KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA. Titik Rujukan dan Persefahaman Bersama Tentang Kelayakan Pengajian Tinggi di Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
Kerangka Kelayakan Malaysia. Titik rujukan dan persefahaman bersama tentang Kelayakan Pengajian Tinggi yang dianugerah di Malaysia

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS. a) Gred Lulus minimum adalah Gred C bagi pra siswazah dan Gred B bagi pasca siswazah.

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

GARIS PANDUAN PENCALONAN

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

Program Doktor Pendidikan Tinggi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

MODUL 7: MERANCANG UNTUK PELAJARAN LANJUTAN ANDA

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB 8 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (1)

KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) PENSYARAH IPG

KAPS-15 Kod Amalan Pengajian Doktoral Profesional SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

P E L A N H A L A T U J U 5 T A H U N PERPADUAN H T T P S : / / W W W. S U R V E Y M O N K E Y. C O M / R / E D U R O A D M A P

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2013

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

CABARAN PENARAFAN SIJIL KURSUS ASAS PENGAJIAN ISLAM SEBAGAI PISH UMCCED

KOMPONEN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) 2012 LAMPIRAN A

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

Bab 7: Struktur Sistem

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PERANCANGAN STRATEGIK. Politeknik Sultan Idris Shah Kementerian Pendidikan Malaysia

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

KEPEMIMPINAN DISTRIBUTIF AHMAD KHAIRI BIN PAIMIN SIPARTNER+ PEJABAT PENDIDIKAN PONTIAN

Kod Amalan Akreditasi Program Code of Practice for Programme Accreditation. Edisi Pertama, 2010 ISBN

Transformasi Perpustakaan bagi Pelajar Antarabangsa di Malaysia. Seminar Kepustakawanan Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR

Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta LAN-TC-01. Edisi Ke Dua. Disediakan Oleh Lembaga Akreditasi Negara

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

POLISI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PASCA SISWAZAH SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

Transkripsi:

KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA Titik Rujukan dan Persefahaman Bersama Tentang Kelayakan Pengajian Tinggi di Malaysia

KANDUNGAN Glosari MUKA SURAT ii PENGENALAN Definisi dan Ciri 1 Kebaikan 1 Pembentukan dan Perkembangan 2 PRINSIP UMUM Definisi Kelayakan 3 Sektor Penganugerahan Kelayakan 3 Tahap Kelayakan 3 Hasil Pembelajaran 3 Kredit dan Beban Pembelajaran 5 Profil 5 Laluan Pendidikan bagi Kemajuan Individu 6 LAMPIRAN Lampiran 1 KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA: 7 HURAIAN TAHAP KELAYAKAN Tahap Sijil Kemahiran, Pengajian Tinggi, Vokasional dan Teknikal 7 Kursus Asas atau Persediaan Universiti 8 Tahap Diploma Kemahiran, Pengajian Tinggi, Vokasional dan Teknikal 8 Tahap Diploma Lanjutan Diploma Lanjutan 9 Tahap Ijazah Sarjana Muda 9 Sarjana 10 Kedoktoran 10 Kelayakan yang Menyokong Laluan Pendidikan Sepanjang Hayat Diploma Lanjutan 11 Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah 12 Sijil Pascasiswazah dan Diploma Pascasiswazah 12 Lampiran 2 KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA: 13 KELAYAKAN DAN TAHAP Lampiran 3- KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA: 14 KREDIT MINIMUM YANG DICADANGKAN

