BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PINJAMAN KEWANGAN DAN SUMBANGAN PERSATUAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN KEBUDAYAAN KAKITANGAN YAYASAN SELANGOR (PINDAAN 01 APRIL 2016)

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

Transkripsi:

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR 1. NAMA PERTUBUHAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA, BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11,SHAH ALAM, SELANGOR. 2. TEMPAT URUSAN Tempat urusan dan alamat surat menyurat Pertubuhan ialah Surau At-Taqwa, Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam, 40170 Selangor atau ditempat lain yang akan ditetapkan dari semasa kesemasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan berdartar dan alamat surat menyurat Pertubuhan ini boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. 3. TUJUAN 3.1 Memberi bantuan wang kepada ahli atau tangunggan ahli atau waris ahli bila berlaku kematian. 3.2 Memberi bantuan menguruskan jenazah ahli atau tanggungan ahli mengikut keperluan. 4. KEAHLIAN 4.1 Ahli-ahli pertubuhan ini terbuka kepada penduduk Islam kariah Surau At-Taqwa, Bukit Bandaraya,Sekyen U11, Shah Alam, Selangor yang merangkumi kawasan perumahan PALATIUM, SALASIA, EEMMRA, IRIS, NUANG HILL DAN EMMELIA. Walaubagaimanapun Ahli Jawatankuasa dengan persetujuan sebulat suara dari masa kesemasa boleh menambah kawasan perumahan baru mengikut keperluan. 4.2 Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah berumur tidak kurang darpada 18 tahun dan hendaklah memohon melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi dari Setiausaha. Mesyuarat Jawatankuasa berhak melulus atau menolak sebarang perhonanan. 1

5. WANG PENDAFTARAN DAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN 5.1 Tiap-tiap ahli baru hendaklah menjelaskan wang pendaftaran sebanyak RM 30.00. Wang pendaftaran ini akan dikumpul dalam satu tabung yang di namakan sebagai Tabung Khairat Kematian. 5.2 Wang dari Tabung Khairat Kematian hendaklah digunakan semata- mata untuk membayar bantuan khairat kematian kepada ahli atau waris sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain melainkan setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Agong. 5.3 Bila ada kematian, bantuan khairat boleh dibayar dari kumpulan wang Tabung Khairat Kematian. Setelah itu hendaklah dipunggut semula dari setiap orang ahli sebanyak RM 10.00 bagi menampung kekurangan wang dari tabung tersebut. 5.4 Ahli-ahli yang tidak membayar wang punggutan semula sebanyak RM 10.00 apabila berlaku kematian, akan diberi surat peringatan oleh Setiausaha atau Bendahari dan jika ahli tersebut masih tidak membayar wang tersebut dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat peringatan dikeluarkan, ia dianggap telah berhenti menjadi ahli. Ahli-ahli yang telah berhenti menjadi ahli tidak berhak menerima bantuan kematian dan tidak berhak menuntut balik apa apa wang yang telah dibayar kepada Pertubuhan ini. 6. YURAN 6.1 Tiap-tiap ahli dikehendaki membayar yuran tahunan sebanyak RM 10.00 sahaja kepada Bendahari sebelum akhir bulan Febuari. Ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih dari satu tahun dengan sendirinya terhenti menjadi ahli. Yuran tahunan hanya boleh digunakan untuk perbelanjaan pentadbiran sahaja dan kira-kiranya hendaklah diasingkan daripada Kumpulan Wang Tabung Khairat Kematian. 6.2 Semua sumber pendapatan dan kutipan wang pertubuhan ini hendaklah disimpan dalam satu akaun bank tempatan di atas nama pertubuhan. 6.3 Ahli yang telah berhenti menjadi ahli kerana tidak menjelaskan Yuran Tahunan atau Wang Pungutan semula sebanyak RM10.00, boleh memohon semula menjadi ahli dengan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM30.00 2

