TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

dokumen-dokumen yang mirip
TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

Apabila terdapat apa-apa kehilangan, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:-

Lampiran C JADUAL 1 : PENDAFTARAN ASET ALIH UNIVERSITI. 1 Terima aset bersama punca maklumat. 2 Tentukan kumpulan aset

KANDUNGAN. 1. Objektif Kuasa Melulus Hapuskira Urusetia Kehilangan dan Hapuskira Proses Hapuskira 3-5

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

BAB 6 PENGURUSAN ASET

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

BAB 12 PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA PERALATAN DAN BAHAN SAINS

Diluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Dr.SHARIFAH FETOM BT SYED ZAIN DATO MISRAH BIN IBRAHIM PENGARAH PENDIDIKAN GURU

Ketua sesuatu Pusat Tanggungjawab seperti Dekan, Dekan Penyelidikan, Pengarah, Penyelaras dan Penggawa.

TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UiTM. BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA BENDA PEJABAT BENDAHARI UiTM SHAH ALAM

PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN PP 5/2007 OLEH: UNIT PENGURUSAN ASET & PELUPUSAN BAHAGIAN PEROLEHAN & PENSWASTAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PERAKUAN PELUPUSAN (PEP) ASET ALIH KERAJAAN

PENGURUSAN ASET UNIVERSITI Tanggungjawab Bersama

PROSES KERJA : PENERIMAAN ASET

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI

VERIFIKASI ASET TAHUN HASIL PEMERHATIAN DAN CADANGAN TINDAKAN. Oleh : Bahagian Audit Dalam 13 DISEMBER 2017

BAB 8 PENGURUSAN ASET HIDUP (TUMBUHAN)

TAKLIMAT PENGURUSAN ASET 11 MEI 2016 BAHAGIAN AUDIT DALAM

PROSEDUR PENYELENGGARAAN ASET ALIH KERAJAAN

ARAHAN KERJA BAB A. PENERIMAAN ASET/INVENTORI AGEN PENGHANTARAN / SYARIKAT PEMBEKAL PEMEGANG/PENGGUNA ASET/INVENTORI PEGAWAI ASET.

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI 1/2008: TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

KANDUNGAN. 1. Objektif Penggunaan Penyimpanan Pematuhan Pemeriksaan Pemeriksaan Mengejut Ke Atas Pengurusan Aset 5

M / S : 1 / 15 TARIKH : 8 JANUARI 2016 PINDAAN : 01 PENGURUSAN ASET /INVENTORI UPSI(ISO)/BEN/P08 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PEKELILING PERBENDAHARAAN (PP) BIL. 5 TAHUN 2007 TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (TPA) Kementerian Kewangan Malaysia

PEKELILING BURSAR BIL 1 TAHUN 2018: TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UNIVERSITI

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

KERTAS KERJA AI 4 BINTANG (MARKAH PENUH 100%) OLEH UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

TAKLIMAT TATACARA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. BORANG LAPORAN PENERIMAAN ASET ALIH UNIVERSITI (Hendaklah diisi dalam 2 salinan jika terdapat kerosakan/perselisihan)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI

KANDUNGAN. 1. Objektif Tempoh Pendaftaran Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan Aset Yang Dibekalkan Bersekali Dengan Bangunan 2

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEKELILING BENDAHARI BIL 05/2014

3. Pegawai Yang Layak Pembantu Keselamatan (Gred KP17/22) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan. BAHAGIAN II (3 JAM)

3. Pegawai Yang Layak: Pengawal Keselamatan (Gred KP11/14) yang telah Menduduki peperiksaan disahkan dalam perkhidmatan.

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

PEKELILING BENDAHARI BIL 2/2010

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

PEKELILING PENDAFTAR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT)

300 PENGURUSAN ASET Tadbir Urus Aset Alih

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Nama: RAMLAH BT. MOHAMED Nama: DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN. Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Inventori dengan jumlah keseluruhan kurang daripada RM50,000; teruskan ke langkah 1.2 hingga 3.9

SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/PEL/P001

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

- Aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SENARAI PINDAAN BAGI GARIS PANDUAN PENGURUSAN ASET ALIH UMS

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P006. PROSEDUR TENDER Tarikh: 26/05/2017

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(UKM-SPKP-PKU08-BO01)

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

GARIS PANDUAN PEROLEHAN KERJA BAGI JUMLAH SEHINGGA RM100, Kod Dokumen : SOK/KEW/GP010/BUY

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Pembantu Akauntan W19.

