SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

dokumen-dokumen yang mirip
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

SK (2) TAMAN KERAMAT

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Objektif taklimat ini :

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

MEMBINA AYAT KOHESI LEKSIKAL REPETISI DENGAN KAEDAH PEMBARIS OATAK ARdiKOOS AJAIB

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

Transkripsi:

KESAN TENIK PENIRUAN TERHADAP PENCAPAIAN MURID DALAM MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU Ahmad Fuad Mohamad Amin, Ma'arof Redzuan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan teknik peniruan dalam penulisan karangan murid. Seramai 20 orang murid dari kelas Tahun 3 dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian dikumpul dengan menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kajian Eksperimental Ujian Pra dan Ujian Pos diguna pakai untuk mengenal pasti perbezaan markah ujian setelah melaksanakan teknik peniruan. Pemerhatian semasa proses peniruan dijalankan sebagai langkah sokongan daripada data eksperimental. Keputusan Ujian Pra juga menunjukkan bahawa hanya 56.25% sahaja murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan betul. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran (30 minit setiap sesi dalam seminggu) dilaksanakan bagi melaksanakan teknik peniruan. Dalam tempoh tersebut, murid-murid belajar menulis karangan dengan meniru beberapa contoh karangan dalam mini modul yang telah disediakan dan guru sebagai pembimbing. Teknik peniruan ini dijalankan sekurang-kurangnya lima bulan. Ujian Pos dilakukan terhadap sampel kajian yang sama setelah rawatan dilakukan. Data daripada ujian pos dikumpul, dianalisis dan dibuat perbandingan dengan data daripada ujian pra melalui analisis deskriptif. Hasil keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang positif sebanyak 14.75%. Kajian yang memakan masa hampir 6 bulan ini telah membuktikan bahawa murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan teknik yang betul setelah mengaplikasikan teknik peniruan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kata kunci : teknik peniruan, penulisan karangan Pengenalan Dalam mana-mana peperiksaan penulisan Bahasa Melayu sama ada Ujian Setara atau UPPM, aspek yang dinilai ialah menulis karangan. Soalan karangan berada dalam bahagian B, selain membina ayat dalam bahagian A dan menulis nilai-nilai murni dalam bahagian C. Bagi murid-murid tahun 3, mereka didedahkan dengan menulis karangan berpandu berdasarkan gambar dan perkataan-perkataan atau frasa yang diberikan. Tambahan lagi, mereka dikehendaki menulis karangan tidak kurang daripada 50 atau 60 patah perkataan bergantung pada soalan yang diberikan. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian karangan ini biasanya 20 markah atau 30 markah. Sepanjang pengkaji mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun Tiga Ibnu Abbas, didapati mereka masih belum menguasai aspek menulis karangan setelah diberi pendedahan secara umum selama tiga bulan pertama. Pada UPPM 1 yang dijalankan pada bulan 3, sekurang-kurangnya 5 orang murid daripada 20 orang yang boleh menulis karangan dengan memuaskan. Selebihnya, mereka masih belum menguasai. Ada yang tidak menulis langsung, ada yang tidak lengkap iaitu tidak mencukupi dari segi jumlah patah perkataan, tidak mengikut susunan perkataan atau frasa yang diberikan dan ada yang songsang iaitu lari dari tajuk soalan. Keadaan ini membimbangkan kerana jika hal ini berterusan maka markah yang mereka peroleh tidak memuaskan. Setelah pengkaji menyemak karangan yang telah ditulis oleh murid-murid di dalam bukubuku kerja termasuk buku rampaian dan buku aktiviti, didapati terdapat beberapa aspek yang menjadi punca masalah ini timbul. Antaranya ialah masalah ejaan seperti penggunaan huruf besar dan kecil, masalah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal dan sebagainya, serta masalah menghuraikan ayat-ayat agar lebih kreatif dan gramatis. Masalah menghuraikan ayat ini memerlukan kemahiran yang sangat tinggi iaitu murid-murid perlu kreatif dalam menyusun ayat demi ayat agar karangan yang ditulis dapat menarik minat pemeriksa untuk membaca (Juriah 2010). Selain itu, masalah keyakinan murid perlu diambil kira dalam proses menulis karangan Bahasa Melayu ini. Jika murid kurang berkeyakinan dalam menulis karangan, didapati mereka akan menulis dalam keadaan sambil lewa, tulisan kurang kemas, dan yang paling membimbangkan ialah jumlah patah perkataan tidak cukup sepertimana kehendak soalan atau ditinggalkan kosong. 540

