PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

dokumen-dokumen yang mirip
PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA


BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

MEMORANDUM PENERIMAAN

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2-3

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

MEMORANDUM PENERIMAAN

UJRAH SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN MENGIKUT TURUTAN

Fasal-fasal yang dipinda

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013


ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PERJANJIAN AL-BAI BITHAMAN AJIL UNTUK SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TUMPAT

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

MEMORANDUM PENERIMAAN

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

D.R. 2/2008 RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

Undang-Undang Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

Transkripsi:

(PPG/PISMP-Pin.3/2014) No. Pendaftaran Institut.. PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) Perjanjian ini dibuat pada. haribulan.. Tahun... ANTARA (nama pelajar). (No.K.P.).... beralamat di......... dan dilahirkan pada. haribulan.. Tahun... ( PELAJAR ) sebagai pihak pertama: DAN KERAJAAN MALAYSIA yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang beralamat di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Aras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200, Persiaran APEC, Cyber 6, 63000 Cyberjaya ( KERAJAAN ) sebagai pihak kedua; DAN (Nama Penjamin Pertama)..... No. K.P.... beralamat di........; DAN (Nama Penjamin Kedua)..... No. K.P.... beralamat di........; ( PENJAMIN PERTAMA DAN PENJAMIN KEDUA ) sebagai pihak ketiga. BAHAWASANYA A. KERAJAAN telah bersetuju menawarkan suatu Program Perguruan ( Program ) untuk diikuti oleh PELAJAR sebagaimana yang ditetapkan dalam surat tawaran daripada Kerajaan No. Rujukan:..... bertarikh.. seperti di Lampiran 1 Perjanjian ( Surat Tawaran ) 1

B. PELAJAR telah menerima Surat Tawaran tersebut dan bersetuju untuk mengikuti Program tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini dan Surat Tawaran. C. PENJAMIN-PENJAMIN telah bersetuju untuk menjadi penjamin kepada PELAJAR bagi tujuan pematuhan semua syarat dan terma Perjanjian ini. MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut: 1. Definisi dan Tafsiran 1.1 Definisi Di dalam Perjanjian ini, melainkan konteksnya menghendaki maksud yang lain, perkataan-perkataan di bawah diberi maksud seperti yang berikut: Elaun - ertinya sejumlah wang termasuklah apa-apa bantuan lain sekiranya difikirkan perlu bagi membantu PELAJAR menjalani Program yang mana, bergantung kepada budi bicara KERAJAAN, akan dibayar dalam apa-apa amaun dan mengikut cara yang ditetapkan sama ada dalam Surat Tawaran atau sebagaimana yang dimaklumkan secara bertulis dari semasa ke semasa kepada PELAJAR; KERAJAAN - ertinya Kerajaan Malaysia yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang termasuklah Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan wakil-wakilnya yang diberi kuasa secara sah bagi tujuan Perjanjian ini; Program - ertinya Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) / Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran; Bidang Pengkhususan - ertinya bidang pengajian/opsyen yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Program; Surat Tawaran - ertinya surat tawaran mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia kepada PELAJAR; Tempoh Perkhidmatan - ertinya mana-mana tempoh perkhidmatan dengan KERAJAAN yang terpakai kepada PELAJAR di bawah fasal 2.7 Perjanjian. 1.2 Tafsiran Tajuk-tajuk dan tajuk-tajuk kecil kepada peruntukan-peruntukan dan bahagianbahagian di dalam Perjanjian ini dimasukkan bertujuan untuk memudahkan pembacaan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian daripada Perjanjian atau untuk dibuat pertimbangan dalam mentafsirkan Perjanjian ini; Rujukan kepada mana-mana statut atau peruntukan statutori adalah merangkumi rujukan-rujukan kepada statut atau peruntukan statutori yang dipinda dan digubal semula; dan Rujukan kepada lampiran, fasal, sub-fasal atau jadual adalah rujukan kepada lampiran, fasal, sub-fasal atau jadual dalam Perjanjian ini. 2