7. BANTUAN KEMATIAN 7.1 Wang bantuan kematian akan dibayar kepada ahli atau waris seperti berikut; BIL. JENIS KEMATIAN JUMLAH BANTUAN 1. 2. 3. 4. Atas kematian ahli / suami / isteri Atas kematian anak ahli yang masih dalam tanggungan atau bayi belum daftar Atas kematian Ibu / Bapa / Mentua yang tinggal dengan Ahli Atas kematian anak angkat / anak tiri yang namanya didaftar dan masih dalam tanggungan RM1,000.00 RM500.00 RM500.00 RM500.00 7.2 Jumlah bantuan kematian boleh dinaikan dari masa ke semasa dengan syarat, kenaikan tersebut dipersetujui dan diluluskan oleh Mesyuarat Agong. 8. SYARAT BANTUAN 8.1 Bayaran kematian akan dibayar cuma atas kematian ahli atau tanggungan ahli yang namanya ada di dalam simpanan Setiausaha dengan syarat ada surat mati yang sah.atas kematian ahli sendiri, bantuan akan dibayar kepada waris dan atas kematian tanggungan, bantuan akan dibayar kepada ahli. 8.2 Ahli tidak layak menuntut sebarang bantuan bagi kematian anak atau tanggungan yang telah berkahwin walaupun nama anak atau tanggungan tersebut ada dalam senarai tanggungan ahli. Anak yang telah berkahwin hendaklah mendaftar menjadi ahli secara berasingan. 9. PENTADBIRAN 9.1 Kuasa yang tertinggi di dalam pertubuhan ini terletak pada Mesyuarat Agung. Di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, ahli-ahli hendaklah melantik jawatankuasa kerja yang akan mentadbir pertubuhan ini. Mereka akan memegang jawatan masing-masing sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang atau sehingga mereka meletak jawatan atau diberhentikan. Ahli Jawatankuasa Kerja adalah terdiri; 3

a. Seorang Yang DiPertua b. Seorang Timbalan Yang DiPertua c. Seorang Setiausaha d. Seorang Penolong Setiausaha e. Seorang Bendahari f. Seorang Penolong Bendahari g. 9 orang Ahli Jawatankuasa biasa 9.2 Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Setiausaha, bendahari dan 6 orang Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa seperti yang disebutkan di dalam ceraian (g) Fasal ini hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung. 9.3 Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari dan 1/3 daripada Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah dilantik oleh Yang DiPertua dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja. 10. TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA 10.1 Yang DiPertua i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan badan ini sesuai dengan matlamat dan tujuan badan ini ditubuhkan. ii) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara kerharmonian, persefahaman dan kesungguhan Ahli Jawatankuasa Kerja dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. iii) Menetapkan tempat, tarikh dan masa mesyuarat dan mempengerusikan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. 10.2 Timbalan Yang DiPertua i) Membantu tugas Yang DiPertua ii) Mempengerusikan Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa apabila Yang DiPertua berhalangan atau tidak hadir. 10.3 Setiausaha i) Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang DiPertua dan Jawatankuasa Kerja. ii) Bertanggungjawab atas kesempurnaan pentadbiran dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung. 4

iii) Menyediakan laporan kegiatan dan kemajuan badan bagi tujuan mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung. iv) Menyimpan maklumat peribadi semua ahli serta bertanggungjawab mengesahkan kesahihan semua tuntutan ahli sebelum sebarang bantuan wang boleh dikeluarkan. 10.4 Penolong Setiausaha i) Membantu tugas-tugas Setiausaha ii) Menjalankan tugas Setiausaha apabila Setiausaha berhalangan atau tidak hadir dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 10.5 Bendahari i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan dan menyediakan rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan badan ini. ii) Bertanggungjawab bagi menyediakan penyata kewangan untuk dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa. iii) Menyediakan laporan dan dokumen kewangan unutk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira dan membentang penyata kewangan berakhir 31 Disember dalam Mesyuarat Agung. iv) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih dari RM2,000.00 sahaja bagi memastikan bantuan wang boleh disampikan kepada ahli/waris pada bila-bila masa secepat mungkin, walaupun pada hari cuti mingguan atau cuti umum. v) Bendahari bertanggungjawab dengan semua wang yang diterima dan dibelanjakan serta diberi kuasa menandatangi cek-cek bagi pihak pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua atau Setiauasaha. 10.6 Penolong Bendahari i) Membantu tugas-tugas Bendahari ii) Membentang laporan kewangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung apabila Bendahari berhalangan atau tidak hadir. 10.7 Ahli Jawatankuasa Biasa Bertanggungjawab membantu mana-mana Ahli Jawatankuasa Kerja seperti yang diarahkan oleh Yang Dipertua 5

11. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 11.1 Mesyuarat Agung Dwi Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin selepas berakhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac. Notis mesyuarat termasuk salinan laporan tahunan dan penyata kira-kira yang telah diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum diadakan mesyuarat. 11.2 Perkara yang diuruskan di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ialah; i) Mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung yang lalu ii) Membentang dan menerima Laporan Tahunan iii) Membentang dan menerima Penyata Kewangan iv) Melantik Ahli Jawatankuasa Kerja v) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira vi) Membahaskan usul-usul 11.3 Mesyuarat Agung hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli yang berjumlah tidak kurang dari 3 kali jumlah Ahli Jawatankuasa. 12. MESYUARAT AGUNG KHAS 12.1 Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa pun apabila difikirkan mustahak oleh Mesyuarat Jawatankuasa atau mestilah diadakan oleh Setiausaha dalam tempoh 30 hari setelah menerima permintaan bertulis yang ditandatangani beramai-ramai oleh tidak kurang dari 1/5 daripada jumlah ahli yang menerangkan sebab-sebab hendak diadakan mesyuarat itu. 12.2 Notis dan agenda Mesyuarat Agung Khas hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat diadakan. 12.3 Mesyuarat Agung Khas hanya sah dijalankan jika diharidi oleh ahli-ahli yang berjumlah tidak kurang dari tiga kali jumlah ahli jawatankuasa. 13. MESYUARAT JAWATANKUASA 6 13.1 Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan boleh diadakan pada bila-bila masa pun jika difikirkan perlu oleh Yang DiPertua.

13.2 Notis dan agenda Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diedarkan kepada semua Ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat. 13.3 Mesyuarat Jawatankuasa hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh tidak kurang dari separuh jumlah ahli jawatankuasa. 14. PEMECATAN AHLI JAWATANKUASA Pemecatan Ahli Jawatankuasa dan memilih gantinya boleh dilakukan di dalam Mesyuarat Agung Khas. Mesyuarat Jawatankuasa hanya boleh melantik pemangku bagi jawatan yang kosong kerana berhenti atau meninggal dunia. 15. PEMERIKSA KIRA-KIRA 15.1 Dua orang yang bukan Ahli Jawatankuasa boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. 15.2 Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi dua tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Mereka boleh juga memeriksa kira-kira pertubuhan pada bila-bila masa jika difikirkan perlu oleh Yang DiPertua. 16. PERKARA AM 16.1 Seseorang ahli boleh menamakan sebagai orang yang menerima wang bantuan dari gulungan yang disebutkan selepas ini Suami, isteri, anak (termasuk anak angkat) cucu, ibu, bapa, menantu, saudara seibu dan sebapa, saudara seibu atau sebapa atau menamakan mana-mana orang lain dengan bertulis dan ditandatangani sendiri di hadapan dan disaksikan oleh Jaksa Pendamai atau seorang Magistret atau Pendaftar. 16.2 Setiap ahli hendaklah diberi satu salinan Undang-undang Pertubuhan ini dengan percuma apabila diterima menjadi ahli. Orang-orang lain sama ada ahli atau bukan ahli boleh diberi satu salinan Undang-undang pertubuhan ini apabila diminta. 7