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendaftaran

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM.PB/100-6/4( 22 ) Tarikh : 07 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL 2/2009

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL 6 TAHUN 2016 PROSEDUR PENERIMAAN WANG

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penyelenggaraan

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendahuluan

SOKONGAN PENENTUKURAN DAN VERIFIKASI PERALATAN

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

Transkripsi:

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN Kemas kini: Julai 2012

INDEKS Pendahuluan Latar Belakang 1 Sumber Rujukan 1 Definisi 2 Bahagian 1: Penjagaan Aset dan Inventori Penggunaan dan tanggungjawab 4 Tempat simpanan 4 Penyimpanan kunci 5 Kawalan ke atas pintu akses 5 Perkhidmatan pengawal 6 Rekod 6 Bahagian 2 : Pengurusan Kehilangan Carta Aliran Pengurusan Kehilangan 8 Urus Setia Kehilangan 8 Melaporkan Kehilangan 9 Menyediakan Laporan Awal 10 Siasatan 11 Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Penyiasat 12 Menyediakan Laporan Akhir 13 Tindakan Selepas Kelulusan 14 Bab 3 : Tindakan Yang Boleh Dikenakan Jika ada unsur kecuaian 15 Gantian oleh pegawai yang menghilangkan 16 Aset yang disewa 17

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN 1. Pendahuluan Tatacara Penjagaan Aset, Pengurusan Kehilangan dan Tindakan Yang boleh Dikenakan Apabila Berlaku Kehilangan telah dikemukakan ke Mesyuarat Pihak Pengurusan pada 1 Ogos 2007 dan diluluskan untuk dibentangkan di Mesyuarat Pegawai Kanan pada 2 Ogos 2007 untuk perhatian dan tindakan Ketua Pusat Tanggungjawab. Tatacara ini adalah dikemaskini dengan mengambilkira Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Tahun 2007, Tatacara Pengurusan Aset Alih UPM Tahun 2008 dan juga keputusan-keputusan terkini yang berkaitan. Tatacara ini menerangkan garis panduan penjagaan aset yang baik, tindakantindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kehilangan dan tindakan yang boleh dikenakan apabila berlaku kehilangan. Tatacara ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: a) Bahagian 1: Kaedah Penjagaan Aset dan Inventori; b) Bahagian 2: Pengurusan kehilangan; dan c) Bahagian 3: Tindakan yang boleh dikenakan apabila berlaku kehilangan. 2. Sumber Rujukan Tatacara ini disediakan berdasarkan :- a) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007; b) Tatacara Pengurusan Aset Alih Universiti Putra Malaysia, Pekeliling Bendahari Bil. 1 Tahun 2008; c) Buku Arahan Keselamatan; d) Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605); 1

e) Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bilangan 3 Tahun 2011; Pemansuhan Keperluan mengemukakan Laporan Polis yang tidak merupakan suatu kehendak undang-undang dalam berurusan dengan agensi kerajaan; f) Seksyen VIII Peraturan Kewangan dan Perakaunan Universiti (PKPU)- Perekodan Aset dan Inventori Di Pusat Tanggungjawab (PTJ); g) Keputusan dan Ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti; h) Laporan Bahagian Audit Dalam; dan i) Lain-lain sumber yang berkaitan. 3. Berikut adalah definisi istilah-istilah yang berkaitan di dalam tatacara ini:- 3.1 Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan kerajaan atau yang disewa beli dengan wang kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperoleh melalui proses perundangan. Definisi ini juga terpakai untuk aset yang disewa oleh Universiti. 3.2 Aset alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan. Aset alih bagi tujuan perakaunan adalah terbahagi kepada 2 iaitu Aset dan Inventori seperti di para 3.2.1 dan 3.2.2. Bagi tujuan tatacara ini, perkataan aset adalah merujuk kepada semua jenis aset termasuk harta modal dan inventori. 2