2. Obligasi-Obligasi PELAJAR PELAJAR dengan ini bersetuju untuk mematuhi perkara-perkara seperti yang dinyatakan di bawah. 2.1 Tempat dan Tempoh Program PELAJAR hendaklah memulakan, mengikuti dan menamatkan program pengajian di mana-mana Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan dan dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam Surat Tawaran atau dalam sesuatu masa yang lebih lama lagi sebagaimana yang diluluskan oleh KERAJAAN dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perguruan. 2.2 Syarat-Syarat Semasa Mengikuti Program PELAJAR hendaklah mengikuti program dengan menghadiri semua kuliah, seminar, ceramah, tutorial dan apa-apa aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan program tersebut; PELAJAR tidak boleh menukar bidang pengkhususan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada KERAJAAN; (e) (f) (g) (h) PELAJAR tidak boleh menukar tempat pengajian ke Institut Pendidikan Guru yang lain selain dari yang ditetapkan oleh KERAJAAN dalam Surat Tawaran tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada KERAJAAN; PELAJAR hendaklah menghadiri semua ujian dan peperiksaan yang disyaratkan yang berkaitan dengan program untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. PELAJAR hendaklah menunjukkan pencapaian yang baik sepanjang program dan akan menamatkan program dengan jayanya; PELAJAR hendaklah melaporkan dengan segera kepada KERAJAAN, keputusan peperiksaan atau ujian penggal, semester, tahunan atau akhir yang dimasuki oleh PELAJAR sebaik-baik sahaja keputusan peperiksaan atau ujian tersebut diisytiharkan oleh Institut Pendidikan Guru yang berkenaan; PELAJAR hendaklah memaklumkan kepada KERAJAAN mengenai penyempurnaan atau penamatan program sama ada dengan jayanya atau tidak dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penyempurnaan atau penamatan Kursus tersebut; dan PELAJAR hendaklah memohon kepada KERAJAAN pelanjutan tempoh program dalam masa dua puluh satu (21) hari sebelum tamat tempoh program yang ditetapkan dalam Surat Tawaran atau sekiranya pelanjutan adalah disebabkan kegagalan PELAJAR dalam apa-apa peperiksaan di bawah program, dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh keputusan peperiksaan yang menunjukkan beliau gagal menamatkan program dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan DENGAN SYARAT SENTIASA BAHAWA (i) Kelulusan pelanjutan tempoh program adalah bergantung kepada budi bicara mutlak KERAJAAN dan keputusan KERAJAAN adalah muktamad; dan 2.3 Disiplin (ii) PELAJAR yang diluluskan tempoh pelanjutan program adalah tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini dan apa-apa syarat lain yang dimaklumkan secara bertulis oleh KERAJAAN kepada PELAJAR dan syarat tersebut menjadi sebahagian daripada terma dan syarat perjanjian. PELAJAR hendaklah mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib sebagaimana yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa di Institut Pendidikan Guru di mana beliau mengikuti program atau di lain-lain tempat yang perlu dihadiri di bawah arahan institusi tersebut di mana program atau mana-mana bahagiannya dijalankan; PELAJAR hendaklah mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa ke atasnya dari semasa ke semasa; 3

PELAJAR hendaklah berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan profesion perguruan dan tidak akan memakai apa-apa pakaian yang bersifat mencolok mata atau menutup muka semasa mengikuti syarahan, kuliah, tutorial, latihan amali, gerak kerja kokurikulum dan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan program; dan PELAJAR tidak akan melakukan apa-apa perbuatan salahlaku dalam apa jua bentuk yang pada pendapat KERAJAAN mungkin menjatuhkan nama baiknya, Institut Pendidikan Guru atau nama baik Malaysia. 2.4 Hasutan dan Tunjuk Perasaan PELAJAR tidak boleh pada bila-bila masa dalam tempoh Perjanjian ini berkuat kuasa iaitu dalam tempoh program dan sepanjang Tempoh Perkhidmatannya sebagaimana yang diarahkan Kerajaan di bawah fasal 2.7 Perjanjian-. Mengambil apa jua bahagian atau berada dalam kelompok sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang, pada pendapat KERAJAAN, adalah memudaratkan kepentingan Malaysia, kepentingan awam atau sesuatu institusi pendidikan; Menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalam menyediakan atau mengedarkan, sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN, adalah memudaratkan kepentingan Malaysia, kepentingan awam atau sesuatu institusi pendidikan; Menyedia, mencetak, membahagi-bahagi atau mengedarkan, atau mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam menyedia, mencetak, membahagi-bahagi atau mengedarkan apa- apa dokumen atau lain-lain bahan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia, kepentingan awam atau sesuatu institusi pendidikan; atau membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia, kepentingan awam atau sesuatu institusi pendidikan. 2.5 Menyertai Politik dan Pertubuhan PELAJAR tidak boleh pada bila-bila masa dalam tempoh Perjanjian ini berkuat kuasa iaitu dalam tempoh Kursus dan sepanjang Tempoh Perkhidmatannya sebagaimana yang diarahkan KERAJAAN di bawah fasal 2.7 Perjanjian- mengambil bahagian sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan berunsur politik atau anti-kerajaan; tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; dan tidak boleh menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang tujuan atau kegiatan-kegiatan itu adalah, pada pendapat KERAJAAN boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu. 2.6 Syarat-Syarat Lain PELAJAR pada bila-bila masa dalam tempoh Program tidak boleh melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau perbuatan yang boleh menjejaskan programnya; tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan Malaysia. Sekiranya PELAJAR telah mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan dan kemudiannya telah diberitahu oleh KERAJAAN bahawa kegiatan 4

