TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

dokumen-dokumen yang mirip
ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

BAB 14 AUDIT DALAMAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Mengkaji kecukupan dan ketelusan kawalan dalaman dan sistem maklumat pengurusan, termasuk sistem bagi pematuhan undangundang

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGENDALIAN MESYUARAT

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGENDALIAN MESYUARAT

KLT-PK-04 MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PENYATA KAWALAN DALAMAN

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS KUALITI (MKI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

Berkhidmat sebagai badan tertinggi untuk meluluskan semua perbelanjaan kewangan yang penting. Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

AAW 3I4.PENGAUDITAN 1 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Kertas kerja menunjukkan status serta jenis kerja yang dijalankan seperti berikut: ...

TINDAKAN PEMBETULAN DAN PENCEGAHAN

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

PENGENDALIAN KONVOKESYEN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

Tarikh: 02 MEI 2012 Tarikh: 02 MEI 2012

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

UNDANG- UNDANG KECIL

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

kawalan dalaman PENYATA RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD (Nombor Pendaftaran :1912, Tarikh Pendaftaran 23 April 1953)

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

ADUAN PELANGGAN MAKMAL PERUBATAN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TINDAKAN PEMBETULAN DAN PENCEGAHAN

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

SPK ISO 9001:2000 FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PENGUKURAN, ANALISIS DAN PEMBAIKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEKERJA-PEKERJA JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERHAD (pindaan: 23 Jun 2012)

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

AUDIT DALAMAN PMM-PK-PS-07

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

KAWALAN REKOD. Jawatan: Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA SEBERANG PERAK BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta A1489 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

1. Pilih dan lantik pasukan Juruaudit Dalaman, Ketua Juruaudit dan adakan latihan.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

Transkripsi:

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT 1. Komposisi ahli Lembaga Pengarah hendaklah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Audit daripada kalangan mereka sendiri yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga (3) ahli pengarah, dan kesemua ahli hendaklah terdiri daripada pengarah bukan eksekutif. Majoriti ahli Jawatankuasa Audit hendaklah terdiri daripada pengarah bebas. Lembaga Pengarah menerima pakai definisi "pengarah bebas" seperti yang ditakrifkan di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"). Semua ahli Jawatankuasa Audit hendaklah arif dalam bidang kewangan dan sekurang-kurangnya seorang (1) ahli Jawatankuasa Audit mestilah: - merupakan seorang ahli Institut Akauntan Malaysia ("MIA"); atau jika bukan ahli MIA, beliau mesti mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dan: i. beliau mesti telah lulus peperiksaan yang dikhususkan di bawah Bahagian I Jadual Pertama Akta Akauntan, 1967; atau ii. beliau mesti seorang ahli bagi satu daripada persatuan akauntan yang telah dikhususkan di bawah Bahagian II Jadual Pertama Akta Akauntan, 1967; atau memenuhi keperluan lain seperti yang ditetapkan atau diluluskan oleh Bursa Securities. Tiada pengarah silih ganti daripada Lembaga Pengarah boleh dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Audit. Tempoh jawatan dan prestasi Jawatankuasa Audit dan setiap ahlinya hendaklah disemak semula oleh Jawatankuasa Pencalonan setiap tahun untuk menentukan sama ada Jawatankuasa Audit dan ahli-ahlinya telah menjalankan tugas mereka mengikut terma-terma rujukan Jawatankuasa Audit. Persaraan dan perletakan jawatan Jika seorang ahli Jawatankuasa Audit meletak jawatan, meninggal dunia, atau atas apa-apa sebab terhenti menjadi ahli dan menyebabkan ketidakpatuhan kepada kriteria komposisi seperti yang dinyatakan dalam perenggan 1 di atas, Lembaga Pengarah hendaklah, dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh ketidakpatuhan, melantik ahli baru untuk mengisi kekosongan itu. 2. Pengerusi Ahli-ahli Jawatankuasa Audit hendaklah melantik seorang Pengerusi daripada kalangan mereka dan Pengerusi hendaklah merupakan seorang pengarah bebas. Kekosongan yang mengakibatkan ketidakpatuhan dengan keperluan untuk memilih seorang Pengerusi bebas bagi Jawatankuasa Audit mesti diisi dalam tempoh tiga (3) bulan. Dalam ketiadaan Pengerusi Jawatankuasa Audit, ahli-ahli Jawatankuasa Audit yang lain hendaklah memilih seorang Pengerusi yang merupakan seorang

