BAB 1 PENGENALAN. kegagalan sesebuah organisasi. Masalah yang berkaitan isu kawalan

dokumen-dokumen yang mirip
KEFAHAMAN KE ATAS KAWALAN DALAMAN BAGI TABUNG PERKHIDMATAN DI KALANGAN ANGGOTA TENTERA DARAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 14 AUDIT DALAMAN

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membentangkan kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji hasil

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

ISI KANDUNGAN HALAMAN TAJUK ABSTRAK PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

B. OBJEKTIF UMUM. Memahami maksud konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan

BAHAGIAN 1A : PENGENALAN

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

SENARAI TUGAS GURU BESAR

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

Model Pengurusan Strategik

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Amanah Saham Panduan Pelabur

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Disclaimer. Amaran!!! E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Kajian terhadap tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan kepada Job

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN (W27) TK1

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penolong Akauntan W29.

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

Transkripsi:

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kawalan dalaman merupakan salah satu faktor kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Masalah yang berkaitan isu kawalan dalaman dalam sesuatu organisasi semestinya akan menjejaskan keyakinan mereka yang berkepentingan, wujud ketidakpatuhan kepada peraturan dan perundangan serta mencerminkan kelemahan pengurusan organisasi tersebut. Persekitaran kawalan dalaman yang tinggi atau baik diperlukan dalam sesebuah organisasi bagi menentukan penjagaan aset yang terjamin, laporan kewangan yang tepat dan pengoperasian yang cekap dan berkesan. Kawalan dalaman yang lemah pula akan menyebabkan kepincangan pengoperasian serta akan menjejaskan kredibiliti organisasi sekiranya timbul kejadian salah laku, penyelewengan dan penipuan. Duncan dan Stocks (2003) mengatakan pada tahap minima, kawalan dalaman yang tidak mencukupi mungkin menyebabkan ketidakpercayaan atau tuduhan yang tidak berasas berdasarkan aktiviti yang tidak sesuai. Secara amnya wujud perbezaan kawalan pengurusan dalam beberapa keadaan antara sebuah organisasi yang berasaskan keuntungan dan tanpa keuntungan, namun konsep asas kawalan dalaman bagi kedua-dua organisasi adalah sama (Anthony dan Young, 1994). Leitch et al (1981) pula 1

berpendapat bahawa organisasi yang kecil adalah kurang kompleks daripada organisasi yang besar, walau bagaimanapun ia tidak terlepas daripada menghadapi masalah kawalan dalaman. Tanggungjawab untuk mengadakan kawalan dalaman yang berkesan terletak kepada pihak pengurusan. Kawalan dalaman merangkumi dasar dan prosedur yang menentukan setiap aktiviti yang dijalankan adalah mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan matlamat organisasi tercapai (Shaari Isa, 2008). Oleh itu kefahaman kepada prinsip dan struktur kawalan dalaman amat penting kerana ianya dapat mencegah berlakunya kepincangan pengurusan dalam organisasi tersebut. 1.2 LATARBELAKANG Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan satu organisasi yang unik di mana ianya mempunyai sistem pentadbiran dan perundangan yang lengkap dan menyeluruh. Ini termasuklah pengurusan kewangan iaitu sama ada Wang Awam (peruntukan kewangan khusus daripada kerajaan) ataupun Wang Bukan Awam iaitu merupakan Tabung Perkhidmatan (Regimental Fund) dalam Angkatan Tentera. Penubuhan sesuatu Tabung Perkhidmatan adalah bertujuan untuk meningkatkan kebajikan dan memberi faedah kepada anggota angkatan tentera dan keluarga mereka. Semua aktiviti yang dianjurkan termasuk perniagaan yang dijalankan bukanlah bermatlamatkan keuntungan. Jika 2

keuntungan diperolehi, ia adalah untuk meningkatkan kebajikan dan memberi manfaat kepada anggota tentera dan keluarga. Pendapatan sesuatu tabung biasanya diperolehi dalam bentuk yuran, perniagaan, sumbangan, derma, levi, jualan tiket, bayaran pengiklanan oleh syarikat-syarikat dan lain-lain bergantung kepada aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan atau pertubuhanpertubuhan di bawah tabung itu. Lazimnya jenis tabung perkhidmatan yang terdapat di pasukan adalah Tabung Wisma Perwira, Tabung Wisma Bintara serta Tabung Kebajikan Rejimen (TKR). Keahlian bagi setiap tabung-tabung ini bergantung kepada ketegori kumpulan pangkat dalam ATM atau mengikut perlembagaan atau peraturan yang ditetapkan oleh tabung berkenaan. Pegawai Memerintah atau Pemerintah sesuatu pasukan bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas tabung termasuk pengurusan akaun, harta benda dan tanggungan tabung itu. Secara amnya peraturan dan tatacara bagi pengurusan dan pengendalian Tabung Perkhidmatan di dalam Tentera Darat telah digariskan dengan lengkap melalui perundangan yang ada serta panduan-panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT). Panduan yang dikeluarkan UGAT merangkumi tatacara pengurusan, perakaunan dan juga aspek-aspek kawalan dalaman yang harus dipraktikkan oleh pihak pengurusan Tabung Perkhidmatan. Selain itu kursus pengendalian Akaun Perkhidmatan turut dilaksanakan di pusat-pusat latihan Tentera Darat (Institut Pengurusan Tentera Darat IPDA) dan juga di formasi-formasi tentera secara 3

