GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

dokumen-dokumen yang mirip
Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri. PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG. 1.1 Ketua Jabatan bermaksud Dekan/Pengarah/Ketua di Pusat Tanggungjawab.

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

Universiti Malaysia PAHANG

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

KERAJAAN MALAYSIA. Peraturan Dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 05 ) 14 November 2011 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 4 TAHUN 2011

BAYARAN UPAH JAHIT DAN KASUT KULIT PAKAIAN SERAGAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 23 ) 17 Mei 2015 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2015

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

BEN-PKL( 02/2007 )D PEKELILING BENDAHARI BIL. 02/ 2007 PINDAAN TEMPOH BAYARAN DAN PENYENGGARAAN DAFTAR BIL

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 (11 ) Tarikh: 6 April 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2014

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 6/2008 PEJABAT BENDAHARI

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

PEROLEHAN BERKAITAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) DAN RANGKAIAN INTERNET

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

POLISI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

PEKELILING BENDAHARI BIL : 2 / 2007 PEJABAT BENDAHARI

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PEKELILING BENDAHARI BIL : 10/2009 PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 Tahun 2014 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4/2008

PEMERIKSAAN MENGEJUT KUTIPAN HASIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

POLISI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN KOMPUTER DAN PERALATAN ICT GUNASAMA BAGI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penolong Pegawai Veterinar G29

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2013 PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat yang dilantik terus;

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UTHM.PB/100-6/4/1(26) 8 Disember 2012 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2012

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

KONTRAK BERPUSAT BAGI BEKALAN AM PEJABAT UNTUK KEGUNAAN SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj) DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (JURUTRENGKAS) GRED N17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penolong Pengurus Asrama N29.

SURAT PEKELILING BENDAHARI GARIS PANDUAN PEROLEHAN BEKALAN DAN

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik Kerusi Pergigian (Fakulti Pergigian) yang dilantik terus;

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL 7 TAHUN 2016 PROSEDUR TUNTUTAN HASIL

Prosedur ini disediakan untuk menerangkan kawalan dokumen yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 UPSI meliputi:

2, Penjanaan sumber dalaman pada masa ini telah banyak dilaksanakan di PTj. Antaranya

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

PERATURAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN MESIN FOTOSTAT POLITEKNIK MELAKA

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2014 PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2014

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UTHM/PB/100 6/4/1 (18) Tarikh: 19 Ogos 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 12 / 2008

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2006

LPP(A)5/10 Jld.18 ( 12 ) LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG PEKELILING KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2015

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PEJABAT BENDAHARI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4 Tahun 2010 PEJABAT BENDAHARLILING PEJABAT BENDAHARI

TAKLIMAT STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) PEROLEHAN ANAK SYARIKAT

Universiti Malaysia PAHANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Tujuan

PEKELILING PENDAFTAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Transkripsi:

Rujukan Kami : UPM/PEND. 5.1 Tarikh : 26 Oktober 2009 PEKELILING AM PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2009 GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI Tujuan 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai kelayakan dan peruntukan terkini pakaian seragam dan pakaian keselamatan kepada semua staf Universiti Putra Malaysia yang layak. Latar Belakang 2. Pada masa ini pemberian pakaian seragam adalah berdasarkan Pekeliling Am UPM Bilangan 1 Tahun 2006 yang hanya mensasarkan kepada keperluan pakaian seragam bagi staf kumpulan sokongan sahaja. Terdapat penambahan serta pindaan terhadap keperluan pakaian seragam jawatan tertentu melalui persetujuan Pihak Pengurusan Universiti dan juga pihak Jawatankuasa Pakaian Seragam Universiti melibatkan jawatan kumpulan pengurusan dan profesional. Keputusan ini dibuat dengan mengambilkira keperluan semasa pakaian seragam jawatan terlibat mengikut bidang tugas serta persekitaran kerja sesetengah jawatan tersebut. 3. Sementara bagi pakaian keselamatan pula, terdapat lapan (8) jenis pakaian keselamatan yang diperuntukkan melibatkan staf daripada kumpulan sokongan serta pengurusan dan profesional (akademik dan bukan akademik) yang dikenalpasti. Bagaimanapun, ia tidak termasuk penyediaan alat lindung diri (ALD) atau Personal Protection Equipment (PPE) yang lain iaitu yang lebih khusus di mana ianya hanya melibatkan sesetengah Pusat Tanggungjawab (PTJ) sahaja dan hendaklah disediakan oleh PTJ kepada staf yang terlibat dengan berpandukan garis panduan yang akan di keluarkan oleh Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pejabat Naib Canselor. 1

