POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pauh Putra 02600 Arau PERLIS, MALAYSIA Tel : 04-9886200 Faks : 04-9886300 Laman Web :www.ptss.edu.my Facebook:politeknik.edu Ruj. Kami: PTSS/HEP/01/06/201Jld 5(42) Tarikh : 1 Jun 2015 Kepada, SEMUA PELAJAR BARU (SESI JUN 2015) POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS Tuan, PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2015 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Terlebih dahulu pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) ingin mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG kepada semua pelajar baru Sesi Jun 2015. 3. Untuk makluman tuan, pendaftaran / lapor diri pelajar baru PTSS akan diadakan pada butiran seperti berikut: Semua pelajar Diploma dan Sijil Khas Politeknik: Tarikh Masa Tempat : 14 Jun 2015 (Ahad) : 8.00pagi 10.30 pagi : Asrama PTSS. Pelajar Program Pra-Diploma: Tarikh Masa Tempat : 22 Jun 2015 (Isnin) : 8.00 pagi. : Pejabat Hal Ehwal Pelajar, PTSS. 4. Sehubungan dengan itu, segala maklumat berkaitan pendaftaran seperti panduan pendaftaran on-line, jumlah dan kaedah bayaran yuran, borang-borang, panduan dan peraturan serta lain-lain maklumat am boleh di muat turun dari laman web rasmi PTSS di capaian http://www.ptss.edu.my mulai 2hb Jun 2015. 5. Sukacita juga dimaklumkan, semua pelajar baru ditawarkan asrama. Walau bagaimana pun, pelajar diingatkan sentiasa mematuhi semua peraturan yang ada di PTSS dan juga peraturan di asrama sepanjang masa. Ini bagi memastikan kemudahan asrama tidak ditarik balik.
6. Tuan juga dinasihatkan untuk membuat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN (jika berminat) terlebih dahulu secara on-line sebelum hadir ke PTSS. Akhir kata, pihak PTSS mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua pelajar baru PTSS Sesi Jun 2015. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, t.t MOHD RUSLAN BIN SALIKIN Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, b.p Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis s.k - Tim. Pengarah (Akademik) PTSS - Tim. Pengarah (Sokongan Akademik) PTSS - Pengerusi KOOP PTSS - Ketua Unit LPL - Peg. Eksekutif Tertinggi PTSS -Surat janaan komputer tidak memerlukan tandatangan-
PANDUAN MENDAFTAR BAGI PELAJAR BARU POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS SESI JUN 2015 SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN Di http://www.politeknik.edu.my CETAK SURAT TAWARAN KE POLITEKNIK DAN BORANG JAWAPAN TAWARAN (BJT) HANTARKAN DENGAN DOKUMEN BERIKUT KE PTSS Surat Tawaran / Borang BJT /Salinan dokumen yang dinyatakan dalam BJT (perlu disahkan) MUATURUN MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2015 Di http://www.ptss.edu.my BAYAR YURAN DI BANK ISLAM (BIMB) Yuran Pengajian Yuran Asrama Bayaran Pelbagai/Pendaftaran DFTAR SECARA ON-LINE Selepas 24 jam bayaran dilakukan anda boleh mendaftar secara online dalam sistem SPMP di spmp.ptss.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp *Sistem pendaftaran online akan dibuka bermula 2/6/2015 hingga 14/6/2015 CETAK SLIP PENGESAHAN SELEPAS DAFTAR ONLINE HADIR KE PTSS UNTUK LAPORDIRI Pelajar baru wajib hadir mendaftar pada 14 Jun 2015 (8.30 pg 10.30 pg) Bawa besama Slip Pendaftaran Online, Slip bayaran yuran-yuran berkaitan, Borang HEP1-6 dan dokumen asal serta lengkapkan borang-borang seperti yang dilampirkan dalam Buku Panduan Pendaftaran.
PANDUAN LALULINTAS SEMASA PENDAFTARAN PELAJAR BARU - SESI JUN 2015 Tarikh Daftar: 14/06/2015 Masa: 8.00pg 10.30pg Parking A Garaj Bas Parking B Jalan Sehala Kuarters warden A5 CAFÉ ASRAMA Pejabat Asrama CAFÉ ASRAMA / Kedai B5 A4 B4 Jalan Sehala Blok Asrama Lelaki (A3,A4,A5) Parking C Pusat Sukan A3 Parking D Parking E B7 B6 B1 B2 B3 Blok Asrama Perempuan (B1 B7) Tangga kejabatan Akademik / Pentadbiran Jalan Sehala TASEK Pintu Pagar Utama KUARTERS KJ Hotel Pauh Inn Jalan Sehala Parking motosikal Pelajar Dewan Harum Manis Kuarters staf Kuarters staf ATM BIMB Pintu Pagar Dari Leburaya Kuala Perlis / Changloon
CARTA ALIR PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR BARU SESI JUN 2015 Calon pelajar melengkapkan borang permohonan asrama dan slip penerimaan kunci yang telah disertakan bersama Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baru sesi Jun 2015 Hadir ke kaunter serahan kunci asrama mengikut no blok yang tertera di slip pendaftaran online untuk mendaftar dan mengambil kunci asrama Kaunter 1: - Tunjukkan slip pendaftaran online bagi tujuan semakan. - Semakan borang permohonan asrama. - Semakan slip pembayaran asrama (RM60). - Tandatangan di lembaran yang disediakan. Kaunter 2: - Serahkan slip penerimaan kunci. Kaunter 3: - Serahan borang permohonan asrama. - Serahan slip pembayaran asrama (RM60). - Penerimaan kunci bilik. Terus ke bilik asrama seperti yang telah diberi. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan terhadap peralatan di bilik asrama, sila isi maklumat tersebut dalam Borang Inventori dan serahkan di kaunter Unit Pembangunan (UPP) di hadapan pejabat asrama. Bagi melancarkan proses pendaftaran asrama, hanya calon pelajar dibenarkan berada di kaunter pendaftaran asrama.