pengarah bebas daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu. 3. Setiausaha Setiausaha Syarikat akan menjadi Setiausaha Jawatankuasa Audit dan sebagai prosedur pelaporan, minit-minit mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli Lembaga Pengarah. 4. Mesyuarat 5. Minit Jawatankuasa Audit akan mengadakan mesyuarat dengan kerap, dengan notis yang menyatakan isu-isu yang akan dibincangkan, dan merekodkan kesimpulannya dalam pelaksanaan tugas-tugas dan tanggungjawabtanggungjawabnya. Di samping itu, Pengerusi boleh memanggil untuk mesyuarat tambahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Pengerusi. Atas permintaan juruaudit luar, Pengerusi Jawatankuasa Audit akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Audit untuk mempertimbangkan sebarang perkara yang difikirkan perlu dibawa kepada perhatian para Pengarah atau pemegang saham. Notis mesyuarat Jawatankuasa Audit akan diberi kepada semua ahli Jawatankuasa Audit kecuali jika Jawatankuasa Audit mengetepikan keperluan tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Audit akan berkomunikasi secara berterusan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah, pengurusan kanan seperti Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan, juruaudit dalaman dan juruaudit luaran untuk memastikan bahawa beliau dimaklumkan tentang perkara-perkara yang melibatkan Syarikat. Ketua Pegawai Kewangan dan seorang wakil juruaudit dalaman dan luar masingmasing perlu menghadiri mesyuarat-mesyuarat. Ahli Lembaga Pengarah yang lain dan kakitangan syarikat boleh menghadiri mesyuarat atas jemputan Jawatankuasa Audit. Jawatankuasa Audit boleh mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar, juruaudit dalaman atau kedua-duanya tanpa kehadiran ahli Lembaga Pengarah eksekutif atau kakitangan jika perlu dan sekurang-kurangnya dua kali setahun dengan juruaudit luar. Persoalan yang timbul dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Audit akan diputuskan dengan undi majoriti ahli-ahli yang hadir. Sekiranya terdapat bilangan undi yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Audit akan diberi undi kedua atau undi pemutus. Minit setiap mesyuarat akan disimpan di pejabat berdaftar dan diedarkan kepada setiap ahli Jawatankuasa Audit dan juga kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain. Pengerusi Jawatankuasa Audit akan melaporkan prosiding setiap mesyuarat kepada Lembaga Pengarah. Minit mesyuarat Jawatankuasa Audit akan ditandatangani oleh Pengerusi mesyuarat di mana prosiding itu diadakan atau oleh Pengerusi mesyuarat yang berikutnya. 6. Kuorum

Kuorum bagi Mesyuarat Jawatankuasa Audit ialah kehadiran majoriti ahli yang terdiri daripada pengarah bebas. 7. Resolusi Edaran Resolusi edaran yang ditandatangani oleh majoriti ahli-ahli Jawatankuasa Audit pada masa itu adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah ia telah diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit yang telah dipanggil dan dihadiri dengan sewajarnya. Sebarang resolusi edaran boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk yang serupa yang ditandatangani oleh seorang (1) atau lebih daripada seorang ahli Jawatankuasa Audit. Sesuatu dokumen yang telah ditandatangani dan dihantar kepada Syarikat melalui teleks, telegram, kabel, faksimile atau mesej bertulis elektrik atau digital yang lain untuk memasukkan tandatangan ahli Jawatankuasa Audit boleh diterima sebagai ditandatangani oleh seorang ahli Jawatankuasa Audit. 8. Pelaporan Jawatankuasa Audit hendaklah melaporkan kepada Lembaga Pengarah, sama ada secara rasmi ataupun secara bertulis, atau lisan, sebagaimana yang difikirnya sesuai, berkenaan perkara-perkara dalam bidang tugasnya sekurang-kurangnya sekali setahun, atau lebih kerap jika dirasakan perlu. Jawatankuasa Audit hendaklah melaporkan kepada Lembaga Pengarah tentang perkara-perkara khusus yang dirujuk kepadanya oleh Lembaga Pengarah untuk siasatan dan pelaporan. 9. Objektif Objektif utama Jawatankuasa Audit adalah membantu Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab berkanun yang berkaitan dengan perakaunan dan amalan laporan Syarikat. Di samping itu, Jawatankuasa Audit hendaklah: - menilai kualiti audit yang dijalankan oleh juruaudit dalaman dan luar; memberi jaminan bahawa maklumat kewangan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan adalah relevan, boleh dipercayai dan tepat pada masanya; mengawasi pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan serta mematuhi kod perlakuan yang betul; dan menentukan kualiti, kecukupan dan keberkesanan kawalan Syarikat. 10. Bidang kuasa Jawatankuasa Audit akan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan atas tanggungan Syarikat, mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menyiasat sebarang perkara di dalam lingkungan terma-terma rujukannya, memiliki sumber yang diperlukan untuk berbuat demikian, dan memiliki akses penuh kepada maklumat. Semua kakitangan akan diarahkan untuk bekerjasama seperti yang diminta oleh ahli-ahli Jawatankuasa Audit; memiliki akses penuh dan tidak terhad kepada semua maklumat dan dokumen/sumber yang diperlukan untuk menjalankan tugasnya dan juga

