MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT

dokumen-dokumen yang mirip
RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016

MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT

MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DIS 2017

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

TATACARA PEMBAYARAN BAYARAN PENGAJIAN DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Jadual 1 : Bayaran Yuran Pengajian. Bil Perkara RM Cara Bayaran

LAPOR DIRI DAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR SENIOR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN SESI DISEMBER 2017

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN SEMESTER: 2 SESI: DISEMBER 2013

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SEMUA SEMESTER TERMASUK TANGGUH LI SESI: JUN 2014

TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA SERTA BAYARAN PENDAFTARAN

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

2. Semua calon pelajar dikehendaki mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

Pendaftaran Pelajar Baharu Sarjana Muda Teknoloqi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Politeknik Sultan Azlan Shah bagi Sesi September 2017

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016

JADUAL PEMBAYARAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN

(bankislam.biz), atau - Mesin ATM BIMB, atau - Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2018

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017

POLITEKNIK MERSING. KEMENTERIAN pendidlrian ifiala`t'sift JALAN NITAR, MERSING JOHOR DARUL TAKZIM

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM ) 04 JUN 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS NOVEMBER 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR BERPINDAH DARI POLITEKNIK LAIN BAGI SESI DISEMBER 2017

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI: JUN 2016

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PELBAGAI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2015

2. Sukacita dimaklumkan tarikh rasmi lapor diri pelajar Sesi Jun 2016 diadakan pada:

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE POLITEKNIK MUKAH

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

PEKELILING TIMBALAN REKTOR KAMPUS HAL EHWAL AKADEMIK BIL 4/2013 PENDAFTARAN PELAJAR LAMA DIPLOMA SEMESTER DISEMBER 2013 APRIL 2014

BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2018

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

PERTANYAAN AM BERKENAAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU. Transforming Life

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-19 (2017) POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS 2016 TARIKH :20 NOV 2016

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2016

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DIS 2017

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DIS 2017

NDUAN PENDAFTARAN ARAHAN

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

FsCtLiTEt{nit{ f..n.&. 1 A.,':,:Aal!lrlhl\

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 POLITEKNIK PORT DICKSON

PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI

BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN-MEI Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan-Mei 2018 adalah pada 17 Mei 2018 (Khamis) bermula jam pagi.

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

AMARAN! Pendaftaran Lewat

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN MEI Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan Mei 2017 adalah pada 20 Mei 2017 bermula jam pagi.

PENEMPAHAN KAMSIS SESI JUN 2016

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Ke 5, 2018 Politeknik Jeli

PENDAFTARAN KURSUS DALAM TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM PENDAFTARAN ONLINE (SPO)

SENARAI SEMAK GRADUAN

Transkripsi:

No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT Daripada : Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Kepada : Semua pelajar semester 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 Salinan : 1. Pengarah 2. KJKA / KJKE / KJKM / KJP / KJPA / KJMSK / KUSKK 3. Ketua Unit 4. Peg. Eksekutif Kanan 5. Fail Timbul Tarikh: 31 Mei 2016 Bil. Ruj. PKM/HEP/12/01/1Jld ( ) Tel: 06-3376118 Saudara/saudari; LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016 Tahniah kerana anda telah mencapai kelulusan dalam peperiksaan yang lalu atau telah tamat menjalani latihan industri. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti mana ketetapan berikut:- A) MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR (PENDAFTARAN PENGAJIAN) Proses lapor diri pelajar senior akan dibuat MELALUI DALAM TALIAN (ONLINE). Sila layari laman web Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) Politeknik Melaka melalui URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-help). Rujuk LAMPIRAN 1 untuk mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar. PERHATIAN : Semua pelajar Politeknik Melaka DIWAJIBKAN membuat pendaftaran ini secara dalam talian (online). Kegagalan anda melaksanakan pendaftaran ini sehinggalah hari pendaftaran pengajian mungkin akan menyebabkan anda TIDAK AKAN DIDAFTARKAN untuk pendaftaran pengajian sesi JUN 2016. Sila kemaskini maklumat peribadi anda di laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-help) bagi memudahkan urusan pengurusan pelajar untuk di masa hadapan. Pelajar 1

yang lupa kata laluan untuk login ke portal SPMP, sila rujuk kepada Penasihat Akademik (PA) anda. Pelajar semester 2 dan ke atas boleh mula layari URL di atas selepas 3 hari pembayaran yuran dibuat (sistem pendaftaran online akan mula dibuka pada 8 JUN 2016 (Rabu). Rujuk tatacara Pendaftaran online melalui SPMP di LAMPIRAN 4. Kesemua pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 10 Jun 2016 (Jumaat). Pelajar yang akan menjalani LATIHAN INDUSTRI pada sesi JUN 2016 TIDAK PERLU membuat apa-apa pembayaran yuran. Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) pada 15 Jun 2016, jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari atau berhubung dengan Puan Norraihan binti Mohd Aini di talian 06-3376054 / 06-3376058. B) PENDAFTARAN KURSUS Anda DIWAJIBKAN membuat pendaftaran kursus dengan kelulusan Ketua Jabatan. Pelajar yang tidak mendaftar kursus pada semester berkenaan sepertimana yang dikehendaki, akan diberikan gred F dengan nilai mata 0.00 bagi kursus berkenaan dan dianggap telah menduduki kursus berkenaan dan gagal satu kali. PERHATIAN : Sila layari laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-daftar) bagi mendaftar kursus bagi sesi JUN 2016. Anda boleh melaksanakan pendaftaran kursus setelah anda selesai mendaftar pengajian. Sila rujuk maklumat lengkap berkaitan pendaftaran kursus anda dari Penasihat Akademik atau dari jabatan akademik masing-masing. C) PENDAFTARAN KENDERAAN PELAJAR Para pelajar yang ada membawa kenderaan (sama ada motorsikal atau kereta), sila layari laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-help) bagi mendaftar kenderaan anda dan permohonan sticker kenderaan. Sila hantarkan borang yang telah dicetak bersama"salinan Lesen Memandu" dan "Salinan geran kenderaan" ke JHEPP. Mohon kerjasama pelajar bagi membantu pihak pengurusan Politeknik Melaka mengumpulkan data bagi membangunkan kertas kerja Permohonan Kupon Khas Parking Pelajar kepada pihak MBMB. 3. Pelajar yang gagal melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan dan gagal menjelaskan yuran tidak akan dibenarkan mengikuti kelas, makmal, bengkel atau menggunakan sebarang kemudahan politeknik. Rekod kehadiran kuliah akan diambil kira bermula pada tarikh rasmi lapor diri. 4. Saudara/saudari dikehendaki mematuhi peraturan rupadiri sepertimana yang telah ditetapkan semasa mendaftar (Rujuk Buku Panduan & Peraturan Pelajar). Pelajar yang tidak mematuhi panduan seperti yang ditetapkan akan ditangguhkan pendaftarannya. 2

JADUAL BAYARAN PELBAGAI SESI JUN 2016 LAMPIRAN 1 Bil Jenis Bayaran Sem 2 (Pra- Diploma) Sem 2 Sem 3 Sem 4 Sem 5 Sem 6 Sem 7 Sem 8 Sem 9 Kaedah Bayaran Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui mana-mana saluran berikut atas nama POLITEKNIK KPT:- 1. Perkhidmatan Perbankan Internet 2. Mesin Juruwang Automatik BIMB 3. Mesin Deposit Tunai BIMB 1. Yuran Pengajian 200 200 200 200 200 200 200 200 200 * Mulai 15 OGOS 2013, BIMB TELAH MENGHENTIKAN KUTIPAN BAYARAN DI KAUNTER bagi Yuran Politeknik dan Bayaran Balik Pinjaman KPT. Rujuk LAMPIRAN 2. * Bayaran boleh dibuat mulai 1 JUN 2016 * Bayaran hanya perlu dibuat atas nama POLITEKNIK KPT, tiada nombor akaun diperlukan. Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Simpanan Nasional dengan akaun bank bernombor 0410041000152319 atas nama Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad. 2. Bayaran Pelbagai 25 150 150 150 150 150 144 107 144 Gunakan borang Wang Tunai Masuk BSN yang disediakan oleh pihak bank. Sila Rujuk LAMPIRAN 3 sebagai panduan untuk menulis maklumat pada slip bank BSN. * Bayaran boleh dibuat mulai 1 JUN 2016. * Bayaran BSN hanya boleh dibuat di KAUNTER BSN SAHAJA. Anda digalakkan untuk membuat pembayaran di bank bagi mengelak sebarang permasalahan yang akan 4

timbul pada masa hadapan. Nota : a) Semua bentuk bayaran perlu dibuat sebelum hari lapor diri. SILA SIMPAN RESIT SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN. Pelajar digalakkan untuk membuat salinan resit tersebut. b) Bayaran Yuran Pengajian boleh dibuat kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui mana-mana saluran berikut: 1. Perkhidmatan Perbankan Internet 2. Mesin Juruwang Automatik BIMB 3. Mesin Deposit Tunai BIMB c) Bagi mendeposit bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN), sila gunakan slip bayaran yang terdapat di kaunter BSN bagi tujuan : 1. Bayaran Pelbagai (wajib dibayar oleh semua pelajar) 2. Sewaan Kamsis Koperasi (hanya pelajar yang tinggal di Kamsis Koperasi sahaja) Pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau pindahan bayaran melalui Automatic Teller Machine (ATM) serta bayaran atas talian (On-line) TIDAK DIBENARKAN untuk akaun BSN. 5

CONTOH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN POLITEKNIK MELAKA: A PERBANKAN INTERNET 1. Layari www.bankislam.com.my 2. 3 Klik logo Internet Banking Login dan tekan butang ok pada Security Alerts Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam. 4. Pilih Bill Presentment pada bahagian Bill Payment. 8. 9. LAMPIRAN 2 Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih source account yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik pay Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.. 10. Klik "Confirm" untuk menuruskan pembayaran atau sebaliknya. 11. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan. 5. Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti. 6. 7. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik next Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik pay B MESIN ATM BANK ISLAM 1. Pilih menu LAIN-LAIN 2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT 6

3 Pilih menu YURAN IPT C MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM 4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit ) 1. Pilih menu YURAN IPT 5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar 2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar 6. Pilih Bil yang ingin dibayar 3 Pilih POLITEKNIK KPT 7. Sahkan amaun yang ingin dibayar 4. Sahkan data dan masukkan wang 8. Transaksi selesai dan ambil Resit 5. Sahkan jumlah kemasukkan wang. Transaksi selesai dan ambil Resit CONTOH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI DAN ASRAMA (KAMSIS) POLITEKNIK MELAKA: LAMPIRAN 3 (SILA BUAT PEMBAYARAN YURAN PELBAGAI DAN YURAN ASRAMA MENGGUNAKAN SLIP DEPOSIT BANK DI MANA-MANA CAWANGAN BSN BERHAMPIRAN) (A) NUR NADIRAH BINTI AHMAD BD (B) 920612-04-2008 BD (C) KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD UL (D) 11DKA10F1001 BD (E) 0410041000152319 BD (F) RM ***.** UL (G) BAYARAN PELBAGAI UL (H) KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD UL (I) Nadirah UL *** RM***.** 7

