Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

dokumen-dokumen yang mirip
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak

Sustainable Education 54

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

La-:c:ar: Li.+.j. ett iiecal.-.;c. Abstrak. Cik Zainab binti Hasan {Guru Besar} SK Jalan Bellamy, Kuala Lumpur

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

SONANGBAH TU! Oleh. Jindu anak Lundu, Sekolah Kebangsaan Koran, Serian, Sarawak. Abstrak

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

2.0 PENYATAAN MASALAH

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

KAJIAN TINDAKAN 2011

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

SENARAI TUGAS GURU BESAR

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

Kajian Impak Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BPPT)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

MUKADIMAH POKET SAMPAH Oleh Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar Sek. Keb. Lubok Antu, Jalan Temenggong Simpi, 95900 Lubok Antu, Sri Aman Abstrak Kertas ini membicarakan mengenai satu projek kajian tindakan berkaitan dengan membentuk satu gerak tindakan mengutip sampah di kalangan murid-murid Tahun Lima Teratai SK Lubok Antu. Kajian ini cuba menunjukkan proses tindakan yang timbul dari dalam diri murid-murid, unsur kesedaran dan tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran. Kajian ini juga membantu sekolah untuk merealisasikan program sampah sifar. Walau bagaimanapun, kertas kajian ini hanya memaparkan perancangan program ini. Saya bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Antu, Daerah Lubok Antu dalam Bahagian Sri Aman,. Saya mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Rejang, Bintangor. Saya mula bertugas di SK Lubok Antu pada tahun 2002 setelah menerima tawaran naik pangkat sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum. Sebelum ini, saya telah mengajar di beberapa stesen dalam Bahagian Sri Aman. Di SK Lubok Antu, saya mengajar subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Moral serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. SK Lubok Antu adalah sebuah sekolah rendah yang terbesar dari segi jumlah murid di Daerah Lubok Antu. Sekolah ini menempatkan seramai 503 orang murid yang majoritnya adalah kaum Iban. Separuh daripada jumlah tersebut menginap di asrama sekolah. Jumlah guru dan kakitangan sekolah adalah seramai 38 orang. KEPRIHATINAN SAYA Kajian ini bermula ketika saya berdepan dengan keadaan sampah yang merata-rata di sekitar sekolah khususnya selepas waktu rehat sekolah. Waktu rehat sekolah adalah pada pukul 10.10 pagi. Sememangnya, peraturan sekolah sangat jelas tentang tanggungjawab murid terhadap sampah. Di samping itu, nasihat dan teguran para guru boleh didengar hampir setiap masa. Namun, perangai tidak bertanggungjawab ini masih berleluasa. Saya berkesempatan bertanya beberapa orang guru yang mengajar di sekolah ini. Jawapan yang diberikan mengatakan bahawa tabiat dan perangai murid-murid yang tidak bertanggungjawab dan tiada sikap sayang serta cintakan sekolah merupakan antaran faktornya. Keadaan sedemikian dapat dilihat di dalam asrama, tempat penginapan separuh daripada jumlah murid SK Lubok Antu. Sampah-sarap merata-rata dan tempat tidur tidak terurus mendorong saya untuk cuba menjalankan kajian tindakan ini. FOKUS KAJIAN Saya memfokuskan kajian terhadap membina sikap mengutip sampah dan menerima penghargaan di atas tindakan tersebut. Dalam melaksanakan kajian ini, saya memperoleh maklumat kajian melalui temu bual dengan guru-guru kelas serta guru subjek Pendidikan Moral dan murid-murid kelas tahun 5 Teratai. OBJEKTIF KAJIAN Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk: 133

