SIKAP BOROS DAN KESAN-KESANNYA

dokumen-dokumen yang mirip
MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

DIMENSIKOOP WANG. Uruslah dengan Bijak. Nurul Aini Muhammad Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. BIL.

Pengurusan Kewangan Peribadi

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

12 SOALAN Yang Wajib Ditanya Sebelum BERHUTANG!

4 Langkah Refinance Rumah Untuk Langsaikan Semua Hutang Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

Siapa saya? Dan, bagaimana saya Berjaya membina bisnes cenderahati?

PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

BAGAIMANA MENGORAK LANGKAH PERTAMA KE ARAH KEJAYAAN

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Anda dijamin berani bertindak bila dah tahu prosedur ini.

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB


SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

Kepentingan pengurusan kewangan

Pengenalan kepada Kewangan

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

SKRIP HANDLING REJECTION

Anda dibenarkan untuk menyebarkan dan berkongsi fail PDF panduan ini dengan seiapa sahaja

BAB 6 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN. SPM2004/A/S4(a) 5 markah

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

40 PrOsPEK hartanah malaysia

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Penafian 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

MODUL 202 (A) MEMBINA TABUNG PENDIDIKAN

Pengenalan Makroekonomi

Pengenalan kepada Ekonomi

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

KEMPEN CERIA BERAYA 2017 PROGRAM PECAH TABUNG DAN PERADUAN MEWARNA BANK RAKYAT 2017

Kriteria Belanjawan Modal

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Model Pengurusan Strategik

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

Hasrat Penjagaan Saya

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Sesi 21 Oktober 2015

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Gold Accumulation Program (GAP) ialah kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang dibackup 100% dengan emas fizikal.

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan

Salah faham tentang maksud IKHLAS

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

Panduan Guru Versi 2. Layari untuk versi terbaru.

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

STRATA LWN BERTANAH Apakah Pilihan Anda?

Wawancara Berita Minggu bersama Encik Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA. Siri Pemikiran FOMCA - 6

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

Transkripsi:

MODUL 4: SIKAP BOROS DAN KESAN-KESANNYA Isi kandungan 4.1 Pelbagai kegunaan lebihan wang 4.2 Membantu berbelanja bijak 4.3 Membantu menyimpan dengan bijak 4.4 Menyediakan belanjawan 4.5 Mengurangkan perbelanjaan tanpa kompromi kepada kualiti 4.6 Kesan buruk bersikap boros 37

Sketsa Tania seorang yang terlalu suka berbelanja, dia tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke pusat membelibelah sekiranya ada jualan murah. Mari kita lihat situasi yang Tania hadapi kesan daripada sikapnya yang terlalu boros. Tempat : Asrama sekolah Watak : Tania, Kaisara, Aspalela dan Iris Al-kisah Tania : Jom la you all kita keluar hujung minggu ni jalan-jalan shopping-shopping jom la sekarang ni kan ada sale mesti banyak barang-barang murah..jom la Kaisara : Aku takde duit..kau ajak la orang lain Tania : Erm ok la..kau Lela jom.. Aspalela : Errr.aku.ha aku nak ulang kaji. Minggu depan aku ada ujian. Tania Iris Tania : Haa..engkau mesti ikut aku aku nak beli kasut, beli baju, beli beg, bla.bla bla.. : Aku tak boleh Tania. Aku nak balik rumah minggu ni..sorry ek.. : Ala kenapa semua orang tak nak ikut aku? Ikuti sambungan sketsa dalam setiap subtopik 39

4.1 Pelbagai kegunaan lebihan wang Wang merupakan antara barang yang paling berharga di dunia ini. Sekiranya anda tidak menguruskan kewangan anda dengan bijak, berkemungkinan anda bakal menanggung beban hutang yang banyak. Apa itu wang? Ramai orang mendefinisikan wang sebagai wang kertas dan wang syiling. Ada sesetengah berpendapat bahawa wang adalah barang yang sangat terkenal dan berfungsi sebagai medium pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang yang dikehendaki. Tips: Untuk meningkatkan inisiatif menyimpan, anda boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri sekiranya tabungan anda mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan ini, wang bukan sekadar untuk disimpan tetapi digunakan dengan bijak!! Formula menggunakan wang dengan bijak: Pendapatan perbelanjaan = simpanan Pendapatan simpanan = perbelanjaan (x) ( ) Mengapa anda perlu menyimpan sebelum berbelanja? Ini kerana anda perlu konsisten dalam menyimpan. Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk menyimpan RM5 setiap minggu, maka anda perlu mengasingkan jumlah tersebut sebelum berbelanja. Tahukah anda? a? Anda boleh menambah simpanan pelaburan anda ke dalam akaun ASB atau ASN anda di mana-mana pejabat ejen-ejen ASNB di seluruh Malaysia. Sambungan Iris Tania : Eh Tania, kenapa kau tak nak menabung? : Entah.. (sambil berfikir sejenak) 40

Banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan lebihan wang. Antaranya menyimpan wang untuk membeli sesuatu barang. Sebagai contoh, anda ingin memiliki telefon bimbit yang berharga RM300. Dengan memulakan simpanan RM3 seminggu, anda boleh membeli telefon bimbit idaman setelah menyimpan selama hampir setahun. 4.2 Mengapa saya perlu menyimpan wang? Wang adalah medium (perantaraan) terpenting dalam urusan seharian anda, tanpa wang anda tidak mampu melakukan apa sahaja transaksi yang anda inginkan. Contohnya anda mengimpikan sebuah jam yang berharga RM100. Tanpa wang anda tidak mampu memiliki jam tersebut. Kadangkala apa yang anda impikan tidak semestinya mampu dibeli oleh ibubapa anda, jadi anda perlu berusaha untuk memikirkan bagaimana cara untuk mencapai keinginan tersebut. Selain itu, anda juga perlu memikirkan berapa banyak wang yang anda perlu ada untuk meneruskan pelajaran anda ke peringkat lebih tinggi. Anda tidak boleh hanya mengharap ibubapa anda memikirkan sepenuhnya perbelanjaan anda nanti. Sekurangkurangnya anda perlulah memikirkan bagaimana cara untuk meringankan sedikit beban kewangan mereka. Simpanan kecemasan yang anda kumpul, dapat membantu perbelanjaan yang diperlukan dalam jangka masa pendek. Contohnya anda tinggal seorang diri di rumah kerana ibu bapa anda belum pulang dari tempat kerja, tiba-tiba rumah anda terputus bekalan elektrik dan anda dapati lilin di rumah anda kehabisan. Anda boleh menggunakan duit kecemasan daripada simpanan anda untuk membeli lilin. Tips: Sediakan tabung di rumah bagi mengumpul wang syiling. 41

4.2.1 Bagaimana cara untuk menyimpan wang saya? Menyimpan wang memerlukan kreativiti supaya anda akan merasa ianya sangat menyeronokkan dan mampu memberi pulangan yang anda mahu. Salah satu cara, anda boleh menggunakan sistem sampul untuk membuat agihan simpanan. Daripada belanjawan yang telah anda buat, anda pastikan simpanan anda dibahagikan kepada 3 bahagian. 1/3 daripadanya untuk tujuan pelaburan, 1/3 untuk simpanan kecemasan (simpanan tunai di tangan), 1/3 untuk disimpan di dalam bank. Sampul-sampul ini anda labekan mengikut agihan. Tips: Tampalkan sampul-sampul tersebut di dinding bilik atau di tepi katil anda, masukkan wang setiap hari sebaik sahaja pulang dari sekolah. Jadikan ianya amalan dan kebiasaan anda. Contohnya anda telah menetapkan dalam belanjawan anda setiap bulan anda akan membuat simpanan sebanyak RM18, di mana setiap hari anda menerima wang saku daripada ibu bapa anda sebanyak RM2 x 5 hari = RM10 x 4 minggu= RM40. Tetapi anggaran perbelanjaan harian anda adalah sebanyak RM1.40 Sambungan Aspalela : Simpanan ni bagus untuk masa depan. Cuba kau bayangkan waktu kecemasan Tania : Ala you all kan ada.. Aspalela : Ni yang aku tak suka ni.. (marah-marah) 42

sehari, maka RM2 RM1.40= RM0.60. Dengan wang sebanyak RM0.60 anda mengagihkan kepada 3 sampul setiap hari. Setiap sampul dimasukkan 20 sen setiap hari. RM0.20 RM0.20 RM0.20 Tahukah anda simpanan pelaburan anda dalam sampul ASB/ASN akan menjadi RM4 sebulan dan dalam setahun menjadi RM48. Tanpa anda sedari anda mampu membuat pelaburan ke dalam unit amanah ASB anda dengan duit anda sendiri. Web menarik. Layarilah www.duitsaku.com pelbagai aktiviti menarik boleh didapati di laman web ini. Tahniah! Anda berjaya memulakan langkah pertama untuk ke gerbang kekayaan. Teruskan mengira anda pasti teruja dengan pelaburan yang anda mampu buat tanpa perlu memikirkan punca wang yang perlu anda cari untuk melabur. Anda mampu menyediakan RM240 setahun hanya dengan menyimpan RM1 setiap hari. (Sebagai alternatif bagi pelajar luar bandar mereka boleh mereka cipta tabung daripada buluh, tin atau bahan-bahan terpakai yang lain untuk dijadikan tabung. 43