GLOSARI Kerangka Kelayakan Malaysia: huraian atau deskripsi sistem pendidikan kebangsaan, yang difahami di peringkat antarabangsa, yang menjelaskan semua kelayakan dan pencapaian akademik dalam pendidikan tinggi (pasca sekolah) dan menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan ini secara bermakna. Hasil Pembelajaran: pernyataan tentang perkara yang pelajar dikehendaki tahu, faham dan boleh lakukan setelah selesai suatu tempoh pengajian. Kredit: ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu. Beban Pembelajaran: ukuran kuantitatif semua aktiviti pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai hasil pembelajaran. Tahap Kelayakan: merupakan peringkat anugerah yang dihuraikan dengan hasil-hasil generik atau penghurai kelayakan yang mencirikan kelayakan tipikal. Profil: subjek khusus atau bidang pengajian sesuatu kelayakan atau ciri-ciri yang berbeza dalam kelompok kelayakan pelbagai bidang yang mempunyai penekanan atau tahap yang serupa. Kelayakan: sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi atau pihak yang diberi kuasa menganugerahan kelayakan dan mengesah hasil pembelajaran yang telah dicapai. Penghurai Kelayakan: pernyataan generik yang menjelaskan hasil pembelajaran utama bagi kelayakan-kelayakan pada tahap tertentu. Titik Rujukan: penunjuk tidak preskriptif yang menjelaskan hubung kait antara kelayakan, hasil pembelajaran dan/atau konsep lain yang berkaitan untuk membolehkan individu maju dari satu kelayakan ke kelayakan yang lain. Pengakreditan Pengalaman-PembelajaranTerkumpul: proses pengesahan ke atas pencapaian satu set hasil pembelajaran individu yang dicapai melalui pembelajaran formal, tidak formal atau informal, tanpa mengira masa dan tempat. Pemberi Pendidikan Tinggi: sesuatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang lain yang mengendalikan program pendidikan tinggi atau latihan termasuk program latihan kemahiran yang membawa kepada penganugerahan kelayakan pendidikan tinggi atau yang menganugerahkan kelayakan pendidikan tinggi dan termasuklah pemberi pendidikan tinggi awam swasta, badan peperiksaan atau pensijilan atau wakil cawangannya. ii

PENGENALAN Definisi dan Ciri 1. Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) merupakan instrumen yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa dan menjelaskan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diterima dan diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi. Justeru, KKM mengintegrasi dan menghubungkan semua kelayakan negara. 2. KKM juga menyediakan laluan pendidikan yang menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan secara sistematik. Ini membolehkan individu memajukan diri dalam pendidikan tinggi melalui pemindahan kredit dan pengiktirafan pembelajaran terkumpul yang diperoleh daripada pembelajaran formal, tidak formal dan informal tanpa mengira masa dan tempat dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat. Kebaikan 3. KKM merupakan titik rujukan yang sahih dan telus tentang maklumat setiap kelayakan yang berguna kepada pelbagai pihak seperti pelajar, ibubapa, majikan, kerajaan, pemberi pendidikan, agensi jaminan kualiti, agensi pengiktirafan dan industri, sama ada dalam atau luar negara. Oleh itu, KKM meningkatkan kefahaman dan keyakinan umum terhadap standard dan sistem penganugerahan kelayakan di Malaysia. 4. Berlandaskan kepada amalan baik antarabangsa, KKM memudahkan proses pengiktirafan antarabangsa dan mobiliti pelajar bagi tujuan pekerjaan dan akses kepada pendidikan lanjutan. 5. KKM memantapkan sistem pendidikan sedia ada dengan memberi garis panduan yang jelas untuk reka bentuk program, menamakan kelayakan secara sistematik dan menghapuskan kekeliruan tentang makna setiap kelayakan. Hubungan KKM yang erat dengan pasaran kerja memudahkan pembangunan program pendidikan yang relevan. 6. KKM tidak mengongkong perkembangan akademik, malahan menggalakkan autonomi melalui kebertanggungjawaban dan rujukan luar. 1