Menyedari hal ini, pengkaji sebagai guru yang mengajar dalam mata pelajaran ini telah mengambil tindakan sebagai usaha untuk membantu mengatasi masalah murid dalam menulis karangan. Tindakan yang pengkaji lakukan ialah dengan menyediakan sebuah mini modul karangan Bahasa Melayu dengan menggunakan teknik peniruan. Mengapa pengkaji memilih teknik peniruan? Teknik peniruan atau lebih dikenali sebagai modeling technique ini sebenarnya telah dipelopori oleh Albert Bandura (1963). Beliau sebagai tokoh psikologi pendidikan Barat berpendapat bahawa kanak-kanak akan belajar secara semula jadi pada peringkat awal dengan meniru setiap perkara di sekeliling mereka. Mereka akan berdiri seperti mana orang dewasa berdiri. Proses belajar ini dinamakan peniruan. Sejajar dengan tahap kebolehan murid-murid yang sederhana, pengkaji memilih teknik peniruan bagi mengatasi masalah menulis karangan ini. Kerangka Teori Kajian Dalam Teori Pembelajaran Sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura (1963) yang lebih dikenali sebagai Teori Modeling, terdapat empat proses yang perlu terlibat semasa aktiviti meniru yang berkesan (Hjelle & Ziegler 1992) : Pemerhatian (Attentional) Penyimpanan (Retention) Pengeluaran (Motor production) 541 Motivasi (Motivational) RAJAH 1: Proses Peniruan dalam Teori Modeling (Sumber : Bandura 1963; Hjelle & Ziegler 1992; Suppiah et al. 2008) Dalam kajian ini, pengkaji melaksanakan teori modeling dalam mengatasi masalah murid dalam menulis karangan Bahasa Melayu. Melalui Kerangka Teori yang ditunjukkan dalam Rajah 1, murid-murid yang dibekalkan satu mini modul setiap seorang perlu melalui setiap empat proses peniruan. Dalam proses pertama, murid akan memerhati contoh petikan dengan meneliti tulisan, ejaan, tanda baca dan olahan idea dalam sesebuah ayat mudah. Setelah membuat pemerhatian secara mendalam, murid akan menyimpan segala apa yang diperhatikan dalam ingatan mereka. Murid akan disoal semula oleh guru sama ada ejaan, tema petikan dan susunan idea dalam teks. Seterusnya, peringkat ketiga ini menghendaki supaya murid mengeluarkan maklumat yang telah difahami dengan menulis semua petikan karangan tersebut. Akhir sekali, hasil kerja murid dinilai setiap seorang oleh guru dengan memberi peneguhan positif agar murid lebih bermotivasi untuk terus memperbaiki mutu penulisan karangan. Kesemua proses ini dijalankan dengan pemantauan dan bimbingan guru di dalam kelas. Objektif Kajian 1. Mengenal pasti perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pos setelah menggunakan Teknik Modeling dalam penulisan karangan. 2. Meneroka proses yang terlibat dalam Teknik Modeling semasa menulis karangan.

