Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak

dokumen-dokumen yang mirip
Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

NAMA:NITHIYA MOGAN NO.MATRIX:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

CHIA CHONG YANG A143398

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Sustainable Education 54

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Siti Nor Azzila Amit

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

Bab 6. Kesimpulan. Kajian berhubung dengan budaya pemakanan masyarakat Malaysia. daripada perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

INTEGRASI SISTEM SOLAR HIBRID DAN KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA. LAPORAN KEMAJUAN BERKALA PROGRAM Bil: 1 Tarikh: 01 Sept 2015

SENI KRAF MELAYU DALAM SENIBINA LANDSKAP

BAB KELIMA RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Pengenalan kepada Ekonomi

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 5 SUMBER KEWANGAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

19/10/2016 PENGENALAN

BAB V PENUTUP. A. Kesimpulan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SAMBUTAN 70 TAHUN MAJLIS BELIA MALAYSIA

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN AMALAN 5S FKM

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Transkripsi:

Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak Khairul Zuhairi Kalim Noria Anak Tugang Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak Email: khairulzuhairikalim@gmail.com Pengenalan Tajau merupakan salah satu warisan tradisi yang berharga dalam kehidupan masyarakat Iban. Tembikar atau dikenali sebagai tajau bagi masyarakat Iban di Sarawak sangat berbeza dengan tembikar-tembikar yang terdapat di negeri-negeri lain. Oleh itu, tajau bukan sahaja cantik dari segi corak ukirannya tetapi ia mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri serta penggunaannya yang lebih kepada mengikuti adat tradisi masyarakat Iban di Sarawak. Tajau juga mempunyai fungsi dalam sektor perdagangan iaitu menerusi barangan objek tajau yang ditukarkan dengan penduduk setempat. Kepelbagaian fungsi tajau ini membuktikan tajau menjadi peranan penting dalam kehidupan seharian. Asal Usul Tajau Tajau (Tempayan) adalah warisan tradisi yang istimewa dalam budaya masyarakat Iban dari dahulu hingga kini. Menurut masyarakat Iban, tembikar bermaksud barangan berharga seperti tempayan yang digunakan sebagai adat tanda hormat dan keampunan, atau adat tunggu, (adat ketua rumah panjang untuk meleraikan pertengkaran) (Noria Tugang, 2011). Namun begitu, pada asalnya tajau ini digunakan oleh para pedagang untuk menyimpan barangan yang basah atau barangan yang cepat rosak. Permintaan tajau oleh masyarakat tempatan di Sarawak daripada pedagang luar menjadi fokus utama dalam kepentingan tajau bagi masyarakat setempat di Sarawak. Menurut Maciver, R.M. dan Page, C.H. (1970), kuasa lahiriah seseorang manusia terhadap alam sekeliling itu bertambah dengan pengurangan interaksi manusia terhadap pengaruh alam sekeliling secara berterusan. Masyarakat Iban percaya dan yakin bahawa tajau memiliki semangat dan mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengekalkan kesejahteraan antara hubungan komuniti dan tuhan. Walau bagaimanapun, tajau mempunyai sistem pengurusan yang tersendiri, yakni hierarki sosial masyarakat Iban di Sarawak seperti tajau singaraja, tajau guchi, tajau rusa (besar dan kecil), tajau ningka, tajau begiau, tajau menaga, tajau jabir, tajau sigi alah, tajau sigi panding, tajau mandoh dan tajau kebok. Tajau ini distrukturkan dalam beberapa peringkat berdasarkan nama dan saiz itu sendiri. Kini, tajau tidak dilihat bersifat materialistik malah, mengalami perubahan objek tajau dalam masyarakat Iban. Justeru itu, tajau dilihat bukan lagi dijadikan sebagai amalan yang berunsurkan ritual-ritual agama dan kepercayaan masyarakat Iban. Disebaliknya, objek tajau diubah menjadi peralatan perhiasan rumah yang diletakkan di anjung rumah. 1 Kebanyakan masyarakat Iban di Sarawak sudah jarang mengunakan objek tajau 1 Maklumat dari informan Ambeng Anak Abong, 56 tahun 1

dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana pertembungan budaya global yang berkembang serta transformasi hidup yang semakin hari semakin membangun. Metodologi Penyelidikan Kertas kerja ini disediakan untuk membincangkan mengenai perubahan objek tajau dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak. Pada bahagian permulaannya, kertas kerja ini diterangkan secara ringkas mengenai asal-usul tajau, fungsi objek tajau, perubahan objek tajau pada zaman dahulu dan kini. Penyelidikan ini mengunakan pendekatan kualitatif khususnya exploratory research bertujuan untuk menambahkan maklumat tentang subjek penyelidikan. Kajian penyelidikan ini dijalankan berdasarkan pendekatan kualitatif di bahagian Sri Aman, Sibu dan Betong untuk memastikan data yang diperolehi akan menepati intipati penyelidikan. Oleh itu, perolehan data penyelidikan dari semua pakar informan yang ditemubual adalah penting. Dapatan dan Perbincangan Perubahan Objek Tajau dalam Budaya Masyarakat Iban Kehadiran objek tajau bagi masyarakat Iban di Sarawak memberi keharmonian hidup mereka antara manusia dengan alam ghaib. Tajau mempunyai nilai mistik yakni memiliki kuasa luar biasa yang boleh mengubati dan menjaga keselamatan komuniti mereka. Perubahan objek tajau memberi kesan sangat besar dalam kehidupan sejagat mereka. Menurut Rahimah Abd. Aziz (2000), pada akhir abad ke-20, satu fasa baru yang memberi kesan dalam keseluruhan proses pembangunan sesebuah negara dikenali sebagai globalisasi. Perubahan objek tajau bukan berubah dari segi objeknya, malah perubahan dari segi pertembungan budaya global, perubahan penggunaannya, perubahan agama dan kepercayaan. a. Pertembungan Budaya Global Masyarakat Iban dahulu sangat kaya dengan memiliki tajau dalam setiap rumah panjang. Bagi masyarakat Iban jika banyak tajau di rumah, masyarakat akan melihat kepada kekayaannya dalam pelbagai sudut dan dihormati dalam kalangan masyarakat Iban itu sendiri. Pertembungan budaya ini mengubah cara pemikiran masyarakat Iban dengan mengklasifikasikan taraf pendidikan mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat Iban mempunyai sistem sosial yang menjadi asas kepada tajau dalam memelihara kesejahteraan masyarakat Iban. Perubahan juga dapat dilihat dalam sambutan perayaan Gawai yang kian mengendahkan ritual dengan mengunakan tajau dan sikap masyarakat kurang mengetahui tentang tajau dan asal-usul tajau. 2 Perubahan gaya hidup yang berbeza menjadi faktor perubahan sosial yang tinggi bagi masyarakat Iban. b. Perubahan Fungsi Objek Tajau Perubahan fungsi objek tajau mempunyai empat perubahan yang boleh dilihat kepada empat fasa iaitu fungsi pertama bersifat kegunaan seharian, kedua, perubahan tajau kepada mata wang, ketiga, perubahan tajau kepada adat istiadat mengikut hukum adat Iban dan keempat perubahan kepada barang perhiasan rumah. c. Perubahan Agama dan Kepercayaan 2 Maklumat dari Informan Jembu Anak Umpoh, 53 tahun 2

Sebelum kedatangan agama Kristian dan Islam, masyarakat Iban mempercayai ilmu alam dan kuasa-kuasa luar biasa. Kebanyakkan agama dan kepercayaan masyarakat Iban adalah agama Kristian dan Islam. 3 Hal ini kerana masyarakat Iban sudah mengenal tuhan yang satu. Mereka didedahkan dengan kehidupan yang bersistematik dan mempunyai matlamat mengikut agama dan kepercayaan mereka. Masyarakat Iban yang beragama Kristian dan Islam tidak mengamalkan dan meninggalkan kepercayaan ilmu ghaib dan kuasa-kuasa luar biasa serta ritual Iban dalam upacara mereka. Justeru itu, ianya menjejaskan kedudukan tajau yang dahulunya dilihat sebagai barangan utama bagi masyarakat Iban. Rajah 1: Tajau Lama masyarakat Iban di Sarawak Gambar A Gambar B Gambar C Gambar tajau A di Rumah Panjang Maja, Betong, gambar tajau B di Rumah Panjang Gua Sukat, Sri Aman, dan gambar tajau C di Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu. Ketiga-tiga gambar tersebut merupakan gambar yang diambil semasa kerja lapangan. Gambar A, B, dan C masih digunakan oleh masyarakat Iban untuk melakukan sesuatu upacara ritual mereka. Gambar A merupakan tajau menaga yang diperolehi informan daripada Rumah Panjang Maja, Betong, Tajau ini bertujuan untuk menjaga kesejahteraan kehidupan masyarakat Iban. Walau bagaimanapun, tajau tersebut masih berkelihatan baik dan berfungsi pada musim perayaan. Gambar B dan C diperolehi daripada informan dari Sri Aman dan Sibu. Gambar tersebut menunjukkan kedudukan tajau yang diletakkan di dalam sebuah bilik yang berasingan daripada bilik lain dan dijaga dengan baik kerana ia berkaitan dengan kepercayaan ritual masyarakat Iban. 4 Fungsi Objek Tajau Tajau bukan hanya dilihat sebagai satu barang biasa yang digunakan untuk kegunaan seharian, malah dapat diaplikasikan dalam ritual dan kepercayaan masyarakat Iban. Di samping itu, fungsi objek tajau ini bukan dilihat pada kegunaannya semata-mata, malah ia berkaitan dengan aktiviti keagamaan terhadap konsep Tuhan (petara). 5 Pada zaman dahulu, tajau biasanya digunakan untuk menyimpan air, padi, beras, gula, barang kemas, pakaian dan wang, tetapi lama-kelamaan masyarakat Iban mempelbagaikan kegunaan objek tajau dalam upacara ritual. Objek tajau ini sangat penting dalam sebarang upacara ritual dan perayaan Gawai seperti Gawai Tajau dan 3 Maklumat informan Amin Bin Abdullah, 50 tahun 4 Informan daripada Amin Bin Abdullah, 50 tahun 5 Maklumat daripada informan Ambeng Anak Abong, 56 tahun 3

