BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Kurikulum Kebangsaan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 Kertas 2 2 ½ Jam. Dua jam tiga puluh minit. Disediakan oleh; Tasawwur Islam Sesi 2015

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

KESUSASTERAAN MELAYU

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

Transkripsi:

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dunia kini telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu negara membangun yang maju di rantau Asia Tenggara. Pengiktirafan seperti ini merupakan satu tilik tolak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 sebaris dengan negaranegara maju yang lain seperti Amerika, Jepun dan German. Untuk mencapai objektif ini, elemen pendidikan juga perlu dimajukan dan dinaiktaraf. Keperluan untuk meningkat taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya dapat melahirkan lebih ramai para cendiakawan yang pakar dalam bidang akademik menjelang tahun 2020. Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan salah satunya adalah penyediaan MSC (Multimedia Super Coridor). Ia merupakan suatu projek teknologi maklumat yang penting kepada Malaysia untuk peningkatan pada taraf ekonomi negara, pendidikan rakyat khususnya sains dan

2 teknologi, peningkatan dalam perdagangan antarabangsa dan pentadbiran negara supaya bersifat lebih bersistematik dan efisyen. Sekolah Bestari telah diperkenalkan di bawah projek MSC (Multimedia Super Coridor) di mana sekolah-sekolah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan yang canggih seperti komputer multimedia yang dapat membantu para guru mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik. Penggunaan komputer yang meluas kini telah membenarkan pembangunan perisian yang berbentuk pendidikan diwujudkan dan digunakan dalam kelas sebagai salah satu bahan bantu mengajar bagi guru dan satu bahan pendidikan berbantukan komputer kepada pelajar. Ini bersesuaian dengan pendapat Robert Taylor (1980) yang telah mengklafikasikan penggunaan media komputer kepada tiga kategori. Kategori yang pertama iaitu komputer bertindak sebagai tutor dan ia berperanan sebagai pengajar kepada pengguna iaitu pelajar, manakala kategori yang kedua iaitu tool. Di dalam perkara ini, komputer membantu guru atau pelajar melaksanakan tugasan atau kerja. Kelas yang ketiga iaitu tutee yang bermaksud komputer akan melaksanakan arahan daripada pengguna untuk melakukan sebarang tugasan. Justeru itu, dalam pembangunan perisian PBK ini, ia akan menyentuh bab Jual Beli dan Sewaan berdasarkan silibus KBSM. Dalam Surah al-baqarah 2:275 yang bermaksud: Maksudnya: Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.. (Surah al-baqarah 2:275)

3 Di dalam ayat di atas, al-quran telah menyatakan jual beli atau perniagaan adalah halal dilakukan manakala riba hukumnya haram. Ini menunjukkan bahawa Islam melarang keras perlaksanaan riba (faedah) dalam urusan jual beli. Secara terminologinya, terdapat beberapa definisi jual beli yang dikemukakan oleh ulama fiqh yang secara umum maksud dan tujuannya adalah sama. H.M Arsjad Thalib Lubis telah mendefinisikan jual beli itu sebagai memiliki sesuatu yang berupa harta melalui proses pertukaran yang berlaku dengan izin syara. Menurut ulama Malikiyyah, Syafi iyah dan Hanabilah (Dr. A. Rahman Ritonga, 1999: 125), jual beli didefinisikan sebagai: Maksudnya: Saling bertukar harta dengan harta dalam bentuk pemindahan milik dan pemilikan. Sistem jual beli Islam yang dipelopori oleh Rasulullah s.a.w didasari dengan satu prinsip yang utama iaitu, atas dasar suka sama suka dalam pertukaran barang. Dalam Hadith dari Abi Sa id al-khudri yang diriwayatkan oleh al-baihaqi, Ibn Majah dan Ibn Hibban, Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: Jual beli itu didasari kepada suka sama suka. (Riwayat al-baihaqi) Manakala sewaan pula berasal dari bahasa arab ijarah bermaksud sewa atau upah (Idris al-marbawi, 1990: 10). Mengikut istilah pula, sewaan adalah melakukan akad penyerahan sesuatu yang bermanfaat yang diketahui (maklum), yang dikehendaki dan diperlukan orang, yang boleh diberikan dan yang halal, dengan pembayaran yang