Skop Kajian Kajian ini memfokuskan kepada kaedah alternatif (intervensi) untuk mengatasi masalah murid dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Kaedah alternatif yang dimaksudkan ialah Teknik Peniruan atau lebih dikenali sebagai modeling. Dalam usaha menyelesaikan masalah ini, murid-murid disediakan sebuah mini modul latihan menulis karangan setiap seorang. Dalam mini modul tersebut, murid-murid dikehendaki menulis karangan dengan meniru semula contoh karangan yang telah diberikan dengan bimbingan guru. Aspek yang diberi perhatian dalam modul tersebut ialah ejaan, tanda bacaan, kekemasan tulisan, teknik membina sesebuah ayat agar karangan yang dihasilkan menjadi kreatif dan menarik. Kajian ini juga hanya berfokus kepada sekolah tempat pengkaji ingin jalankan iaitu SK Sawah Ring, Ledang Johor. Murid-murid yang terlibat sebagai sampel kajian hanya murid tahun tiga Kelas Ibnu Abbas. Murid tahun tiga kelas Ibnu Abbas merupakan kelas kedua selepas kelas Ibnu Sina dan majoritinya terdiri daripada tahap kebolehan akademik yang sederhana dan lemah. Populasi Dan Sampel Kajian. Keseluruhannya, populasi kajian ialah 52 orang murid tahun tiga iaitu 32 orang murid kelas Ibnu Sina dan 20 orang murid dari kelas Ibnu Abbas. Semua murid dari Kelas Tahun 3 Ibnu Abbas di SK Sawah Ring sahaja terlibat dalam kajian ini. Jantina murid-murid adalah seimbang iaitu 10 orang murid lelaki, dan 10 orang lagi murid perempuan. Latar belakang murid-murid secara keseluruhannya adalah berpencapaian akademik yang sederhana, tambahan pula 3 orang murid sedang mengikuti bimbingan LINUS di kelas pemulihan. Reka Bentuk Kajian Pendekatan kajian ini ialah gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu menggunakan kaedah eksperimen sebagai domain disusuli dengan pemerhatian. Seramai 20 orang murid diberi ujian pra terlebih dahulu sebelum mini modul penulisan karangan yang menggunakan teknik modeling diaplikasikan semasa proses pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semasa menggunakan teknik modeling, pemerhatian tidak sistematik dilakukan oleh pengkaji bertujuan untuk memastikan murid menggunakan empat proses modeling dengan betul. Selepas 5 bulan, ujian pos dijalankan terhadap sampel kajian bagi melihat keberkesanan teknik modeling dan perbezaan markah antara ujian pra dan pos. 542 Dapatan Kajian Analisis Ujian Pra dan Pos Untuk melihat sejauh mana keberkesanan teknik peniruan ini, analisis perbezaan secara deskriptif dilakukan terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos. Jika data yang diperoleh daripada Ujian Pos meningkat berbanding Ujian Pra, maka teknik peniruan berdasarkan Teori Model Albert Bandura (Sosial) ini berkesan terhadap penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan. Jika data Ujian Pos lebih rendah daripada Ujian Pra, begitulah sebaliknya. Rajah 1 : Analisis Perbandingan Antara Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos. BIL. MURID ANALISIS UJIAN PRA DAN POS GRED