upacara perayaan yang lain. Upacara ritual ini adalah bertujuan sebagai perubatan, pertanian, memohon hajat, memohon kesejahteraan rumah panjang Iban. Upacara ritual yang mengunakan objek tajau ini dapat dilihat menerusi komunikasi dua sehala antara kuasa ghaib melalui dengan upacara keagamaan masyarakat Iban. Objek tajau mempunyai semangat yang dapat dilihat oleh pemilik tajau tersebut, yakni tajau ini perlu disimpan rapi dan dijaga secara baik agar menjamin kesejahteraan masyarakat Iban yang mendiami di rumah panjang Iban. Masyarakat Iban percaya fungsi objek tajau mempunyai kaitan dengan kuasa-kuasa luar biasa akan meningkatkan lagi perpaduan masyarakat Iban yang sekian lama diwarisi oleh nenek moyang dan menjadi sebagai lambang kekayaan masyarakat Iban. Tajau Dahulu sebagai Mata Wang Primitif Barangan dari negeri China yang paling dihargai oleh kaum Dayak ialah tajau atau tempayan. Tajau atau dikenali sebagai tempayan yang bersaiz kecil dan besar untuk menyimpan barangbarang berharga. Setiap tajau ini mempunyai sistem fungsinya yang tersendiri. Oleh itu, tajau yang digunakan oleh kaum Dayak khususnya masyarakat Iban sangat mementingkan aspek penjagaan tajau. Penjagaan tajau ini sangat teliti dan berhemah agar ianya tidak pecah, rosak dan ia dianggap musibah jika tajau ini tidak dipelihara. Tajau amat dihargai oleh kaum Iban sebagai harta pustaka yang bernilai. Tajau Sekarang sebagai Barang Perhiasan Rajah 2: Koleksi tajau Ambeng Anak Abong Pada masa kini, tajau bukan dilihat dalam upacara ritual lagi, malah ianya sudah menjadi sebagai barangan perhiasan yang sedia ada di setiap penjuru rumah. Rajah 2 merupakan koleksi tajau daripada Ambeng Anak Abong. Menurut informan, tajau kini dilihat sebagai barangan yang berbentuk perhiasan 6. Di samping itu, tajau tersebut dijadikan sebagai hadiah kepada sesorang sebagai tanda perhormatan dan perhargaan. Hal ini kerana dengan kewujudan teknologi terkini yang mengubahsuai rupa fizikal tajau tersebut dengan barangan plastik yang mudah dibawa dan digunakan tanpa mengenakan sebarang kos yang tinggi. Kilang perindustrian yang wujud 6 Maklumat daripada Infoman Ambeng Anak Abong, 56 tahun 4

memberi impak yang besar dalam kegunaan tajau. Jika dahulu masyarakat Iban beranggapan semakin banyak tajau yang dimiliki dan disimpan, semakin banyak harta kekayaan mereka. Ini menunjukan tajau merupakan simbol kekayaan dalam sistem sosial masyarakat Iban. Justeru itu, masyarakat Iban akan dipandang tinggi oleh golongan atasan dan bawahan kerana memiliki dan menyimpan tajau yang banyak. Walau bagaimanapun, tajau kini tidak seperti dahulu, perubahan tajau dari aspek nilai sudah berubah. Kesimpulan Kesimpulannya, warisan tajau merupakan warisan yang sangat berharga bagi masyarakat Iban dan penting dalam melestarikan warisan tajau ini sebagai satu produk warisan budaya. Warisan ini merupakan penerimaan sesuatu secara turun-temurun oleh seseorang individu atau kelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu. Oleh itu, warisan tajau dikatakan sebagai harta warisan kebanggaan masyarakat Iban di Sarawak. Bibliografi Maciver, R.M. dan Page, C.H. (1970). Masyarakat: Satu Analisa Permulaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ms: 174 Rahimah Abd. Aziz, M. Y. (2000). Masyarakat, Budaya dan Perubahan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ms: 21-22 Tugang, N. (2011). Tembikar Dalam Budaya Iban Di Sarawak. Kota Samarahan, Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak. Ms: 50 Informan Ambeng Anak Abong, 56 tahun, Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu, Pemilik tajau dan Pengamal Adat Istidat Rumah Panjang Iban, 13 Februari 2016 Amin Bin Abdullah, 50 tahun, di Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu, Pengamal Adat Istiadat Rumah Panjang Iban, 13 Februari 2016 Jembu Anak Umpoh, 53 tahun, di Rumah Panjang Majo, Betong, Pemilik tajau dan pengamal Adat Istiadat Rumah Panjang Iban, 4 Februari 2016 Ika Anak Awang, 86 tahun, di Rumah Panjang Kampung Gua Sukat, Sri Aman, Pemilik dan pengamal tajau, 16 Julai 2016 5