3.2.1 Harta Modal Harta modal atau aset 1 adalah barang tak luak yang bernilai RM3,000.00 dan ke atas seunit dan jangka hayat melebihi setahun; 3.2.2 Inventori Inventori adalah barang tak luak yang bernilai kurang daripada RM3,000.00 seunit dan jangka hayat melebihi setahun 3.3 Aset sangat menarik adalah aset alih yang di bawah kategori elektronik, komunikasi dan ICT yang berisiko tinggi untuk hilang. 3.4 Kehilangan bermaksud aset yang tiada lagi dalam simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai awam. 3.5 Hapus Kira bermaksud satu proses untuk membatalkan rekod aset yang hilang. 1 Harta modal dan aset adalah mempunyai maksud yang sama dalam Tatacara ini. 3

Bahagian 1 Penjagaan Aset dan Inventori 4. Penggunaan dan Tanggungjawab a) Aset hendaklah digunakan bagi tujuan rasmi, dikendalikan mengikut fungsi sebenar seperti yang terdapat dalam manual/ buku panduan pengguna dan perlu direkodkan. b) Aset yang dibawa keluar hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. c) Pegawai yang telah diberi kemudahan menggunakan aset universiti adalah dipertanggungjawabkan supaya memastikan keselamatan aset universiti diberi perhatian dan penjagaan keselamatan secara sama atau lebih daripada milik persendirian. 5. Tempat simpanan a) Aset hendaklah disimpan di tempat simpanan yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. b) Setiap pegawai adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan, kerosakan atau kehilangan aset di bawah tanggungjawabnya. c) Tempat simpanan yang digunakan perlu mempunyai ciri keselamatan yang baik serta mempunyai kunci yang kukuh. d) Bilik yang menyimpan barang berharga hendaklah dipasang kunci tambahan (dead lock) bagi menghalang atau melambatkan percubaan untuk membukanya. e) Pegawai tidak boleh meninggalkan aset yang sangat menarik di dalam kenderaan kerana risiko kehilangan yang tinggi. 4

6. Penyimpanan kunci a) Kunci yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai hendaklah sentiasa berada dalam kawalan pegawai. b) Bagi kunci tempat penyimpanan yang menggunakan dua kunci yang berbeza seperti nombor kombinasi dan anak kunci, maka nombor kombinasi dan anak kunci tersebut hendaklah dipegang oleh 2 orang pegawai yang berbeza. c) Nombor kombinasi hendaklah ditukar setiap kali terdapat pertukaran pegawai atau bila-bila masa disyaki bahawa nombor kombinasi tersebut telah diketahui oleh orang-orang yang tidak dibenarkan. d) Anak kunci pendua perlu disimpan di dalam kotak/tempat simpanan yang sentiasa berkunci dan anak kunci kotak/tempat simpanan tersebut hendaklah sentiasa berada dalam kawalan pegawai yang bertanggungjawab. e) Pengagihan kunci sama ada kunci pejabat am, makmal atau bilik pegawai hendaklah dihadkan dan direkodkan. f) Buku daftar kunci perlu di selenggara dan dikemas kini. Ketua Jabatan boleh mengarahkan seorang pegawai lain membuat pengauditan ke atas anak kunci yang disimpan di dalam kotak/tempat simpanan kunci. Anak kunci juga tidak boleh di tanda dengan nama dan alamat. Walau bagaimanapun bagi membolehkan pegawai mengenal pasti anak kunci, ianya boleh ditandakan dengan kod-kod tertentu. 7. Kawalan ke atas pintu akses a) Penggunaan kunci tombol adalah tidak digalakkan dan sekiranya ada perlulah mempunyai kunci dead lock yang lebih sukar dibuka. b) Setiap pintu akses di PTJ hendaklah dikawal waktu buka dan tutup. Seboleh mungkin selepas waktu pejabat atau waktu yang sesuai hanya satu pintu utama digunakan untuk tujuan keluar masuk. 5