tersebut adalah tidak selaras dengan kepentingannya atau kepentingan Malaysia maka PELAJAR hendaklah berhenti dengan serta merta daripada mengambil bahagian selanjutnya; (e) (f) (g) (h) tidak boleh menerima apa-apa biasiswa, dermasiswa, pinjaman atau apa-apa jua cara dan bentuk kewangan lain bagi tujuan Program selain daripada yang dipersetujui oleh KERAJAAN; tidak boleh menduduki mana-mana peperiksaan selain daripada peperiksaan yang bersabit dengan Program atau peperiksaan lain sebagaimana yang dipersetujui oleh KERAJAAN; tidak boleh menerima dan membuat apa-apa pekerjaan sama ada yang berpendapatan ataupun tidak; kecuali dengan kebenaran terlebih dahulu daripada KERAJAAN; tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi persetujuan itu; bertanggungjawab untuk mengurus pemulangan apa-apa bayaran yang terlebih bayar oleh KERAJAAN; dan tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan PELAJAR ditamatkan Program atau dibuang oleh pihak berkuasa Institut Pendidikan Guru di mana beliau ditempatkan. 2.7. Berkhidmat dengan KERAJAAN Sekiranya PELAJAR telah berjaya menamatkan Program dan telah dikehendaki oleh KERAJAAN melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh dua belas bulan kalendar dari tarikh dia menyempurnakan Program untuk berkhidmat dengan KERAJAAN atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lain sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau apa-apa jawatan lain sebagaimana yang diarah atau dipersetujui oleh KERAJAAN melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, maka PELAJAR hendaklah mula berkhidmat dan terus berkhidmat dalam pekerjaan itu bagi satu tempoh yang tidak kurang daripada empat (4) tahun mulai daripada tarikh pelantikannya sekiranya PELAJAR menyempurnakan Program dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan dalam Surat Tawaran atau bagi satu tempoh yang tidak kurang daripada 5 (lima) tahun sekiranya PELAJAR menyempurnakan Program dalam tempoh melebihi daripada tempoh yang ditetapkan dalam Surat Tawaran sama ada dengan atau tanpa persetujuan KERAJAAN ( Tempoh Perkhidmatan ) Selanjutnya PELAJAR berkenaan yang berjaya menamatkan Program dan telah dikehendaki di bawah fasal 2.7 untuk berkhidmat dengan KERAJAAN atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lain sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau apa-apa jawatan lain sebagaimana yang diarah atau dipersetujui oleh KERAJAAN melalui Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan di mana beliau ditugaskan berkhidmat mengenai mana-mana Tempoh Perkhidmatan yang mengikut beliau di bawah fasal 2.7 dan makluman tersebut hendaklah disalin kepada Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Obligasi-Obligasi KERAJAAN Sebagai balasan terhadap hal-hal yang tersebut di atas dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini dan juga Surat tawaran, KERAJAAN dengan ini bersetuju- 3.1 Membayar sejumlah Elaun kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian selama satu tahun untuk Program Persediaan dan empat tahun untuk Program Ijazah sama ada kepada PELAJAR, penjaga yang sah di sisi undang-undang kepada PELAJAR atau kepada pihak berkuasa institusi di mana PELAJAR ditempatkan untuk mengikuti Program DENGAN SYARAT SENTIASA BAHAWA. Keputusan untuk meluluskan pemberian Elaun termasuklah amaun dan cara pembayarannya sepanjang tempoh pelanjutan Program yang diluluskan Oleh KERAJAAN di bawah fasal 2.2(i) Perjanjian adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak KERAJAAN; dan 5