7. KKM meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi dan lingkungan sosial bagi individu yang terlepas peluang pendidikan tinggi untuk memajukan diri dan menceburi arena pengetahuan dengan mudah melalui laluan pendidikan dan menikmati pelbagai bidang pendidikan dan latihan sepanjang hayat, di dalam dan di luar negara. 8. KKM menyediakan prinsip merealisasikan dasar pembelajaran sepanjang hayat yang penting bagi membina masyarakat dan ekonomi berasaskan ilmu untuk menghadapi persaingan dan teknologi baru serta meningkatkan perpaduan, kesaksamaan dan kualiti hidup. Pembentukan dan Perkembangan 9. KKM dibangunkan dengan menanda aras kerangka kelayakan utama dunia seperti England, Wales dan Northern Ireland, Australia, New Zealand dan Eropah. Kerangka Kelayakan Eropah merupakan payung kepada kerangka nasional Negara-negara Kesatuan Eropah. Ia telah diterima oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) di Lisbon Convention yang ditandatangani antara lain oleh negara-negara Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, Israel, Australia dan New Zealand. Justeru, KKM memudahkan komunikasi dengan pelbagai kerangka dan sistem pendidikan tinggi di negara utama dunia. Ia juga dapat menangani sistem pendidikan dan latihan yang semakin kompleks untuk menjalin kerjasama dalam pendidikan merentasi sempadan. 10. KKM adalah struktur dinamik yang berkembang mengikut prioriti dan perubahan negara. Dinamisme kerangka dipertahankan dengan membina dan memupuk keyakinan dan kepercayaan di kalangan semua pihak berkepentingan yang menggunakannya, termasuk pelajar, pemberi pendidikan, kerajaan, pihak yang menganugerahkan kelayakan, staf akademik, majikan, persatuan pekerja, pertubuhan sukarela, badan profesional dan masyarakat. KKM menyediakan konteks perubahan dan penambahbaikan sistem pendidikan tinggi terpandu oleh semua pihak berkentingan. Ia bukan sahaja proses teknikal, tetapi juga proses sosial dan politik. 2

PRINSIP UMUM Definisi Kelayakan 11. Kelayakan adalah sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh pihak berkuasa yang kompeten yang mengesahkan seseorang telah berjaya melengkapkan pengajian pada standard yang ditentukan dan telah memuaskan satu tahap pencapaian dan dapat melaksanakan sesuatu peranan, tugas atau kerja. Kelayakan menandakan pencapaian hasil pembelajaran secara positif, bukan sebagai kompensasi kerana kegagalan atau secara kebetulan. Sektor Penganugerahan Kelayakan 12. KKM mengandungi kelayakan kebangsaan pasca sekolah yang dianugerahi dalam sektor kemahiran, vokasional dan teknikal, akademik dan profesional. Ijazah kehormat dan sijil kehadiran tidak termasuk dalam KKM. Ijazah kehormat yang dianugerahi perlu dibezakan daripada ijazah kedoktoran yang terkandung dalam KKM. Tahap Kelayakan 13. KKM mempunyai lapan tahap, iaitu Sijil Tahap 1-3, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. Tahap-tahap kelayakan ini dihuraikan dan dibezakan dalam Lampiran 1 dan diringkaskan dalam Lampiran 2. Tahap kelayakan menunjukkan tahap keupayaan. Kelayakan tipikal pada setiap tahap dihuraikan dengan ciri-ciri generik yang menggambarkan keupayaan yang dijangkakan daripada pelajar dari segi: (i) (v) kedalaman dan kompleksiti ilmu serta pemahamannya; aplikasi pengetahuan dan kemahiran; darjah autonomi dan kreativiti dalam membuat keputusan; kemahiran berkomunikasi; dan keluasan dan kecanggihan amalan. Hasil Pembelajaran 14. Hasil pembelajaran adalah pernyataan yang menjelaskan apa yang pelajar harus tahu, faham dan boleh lakukan setelah selesai suatu tempoh pengajian. Hasil pembelajaran merupakan rujukan bagi standard dan kualiti serta pembangunan kurikulum dari segi pengajaran-pembelajaran, penetapan kredit dan penilaian pelajar. Dalam KKM, hasil pembelajaran dinyatakan dalam tiga kategori: (i) tahap kelayakan; bidang pengajian; dan program. 3