decentralised (pembelajaran dilaksanakan di luar pusat latihan). Kursus Akaun Perkhidmatan yang dilaksanakan telah memberikan pendedahan dan latihan kepada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) tentang tanggungjawab, pengendalian akaun, pentadbiran perniagaan, pengurusan harta dan pengauditan serta aspek kawalan dalaman tabung berkenaan. Namun begitu, wujudnya kepincangan pengurusan di mana terdapatnya kes-kes penyelewengan dan salah laku dalam pengendalian tabung ini. Berdasarkan kepada rekod yang terdapat di Sel Perundangan - Cawangan Sumber Manusia Tentera Darat (MK TD-CSM) kes-kes penyelewengan atau salahgunaan wang Tabung Perkhidmatan yang telah dilaporkan dan diambil tindakan undang-undang bagi tempoh 15 tahun (1994 hingga 2008) telah mengakibatkan kerugian sejumlah RM332,752.19. Bagi sesuatu organisasi yang mementingkan disiplin dan semangat setiakawan (esprit de corps) serta tidak berorientasikan keuntungan, sebarang jumlah atau nilai wang yang diselewengkan akan memberikan kesan besar ke atas reputasi pasukan yang terlibat. Ini kerana matlamat pengwujudan tabung ini adalah untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya dan sebarang kehilangan wang, tidak kira berapa jumlahnya semestinya akan menjejaskan moral anggota dan sistem pengurusan pasukan akan dipertikaikan. Butir-butir kes yang terlibat sepanjang tempoh tersebut adalah seperti di Jadual 1.1. 4

Jadual 1.1 : Senarai Kes Penyelewengan Tabung Perkhidmatan Dari Tahun 1994 Hingga 2008 Lokasi Tahun Perkara Kuala Lumpur Melaka Melaka 1994 1998 2000 2003 2006 2007 Perak 1994 Pulau Pinang 1996 Kegagalan mematuhi prosedur pengeluaran wang TKR untuk perbelanjaan memperbaiki tempat penginapan dan riadah bagi mengwujudkan suasana yang lebih sempurna dan selesa. Membuat pembelian secara peribadi peralatan pinggan mangkuk dan peralatan dapur tanpa persetujuan jawatankuasa dan ahli-ahli TKR. Pengesahan Lembaga Audit bahawa kehilangan wang dari Akaun Wisma Perwira yang berkaitan dengan penyelewengan oleh Pegawai Pemegang Kira-Kira Wisma Perwira. Menandatangani secara tipuan sekeping cek bagi mengeluarkan wang dari TKR untuk kepentingan peribadi semasa menjawat jawatan Pegawai Pemegang Kira-kira. Penyelewengan dan salah urus TKR dengan menunaikan lima keping cek tunai dengan cara memalsukan penandatangan timbal dan penjualan track suit untuk kepentingan peribadi. Kepincangan menguruskan Tabung Akaun Perkhidmatan berjumlah RM 41,850.00 untuk kepentingan peribadi. Walau bagaimanapun, pembayaran balik telah dilakukan sebanyak RM39,550.00. a. Penyelewengan Akaun TKR oleh Pegawai TKR Pasukan. b. Salahguna wang TKR untuk tujuan pinjaman persendirian. Salahguna kuasa dengan menjual tanah bukit yang dipotong sebanyak 1,800 lori dan setiap lori berharga RM 12.00. Mengikut perkiraan hasil jualan adalah berjumlah RM 21,600.00 dan hanya dibayar RM 15,000.00 oleh pemaju. Disamping itu pemaju telah menyumbang 6 unit alat penghawa dingin. Jumlah Kerugian RM 21,293.50 RM 2,047.00 RM 8,600.00 RM 2,000.00 RM 68,480.00 RM 2,300.00 RM 1,089.72 RM 12,000.00 RM 6,600.00 5

