GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

STPM e-submission (Sastera) e-submission STPM (SASTERA) Manual Pengguna. Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Program Membangunkan Keupayaan ICT MKM

SISTEM UTM ACAD MODUL UTMCPS (UTM COLLEGE PARCEL SERVICES)

PERISIAN PCB PINDAAN TERKINI 2008!

e-submission STPM-Penilaian Berasaskan Sekolah Manual Pengguna Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN EMEL JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR DAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

Dokumentasi ehelpdesk

Prosedur Penggunaan E-Mel. Isi Kandungan

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

Polisi Privasi. Pengenalan

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

EKSPLORASI TEKNO 2014

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

Sistem e-transit Modul Pergerakan

M A N U A L PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KONTRAK 3K (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER. Kandungan:

3. Import Data Sisteks*

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

Latihan Aplikasi Sistem HRMIS Pengurusan Rekod Peribadi

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA. APLIKASI e-data PCB

MANUAL PENGGUNA APLIKASI PENDAFTARAN PMR VERSI 2012 UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Volum BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN. i-nilam: Panduan Mengemaskini Rekod Bacaan Murid. Manual Pengguna. Guru NILAM & Penyelaras NILAM

Manual Pengguna. Sistem Kemudahan Pengajian Staf (E-KaPS) Modul Permohonan Cuti Belajar PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM.

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Taip ORRP, Kemudian klik Advance

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

USER MANUAL. Optimalkan Kinerja Komputer (Windows) By: PT. Amandjaja Multifortuna Perkasa

SPemMPM Versi 7.0 MANUAL PERISIAN SISTEM PEMBAYARAN TUNTUTAN ELAUN PEMERIKSA MPM (MANUAL UNTUK PENGGUNAAN KP/TKP/KK/PEMERIKSA) Versi 7.

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

LAMAN WEB PERIBADI UPM

LAMAN WEB PERIBADI UPM

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE PKP Disember, 2014

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

MyUP. TAL MySIS MySM

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PELAJAR EKSEKUTIF 01 Disember, 2016

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL PENGGUNAAN MySETOMS (PELAJAR)

Universiti Teknologi Malaysia

Manual Pengguna. Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia

MANUAL PENGGUNA SISTEM Modul 1 : Mendaftar masuk, melihat butiran, mengemaskini dan memadam rekod notifikasi Kemalangan

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

TATACARA PERMOHONAN IBUBAPA/PENJAGA

Garis Panduan Penggunaan Komputer

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

Senarai Kandungan. Bil. Modul & Menu Muka surat

Hak Cipta Pusat Zakat, Sedekah &Wakaf UiTM Pulau Pinang Tel : H/P :

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

FUNGSI PERMOHONAN PERTUKARAN 20/10/2015 PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM)

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

MANUAL PENGGUNA. Manual Pendaftaran Vendor Baharu. Versi 1.0. Pejabat Bendahari,

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN SARAAN, FAEDAH DAN GANJARAN

INTEGRATED STUDENTS INFORMATION SYSTEM (ISIS) Maklumat Murid dan Analisis Berpusat Secara On-line MANUAL PENGGUNA

FLEx. Panduan untuk Peserta V.1. Page 1 of 25

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM PENTADBIR HRMIS

PEROLEHAN - MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN PEMBEKAL

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

Projek Single Sign On (SSO) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENULISAN KES

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Permohonan On-line & Pengambilan Tingkatan 4

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN STAF (BIOMETRIK)

MODUL KERJA LEBIH MASA (OT)

BAB 7 Dasar Infrastruktur

BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

MyUP. TAL MySIS MySM

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPAJSK) MANUAL PENGGUNA BAGI GURU

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Panduan untuk Permohonan Tuntutan Lebih Masa

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN PRESTASI

PANDUAN SISTEM i-wira LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM

Panduan Mula Ringkas. Melihat atau bertukar antara akaun dalam talian Klik ID akaun anda untuk mengubah seting atau menukar akaun.