15. KKM menekankan lapan domain hasil pembelajaran yang signifikan bagi Malaysia: (i) (v) (vi) (vii) (viii) pengetahuan; kemahiran praktikal; kemahiran dan tanggungjawab sosial; nilai, sikap dan profesionalisme; kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan; kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik; kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan kemahiran mengurus dan keusahawanan. 16. Hasil pembelajaran bidang pengajian lebih khusus daripada hasil pembelajaran tahap kelayakan dan ia meliputi subjek atau disiplin. Hasil pembelajaran sesuatu bidang pengajian digubal oleh jawatankuasa yang diwakili pihak berkepentingan dari akademia, industri, profesion, majikan, kerajaan dan pihak lain yang relevan. 17. Hasil pembelajaran program digubal di peringkat pemberi pendidikan tinggi berpandukan hasil pembelajaran bidang. Ia meliputi semua komponen seperti kursus, unit atau modul yang membentuk sesuatu program dan membawa kepada penamaan kelayakan. Program yang mempunyai satu bidang utama sahaja dinamakan berdasarkan dengan bidang tersebut, contohnya Seni Bina atau Kejururawatan. Program yang mengandungi pengkhususan sekurang-kurangnya 25 peratus dalam bidang utama, pengkhususannya dinyatakan dalam kurungan, contohnya Sains Komputer (Pengaturcaraan). Program dwimajor yang mempunyai komponen asas dalam dua bidang utama dalam peratusan 50-50 dinamakan dengan penghubung DAN, contohnya Ekonomi dan Sains Politik. Program major-minor yang mempunyai sekurangkurangnya 25 peratus komponen dalam bidang pengajian lain dinamakan menggunakan penghubung DENGAN, contohnya Ekonomi dengan Matematik. 18. Kebaikan hasil pembelajaran adalah penekanannya kepada pelajar dan pembelajaran dan pencapaiannya, bukan semata-mata cara mencapainya. Justeru, kaedah pencapaian hasil pembelajaran tidak terhad kepada pendidikan formal sahaja dan terbuka kepada penaksiran dan Pengakreditan Pengalaman Pembelajaran Terkumpul (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) yang diperoleh melalui pembelajaran formal, tidak formal dan informal. 4

Kredit dan Beban Pembelajaran 19. Kredit ialah ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu. 1 20. Beban pembelajaran ialah ukuran kuantitatif semua aktiviti pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai satu set hasil pembelajaran. Aktiviti ini termasuklah kuliah, tutorial, seminar, praktikal, pembelajaran kendiri, pencarian maklumat, kajian, kerja lapangan serta persediaan dan menduduki peperiksaan. Di Malaysia, 40 jam pembelajaran nosional dinilai sebagai satu kredit. 2 21. Definisi kredit dan beban pembelajaran ini telah juga diguna pakai dalam kerangka kelayakan England, Wales dan Northern Ireland serta Australia, New Zealand dan Eropah. Makna dan kefahaman yang sama membantu dalam perbandingan pelbagai kerangka kelayakan kebangsaan, memudahkan mobiliti pelajar, menyokong pembangunan kurikulum dan memudahkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. 22. Kebaikan sistem kredit ini adalah peningkatan autonomi pemberi pendidikan tinggi mereka bentuk dan merancang aktiviti pembelajaranpengajaran tanpa terikat kepada jam kontak yang berasaskan jumlah minggu pengajaran dalam sesuatu semester. Justeru, sistem ini menyokong kepelbagaian dalam sistem pendidikan negara yang dicirikan dengan tempoh semester yang berlainan di antara universiti, kolej, politeknik, kolej komuniti serta di antara sektor awam dan swasta. Ia juga menyokong kaedah penyampaian yang pelbagai seperti sepenuh masa, separuh masa, hujung minggu, jarak jauh, e- pembelajaran, dan juga pembelajaran yang tidak berstruktur dalam sektor informal dan tidak formal. Sistem ini juga memastikan beban pembelajaran pelajar diagih secara sama rata dalam sesuatu kalendar akademik. Profil 23. Profil merujuk kepada: (i) bidang atau bidang-bidang pengajian yang terkandung dalam satu kelayakan, contohnya ijazah sarjana muda dengan pengkhususan dalam Undang-undang dan Perakaunan; 1 Cadangan kredit minimum bagi sesuatu tahap dinyatakan dalam Lampiran 3. 2 Setiap negara menggunakan faktor pertukaran yang paling sesuai dengan sistem pendidikan masing masing. Di England, Wales dan Northern Ireland serta di New Zealand, satu kredit bersamaan 10 jam pembelajaran nosional. Kerangka kelayakan Eropah menyamakan satu kredit dengan 25-30 jam pembelajaran nosional. 5