Pulau Pinang 2006 Kelantan 1994 Negeri Sembilan 2000 Johor 2005 Sarawak 2008 Kegagalan menyerahkan tunai dalam tangan wang TKR semasa serah terima tugas Pegawai Tabung Kebajikan Rejimen (TKR). Penyelewengan Akaun TKR dan melakukan perniagaan dan pinjaman wang secara tidak sah iaitu dengan penjualan 'track suit', peralatan ATM dan pembelian set komputer menerusi Akaun TKR tanpa persetujuan dan mengambil keuntungan peribadi hasil dari jualan. Menyalahguna secara tipuan wang Wisma Perwira untuk kepentingan peribadi. Kehilangan dana dari akaun Wisma Kadet yang telah melibatkan 4 pegawai. a. Pencairan Wang Simpanan Tetap Akaun TKR ke tunai dalam bank dan pinjaman RM 15,000.00 kepada Wisma Perwira untuk perniagaan. b. Pembayaran oleh Wisma Perwira yang tidak diterima oleh TKR yang sebahagiannya dibelanjakan atas arahan pemerintah. c. Perbelanjaan oleh Wisma Perwira yang didakwa dibelanjakan atas keperluan peribadi pemerintah pasukan berkenaan. d. Pembayaran oleh Wisma Perwira yang tidak diterima oleh Wisma Bintara. Jumlah RM 16,802.23 RM 15,000.00 RM 1, 500.00 RM 128,381.74 RM 30,000.00 RM 9,886.00 RM 3,448.64 RM 3,323.36 RM332,752.19 (Sumber: Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, 2009) 1.3 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan kepada kes yang dibincangkan di atas, kepincangan pengurusan tabung yang terjadi kebanyakannya melibatkan Pemegang Akaun, Pegawai Memerintah serta mereka yang terlibat secara langsung dalam pengendalian tabung ini. Kepincangan ini boleh dikategori sebagai 6

penipuan, penyalahgunaan kuasa, kecuaian dan kegagalan mematuhi prosedur atau perlembagaan tabung. Perkara seumpama ini tidak mungkin terjadi sekiranya wujud kawalan dalaman yang berkesan. Kawalan dalaman mempunyai kaitan rapat dengan pengesanan dan pencegahan penipuan (Zack, 2003). Menurut Zack, untuk meminimumkan kerugian dalam organisasi bukan keuntungan penekanan harus diberikan kepada kawalan kewangan, mekanisma bukan kewangan, kekhilapan pengurusan dan perilaku individu. Holtfreter (2008) dalam kajian untuk mencari penentu penipuan, mendapati 97.7% kes penipuan melibatkan orang dalam dan organisasi yang mengamalkan kawalan dalaman yang ketat akan mengalami kurang kes penipuan. Objektif utama sesuatu tabung perkhidmatan adalah untuk membantu ahli-ahli di bawahnya. Keyakinan dan moral ahli semestinya akan meningkat sekiranya sesuatu tabung dapat diuruskan dengan baik. Sekiranya berlaku kepincangan kepada pengurusan tabung, ianya akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan ahli-ahli dan kredibiliti pihak pengurusan terutamanya Pegawai Memerintah, pemegang akaun malahan semua peringkat pegawai akan tergugat dan dipertikaikan. Tatacara pengurusan tabung telahpun digariskan melalui panduan, arahan dengan lengkap. Di samping itu juga kursus-kursus yang berkaitan perakaunan juga turut disediakan. Walaupun penyertaan kursus ini agak terhad namun setiap peringkat pegawai TD harus memahami aspek kawalan 7

dalaman. Ini kerana walaupun seseorang pegawai itu tidak berpeluang mengikuti kursus Akaun Perkhidmatan atau tidak mempunyai latarbelakang dalam bidang perakaunan, mereka pernah atau mungkin akan dilantik untuk menjadi YDP atau ahli bagi Lembaga Audit tabung. Mereka juga mungkin akan atau telah diberi tanggungjawab sebagai pemegang akaun ke atas salah satu tabung di pasukan atau menjadi Ahli Harta Tabung atau menjadi Pegawai Memerintah dan Pemerintah yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan tabung. Dengan adanya arahan, prosedur dan panduan tidak seharusnya berlaku sebarang kelemahan hingga menyebabkan kepincangan pengurusan tabung sekiranya dilaksanakan mengikut panduan berkenaan. Oleh demikian, timbul persoalan sama ada kelemahan sistem kawalan dalaman disebabkan kurangnya pemahaman berkenaan prinsip-prinsip kawalan dalaman di kalangan anggota Tentera Darat (TD). 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini merupakan usaha awal dalam menentukan sama ada anggota TD memahami prinsip-prinsip umum kawalan dalaman dengan mengkaji keupayaan mereka mengenal pasti kekuatan dan kelemahan aspek kawalan dalaman. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan perkaraperkara berikut: 8

a. Menentukan tahap pemahaman ke atas aspek kawalan dalaman di kalangan anggota TD dalam pengurusan Tabung Perkhidmatan. b. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara tahap kefahaman ke atas aspek kawalan dalaman dari segi faktor tempoh perkhidmatan, pangkat, kelayakan akedemik dan penyertaan kursus perakaunan di kalangan anggota TD. 1.5 PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan bagi kajian ini, pengkaji ingin cuba mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan kefahaman kawalan dalaman bagi Tabung Perkhidmatan. Persoalan kajian yang akan cuba dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut: a. Apakah tahap pengetahuan pegawai TD mengenai aspek kawalan dalaman bagi Tabung Perkhidmatan? b. Adakah terdapat perbezaan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan seseorang pegawai? 9

c. Adakah terdapat perbezaan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada pangkat seseorang pegawai? d. Adakah terdapat perbezaan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada kelayakan akedemik seseorang pegawai? e. Adakah terdapat perbezaan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada kursus perakaunan yang pernah seseorang pegawai hadiri? 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Kefahaman ke atas aspek kawalan dalaman amat penting kerana ianya dapat membantu individu dan organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Melalui kajian ini tahap pengetahuan pegawai-pegawai TD dalam melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pengurusan Tabung Perkhidmatan akan dapat dikenalpasti dan ditentukan. Hasil kajian akan dapat membantu pihak pengurusan TD untuk mencari jalan penyelesaian dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi mengatasi kepincangan dalam pengurusan Tabung Perkhidmatan. Jika faktor penyebab menjurus kepada kelemahan pengurusan, maka usaha yang padu perlulah digerakkan bagi menghindari masalah atau fenomena yang berlaku sekarang. 10

Kajian ini juga dapat memberikan panduan kepada pihak pengurusan latihan TD dalam membuat penelitian semula ke atas sistem latihan dan sukatan pelajaran yang terdapat di pusat-pusat latihan TD. Selain itu ianya juga dapat membantu formasi dan pasukan dalam menentukan penekanan latihan yang sesuai kepada anggota-anggota di pasukan untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan mereka. Dengan tahap kefahaman dan pengetahuan yang tinggi nescaya Tabung Perkhidmatan dapat diuruskan dengan berkesan dan efisyen. 1.7 LIMITASI KAJIAN Kajian ini hanya dapat dilakukan ke atas semua peringkat pegawai TD sahaja dan tidak melibatkan anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Ini kerana lazimnya para pegawai TD keseluruhannya terlibat secara langsung dengan pengurusan dan pengendalian Tabung Perkhidmatan. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada tahap kefahaman ke atas aspek kawalan dalaman sahaja dan tidak menyentuh perkara-perkara berkaitan perilaku atau sikap individu terhadap pengurusan Tabung Perkhidmatan. Kajian ini juga hanya menumpukan kepada pasukan dan formasi di Kuala Lumpur. Ini kerana ianya merupakan salah satu daripada lokasi mempunyai kekerapan kepincangan atau penyelewengan yang tinggi mengikut rekod yang telah dibincangkan. Pemilihan formasi adalah kerana ianya juga bertanggungjawab untuk memantau pengurusan setiap tabung yang terdapat di pasukan-pasukan dibawah naungannya. 11

1.8 ORGANISASI KAJIAN Kajian ini di bentuk meliputi 5 Bab di mana Bab 1 merangkumi bahagian pengenalan yang memberi gambaran ringkas mengenai tujuan, objektif, kepentingan dan limitasi kajian. Bab 2 pula akan memberikan penerangan dan penilaian yang dilakukan terhadap kajian yang lepas serta beberapa bahan rujukan yang mempunyai kaitan dengan subjek kajian ini. Bab ini juga menerangkan komponen dan aspek aktiviti kawalan dalaman serta sistem pengurusan Tabung Perkhidmatan yang diamalkan di dalam Tentera Darat. Bab 3 akan menumpukan kepada metadologi kajian yang dilaksanakan meliputi pembentukan persoalan kajian, pembentukan instrumen kajian, pemilihan sampel kajian, prosedur menghasilkan data dan teknik menganalisa data. Bab 4 akan membentangkan keputusan terhadap hasil ujian kajian yang dilaksanakan. Ianya akan memberikan penerangan tentang profil responden, ujian yang dibuat dan kesimpulan statistik ke atas hasil kajian yang diperolehi. 12

Bab yang terakhir iaitu Bab 5 akan mengemukakan kesimpulan bagi keseluruhan kajian, mengemukakan cadangan dalam meningkatkan sistem pengurusan Tabung Perkhidmatan dan cadangan ke atas kajian lanjutan untuk masa hadapan. 13