e-intellectual Property Rights [eipr] Permohonan Perlindungan Harta Intelek Panduan Pengguna

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1997 :: Polisi Pelaksanaan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) di Ibu Pejabat ::

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

epermohonan SABK Negeri Kedah Isi Kandungan

Transkripsi:

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KEDAH

ISI KANDUNGAN PERKARA ISI KANDUNGAN MUKASURAT i 1. PENGENALAN 1 2. TUJUAN 1 3. SKOP 1 4. PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER 4.1 PENGGUNAAN PERKAKASAN 2 4.2 PENGGUNAAN PERISIAN 2 4.3 PENGURUSAN SISTEM KOMPUTER 3 4.4 PENGGUNAAN INTERNET DAN E-MEL RASMI 4 4.5 PENGURUSAN KESELAMATAN 4.5.1 KESELAMATAN PERKAKASAN 4 4.5.2 KESELAMATAN PERISIAN 5 5. PENUTUP 5 6. LAMPIRAN LAMPIRAN A : LAMPIRAN B : LAMPIRAN C : MENYUSUN SEMULA FAIL DALAM DISK (DEFRAGMENTATION) Untuk Sistem Operasi Windows Vista Untuk Sistem Operasi Windows XP MEMBERSIHKAN DISK (DISK CLEANUP) Untuk Sistem Operasi Windows Vista Untuk Sistem Operasi Windows XP MEMADAM MAKLUMAT YANG DISIMPAN SEMASA MELAYARI INTERNET (DELETE BROWSING HISTORY) Untuk Sistem Operasi Windows Vista Untuk Sistem Operasi Windows XP iii vi ix xii xvi xviii i

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 1. PENGENALAN Garis panduan ini adalah untuk memberikan panduan yang khusus kepada semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah mengenai tanggungjawab mereka sewaktu mengguna, mengendali dan menyimpan rekod-rekod di dalam komputer. Ia juga mengariskan beberapa etika yang perlu dipatuhi ketika menggunakan kemudahan komputer di dalam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. 2. TUJUAN Tujuan panduan penggunaan dan pengurusan komputer ini adalah untuk memastikan bahawa: 2.1 Semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah maklum tentang adanya panduan dan peraturan terhadap penggunaan komputer; 2.2 Kemudahan komputer digunakan selaras dengan panduan dan peraturan yang ditetapkan; 2.3 Para pengguna kemudahan komputer sedar akan tanggungjawab mereka di dalam pengurusan rekod-rekod di dalam komputer tersebut; dan 2.4 Dapat meminimakan sebarang permasalahan kepada kemudahan komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. 3. SKOP Peraturan penggunaan dan pengurusan komputer ini meliputi: 3.1 Semua kemudahan komputer yang disediakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah; dan 3.2 Semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. 4. PERATURAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER Peraturan penggunaan dan pengurusan komputer di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah terbahagi kepada 5 kategori iaitu Penggunaan Perkakasan, Penggunaan Perisian, Pengurusan Sistem Komputer, Penggunaan Internet dan E-mel Rasmi, dan Pengurusan Keselamatan. Peraturanperaturan yang dikemukakan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya agar satu penggunaan yang sistematik, efisyen dan berwibawa dapat dilaksanakan secara menyeluruh. 1