kumpulan kelayakan dari bidang yang berbeza tetapi mempunyai penekanan yang sama, contohnya, ijazah sarjana boleh diperoleh melalui penyelidikan, kerja kursus yang mendalami ilmu atau latihan profesional yang berkaitan amalan; dan kelayakan pada tahap yang sama tetapi mempunyai tujuan yang berbeza, contohnya sijil kemahiran yang berteraskan kompetensi, sijil teknikal yang membawa kepada sesuatu pekerjaan teknikal atau kelayakan pra-universiti bagi kemasukan ke universiti. Laluan Pendidikan bagi Kemajuan Individu 24. KKM menekankan titik integrasi dan pertindihan di antara kelayakan yang berbeza dari segi jenis dan tahap. Ini dilakukan melalui peraturan pengumpulan dan pemindahan kredit, pengakreditan pengalamanpembelajaran terkumpul, mekanisme penghubung untuk memenuhi keperluan kemasukan ke tahap yang lebih tinggi dan penggunaan sijil dan diploma. 25. Apabila berjaya menyempurnakan sesuatu tahap, pelajar berhak memohon dan dipertimbangkan untuk kemasukan ke tahap yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, hak kemasukan bukanlah automatik kerana pelajar mungkin perlu memenuhi keperluan tambahan bagi kelayakan yang lebih tinggi tersebut. 26. Dalam menghubungkaitkan kelayakan, KKM memudahkan proses dan menyokong pelajar dengan menunjukkan semua peluang dan laluan pembelajaran yang berkemungkinan bagi kemajuan seseorang individu. KKM menjana pelbagai laluan alternatif dengan titik masuk dan keluar yang mengiktiraf pencapaian individu. Justeru, ia meningkatkan akses dan lingkungan sosial dengan mengiktiraf pembelajaran terkumpul yang diperoleh secara formal, tidak formal dan informal. 27. Laluan pendidikan KKM merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat kerana ia membolehkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada pengalaman dan pembelajaran sendiri untuk dinilai dan diberi peluang mendapat sesuatu kelayakan yang lebih tinggi walaupun tanpa kelayakan asas. 6

Lampiran 1 KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA: HURAIAN TAHAP KELAYAKAN Tahap Sijil Kemahiran 1-3, Pengajian Tinggi, Vokasional dan Teknikal Sijil Kemahiran dianugerahkan sebagai pengiktirafan formal kepada individu yang telah menunjukkan kebolehan yang telah diperoleh atau diamalkan dengan kompeten untuk melaksanakan sesuatu tugas atau kerja yang lazimnya bersifat manual. Ia dianugerahkan tanpa mengira cara kebolehan itu diperoleh. Kemahiran biasanya diperoleh secara kumulatif melalui latihan berperingkat-peringkat dan kelayakan biasanya diiktiraf pihak berkuasa yang kompeten atau industri. Kriteria dan standard bagi sijil kemahiran ini terkandung dalam National Occupational Skills Standards (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. 1 Kriteria dan standard sijil kemahiran dihubungkaitkan dengan kelayakan yang lebih tinggi untuk membolehkan pemegang sijil memajukan diri daripada fasa separuh mahir kepada mahir sehingga ke fasa penyeliaan, eksekutif dan pengurusan. Sijil Vokasional dan Teknikal meyediakan pelajar bagi tugas teknikal tertentu dan merupakan permulaan kepada latihan seterusnya dalam bidang yang diceburi. Lazimnya, program berasaskan latihan di institusi latihan dan merangkumi sekurang-kurangnya 25 peratus kandungan vokasional/teknikal. Sijil dianugerahkan kepada pelajar yang boleh: (i) (v) (vi) mentafsir dan mengguna maklumat teknikal; membantu dan mengguna proses kerja saintifik dan teknik reka bentuk; mengenali kesan peraturan, undang-undang dan kontrak ke atas proses kerja; menyediakan anggaran kos proses kerja dan operasi; menggunakan teknik dan kebolehan mencari dan mengguna data untuk membuat keputusan dengan mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika yang relevan; berkomunikasi dengan berkesan dan dapat menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian kepada pakar dan bukan pakar; 1 Sebelum ini, jabatan tersebut dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). 7