8. Perkhidmatan pengawal 8.1 Pengawal UPM a) Pengawal UPM hendaklah menyediakan jadual rondaan di setiap check point yang ditetapkan dan rondaan secara rawak dibuat dari masa ke semasa. b) Membuat pemeriksaan secara rawak ke atas kenderaan keluar masuk termasuk tempat simpanan barang dalam kenderaan tersebut. 8.2 Khidmat pengawal swasta a) Bagi PTJ yang mendapatkan perkhidmatan pengawal swasta, pemantauan perlu dibuat oleh Ketua PTJ ke atas rondaan yang dibuat oleh pengawal. b) PTJ perlu memaksimumkan penggunaan pengawal swasta dalam rondaan yang bersesuaian dan efektif dalam kawasan PTJ tersebut. 9. Rekod 9.1 Sistem Pengurusan Aset Tetap (FAMS) a) Setiap aset perlulah direkodkan dalam (FAMS) dengan teratur. b) Rekod aset hendaklah sentiasa dikemaskini terutama keterangan kod bar, lokasi dan pengguna aset tersebut. c) Pemantauan berkala perlu dilakukan bagi memastikan setiap aset yang disenaraikan ada dan masih digunakan 6

9.2 Pinjaman Pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkodkan pada buku Daftar Pergerakan Harta Modal/Inventori KEW.PA-6. 7

Bahagian 2 Pengurusan Kehilangan 10. Carta Aliran Pengurusan Kehilangan Carta alir pengurusan kehilangan UPM dan proses kerja yang berkaitan adalah seperti di lampiran 1 dan 2. 11. Urus Setia Kehilangan 11.1 Urus setia Bahagian Pengursan Aset, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset Universiti adalah bertanggungjawab sebagai Urus setia kehilangan dan hapus kira yang juga merupakan Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Universiti (JKPAU). 11.2 Tugas Urus setia Tugas-tugas Urus setia kehilangan dan hapus kira adalah seperti berikut: a) Mendapatkan maklumat mengenai aset yang hilang melalui Daftar Harta Modal/Inventori di Sistem FAMS; b) Mendapatkan laporan awal mengikut format Kew.PA-28, laporan Bahagian Keselamatan dan laporan polis (jika berkaitan) daripada Ketua Jabatan; c) Mengemukakan cadangan nama pegawai penyiasat (lihat para 14.1(a) kepada Naib Canselor untuk pelantikan Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan format Kew.PA-29 ; d) Mendapatkan hasil siasatan polis (jika berkaitan) untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyiasat; e) Mendapatkan laporan akhir (menggunakan format KEW PA 30) yang disediakan oleh Jawatankuasa Penyiasat untuk rujukan; 8