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 4.1 PENGGUNAAN PERKAKASAN 4.1.1 Anda adalah bertanggungjawab dalam menentukan perkakasan komputer seperti CPU, monitor, papan kekunci, tetikus dan AVR (Pengawal Voltan Automatik) adalah dalam keadaan baik. 4.1.2 Anda adalah bertanggungjawab dalam menentukan persekitaran perkakasan komputer dalam keadaan selamat seperti tidak terdedah kepada haba yang keterlaluan, tidak berkeadaan basah atau berair dan berminyak, tidak di tempat berhabuk, tidak menambah beban berlebihan di atas perkakasan komputer seperti meletakkan fail atau buku yang berlebihan ke atas CPU atau monitor. 4.1.3 Anda hendaklah memastikan semua komputer dan suis utama serta soket penyambungan elektrik ditutup selepas waktu pejabat atau setelah tidak digunakan lagi. 4.1.4 Anda dinasihatkan supaya tidak selalu atau kerap memindah lokasi perkakasan komputer. Ini adalah untuk mengelakkan daripada getaran dan kesan terkena hentakan (tidak sengaja) pada perkakasan komputer yang boleh memendekkan jangka hayat perkakasan komputer tersebut. 4.1.5 Anda adalah dilarang menggunakan kemudahan komputer dan perkakasan komputer di luar waktu pejabat. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan kemudahan tersebut di luar waktu pejabat jika mendapat Pengesahan Kerja dari Ketua Bahagian/ Ketua Unit. 4.1.6 Bagi komputer riba, anda adalah diamanahkan untuk memastikan komputer riba tidak jatuh, terhempas atau mengalami gegaran yang keterlaluan. 4.2 PENGGUNAAN PERISIAN 4.2.1 Anda adalah bertanggungjawab dalam menentukan komputer menggunakan perisian yang sah sahaja. Anda dilarang memasang atau memasukkan perisian tidak sah atau cetak rompak ke dalam komputer sama ada melalui floppy disk atau CD/DVD-ROM atau memindah turun dari Internet atau mana-mana media tanpa kebenaran dari Unit Teknologi Maklumat (UTM). Perisian yang sah boleh diinstalasi oleh Juruteknik Komputer. 2

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 4.2.2 Anda dilarang sama sekali memindah turun (download) fail dari Internet atau mana-mana program yang memerlukan penggunaan memori besar serta mempengaruhi kepantasan rangkaian dan jangka hayat komputer. 4.2.3 Anda adalah dilarang menggunakan komputer untuk tujuan pemasangan video CD atau DVD atau muzik atau permainan komputer dan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan urusan pejabat pada bila-bila masa. 4.2.4 Anda adalah dilarang menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi peribadi dan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan urusan pejabat pada bila-bila masa. 4.3 PENGURUSAN SISTEM KOMPUTER 4.3.1 Anda digalakkan untuk melaksanakan penyelenggaraan komputer sekurangkurangnya sebulan sekali untuk memastikan prestasi komputer sentiasa berada pada tahap yang optimum dengan: 4.3.2 Menyusun semula kedudukan fail dalam disk dengan kaedah Defragmentation untuk memastikan kedudukan fail sentiasa berada dalam keadaan yang mudah diambil oleh sistem (sila rujuk lampiran B). 4.3.3 Membersihkan disk dengan kaedah Disk Cleanup untuk memadamkan fail yang tidak diperlukan oleh sistem komputer (sila rujuk lampiran C). 4.3.4 Memadam maklumat yang disimpan semasa melayari Internet dengan kaedah Delete Browsing History (sila rujuk lampiran D). 4.3.5 Anda dilarang untuk mengubah sebarang konfigurasi sedia ada dalam komputer. Anda perlu memaklumkan kepada Juruteknik Komputer sekiranya sistem komputer mengeluarkan sebarang mesej asing. 4.3.6 Anda perlu menyimpan semua dokumen di dalam folder dan diletakkan di dalam Local Disk (D:) untuk memudahkan proses penyelenggaraan sekiranya komputer perlu di format. 4.3.7 Anda tidak digalakkan untuk menyimpan dokumen di Desktop dan menggunakan interaktif wallpaper kerana ia akan melambatkan operasi sistem komputer. 3