3.2 Menanggung dengan membayar terus atau membayar kemudiannya belanja tambang mengikut kelas bagaimana yang ditetapkan oleh KERAJAAN untuk perjalanan PELAJAR bagi tujuan Program yang dibuat atas kebenaran bertulis KERAJAAN atau pensyarahpensyarah atau pihak berkuasa sah institusi di mana PELAJAR mengikuti Program. 4. Penjamin 4.1 Adalah dengan ini di persetujui dan diakui bahawa jika pada bila-bila masa semasa berkuatkuasanya Perjanjian ini, PENJAMIN atau mana mana daripadanya - (e) mati; tidak lagi bermastautin dalam Malaysia; berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan berturut-turut; diisytiharkan sebagai seorang bankrap; atau memperolehi suatu perintah pentadbiran pemakan gaji maka dalam tiap-tiap hal yang demikian itu, PELAJAR atau mana-mana PENJAMIN yang masih ada hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari berlakunya manamana perkara di bawah fasal.4.1 mendapat seorang atau dua orang penjamin baru mengikut mana yang berkenaan DENGAN SYARAT SENTIASA bahawa penjamin atau dua orang penjamin baru tersebut hendaklah dipersetujui oleh KERAJAAN dan penjamin atau penjamin-penjamin baru tersebut hendah bersetuju menjadi penjamin mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini. 4.2 Jika sekiranya PELAJAR atau mana-mana PENJAMIN yang masih ada tidak dapat mencari orang untuk menggantikan PENJAMIN yang tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, KERAJAAN boleh, menurut opsyennya dan tanpa menjejaskan hak-haknya di bawah Perjanjian ini, pada bila-bila masa selepas itu menamatkan Perjanjian ini dan PELAJAR dengan itu, tidak berhak untuk menuntut apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini. 5. Pelanggaran dan Penamatan Perjanjian 5.1 Sekiranya PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di bawah fasal 2 Perjanjian, maka tanpa menjejaskan hak-hak lain KERAJAAN di bawah Perjanjian ini, KERAJAAN boleh menamatkan PERJANJIAN ini dengan notis serta merta dan PELAJAR tidak lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini. Penamatan di bawah fasal ini adalah muktamad. 5.2 Selanjutnya dipersetujui bahawa sekiranya PELAJAR- (e) (f) melanggar mana-mana terma atau syarat Perjanjian ini dan / atau menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan di bawah fasal 4.2 atau 5.1 Perjanjian; atau ditamatkan Program atau dibuang daripada institusi di mana beliau mengikuti Program oleh pihak berkuasa institusi berkenaan; atau gagal menyempurnakan Program dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan dalam Surat Tawaran atau dalam tempoh lain sebagaimana yang diluluskan oleh KERAJAAN; atau meninggalkan Program sebelum sempurnanya Program atau menukar Program, dalam kedua-dua hal tanpa persetujuan daripada KERAJAAN; atau bila-bila masa di dalam Tempoh Perkhidmatan, sama ada dengan atau tanpa kelulusan Ketua Jabatan atau pihak berkuasa yang berkenaan di mana beliau ditugaskan berkhidmat, berhenti daripada atau meninggalkan perkhidmatan KERAJAAN atau perkhidmatan-perkhidmatan lain sebagaimana yang diarah atau dipersetujui oleh KERAJAAN melalui Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah fasal 2.7 Perjanjian; atau bila-bila masa dalam Tempoh Perkhidmatan dibuang daripada atau ditamatkan Perkhidmatan sebagaimana yang diarah atau dipersetujui oleh KERAJAAN melalui Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah fasal 2.7 atas sebab salah laku, kecuaian, tidak mengindahkan kewajipan-kewajipannya atau atas apa-apa sebab sekalipun yang menyebabkan PELAJAR boleh dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan; atau 6

