DASAR DAN GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING PUSAT KAUNSELING, PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN INSAN & TEKNOKOMUNIKASI (ikom), UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ringkas ini disediakan sebagai rujukan kepada Jabatan / Staf / pelajar mengenai perkhidmatan kaunseling, Pusat Kaunseling, Universiti Malaysia Perlis. 2.0 OBJEKTIF KAUNSELING 2.1 Membantu mahasiswa dan staf agar berketerampilan dari segi sahsiah serta mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi 2.2 Membimbing dan membantu mahasiswa dan staf dalam membentuk personaliti unggul melalui pendekatan perkembangan, pencegahan dan pemulihan. 2.3 Membantu meningkatkan pembangunan personel, potensi diri dan kematangan sosial dalam diri mahasiswa dan staf 2.4 Membantu mahasiswa dan staf agar lebih bersikap terbuka, sistematik dan mampu membuat pilihan yang sesuai serta mempunyai kemahiran daya tindak 2.5 Membantu mahasiswa membuat perancangan kerjaya, mengenalpasti minat, kebolehan dan kecenderungan kerjaya melalui program-program kerjaya, sesi kaunseling kerjaya dan ujianujian psikologi minat kerjaya. 3.0 TAFSIRAN 3.1 Kaunseling Satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling 3.2 Kaunselor Kaunselor adalah individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kaunseling dan berperanan membantu klien dalam aspek pembangunan sahsiah, akademik, kerjaya, dan kendiri melalui sesi kaunseling 3.3 Klien Klien adalah pelajar / kakitangan UniMAP yang menghadiri sesi kaunseling samada kaunseling individu atau kelompok.
4.0 METODOLOGI PERTEMUAN 4.1 Kaunseling individu Pertemuan antara seorang kaunselor dengan seorang klien (mahasiswa/i atau staf) secara bersemuka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan berlandaskan etika dalam kaunseling 4.2 Kaunseling kelompok Pertemuan antara seorang kaunselor dengan beberapa orang klien (6-8 orang ) yang mempunyai isu-isu yang hampir sama dalam tempoh masa yang telah ditetapkan 5.0 JENIS PERKHIDMATAN 5.1 Kaunseling Individu 5.2 Kaunseling Kelompok 5.3 Perkhidmatan ujian psikologi
GARIS PANDUAN/DASAR PERKHIDMATAN SESI KAUNSELING INDIVIDU. CARA PERMOHONAN a) Sukarela i. Pelajar dan staf yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling boleh datang secara sukarela dengan datang terus ke Pusat Kaunseling UniMAP. ii. Atau pelajar boleh membuat temujanji dengan kaunselor atau menghubungi Pusat Kaunseling melalui telefon atau emel. iii. Mengisi borang menghadiri sesi kaunseling b) Permohonan secara rujukan i. Pelajar dan staf boleh dirujuk samada oleh ketua jabatan, pihak pusat pengajian, kolej kediaman, pensyarah,rps atau pegawai UniMAP yang bertanggungjawab ii. Pihak yang bertanggungjawab merujuk pelajar ke sesi kaunseling perlu mengemukakan surat ATAU emel bagi merujuk pelajar berkenaan c) Temujanji i. Pelajar /staf boleh menghubungi Pusat Kaunseling di talian 049798303 / 049798321 atau emel : pusatkaunseling@unimap.edu.my bagi menetapkan tarikh dan masa temujanji. RUJUKAN HOSPITAL / PSIKIATRIS i. Pelajar dan staf yang menunjukkan simptom-simptom abnormal perlu dirujuk ke hospital/psikiatris dan tidak memerlukan sesi kaunseling ii. Pusat Kaunseling akan mengeluarkan surat rujukan kepada pihak klinik kesihatan UniMAP bagi mendapatkan rawatan lanjut
CARTA ALIR PANDUAN PROSES SESI KAUNSELING INDIVIDU MULA WALK IN RUJUKAN TEMUJANJI SURAT RUJUKAN KEPADA PUSAT KAUNSELING KES SEGERA TETAPKAN TARIKH TEMUJANJI ISI BORANG SESI KAUNSELING & PERSETUJUAN TERMAKLUM MENJALANI SESI KAUNSELING PERLU UJIAN PSIKOLOGI Laporan Ujian Psikologi SURAT RUJUKAN PERLU RUJUKAN SESI LANJUTAN BERTEMU PEGAWAI NG DIRUJUK LAPORAN TAMAT