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 4.4 PENGGUNAAN INTERNET DAN E-MEL RASMI 4.4.1 E-mel yang mempunyai nama domain kedah.uitm.edu.my adalah e-mel rasmi jabatan dan ia hanyalah untuk tujuan rasmi sahaja. 4.4.2 Anda yang mempunyai kemudahan akaun e-mel dikehendaki untuk menyemak dan mengemaskini email tersebut sekurang-kurangnya sekali sehari. 4.4.3 E-mel yang telah menghampiri saiz maksimum simpanan perlu dipadam untuk membolehkan kemudahan e-mel dapat berfungsi dengan baik. 4.4.4 Anda tidak digalakkan mengirim e-mel yang mempunyai lampiran bersaiz besar melebihi 2 Mb. Ini adalah untuk mengoptimumkan kadar kelajuan kiriman dan membuka e-mel tersebut. Anda dinasihati supaya menggunakan format.zip atau compress fail yang bersaiz besar sebelum membuat kiriman. 4.4.5 Anda tidak digalakkan untuk mengirim e-mel yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi kepada kumpulan pengguna yang tidak berkaitan kerana ruang e-mel yang diberikan untuk setiap staf adalah terhad. 4.4.6 Anda ditegah daripada melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas kerja. 4.5 PENGURUSAN KESELAMATAN 4.5.1 KESELAMATAN PERKAKASAN 4.5.1.1 Kemudahan komputer yang diamanahkan kepada anda yang terletak di dalam bilik atau pejabat terdedah kepada ancaman yang menjejaskan keselamatannya. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa memastikan komputer hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal yang selamat daripada penceroboh atau sebarang bentuk capaian tidak sah. 4.5.1.2 Apabila disedari sebarang kejadian kehilangan perkakasan komputer, anda hendaklah dengan segera melaporkan kejadian tersebut kepada Bahagian Keselamatan UiTM Kedah berserta butir-butir lengkap perkakasan yang hilang. 4

Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah 4.5.2 KESELAMATAN PERISIAN 4.5.2.1 Virus komputer merupakan salah satu ancaman kepada keselamatan perisian komputer yang tersebar luas. Antara langkah yang perlu anda praktikkan supaya tidak mengalami ancaman virus ialah: i) Mengemaskini paten pakej antivirus dalam komputer anda. ii) iii) Mengimbas pen drive/ disket menggunakan pakej antivirus terlebih dahulu sebelum membukanya di komputer anda. Tidak muat-turun pakej atau aplikasi baru terutamanya dari sumber yang tidak dapat dipastikan keselamatannya. iv) Jangan muat-turun fail tertentu yang dikirimkan melalui e-mel terutamanya fail yang boleh dilarikan seperti.vbs,.pl,.exe, atau apa sahaja jenis fail yang berkemungkinan mengandungi virus. 4.5.2.2 Anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan komputer anda ketika sedang menggunakan aplikasi atas talian kerana dibimbangi akan berlaku pencerobohan. Pastikan anda telah keluar dari aplikasi tersebut apabila tidak digunakan. 5. PENUTUP Garis Panduan ini mengandungi amalan-amalan terbaik mengenai penggunaan dan pengurusan komputer yang patut diikuti oleh semua kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. Garis Panduan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi maklumat. 5

LAMPIRAN A : MENYUSUN SEMULA FAIL DALAM DISK (DEFRAGMENTATION) ii

Untuk Sistem Operasi Windows Vista BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH 1 Skrin 1: Desktop 1. Tutup semua aplikasi dan dokumen. 2. Klik kanan pada ikon Computer. 3. Pilih Open. 2 Skrin 2: Computer 1. Klik kanan pada Local Disk (C:). 2. Pilih Properties. iii

3 Skrin 3: Local Disk (C:) Properties 1. Klik pada tab Tools. 2. Pada ruangan Defragmentation, klik butang Defragment Now... 4 Skrin 4: Disk Defragmenter 1. Klik pada butang Defragment now... iv

5 Skrin 5: Disk Defragmenter: Defragment Now... 1. Tandakan pada ruangan yang berkenaan. 2. Klik butang OK. 6 Skrin 6: Skrin Disk Defragmenter Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses defragmentasi. v