(g) (h) enggan, atau oleh kerana kelakuannya atau salah lakunya sendiri menjadikannya tidak sesuai, untuk berkhidmat atau terus berkhidmat mengikut fasal 2.7 Perjanjian; atau pada bila-bila masa didapati telah ditawarkan, menerima tawaran atau mengikuti Program berdasarkan apa-apa keterangan salah atau mengelirukan atau dokumen palsu yang dikemukan atau apa-apa hal atau butir keterangan yang disembunyikan atau apa-apa tipu daya yang dilakukan dalam apa cara jua sekalipun, maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, PELAJAR dan PENJAMIN hendaklah bersamasama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi, penerima-penerima serah hak mereka, membayar balik kepada KERAJAAN dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh tuntutan atau permintaan membuat bayaran oleh KERAJAAN jumlah wang yang berikut:- (i) Ringgit Malaysia: Seratus Sepuluh Ribu (RM110,000.00) bagi Program yang tidak melebihi tempoh yang ditetapkan dalam Surat Tawaran (empat (4)tahun); atau (ii) Ringgit Malaysia: Seratus Tiga Puluh Ribu (RM130,000.00) bagi Program yang melebihi daripada tempoh yang ditetapkan dalam Surat Tawaran, tanpa mengambil kira sama ada tempoh yang lebih itu diluluskan atau tidak oleh KERAJAAN mengikut mana yang berkenaan (tamat pengajian dengan perlanjutan); (iii) dan semua kos dan perbelanjaan termasuk kos guaman atas dasar peguamcara-anakguam, untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik jumlah gantirugi daripada PELAJAR akibat pelanggaran terma dan syarat Perjanjian ini atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah Perjanjian ini. 6. Penamatan Atas Apa-Apa Sebab 6.1 Walau apapun peruntukan lain di dalam Perjanjian ini dan Surat Tawaran, KERAJAAN boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi tiga puluh (30) hari notis secara bertulis kepada PELAJAR tanpa memberi apa-apa sebab dan selepas tamat tempoh tiga puluh (30) hari tersebut, maka Perjanjian ini adalah terbatal sepenuhnya dan dengan itu segala faedah bagi dan tanggungan PELAJAR atau PENJAMIN di bawah Perjanjian ini adalah terhenti. 7. Pindaan 8. Alamat 7.1 Walau apapun peruntukan dalam Perjanjian ini dan Surat Tawaran, KERAJAAN berhak meminda apa-apa terma atau syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian termasuklah mengeluarkan atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja melalui notis bertulis kepada PELAJAR empat belas (14) hari sebelum pindaan itu berkuat kuasa. PELAJAR serta PENJAMIN adalah tertakluk kepada pindaan terma atau syarat tersebut. 8.1 PELAJAR dan PENJAMIN adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada KERAJAAN melalui notis bertulis sebarang perubahan alamat, maklumat atau status PELAJAR dan PENJAMIN. 8.2 Apa-apa notis yang hendak diberikan kepada PELAJAR dan PENJAMIN di bawah Perjanjian ini termasuklah apa-apa notis bagi menguatkuasakan Perjanjian dan permulaan apa-apa tindakan atau prosiding Mahkamah yang dibuat secara bertulis hendaklah menjadi penyampaian yang cukup kepada PELAJAR dan PENJAMIN jika dialamatkan kepada PELAJAR dan PENJAMIN dan ditinggalkan di premis atau dihantar melalui pos berdaftar ke premis mengikut alamat yang terdahulu disebutkan oleh PELAJAR dan PENJAMIN di dalam Perjanjian ini atau dalam notis pertukaran alamat yang dikemukakan PELAJAR atau PENJAMIN. 9. Duti Setem 9.1 Kos duti setem bagi Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh PELAJAR. 7

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan-tandatangan dan meteri-meteri mereka pada haribulan dan tahun yang mula tertulis di atas : PELAJAR : DI HADAPAN SAKSI : Tandatangan :.. Tandatangan : Nama :. Nama : Alamat :.. Pekerjaan :. No. Kad Pengenalan : Cop Rasmi :. KERAJAAN : DI HADAPAN SAKSI : Tandatangan :.. Tandatangan : Nama :. Nama : Cop Rasmi :.. Alamat :... Pekerjaan :. No. Kad Pengenalan : Cop Rasmi :.. 8

PENJAMIN PERTAMA : DI HADAPAN SAKSI : Tandatangan :.. Tandatangan : Nama :. Nama :.. Alamat :. Pekerjaan :. No. Kad Pengenalan : Cop Rasmi :. PENJAMIN KEDUA : DI HADAPAN SAKSI : Tandatangan :.. Tandatangan : Nama :. Nama : Alamat :.. Pekerjaan : No. Kad Pengenalan : Cop Rasmi :. 9