CONTOH BAYARAN PELBAGAI DAN YURAN KAMSIS (A) NAMA : NUR NADIRAH BINTI AHMAD (B) NO. KP PELAJAR : 920612-04-2008 (C) NAMA PENERIMA BAYARAN : KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD (D) NO. PENDAFTARAN PELAJAR : 11DKA10F1001 (E) NO. AKAUN PENERIMA BAYARAN : 0410041000152319 (F) JUMLAH BAYARAN : RM***.** (rujuk LAMPIRAN 1 Jadual Bayaran) (G) PERKARA : BAYARAN PELBAGAI (H) PASTIKAN BANK IN SLIP BERCETAK KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD BERJUMLAH **RM***.** (bergantung kepada jumlah bayaran yang dibayar oleh pelajar rujuk LAMPIRAN 1 Jadual Bayaran) (I) T.T PELANGGAN : TANDATANGAN PELAJAR/PELANGGAN 8

LAMPIRAN 4 TATACARA PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SPMP 1) Telah membuat semua pembayaran. 2) Login http://spmp.polimelaka.edu.my selepas 48 jam (2 hari) membuat pembayaran dan paparan berikut akan keluar. 3) Masukkan No Kad Pengenalan dan Katalaluan. Klik Login Pengguna. (Jika ada terlupa kata laluan anda, sila hubungi PA anda untuk reset password atau hubungi Unit Teknologi Maklumat.) 4) Maklumat pengguna akan dipaparkan seperti di bawah : Klik menu Hal Ehwal Pelajar. 5) Paparan berikut akan keluar. Di bawah menu Pendaftaran, klik Kemaskini Maklumat Penjaga. Isikan semua maklumat penjaga dengan lengkap, kemudian klik Simpan. 9

6) Paparan berikut akan keluar. Di bawah menu Pendaftaran, klik Lapordiri Pelajar Senior. 7) Masukkan No Kp / No Pend pelajar dan klik. Cari Maklumat Pelajar. Klik Daftarkan Saya. DIS 2013 II DISEMBER 2013 10

8) Paparan berikut akan keluar. Klik Cetak Slip Pengesahan Lapordiri. Cetakan Slip Pengesahan Pendaftaran Pengajian ini hendaklah di bawa dan dikemukakan kepada Penasihat Akademik pada hari Lapor diri di jabatan akademik masing-masing. Proses Pendaftaran Pengajian Online Pelajar Senior TAMAT. 11

RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI DISEMBER 2015 10 MEI 2016 MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI Mulai 1 JUN 2016 PENDAFTARAN PENGAJIAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-help - PENDAFTARAN) PENDAFTARAN KENDERAAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-help DISIPLIN Permohonan sticker kenderaan) Mulai 8 JUN 2016 ( pelajar sem 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 & 9) NOTA : Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 2 hari pembayaran yuran dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian 15 JUN 2016 PENDAFTARAN KURSUS http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-daftar) Sila rujuk Penasihat Akademik (PA) atau Jabatan Akademik anda untuk proses pendaftaran kursus Menginap di KAMSIS? YA PENDAFTARAN KAMSIS 19 JUN 2016 TIDAK SELESAI / TAMAT Kuliah bermula 20 JUN 2016 12

KALENDAR AKADEMIK SESI JUN 2016 POLITEKNIK MELAKA TARIKH MINGGU AKTIVITI 13/06/2016-17/06/2016 1 minggu Aktiviti Suaikenal /Pendaftaran 20/06/2016-01/07/2016 2 minggu Perkuliahan 04/07/2016-08/07/2016 1 minggu Cuti Khas Perayaan 11/07/2016-09/09/2016 9 minggu Perkuliahan 12/09/2016-16/09/2016 1 minggu Cuti Pertengahan Semester 19/09/2016-21/10/2016 5 minggu Perkuliahan 24/10/2016-04/11/2016 2 minggu Peperiksaan LATIHAN INDUSTRI Latihan Industri : 20/06/2016 sehingga 04/11//2016 Penilaian LI : 07/11/2016 sehingga 18/11/2016 07/11/2016-25/11/2016 3 minggu Cuti Semester *Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa. CUTI UMUM MELAKA Awal Ramadhan - 06/06/2016 Hari Raya Aidilfitri 06 & 07/07/2016 Hari Kemerdekaan 31/08/2016 Hari Raya Aidiladha - 12/09/2016 Hari Malaysia 16/09/2016 Awal Muharam 02/10/2016 Harijadi YDP Melaka - 14/10/2016 Hari Deepavali - 29/10/2016 Maulidur Rasul - 12/12/2016 Hari Krismas - 25/12/2016 13