Pelaksanaan Kelayakan 4. Kelayakan menerima pakaian seragam dan pakaian keselamatan adalah melibatkan jawatan bagi kumpulan pengurusan & profesional serta kumpulan sokongan tertentu Universiti yang bertaraf tetap dan kontrak sahaja yang mana tugasnya memerlukan pemakaian pakaian seragam atau pakaian keselamatan. Senarai jawatan yang layak menerima pakaian seragam dan pakaian keselamatan adalah seperti di Lampiran A dan akan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Asas-asas Pemberian Pakaian Seragam dan Pakaian Keselamatan 5. Pada dasarnya penentuan kelayakan untuk membekalkan pakaian seragam adalah berdasarkan keperluan tugas jawatan tertentu. Oleh itu, asas-asas pemberian pakaian seragam kepada staf Universiti adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 tahun 1990 iaitu berdasarkan asas-asas berikut: 5.1 Sebagai lambangkuasa yang diperuntukkan kerana tugas jawatan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, memasuki kawasan, bangunan dan rumah-rumah untuk tujuan pemeriksaan. Pakaian seragam dibekalkan bagi tujuan pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka dan dikehendaki memakai pakaian seragam sepanjang waktu bertugas. Kakitangan yang terlibat adalah seperti Pengawal Keselamatan, Pembaca Meter, Jururawat dan Ahli Bomba; 5.2 Bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri kakitangan daripada percikan bahanbahan kimia dan kekotoran semasa bertugas. Kakitangan terlibat dengan bidang tugas ini adalah seperti pekerja makmal, pekerja bengkel, pekerja am di luar pejabat dan wad rawatan pesakit; dan 5.3 Bagi tujuan kebersihan dan rupa. Ini melibatkan kakitangan seperti Pemandu dan Pembantu Am Rendah. 6. Selain itu, bersesuaian dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514); pakaian keselamatan atau alat lindung diri (ALD) perlu dibekal, diguna dan diselenggara apabila keperluan dan kegunaannya telah dikenalpasti dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau penyakit akibat dari aktiviti-aktiviti pekerjaan yang dijalankan. Pakaian keselamatan dan ALD juga perlu dibekalkan kepada pekerja berdasarkan keperluan aktiviti kerja untuk kegunaan peribadi (individual usage), semasa kerja, seperti memasuki dan bekerja di dalam ruang terkurung (confined space), bekerja di luar pejabat, seperti di tempat tinggi (working at height), di dalam hutan, di tepi/atas jalanraya kawasan kampus dan di kawasan pembinaan (construction) dan sebarang aktiviti kerja yang telah dikenalpasti memerlukan penggunaan ALD. ALD adalah keperluan perlindungan meliputi mata, muka, kepala, kaki dan tangan pekerja. 2