(vii) (viii) (ix) menguasai kemahiran berpasukan dan interpersonal yang bersesuaian dengan pekerjaan; menjadi individu yang bertanggungjawab dalam masyarakat; dan menggunakan kemahiran belajar sendiri untuk meneruskan pengajian lanjutan. Kursus Asas atau Persediaan Universiti Sijil Kursus Asas atau Persediaan Universiti seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Matrikulasi dan Sijil Asasi tidak termasuk dalam KKM kerana ia merupakan kelayakan kemasukan ke universiti. Namun demikian, KKM menetapkan standard bagi sijil-sijil ini untuk membolehkan perbandingan dan penyelarasan kebolehan pelajar. Secara umum, sijil ini dianugerah kepada pelajar yang boleh: (i) menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang pengajian yang merupakan lanjutan daripada tahap sekolah menengah seperti yang terdapat dalam buku teks lanjutan; mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk mengenal pasti dan mengguna data bagi memberi respons yang jelas kepada masalah konkrit dan kompleks; berkomunikasi dan menjelaskan kefahaman dan kemahiran kepada rakan dan penyelia; dan menunjukkan kemahiran untuk meneruskan pengajian tinggi. Tahap Diploma Kemahiran, Pengajian Tinggi, Vokasional dan Teknikal Diploma Kemahiran, Pengajian Tinggi, Vokasional dan Teknikal meliputi keupayaan dan tanggungjawab yang luas dan membawa kepada sesuatu pekerjaan sebagai titik akhir. Pekerjaan terdapat dalam pelbagai bidang, termasuk perniagaan dan pengurusan, perkhidmatan masyarakat, kesihatan, sukan dan rekreasi, teknologi maklumat dan komunikasi, seni dan reka bentuk, kejuruteraan, pembinaan, sains dan teknologi, hospitaliti dan pelancongan, pengurusan hartanah, pertanian dan perhutanan. Pengajian tahap diploma menyeimbangkan teori dan amalan atau praktikal dan menekankan pemupukan nilai, etika sikap supaya pelajar boleh: (i) menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran praktikal dalam kerja; membuat penilaian dan keputusan dengan mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika dengan autonomi sederhana; 8

(v) (vi) (vii) mempunyai keyakinan diri dan ciri keusahawanan untuk menjana pekerjaan sendiri; menjadi individu yang bertanggungjawab dalam masyarakat; menguasai kemahiran belajar untuk beradaptasi kepada idea, proses dan prosedur baru untuk perkembangan kerjaya; menguasai kemahiran berpasukan dan interpersonal yang bersesuaian dengan pekerjaan; dan berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian secara jelas dan menyakinkan kepada pakar dan bukan pakar. Tahap Diploma Lanjutan Diploma Lanjutan Diploma Lanjutan merupakan kelayakan khusus yang menandakan individu mempunyai pengetahuan, kemahiran praktikal, kebolehan mengurus dan tanggungjawab yang lebih kompleks dan tinggi daripada yang diharapkan pada tahap diploma. Diploma lanjutan dianugerahkan kepada pelajar yang boleh: (i) (v) (vi) menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran praktikal dalam kerja; membuat penilaian dan keputusan dengan mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika dengan autonomi; menguasai kemahiran belajar untuk beradaptasi kepada idea, proses dan prosedur baru untuk perkembangan kerjaya; menguasai kemahiran berpasukan dan interpersonal yang bersesuaian dengan pekerjaan; berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian secara jelas dan menyakinkan kepada pakar dan bukan pakar; dan mengenal pasti masalah dalam bidang pengajian. Tahap Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda menyediakan pelajar untuk kerjaya umum, memasuki program pascasiswazah dan penyelidikan serta kerjaya yang memerlukan kemahiran tinggi. Ia juga membolehkan individu mengganding tanggungjawab yang memerlukan autonomi besar dalam membuat keputusan profesional. Ijazah sarjana muda dianugerahkan kepada individu yang boleh: 9