16.3 Buku-buku berkenaan pertubuhan ini dan daftar ahli boleh diperiksa oleh ahli atau seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam kumpulan wang pertubuhan dengan syarat memberitahu Setiausaha 5 hari terlebih dahulu. 16.4 Ahli-ahli yang ada kemuskilan terhadap mana-mana pegawai pertubunan ini boleh mengemukakan kemuskilannya di dalam Mesyuarat Agung dan keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad. Bekas ahli dan mereka yang ada sangkutannya dengan pertubuhan ini boleh mengemukakan kemuskilan ke dalam Mesyuarat Agung melalui ahli yang hadir. 16.5 Pertubuhan ini tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan di luar Malaysia. 16.6 Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (Satu ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang tidak melebihi RM1,000.00 (Satu ribu) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang DiPertua bersama Setiausaha dan Bendahari. 16.7 Ahli yang melanggar undang-undang pertubuhan ini atau berkelakuan tidak baik sehingga mencemarkan nama baik atau mendatangkan kerugian kepada pertubuhan ini boleh dipecat dari menjadi ahli oleh Mesyuarat Jawatankuasa. Sebelum dipecat, ahli berkenaan mestilah diberitahu dengan bertulis tentang sebab-sebab ia hendak dipecat dan seterusnya diberi peluang untuk memberi apa-apa penjelasan bertulis atau dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan khas kerananya. 16.7.1 Jika 2/3 Ahli Jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat tersebut menyokong pemecatan maka ahli berkenaan akan dipecat dengan serta merta. Walau bagaimanapun, ahli berkenaan boleh membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung. 16.8 Pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak akan diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor universiti berkenaan. 16.9 Ahli yang ingin berhenti menjadi ahli hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya. 16.10 Lima puluh peratus daripada kumpulan wang pertubuhan yang tidak segera dikehendaki untuk membayar faedah-faedah boleh dilaburkan dalam cagaran-cagaran amanah atau dengan persetujuan Pendaftar Pertubuhan atas syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan bagi membeli tanah atau harta kekal yang lain. 8

17. PENGAMANAH 17.1 Tiga orang pengamanah yang berumur lebih dari 21 tahun hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh pertubuhan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap dan pelaburan kumpulan wang pertubuhan. Seseorang ahli yang memegang jawatan Setiausaha dan Bendahari dalam pertubuhan ini tidak boleh dilantik menjadi pengamanah. 17.2 Suatu salinan ketetapan melantik seseorang pengamanah yang ditandatangani oleh pengamanah yang dilantik dan disahkan oleh Setiausaha hendaklah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan. 17.3 Seseorang pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit tidak siuman, tidak berada di dalam Negara atau kerana lainlain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau perlucutan jawatan bagi seseorang pengamanah maka kekosongan itu boleh dipenuhi oleh pengamanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung. 18. TAFSIRAN Di antara Mesyuarat Agung, Mesyuarat Jawatankuasa bolehlah memberikan tafsiran kepada undang-undang ini dan memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalamnya. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa adalah muktamad sehingga dirombak oleh Mesyuarat Agung. 19. PINDAAN UNDANG-UNDANG Segala pindaan kepada undang-undang ini hendaklah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung oleh ahli-ahli yang hadir dengan suara terbanyak, akan tetapi pindaan kepada undang-undang yang mengurangkan bantuan yang telah ditetapkan dalam undang-undang ini hanya boleh dibuat dengan persetujuan ¾ (tiga suku) daripada jumlah ahli pertubuhan dengan cara undi sulit. Segala pindaan undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan sebelum terlebih dahulu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. 20. PEMBUBARAN Pertubuhan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan ¾ daripada ahli-ahli pertubuhan ini di dalam Mesyuarat Agung yang diadakan khas kerana itu. Apabila keputusan 9

Sekian telah diambil untuk membubarkan pertubuhan ini maka segala hutang piutang yang sah hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut keputusan Mesyuarat Agung yang membubarkan pertubuhan ini. Pembubaran itu hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran. Tarikh : 7 Jamadil Awal 1436 26 Februari 2015 10