AMANAT DARI JHEPP, POLITEKNIK MELAKA SEBAGAI SEORANG PELAJAR POLITEKNIK MELAKA, ANDA: 1. HENDAKLAH SENTIASA MENJAGA IMEJ DAN NAMA BAIK POLITEKNIK MELAKA 2. HENDAKLAH MENGENAKAN PAKAIAN YANG SOPAN DAN BERSESUAIAN sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel di Kampus PMK. (SILA RUJUK LAMPIRAN A). 3. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI SELUAR JEANS ATAU BERPOTONGAN JEANS atau codroy sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel (SILA RUJUK LAMPIRAN B). 4. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI T-SHIRT sewaktu menghadiri Kuliah, Amali & Bengkel KECUALI sewaktu Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Yang Dibenarkan Sahaja. 5. TIDAK DIBENARKAN BERAMBUT PANJANG iaitu sama ada rambut melepasi kening di bahagian hadapan, menutup telinga di bahagian sisi dan mencecah kolar baju di bahagian belakang. (SILA RUJUK LAMPIRAN A). 6. TIDAK DIBENARKAN MEWARNAKAN RAMBUT ATAU MENGGAYAKAN RAMBUT DENGAN FESYEN YANG MENGGUSARKAN. 7. SENTIASA MEMPAMERKAN KAD PELAJAR sepanjang anda berada di dalam kampus Politeknik Melaka dan tidak mengubahsuai serta tidak menggunakan kad pelajar lain. 8. TIDAK MEMBUAT BISING YANG MENGGUSARKAN ATAU MENGGANGGU ORANG LAIN DI KAMPUS PMK. 9. TIDAK MENGGUNAKAN MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM KAMPUS SEBAGAI TEMPAT TINGGAL ATAU TIDUR. 10. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DI DALAM KAMPUS PMK. KEGAGALAN ANDA MEMATUHI PERKARA 2 HINGGA 10 YANG DISENARAIKAN DI ATAS, ANDA BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN MAKSIMUM RM50.00 DI BAWAH KAEDAH 26 A, BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976. 14

SEKIRANYA ANDA DIKOMPAUN, 1. Surat rayuan (berserta salinan notis kompaun) boleh dikemukakan kepada JHEPP dalam tempoh 5 hari dari tarikh notis kompaun. 2. Pembayaran kompaun hendaklah dijelaskan di Unit Kewangan Politeknik Melaka dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kompaun dikeluarkan. 3. Resit Pembayaran Kompaun hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar dalam masa 3 hari dari tarikh kompaun dijelaskan untuk tujuan kemaskini sistem. SEKIRANYA ANDA GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN, ANDA BOLEH DIGANTUNG PENGAJIAN BERDASARKAN KAEDAH 63 & 64, BAHAGIAN V, TATACARA TATATERTIB, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976. LAMPIRAN A Contoh pemakaian yang dibenarkan semasa menghadiri kuliah. 15

LAMPIRAN B SELUAR JEANS DAN POTONGAN JEANS SELUAR JEANS SELUAR BERPOTONGAN JEANS 16

PERINGATAN KEPADA PARA PELAJAR PMK!!! SEBELUM ANDA MENDAFTAR PENGAJIAN BAGI SESI JUN 2016, SILA PASTIKAN : 1. ANDA BERAMBUT PENDEK DAN KEMAS a. Rambut tidak melepasi kening di bahagian hadapan. b. Rambut tidak menyentuh/menutup telinga di bahagian tepi. c. Rambut tidak menyentuh kolar baju di bahagian belakang. d. Rambut tidak diwarnakan. e. Rambut tidak digayakan dengan fesyen yang menggusarkan (seperti mohawk, punk dan sebagainya) 2. BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN a. Memakai Baju Kemeja (Lelaki) / Baju Kurung (Wanita) b. Tidak memakai pakaian yang ketat dan jarang c. Tidak memakai seluar jeans atau berpotongan jeans d. Baju hendaklah tuck in e. Pakaian tradisi adalah dibenarkan tetapi mestilah sopan dan tidak menjolok mata. 3. MEMAKAI KASUT BERTUTUP a. Tidak dibenarkan sama sekali mengenakan selipar. b. Sila pastikan kasut bertutup terutamnya kepada para pelajar wanita. 4. TIDAK MENGENAKAN SEBARANG AKSESORI DAN PERHIASAN BAGI LELAKI a. Tidak dibenarkan memakai rantai leher, gelang tangan serta subang atau anting-anting bagi lelaki. KEGAGALAN PELAJAR UNTUK MEMATUHI PERATURAN RUPADIRI DAN BERPAKAIAN PMK, BOLEH MENYEBABKAN ANDA DIHALANG DARI MENERUSKAN PROSES PENDAFTARAN PENGAJIAN ANDA BAGI SESI JUN 2016. 17

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PELAJAR PMK. APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR DI PMK 1) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang diadakan di Politeknik Melaka. OBJEKTIF Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada di Politeknik. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar. Menggalakkan penyertaan aktif pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan. 2) RAKAN MPP RAKAN MPP dipilih dilantik daripada kalangan pelajar Semester 1 yang belum layak menyertai pilihanraya. 3) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Politeknik Melaka iaitu http://www.facebook.com/politeknikmelaka 4) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) http://www.facebook.com/jppforpmk 5) Sistem Aktiviti Pelajar (SIAP) SIAP merupakan satu sistem yang menggantikan Buku Merah dalam merekodkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pelajar di Politeknik Melaka (PMK). Pelajar yang memperolehi markah tertinggi di peringkat jabatan masing-masing akan dianugerahkan Anugerah Pelajar Aktif manakala pelajar yang oaling tinggi markah akan dianugerahkan Anugerah Emas. 18

Pelajar lain yang mendapat antara markah tertinggi dalam sesuatu jabatan,akan dijemput ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan setiap hujung semester di PMK.(bergantung kepada kekosongan) 6) Pelajar Hebat Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar politeknik yang menonjol; yakni mempunyai ciri-ciri personaliti unggul (towering personality) dapat mewakili politeknik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebaris dengan wakil dari institusi pengajian tinggi yang lain. 7) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik serta bergiat aktif ko-kurikulum, MAKP dapat memberikan pelajar galakan dan motivasi dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan keputusan cemerlang dan sentiasa mengaktifkan diri dalam ko-kurikulum. Setakat sesi Jun 2014, MAKP telah diadakan sebanyak 18 kali dan ianya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). PERANAN PELAJAR BARU Sentiasa memberi komitmen kepada semua aktiviti yang dijalankan oleh MPP PMK Bersedia untuk membantu MPP dengan memohon untuk menyertai MPP melalui RAKAN MPP (RAKAN MPP sebagai sayap MPP yang dipilih dikalangan pelajar Semester 1 yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen yang sangat tinggi) Menonjolkan diri sebagai bakal pemimpin masa depan yang mempunyai ketrampilan, keyakinan diri, softskill dan gaya kepimpinan yang hebat. Sentiasa berusaha untuk menjadi PELAJAR HEBAT (akan diterangkan semasa Minggu Suai Kenal). 19