f) Mendapatkan hasil keputusan Naib Canselor berhubung dengan laporan akhir untuk tindakan. Jika Naib Canselor tidak bersetuju dengan laporan penyiasatan yang disediakan dan meminta siasatan lanjut atau penubuhan jawatankuasa penyiasat baru, Urus setia hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. g) Sekiranya Naib Canselor bersetuju dengan cadangan dan syor, Urus setia hendaklah:- i) memaklumkan syor surcaj atau tatatertib kepada Urus setia Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya (jika berkaitan); ii) Memaklumkan kepada Bendahari untuk tindakan hapuskira; iii) Mendapatkan maklum balas kedudukan tindakan surcaj/tatatertib daripada urus setia Pihak Berkuasa Tatatertib dan memaklumkannya kepada Perbendaharaan; dan iv) Menyedia dan mengemukakan laporan tahunan tindakan surcaj/tatatertib mengikut format Kew.PA-32 ke Perbendaharaan tidak lewat dari 15 Mac tahun berikutnya. 12. Melaporkan Kehilangan 12.1 Melaporkan ke Bahagian Keselamatan Apabila terdapat apa-apa kehilangan, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:- a) Pegawai yang mengetahui kehilangan hendaklah melaporkannya kepada Pegawai aset/ketua Pentadbiran/Ketua Jabatan dengan serta-merta dan diikuti dengan laporan bertulis dalam tempoh 24 jam selepas menyedari kehilangan berlaku; dan b) Pegawai yang mengetahui kehilangan/ Pegawai aset/ketua Pentadbiran/Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kehilangan 9

yang berlaku kepada Bahagian Keselamatan Universiti (BKU) serta-merta ke talian kecemasan 03-89471999 dan diikuti dengan laporan bertulis dalam tempoh 24 jam selepas menyedari kehilangan berlaku. 12.2 Melaporkan ke Pihak Polis Ketua Jabatan, atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga aset hendaklah melaporkan kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam, sekiranya kehilangan tersebut melibatkan:- a) Anggaran nilai perolehan aset yang hilang RM5,000 seunit dan ke atas; dan/atau b) Anggaran nilai perolehan keseluruhan aset yang hilang RM10,000 dan ke atas; dan/atau c) apa-apa kehilangan yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah melibatkan unsur jenayah. 13. Menyediakan Laporan Awal a) Ketua Jabatan hendaklah menyediakan laporan awal mengikut format KEW. PA 28. Bagi kes kehilangan yang melibatkan seorang Ketua Jabatan, laporan awal hendaklah disediakan oleh pegawai atasannya. b) Ketua Jabatan di mana kehilangan itu berlaku hendaklah dalam tempoh 2 hari bekerja menghantar laporan awal bersama-sama dengan laporan kehilangan yang dibuat kepada Bahagian Keselamatan dan juga laporan polis (jika berkaitan) kepada Urus setia JKPAU (rujuk para 11). 10

c) Urus setia akan mengedarkan laporan awal yang diterima dalam tempoh 5 hari bekerja kepada:- i) Naib Canselor; ii) Ketua Audit Dalam; dan iii) Seksyen Pengurusan Aset, Pejabat Bendahari. 14. Siasatan 14.1 Jawatankuasa Penyiasat a) Jawatankuasa Penyiasat hendaklah dilantik secara bertulis oleh Naib Canselor berdasarkan cadangan nama yang dikemukakan oleh Urus setia JKPAU menggunakan format KEW.PA-29 dengan segera dalam tempoh 2 minggu dari tarikh laporan awal diterima. b) Keanggotaan Jawatankuasa Penyiasat terdiri daripada:- i) pegawai yang tidak terlibat dengan kehilangan dan bukan dari bahagian/ unit yang sama; ii) Pegawai berpangkat lebih tinggi atau setara dengan pegawai yang terlibat; iii) Sekurang-kurangnya dua(2) orang ahli dengan pegawai yang lebih kanan sebagai Pengerusi; iv) Salah seorang adalah pegawai yang tidak terlibat dengan kehilangan dari PTJ 2 yang sama dan bahagian/unit yang berlainan; vi) Jika perlu seorang yang ada kepakaran tentang aset yang hilang; dan iii) Jika perlu setiausaha boleh dilantik oleh Naib Canselor atas cadangan Pengerusi. 2 Klausa ini tidak terpakai untuk Pusat Tanggungjawab yang kecil 11