Untuk Sistem Operasi Windows XP BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH 1 Skrin 1: Desktop 1. Tutup semua aplikasi dan dokumen. 2. Klik kanan pada ikon My Computer. 3. Pilih Open. 2 Skrin 2: My Computer 1. Klik kanan pada Local Disk (C:). 2. Pilih Properties. vi

3 Skrin 3: Local Disk (C:) Properties 1. Klik pada tab Tools. 2. Pada ruangan Defragmentation, klik butang Defragment Now... 4 Skrin 4: Disk Defragmenter 1. Sila pilih volume untuk defragment. 2. Klik pada butang Defragment. 5 Skrin 5: Skrin Disk Defragmenter Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses defragmentasi. vii

LAMPIRAN B : MEMBERSIHKAN DISK (DISK CLEANUP) viii

Untuk Sistem Operasi Windows Vista BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH-LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 1. Klik kanan pada ikon Computer. 2. Pilih Open. 2. Skrin 2: Computer 1. Klik kanan pada Local Disk (C:) 2. Pilih Properties. ix

3. Skrin 3: Local Disk (C:) Properties 1. Klik pada tab General. 2. Klik pada butang Disk Cleanup. 4. Skrin 4: Disk Cleanup Options 1. Pilih antara 2 jenis fail. 2. Klik pada pilihan tersebut. 5. Skrin 5: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang mengimbas fail-fail yang akan dipadam. x

6. Skrin 6: Disk Cleanup for (C:) 1. Pada ruangan Files to delete, tandakan pada kotak yang berkenaan. 2. Klik butang OK. 7. Skrin 7: Disk Cleanup 1. Klik butang Delete Files. 8. Skrin 8: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses memadam fail. xi

Untuk Sistem Operasi Windows XP BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH-LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 1. Klik kanan pada ikon My Computer. 2. Pilih Open. 2. Skrin 2: My Computer 1. Klik kanan pada Local Disk (C:) 2. Pilih Properties. xii

3. Skrin 3: Local Disk (C:) Properties 1. Klik pada tab General. 2. Klik pada butang Disk Cleanup. 4. Skrin 4: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang mengimbas fail-fail yang akan dipadam. xiii

5. Skrin 5: Disk Cleanup for (C:) 1. Pada ruangan Files to delete, tandakan pada kotak yang berkenaan. 2. Klik butang OK. 6. Skrin 6: Disk Cleanup for (C:) 1. Klik butang Yes. 7. Skrin 7: Disk Cleanup Skrin menunjukkan sistem sedang dalam proses memadam fail. xiv

LAMPIRAN C : MEMADAM MAKLUMAT YANG DISIMPAN SEMASA MELAYARI INTERNET (DELETE BROWSING HISTORY) xv

Untuk Sistem Operasi Windows Vista PAPARAN SKRIN LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 1. Klik kanan pada Internet Explorer. 2. Pilih Properties. 2. Skrin 2: Internet Properties 1. Klik pada tab General. 2. Pada ruangan Browsing History, klik butang Delete... xvi

3. Skrin 3: Delete Browsing History 1. Klik butang Delete all... 4. Skrin 4: Delete Browsing History 1. Tandakan kotak Also delete files setting stored by add-ons. 2. Klik butang Yes. 5. Skrin 5:Delete Browsing History Skrin menunjukkan failfail sedang dalam proses pemadaman. xvii

Untuk Sistem Operasi Windows XP BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH 1. Skrin 1: Desktop 1. Klik kanan pada Internet Explorer. 2. Pilih Internet Properties. 2. Skrin 2: Internet Properties 1. Klik pada tab General. 2. Pada ruangan Temporary Internet Files, klik pada butang Delete Cookies... xviii

3. Skrin 3: Delete Cookies 1. Klik butang Ok. 4 Skrin 4: Internet Properties 1. Klik pada tab General. 2. Pada ruangan Temporary Internet Files klik pada butang Delete Files... 5. Skrin 5: Delete Files 1. Tandakan kotak Delete all offline content. 2. Klik butang Ok. xix