4.3 Membantu berbelanja bijak Pernahkah anda merancang sebelum berbelanja? Ops tentu tidak. Jika anda sedar, anda hanya membeli apa yang anda perlukan. Apa yang berkenan di mata anda diambil terus hanya untuk memenuhi nafsu diri sahaja tanpa mengira nilai dan kualitinya. Bolehkah anda membezakan antara keperluan dan kehendak? Keperluan merupakan sesuatu yang diperlukan dan mesti dipenuhi untuk menjalani kehidupan. Manakala kehendak merupakan keperluan sampingan untuk hidup lebih selesa. Tips: Salah satu alternatif untuk berbelanja dengan bijak ialah membeli ketika berlangsungnya jualan murah seperti jualan tahun baru, musim perayaan dan jualan akhir tahun. Namun secara realitinya, individu tidak mampu membezakannya dan menganggap keduaduanya sama penting. Sekiranya anda mampu membezakan kedua-duanya maka anda akan berjaya mengurus dan membelanjakan wang dengan bijak. Kehendak anda tidak terbatas. Andalah yang menentukannya. Pilihan ada di tangan anda. Tahukah anda merancang ketika berbelanja amat penting dalam kehidupan kita seharian. Merancang ketika berbelanja membantu anda menguruskan wang dengan bijak bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Adakah ibubapa anda juga merancang? Pernahkah anda melihat ibu bapa anda membuat senarai barangan ketika membeli? Bagaimana untuk berbelanja dengan bijak??? 44

Tip-tip berbelanja dengan bijak 1 - Berjimat-cermat/teliti dalam mengurus perbelanjaan 2 - Meningkatkan hayat penggunaan/memberi kesan maksimum bagi setiap perbelanjaan Renungkanlah! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. 3 - Mengawal perbelanjaan dan penggunaan mengikut keperluan bagi mengelakkan membeli perkara yang tidak perlu 4 - Bersederhana dalam berbelanja 5 - Elakkan pembaziran 6 - Merancang pembelian barang keperluan lebih awal seperti pakaian sekolah, dan pakaian ketika perayaan 7 - Membeli ketika jualan murah 8 - Bandingkan harga 9 - Membuat senarai barangan ketika berbelanja Sambungan Tania : Aku berbelanja masa sale je la. Tu pun nak kecoh ke! Iris : Memang la berbelanja masa sale tu boleh tapi masalahnya kau ni menyusahkan we all! (serentak Kaisara dan Aspalela mengiakan) Tania : Apa yang menyusahkan you all? Kaisara : Yelah. Kau tu berbelanja tak ingat dunia. Bersederhana la sikit. Beli apa yang perlu dah la 45

4.4 Menyediakan belanjawan Apa itu Belanjawan? Anda tentunya pernah terfikir kehidupan tanpa kawan di sisi, tanpa makanan yang memberi tenaga kepada badan, tanpa kehijauan pokok-pokok atau tanpa sebarang kehidupan yang selesa. Namun begitu, pernahkah anda terfikir kehidupan tanpa wang? Kenapa wang begitu penting dalam kehidupan kita? Apa kaitannya wang dan belanjawan? Belanjawan adalah cara yang terbaik untuk mengimbangkan perbelanjaan dan simpanan. Belanjawan yang bijak adalah berpandukan kepada pendapatan dan perbelanjaan. Memandangkan pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap manusia berbeza, belanjawan haruslah selari dengan matlamat, keperluan dan kehendak. Selain itu, perancangan kewangan dapat membantu mengawal aliran keluar masuk wang dan dapat mengelak daripada krisis kewangan sekaligus mencapai matlamat. Macam mana nak mula??? Renungkanlah! Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal! - Pertama, senaraikan semua jenis pendapatan termasuk wang saku yang biasa diterima daripada ibu bapa atau pendapatan sampingan yang lain dan tidak ketinggalan sebarang bentuk perbelanjaan tetap untuk bulan tersebut - Kemudian, senaraikan juga senarai barang yang perlu dibeli berserta harga - Seterusnya, sentiasa rekod dan catat setiap jenis perbelanjaan yang telah dilakukan - Akhirnya, jumlahkan semua perbelanjaan yang telah di rekod pada bulan tersebut untuk mengetahui berapa jumlah sebenar yang telah dibelanjakan 46

Macam mana nak kekalkan??? - Berbelanja ikut keperluan - Tanamkan sifat menyimpan pada setiap bulan - Sediakan senarai barang yang perlu dibeli sebelum berbelanja - Rancang perbelanjaan dan beli ketika jualan murah - Jauhkan diri jika rasa anda akan berbelanja tanpa kawalan - Rekodkan setiap perbelanjaan dan di mana ia di belanjakan (kepilkan resit!) - Bandingkan rekod perbelanjaan sebenar dan rancangan kewangan asal 1 Web menarik. Layarilah www.akpk.org.my pelbagai tips-tips perbelanjaan boleh didapati di laman web ini. Sambungan Tania Iris : Kau ingat aku tak pernah buat belanjawan ke? Aku buat tau..tapi still defisit.. : Ye la.. kau buat belanjawan tapi tak ikut pun apa yang kau tulis 1 www.akpk.org.my 47

Contoh belanjawan: TARIKH MASUK (RM) KELUAR (RM) PERKARA BAKI (RM) 1/1/09 RM10 RM7 Makan RM3 2/1/09 Catat perbelanjaan anda setiap hari di dalam jadual belanjawan anda. 4.5 Tip mengurangkan perbelanjaan tanpa kompromi kepada kualiti Berikut adalah tip-tip yang disarankan dalam membantu mengurangkan perbelanjaan tanpa kompromi kepada kualiti. 1. Jangan terlalu taksub dengan barangan yang berjenama kerana tidak semestinya barangan murah tiada kualiti 2. Amalkan sikap berjimatcermat dan berbelanja ketika benar-benar memerlukan 3. Elakkan diri daripada membeli-belah bersama golongan yang mementingkan barangan yang berjenama daripada kualiti 4. Mengambil peluang berbelanja ketika jualan murah (sale) Renungkanlah! Belilah barangan buatan Malaysia. Kalau nak jimat senang je! Pilihan ada di tangan anda.. 5. Membuat tinjauan sebelum berbelanja (window shopping) 6. Disiplin diri dan tegas dalam membuat sebarang keputusan 48

4.6 Kesan Buruk Bersikap Boros Banyak kesan buruk sekiranya kita bersikap boros. Kawankawan tentunya akan memulaukan kita kerana kita apabila kita tidak mempunyai cukup wang, kita akan sentiasa meminjam daripada kawan-kawan. Kawan-kawan juga mempunyai keperluan mereka yang tersendiri, jadi kita harus menghormati hal tersebut dan mengurus kewangan kita dengan bijak supaya tidak meminjam secara keterlaluan. Sikap boros juga tidak baik kerana sikap ini akan kita bawa sehingga dewasa. Apabila kita mempunyai pendapatan tetap nanti, kita akan tetap bersikap boros dan tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk memenuhi semua keperluan kita. Sikap boros akan membawa kita ke kancah hutang yang keterlaluan sekiranya tidak dikawal sejak dari remaja. Sikap boros akan menyebabkan pendapatan sentiasa tidak mencukupi dan terpaksa berhutang, contohnya dengan menggunakan kad kredit secara melampau. Sambungan Kaisara : Kau ni asyik beli barang branded yang mahal je..cuba la cari barang yang berkualiti tapi murah.. Tania : Ala, barang murah mana ada kualiti.. Iris : Siapa cakap? Kau tu yang buta menilai.. banyak je.. Tania : Apa ni..asyik aku je yang kena hentam.. aku tau la..aku dah besar.. Aspalela : Ikut la kami bagi nasihat je..kalau kau masih juga tak berubah..kau pilihlah jalan kau sendiri.. Akhirnya Tania tersedar sikapnya yang boros menyebabkan kawankawannya tidak lagi mendekati dia. Kawan-kawannya sentiasa cuba menjauhkan diri daripadanya. Mahukah anda kehilangan kawan seperti Tania? Jika tidak mahu, anda seharusnya ubah cara anda berbelanja mulai sekarang! 49

Mari Berfikir 7 Aktiviti Kumpulan 1 Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang rakan. Pilih mana-mana kawasan yang selesa untuk berkumpul dan berbincang. Lakukan aktiviti berikut: 1) Kumpulkan wang tunai. 2) Menyediakan belanjawan mengikut jumlah kewangan kumpulan dan senarai barang yang diperlukan. 3) Bincang bagaimana boleh berbelanja dengan bijak, contohnya melalui jualan murah, tawar-menawar, dan lain-lain. 4) Jumlah simpanan akhir kumpulan. 5) Bincangkan kesan buruk sekiranya tidak merancang kewangan dengan bijak. Aktiviti Kumpulan 2 Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang rakan. Pilih mana-mana kawasan yang selesa untuk berkumpul dan berbincang. Lakukan aktiviti berikut: Bentukkan satu kumpulan terdiri daripada 5 orang. Anda dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti pengumpulan dana seperti: i. kitar semula barang terpakai ii. jualan kecil-kecilan iii. dedication day 50

Matlamat: untuk membeli sebuah komputer riba (notebook) yang berharga RM1,500. 2. Apabila duit yang dikumpul telah mencukupi, maka anda bolehlah membeli notebook dengan membuat perbandingan harga yang ada di pasaran terlebih dahulu. Dengan ini, anda boleh mendapatkan barangan yang lebih murah dan bermutu tinggi. 51