14.2 Siasatan Bahagian Keselamatan a) Menjalankan siasatan kehilangan dalam kampus apabila laporan kehilangan diterima. b) Mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan sistem keselamatan kampus. c) Laporan akan dikemukakan terus kepada Urus setia JKPAU untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyiasat dalam tempoh 2 minggu dari tarikh laporan diterima. 14.3 Siasatan Bahagian Audit Dalam a) Bahagian Audit Dalam hanya akan melakukan siasatan sekiranya Ketua Audit Dalam berpendapat kehilangan tersebut adalah disebabkan oleh kelemahan kawalan dalaman dan juga memberi implikasi kewangan yang besar. b) Laporan (jika berkaitan) akan dikemukakan terus kepada Naib Canselor dan Jawatankuasa Audit UPM. 15. Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Penyiasat a) Menjalankan siasatan segera selepas pelantikan; b) Memeriksa sendiri tempat berlakunya kehilangan; c) Meneliti laporan polis (jika berkaitan), laporan Bahagian Keselamatan yang dibuat mengenai kehilangan; d) Memeriksa rekod-rekod mengenai aset yang hilang; e) Memastikan sama ada Tatacara Pengurusan Aset Alih Universiti dan Arahan Keselamatan Kerajaan dipatuhi; f) Mengenal pasti kelemahan yang wujud; g) Mengesyorkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelak berulangnya kejadian kehilangan; dan h) Menyedia dan menandatangani laporan akhir. 12

16. Menyediakan Laporan Akhir a) Jawatankuasa penyiasat bertanggungjawab menyediakan laporan akhir mengikut format Kew. PA-30 dan kemukakan kepada Urus setia JKPAU dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh perlantikan. b) Urus setia akan meyemak laporan akhir yang disediakan untuk memastikan ianya telah diisi dengan lengkap. Laporan akhir hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti salinan Daftar Harta Modal dan Inventori, gambar lokasi (jika perlu) dan dokumen dokumen yang berkaitan. c) Laporan akhir perlu dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan walaupun laporan hasil penyiasatan polis belum diperoleh (jika berkaitan). d) Urus setia akan mengemukakan laporan akhir yang lengkap kepada Naib Canselor untuk pertimbangan dan kelulusan. e) Setelah Naib Canselor berpuas hati dengan hasil siasatan, beliau bertanggungjawab untuk:- i) Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang hilang dengan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali; atau ii) Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang hilang tanpa surcaj atau tatatertib; dan iii) Menandatangani sendiri syor dan ulasan. f) Sekiranya Naib Canselor tidak berpuas hati dengan laporan akhir siasatan, maka Naib Canselor boleh mengarahkan siasatan semula. Bagi maksud ini Naib Canselor boleh:- i) Mengarahkan siasatan semula oleh Jawatankuasa penyiasat sedia ada; atau ii) Melantik Jawatankuasa Penyiasat yang baharu untuk menjalankan siasatan semula. g) Laporan akhir yang lengkap dengan syor dan ulasan Naib Canselor hendaklah dikemukakan kepada Urusetia JKPAU untuk tindakan seterusnya. 13

17. Tindakan Selepas Kelulusan a) Kelulusan Kuasa Melulus Hapus Kira daripada Jawatankuasa Tetap Kewangan hendaklah diperolehi dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh Laporan awal disediakan. b) Syor surcaj/tatatertib hendaklah dibawa ke Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan Naib Canselor, jika berkaitan. c) Kelulusan hapus kira hendaklah dicatatkan di dalam Daftar Harta Modal dan Inventori. d) Memaklumkan pelaksanaan hapus kira dan tindakan surcaj/tatatertib kepada JKPAU. 14

