Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

dokumen-dokumen yang mirip
TAJUK 1 : PENGGUNAANN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASAA MELAYU

TAJUK 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 13.0 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

CAPAIAN INTERNET SECARA ONLINE

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

MODUL PENGAJARAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

PROSEDUR MEMUAT NAIK TAPAK PEMBELAJARAN DAN LAMAN WEB KE FILE MANAGER

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Ilmu: Kebudayaan Nilai Murni: Kerjasama, hormat-menghormati Teknologi Maklumat dan Komunikasi

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tutorial Mengakses dan Membaca Surat Khabar Secara Online : Contoh - Harian Metro

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

LAMAN WEB PERIBADI UPM

LAMAN WEB PERIBADI UPM

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA. APLIKASI e-data PCB

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

TMK T5 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2013 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 5

INTERNET COLLABRATION Para pelajar mesti boleh: Tahu apa itu dan kegunaannya. Tahu apa itu Internet Relay Chat (IRC) dan kegunaannya. Tahu apa

HALAMAN UTAMA PORTAL PERAKGIS

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK

. Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA soalan di dalam ENAM muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

3.0. MENGENAL INTERNET

Tindakan pengguna. Storan data. Pengumpulan data

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAMPIRAN H. Nama pelajar. Tajuk Kajian. Guru Pembimbing

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM (CIDS) SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE MANUAL PENGGUNA

TAKLIMAT PEMBELAJARAN SECARA JARAK JAUH DI PPPJJ, USM

FLEx. Panduan untuk Peserta V.1. Page 1 of 25

STPM e-submission (Sastera) e-submission STPM (SASTERA) Manual Pengguna. Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

Rajah 1: Halaman Utama DBP Sah Bahasa

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL e-prestasi

Penggunaan Video (2 jam + 4 jam)

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

(LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & COURSE MANAGEMENT SYSTEM)

Hak Cipta Pusat Zakat, Sedekah &Wakaf UiTM Pulau Pinang Tel : H/P :

Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT211 Sistem Multimedia

M A N U A L PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KONTRAK 3K (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

/7720/7805.

EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

LATIHAN PENGUKUHAN 4 1. Berikan perbezaan di antara wireframe dengan storyboard

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pembelajaran Pada Bila-Bila Masa Dimana Jua JPA. Manual Pengguna EPSA

COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM (CIDS)

Panduan Mula Ringkas. Melihat atau bertukar antara akaun dalam talian Klik ID akaun anda untuk mengubah seting atau menukar akaun.

SISTEM ISAC TERAGIH CARA-CARA PENGGUNAAN SISTEM BAGI MODUL PERMOHONAN (INDIVIDU)

Polisi Privasi. Pengenalan

PENGENALAN KEPADA LAMAN WEB

[PANDUAN PENGGUNA 1.0] MODUL PENDAFTARAN PEMBAWA DOKUMEN

Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KSSR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN 4

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

KERJA KURSUS SEJARAH PMR TAHUN 2012 (Panduan untuk Elemen 2)

MANUAL PENGGUNA. Manual Pendaftaran Vendor Baharu. Versi 1.0. Pejabat Bendahari,

Asas Microsoft PowerPoint

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia MODUL DKOOP. Maklumat Am-Ahli Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalam. Bahagian Penyeliaan OffSite

Menggunakan Office 365 pada telefon Android anda

Panduan Mula Cepat. Bar Alat Capaian Segera Perintah di sini sentiasa kelihatan. Klik kanan perintah untuk menambahkannya di sini.

MANUAL PENGGUNA SISTEM KERJA KURSUS (SKK) PMR [SETIAUSAHA PEPERIKSAAN] UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Panduan Pengguna. Pendaftaran Kendiri Akaun Identiti

15. Menghantar Tugasan menggunakan Laman / Site

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MANUAL PENGGUNAAN MySETOMS (PELAJAR)

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

Bagi Pengguna Akses (PANEL INSURANS)

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

2.0 PENYATAAN MASALAH

4. Sistem rangkaian laman web MCSL dan laman web agensi-agensi Kerajaan adalah seperti dalam Rajah 1.

Sistem e-transit Modul Pergerakan

Panduan Mula Ringkas. Melihat opsyen lain Klik anak panah ini untuk melihat opsyen lain dalam kotak dialog.

