Drama Dato Onn (Othman Hj Zainudin)

dokumen-dokumen yang mirip
Tindakan PKM (Parti Komunis Malaya) Membakar rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Isi BAHAGIAN I LATAR BELAKANG DAN PERIBADI 1 BAHAGIAN II PENTADBIRAN BRITISH DAN PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR 75

Prosa Tradisional (Merah Silu)

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION. Tujuan Penubuhan UMNO. Perjuangan tokoh UMNO

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Penangguhan (Wijaya Mala)

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Sistem Ahli. Pembentukan Parti Perikatan. Pilihan raya Negeri

Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

1. Apakah yang mendorong peningkatan semangat nasionalisme orang Melayu pada tahun 1946? (m/s 45)

22/06/2003. Pejuang tulen ibarat lilin...

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 8 KEBANGKITAN RAKYAT TEMPATAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

1 Gambar rajah berikut menggambarkan suasana yang dapat dilihat semasa pentadbiran Brooke di Sarawak.


SEJARAH SPM 1249/2 Tingkatan 5

Drama 1400 (Nordin Hassan)

BAB 7 KESIMPULAN. Sejajar dengan perkembangan ideologi komunis di Soviet Union, fahaman komunis

Mellisa (Abdullah Hussain)

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

1. Apakah bidang yang ditekankan pada masa pemerintahan Meiji? (m/s 3) 2. Mengapakah China dijadikan sasaran awal perluasan kuasa Jepun?

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malaysia yang Berdaulat

BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

BAB 5 : KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Bagaimanakah orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union?

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Beta amat murka dengan tindakan Tun Mutahir yang mengumpul banyak harta. Adakah beliau hendak menandingi kedudukan beta sebagai sultan?

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Prosa Tradisional (Hikayat Upu Daeng Menambun) Sinopsis. Bab III

MODUL EKSPLORASI SEJARAH MTD 2010 TINGKATAN 5

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA. Dr Mohd Nasir Masroom

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

BAB 7: PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

Hikayat Opu Daeng Menambun

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

Parti Islam Se-Malaysia - Wikipedia

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR 1249/2

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

CTU553/555. ACIS, UiTM MARUWIAH AHMAT 1 PENGENALAN 5.1 KONSEP PEMBANGUNAN POLITIK DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PENGENALAN. Matlamat Pembangunan Politik

kediaman tuhan Hindu iaitu Brahma, Siva dan Vishnu. Latihan: Pelanduk Mitos Hindu Pokok Melaka 1. Senarai di atas berkaitan dengan A asal usul Parames

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

BAB 4 MALAYAN UNION SEBAB-SEBAB PEMBENTUKAN MALAYAN UNION

1. Apakah tujuan Jawatankuasa Barnes dibentuk oleh kerajaan British? (m.s 128)

Pembelajara n secara masteri

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA. Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK. ANJURAN : MALTIVO MALAYSIA dan PERTUBUHAN KEBAJIKAN MELATI MALAYSIA

MERDEKA. Buletin. Buletin MERDEKA SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) SEKOLAH TRANSFORMASI : MENJANA GENERASI ABAD KE-21

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Transkripsi:

Drama Dato Onn (Othman Hj Zainudin) Sinopsis Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru. Pemikiran Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting Dato Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.

Persoalan 1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun. 2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato Onn menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan. 3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato Onn sanggup dipecat daripada menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan. 4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda. 5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat. 6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang pekerjaan.

7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga Dato Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato Onn. 8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union. Plot Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu : (i) Permulaan Pada peringkat ini, watak Dato Onn digambarkan sebagai pemimpin orangorang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato Onn juga pernah berkahwin dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal. (ii) Perkembangan Pada bahagian ini, watak Dato Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis. Dato Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.

(iii) Konflik Perkahwinan Dato Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah. Dato Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas. MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku. MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka. Dato Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan. (iv) Klimaks Dato Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan. (v) Peleraian Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak, Dato Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tanah air. Teknik Penceritaan 1. Pemerian Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan

2. Imbas Kembali Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku 3. Dialog Onn: Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum Watak dan Perwatakan Watak Utama Dato Onn b Jaafar seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung Menteri Besar Pengasas kemerdekaan Seorang yang bertanggungjawab. Dato Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau. Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil. Watak Sampingan Halimah isteri Dato Onn seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato Onn mancari nafkah dengan menjual kuih selepas Dato Onn diberhentikan kerja.

Cik Kah seri panggung Penari yang dapat menarik perhatian Dato Onn DJ Campbell Pegawai Inggeris Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato Onn menentang pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato Onn. Dr Burhanuddin Pemimpin KMM Pengasas Parti PAS Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato Onn. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato Onn.tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris. Latar Latar Masa 1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan 2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. 3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union. 4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua 5. 1951 Dato Onn berucap 6. 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar Tempat 1. Singapura Dato Onn menjadi nelayan. 2. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. 3. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union 4. Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua 5. Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap 6. Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air Latar Masyarakat 1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air Contohnya Dato Onn. 2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan. 3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell 4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM Gaya Bahasa Diksi Kata pinjaman (bahasa Inggeris) Contoh: miss,cabaret night club, Johor Sport Club Kata pinjaman (bahasa Arab) Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah Peribahasa Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Nilai 1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya, lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya perkahwinan Dato Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama. 2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan. 3. Nilai bersatu padu. Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah. 4. Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn 5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air. 6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato Onn telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan. Pengajaran 1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya. 2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.

3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah. 4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif. 5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan. 6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi. Latihan 1. Apakah tindakan askar MPAJA selepas Jepun menyerah kalah? Jawapan: Menangkap orang kampong dan ditembak mati sesiapa sahaja yang musuh dalam perjuangan mereka. dikira sebagai 2. Apakah tugas pertama yang dilakukan oleh Dato Onn setelah dilantik sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat? Jawapan: Membuat perundingan dengan MPAJA dan penduduk Melayu yang diketuai oleh Kiai Salleh supaya memberhentikan permusuhan di Bukit Pasir.