(a) (b) membentuk sikap positif murid-murid terhadap persekitaran, dan menambah baik amalan kendiri dengan menggunakan pendekatan tingkah laku. PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian ini berkisar pada soalan-soalan berikut: (a) Apakah pendekatan tingkahlaku melalui pemberian token atau ganjaran dapat membantu meningkatkan kesedaran murid terhadap sampah? (b) Adakah wujud kaedah lain untuk mengubah tabiat dan perangai murid-murid terhadap sampah? PERANCANGAN TINDAKAN Pada peringkat permulaan, murid-murid Tahun 5 Teratai yang seramai 45 orang diberi penerangan mengenai kajian tindakan ini. Ini penting kerana mereka ialah subjek dalam kajian ini selain saya sendiri. Dalam pada itu, beberapa orang guru yang dipilih juga hadir bersama-sama. Murid-murid dimaklumkan bahawa tugasan yang akan mereka lakukan amat mudah. Tugasan mereka adalah untuk mengutip sampah di sekitar kawasan sekolah. Sampah-sarap yang telah dikumpul akan dimasukkan ke dalam sebuah tong sampah yang dinamakan poket sampah. Poket sampah ini adalah tong sampah biasa. Seperti tong-tong sampah lain, ia merupakan tempat membuang sampah yang cuma sedikit berbeza dari segi warnanya. Poket sampah berwarna putih. Ia diletakkan di satu tempat strategik agar dapat dilihat dengan jelas dan menjadi satu benda yang memberi perhatian kepada murid-murid, guru-guru lain dan sesiapa sahaja yang melawat sekolah. Apa yang menarik mengenai poket sampah ini kepada murid-murid adalah apabila mereka telah membuang sampah ke dalamnya, murid-murid akan mengambil kad ucapan tahniah dan arahan berikutnya daripada guru. Kad-kad ini merupakan kad penghargaan kepada murid-murid yang telah melaksanakan tugasan mereka. Contoh-contoh kad-kad tersebut adalah seperti pada Lampiran 1. Setiap kali setelah melaksanakan tugasan yang tercatat di dalam kad tersebut, murid-murid akan mengambil kad baru daripada guru. Oleh sebab projek ini hanya dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan, maka ucapan dan arahan dalam kad-kad tersebut disediakan berbeza-beza mengikut kesesuaian. Aspek-aspek lain yang ditekankan adalah keikhlasan dan kejujuran. Aspek nilai ini lahir perlu dalam diri murid-murid. Penekanan kepada aspek ini adalah secara maksimum dan tindakan menghukum jika gagal melaksanakan adalah minimum. Apa yang penting di sini ialah kesedaran perlu timbul dalam diri mereka sendiri tanpa paksaan. Dengan cara ini, kerja pemantauan daripada pihak guru dapat dikurangkan. Di samping itu, murid-murid digalakkan bergerak dalam kumpulan bertiga, berempat atau sekurang-kurangnya berpasangan asalkan dalam kumpulan kecil. REFLEKSI Refleksi dibuat berdasarkan aspek-aspek seperti berikut: ASPEK-ASPEK REFLEKSI 1. Pengalaman /perasaan Dilema CATATAN menjalankan kajian ini memerlukan kekuatan dalam diri saya. Minat yang dominan dalam trait peribadi seseorang adalah satu kekuatan. Sebaliknya, jika trait investigative kurang terdapat seseorang seperti pada diri saya, sering berlaku konflik untuk menyiapkan atau meneruskan tugasan. Ada-ada sahaja perkara yang menghambat usaha itu. Kadang-kadang perkara yang menghambat boleh dan dapat diurus sendiri dengan mudah. Ini merupakan dilema saya. 134

2. Masalah pelaksanaan penyelidikan 1. Sikap dan tabiat suka membuang sampah yang sudah melekat dalam diri murid-murid agak payah diubah dalam masa yang pendek. 2. Tidak semua murid yang boleh membaca. Keadaan ini merumitkan mereka yang berkenaan untuk menghayati konsep sebenarnya projek ini. 3. Memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menangani beberapa masalah yang timbul dan dalam membentuk sikap serta tabiat baru murid-murid. 3. Tindakan lanjut Membuat pilihan sama ada: a. meneruskan tindakan b. mengubah suai tindakan c. menukar tindakan Saya akan menggunakan segala ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dalam bengkel dan kursus kajian tindakan untuk meneruskan tindakan bagi isu-isu lain pada masa akan datang. BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan, Jilid 2, No 1, 68-85. Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147. Lampiran 1 Contoh-contoh kad yang dicabut oleh murid-murid yang terlibat selepas membuang sampah di dalam poket sampah. kawasan kantin. hidup anda. Teruskan. blok pentadbiran. Contoh kad 1 Contoh kad 2 135

kawasan Pusat Sumber Sekolah. kawasan Pra sekolah Contoh kad 3 Contoh kad 4 kawasan asrama lelaki. kawasan asrama perempuan. Contoh kad 7 Contoh kad 8 kawasan makmal komputer kawasan makmal komputer Contoh kad 9 Contoh kad 10 Ringkasan Sesi Komen: Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Gapar kerana membentang kertas kerja. Cikgu Gapar bukannya gagal kerana kajian cikgu masih memberi fokus kepada isu pendidikan. Walaupun cikgu hanya melaporkan perancangan tindakan cikgu, cikgu telah menceritakan kepada pendengar pandangan cikgu. Selain itu, apa yang cikgu lalui adalah satu proses pembelajaran. Sebagai penyelidik, kita tidak mengisahkan keputusan yang berbentuk kejayaan sahaja. Kita sepatutnya mendorong dan memberi sokongan kepada guru kerana proses yang dilalui (Pn. Chuah). Komen: Tajuk kertas kerja ini adalah di luar bilik darjah dan aspeknya adalah untuk semua orang. Budaya kebersihan gagal diserapkan (Cikgu Abang Adenan). Komen: Syabas atas keikhlasan pembentangan. Apa yang dibuat merupakan pelan yang baik. Untuk melaksanakan amalan membuang sampah ke dalam tong sampah, guru dan staf sekolah harus memberi contoh yang baik iaitu guru sendiri mengutip sampah dahulu (Cikgu Storey). 136

Komen: Sampah terdapat di mana-mana. Cadangannya ialah jangan diberi tong sampah tetapi plastik dan kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah Majlis Daerah. Arahan perlu diberi untuk pastikan tidak ada sampah dalam kelas sebelum memulakan p&p (Cikgu Kelana). Komen: Sememangnya hendak dengar perkara positif melalui PT. Adalah diharapkan kertas kerja yang tidak sempurna ditapis dahulu kajian sebelum pembentangan agar dapat menarik minat audiens serta peserta yang hadir boleh mendapat manfaat daripada seminar ini. Dicadangkan apa yang sesuai untuk sekolah perlu diberi penekanan (Cikgu Alban). Dilaporkan oleh: Cikgu Mary Kong Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Bangkong 137