4 maklum (al-syarbaini,tt: 410). Al-Quran ada menyentuh bab sewaan ini dalam Surah at Talaq yang bermaksud: Maksudnya: kemudian jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya (Surah at-talaq 65: 6) Ijarah atau sewaan merupakan salah satu bentuk kegiatan muamalah yang penting dalam memenuhi keperluan hidup manusia, seperti sewa-menyewa, kontrak atau menjual jasa perhotelan dan lain-lain lagi. Ledakan kemajuan teknologi serta kecanggihan terkini dalam segala bidang seharusnya diambil perhatian yang lebih serius oleh umat Islam khasnya para pendakwah serta dai e agar tidak ketinggalan dengan arus kecanggihan dunia masa kini. Kita seharusnya mengambil langkah yang lebih efektif supaya segala pergerakan dan perlakuan mencapai suatu manfaat yang lebih berguna. Walau bagaimanapun, segala kemajuan ini tidak bermakna jika segala aspek dalam muamalat Islam dipinggirkan terutamanya dalam bidang ekonomi Islam. Umat Islam seharusnya mengeluarkan segala daya usaha yang ada supaya dapat menonjolkan pengamalan ekonomi Islam seterusnya membuktikan kepada dunia bahawa sistem ekonomi Islamlah yang paling adil dan terbaik untuk dilaksanaan. Ini kerana ekonomi Islam berlandaskan syara yang bersumberkan al-quran, sunnah dan ijma ulama. Nilai-nilai yang ada dalam ekonomi Islam menjadi satu kelebihan bagi sistem ini berbanding dengan sistem-sistem yang sedia dan digunapakai masa kini seperti sistem ekonomi kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan.

5 Bidang pendidikan tidak boleh ringan kerana ia merupakan nadi penggerak bagi bidang penting seperti politik, ekonomi dan sosial (Ee Ah Meng, 1996). Sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesat dengan kehendak dan aspirasi negara. Berikutan perkembangan ini, untuk mencapai hasil pendidikan yang berkesan dan berkualiti tinggi pendekatan pendidikan haruslah dipertingkatkan, dipelbagaikan dan diperkemaskan selari dengan perkembangan pesat teknologi informasi. Dengan kemajuan ini pembangun (perisian) telah membangunkan sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dalam bab Jual Beli dan Sewaan yang akan menyentuh tentang aspek teori, praktikal dan pemahaman. Bertitik tolak daripada itulah, sekiranya kita menggunakan kemajuan teknologi dengan sebaiknya maka segala pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih efektif dan berkesan. 1.2 Latar Belakang Masalah Manusia telah dikurniakan akal fikiran oleh Tuhan yang Maha Esa. Salah satu tujuan manusia diberikan akal adalah supaya mereka dapat hidup dengan sempurna di dunia ini serta dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Akal berfungsi membantu manusia mencipta pelbagai perkara dan benda untuk memudahkan mereka dalam pelbagai urusan dan dengan tidak secara langsung. Pelbagai ilmu dan teknologi telah berjaya diwujudkan. Sebagai contoh, manusia di Mesir telah berjaya menemui cara atau ilmu membuat kertas dari pokok papyrus. Secara umumnya, ilmu dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan dan ia saling berkait antara satu sama lain.