Rajah 1 menggambarkan bahawa peningkatan markah yang diperoleh melalui Ujian Pra-Pos. Dalam Ujian Pra, hanya seorang sahaja yang memperoleh gred A dan setelah Ujian Pos dilaksanakan, seramai 7 orang mendapat gred A. Walaupun jumlah murid yang memperoleh gred B dan C menurun dalam Ujian Pos berbanding Ujian Pra, tiada seorang murid yang gagal (Gred D) dalam ujian Pos. Peratusan Markah Ujian Pra = 56.25% Peratusan Markah Ujian Pos = 71.0 % Perbezaan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pos = 71.0% - 56.25% = 14.75% Dapatan kajian menunjukkan markah ujian pos yang diperoleh meningkat daripada ujian pra. Peningkatan markah dengan perbezaan 14.75% menunjukkan bahawa teknik peniruan memberi kesan yang positif terhadap penguasaan murid dalam menulis karangan Bahasa Melayu. Teknik ini wajar diteruskan supaya tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis karangan meningkat. Analisis Pemerhatian Dalam melaksanakan tindakan untuk merawat atau menyelesaikan masalah murid-murid dalam kemahiran menulis karangan, guru perlu membuat perancangan dengan teliti agar pelaksanaannya teratur dan berkesan berdasarkan Teori Modeling yang menjadi asas kajian ini (Rozmi 2013). Jadual 1: Perancangan Aktiviti-Aktiviti Semasa Melaksanakan Teknik Peniruan Sepanjang Tempoh 30 minit. LANGKAH PRESOS MODELING 1 Pemerhatian (Attentional) 2 Penyimpanan (Retention) 3 Pengeluaran (motor production) 4 Motivasi (Motivational) AKTIVITI Membaca teks karangan Mengenal pasti ejaan, tanda bacaan dan struktur ayat dalam karangan Menyalin semula teks karangan Menyemak semula karangan TEMPOH MASA (30 minit) 10 minit 5 minit 10 mint 5 minit 543 Membaca teks karangan Langkah pertama dalam melaksanakan aktiviti peniruan ialah murid-murid dikehendaki membaca teks petikan karangan. Guru akan memberi masa 2 hingga 3 minit untuk memberi ruang kepada murid-murid memerhati teks karangan, membaca perlahan dan cuba fahami karangan tersebut secara keseluruhan. Bacaan ini dinamakan sebagai skimming Kemudian, murid-murid akan dibimbing oleh guru untuk membaca kuat sambil menekankan aspek sebutan dan intonasi setiap ayat-ayat dalam karangan tersebut. Setelah membaca dengan kuat, murid bersama-sama dengan guru berbincang mengenai maksud isi kandungan dalam teks karangan tersebut. Soalan menumpu akan diajukan kepada murid-murid agar mereka faham setiap apa yang mereka baca. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan proses mensintesiskan teks petikan melalui pandangan dan komen daripada muridmurid berdasarkan apa yang mereka fahami dari dalam teks karangan. Aspek seperti apa, mengapa, siapa, di mana dan bagaimana boleh digunakan dalam aktiviti memberi soalan menumpu ini. Contoh soalan-soalan menumpu yang boleh diajukan kepada murid-murid ialah: 1. Apakah tajuk karangan ini; 2. Siapakah yang terlibat dalam karangan ini?; 3. Bagaimana cerita ini berakhir?; 4. Adakah cerita dalam karangan ini menarik?