(i) (v) (vi) (vii) menunjukkan pengetahuan dan kefahaman prinsip-prinsip asas sesuatu bidang pengajian yang diperoleh daripada buku teks lanjutan; menggunakan ilmu pengetahuan dan kefahaman dengan kaedah yang menunjukkan profesionalisme dalam pekerjaan; berhujah dan menyelesaikan masalah dalam bidang pengajian masingmasing; mempunyai teknik dan kebolehan mencari dan mengguna data untuk membuat keputusan dengan mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika yang relevan; berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian kepada pakar dan bukan pakar; menguasai kemahiran berpasukan dan interpersonal yang bersesuaian dengan pekerjaan; dan menguasai kemahiran belajar sendiri untuk meneruskan pengajian lanjutan dengan autonomi yang tinggi. Sarjana Ijazah Sarjana memberi lanjutan terhadap pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dicapai pada tahap sarjana muda. Kemasukan ke program sarjana biasanya berasaskan kepada kemampuan yang terbukti untuk mengikuti pengajian pascasiswazah dalam bidang yang dipilih. Ijazah sarjana dianugerahkan kepada pelajar yang boleh: (i) (v) (vi) menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan; menggunakan pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin; mengintegrasi pengetahuan dan mengurus perkara kompleks; membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau dengan maklumat terhad, mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan; menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar dengan jelas; dan menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi yang tinggi. Kedoktoran Ijazah Kedoktoran memberi pengukuhan terhadap pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dicapai pada tahap sarjana. Ia lazimnya memberikan graduan kebolehan untuk menjalankan penyelidikan secara berdikari dan dianugerahkan kepada pelajar yang boleh: 10

(i) (v) (vi) menunjukkan kefahaman sistematik dan mendalam tentang satu disiplin pengajian serta penguasaan kemahiran dan kaedah penyelidikan berkaitan bidang tersebut; menunjukkan kebolehan menjana, mereka bentuk, melaksana dan mengubah suai sebahagian besar proses penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan; menyumbang kepada penyelidikan asal yang melebarkan sempadan ilmu melalui disertasi mendalam yang telah dibentang dan dipertahankan mengikut standard antarabangsa termasuk penulisan dalam penerbitan berwasit antarabangsa; membuat analisis kritikal, penilaian dan sintesis idea baru dan kompleks; berkomunikasi dengan rakan, komuniti sarjana dan masyarakat umum tentang bidang kepakaran; dan menggalakkan kemajuan teknologi, sosial dan kebudayaan dalam masyarakat berasaskan ilmu dalam konteks akademik dan professional. Kelayakan yang Menyokong Laluan Pendidikan Sepanjang Hayat KKM menyediakan laluan bagi individu memajukan diri dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat. Tiga kelayakan diwujudkan untuk memudahkan pergerakan ini. Diploma Lanjutan Diploma Lanjutan merupakan kelayakan khusus yang menandakan individu mempunyai pengetahuan, kemahiran praktikal, kebolehan mengurus dan tanggungjawab yang lebih kompleks dan tinggi daripada yang diharapkan pada tahap diploma. Diploma lanjutan dianugerahkan kepada pelajar yang boleh: (i) (v) (vi) menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran praktikal dalam kerja; membuat penilaian dan keputusan dengan mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika dengan autonomi; menguasai kemahiran belajar untuk beradaptasi kepada idea, proses dan prosedur baru untuk perkembangan kerjaya; menguasai kemahiran berpasukan dan interpersonal yang bersesuaian dengan pekerjaan; berkomunikasi secara berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian dengan jelas dan menyakinkan kepada pakar dan bukan pakar; dan mengenal pasti masalah dalam bidang pengajian. 11

Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah merupakan kelayakan yang mempunyai kompetensi pada tahap sarjana muda. Perbezaan antara sijil siswazah dan diploma siswazah adalah pada nilai kredit. Kelayakan dianugerah setelah selesai pendidikan atau latihan formal, pengiktirafan pengalaman kerja termasuk sukarela atau secara kombinasi. Sijil siswazah dan diploma siswazah digunakan untuk tujuan seperti pembangunan profesional berterusan, menukar bidang atau kepakaran dan sebagai kelayakan masuk ke tahap yang lebih tinggi dengan pemindahan kredit yang dibenarkan. Kelayakan ini dianugerah tanpa mengira kelayakan terdahulu pemegang, bergantung kepada tujuan kelayakan. Sijil Pascasiswazah dan Diploma Pascasiswazah Sijil Pascasiswazah dan Diploma Pascasiswazah merupakan kelayakan yang mempunyai kompetensi sekurang-kurangnya pada tahap sarjana dan diperoleh setelah mendapat kelayakan yang bersamaan sarjana muda. Sebahagian besar kredit adalah pada tahap sarjana dalam bidang pengajian atau kemahiran lanjutan atau pengkhususan. Perbezaan antara sijil dan diploma adalah pada nilai kredit. Dalam bidang profesional, kelayakan lazimnya dianugerah apabila pengamalnya melalui pendidikan profesional berterusan atau latihan lanjutan yang bersifat lebih profesional daripada akademik untuk dikenali atau diiktiraf sebagai pakar. Contoh penggunaan sijil pascasiswazah dan diploma pascasiswazah adalah pensijilan untuk mengesahkan seorang pengamal kompeten untuk melakukan sesuatu prosedur lanjutan (credentialing) dalam bidang amalan tertentu, untuk memasuki program sarjana atau ke arah mendapat suatu status pengamal seperti Ir. 12

KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA: KELAYAKAN DAN TAHAP Lampiran 2 Tahap KKM Kemahiran Sektor Vokasional dan Teknikal Pengajian Tinggi Pembelajaran Sepanjang Hayat 8 Ijazah Kedoktoran Ijazah Sarjana 7 6 5 Diploma Lanjutan Diploma Lanjutan Sijil dan Diploma Pascasiswazah Ijazah Sarjana Muda Sijil dan Diploma Siswazah Diploma Lanjutan 4 Diploma Diploma Diploma 3 Sijil Kemahiran 3 2 Sijil Kemahiran 2 Sijil Vokasional dan Teknikal Sijil Pengakreditan Pengalaman-Pembelajaran Terkumpul (PPPT) 1 Sijil Kemahiran 1 13

KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA: KREDIT MINIMUM YANG DICADANGKAN Lampiran 3 Tahap KKM Kelayakan Kredit Minimum 8 Ijazah Kedoktoran Tiada kredit bergraduat Ijazah Sarjana Melalui Penyelidikan Tiada kredit bergraduat 7 Ijazah Sarjana yang Diajar Sepenuhnya atau Separuh 40 Diploma Pascasiswazah 30 Sijil Pascasiswazah 20 Ijazah Sarjana Muda 120 6 Diploma Siswazah 60 Sijil Siswazah 30 5 Diploma Lanjutan 40 4 Diploma 90 1-3 Sijil 60 Sijil Kemahiran Mengikut kemahiran dan tahap 14