Bab 3 Tindakan Yang Boleh Dikenakan 18. Berikut adalah antara tindakan-tindakan yang boleh dikenakan apabila berlaku kehilangan. 18.1 Jika ada unsur kecuaian a) Pegawai boleh dipertimbangkan mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2005 Akta 605, Bahagian IV(14)(c) iaitu seseorang yang adalah atau pernah berada dalam penggajian sesuatu Badan Berkanun boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga bahawa orang itu adalah bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang-barang simpanan atau harta lain badan berkanun itu. Para 22 di Bahagian yang sama juga menyatakan apa-apa tindakan yang diambil terhadap seseorang pegawai di bawah Bahagian ini tidak boleh menghalang apa-apa tindakan tatatertib dimulakan terhadapnya mengikut peraturan-peraturan ; b) Pegawai/kumpulan pegawai akan diminta membayar berdasarkan i) suatu jumlah setara dengan nilai gantian (replacement value) aset yang hilang. Nilai gantian akan ditentukan oleh Pejabat Bendahari; atau ii) pengiraan berdasarkan umur aset dari tahun perolehan atas nilai perolehan Tahun perolehan aset Nilai gantian dari nilai perolehan 1 100% 2 80% 3 60% 4 40% 5 dan ke atas 20% 15

iii) Pegawai/kumpulan pegawai akan diberikan surat peringatan secara pentadbiran mengenai kecuaian yang mengakibatkan kehilangan dan pegawai juga boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta 605 (Akta Surcaj Badan-badan berkanun); 18.2 Gantian Oleh Pegawai Yang Menghilangkan a) Jika pegawai yang kehilangan aset dibawah jagaannya ingin membuat penggantian terus tanpa perlu melalui proses siasatan, pegawai dikehendaki:- i) Membuat laporan kehilangan dan laporan awal (rujuk kepada para 12 dan 13); dan ii) Menghantar surat permohonan kepada Naib Canselor (melalui Ketua Jabatan) untuk pertimbangan dan kelulusan dan disalinkan kepada urusetia JKPAU. b) Jika permohonan penggantian diluluskan oleh Naib Canselor, Pegawai perlu:- i) Mengemukakan hasil keputusan kepada Urusetia JKPAU untuk rekod; ii) mengemukakan keputusan kelulusan penggantian kepada Bendahari bagi tujuan pengesahan ke atas aset yang diperolehi untuk menggantikan aset yang hilang dan pendaftaran aset dalam sistem FAMS dan bagi tujuan hapuskira; dan c) Aset yang digantikan hendaklah sama dari segi jenis, model dan spesifikasi dengan aset yang hilang atau spesifikasi yang lebih tinggi sekiranya jenis atau model atau spesifikasi seperti aset yang hilang tiada dalam pasaran atau sukar diperoleh. d) Pegawai/kumpulan pegawai diberikan surat peringatan secara pentadbiran oleh Pejabat Pendaftar mengenai kecuaian yang mengakibatkan kehilangan dan pegawai juga boleh dikenakan 16

tindakan tatatertib di bawah Akta 605 (Akta Surcaj Badan-badan berkanun); e) Sekiranya permohonan penggantian tidak diluluskan oleh Naib Canselor, maka proses pengurusan kehilangan biasa perlu di diikuti. (rujuk Carta Alir Pengurusan Kehilangan Aset, langkah 4 hingga tamat) 18.3 Aset yang disewa Proses kehilangan yang melibatkan aset yang disewa adalah sama kecuali bahagian hapus kira. 17

CARTA ALIR PENGURUSAN KEHILANGAN ASET Lampiran 1 M 1 Lapor kehilangan serta merta kepada ketua Jabatan 2 Laporkan segera kepada Bahagian Keselamatan dan juga pihak Polis (jika berkaitan) dalam tempoh 24 jam 3 Ketua Jabatan sediakan Laporan awal (KEW. PA. 28) dan kemukakan kepada Urusetia JKPAU dalam tempoh 2 hari bekerja 4 Urusetia mengemukakan laporan awal bersekali dengan cadangan nama Jawatankuasa Penyiasat kepada Naib Canselor dalam tempoh 5 hari dari tarikh laporan awal di terima 5 Naib Canselor melantik Jawatankuasa Penyiasat menggunakan KEW. PA 29 dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Laporan Awal diterima 6 Jawatankuasa Penyiasat menjalankan penyiasatan Kembalikan kepada Jawatankuasa Penyiasat untuk dilengkapkan 7 8 Jawatankuasa Penyiasat menyedia dan menandatangani laporan akhir (KEW. PA. 30) serta syor kepada Urusetia dalam tempoh 2 bulan dari tarikh perlantikan Urus setia semak laporan akhir Tidak 9 Lengkap? Ya Kembalikan ke urusetia untuk siasatan semula atau lantikan JK baharu tidak 10 11 Urusetia kemukakan laporan akhir yang lengkap kepada Naib Canselor untuk mendapatkan syor dan ulasan Naib Canselor teliti laporan akhir 12 Puas hati Ya 13 Naib Canselor membuat syor dan ulasan 14 Kemukakan kepada Urusetia untuk tindakan a) Kemukakan kepada Pejabat Bendahari untuk tindakan haspuskira b) Kemukakan syor surcaj/tatatertib jika berkaitan ke pihak Berkuasa Tatatertib jika berkaitan T