Walau bagaimanapun, aktiviti membaca teks karangan tidak memerlukan masa yang lama, iaitu hanya lebih kurang 10 minit sahaja. Jadi, pastikan semasa proses perbincangan tidak memakan masa yang terlalu lama. Berdasarkan aktiviti membaca ini, murid-murid kelihatan berminat dan rasa ingin tahu mengenai isi kandungan karangan tersebut. Pada peringkat membaca secara senyap (skimming), murid bersungguh-sungguh untuk membaca teks karangan tersebut. Aktiviti soal jawab merupakan langkah untuk menguji tahap kefahaman mereka setelah membaca dan berbincang mengenai isi kandungan karangan. Peringkat permulaan ini sedikit sebanyak membantu muridmurid melancarkan bacaan terutamanya murid-murid dari kelas pemulihan yang sedang mengikuti Program LINUS. Mengenal pasti ejaan, tanda bacaan dan struktur ayat dalam karangan Langkah kedua selepas aktiviti membaca teks karangan ialah mengenal pasti ejaan, tanda bacaan dan struktur ayat dalam karangan tersebut. Langkah ini hanya memerlukan masa 5 minit sahaja. Guru perlu memainkan peranan penting dalam melaksanakan langkah kedua ini. Apa yang perlu guru lakukan ialah mengajak murid-murid mencari beberapa perkataan dalam kiraan 5 saat setiap perkataan. Setelah perkataan dijumpai, guru akan menyuruh semua murid mengeja dengan kuat perkataan tersebut berulang-ulang kali secara latih tubi. Contohnya, sila carikan saya perkataan menonton. Kemudian, eja kan saya perkataan menonton tersebut. Ejaan huruf besar pada permulaan ayat atau kata nama khas, serta penggunaan imbuhan di... untuk perbuatan dan tempat perlu dititikberatkan juga oleh guru. Setelah mengenal pasti beberapa perkataan dengan mengeja, murid-murid dikehendaki mencari beberapa tanda bacaan yang terlibat dalam karangan tersebut. Semasa mengenal pasti tanda bacaan, guru akan memberi penerangan tentang sebab mengapa tanda bacaan tersebut digunakan pada ayat tersebut. Hal ini secara tidak langsung, murid dapat mengetahui struktur ayat tersebut sama ada menarik ataupun tidak. 544 Semasa melaksanakan langkah kedua ini, dapati murid-murid akan berusaha sedaya upaya untuk mencari perkataan yang telah disebut. Setelah mereka berjaya menjumpai perkataan tersebut, wajah-wajah mereka kelihatan gembira dan tersenyum puas. Ini secara tidak langsung meningkatkan minat murid untuk terus mencari perkataan lain yang akan guru sebut sebentar lagi. Selain itu, perbincangan turut dilaksanakan dalam langkah ini iaitu menerangkan setiap fungsi tanda bacaan agar murid-murid tidak cuai semasa menulis karangan terutamanya dalam peperiksaan. Menyalin semula teks karangan (peniruan) Langkah ketiga pula ialah aktiviti menyalin semula teks karangan iaitu proses pengeluaran. Langkah ini dinamakan meniru semula teks karangan yang telah disediakan. Masa untuk melaksanakan langkah ini ialah 10 minit sahaja. Guru bertindak sebagai fasilitator dam pembimbing kepada murid-murid. Murid akan mengeluarkan maklumat tentang apa yang mereka baca, faham dan ingat dalam langkah 1 dan 2. Guru akan memastikan murid menulis dengan tulisan yang kemas, ejaan yang betul, tanda bacaan tidak tertinggal dan menulis karangan mengikut perenggan sama seperti karangan yang telah disediakan oleh guru. Aktiviti meniru ini menggalakkan murid menulis karangan dengan teknik yang betul. Sepanjang meniru karangan, murid-murid kelihatan tekun menyalin karangan. Ada segelintir murid-murid mengangkat tangan dan bertanya: Cikgu, betul ke saya tulis macam ini? Ini menunjukkan murid-murid tersebut ingin bimbingan secara terperinci daripada guru. Selain itu, guru akan menegur kesilapan yang telah mereka lakukan dan menasihati mereka agar tidak mengulangi kesilapan tersebut terutamanya semasa peperiksaan kelak.

