatib. 2008. Penjelasan di Sekitar Risalah Ta alim. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris. 2000. Sistem Politik Islam. Jakarta: Robbani Press. Muhammad Sa id Ramadan Al-Buti. 2008. Fiqh Al-Sirah. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. Muhammad Sa id Ramdhan Al-Buthy. 2001. Sirah Nabawiyah. Shah Alam: Pustaka Dini Sdn. Bhd. Mustafa Haji Daud. 1982. Konsep Persaudaraan dalam Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Panel Akademi Pengurusan YPEIM, 2005, Pengurusan dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani, Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM. Tarikuddin bin Haji Hassan. 2010. Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar. Johor: Perniagaan Jahabersa. Yahya Othman. 2012. Amal Jama -Pengertian dan Tuntutannya. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. 6