Peruntukan Kuantiti, Harga, Warna dan Rekabentuk 7. Secara asasnya, peruntukan pakaian seragam bagi setiap seorang staf yang layak adalah tiga (3) pasang pakaian dan dua (2) pasang kasut kecuali jawatan yang melibatkan kawalan keselamatan. Bagaimanapun, penentuan jenis pakaian yang layak adalah tertakluk kepada kesesuaian, keperluan persekitaran serta bidang tugas sesuatu jawatan. Faktor yang sama juga antara kriteria yang menentukan kelayakan menerima pakaian keselamatan iaitu bergantung kepada jenis tugas, kerja dan lokasi yang telah dikenalpasti sahaja. Sebagai contoh, Pembantu Perpustakaan yang ditempatkan di Unit Penjilidan sahaja layak menerima kasut keselamatan. 8. Semua proses perolehan bagi pakaian keselamatan dan pakaian seragam adalah diurus secara berpusat melainkan bagi jawatan yang melibatkan tugas tertentu iaitu rawatan perubatan, kawalan keselamatan, aktiviti masjid (imam), perkhidmatan penyediaan makanan dan tugas lain yang telah dikenalpasti, proses perolehan pakaian seragam hendaklah diuruskan sendiri oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing berpandukan kadar dan peraturan yang ditetapkan selaras dengan tatacara perolehan dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. Permohonan perolehan dan proses pembayaran hendaklah dibuat melalui Pejabat Pendaftar bagi tujuan pengesahan menggunakan peruntukan Pakaian Seragam Universiti. 9. Bagi pakaian batik pula, tuntutan hendaklah dibuat dengan melampirkan resit asal melalui Ketua PTJ masing-masing dan dihantar kepada Pejabat Pendaftar selewat-lewatnya pada 30 Jun setiap tahun untuk kelulusan bayaran. 10. Rekabentuk dan warna pakaian seragam serta pakaian keselamatan perlu mematuhi peraturan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pakaian Seragam Universiti. Sebarang pindaan atau perubahan pada spesifikasi yang tidak melibatkan kos hendaklah disahkan oleh pihak jawatankuasa terlebih dahulu. Bagaimanapun bagi yang melibatkan penambahan kos, permohonan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan. Pekeliling Rujukan 11. Pekeliling yang dirujuk dan digunapakai ialah: 11.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/1990 11.2 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6/2002 11.3 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 Pemakaian Baju Batik 12. Selaras dengan persetujuan pihak Universiti supaya staf diberi kelayakan sepasang pakaian batik secara tukar ganti dengan pakaian seragam biasa, semua staf yang menerima kemudahan tersebut digalakkan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis bersesuaian dengan persekitaran tugas selaras dengan keputusan kerajaan mengenai perkara yang sama melalui edaran Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008. Jawatan yang layak 3

menerima pakaian batik adalah semua staf sokongan (Gred 17 ke bawah) yang layak menerima bekalan pakaian seragam kecuali staf yang memakai pakaian seragam bagi tujuan di Para 5.1 dan staf yang memakai pakaian seragam khas tertentu lain yang telah dikenalpasti yang juga melambangkan identiti tugas masing-masing. Tanggungjawab Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Atau Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar 13. Semua Ketua PTJ atau Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar adalah diminta memberi kerjasama untuk menyampaikan pekeliling ini kepada semua staf di PTJ masing-masing dan memastikan semua staf yang dibekalkan pakaian seragam dan pakaian keselamatan supaya memakainya semasa bertugas. Tanggungjawab Staf 14. Semua staf yang layak menerima bekalan pakaian seragam adalah diwajibkan memakai pakaian seragam masing-masing serta memakai pakaian keselamatan apabila diperlukan sewaktu bertugas. Pembatalan 15. Pekeliling Am UPM Bilangan 1 Tahun 2006 adalah dibatalkan mulai tarikh pekeliling ini diedarkan dan berkuatkuasa. Tarikh Kuatkuasa 16. Pekeliling ini berkuatkuasa serta-merta dari tarikh ianya diedarkan. Sekian, terima kasih. BERILMU BERBAKTI Yang benar WAN AZMAN BIN WAN OMAR Pendaftar Universiti Putra Malaysia 4

Edaran : Semua Timbalan Pendaftar Kanan/Timbalan Pendaftar/Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Kanan/Penolong Pendaftar/Pengurus/ seperti di Lampiran I Salinan : i. Naib Canselor ii. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) iii. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) iv. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) v. Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) vi. Dekan/Pengarah/Ketua/Pengetua vii. Bendahari viii. Ketua Pustakawan 5