Menyemak semula karangan (penilaian) Setelah aktiviti meniru semula karangan selesai, hasil kerja murid perlu dihantar kepada guru untuk disemak. Jika murid melakukan kesilapan berulang kali seperti ejaan salah, tanda bacaan tertinggal, pemerengganan dan tulisan yang kurang kemas serta susunan ayat, mereka akan dipanggil oleh guru. Guru akan menegur kesilapan tersebut dan murid membuat pembetulan. Aktiviti menyemak hasil kerja ini turut memberi peneguhan positif sebagai motivasi kepada murid-murid. Peneguhan tersebut berbentuk gred dan bintang. Berikut adalah bentuk peneguhan positif yang akan diberikan oleh guru sebagai cadangan dalam kajian ini:- Jadual 2: Kriteria Peneguhan Positif Yang Diberikan Kepada Murid-Murid Semasa Melaksanakan Aktiviti Menyemak Hasil Kerja. GRED (BINTANG) A ( * * * ) B ( * * ) C ( * ) KRITERIA 1. Tulisan kemas dan cantik 2. Tiada kesalahan dari aspek ejaan, tanda bacaan, dan struktur ayat. 3. Menulis seperti teks karangan yang disediakan dengan perenggan yang tersusun. 1. Tulisan kemas dan cantik. 2. Terdapat beberapa kesalahan ejaan, tanda bacaan, dan struktur ayat seperti huruf besar dan huruf kecil, imbuhan, koma, noktah dan sebagainya. 3. Menulis seperti teks karangan yang disediakan dengan perenggan yang tersusun. 1. Tulisan kurang kemas, dan sukar dibaca. 2. Terdapat banyak kesalahan ejaan, tanda bacaan dan struktur ayat dalam karangan. 3. Tidak menulis karangan seperti yang telah ditetapkan dengan terdapat susuan perenggan yang tidak kemas. 545 Langkah terakhir ini guru menyemak semula karangan yang ditulis oleh murid-murid. Peneguhan diberikan sebagai langkah untuk meningkatkan motivasi murid-murid supaya terus menulis karangan dengan teknik-teknik yang betul. Terdapat beberapa orang murid mendapat gred C ( * ). Biasanya guru akan mencabar murid supaya selepas ini, tidak lagi melakukan kesilapan berulang kali bagi membolehkan mereka mendapat gred A ( * * * ). Perbincangan Kajian Murid-murid tahun 3 sememangnya didedahkan dengan penulisan karangan berpandu berdasarkan gambar tunggal atau gambar bersiri dan perkataan-perkataan. Gambar tunggal, gambar bersiri dan perkataan ini bertujuan membantu murid-murid untuk menulis karangan. Pendedahan secara asas ini amat penting agar murid-murid tahun 3 bersedia untuk menulis karangan berdasarkan format-format karangan seperti karangan fakta, karangan laporan, dan sebagainya yang akan diajar pada tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6 kelak (Akhiar Pardi & Shamsina 2010). Penguasaan murid-murid untuk menulis karangan tampak sukar dan memerlukan masa yang lama apabila murid-murid masih lagi mempunyai masalah dalam ejaan, masalah membina ayat, acap kali melakukan kesilapan dalam menulis karangan dan sebagainya (Faridah, Nooreiny & Fauzi 2001). Bagi mengatasi masalah-masalah ini, teknik peniruan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid khususnya aspek menulis karangan. Secara psikologinya, murid-murid mudah belajar secara meniru sejak dari kecil lagi dan mempengaruhi tingkah laku mereka apabila dewasa kelak (Mok Song Sang & Suppiah et al. 2008). Konsep meniru semula karangan diharapkan dapat membantu murid-murid menulis karangan dengan teknik yang berkesan tanpa memaksa mereka untuk belajar. Tambahan lagi, murid-murid lebih berminat untuk menulis karangan sekali gus pencapaian murid-murid dalam peperiksaan

penulisan Bahasa Melayu meningkat secara positif. Secara keseluruhannya, teknik peniruan mampu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam menulis karangan Bahasa Melayu. Cadangan Kajian Terdapat beberapa cadangan untuk kajian seterusnya bagi menambah baik kajian yang telah dijalankan. Berikut ialah:- i. Membina modul (intervensi) yang lebih sistematik dan efektif bagi mengatasi masalah murid dalam menulis karangan dalam pelbagai bidang atau mata pelajaran selain Bahasa Melayu. ii. Analisis statistik inferensi boleh digunakan pada kajian akan datang dengan mengenal pasti perbezaan dan hubungan yang signifikan dengan melihat faktor demografi murid secara terperinci. iii. Diharapkan pada masa akan datang, skop kajian dijalankan lebih empirikal dengan jumlah sampel kajian yang lebih besar, tidak terbatas hanya pada murid aliran perdana di mana kajian kepada pelajar pendidikan khas atau pra sekolah yang melibatkan lokasi kajian yang terletak dalam kawasan yang belum pernah dikaji. Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Akhiar Pardi & Shamsina (2010). Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Ariffin, Bahrin & Rogayah (2010). Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2010. Jabatan Pelajaran Johor. Faridah, Nooreiny & Fauzi (2001). Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia. Johor. Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Rozmi Ismail (2013). Metodologi Penyelidikan Teori dan Praktis. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Azizi Abdul Syukur (2008). Psikologi Pendidikan: Siri pendidikan Guru. Penerbit Oxford Fajar Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Zulkifley Hamid (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. 546