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Menengah Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme

Transkripsi:

Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Hasil Pembelajaran 1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan. 2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran. 3. Membina tapak pembelajaran yang mudah. 4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian. 5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video. : Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. kursus: Kandungan Jam Catatan 1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu Menggunakan web, video, audio, dan imej Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu. Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet. 2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks. Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa. 3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet Memindahkan garis panduan dan etika Modul Modul 1

Kandungan Jam Catatan penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint 4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Memilih bahan sastera Memilih bahan tatabahasa Memilih bahan bidang ilmu lain 5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran. Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Struktur Hierarki dan Struktur Komposit Struktur Linear Struktur Rangkaian 7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran. Membina bahan. 8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian. Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran 9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman Prosedur pengeditan Prinsip pengeditan Modul dan Modul Modul 2

Kandungan Jam Catatan Melaksanakan pengeditan Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa. 10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio Membina bahan video dan audio Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca. 11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video Konferensi secara dalam talian Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis. 12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan 13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet Memanipulasi animasi dalam persembahan 14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran 15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang Mengadakan seminar Mengadakan pameran JUMLAH Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi: Modul dan Modul 90 3

Lokman Abd Wahid IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur lokmanibmm@yahoo.co.uk Maklumat yang berkaitan terdapat di laman pembelajaran yang berikut: http://bme3103.tripod.com http://bmm3105.tripod.com http://bmm3105.bravehost.com/index http://media14minggu.tripod.com Arahan umum kepada pelajar. 1. Sila buka folder utama dan namakan folder utama itu sebagai BMM3105 <nama, ipg> 2. Di dalam folder utama itu, buka 15 folder dan namakan setiap folder dengan tajuk 1, tajuk 2, sehinggalah ke tajuk 15. 3. Simpan kerja setiap tajuk ke dalam folder yang telah dibuka. 4. Pensyarah akan memeriksa semua kerja pelajar yang telah disimpan ke dalam folder 3 kali satu semester. 5. Pada penghujung semester, pelajar akan memindahkan semua kerja mereka ke dalam folder dan menyimpan kekal sebelum diserahkan kepada pensyarah. 4

1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu 1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej 1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu. 1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet. 1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej 1.1.1 Menggunakan laman web. Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik. Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet: www.yahoo.com www.yahoo.co.uk www.yahoo.com.my www.google.com Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat contoh di bawah. Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan 5

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet. Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan. 1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu. Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan resepi + masakan. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda seperti resepi masakan. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet. Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah. 1.3.1 Alamat Internet Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya. Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy. Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. Apabila ini Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan. 7

Alamat Internet. Wajik http://ms.wikipedia.org/wiki/wajik Karipap http://ms.wikipedia.org/wiki/karipap Menambah Nilai Buku http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=ren cana&pg=re_02.htm Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=ren cana&pg=re_03.htm Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=ren cana&pg=re_0.htm Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=ren cana&pg=re_08.htm Memperkasa Pantun Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=ren cana&pg=re_09.htm 8

Bergaya Dengan Teknologi Nano http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=utusan_malaysia&sec=meg abait&pg=me_01.htm Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=utusan_malaysia&sec=kesi hatan&pg=kn_04.htm Pantun Melayu http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm 1.3.2 Katalog Alamat Internet. Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan. Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini: Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya. Katalog Alamat Internet Peribahasa Melayu http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pagenum_simpulan=2&sim pulan_abjad=a Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa. Seni Tenun Melayu http://culture.melayuonline.com/?a=c3vul29qts9venvwrnrcb20%3d= Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara. Tatabahasa : Kata Nama http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm 9

Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama. Tatabahasa : Penjodoh Bilangan http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya. Pakaian Tradisional http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum http://www.ppk.kpm.my/ Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran. Ayat Inti http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul. Tugas pelajar: 1. Dapatkan bahan dalam bentuk elemen audio, video, teks, dan grafik dan simpan dalam bentuk alamat internet dan katalog internet. 2. Bagi setiap elemen, dapatkan 10 bahan 3. Jangan gunakan bahan yang sama bagi katalog internet. 4. Simpan semua kerja 1 ke dalam folder tajuk 1. Selamat belajar. 10