6 Teknologi komputer juga adalah salah satu contoh hasil dari pemerhatian dan pengkajian yang mendalam oleh manusia yang bertujuan untuk memudahkan urusan duniawi manusia. Dengan teknologi ini juga telah berjaya merancakkan lagi perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi dan pertanian. Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari arus gelombang ledakan teknologi komputer di mana ia telah memudahkan para pendidik untuk melahirkan satu generasi yang mampu memperkembangkan bakat diri menjadi manusia yang sepadu antara akademik dan akhlaknya serta harmonis dalam setiap aspek sepertimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan di Malaysia adalah satu proses atau usaha pendidikan yang berterusan dan sempurna dan menjadi tanggungjawab bagi setiap pendidik untuk merealisasikan objektif ini seterusnya dapat melahirkan dan membentuk sebuah generasi yang memiliki kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Atas sebab ini, para guru harus menggunakan segala kemahiran yang dimiliki dan mengaplikasi secara maksimum sumber-sumber yang wujud di sekeliling mereka. Salah satu sumber tersebut adalah komputer dan perisian yang berbentuk pembelajaran (PBK). Malah dalam satu kajian, penggunaan komputer dan perisian berbentuk pembelajaran (PBK) telah mempercepatkan proses pendidikan dan berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Ia terbukti lebih berkesan dari penggunaan alat-alat yang konvesional seperti papan tulis dan kapur.

7 1.3 Pernyataan Masalah Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran dahulu, kebanyakan para guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu menggunakan kaedah Chalk and Talk di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis. Ini kerana kaedah ini mudah dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama oleh guru tersebut. Tetapi bagi pelajar suasana pempelajaran sebegini membuat mereka bosan dan jemu kerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru sahaja yang mengemukakan kandungan dan pelajar hanya mendengar serta suasananya yang statik dan sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan minat pelajar-pelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran itu berkurangan. Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mata Pelajaran Pendidikan Islam merupakan satu satu daripada mata pelajaran teras yang harus diambil oleh semua pelajar muslim sekolah menengah dan sering berlaku masalah di sekolah-sekolah di mana pelajar-pelajar digabungkan daripada beberapa kelas yang berbeza dan ini mengambil masa yang agak lama. Ini akan melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan senario ini, guru terpaksa menghadapi masalah dalam pengendalian masa. Dengan bantuan bahan Bantu mengajar (BBM) yang menggunakan komputer, guru dapat menguruskan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan bijak kerana ia mudah dikendalikan (Adam, J A,1993). Guru juga tidak perlu lagi menerangkan isi kandungan pelajaran secara menyeluruh, memadai dengan penerangan terhadap isi kandungan yang penting-penting sahaja. Ini kerana di sini komputer telah mengambil peranan guru yang dahulunya sebagai tutor kepada pelajar.

8 1.4 Objektif Projek 1.4.1 Objektif utama penghasilan projek ini adalah untuk menghasilkan satu prototaip aplikasi komputer dengan menggunakan teknologi Multimedia untuk kegunaan pelajar-pelajar tingkatan empat dalam bab jual beli dan sewaan, Pendidikan Islam di sekolah menengah di Malaysia. 1.5 Tujuan Perisian Di antara tujuan perisian ini dibangunkan adalah: 1.5.1 Memberi pemahaman secara jelas dan menarik minat pelajar dalam mempelajari bab jual beli dan sewaan dengan bantuan penggunaan unsurunsur tambahan multimedia kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar tingkatan empat dan lima. 1.5.2 Membantu pelajar tingkatan empat dalam mendalami isi kandungan bab jual beli dan sewaan dengan mengikuti semua program yang telah disediakan dalam perisian contohnya penyediaan soalan latih tubi dan mengikuti pembelajaran dalam tutorial. 1.5.3 Membantu pelajar memahami sub-sub topik dalam bab jual beli dan sewaan dengan bantuan video. 1.5.4 Membantu guru dan pelajar dalam proses pengulangan isi pelajaran tajuk jual beli dan sewaan pada bila-bila masa. 1.5.5 Sebagai memenuhi tuntutan semasa yang mementingkan penggunaan dalam teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.