memiliki akses penuh dan tidak terhad kepada juruaudit dalaman dan luar dan pengurusan kanan Syarikat; (e) mendapatkan khidmat nasihat profesional bebas atau daripada pihak lain dan menjemput pihak luar yang mempunyai pengalaman yang berkaitan untuk menghadiri mesyuarat, jika perlu; memiliki saluran komunikasi langsung dengan juruaudit dalaman dan luar dan individu yang menjalankan fungsi audit dalaman dan luar atau aktiviti (jika ada); dan jika Jawatankuasa Audit berpendapat bahawa perkara yang dilaporkan olehnya kepada Lembaga Pengarah tidak diselesaikan dengan memuaskan sehingga menyebabkan pelanggaran Keperluan Penyenaraian, Jawatankuasa Audit hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Bursa Securities dengan segera. 11. Tugas dan tanggungjawab Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit adalah seperti berikut: - (e) Mempertimbangkan pelantikan juruaudit luar, yuran audit dan sebarang soalan mengenai peletakan jawatan atau pemecatan; Menetapkan dasar yang mentadbir keadaan-keadaan di mana kontrak bagi perkhidmatan bukan audit boleh dimasuki dan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh juruaudit luar; Membincangkan jenis dan skop audit dengan juruaudit luar sebelum audit dimulakan serta memastikan wujud penyelarasan jika lebih daripada satu firma audit terlibat dalam pengauditan; Mengkaji penilaian sistem kawalan dalaman dan laporan audit dengan juruaudit luar; Mengkaji penyata kewangan suku tahun dan akhir tahun Syarikat sebelum ia dibentangkan kepada Lembaga Pengarah dengan memberi tumpuan, khusunya kepada - sebarang perubahan dalam dasar dan amalan perakaunan pelarasan penting yang timbul daripada audit andaian operasi yang berterusan pematuhan kepada piawaian perakaunan dan lain-lain keperluan perundangan perkara-perkara penting yang diketengahkan termasuk isu-isu laporan kewangan, pertimbangan penting yang dibuat oleh pihak pengurusan, peristiwa atau transaksi yang penting dan luar biasa, dan bagaimana perkara-perkara ini ditangani (f) (g) Membincangkan masalah dan keraguan yang timbul daripada audit interim dan akhir, dan sebarang perkara yang juruaudit ingin bincangkan (tanpa kehadiran pihak pengurusan, jika perlu); Meneliti surat pengurusan juruaudit luar dan ulasan pengurusan;

(h) Melaksanakan perkara berikut bagi fungsi audit dalaman: - meneliti kecukupan skop, fungsi, kecekapan dan sumber fungsi audit dalaman dan sama ada ia mempunyai kuasa yang diperlukan untuk menjalankan tugasnya mengkaji program audit dalaman dan keputusan proses audit dalaman dan jika perlu, memastikan tindakan yang sewajarnya diambil ke atas cadangan fungsi audit dalaman mengkaji pelan audit dalaman, mempertimbangkan laporan audit dalaman dan penemuan juruaudit dalaman, penyiasatan penipuan dan tindakan serta langkah-langkah yang diambil oleh Pengurusan berkenaan penemuan audit mengkaji sebarang penilaian prestasi ahli atas fungsi audit dalaman meluluskan sebarang pelantikan atau pemecatan juruaudit dalaman; (I) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) (q) (r) (s) Mempertimbangkan sebarang transaksi pihak yang berkaitan dan situasi konflik kepentingan yang mungkin timbul dalam Syarikat termasuk sebarang transaksi, prosedur atau tatacara yang menimbulkan persoalan terhadap integriti pengurusan; Melaporkan penemuan atas prestasi kewangan dan pengurusan, dan perkara material yang lain kepada Lembaga Pengarah; Mempertimbangkan penemuan utama siasatan dalaman dan respons daripada pihak pengurusan; Mengesahkan bahawa peruntukan skim opsyen saham pekerja ("ESOS") mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam undang-undang kecil ESOS Syarikat, jika ada; Memantau integriti penyata kewangan Syarikat; Memantau kebebasan dan kelayakan juruaudit luar Syarikat; Memantau prestasi fungsi audit dalaman Syarikat; Memantau pematuhan Syarikat dengan undang-undang, peraturanperaturan dan kod tingkah laku yang berkaitan; Mengkaji kecukupan dan keberkesanan pengurusan risiko, sistem kawalan dan tadbir urus dalaman; Mempertimbang dan memeriksa perkara-perkara lain yang dianggap perlu oleh Jawatankuasa Audit; dan Mempertimbang perkara-perkara lain yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah.