APA ITU KEMAHIRAN INSANIAH (KI).?? KI merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen psikomotor dan efektif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi & pembelajaran berterusan. Kemahiran ini diperlukan untuk meningkatkan employability dan persediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan.
KI merupakan satu pendekatan yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi membangunkan Modal Insan dan menghasilkan graduan yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi. KI adalah hasil penilaian berbentuk tingkahlaku yang diukur melalui sistem dalam talian yang dibina di UiTM.
APAKAH ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH (KI).??
7 ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH YANG DITETAPKAN OLEH KPT Kemahiran Komunikasi Kemahiran Kepimpinan Etika dan Moral Profesional 7 ELEMEN KI Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Kerja Berpasukan Kemahiran Keusahawanan Kemahiran Keusahawanan Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
KOMPENTASI KEMAHIRAN INSANIAH
SIAPA YANG AKAN MENGUKUR KOMPENTASI TAHAP KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR UiTM & APAKAH HASIL UKUR TERSEBUT..
FAKULTI (10%) BHEPA (50 %) KOLEJ KEDIAMAN/UNIT NR (10 %) AKTIVITI EKSTRA KOKURIKULUM (25%) INPUT (MEMASUKKAN DATA) PENGKALAN DATA KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR UiTM (e-ki) PENILIAN KENDIRI (PELAJAR) (5%) PEMPROSESAN DATA OUTPUT (SIJIL & TRANSKRIP KEMAHIRAN INSANIAH UiTM) SIJIL & TRANSKRIP KI
KAEDAH PENILAIAN KOMPENTENSI KEMAHIRAN INSANIAH Kaedah penilaian merupakan kaedah dalam talian Menggunakan peryataan (borang penilaian) yang menggambarkan kemahiran/kebolehan dalam tingkahlaku yang diperhatikan dan diukur. Pelajar dinilai dalam kesemua elemen kemahiran insaniah Pelajar akan dinilai oleh setiap bahagian yang dinyatakan (Fakulti, HEPA, Kolej Kediaman/Unit NR, Aktiviti Ekstra Kokurikulum & Penilaian Kendiri Jumlah keseluruhan penilaian 100%
TADBIR URUS KEMAHIRAN INSANIAH 3 Jawatankuasa ditubuhkan untuk memantau, menyelaras serta mengesahkan keputusan markah KI yang diperolehi oleh pelajar : 1. Jawatankuasa Tertinggi KI peringkat UiTM : Dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni. 2. Jawatankuasa (KI) peringkat fakulti: Dipengerusikan oleh Dekan Fakulti 3. Jawatankuasa KI peringkat kampus cawangan: Dipengerusikan oleh Pengarah Kampus.
BAGAIMANA PENILAIAN KI DILAKUKAN..?
FAKULTI (10%) Penilaian akan dilakukan secara berkumpulan menggunakan Sistem Mentoran Kompetensi Kemahiran Insaniah di fakulti. Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan mentoran. Penilaian kemahiran insaniah dibuat mengikut program di fakulti akan dilaksanakan berdasarkan interaksi pelajar dengan mentor semasa aktiviti perjumpaan. Penilai adalah terdiri daripada pensyarah yang dilantik sebagai mentor. Setiap pensyarah akan mempunyai antara 15 hingga 20 mentee. Markah penilaian pelajar akan dimasukkan ke dalam pengkalan data kemahiran insaniah pelajar secara dalam talian oleh pensyarah.
BAHAGIAN HEP & ALUMNI (50%) Pelajar akan dinilai melalui Program Khas HEP (merangkumi Modul LPPKP, Modul Kenegaraan & Modul Finishing School) yang diikuti pada setiap semester mengikut tahap modul. Setiap modul akan dikendalikan oleh seorang fasilitator Fasilitator adalah terdiri daripada pensyarah dan kakitangan UiTM yang telah mengikuti kursus Training of Trainers (TOT). Fasilitator akan mengendalikan seramai 20 30 orang pelajar dalam satu kumpulan/kelas Fasilitator akan membuat penilaian Kompetensi Kemahiran Insaniah berdasarkan aktiviti yang dijalankan dalam modul yang dikendalikan Markah penilaian pelajar akan dimasukkan ke dalam pengkalan data kemahiran insaniah pelajar secara dalam talian oleh fasilitator.
KOLEJ KEDIAMAN/UNIT NR (10%) Penilaian akan dilakukan secara berkumpulan menggunakan Sistem Mentoran/Aktiviti Kemahiran Insaniah di kolej kediaman/unit NR. Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan mentoran dan penilaian akan dilaksanakan berdasarkan aktiviti atau projek yang dijalankan di kolej kediaman/unit NR. Penilai terdiri daripada Pengetua Kolej, Pengurus Asrama, Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) & Pegawai Laisson NR Fakulti. Markah penilaian pelajar akan dimasukkan ke dalam pengkalan data kemahiran insaniah pelajar secara dalam talian oleh Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP)/Pegawai Laisson NR Fakulti.
AKTIVITI EKSTRA KOKURIKULUM (25%) Pelajar akan diminta memasukkan setiap projek, jawatan yang disandang dan aktiviti yang dilakukan di dalam Buku Rekod Aktiviti Ekstra Kokurikulum dan menggunakan Sistem Merit Aktiviti Ekstra Kokurikulum Pelajar. Pemarkahan akan diberi berdasarkan jam penglibatan setiap aktiviti dan jawatan yang disandang. Markah penilaian akan dimasukkan ke dalam pengkalan data kemahiran insaniah pelajar secara dalam talian oleh pelajar sendiri.
PENILAIAN KENDIRI (5%) Pelajar juga akan menilai diri sendiri menggunakan Sistem Penilaian Kompetensi Kemahiran Insaniah Pelajar. Pelajar akan menilai kesemua tujuh (7) elemen kemahiran insaniah untuk dirinya sendiri.
HASIL PENILIAN TAHAP KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR UiTM Nilai Purata Nilai Gred Semester (PNGS) Kompetensi Kemahiran Insaniah dan Aktiviti Ekstra Kokurikulum akan dilaporkan dalam transkrip keputusan setiap semester. Pada akhir pengajian pelajar akan mendapat Transkrip untuk memaparkan Purata Nilaia Gred Keseluruhan (PNGK) Kompetensi Kemahiran Insaniah dan aktiviti ekstra kokurikulum yang diperolehi sepanjang berada di UiTM.
CONTOH PENGIRAAN NILAI PNGS KOMPENTASI KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR UiTM Aktiviti/Program Peratus % Markah Pengiraan BAHAGIAN A : Fakulti (Sistem Mentoran) 10 3.33 10(3.33) =33.3 BAHAGIAN B : Program Khas HEP (Modul LPPKP, Modul Kenegaraan & Modul Finishing School) 50 3.33 50(3.33) =166.5 BAHAGIAN C : Kolej Kediaman / Non-Resident (Aktiviti Pelajar) 10 2.67 10(2.67) =26.7 BAHAGIAN D : Aktiviti Ekstra Kokurikulum 25 4.00 25(4.00)=100.0 BAHAGIAN E : Penilaian Kendiri 5 4.00 5(4.00) = 20.0 JUMLAH 100 346.5 PNGS = 346.5 = 3.465 = 3.47 100 Skala Merit : 0.00 1.99 -Tidak Aktif 2.00 2.49 - Sederhana 2.50 2.99 - Baik 3.00 3.49 - Cemerlang 3.50 4.00 - Amat Cemerlang