Lampiran 2 PROSES KERJA PENGURUSAN KEHILANGAN ASET LANGKAH PROSES KERJA Pegawai melaporkan kehilangan dengan serta merta kepada Ketua 1 Jabatan Ketua Jabatan/ Pegawai yang berkenaan melaporkan segala kehilangan kepada Bahagian Keselamatan dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui. Jika kehilangan tersebut melibatkan aset bernilai RM5,000.00 dan ke atas atau jumlah keseluruhan aset yang 2 terlibat melebihi RM10,000.00 atau Ketua Jabatan berpendapat ada unsur jenayah, maka Ketua Jabatan/ Pegawai yang berkenaan hendaklah juga membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan. Ketua Jabatan sediakan laporan awal mengikut format KEW. PA 28 dalam tempoh 2 hari bekerja dan menghantar ke Urusetia JKPAU 3 bersama-sama dengan laporan Bahagian Keselamatan dan laporan polis jika berkaitan Urusetia akan mengedarkan laporan awal yang diterima dalam tempoh 5 hari bekerja kepada :- 4 a) Naib Canselor (beserta cadangan nama Pegawai Penyiasat); b) Ketua Audit Dalam; c) Ketua Seksyen Pengurusan Aset, Pejabat Bendahari Naib Canselor akan melantik Jawatankuasa Penyiasat berdasarkan cadangan nama yang dikemukakan oleh Urusetia menggunakan 5 format KEW. PA 29 dalam tempoh 2 minggu dari tarikh laporan awal diterima. 6 Jawatankuasa Penyiasat menjalankan siasatan. Jawatankuasa Penyiasat menyediakan laporan akhir dan 7 kemukakan kepada Urus setia JKPAU. 8 Urus setia semak laporan akhir 9 a Jika Laporan akhir lengkap, terus ke proses 10 Laporan yang tidak lengkap dikembalikan kepada Jawatankuasa 9 b Penyiasat Mukasurat 1 daripada 2

Lampiran 2 LANGKAH PROSES KERJA 10 Kemukakan Laporan akhir yang lengkap kepada Naib Canselor untuk mendapatkan syor dan ulasan 11 Naib Canselor meneliti laporan akhir 12 a Setelah berpuas hati dengan hasil siasatan, terus ke proses 13 12 b Jika tidak berpuas hati, kembalikan kepada Urus setia untuk siasatan semula atau melantik Jawatankuasa Penyiasat yang baharu Naib Canselor hendaklah:- a) Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang hilang 13 dengan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali; atau b) Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang hilang tanpa surcaj atau tatatertib; dan c) Menandatangani sendiri syor dan ulasan. Kemukakan kepada Urus setia untuk tindakan:- a) mengemukakan kepada Bendahari untuk mendapatkan kelulusan Kuasa Melulus Hapus Kira daripada Jawatankuasa 14 Tetap Kewangan. b) mengemukakan syor surcaj/tatatertib ke Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan Naib Canselor, jika berkaitan. Mukasurat 2 daripada 2