GARIS PANDUAN /DASAR PERKHIDMATAN SESI KAUNSELING KELOMPOK AHLI KELOMPOK i. Jumlah ahli kelompok bagi sesuatu sesi kaunseling kelompok adalah antara 6 hingga 8 orang. i. Mempunyai kriteria permasalahan yang hampir sama contohnya masalah disiplin, akedemik atau kewangan dan lain-lain CARA PERMOHONAN a) Sukarela Pelajar dan staf yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling kelompok boleh datang secara sukarela terus ke Pusat Kaunseling secara berkelompok atau pelajar dan staf boleh membuat temujanji dengan kaunselor atau menghubungi Pusat Kaunseling melalui telefon atau emel dan mengisi borang sesi kaunseling kelompok b) Permohonan secara rujukan i) Ahli kelompok boleh dirujuk samada oleh pihak pusat pengajian, kolej kediaman, pensyarah,rps atau pegawai UniMAP yang bertanggungjawab ii) Pihak yang bertanggungjawab merujuk pelajar ke sesi kaunseling kelompok perlu mengemukakan surat ATAU emel bagi merujuk pelajar berkenaan PROSEDUR i. Klien perlu mengisi borang sesi kelompok dan borang persetujuan termaklum ii. Menjalani sesi kaunseling Kelompok iii. Sekiranya klien memerlukan Ujian Psikologi, klien boleh memohon dari pegawai psikologi berkenaan dan pegawai psikologi berkenaan boleh menentukan sama ada klien perlu menjalani Ujian Psikologi atau tidak. iv. Laporan Ujian Psikologi akan dikeluarkan oleh Pegawai Psikologi ang berkenaan v. Sekiranya terdapat ahli kelompok yang ingin menarik diri dari sesi kaunseling kelompok, beliau boleh memilih untuk menghadiri sesi kaunseling individu. i. Sebelum menamatkan sesi kaunseling, Klien Perlu mengisi borang penilaian sesi bagi mengenal pasti tahap kepuasan klien dan bagi Pusat Kaunseling membuat penambahbaikan dalam perkhidmatan Kaunseling
ii. Laporan sesi kaunseling kelompok akan dihantar oleh pihak Pusat Kaunseling kepada pihak berkenaan (bagi sesi kaunseling kelompok secara yang dirujuk )
CARTA ALIR PANDUAN PROSES SESI KAUNSELING KELOMPOK MULA WALK IN RUJUKAN SURAT RUJUKAN SESI KEPADA PUSAT KAUNSELING KES SEGERA TETAPKAN TARIKH TEMUJANJI ISI BORANG SESI KAUNSELING KELOMPOK & PERSETUJUAN TERMAKLUM MENJALANI SESI KAUNSELING KELOMPOK PERLU UJIAN PSIKOLOGI Laporan Ujian Psikologi SESI INDIVIDU AHLI TARIK DIRI SESI LANJUTAN LAPORAN TAMAT
GARIS PANDUAN DAN CARTA ALIR PROSES PSIKOLOGI PERKIDMATAN UJIAN i. Pelajar dan staf boleh membuat permohonan untuk menjalani Ujian Psikologi di Pusat Kaunseling UniMAP dengan menghubungi Pusat kaunseling melalui telefon: 04-9798303/8321 atau emel : pusatkaunseling@unimap.edu.my ii. Permohonan Ujian Psikologi boleh dilakukan melalui Ketua Jabatan/Dekan secara individu ATAU berkumpulan ATAU iii. Pelajar dan staf perlu membuat temujanji tarikh dan masa bagi menjalani ujian psikologi dan menetapkan jenis ujian psikologi yang akan diduduki iv. Mengisi borang pendaftaran v. Menjalani ujian psikologi vi. Mendapatkan maklumbalas (keputusan) ujian psikologi yang diambil vii. Laporan akan dihantar kepada pihak Ketua Jabatan/Dekan sekiranya dipohon.
CARTA ALIR PANDUAN PROSES PERHIDMATAN UJIAN PSIKOLOGI MULA PERMOHONAN UJIAN PSIKOLOGI INDIVIDU BERKUMPULAN MELALUI KJ/DEKAN TETAPKAN TARIKH TEMUJANJI & JENIS UJIAN PSIKOLOGI MENGISI BORANG PENDAFTARAN MENJALANI UJIAN PSIKOLOGI MAKLUMBALAS/KEPUTUSAN UJIAN LAPORAN TAMAT
PERMOHONAN RUJUKAN KES PENANGGUHAN /TAMAT PENGAJIAN i. Pelajar boleh dirujuk samada oleh pihak pusat pengajian, pensyarah, RPS atau pegawai UniMAP yang bertanggungjawab ii. Pelajar perlu mengisi borang penangguhan pengajian / terlebih dahulu serta menyelesaikan urusan pada peringkat pusat pengajian terlebih dahulu. (tidak termasuk kelulusan penangguhan pengajian) iii. Pihak Pusat Pengajian perlu menetapkan sama ada pelajar hadir ke sesi kaunseling bergantung kepada penilaian Pihak Pusat Pengajian terhadap kes pelajar. iv. Pihak yang merujuk perlu mengemukakan surat rujukan pelajar ke sesi kaunseling kepada PUSAT KAUNSELING v. Surat rujukan pelajar ke sesi kaunseling perlu dilengkapkan nama pelajar, nombor kad pelajar, pusat pengajian, dan nombor telefon terkini pelajar berkenaan serta butir diri pegawai yang merujuk.
Carta Alir Permohonan Rujukan Kes Penangguhan/Tamat Pengajian Mula Pelajar Mengisi borang penangguhan /tamat pengajian Urusan penilaian pada peringkat pusat pengajian Perlu hadir sesi kaunseling Ya Pegawai merujuk mengemukakan surat permohonan kepada PUSAT KAUNSELING Tidak Sesi Kaunseling dijalankan Pihak Pusat Pengajian Meneruskan prosedur berikutnya Laporan dihantar kepada pihak Pusat Pengajian